SlideShare a Scribd company logo
TINJAUAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN SUMBER TERBUKA S-D MATH
LEARNING TERHADAP LONJAKAN PRESTASI PELAJAR MATRIKULASI
DALAM KURSUS MATEMATIK
1
Mohd Rosdi Bin Rawi, 2
Jalilah Binti Rubai, 3
Lim Hwee Cheng, 4
Ng Geok Yan
1,2,3,4
Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Johor
1rosdi@kmj.matrik.edu.my, 2
jalilah@kmj.matrik.edu.my,
3limhweecheng@kmj.matrik.edu.my, 4nggeokyan@kmj.matrik.edu.my,
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar Kolej Matrikulasi Johor
terhadap sistem pembelajaran atas talian dengan menggunakan sumber terbuka dan meninjau
keberkesanannya dalam melonjakkan prestasi pelajar dalam kursus Matematik. Sistem
pembelajaran atas talian ini dinamakan S-D Math Learning dan prototaip ini dibangunkan
dengan menggunakan sumber terbuka Google Sites, Google Drive, Google Form, Aplikasi
Telegram dan Zoom Cloud Meeting. Seramai 82 orang pelajar Program Satu Tahun
Matrikulasi(Sains) yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kajian yang digunakan
adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik, refleksi pelajar, temu bual dan
keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi sebagai instrumen kajian. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science
(SPSS) versi 21.0 bagi mendapatkan nilai peratus dan min. Tahap penerimaan pelajar terhadap
penggunaan S-D Math Learning diukur dari segi elemen konsep pembelajaran kendiri, peluang
pembelajaran, minat terhadap pembelajaran dan tanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri
dan dijangka berada pada tahap tinggi. Penerimaan yang positif dijangka akan membantu
melonjakkan prestasi pelajar Matrikulasi dalam kursus Matematik.
Kata kunci: S-D Math Learning, lonjakan, pembelajaran kendiri, sumber terbuka, matematik
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
1.0 PENGENALAN
Peranti mudah alih semakin berkembang dan menjadi lebih interaktif sejak kebelakangan
ini. Sejajar dengan perkembangan dunia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi,
pendidikan dilihat sebagai antara aspek yang terpengaruh hasil dari gelombang globalisasi ini.
Dahulunya proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku dalam bilik darjah dan menggunakan
bahan seperti buku-buku sahaja. Namum kini dengan wujudnya sistem jaringan internet yang kian
murah dan mudah capaiannya telah menjadikan segala maklumat dan ilmu pengetahuan boleh
dicapai di mana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Maka, terlahirlah istilah m-
pembelajaran(Mobile Learning) dan Sumber Pembelajaran Terbuka (Open Educational Resources
OER) yang merupakan proses pembelajaran secara atas talian menerusi internet seperti forum, email,
blog, laman web, telegram, YouTube dan sebagainya. Kaedah m-pembelajaran atau pembelajaran
mudah alih ini lebih bersifat kepada pembelajaran kendiri (self-learning) dengan menggunakan alat
mudah alih seperti telefon bimbit, personal digital assistant (PDA) dan lain-lain sebagai alat
pembelajaran. Ini selaras dengan petikan amanat (2017) YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri
Pendidikan Tinggi yang menyatakan bahawa reka bentuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan
tinggi perlu berubah supaya sistem pendidikan kita menjadi lebih fleksibel, aktif, interaktif,
immersif, bersifat cabaran(challenge-base) dan permainan peranan serta lebih peribadi. Pelajar-
pelajar berupaya belajar sendiri atau lebih dikenali sebagai heutagogy (self-directed learning).
Hakikatnya, pelaksanaan pembelajaran atas talian ini telah diaplikasikan penggunaannya di
peringkat sekolah rendah atau menengah, universiti dan politeknik seluruh Malaysia seperti aplikasi
sistem VLE FROG, sistem Ulearn, sistem CIDOS dan sebagainya. Melalui sistem ini, pengguna
boleh memuat turun, berkongsi maklumat, forum dan membuat penilaian kepada kurikulum yang
sedang digunakan secara atas talian. Ini bermakna, proses pembelajaran bukan lagi tertumpu dalam
satu platform atau hanya terhad di dalam sesebuah bilik darjah, tetapi lebih bercorakkan just-in-time,
just-in-case, on-the-move dan on-demand ( et al. 2012; Traxler 2007).
Terdapat banyak sistem yang telah dibangunkan dalam era teknologi masa kini secara percuma
untuk menghasilkan reka bentuk pengantara muka bagi menyokong pelaksanaan pembelajaran atas
talian dengan sumber terbuka. Antaranya ialah Moodle, Blackboard, Edmodo, Google Sites dan
sebagainya yang aplikasinya mudah dibangunkan serta sesuai digunakan untuk semua peranti pintar.
Menerusi aplikasi ini, pengguna dengan mudah boleh memuat naik nota pembelajaran serta
membuat penilaian pelajaran pada bila-bila masa menggunakan alat mudah alih. Malah,
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
permarkarhan serta ulasan pensyarah akan diperolehi secara terus. Pensyarah hanya perlu
memasukkan bahan pengajaran dan penilaian serta menetapkan masa penilaian yang hendak
dilaksanakan. Ini secara tidak langsung telah memudahkan pelajar belajar tanpa terikat di dalam
kelas semata-mata, malah membantu mengurangkan beban tugas pensyarah.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Kaedah pembelajaran menggunakan sumber terbuka atas talian ini sebenarnya telah lama diamalkan
dan dipraktikkan di negara-negara membangun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (Ahmad
Sobri, 2010). Pendekatan pembelajaran ini telah membolehkan pelajar-pelajar mengakses bahan-
bahan pembelajaran, arahan dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang kursus masing-masing di
mana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan kemudahan internet.
Sungguhpun penggunaan sumber terbuka atas talian ini memberikan lebih banyak peluang
kepada pengguna untuk pembelajaran yang lebih afektif dan berfokus, namun penggunaan sumber
terbuka atas talian ini dengan penggunaan peralatan mudah alih untuk memuat turun nota atau
tugasan, perbincangan maya dan pengujian atas talian (online assessment) di laman web
pembelajaran dalam kalangan warga Kolej Matrikulasi Johor masih tidak meluas lagi. Justeru itu
dalam usaha mengetengahkan konsep pembelajaran atas talian dengan sumber terbuka ini, maka
kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap penerimaan pelajar Kolej Matrikulasi Johor terhadap
sistem pembelajaran atas talian dengan menggunakan sumber terbuka dan meninjau
keberkesanannya dalam melonjakkan prestasi pelajar dalam kursus Matematik. Pelaksanaan sistem
sumber terbuka S-D Math Learning telah dibangunkan dan digunakan sebagai medium
pembelajaran era baru ini dalam kursus matematik bagi menggantikan kaedah konvensional agar
pendekatan pedagogi pendidikan di Kolej Matrikulasi Johor adalah seiring dengan perubahan zaman.
Sistem S-D Math Learning ini merupakan sumber terbuka atas talian dengan alamat
lamannya https://sites.google.com/view/sdmathlearningcenter. Sistem ini terdiri daripada lapan
modul utama seperti tertera dalam Rajah 1 yang membolehkan pengguna mendapat bahan
pembelajaran dalam bentuk nota, soalan tutorial, penilaian atas talian, video, koleksi pautan sumber
terbuka bidang matematik, interaksi dalam kelas maya dan sebagainya atas talian.
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
Rajah 1 : Antaramuka Sistem S-D Learning Maths Atas Talian
Laman web S-D Learning Maths ini adalah mesra pengguna dan pelajar boleh mengakses
bahan-bahan pembelajaran kursus matematik SM015 dan SM025 melalui sebarang peranti yang
dilengkapi dengan kemudahan internet.
