Tiga cabaran utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara online bagi guru pendidikan Islam dan murid prasekolah adalah capaian internet yang tidak stabil, kekurangan peranti dan kemahiran guru serta murid dalam menggunakan teknologi.
Masa Depan Model Pembelajaran e Learning di Indonesia: Masalah dan PeluangDian Herdiana
Artikel ini mengkaji mengenai keberlanjutan model pembelajaran eLearning pasca pandemi Covid-19 dengan fokus kepada permasalahan dan peluang. Metode penulisan dalam penelitian ini menggunakan metode penelitian deskriptif dengan pendekatan kualitatif. Hasil analisis menunjukan setidaknya permasalahan pembelajaran model eLearning terdiri dari 4 (empat), yaitu: Pertama, keterbatasan dan tidak meratanya infrastruktur teknologi informasi. Kedua, terbatasnya Sumber Daya Manusia. Ketiga, kesiapan institusi pendididikan. Keempat, paradigma dan nilai budaya dalam pembelajaran eLearning. Peluang eLearning di masa yang akan datang yaitu mampu mempercepat akses pendidikan di daerah yang memiliki infrastruktur pendidikan kurang dan tidak terjangkau oleh model pendidikan berbasis tatap muka.

ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluIJRESJOURNAL
ABSTRACT: Tujuan kajian adalah untuk melihat impak eComDeaf dalam kalangan pelajar khas Politeknik Kota Kinabalu bagi kursus Aplikasi Komputer (SBK1021). Koswer yang dibangunkan ini diberi nama sebagai eComDeaf dan ia dibangunkan meliputi gabungan elemen animasi, audio, grafik, nota interaktif dan juga video khas iaitu bahasa isyarat turut disertakan. Konsep visual ini digunakan bagi memudahkan mereka memahami isi kandungan subjek ini kerana mereka adalah golongan visual learner yang mana mereka ini lebih cenderung dengan visual didalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dikenali sebagai eComDeaf kerana ia satu aplikasi untuk kursus aplikasi Komputer khusus kepada pelajar Khas (Bisu Pekak) di Politeknik Malaysia. Nama aplikasi ini berkonsepkan dari beberapa perkataan yang digabungkan dalam satu patah perkataan iaitu “e” adalah untuk e-learning, “Com” bermaksud Komputer dan “Deaf” iaitu Pekak begitu mudah untuk ditafsirkan melalui nama aplikasi ini. eComDeaf direka khas menggunakan konsep visual yang merangkumi video bahasa isyarat, animasi, ilustrasi dan nota interaktif. eComdeaf telah diaplikasikan kepada pelajar Khas (Bisu Pekak) sem 1 sesi Jun 2015 bagi kursus SBK1021: Aplikasi Komputer dan mendapat respon positif daripada pelajar malah pensyarah sendiri. “eComDeaf” ini juga boleh berfungsi secara atas talian atau luar talian. Sampel kajian adalah pelajar khas semester satu yang sedang mengikuti kursus SBK1021 di Politeknik Kota Kinabalu. Pelajar khas ini adalah pelajar yang mempunyai masalah pendengaran (pekak) dan pertuturan (bisu), namun mereka mampu menggunakan eComDeaf seperti pelajar normal kerana mereka mempunyai kemahiran membaca dan penglihatan yang baik. Data kajian dikutip dengan menggunakan Soalan Ujian dan Soal Selidik. Hasil kajian menunjukkan penerimaan dan maklum balas yang positif berdasarkan nilai keseluruhan peratus skor min yang tinggi. Hasil kajian ini diharap dapat menjadi pemangkin usaha kearah penghasilan bahan multimedia pendidikan atau koswer yang khusus untuk pelajar khas (bisu dan pekak).
Dalam Kajian “Kesedaran,Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik” (Rubiah Omar Jamilah Hj Ahmad, 2009 ) mendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran adalah tinggi, kefahaman e-pembelajaran dengan kesediaan pembelejaran arahan kendiri adalah memuaskan dan penerimaan responden terhadap penggunaan e-pembelajaran adalah tinggi. Kajian ini memantau e-pembelajaran secara spesifik dari aspek kesedaran terhadap konsep e-pembelajaran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran, penilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahli akademik dan penerimaan penggunaan e-pembelajaran dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam jurnal “ Penggunaan E-Learning. Dalam Kajian Penggunaan E-Pembelajaran di Kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Institusi Pengajian TInggi” (Muhammad Sukri Saud, Mohd Anuar Abdul Rahman, Ting Kung Shiung, 2009). Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri siswazah kursus Pendidikan Teknikan dan Vokasional adalah tinggi. Terdapat 2 aspek kecekapan diri yang dinyatakan iaitu kecekapan diri terhadap internet dan kecekapan diri terhadap komputer. Kajian ini menggunakan kedua-dua aspek ini untuk menguji kecekapan diri terhadap e-pembelajaran.
Menurut Eastin & LaRose (2000), seseorang yang memiliki tahap kecekapan diri terhadap e-pembelajaran yang rendah akan kurang yakin terhadap kebolehan beliau mengakses e-pembelajaran dan tidak cekap dalam menggunakan kemahiran tersebut dalam kehidupan beliau. Hasil kajian menunjukkan siswazah mempunyai keyakinan yang tinggi tentang kebolehan mereka menggunakan e-pembelajaran.. Dapatan kajian menunjukkan pekali korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalah rendah. Nilai pekali korelasi yang negatif memberitahu pengguna bahawa perkaitan atau perhubungan yang wujud antara kedua pembolehubah tersebut merupakan satu hubungan yang negatif. Ini menunjukkan bahawa sekiranya kecekapan diri pengguna terhadap e-pembelajaran adalah tinggi maka halangan-halangan yang akan dihadapi dalam penggunaan e-pembelajaran adalah kurang.
