2. Konsep Alam Belajar
Konsep alam belajar ialah persekitaran yang
menggalakkan dan mempercepat
perkembangan, keupayaan, kebolehan
menguasai sesuatu yang pada akhirnya
membawa kepada perubahan tingkah laku
Perubahan tingkah laku berkenaan ialah
perubahan tingkah laku yang positif dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah
psikososial, fizikal dan komuniti pembelajaran.
3. Psikososial
Psikososial ialah berkaitan dengan jiwa
dan hubungan sesorang indivudu
dengan individu lain. Antara komponen
yang termasuk dalam psikososial ialah
keselamatan, kesihatan, kebersihan dan
perapatan atau kemesraan.
4. Amalan keselamatan dan kesihatan
yang positif dapat membentuk keyakinan
diri pelajar. Kemampuan fizikal pelajar
dari segi psikomotor dan kesihatan
minda juga dapat dikembangkan dengan
mengamalkan tabiat pemakanan yang
sihat dan sentiasa mengamalkan
kebersihan diri dan juga alam sekitar.
5. Perapatan atau kemesraan ialah
merupakan hubungan antara individu
dengan individu lain contohnya
hubungan dengan ibu bapa dan
keluarga, hubungan dengan rakan
sebaya, guru dan sebagainya.
6. Fizikal
Keadaan fizikal pula termasuklah
keadaan fizikal bilik darjah, bahan-bahan
bantu mengajar dan persekitaran.
Bilik darjah yang kreatif serta kondusif
dapat mengembangkan kreativiti pelajar.
Bagi menggalakkan pemikiran yang
kreatif suatu suasana yang selesa perlu
disediakan.
7. Bahan-bahan bantu mengajar juga
memainkan peranan penting dalam
mengembangkan minat serta pemikiran
pelajar untuk belajar.
Guru hendaklah kreatif dan inovatif
dalam menyediakan bahan-bahan bantu
mengajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan dengan
lancar dan berkesan untuk menarik
minat pelajar.
8. Guru yang bijak mengubahsuai isi
pelajaran dan mengambil kira ilmu
pengetahuan pelajar dan menambahkan
nilai-nilai murni yang sesuai dengan isi
pelajaran akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi
lebih segar dan berjaya menarik
perhatian seluruh bilik darjah.
9. Seterusnya suasana dan persekitaran
yang tersusun, kemas dan bersih
membolehkan pelajar belajar dengan
mudah. Ia juga dapat mencetuskan
minda yang positif dan tenang.
10. Komuniti Pembelajaran
Komuniti pembelajaran melibatkan hubungan kerjasama
antara manusia contohnya rakan sebaya, keluarga,
kakitangan sekolah dan sebagainya yang memungkinkan
berlakunya perubahan tingkahlaku.
Dengan pergaulan ini wujudlah hubungan kerjasama,
bantu membantu dan perkongsian idea seterusnya dapat
mengembangkan sosial dan minda pelajar.
Contohnya pelajar melakukan sesuatu itu bersama-sama
dengan rakan mereka bagi mendapatkan ganjaran
bersama. Dalam persekitaran ini, pelajar berjaya
bersama-sama membantu pelajar lain bagi mencapai
kejayaan bersama.
11. Tutorial & Pembentangan
1. Rumuskan semua isi kandungan
kuliah dalam bentuk peta konsep atau
pengurusan grafik dan bentangkan
dalam kelas semasa tutorial nanti.
2. Pilih satu permainan tradisional dan
bincangkan kepentingannya kepada
perkembangan intelek, sosioemosi, dan
fizikal kanak-kanak. Bentangkan hasil
perbincangan.
12. PENGALAMAN BELAJAR
KANAK-KANAK
Prinsip Pembelajaran semula jadi kanak2 (John
Holt) ;
Mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan
berkeupayaan utk belajar secara langsung
Kanak tahu dgn sendiri cara hendak belajar.
Kanak perlu jumlah masa senyap yg byk utk bfikir
Kanak tdk takut mengaku tdk tahu dan brani buat
kesilapan.
Kanak menghayati nilai intrinsik dlm perkara
dipelajari.
13. PENGALAMAN BELAJAR
KANAK-KANAK
Prinsip Pembelajaran semula jadi kanak2 (John
Holt) ;
Kanak belajar paling baik ttg hub org lain melalui
interaksi dgn pelbagai usia.
Belajar melalui pengalaman langsung.
Kanak perlu masa yg mencukupi bersama
keluarga.
Tekanan akan menganggu pembelajaran kanak.
14. PENGALAMAN BELAJAR
KANAK-KANAK
Kanak belajar bertanggungjawab
Mematuhi peraturan
Berkongsi
Belajar peranan org dewasa.
Kuat rasa ingin tahu (byk menyoal dan cuba
sesuatu yg baru.
15. PENGALAMAN BELAJAR
KANAK-KANAK
Kaedah dan aktiviti pengalaman langsung;
1. Lawatan
2. Kajian lapangan
3. Membuat uji kaji
4. Membuat pemerhatian
5. Menjahit menanam pokok
6. Memelihara ikan dlm akuarium
7. Lakonan, drama, bermain.
16. PENGALAMAN BELAJAR
KANAK-KANAK
Merancang pembelajaran berkesan;
1. Berpusatkan pelajar.
2. Berasaskan maklumat @ pengetahuan
3. Berpandukan pentaksiran
pembelajaran
4. Berlandaskan komuniti pembelajaran.