3.0 KAJIAN LITERATUR
Pendidik pada abad ke-21 disarankan membangunkan kemahiran pelajar supaya mempunyai
daya saingan yang tinggi seiring dengan perkembangan ekonomi global. Dalam pendidikan, prinsip
heutagogi, satu istilah yang dicipta oleh Stewart Hase dari Southern Cross University dan Chris
Kenyon di Australia yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri. Heutagogi menyerupai takrifan
semula dari andragogi dan menekankan khusus kepada cara belajar, pembelajaran gelung berganda,
peluang pembelajaran sejagat dan pembelajaran kendiri yang bermakna. Sebagai contoh, andragogi
memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk pelajar belajar manakala heutagogi memerlukan
inisiatif pendidikan termasuk peningkatan kemahiran belajar kendiri, belajar bagaimana untuk
belajar serta hanya mempelajari subjek tertentu itu dengan sendiri. Demikian juga, andragogi
menumpukan pada pendidikan berstruktur, manakala heutagogi tertumpu kepada segala konteks
pembelajaran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.
Sumber pendidikan atas talian untuk pelajar menjadi semakin berharga pada abad ke-21.
Tidak boleh dinafikan pendidikan konvensional membantu pelajar belajar dan menguasai segala
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
ilmu pengetahuan dari konkrit ke abstrak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Namun
perkembangan teknologi kini yang begitu dinamik dan bersifat futuristik seharusnya menjadi
pemangkin kepada perubahan dalam Sistem Pendidikan di Malaysia.(Kong et al. (2014 ).
Dalam artikel GK(2018), seorang penulis Pinlearn menyatakan kursus atas talian terbuka
berkembang secara besar-besaran, akademi dan perisian atas talian juga berkembang sebagai entiti
evolusi yang paling logik yang dapat membantu pelajar memberi tumpuan kepada arahan kendiri,
isi kandungan tersendiri dan pengurusan sumber maklumat.
Menurut Heckman, Osterlund & Saltz (2015), persekitaran pembelajaran yang wujud dari
proses pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran secara langsung atau dikenali sebagai
Pembelajaran Teradun ini akan menghasilkan persekitaran pembelajaran gabungan antara
pembelajaran bersemuka (face to face instruction) dan pembelajaran berpengantara teknologi atas
talian (online mediated instruction),
Pembelajaran kendiri atas talian ini adalah seiring dengan Anjakan ke-7 dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia iaitu dengan memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak
jauh dari pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi
tanpa mengira lokasi atau kemahiran pelajar. Dengan kata lain, pelajar akan memperoleh akses
kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar
kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh.
4.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan pelajar dalam menerima
aplikasi sumber pembelajaran terbuka atas talian dan keberkesanannya dalam meningkatkan
prestasi pelajar. Secara kursusnya, objektif kajian ini dijalankan bagi
a) Menjustifikasi skor min keseluruhan tahap penerimaan aplikasi sumber terbuka S-D Math
Learning atas talian dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Johor.
b) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning dalam
meningkatkan prestasi pelajar Kolej Matrikulasi Johor dalam kursus matematik.
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian merupakan satu tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik dan
temubual bersemuka.
5.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian tinjauan ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan data-data kuantitatif
dan kualitatif yang dikumpul melalui soal selidik dan temubual. Data-data yang diperolehi daripada
sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dengan statistik deskriptif. Keputusan seterusnya akan
memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri elemen yang dikaji.
5.2 Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Pemilihan responden
kajian secara rawak mudah dalam kalangan pelajar kuliah K1MS dan K4MS Program Satu Tahun
KMJ. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang responden.
5.3 Instrumen Kajian
Borang soal selidik atas talian yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A ialah latar
belakang responden dan Bahagian B terdiri daripada 10 soalan yang berdasarkan lima elemen:
Kemudahan akses, penambahan peluang pembelajaran, pemupukan minat belajar sikap
tanggungjawab dan pembelajaran kendiri. Pengkaji mengkelaskan skor likert yang dinyatakan
bagi tujuan analisa data berdasarkan skor min dan sisihan piawai seperti dalam Jadual 1 di bawah:
Jadual 1 : Interpertasi Skor min
Interpretasi Skala Min Min
Tinggi 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah 1.00 – 2.33
Sumber: Adaptasi daripada Joshi et al. 2015
Temubual bersemuka digunakan dalam kajian ini untuk memahami secara
mendalam mengenai tahap penerimaan pelajar terhadap sumber terbuka S-D Math Learning
Maths dan keberkesannanya. Data-data yang dikumpul melalui temubual boleh memantapkan data-
data yang dikutip daripada soal selidik.
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
5.4 ANALISIS KAJIAN
Data kuantitatif yang diperolehi melalui soal selidik diproses dengan menggunakan perisian
Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0 dan keputusan dijadualkan berdasarkan
frekuensi dan peratusan. Data di Bahagian A akan dianalisis berdasarkan kekerapan dan peratusan
sementara data-data dalam Bahagian B akan dianalisis berdasarkan statistik deskriptif peratus, min
dan sisihan piawai.
6.0 DAPATAN KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang dianalisis adalah seperti berikut:
6.1 Latar Belakang Responden
Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 82 borang soal selidik Google form yang
diedarkan kepada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang menggunakan aplikasi S-D Learning
Maths untuk kursus matematik, seramai 43 orang (53.4%) daripada responden adalah perempuan
manakala 39 orang (47.6%) adalah lelaki. Oleh itu, responden terdiri daripada peratusan jantina
yang hampir seimbang.
6.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Sumber Terbuka S-D Math Learning
Item 2 dan Item 3 dalam Bahagian B soal selidik telah digunakan untuk menguji tahap
penerimaan pelajar terhadap sumber terbuka S-D Math Learning dari segi kemudahan akses dalam
kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Johor.
A) Kemudahan Akses
Jadual 2 menunjukkan skor min bagi aspek kemudahan akses terhadap S-D Math Learning.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek kemudahan akses S-D Math Learning
dalam kalangan pelajar dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di mana jumlah skor min
keseluruhan mencatat nilai 4.24 (tinggi). Sementara itu, aspek kemudahan akses menggunakan
kemudahan Wifi Kolej adalah pada tahap yang rendah dengan skor min 2.11(rendah). Taburan
frekuensi data (Rajah 2) menunjukkan sebanyak 84.2% responden masih boleh mengakses S-D
Math Learning pada tahap tinggi, 14.6% pada tahap sederhana dan 1.2% pada tahap rendah. Rajah
3 menunjukkan 69.5% responden tidak menggunakan kemudahan wifi kolej untuk mengakses S-D
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
Math Learning. Kategori kemudahan akses rendah ini adalah disebabkan oleh kekangan bekalan
data internet. Ini menunjukkan tahap penerimaan S-D Math Learning dalam kalangan pelajar Kolej
Matrikulasi Johor adalah tinggi.
Jadual 2 : Analisis Aspek Kemudahan Akses Terhadap S-D Math Learning