Dalam Kajian Abdul Wahab Ismail Gani1 Kamaliah Hj. Siarap2 Hasrina Mustafa mengenai Penggunaan Komputer dalam Pengajaran Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah, menunjukkan bahawa faktor pengetahuan, sikap, sifat-sifat inovasi, personaliti guru, dan sokongan organisasi amat mempengaruhi penerimaan dan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru. Di samping itu faktor demografi seperti jantina, umur dan mata pelajaran major yang diajar didapati tidak mempengaruhi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, dalam kajian Kesedian Penggunanan E-Learning Di Kalangan Pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (Faridah Binti Jamil dan Zain Binti
Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math LearningMagdalene Lim
S-D Math Learning merupakan suatu sumber pembelajaran terbuka atas talian yang boleh digunakan oleh pelajar mempelajari kursus matematik matrikulasi. Pelajar-pelajar boleh mengakses bahan-bahan pembelajaran kursus matematik dalam S-D Math Learning dengan mudah melalui sebarang peranti yang dilengkapi dengan kemudahan internet. Fokus utama projek ini ialah untuk meningkatkan keupayaan dan minat pelajar dalam kursus matematik melalui pendekatan pembelajaran terarah kendiri, Flip Classroom dan Just In Time Learning. Pensyarah berperanan sebagai pembimbing sepanjang sesi pembelajaran. Pembelajaran atas talian yang berciri terperibadi dan berkonsepkan pendidikan abad 21 ini dijangka akan melonjakkan prestasi pelajar dalam kursus matematik kerana suasana pembelajaran dengan teknologi mudah alih ini dapat membina sistem pendidikan yang terhubung dan mengubah cara kita mengajar, belajar dan mentadbir dunia pendidikan secara berkesan.

Model Pembelajaran Buah Simalakama Kurikulum 2013 Pada masa Pandemi Covid-19Gonez Be
Artikel sebagai Tugas Ujian Akhir Semester
Mata Kuliah Kajian Kurikulum Pendidikan Dasar
Program Studi Magister Pendidikan Dasar
Universitas Muria Kudus
Dosen : Dr. Sri Utaminingsih
Tahun 2020
PENGEMBANGAN MODEL PEMBELAJARAN DAN PERKULIAHAN DI FAKULTAS ILMU SOSIAL (FIS)...Paulus Robert Tuerah
The Covid-19 disease outbreak that has hit more than 200 countries around the world has presented challenges for educational institutions, especially higher education. The government has issued policies to prevent the spread of the virus, such as isolation, social and physical distancing, and largescale social restrictions (PSBB). Therefore, people are required to stay at home and do their work, worship, and study from home. In this situation, educational institutions need to innovate in the learning process and develop learning models. One of the innovations adopted is online learning. This research aims to evaluate the condition of online learning. Based on the results of the research and discussion, the following conclusions can be drawn: (a) Faculty of Social Sciences in Universitas Negeri Manado must adapt to online learning, (b) Common challenges in online learning include limited internet quota and network instability. Online learning tends to be teacher-centered rather than student-centered, (c) The solution for online learning is to implement blended learning that combines face-to-face and online learning.
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...Paulus Robert Tuerah
Tujuan yang ingin di capai dalam penelitian ini adalah untuk mengetahui pengaruh pembelajaran daring masa pandemic covid-19 terhadap hasil belajar Teknologi Dasar Otomotif siswa kelas X TKR SMK Kristen 1 Tomohon. Jenis penelitian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, dengan menggunakan metode eksperimen. Rancangan penelitian yang digunakan dalam penelitian ini adalah Semu jenis Non Equivalent Control Group Desain. Dengan menggunakan desain ini subyek penelitian terdiri dari dua kelompok, satu kelompok sebagai kelas eksperimen dan satu kelompok lagi sebagai kelas kontrol. Kesimpulan yang diperoleh dari penelitian ini adalah: (Hasil penelitian menunjukkan bahwa pengaruh Pembelajaran Daring Masa Pandemi Covid-19 secara signifikan dapat meningkatkan hasil belajar siswa pada mata Teknologi Dasar Otomotif di SMK Kristen 1 Tomohon. Pengaruh Pembelajaran Daring Masa Pandemi Covid-19 melalui uji statistik dengan menggunakan uji-t ternyata bahwa nilai thitung lebih besar dari ttabel atau thitung = 4,879 > ttabel = 1,717 pada α = 0,05 dk = n – 2. Dengan demikian penelitian ini menerima hipotesis alternatif (Ha) dan menolak hipotesis normal (H0) artinya terdapat pengaruh Pembelajaran Daring Masa Pandemi Covid-19 terhadap hasil belajar siswa pada mata Teknologi Dasar Otomotif SMK Kristen 1 Tomohon.
“tahap setelah analisa dari siklus pengembangan sistem yakni berupa pendefin...amallia7
“tahap setelah analisa dari siklus pengembangan sistem yakni berupa pendefinisian dari kebutuhan fungsional dan persiapan untuk rancang bangun implementasi, dan menggambarkan bagaimana suatu sistem dibentuk
HOTOGEL - Situs Bandar Togel Terpercaya dan Toto Togel Hadiah Terbesar.pdfHOTOGEL
HOTOGEL merupakan situs bandar togel online resmi terpercaya yang mampu menyediakan bergam jenis pasaran togel terlengkap serta toto togel hadiah terbesar di Indonesia saat ini.
HOTOGEL - Situs Bandar Togel Terpercaya dan Toto Togel Hadiah Terbesar.pdf
160-169-norzi--mohd-isa-cabaran-guru-pi.docx.pdf
1. 160
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
PANDEMIK COVID 19: CABARAN DALAM PENGAJARAN GURU PENDIDIKAN
ISLAM DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH
COVID PANDEMIC 19: CHALLENGES IN THE TEACHING OF ISLAMIC EDUCATION
TEACHERS AND THE LEARNING OF PRESCHOOL STUDENTS
NORZI MOHD YUSOFF1
& MOHD ISA HAMZAH2
1 & 2
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia
Corresponding authors: p109366@siswa.ukm.edu.my & isa_hamzah@ukm.edu.my
Received: 17 Aug 2021 Accepted: 29 Aug 2021 Published: 30 Sept 2021
Abstract: The transformation of technology in Teaching and Learning (PdP) occurred suddenly due to the
spread of Covid Pandemic 19. Islamic Education teachers are among the communities affected by the
transition of the teaching landscape from face to face to online. This study aims to identify the challenges
of teaching Islamic Education Teachers (GPI) and online student learning during the period of Movement
Control Order (PKP) and it is not impossible that it will continue in the future. This study uses a qualitative
method approach by analyzing documents in the form of journal articles published 2016 to 2021 by using
Google Scholar and ERIC databases to examine the challenges faced in implementing PdP in the period of
Covid Pandemic 19. The findings show that in general the challenges can be summarized in the following
aspects namely technical, academic, communication and motivation. From the unstable level of internet
access, lack of device facilities, attitude and motivation as well as skills of teachers and students. The
implication is that there are inequalities in the education system for students who do not have internet
access and devices. However, the positive implications occur to teachers because it has sparked an
extraordinary enthusiasm and effort to improve the skills of adapting technology in education more
aggressively. Suggestions for improvement are identified to ensure that PdP can achieve optimal objectives
even in a new normative Teaching and Learning environment.
Keywords: Online Teaching and Learning, Islamic Education Teachers, Online PdP Challenge, preschool
Abstrak: Transformasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku secara mendadak akibat
penularan Pandemik Covid 19. Guru Pendidikan Islam merupakan antara komuniti yang terkesan akibat
peralihan landskap pengajaran daripada bersemuka kepada dalam talian. Kajian ini bertujuan untuk
mengenal pasti cabaran-cabaran pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Pembelajaran murid
prasekolah secara dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak mustahil
ianya akan diteruskan pada masa akan datang. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif
dengan menganalisis dokumen yang berbentuk artikel jurnal terbitan 2016 hingga 2021 dengan
menggunakan pengkalan data Google Scholar dan ERIC untuk meneliti cabaran-cabaran yang dihadapi
dalam melaksanakan PdP dalam dalam tempoh Pandemik Covid 19. Dapatan kajian menunjukkan cabaran
2. 161
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
dapat dirangkumkan dalam aspek-aspek berikut iaitu teknikal, akademik, komunikasi dan motivasi. Dari
tahap capaian internet yang tidak stabil, kekurangan kemudahan peranti, sikap dan motivasi serta kemahiran
guru dan murid. Implikasinya, berlaku ketidaksamaan dalam sistem pendidikan bagi murid-murid yang
tidak memiliki kemudahan capaian internet dan peranti. Namun, implikasi positif berlaku kepada guru-guru
kerana ianya telah mencetuskan satu semangat dan usaha yang luar biasa berusaha mempertingkatkan
kemahiran mengadaptasi teknologi dalam pendidikan dengan lebih agresif. Cadangan penambahbaikan
dikenalpasti untuk memastikan PdP dapat mencapai objektif yang optimum walaupun dalam suasana
Pengajaran dan Pembelajaran norma baharu.
Kata kunci: Pengajaran dan Pembelajaran dalam talian, Guru Pendidikan Islam, Cabaran PdP dalam talian
Cite this article: Norzi Mohd Yusoff & Mohd Isa Hamzah. (2021). Pandemik Covid 19: Cabaran dalam pengajaran
guru Pendidikan Islam dan pembelajaran murid prasekolah [Covid pandemic 19: Challenges in the teaching of Islamic
Education teachers and the learning of preschool students]. Global Journal of Educational Research and Management
(GERMANE), 1(3), 160-169.
PENGENALAN
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi pandemik akibat penularan
Pandemik Covid 19 pada Januari 2020. Rentetan dari pengisytiharan wabak ini, semua sektor
terjejas termasuklah sektor pendidikan. Langkah penutupan sektor pendidikan ini menyebabkan
7780 sekolah menengah dan 2440 sekolah rendah seluruh Malaysia ditutup bagi memutuskan
rantaian penularan wabak yang berbahaya ini (KPM 2020). Seramai 208,131 orang murid
prasekolah juga terkesan dengan situasi ini. Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka yang telah diamalkan sejak dulu terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
Bermula pengistiharan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0, sektor pendidikan mula
mengorak langkah menggerakkan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memutuskan satu
inisiatif terbaik untuk meneruskan proses pendidikan bagi semua peringkat (Nor Fauziana 2020).