Item Item Soalan Skor
Min
Interpretasi
Min
Sisihan
Piawai
2 Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk
mengakses S-D Math Learning .
4.24 Tinggi 0.79
3 Saya menggunakan wifi kolej untuk mengakses
S-D Math Learning.
2.11 Rendah 1.20
Rajah 2 : Taburan Data Kemudahan Akses Rajah 3: Taburan Data Kegunaan Wifi Kolej
6.3 Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning
Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning akan dianalisis dari segi
penambahan peluang pembelajaran, pemupukan minat pembelajaran, sikap tanggungjawab dan
sikap pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar.
A) Penambahan Peluang Pembelajaran
Keberkesanan S-D Math Learning dari segi penambahan peluang pembelajaran diuji dalam
item 4 dan item 5 dengan analisis skor min 4.56(tinggi) dan 1.83(rendah) masing-masing tertera
dalam Jadual 3. Hasil dapatan kajian menunjukkan 95.1% responden mengatakan penggunaan S-
D Math Learning menambah peluang pembelajaran kursus matematik kerana mereka boleh belajar
pada bila-bila masa di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, 50% responden
sangat tidak setuju dan 36.6% sederhana tidak setuju penggunaan S-D Math Learning tidak
menbantu mereka dalam membuat rujukan (Rajah 4). Ini menunjukkan penggunaan S-D Math
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
Learning telah menambah peluang pembelajaran pada tahap yang tinggi sama ada dari segi
membuat rujukan atau kekangan masa.
Jadual 3 : Analisis aspek penambahan peluang pembelajaran selepas penggunaan S-D Math Learning
Item Item Soalan Skor
Min
Interpretasi
Min
Sisihan
Piawai
4 Penggunaan Sumber terbuka S-D Math Learning
mendorong saya untuk belajar kursus matematik
pada bila-bila masa di luar waktu PdP.
4.56 Tinggi 0.69
5 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning
tidak membantu saya dalam membuat rujukan.
1.83 Rendah 1.17
Rajah 4 : Taburan data penambahan peluang pembelajaran dari segi rujukan dan kekangan masa
B) Pemupukan Minat Pembelajaran
Keberkesanan penggunaan S-D Math Learning juga dikaji
(item7) dari segi pemupukan minat mempelajari
matematik. Dapatan menunjukkan taksiran skor min yang
tinggi iaitu 4.61 (Jadual 4). Dapatan kajian menunjukkan
95.1% responden bersetuju penggunaan S-D Math
Learning telah menarik minat mereka terhadap kursus
matematik (Rajah 5) manakala 3.7% responden kurang
setuju dan 1.2% responden tidak setuju bahawa S-D Math
Learning boleh menarik minat terhadap kursus matematik.
Rajah 5 : Taburan data pemupukan minat
pembelajaran
Jadual 4 : Analisis aspek pemupukan minat terhadap kursus matematik
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
Item Item Soalan Skor
Min
Interpretasi
Min
Sisihan Piawai
7 Penggunaan sumber terbuka S-D Math
Learning ini menarik minat saya
mempelajari matematik.
4.61 Tinggi 0.62
C) Sikap Tanggungjawab
Jadual 5 menunjukkan analisis skor min bagi item 6 dan item 10 yang menguji keberkesanan
penggunaan S-D Math Learning dalam memupuk sikap tanggungjawab pelajar terhadap kursus
matematik dengan nilai skor min yang sama iaitu 4.49( tinggi). Rajah 6 menunjukkan lebih
daripada 90% pelajar bersetuju S-D Math Learning dapat membimbing mereka dalam kerja kursus
matematik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek sikap tanggungjawab dapat
diinterpretasikan pada tahap yang tinggi dan ini menunjukkan aplikasi S-D Math Learning dapat
membimbing pelajar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dari segi membuat
persediaan awal sebelum pelaksanaan kelas pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan kerja
kursus matematik.
Jadual 5 : Analisis aspek sikap tanggungjawab
Item Item Soalan Skor
Min
Interpretasi
Min
Sisihan Piawai
6 Penggunaan sumber terbuka S-D Math
Learning membantu saya untuk
menyiapkan tugasan dan membuat latih
tubi bagi topik-topik tertentu dalam
matematik.
4.49 Tinggi 0.71
10 Penggunaan sumber terbuka S-D Math
Learning membolehkan saya dapat
membuat persediaan lebih awal dengan
mengakses pembelajaran sebelum
menghadiri kuliah/tutorial.
4.49 Tinggi 0.65
Rajah 6 : Taburan data pemupukan sikap tanggungjawab pelajar
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
D) Sikap Pembelajaran Kendiri
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan S-D Math Learning juga boleh
mempengaruhi sikap pembelajaran kendiri pelajar dengan skor min 4.5 ( item 8) dan 4.60
(item 11) yang boleh diinterpretasikan pada tahap yang tinggi. Taburan data menunjukkan
68.3% responden sangat setuju dan 26.8% responden setuju bahawa penggunaan S-D Math
Learning dapat mengalakkan pembelajaran kendiri individu secara berterusan. Tambahan
lagi, 67.1% responden sangat bersetuju S-D Math Learning ini mampu mengalakkan
interaksi sesama pensyarah dan rakan sekelas di atas talian.
Jadual 6 : Analisis Sikap Pembelajaran Kendiri
Item Item Soalan Skor
Min
Interpretasi
Min
Sisihan Piawai
8 Penggunaan sumber terbuka S-D Math
Learning membantu saya berinteraksi
sesama rakan dan pensyarah secara atas
talian.
4.57 Tinggi 0.69
11 Penggunaan sumber terbuka S-D Math
Learning menggalakkan saya mempelajari
ilmu pengetahuan dalam matematik secara
berterusan.
4.60 Tinggi 0.72
6.4 Komen Responden
Rajah 7 : Analisis sikap pembelajaran kendiri pelajar
6.4 Hasil dapatan Temubual Pelajar
Selain daripada data-data yang dikutip daripada soal selidik, temubual semuka juga telah
dilaksanakan terhadap 4 orang responden bagi memahami secara mendalam mengenai tahap
penerimaan pelajar terhadap sumber terbuka S-D Math Learning Maths dan keberkesanannya. Hasil
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
dapatan temubual dengan responden dicatat seperti dalam Jadual 7. Mereka memberi maklum
balas yang positif dan masing-masing bersedia untuk menerima cara pembelajaran atas talian ini.
Tarikh Responden Ulasan Responden
23 March 2019 Responden A
Soalan
Apakah pandangan anda
terhadap penggunaan sumber
terbuka atas talian dalam
mempelajari kursus matematik
pada abad ke-21 ini ? Apakah
kekangan yang anda hadapi
ketika menggunakannya.
Saya suka kaedah pembelajaran
dengan sumber terbuka atas talian
ini sebab saya boleh membuat
soalan maths di mana-mana. Ini
memang sesuai dengan gay
pembelajaran abad ke-21.
Hooray Saya boleh save printer
ink.
Saya ada telefon pintar yang
dilengkapi kemudahan internet.
Jadi tak ada masalah untuk
mengakses laman web.
24 March 2019 Responden B
Soalan
Apakah pandangan anda
terhadap penggunaan sumber
terbuka atas talian dalam
mempelajari kursus matematik
pada abad ke-21 ini ? Apakah
kekangan yang anda hadapi
ketika menggunakannya.
Pada pendapat saya, pembelajaran
dengan sumber terbuka atas talian
ini amat menarik. Kekangan utama
yang saya hadapi ialah
penglibatan saya dalam aplikasi
pembelajaran atas talian ini masih
belum mencapai ke tahap yang
baik kerana kebanyakan kami
dilatih untuk belajar dan menulis
(lebih kepada cara manual) sejak
kecil. Walau bagaimanapun, saya
mahu meneruskan kaedah
pembelajaran atas talian ini kerana
ia sangat fleksibel dan
memanfaatkan
Responden C
Soalan
Apakah pandangan anda
terhadap penggunaan sumber
terbuka atas talian dalam
mempelajari kursus matematik
pada abad ke-21 ini ? Apakah
kekangan yang anda hadapi
ketika menggunakannya.
This website makes it a lot easier to
do practices especially for weak
students likes me and i can
communicate directly with the
lecturer if there are any problems on
solving the question. It is really fun
studying math now.
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