Dengan ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran
KPM Bilangan 3 Tahun 2020, bertarikh 27 Mac 2020 bertajuk “Garis Panduan Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah kawalan Pergerakan (PKP) Disebabkan
Penularan Jangkitan COVID-19” (KPM 2020). Surat siaran ini dilampirkan bersama Manual
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebagai rujukan kepada pentadbir, guru, ibu bapa
dan murid.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan pembelajaran yang
dilaksanakan di rumah, pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian. Beberapa
kaedah PdPR telah dicadangkan iaitu kaedah secara dalam talian, luar talian, secara off-site,
menggunakan modul dan kaedah berasaskan projek secara berstruktur dan terancang (KPM 2020).
Sepanjang tempoh penutupan institusi pendidikan, Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diteruskan
secara Home Based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid. Pentadbir sekolah perlu
memastikan guru serta murid melaksanakan PdPR. Kaedah berasaskan teknologi didapati sesuai
dan lebih diminati kerana bahan penyampaian yang lebih interaktif, realiti, inovasi dan eksplorasi
3. 162
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
(Abd Hakim et. al (2018) dan menjadi pilihan guru-guru dalam melaksanakan PdP sepanjang
tempoh PKP.
Pembelajaran dalam talian secara umumnya adalah penggunaan web, alat elektronik dan
sistem untuk memberi akses maklumat kepada pelajar (Pradeep Kumar Khicca et al. 2020) serta
menggunakan jaringan internet dengan kebolehcapaian, penyambungan, fleksibiliti dan keupayaan
untuk memunculkan pelbagai jenis interaksi pembelajaran (Sadikin et al. 2020). Ianya juga satu
bentuk komunikasi yang dibina bagi memberikan kelangsungan interaksi dalam kalangan
komuniti maya (Muhammad Zulazizi 2020), melibatkan komunikasi antara tenaga pengajar
dengan pelajar secara tidak bersemuka malah bertemu melalui ruang maya (Oktafia Ika Handarini
& Siti Sri Wulandari 2020). Bahan pembelajaran lebih bervariasi, bukan hanya dalam bentuk lisan,
malah dalam bentuk visual, audio dan gerakan.
Terdapat dua kategori pembelajaran dalam talian iaitu segerak (synchronous) dan tidak
segerak (asynchronous). Segerak (synchronous) bererti berlaku secara serentak. Proses
pembelajaran terjadi serentak atau real time antara guru dan pelajar. Dengan cara ini, interaksi
berlaku secara langsung antara guru dan pelajar dalam talian. Kedua, tidak segerak (asynchronous)
bererti tidak berlaku secara serentak iaitu pelajar melalui proses pembelajaran berbeza dengan
guru. Pelajar dapat melaksanakan pembelajaran sesuai dengan jadual dan masa yang sudah
ditetapkankan (Komang & Astini 2020). Platform pembelajaran dalam talian secara segerak
antaranya ialah Google meet, Microsoft teams, Zoom, Webex manakala platform tidak segerak
antaranya ialah Google Classroom, WhatsApp, telegram, Padlet (Muniroh Hamat et al. 2020) dan
banyak lagi aplikasi yang ditawarkan.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru
Pendidikan Islam dan murid prasekolah dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran secara dalam
talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Penelitian lebih tertumpu kepada
peringkat prasekolah yang mula terdedah dengan PdP dalam talian. Kajian-kajian lepas lebih
menfokuskan kepada peringkat pengajian tinggi memandangkan peringkat pengajian tinggi telah
lama terdedah dengan pembelajaran secara dalam talian secara tidak langsung. Pelaksanaan PdP
dalam talian sekaligus telah mempercepatkan agenda KPM mentransformasikan pendidikan
kearah pembelajaran digital yang termaktub dalam Anjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM 2013 – 2025) iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran
di Malaysia.
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif analisis dokumen berbentuk artikel jurnal yang
berkaitan dengan isu dan fenomena yang dikaji iaitu berkaitan cabaran-cabaran Pengajaran dan
Pembelajaran dalam talian yang dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Islam dan murid prasekolah
sepanjang tempoh penularan Pandemik Covid-19. Kadar rujukan adalah dalam tempoh tahun 2016
hingga 2020 dengan menggunakan pelbagai pengkalan data sebagai sumber untuk mendapatkan
jurnal dan artikel yang berkaitan.
4. 163
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
CABARAN PENGAJARAN GURU DAN PEMBELAJARAN MURID PRASEKOLAH
Guru Pendidikan Islam (GPI) merupakan antara komuniti yang terkesan akibat perubahan
landskap pengajaran dari bersemuka secara terus kepada pengajaran secara alam maya
sepenuhnya. Para pendidik amnya dan GPI khususnya berusaha sedaya upaya untuk menggunakan
pelbagai platform bagi menyampaikan isi pembelajaran. Begitu juga dengan para murid
prasekolah yang dilihat sangat bersemangat menyertai pembelajaran secara dalam talian dengan
sokongan dan komitmen sepenuhnya daripada ibu bapa. Namun begitu, terdapat cabaran-cabaran
yang dikenal pasti datang dari pihak guru dan murid dalam pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) secara dalam talian sehingga Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin
mengeluarkan kenyataan dalam Berita Harian bertarikh 1 Julai 2020, bahawa PdP dalam talian
kurang berkesan. Berdasarkan kajian-kajian lepas, cabaran-cabaran yang dikenal pasti ialah:
Capaian internet
Beberapa cabaran pengajaran dalam talian telah dikenalpasti dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian. Tahap kebolehcapaian internet merupakan cabaran utama dalam proses
melaksanakan PdP dalam talian (Fauzi & Sastra 2020). Menurut Luqman Arif (2020), jurang
agihan internet diantara bandar dan luar bandar masih pada kadar julat yang sangat besar iaitu
nisbah 70:30. Dapatan kajian yang dilakukan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Sabah
terhadap cabaran pelaksanaan PdP dalam talian mendapati 58 peratus guru-guru mengalami
capaian internet yang tidak stabil (Goliong et al. 2020), manakala Nor Fauziana (2020), dalam
kajiannya terhadap pendidikan awal kanak-kanak menyatakan bahawa akses capaian internet yang
berkualiti sangat diperlukan untuk meneruskan pengajaran asas yang digariskan dalam Kurikulum
Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK).
Berdasarkan analisa terhadap kajian lepas, majoritinya menyatakan cabaran utama bagi
guru-guru dan murid prasekolah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian
adalah tiada talian internet dan capaian internet yang tidak stabil (Fadzliyah et al. 2020). Akses
internet yang agak terhad menjejaskan kelancaran Pdp dalam talian (Rosniwati et al. 2020).
Kenyataan ini selari dengan dapatan dalam satu kajian yang telah dilakukan terhadap guru novis
Pendidikan Islam. Pengkaji mencadangkan supaya guru-guru mestilah mengetahui tahap capaian
internet pelajar samada rendah, sederhana atau tinggi sebelum memilih platform pengajaran yang
sesuai. WhatsApps dan telegram merupakan platform yang sesuai bagi pelajar yang mempunyai
capaian internet yang rendah (Fadzliyah et al. 2020). Kajian yang dilakukan di Pejabat Pendidikan
Dearah Ranau Sabah iaitu 58 peratus guru mengalami gangguan talian internet.
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam memerlukan guru menjelaskan secara
terperinci berkaitan isi pelajaran terutamanya bagi topik yang memerlukan teori dan praktikal.
Ketidakstabilan capaian talian internet telah menjejaskan penyampaian topik-topik tersebut (Siti
Aisyah Ibrahim 2021). Contohnya, PdP berkaitan solat yang memerlukan murid memahami teori
serta melakukan praktikal dengan bimbingan guru. Kajian yang dilakukan terhadap pelaksanaan
kelas tasmik mendapati kurang berkesan apabila menghadapi masalah capaian internet yang tidak
stabil kerana kualiti suara sangat penting dalam kelas tasmik secara dalam talian (Ashraf et al.
5. 164
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
2020). Keadaan ini menyebabkan PdP dilihat kurang mencapai objektif dan akan menjejaskan
amalan murid dalam mengaplikasikan amalan Islam dalam kehidupan seharian.
Berdasarkan status liputan internet yang diperolehi, guru-guru perlu memilih kaedah sesuai
supaya murid-murid dipelbagai lokasi dapat mengikuti proses pembelajaran. Bagi mengelakkan
keciciran murid dalam pembelajaran, inisiatif terakhir ialah guru perlu menggunakan kaedah luar
talian dengan menyediaan modul pembelajaran yang dihantar terus kepada murid atau perlu
diambil di sekolah.
Kemudahan peranti
Disamping itu, kelengkapan prasarana teknologi atau peranti merupakan cabaran guru Pendidikan
Islam melaksanakan pengajaran terhadap murid secara dalam talian. Berdasarkan dapatan dari kaji
selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 36.9 peratus pelajar tidak
memiliki apa-apa peranti elektronik dirumah. Faktor sosioekonomi keluarga menunjukkan
perbezaan kesediaan murid terhadap pembelajaran dalam talian. Murid dari keluarga yang
berpendapatan tinggi didapati lebih bersedia berbanding murid yang lahir daripada keluarga yang
berpendapatan rendah kerana ibu bapa yang terjejas pendapatan akan lebih menumpukan kepada
keperluan harian berbanding keperluan pembelajaran (Mohd Fairuz et al. 2020).
Kekurangan kemudahan peranti seperti komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar
dan tablet dalam kalangan guru dan murid juga telah menjejaskan proses pengajaran dalam talian
(Fauzi & Sastra 2020, Maizatul 2020). Walaubagaimanapun, guru-guru didapati mempunyai
kelengkapan teknologi yang lengkap berbanding murid. Berdasarkan kajian terhadap kesediaan
guru dari aspek kemudahan teknologi mendapati 90 peratus guru novis Pendidikan Islam
mempunyai kemudahan peranti yang mencukupi untuk melaksanakan pengajaran dalam talian
(Fadzliyah et al. 2020).
Menurut Ashraf et al. (2020), pelaksanaan kelas Tasmik secara dalam talian tidak
mencapai objektif kerana terdapat pelajar yang tidak menyertai kelas Tasmik disebabkan tidak
memiliki peranti. Kajian yang telah dilakukan Daerah Ranau di Sabah menunjukkan 10.1 peratus
pelajar terpaksa berkongsi telefon pintar yang dimiliki oleh ibu bapa secara bergilir-gilir dengan
adik-beradik yang lain (Goliong et al. 2020). Rentetan daripada masalah ini, murid tidak
mengambil bahagian dalam pembelajaran online.
Manakala, Nor Fauziana (2020) memberi kenyataan yang berbeza dalam kajiannya dengan
mengatakan bahawa masalah peranti bukan satu cabaran dalam PdP dalam talian kerana pelbagai
peranti ICT kini ditawarkan dengan kos yang berpatutan (Nor Fauziana 2020). Ianya disokong
dengan statistik yang dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Telekomunikasi (SKMM),
98.7% rakyat Malaysia memiliki telefon pintar, 37.9 peratus memiliki komputer riba manakala
16.2 peratus memiliki komputer peribadi. Berdasrkan statistik di atas, PdP secara dalam talian
sangat wajar dilaksanakan (Berita Harian 2020). Maka tidak wajar bila dikatakan peranti adalah
masalah yang dihadapi bagi melksanakan PdP dalam talian.