In my opinion, if college can
provide the free WIFI is better.
Responden D
Soalan
Apakah pandangan anda
terhadap penggunaan sumber
terbuka atas talian dalam
mempelajari kursus matematik
pada abad ke-21 ini ? Apakah
kekangan yang anda hadapi
ketika menggunakannya.
Students like me were exposed to
the studying method of writing and
remembering since secondary
school. . But i know that online
learning is the university life
nowsaday and I'm in the process of
learning. I am sure that step by step
with proper and clear guidance I
will use online learning better very
soon .
Menerusi semua dapatan kajian dan analisa yang telah dibuat, jelas membuktikan bahawa
pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor telah bersedia untuk menerima pelaksanaan sistem
pembelajaran atas talian berpandukan sumber pembelajaran terbuka sebagai medium pembelajaran
era baru ini. Ini dibuktikan melalui analisa dapatan kajian yang menunjukkan keseluruhannya aspek
penerimaan dan aspek keberkesanan dari segi penambahan peluang pembelajaran, pemupukan
minat pembelajaran, sifat tanggungjawab dan sikap pembelajaran kendiri berada pada skor min
yang tinggi.
7.0 PERBINCANGAN
Dapatan kajian jelas menunjukkan pelajar Kolej Matrikulasi Johor telah bersedia untuk
melaksanakannya malah bersependapat pelaksanaan sistem terbuka S-D Math Learning yang boleh
membawa impak positif dalam kalangan pelajar. Melalui impak positifnya dalam penambahan
peluang pembelajaran, sikap tanggungjawab , minat dan pembelajaran kendiri pelajar bukan sahaja
telah memudahkan proses perkongsian nota dan pencarian maklumat di antara pelajar, malah ia
boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Di samping itu, pensyarah juga boleh memberikan arahan dan panduan kepada pelajar secara
atas talian, malah pelajar boleh mencari sumber rujukan dan membuat ulangkaji pelajaran sendiri
di luar kelas. Penggunaan buku-buku tidak lagi merupakan satu-satu sahaja alat bantu mengajar
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
kerana alat-alat teknologi telah membantu menambahbaik kepada proses pengajaran dan
pembelajaran atas talian yang lebih mudah, menarik dan berkesan. Sistem pembelajaran atas talian
dengan sumber terbuka ini boleh menarik minat pelajar terhadap kursus matematik kerana mereka
boleh mendapat bahan rujukan dan membuat persediaan awal dengan lebih cepat, mudah dan
berkesan di samping dapat berinteraksi dengan pensyarah atau rakan atas talian pada bila-bila masa.
Pelaksanaan sistem terbuka S-D Math Learning juga membolehkan penilaian pelajar
dilaksanakan di luar waktu kelas. Jika sebelum ini kuiz, ujian, tugasan dan tutorial hanya dilakukan
di dalam kelas secara bertulis sahaja, kini pensyarah boleh mengadakan penilaian berterusan
tersebut di atas talian pada bila-bila masa melalui aplikasi Google Quizz form. . Pensyarah hanya
perlu memasukkan soalan dan menetapkan masa yang perlu di ambil bagi setiap kuiz yang diadakan.
Malah, proses penilaian dan pemarkahan perlajar boleh diperolehi secara terus tanpa melibatkan
penandaan kertas. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa pengurusan penilaian pensyarah
terhadap pelajar, menjimatkan penggunaan kertas, malah pelajar juga dapat mengetahui tahap
prestasi mereka secara terus.
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
8.0 KESIMPULAN
Pendekatan S-D Learning yang berkonsepkan sumber pembelajaran terbuka ini amat
penting sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran era baru sejajar dengan perkembangan
revolusi industri 4.0 dalam kalangan pensyarah dan pelajar di kolej Matrikulasi Johor. Oleh kerana
konsep pembelajaran atas talian berdasarkan sumber terbuka masih belum diimplimentasikan secara
meluas lagi di Kolej Matrikulasi Johor, maka dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi titik
permulaan kepada penambahbaikan dan pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran yang
selaras dengan perkembangan teknologi semasa.
8.1 Implikasi Kajian
Hasil kajian ini dijangka akan memberikan implikasi kepada pihak pengurusan, pensyarah,
pengkaji sendiri dan para pelajar. Kajian ini dapat memberi gambaran jelas kepada pihak
pengurusan serta pensyarah tentang isu-isu yang berkaitan pendekatan sumber pembelajaran
terbuka atas talian di sekitar Kolej Matrikulasi Johor agar langkah-langkah sewajarnya boleh
diambil. Di samping itu, hasil kajian bukan sahaja dapat menambah pengetahuan pengkaji dalam
amalan penggunaan pendekatan sumber pembelajaran terbuka atas talian, malah ia boleh
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kursus matematik kerana pendekatan
pembelajaran sumber terbuka atas talian ini boleh dilaksanakan di mana-mana dan pada bila-bila
masa dengan syarat ada kemudahan rangkaian internet. Tambahan lagi, kajian ini boleh
menggalakkan para pensyarah Kolej Matrikulasi Johor untuk mengaplikasikan pendekatan
pembelajaran sumber terbuka atas talian ini dalam membantu melicinkan proses pengajaran mereka.
Lebih-lebih lagi kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik dalam kolej
matrikulasi mahupun institut pendidikan yang lain untuk membuat kajian lanjutan dalam bidang m-
pembelajaran. Akhir sekali, keberkesanan penggunaan pendekatan pembelajaran sumber terbuka
atas talian ini secara tidak langsung akan memberangsangkan minat pelajar –pelajar yang lahir
dalam generasi digital ini terhadap kursus matematik. Ini kerana pelajar dan pensyarah dapat
berkomunikasi dalam alam maya tanpa bersemuka dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan
menyebarkan maklumat dengan lebih pantas tanpa mengira masa dan tempat. Ini membolehkan
pelajar-pelajar mengamalkan sifat pembelajaran kendiri(self-directed learning). Pembelajaran atas
talian yang terperibadi dan berkonsepkan pendidikan abad 21 ini dijangka akan melonjakkan
Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar
Matrikulasi Dalam Kursus Matematik
prestasi pelajar Kolej Matrikulasi Johor dalam kursus Matematik kerana suasana pembelajaran
dengan teknologi mudah alih ini dapat membina sistem pendidikan yang terhubung dan mengubah
cara kita mengajar, belajar dan mentadbir dunia pendidikan secara berkesan.
8.2 Cadangan Penambahbaikan
Cadangan penambahbaikan untuk kajian akan datang, pengkaji boleh memberi tumpuan
kepada peningkatan dari segi pembolehubah tambahan, kaedah kajian, saiz responden yang lebih
luas supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang lebih menyeluruh dan baik. Memandangkan
kajian ini hanya menggunakan pelajar sebagai responden, maka cadangan untuk kajian yang akan
datang boleh melibatkan para pensyarah agar mendapat maklumat dan pandangan dari kedua-dua
pihak yang lebih menyeluruh dan mantap. Dari segi kaedah kajian, dicadangkan pada masa akan
datang, kajian dilakukan melalui kaedah gabungan dua pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif.
Ini kerana pada kebiasaannya, responden tidak dapat memberikan maklumat yang begitu subjektif
melalui kaedah kuantitatif kerana terkawal dengan soal selidik yang berbentuk struktur. Bagi pihak
pengurusan kolej perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk melaksanakan sistem
pembelajaran sumber terbuka atas talian ini untuk semua kursus secara teliti dan kemas melalui
peningkatan kualiti akses jalur lebar atau WIFI di semua persekitaran kolej. Ini bagi memastikan
semua pelajar mendapat akses internet yang baik untuk menggalak dan mendorong mereka
meneruskan penggunaan sistem m-pembelajaran dengan lancar.

More Related Content

What's hot

Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
MuhammadZulaziziMohd
 
9432 20695-1-sm
9432 20695-1-sm9432 20695-1-sm
9432 20695-1-sm
Ariska Armaya
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Dancy Jimmy
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
ainuldindin
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
SYAZWANI IBRAHIM
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
digitalsejarah
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
IJRESJOURNAL
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
nooriza kassim
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Muhammad Akbar
 
Jurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi PenelitianJurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi PenelitianJacka Adhiethama
 
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Herfen Suryati
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
SYAZWANI IBRAHIM
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian e
Lily Ting
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
SYAZWANI IBRAHIM
 
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahyaindraf13
 
46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upmDanny Ritonga
 
Tugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajaranTugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajarandhianhariani
 
Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
SYAZWANI IBRAHIM
 

What's hot (20)

Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
Tahap Kesediaan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Yayasan Islam Kelan...
 
9432 20695-1-sm
9432 20695-1-sm9432 20695-1-sm
9432 20695-1-sm
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
Tugasan 7
Tugasan 7Tugasan 7
Tugasan 7
 
Penggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikanPenggunaan ICT dalam pendidikan
Penggunaan ICT dalam pendidikan
 
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota KinabaluImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
ImpakeComDeafbagikursus SBK1021 DalamKalanganPelajarKhasPoliteknik Kota Kinabalu
 
kajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemikkajian tinjauan pandemik
kajian tinjauan pandemik
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
 
Jurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi PenelitianJurnal Metodologi Penelitian
Jurnal Metodologi Penelitian
 
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
 
Interaksi 8
Interaksi 8 Interaksi 8
Interaksi 8
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Penulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian ePenulisan dapatan kajian e
Penulisan dapatan kajian e
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
 
46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm46 53 rasid et al.upm
46 53 rasid et al.upm
 
Tugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajaranTugas individu media pembelajaran
Tugas individu media pembelajaran
 
Tugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat IndividuTugasan 9 - Pendapat Individu
Tugasan 9 - Pendapat Individu
 

Similar to Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning

KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
FaizalRisdianto1
 
MJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdfMJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdf
MOHDZAINUDINJENAL
 
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Beni Herlandy
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
jumN
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
jumN
 
SEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptxSEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptx
ZamharyR
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Amir Net
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
Muzdalifahbiologi016
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Rini biologi
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
irawani060786
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)Raihando
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
Raihando
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153  pevote100 (jurnal)5215127153  pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)Raihando
 
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
Paulus Robert Tuerah
 
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis DigitalPenerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
B10RindriaRachma092
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
izwan_ismail
 
Proposal skripsi adeng saputra
Proposal skripsi adeng saputraProposal skripsi adeng saputra
Proposal skripsi adeng saputra
PT. MODERN PUTRAINDONESIA
 
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
ArifPrasetyo19
 

Similar to Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning (20)

KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
Azzahro, N. S. (2022, June 23). Indonesian student perceptions on face-to-fac...
 
MJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdfMJSSWDOI.pdf
MJSSWDOI.pdf
 
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
Pemanfaatan social software dalam pelaksanaan pendidikan tinggi
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429 (1).pdf
 
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
483-Artikel (Doc_Docx)-1605-1-10-20220429.pdf
 
SEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptxSEMINAR PROPOSAL.pptx
SEMINAR PROPOSAL.pptx
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
Proposal skripsi amir IKIP Mataram 2016
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEBModul Media pembelajaran berbasis WEB
Modul Media pembelajaran berbasis WEB
 
Modul i (jm)
Modul i (jm)Modul i (jm)
Modul i (jm)
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
 
5215127153 pevote100 (jurnal)
5215127153  pevote100 (jurnal)5215127153  pevote100 (jurnal)
5215127153 pevote100 (jurnal)
 
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
PENGARUH PEMBELAJARAN DARING MASA PANDEMI COVID-19 TERHADAP HASIL BELAJAR TEK...
 
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis DigitalPenerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
 
Doc to be uploaded
Doc to be uploadedDoc to be uploaded
Doc to be uploaded
 
Proposal skripsi adeng saputra
Proposal skripsi adeng saputraProposal skripsi adeng saputra
Proposal skripsi adeng saputra
 
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
 

Recently uploaded

SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
astridamalia20
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
gloriosaesy
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Rima98947
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
gloriosaesy
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
Indah106914
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
muhammadRifai732845
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
Dedi Dwitagama
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 

Recently uploaded (20)

SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
 
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
 
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdfLaporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
Laporan Piket Guru untuk bukti dukung PMM.pdf
 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
 
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
0. PPT Juknis PPDB TK-SD -SMP 2024-2025 Cilacap.pptx
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
 
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdfTugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
Tugas Mandiri 1.4.a.4.3 Keyakinan Kelas.pdf
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
 