6. 165
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
Kemahiran menggunakan peralatan teknologi
Kepakaran serta kemahiran guru dan murid menggunakan peralatan berasaskan teknologi
maklumat juga merupakan cabaran yang dikenalpasti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam
talian. Goliong et al. (2020) dalam kajian mereka menunjukkan bahawa masih terdapat guru
kurang mahir menggunakan peralatan teknologi dan aplikasi dalam melaksanakan pengajaran.
Faktor ini menyebabkan pengendalian pembelajaran menggunakan teknologi yang berasaskan
internet secara maya kurang berkesan. Sepatutnya, guru-guru perlu mempersiapkan diri dan
meningkatkan penguasaan dan kemahiran dalam bidang ICT (Nor Fauziana 2020), menggunakan
peralatan elektronik seperti komputer, Microsoft Office, video dan aplikasi dalam talian sangat
penting (Nur Hazirah & Masayu 2020) untuk menghasilkan PdP yang berkesan dan efektif.
Dapatan dari jurnal yang difokuskan juga menunjukkan cabaran dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran (PdP) secara dalam talian adalah guru dan kurang berkemahiran menggunakan
peralatan teknologi bagi tujuan pendidikan (Nor Fauziana 2020, Maizatul 2020). Punca masalah
ini adalah kerana faktor guru yang masih kurang mahir menggunakan aplikasi-aplikasi ICT
samada menggunakan komputer atau telefon pintar. Ekoran dari masalah ini, maka wujudlah
cabaran lain yang menjadi halangan kepada guru-guru melaksanakan PdP dalam talian iaitu
mereka merasa terbeban kerana banyak evidens pembelajaran yang perlu dimuat naik, kesukaran
memeriksa hasil kerja murid dan sukar berkomunikasi dengan murid (Goliong et al 2020).
Menurut Nur Hazirah & Masayu (2020), terdapat guru-guru yang tidak mengaplikasikan teknologi
maklumat dan komunikasi dengan lebih kreatif seperti membina perisian pendidikan, animasi dan
multimedia tetapi hanya mahir menggunakannya dalam kerja-kerja pentadbiran dan pembinaan
slaid powerpoint sahaja.
Menurut Nor Fauziana (2020), guru-guru perlu mempersiapkan diri dan mempertingkatkan
penguasaan dan kemahiran ICT supaya PdP lebih berkesan dan efektif. Kemahiran guru dalam
menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, MS Office dan aplikasi dalam telefon sangat
penting (Nur Hazirah & Masayu 2020). Dari sisi lain, sikap adalah mindset untuk mengadaptasi
terhadap perubahan teknologi memerlukan tempoh masa yang berbeza bagi setiap orang. Tidak
semua orang boleh berubah mengikut tempoh yang ditetapkan sekalipun kesediaan teknikal dapat
di atasi sepenuhnya (Mohamed Nazul 2020). Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapat guru
Pendidikan Islam yang mahir dalam penggunaan teknologi apabila terdapat kajian yang
membuktikan bahawa tahap kemahiran penggunaan multimedia dalam kalangan Pendidikan Islam
di sekolah menengah Negeri Selangor menunjukkan berada pada tahap tinggi (Maimun et al.
2017).
Goliong et al. (2020) menyatakan bahawa terdapat murid yang tidak mahir merujuk
tugasan yang diberikan oleh guru melalui aplikasi WhatsApp, Telegram dan email. Tidak dapat
dinafikan, kemudahan bahan teknologi di sekolah antara faktor yang menyebabkan tahap
kemahiran menggunakannya dalam proses pembelajaran secara dalam talian. Faktor sosio
ekonomi juga mempengaruhi murid untuk mempelajari peralatan berasaskan teknologi digital
dalam kehidupan mereka.
7. 166
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
Sikap dan motivasi
Nur Hazirah & Dzainudin (2020) menyatakan dalam kajiannya, sikap dan motivasi guru dan
murid juga menjadi salah satu cabaran dalam melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
secara dalam talian. Guru-guru Pendidikan Islam perlu bersikap terbuka untuk menerima segala
perubahan dalam dunia pendidikan berdasarkan keperluan dan tuntutan dalam professional
keguruan. Menurut Zawiah (2020), semua guru perlu bersedia dengan perubahan pendidikan yang
mengadaptasi PdP berfokuskan pelajar (self directed), kepelbagaian sumber (multi-source),
pendidikan jangka panjang (life long learning), ICT based serta merubah sikap dan motivasi
kearah pertumbuhan minda yang terbuka (growth Mindset). Rosniwati (2020) menyatakan selain
sikap, disiplin diri juga merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru.
Dalam beberapa kajian lain, sikap dan motivasi yang positif telah dikenal pasti. Terdapat
guru yang mengambil langkah proaktif dengan membina akaun aplikasi sendiri sendiri dan
memberi panduan panduan kepada pelajar mereka untuk menyertai aplikasi tersebut (Muniroh et
al. 2020) Terdapat juga kajian-kajian yang membuktikan bahawa sikap dan motivasi guru dalam
mengaplikasikan PdP berasaskan teknologi berada pada tahap yang tinggi. (Masfarizan &
Mohammed Yussof 2020).
Golongan murid adalah antara yang paling terkesan kerana mereka terpaksa beralih
daripada amalan pembelajaran konvensional pembelajaran secara jarak jauh (Rashid et al. 2020).