Sumber Pembelajaran Terbuka : S-D Math Learning

  • 1. TINJAUAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN SUMBER TERBUKA S-D MATH LEARNING TERHADAP LONJAKAN PRESTASI PELAJAR MATRIKULASI DALAM KURSUS MATEMATIK 1 Mohd Rosdi Bin Rawi, 2 Jalilah Binti Rubai, 3 Lim Hwee Cheng, 4 Ng Geok Yan 1,2,3,4 Unit Matematik, Kolej Matrikulasi Johor 1rosdi@kmj.matrik.edu.my, 2 jalilah@kmj.matrik.edu.my, 3limhweecheng@kmj.matrik.edu.my, 4nggeokyan@kmj.matrik.edu.my, Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar Kolej Matrikulasi Johor terhadap sistem pembelajaran atas talian dengan menggunakan sumber terbuka dan meninjau keberkesanannya dalam melonjakkan prestasi pelajar dalam kursus Matematik. Sistem pembelajaran atas talian ini dinamakan S-D Math Learning dan prototaip ini dibangunkan dengan menggunakan sumber terbuka Google Sites, Google Drive, Google Form, Aplikasi Telegram dan Zoom Cloud Meeting. Seramai 82 orang pelajar Program Satu Tahun Matrikulasi(Sains) yang terlibat dalam kajian ini. Kaedah analisis kajian yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan menggunakan soal selidik, refleksi pelajar, temu bual dan keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0 bagi mendapatkan nilai peratus dan min. Tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan S-D Math Learning diukur dari segi elemen konsep pembelajaran kendiri, peluang pembelajaran, minat terhadap pembelajaran dan tanggungjawab terhadap pembelajaran kendiri dan dijangka berada pada tahap tinggi. Penerimaan yang positif dijangka akan membantu melonjakkan prestasi pelajar Matrikulasi dalam kursus Matematik. Kata kunci: S-D Math Learning, lonjakan, pembelajaran kendiri, sumber terbuka, matematik
  • 2. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik 1.0 PENGENALAN Peranti mudah alih semakin berkembang dan menjadi lebih interaktif sejak kebelakangan ini. Sejajar dengan perkembangan dunia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pendidikan dilihat sebagai antara aspek yang terpengaruh hasil dari gelombang globalisasi ini. Dahulunya proses pengajaran dan pembelajaran hanya berlaku dalam bilik darjah dan menggunakan bahan seperti buku-buku sahaja. Namum kini dengan wujudnya sistem jaringan internet yang kian murah dan mudah capaiannya telah menjadikan segala maklumat dan ilmu pengetahuan boleh dicapai di mana-mana sahaja tanpa kekangan masa dan tempat. Maka, terlahirlah istilah m- pembelajaran(Mobile Learning) dan Sumber Pembelajaran Terbuka (Open Educational Resources OER) yang merupakan proses pembelajaran secara atas talian menerusi internet seperti forum, email, blog, laman web, telegram, YouTube dan sebagainya. Kaedah m-pembelajaran atau pembelajaran mudah alih ini lebih bersifat kepada pembelajaran kendiri (self-learning) dengan menggunakan alat mudah alih seperti telefon bimbit, personal digital assistant (PDA) dan lain-lain sebagai alat pembelajaran. Ini selaras dengan petikan amanat (2017) YB Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi yang menyatakan bahawa reka bentuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan tinggi perlu berubah supaya sistem pendidikan kita menjadi lebih fleksibel, aktif, interaktif, immersif, bersifat cabaran(challenge-base) dan permainan peranan serta lebih peribadi. Pelajar- pelajar berupaya belajar sendiri atau lebih dikenali sebagai heutagogy (self-directed learning). Hakikatnya, pelaksanaan pembelajaran atas talian ini telah diaplikasikan penggunaannya di peringkat sekolah rendah atau menengah, universiti dan politeknik seluruh Malaysia seperti aplikasi sistem VLE FROG, sistem Ulearn, sistem CIDOS dan sebagainya. Melalui sistem ini, pengguna boleh memuat turun, berkongsi maklumat, forum dan membuat penilaian kepada kurikulum yang sedang digunakan secara atas talian. Ini bermakna, proses pembelajaran bukan lagi tertumpu dalam satu platform atau hanya terhad di dalam sesebuah bilik darjah, tetapi lebih bercorakkan just-in-time, just-in-case, on-the-move dan on-demand ( et al. 2012; Traxler 2007). Terdapat banyak sistem yang telah dibangunkan dalam era teknologi masa kini secara percuma untuk menghasilkan reka bentuk pengantara muka bagi menyokong pelaksanaan pembelajaran atas talian dengan sumber terbuka. Antaranya ialah Moodle, Blackboard, Edmodo, Google Sites dan sebagainya yang aplikasinya mudah dibangunkan serta sesuai digunakan untuk semua peranti pintar. Menerusi aplikasi ini, pengguna dengan mudah boleh memuat naik nota pembelajaran serta membuat penilaian pelajaran pada bila-bila masa menggunakan alat mudah alih. Malah,
  • 3. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik permarkarhan serta ulasan pensyarah akan diperolehi secara terus. Pensyarah hanya perlu memasukkan bahan pengajaran dan penilaian serta menetapkan masa penilaian yang hendak dilaksanakan. Ini secara tidak langsung telah memudahkan pelajar belajar tanpa terikat di dalam kelas semata-mata, malah membantu mengurangkan beban tugas pensyarah. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kaedah pembelajaran menggunakan sumber terbuka atas talian ini sebenarnya telah lama diamalkan dan dipraktikkan di negara-negara membangun seperti di Eropah dan Amerika Syarikat (Ahmad Sobri, 2010). Pendekatan pembelajaran ini telah membolehkan pelajar-pelajar mengakses bahan- bahan pembelajaran, arahan dan aplikasi yang berkaitan dengan bidang kursus masing-masing di mana-mana sahaja pada bila-bila masa dengan kemudahan internet. Sungguhpun penggunaan sumber terbuka atas talian ini memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk pembelajaran yang lebih afektif dan berfokus, namun penggunaan sumber terbuka atas talian ini dengan penggunaan peralatan mudah alih untuk memuat turun nota atau tugasan, perbincangan maya dan pengujian atas talian (online assessment) di laman web pembelajaran dalam kalangan warga Kolej Matrikulasi Johor masih tidak meluas lagi. Justeru itu dalam usaha mengetengahkan konsep pembelajaran atas talian dengan sumber terbuka ini, maka kajian ini dilaksanakan bagi melihat tahap penerimaan pelajar Kolej Matrikulasi Johor terhadap sistem pembelajaran atas talian dengan menggunakan sumber terbuka dan meninjau keberkesanannya dalam melonjakkan prestasi pelajar dalam kursus Matematik. Pelaksanaan sistem sumber terbuka S-D Math Learning telah dibangunkan dan digunakan sebagai medium pembelajaran era baru ini dalam kursus matematik bagi menggantikan kaedah konvensional agar pendekatan pedagogi pendidikan di Kolej Matrikulasi Johor adalah seiring dengan perubahan zaman. Sistem S-D Math Learning ini merupakan sumber terbuka atas talian dengan alamat lamannya https://sites.google.com/view/sdmathlearningcenter. Sistem ini terdiri daripada lapan modul utama seperti tertera dalam Rajah 1 yang membolehkan pengguna mendapat bahan pembelajaran dalam bentuk nota, soalan tutorial, penilaian atas talian, video, koleksi pautan sumber terbuka bidang matematik, interaksi dalam kelas maya dan sebagainya atas talian.
  • 4. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik Rajah 1 : Antaramuka Sistem S-D Learning Maths Atas Talian Laman web S-D Learning Maths ini adalah mesra pengguna dan pelajar boleh mengakses bahan-bahan pembelajaran kursus matematik SM015 dan SM025 melalui sebarang peranti yang dilengkapi dengan kemudahan internet. 3.0 KAJIAN LITERATUR Pendidik pada abad ke-21 disarankan membangunkan kemahiran pelajar supaya mempunyai daya saingan yang tinggi seiring dengan perkembangan ekonomi global. Dalam pendidikan, prinsip heutagogi, satu istilah yang dicipta oleh Stewart Hase dari Southern Cross University dan Chris Kenyon di Australia yang berkaitan dengan pembelajaran kendiri. Heutagogi menyerupai takrifan semula dari andragogi dan menekankan khusus kepada cara belajar, pembelajaran gelung berganda, peluang pembelajaran sejagat dan pembelajaran kendiri yang bermakna. Sebagai contoh, andragogi memberi tumpuan kepada cara terbaik untuk pelajar belajar manakala heutagogi memerlukan inisiatif pendidikan termasuk peningkatan kemahiran belajar kendiri, belajar bagaimana untuk belajar serta hanya mempelajari subjek tertentu itu dengan sendiri. Demikian juga, andragogi menumpukan pada pendidikan berstruktur, manakala heutagogi tertumpu kepada segala konteks pembelajaran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Sumber pendidikan atas talian untuk pelajar menjadi semakin berharga pada abad ke-21. Tidak boleh dinafikan pendidikan konvensional membantu pelajar belajar dan menguasai segala