Muniroh et al. (2020) berpendapat bahawa murid-murid memerlukan motivasi yang tinggi
daripada keluarga dan persekitarannya kerana mereka berada dibawah pemerhatian ibu bapa secara
keseluruhannya. Kehadiran kelas secara virtual membuatkan murid kurang fokus dalam sesi
pembelajaran ditambah dengan suasana persekitaran yang kurang kondusif dan kurang sokongan
ibu bapa.
IMPLIKASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN TERHADAP
GURU DAN MURID
Melihat penularan wabak COVID 19 secara positif, ia mencetuskan satu semangat dan usaha yang
luar biasa bagi pendidik khususnya Pendidikan Islam di Malaysia dalam memastikan pelajar tidak
ketinggalan dalam pendidikan. Para pendidik berusaha sedaya upaya menjadi kreatif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Mereka tanpa segan silu berguru bagi meningkatkan
keupayaan mereka untuk mendidik seiring dengan kemajuan teknologi. Guru-guru juga berusaha
mempertingkatkan kemahiran mengadaptasi teknologi dalam pendidikan dengan lebih
agresif. Tidak dinafikan terdapat pelbagai latihan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM), bertujuan mempertingkatkan kemahiran guru membina bahan
pengajaran digital, namun penekanan juga harus diberikan kepada latihan kemahiran, bagaimana
mengendalikan pengajaran dalam talian yang berbeza dengan pengajaran di bilik darjah dalam
situasi yang terpisah di antara guru dan murid.
Namun begitu, terdapat impak negatif yang berlaku dalam kalangan guru Pendidikan Islam
yang kurang berkemahiran menggunakan kemudahan teknologi digital bagi tujuan pengajaran.
Terdapat sebilangan guru yang kurang selesa dengan pelaksanaan pengajaran dalam talian yang
8. 167
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
menjejaskan komunikasi antara guru dan murid (Fadzliyah et al. 2020). Ianya telah memberi kesan
yang tidak stabil kepada emosi guru. Kemahiran yang terbatas dalam mengendalikan peralatan dan
aplikasi teknologi juga telah menyebabkan guru mula merasa terbeban. Situasi bekerja dari rumah
yang kurang kondudif juga sedikit sebanyak telah meningkatkan tekanan kepada guru kerana
terpaksa menguruskan kerja dan rutin keluarga dalam satu masa yang sama.
Impak yang sangat ketara bagi murid-murid sepanjang pembelajaran dalam talian ialah
keciciran pembelajaran terutamanya bagi murid yang tidak mempunyai kemudahan peranti,
capaian internet, galakan dan motivasi dari ibu bapa. Kajian mendapati murid yang tercicir adalah
kebanyakannya dalam kalangan yang berpendapatan rendah dan yang berada jauh di pendalaman.
Situasi ini sedikit sebanyak akan menjejaskan masa depan negara yang menginspirasikan modal
insan yang intelektual.
Disamping itu, motivasi dan keinginan murid untuk belajar masih rendah kerana mereka
masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran secara norma baru (Irma Mahad
et al. 2021), akibatnya mereka kurang melibatkan diri dalam pembelajaran dalam talian. Segala
tugasan yang disediakan oleh guru juga tidak diselesaikan dengan baik menyebabkan kesukaran
untuk guru membuat penilaian dan pentaksiran secara holistik terhadap pelajar. Dalam hal ini, ibu
bapa sangat memainkan peranan bagi menjamin penglibatan anak-anak secara optimum dalam
pembelajaran secara maya. Walaubagaimanapun, terdapat guru-guru Pendidikan Islam yang
kreatif dalam melaksanakan pentaksiran dengan melaksanakan Projek Berasaskan Masalah (PBL),
ekperimen, kajian kes dan sebagainya bagi memenuhi kompenan pembentukan intelektual, rohani,
jasmani dan emosi murid.
KESIMPULAN
Kajian terhadap cabaran ini penting kerana ianya akan memberi impak kepada guru-guru
Pendidikan Islam supaya bersedia secara fizikal dan mental untuk melaksanakan pengajaran secara
dalam talian secara lebih efektif dan berkesan (Nor Fauziana 2020). Kajian ini juga akan dapat
menjadi kayu ukur kepada pihak yang berautoriti bermula dari peringkat Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) sehinggalah peringkat sekolah agar pihak institusi dapat membuat perancangan
yang teliti dan penambahbaikkan dalam pelaksanaan PdP dalam talian. Disamping itu, pihak
bertanggungjawab juga dapat mengambil langkah mempergiatkan lagi usaha untuk memberi
latihan atau kursus kepada guru-guru Pendidikan Islam khususnya supaya lebih proaktif dalam
melaksanakankan tanggungjawab walaupun dalam situasi yang sangat berbeza (Sylviano 2019).
Dengan ini, semua guru khususnya guru Pendidikan Islam perlu menjadikan segala cabaran
yang timbul dalam melaksanakan PdP dalam talian sebagai peniup semangat untuk terus berusaha
meningkatkan kompetensi diri profesional. Ianya sangat penting untuk mendepani pelajar-pelajar
di abad ke-21 yang sememangnya dikenali sebagai golongan digital native kerana telah terdedah
sejak kecil dalam kemodenan rangkaian media. Murid-murid juga secara semulajadinya
mempunyai tarikan yang kuat terhadap pendominasian teknologi digital, gadjet, tablet, teknologi
komputer, permainan video, peranti pintar dan internet.