  • 5. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik ilmu pengetahuan dari konkrit ke abstrak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Namun perkembangan teknologi kini yang begitu dinamik dan bersifat futuristik seharusnya menjadi pemangkin kepada perubahan dalam Sistem Pendidikan di Malaysia.(Kong et al. (2014 ). Dalam artikel GK(2018), seorang penulis Pinlearn menyatakan kursus atas talian terbuka berkembang secara besar-besaran, akademi dan perisian atas talian juga berkembang sebagai entiti evolusi yang paling logik yang dapat membantu pelajar memberi tumpuan kepada arahan kendiri, isi kandungan tersendiri dan pengurusan sumber maklumat. Menurut Heckman, Osterlund & Saltz (2015), persekitaran pembelajaran yang wujud dari proses pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran secara langsung atau dikenali sebagai Pembelajaran Teradun ini akan menghasilkan persekitaran pembelajaran gabungan antara pembelajaran bersemuka (face to face instruction) dan pembelajaran berpengantara teknologi atas talian (online mediated instruction), Pembelajaran kendiri atas talian ini adalah seiring dengan Anjakan ke-7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia iaitu dengan memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dari pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau kemahiran pelajar. Dengan kata lain, pelajar akan memperoleh akses kandungan yang lebih luas, menarik, dan interaktif. Mereka akan dapat belajar mengikut kadar kendiri dan mempunyai pilihan pengajian yang lebih luas melalui program jarak jauh. 4.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Secara umumnya, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau kesediaan pelajar dalam menerima aplikasi sumber pembelajaran terbuka atas talian dan keberkesanannya dalam meningkatkan prestasi pelajar. Secara kursusnya, objektif kajian ini dijalankan bagi a) Menjustifikasi skor min keseluruhan tahap penerimaan aplikasi sumber terbuka S-D Math Learning atas talian dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Johor. b) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning dalam meningkatkan prestasi pelajar Kolej Matrikulasi Johor dalam kursus matematik.
  • 6. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik 5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian merupakan satu tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik dan temubual bersemuka. 5.1 Reka Bentuk Kajian Kajian tinjauan ini merupakan kajian deskriptif dengan menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif yang dikumpul melalui soal selidik dan temubual. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dengan statistik deskriptif. Keputusan seterusnya akan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri elemen yang dikaji. 5.2 Sampel Kajian Populasi kajian terdiri daripada pelajar Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Pemilihan responden kajian secara rawak mudah dalam kalangan pelajar kuliah K1MS dan K4MS Program Satu Tahun KMJ. Sampel kajian terdiri daripada 82 orang responden. 5.3 Instrumen Kajian Borang soal selidik atas talian yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A ialah latar belakang responden dan Bahagian B terdiri daripada 10 soalan yang berdasarkan lima elemen: Kemudahan akses, penambahan peluang pembelajaran, pemupukan minat belajar sikap tanggungjawab dan pembelajaran kendiri. Pengkaji mengkelaskan skor likert yang dinyatakan bagi tujuan analisa data berdasarkan skor min dan sisihan piawai seperti dalam Jadual 1 di bawah: Jadual 1 : Interpertasi Skor min Interpretasi Skala Min Min Tinggi 3.68 – 5.00 Sederhana 2.34 – 3.67 Rendah 1.00 – 2.33 Sumber: Adaptasi daripada Joshi et al. 2015 Temubual bersemuka digunakan dalam kajian ini untuk memahami secara mendalam mengenai tahap penerimaan pelajar terhadap sumber terbuka S-D Math Learning Maths dan keberkesannanya. Data-data yang dikumpul melalui temubual boleh memantapkan data- data yang dikutip daripada soal selidik.
  • 7. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik 5.4 ANALISIS KAJIAN Data kuantitatif yang diperolehi melalui soal selidik diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0 dan keputusan dijadualkan berdasarkan frekuensi dan peratusan. Data di Bahagian A akan dianalisis berdasarkan kekerapan dan peratusan sementara data-data dalam Bahagian B akan dianalisis berdasarkan statistik deskriptif peratus, min dan sisihan piawai. 6.0 DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian yang dianalisis adalah seperti berikut: 6.1 Latar Belakang Responden Dapatan kajian menunjukkan bahawa, daripada 82 borang soal selidik Google form yang diedarkan kepada pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor yang menggunakan aplikasi S-D Learning Maths untuk kursus matematik, seramai 43 orang (53.4%) daripada responden adalah perempuan manakala 39 orang (47.6%) adalah lelaki. Oleh itu, responden terdiri daripada peratusan jantina yang hampir seimbang. 6.2 Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Sumber Terbuka S-D Math Learning Item 2 dan Item 3 dalam Bahagian B soal selidik telah digunakan untuk menguji tahap penerimaan pelajar terhadap sumber terbuka S-D Math Learning dari segi kemudahan akses dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Johor. A) Kemudahan Akses Jadual 2 menunjukkan skor min bagi aspek kemudahan akses terhadap S-D Math Learning. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek kemudahan akses S-D Math Learning dalam kalangan pelajar dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi di mana jumlah skor min keseluruhan mencatat nilai 4.24 (tinggi). Sementara itu, aspek kemudahan akses menggunakan kemudahan Wifi Kolej adalah pada tahap yang rendah dengan skor min 2.11(rendah). Taburan frekuensi data (Rajah 2) menunjukkan sebanyak 84.2% responden masih boleh mengakses S-D Math Learning pada tahap tinggi, 14.6% pada tahap sederhana dan 1.2% pada tahap rendah. Rajah 3 menunjukkan 69.5% responden tidak menggunakan kemudahan wifi kolej untuk mengakses S-D
  • 8. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik Math Learning. Kategori kemudahan akses rendah ini adalah disebabkan oleh kekangan bekalan data internet. Ini menunjukkan tahap penerimaan S-D Math Learning dalam kalangan pelajar Kolej Matrikulasi Johor adalah tinggi. Jadual 2 : Analisis Aspek Kemudahan Akses Terhadap S-D Math Learning Item Item Soalan Skor Min Interpretasi Min Sisihan Piawai 2 Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengakses S-D Math Learning . 4.24 Tinggi 0.79 3 Saya menggunakan wifi kolej untuk mengakses S-D Math Learning. 2.11 Rendah 1.20 Rajah 2 : Taburan Data Kemudahan Akses Rajah 3: Taburan Data Kegunaan Wifi Kolej 6.3 Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning akan dianalisis dari segi penambahan peluang pembelajaran, pemupukan minat pembelajaran, sikap tanggungjawab dan sikap pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar. A) Penambahan Peluang Pembelajaran Keberkesanan S-D Math Learning dari segi penambahan peluang pembelajaran diuji dalam item 4 dan item 5 dengan analisis skor min 4.56(tinggi) dan 1.83(rendah) masing-masing tertera dalam Jadual 3. Hasil dapatan kajian menunjukkan 95.1% responden mengatakan penggunaan S- D Math Learning menambah peluang pembelajaran kursus matematik kerana mereka boleh belajar pada bila-bila masa di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, 50% responden sangat tidak setuju dan 36.6% sederhana tidak setuju penggunaan S-D Math Learning tidak menbantu mereka dalam membuat rujukan (Rajah 4). Ini menunjukkan penggunaan S-D Math
  • 9. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik Learning telah menambah peluang pembelajaran pada tahap yang tinggi sama ada dari segi membuat rujukan atau kekangan masa. Jadual 3 : Analisis aspek penambahan peluang pembelajaran selepas penggunaan S-D Math Learning Item Item Soalan Skor Min Interpretasi Min Sisihan Piawai 4 Penggunaan Sumber terbuka S-D Math Learning mendorong saya untuk belajar kursus matematik pada bila-bila masa di luar waktu PdP. 4.56 Tinggi 0.69 5 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning tidak membantu saya dalam membuat rujukan. 1.83 Rendah 1.17 Rajah 4 : Taburan data penambahan peluang pembelajaran dari segi rujukan dan kekangan masa B) Pemupukan Minat Pembelajaran Keberkesanan penggunaan S-D Math Learning juga dikaji (item7) dari segi pemupukan minat mempelajari matematik. Dapatan menunjukkan taksiran skor min yang tinggi iaitu 4.61 (Jadual 4). Dapatan kajian menunjukkan 95.1% responden bersetuju penggunaan S-D Math Learning telah menarik minat mereka terhadap kursus matematik (Rajah 5) manakala 3.7% responden kurang setuju dan 1.2% responden tidak setuju bahawa S-D Math Learning boleh menarik minat terhadap kursus matematik. Rajah 5 : Taburan data pemupukan minat pembelajaran Jadual 4 : Analisis aspek pemupukan minat terhadap kursus matematik