9. 168
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
RUJUKAN
Ashraf Ismail, Khazri Osman & Nurul Huda Hassan. 2020. Cabaran Pengajaran Dan
Pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19
110–116.
Fadzliyah Hashim, Farah farhana Rosli, Fatahiyah Elias, Mohd Radzi Lebai Mat & Che Nazrah
Mohd Yusof. 2020. of Islamic Education and Its Impact ] 3(4): 158–169.
Fauzi, I. & Sastra Khusuma, I.H. 2020. Teachers’ Elementary School in Online Learning of
COVID-19 Pandemic Conditions. Jurnal Iqra’ : Kajian Ilmu Pendidikan 5(1): 58–70.
Goliong, L., Kasin, A., Johnny, M. & Yulip, N.G. 2020. Cabaran Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Jarak Jauh ( PDPCJJ ) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) 1–15.
Irma Mahad, Ugartini Magesvaran & Intan Nur Syuhada Hamzah. 2021. Sikap Dan Motivasi
Murid Sekolah Rendah Terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu Dalam Talian Sepanjang
Perintah Kawalan Pergerakan (Attitude and Motivation Primary School Student toward
Malay Language Online Learning During Movement Control Order) 11(Mei): 16–28.
Komang, N. & Astini, S. 2020. Tantangan Dan Peluang Pemanfaatan Teknologi Informasi Dalam
Pembelajaran Online Masa Covid-19 3(2): 241–255.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2020. Manual PdP Di Rumah. Dicapai di
https://www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/manual-PdP-di-rumah/3727-manual-
PdPdr/file(10 April 2021)
Maimun Aqsha Lubis, Hassan, W.N.S.W. & Hamzah, M.I. 2017. Tahap Pengetahuan Dan
Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor Terhadap
Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Acta Crystallographica
Section E: Crystallographic Communications 73(January): 594–597.
Masfarizan & Mohammed Yussof. 2020. Kebolehlaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Secara Atas Talian Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) Di Daerah 213–218.
Mohamed Nazul Ismail. 2020. Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran Digital
2507(1): 1–9.
Mohd Fairuz Jafar, Hapini Awang & Mat Rahimi Yusof. 2020. Kesediaan Pembelajaran Dalam
Talian Semasa Pandemik COVID 19 (October)
Muhammad Zulazizi Mohd Nawi. 2020. Transformasi Media Pembelajaran Pada Masa Pandemi
Covid-19 1(2): 14–26.
Muniroh Hamat, Siti Balqis Mahlan & Ch’ng Pei Eng. 2020. Adaptasi Pengajaran Dan
Pembelajaran Secara Maya Dalam Kebiasaan Baharu Semasa Pandemik Covid-19
(September): 23–30.
Nor Fauziana Mohd Salleh. 2020. Pandemik coronavirus (covid-19): pembelajaran dan
pengajaran secara atas talian suatu keperluan di malaysia (July): 1–8.
https://www.bps.go.id/dynamictable/2018/05/18/1337/persentase-panjang-jalan-tol-yang-
beroperasi-menurut-operatornya-2014.html.
10. 169
Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE)
2021, Vol. 1, No. 3, p. 160-169. e-ISSN: 2805-4695
Nur Hazirah Hairia’an & Masayu Dzainudin. 2020. Pengajaran Dan Pemudahcaraan Dalam
Talian Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan (Special Issue) 9(September): 18–28.
Oktafia Ika Handarini & Siti Sri Wulandari. 2020. Pembelajaran Daring Sebagai Upaya Study
From Home ( SFH ) Selama Pandemi Covid 19 Pembelajaran Daring Sebagai Upaya Study
From Home ( SFH ) … .. 8(1): 496–503.
Pradeep Kumar Khicca, Shibani Soni & Manisha Solanky. 2020. The Impact of E-Learning Apps
On Child’s Mental Agility. International Journal of Research in Engineering, Science and
Management 3(9): 174–181.
Rashid, A., Aziz, A., Al, A., Shafie, H., Hamidaton, U., Soffian, M. & Nur, R. 2020. Strategi
Pembangunan Aspek Kesejahteraan Kendiri bagi Mendepani Tekanan Akademik Semasa
Wabak COVID-19 Abstrak Development Strategy of Self Well-Being to Overcome
Academic Stress During COVID-19 Abstract Pengenalan 5(12): 16–30.
RosniwatiHussin Suria Hani A.Rahman Sofia Hayati Yusuff. 2554. Communiting in tha 4th
Industrial Revolution Pandemic Covid-19 and New Norms
http://library1.nida.ac.th/termpaper6/sd/2554/19755.pdf.
Sadikin, A., Hamidah, A., Pinang, K., Jl, M., Ma, J., Km, B., Indah, M., Jaluko, K., Kode, K.M.
& Indonesia, P. 2020. Pembelajaran Daring di Tengah Wabah Covid-19 ( Online Learning
in the Middle of the Covid-19 Pandemic ) 6(1): 214–224.
Siti Aisyah Ibrahim. 2021. Pandemik Covid-19: Cabaran dan Impak Dalam Pendidikan Islam dan
Pembelajaran Murid 1(1): 89–94.
Sylviano Abu Bakar. 2019. Tahap Kesediaan Pengetahuan Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap
Penggunaan Teknologi Mudah Alih Dalam Pengajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah
84: 487–492. http://ir.obihiro.ac.jp/dspace/handle/10322/3933.
Zawiah Bahrom. 2020. Pedagogi Norma Baharu: Cabaran dan Hikmah. Journal of Chemical
Information and Modeling 53(9): 1689–1699.