  • 10. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik Item Item Soalan Skor Min Interpretasi Min Sisihan Piawai 7 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning ini menarik minat saya mempelajari matematik. 4.61 Tinggi 0.62 C) Sikap Tanggungjawab Jadual 5 menunjukkan analisis skor min bagi item 6 dan item 10 yang menguji keberkesanan penggunaan S-D Math Learning dalam memupuk sikap tanggungjawab pelajar terhadap kursus matematik dengan nilai skor min yang sama iaitu 4.49( tinggi). Rajah 6 menunjukkan lebih daripada 90% pelajar bersetuju S-D Math Learning dapat membimbing mereka dalam kerja kursus matematik. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan aspek sikap tanggungjawab dapat diinterpretasikan pada tahap yang tinggi dan ini menunjukkan aplikasi S-D Math Learning dapat membimbing pelajar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar dari segi membuat persediaan awal sebelum pelaksanaan kelas pengajaran dan pembelajaran dan menyiapkan kerja kursus matematik. Jadual 5 : Analisis aspek sikap tanggungjawab Item Item Soalan Skor Min Interpretasi Min Sisihan Piawai 6 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning membantu saya untuk menyiapkan tugasan dan membuat latih tubi bagi topik-topik tertentu dalam matematik. 4.49 Tinggi 0.71 10 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning membolehkan saya dapat membuat persediaan lebih awal dengan mengakses pembelajaran sebelum menghadiri kuliah/tutorial. 4.49 Tinggi 0.65 Rajah 6 : Taburan data pemupukan sikap tanggungjawab pelajar
  • 11. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik D) Sikap Pembelajaran Kendiri Dapatan kajian menunjukkan penggunaan S-D Math Learning juga boleh mempengaruhi sikap pembelajaran kendiri pelajar dengan skor min 4.5 ( item 8) dan 4.60 (item 11) yang boleh diinterpretasikan pada tahap yang tinggi. Taburan data menunjukkan 68.3% responden sangat setuju dan 26.8% responden setuju bahawa penggunaan S-D Math Learning dapat mengalakkan pembelajaran kendiri individu secara berterusan. Tambahan lagi, 67.1% responden sangat bersetuju S-D Math Learning ini mampu mengalakkan interaksi sesama pensyarah dan rakan sekelas di atas talian. Jadual 6 : Analisis Sikap Pembelajaran Kendiri Item Item Soalan Skor Min Interpretasi Min Sisihan Piawai 8 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning membantu saya berinteraksi sesama rakan dan pensyarah secara atas talian. 4.57 Tinggi 0.69 11 Penggunaan sumber terbuka S-D Math Learning menggalakkan saya mempelajari ilmu pengetahuan dalam matematik secara berterusan. 4.60 Tinggi 0.72 6.4 Komen Responden Rajah 7 : Analisis sikap pembelajaran kendiri pelajar 6.4 Hasil dapatan Temubual Pelajar Selain daripada data-data yang dikutip daripada soal selidik, temubual semuka juga telah dilaksanakan terhadap 4 orang responden bagi memahami secara mendalam mengenai tahap penerimaan pelajar terhadap sumber terbuka S-D Math Learning Maths dan keberkesanannya. Hasil
  • 12. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik dapatan temubual dengan responden dicatat seperti dalam Jadual 7. Mereka memberi maklum balas yang positif dan masing-masing bersedia untuk menerima cara pembelajaran atas talian ini. Tarikh Responden Ulasan Responden 23 March 2019 Responden A Soalan Apakah pandangan anda terhadap penggunaan sumber terbuka atas talian dalam mempelajari kursus matematik pada abad ke-21 ini ? Apakah kekangan yang anda hadapi ketika menggunakannya. Saya suka kaedah pembelajaran dengan sumber terbuka atas talian ini sebab saya boleh membuat soalan maths di mana-mana. Ini memang sesuai dengan gay pembelajaran abad ke-21. Hooray Saya boleh save printer ink. Saya ada telefon pintar yang dilengkapi kemudahan internet. Jadi tak ada masalah untuk mengakses laman web. 24 March 2019 Responden B Soalan Apakah pandangan anda terhadap penggunaan sumber terbuka atas talian dalam mempelajari kursus matematik pada abad ke-21 ini ? Apakah kekangan yang anda hadapi ketika menggunakannya. Pada pendapat saya, pembelajaran dengan sumber terbuka atas talian ini amat menarik. Kekangan utama yang saya hadapi ialah penglibatan saya dalam aplikasi pembelajaran atas talian ini masih belum mencapai ke tahap yang baik kerana kebanyakan kami dilatih untuk belajar dan menulis (lebih kepada cara manual) sejak kecil. Walau bagaimanapun, saya mahu meneruskan kaedah pembelajaran atas talian ini kerana ia sangat fleksibel dan memanfaatkan Responden C Soalan Apakah pandangan anda terhadap penggunaan sumber terbuka atas talian dalam mempelajari kursus matematik pada abad ke-21 ini ? Apakah kekangan yang anda hadapi ketika menggunakannya. This website makes it a lot easier to do practices especially for weak students likes me and i can communicate directly with the lecturer if there are any problems on solving the question. It is really fun studying math now.
  • 13. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik In my opinion, if college can provide the free WIFI is better. Responden D Soalan Apakah pandangan anda terhadap penggunaan sumber terbuka atas talian dalam mempelajari kursus matematik pada abad ke-21 ini ? Apakah kekangan yang anda hadapi ketika menggunakannya. Students like me were exposed to the studying method of writing and remembering since secondary school. . But i know that online learning is the university life nowsaday and I'm in the process of learning. I am sure that step by step with proper and clear guidance I will use online learning better very soon . Menerusi semua dapatan kajian dan analisa yang telah dibuat, jelas membuktikan bahawa pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor telah bersedia untuk menerima pelaksanaan sistem pembelajaran atas talian berpandukan sumber pembelajaran terbuka sebagai medium pembelajaran era baru ini. Ini dibuktikan melalui analisa dapatan kajian yang menunjukkan keseluruhannya aspek penerimaan dan aspek keberkesanan dari segi penambahan peluang pembelajaran, pemupukan minat pembelajaran, sifat tanggungjawab dan sikap pembelajaran kendiri berada pada skor min yang tinggi. 7.0 PERBINCANGAN Dapatan kajian jelas menunjukkan pelajar Kolej Matrikulasi Johor telah bersedia untuk melaksanakannya malah bersependapat pelaksanaan sistem terbuka S-D Math Learning yang boleh membawa impak positif dalam kalangan pelajar. Melalui impak positifnya dalam penambahan peluang pembelajaran, sikap tanggungjawab , minat dan pembelajaran kendiri pelajar bukan sahaja telah memudahkan proses perkongsian nota dan pencarian maklumat di antara pelajar, malah ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Di samping itu, pensyarah juga boleh memberikan arahan dan panduan kepada pelajar secara atas talian, malah pelajar boleh mencari sumber rujukan dan membuat ulangkaji pelajaran sendiri di luar kelas. Penggunaan buku-buku tidak lagi merupakan satu-satu sahaja alat bantu mengajar
  • 14. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik kerana alat-alat teknologi telah membantu menambahbaik kepada proses pengajaran dan pembelajaran atas talian yang lebih mudah, menarik dan berkesan. Sistem pembelajaran atas talian dengan sumber terbuka ini boleh menarik minat pelajar terhadap kursus matematik kerana mereka boleh mendapat bahan rujukan dan membuat persediaan awal dengan lebih cepat, mudah dan berkesan di samping dapat berinteraksi dengan pensyarah atau rakan atas talian pada bila-bila masa. Pelaksanaan sistem terbuka S-D Math Learning juga membolehkan penilaian pelajar dilaksanakan di luar waktu kelas. Jika sebelum ini kuiz, ujian, tugasan dan tutorial hanya dilakukan di dalam kelas secara bertulis sahaja, kini pensyarah boleh mengadakan penilaian berterusan tersebut di atas talian pada bila-bila masa melalui aplikasi Google Quizz form. . Pensyarah hanya perlu memasukkan soalan dan menetapkan masa yang perlu di ambil bagi setiap kuiz yang diadakan. Malah, proses penilaian dan pemarkahan perlajar boleh diperolehi secara terus tanpa melibatkan penandaan kertas. Secara tidak langsung dapat menjimatkan masa pengurusan penilaian pensyarah terhadap pelajar, menjimatkan penggunaan kertas, malah pelajar juga dapat mengetahui tahap prestasi mereka secara terus.
  • 15. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik 8.0 KESIMPULAN Pendekatan S-D Learning yang berkonsepkan sumber pembelajaran terbuka ini amat penting sebagai satu medium pengajaran dan pembelajaran era baru sejajar dengan perkembangan revolusi industri 4.0 dalam kalangan pensyarah dan pelajar di kolej Matrikulasi Johor. Oleh kerana konsep pembelajaran atas talian berdasarkan sumber terbuka masih belum diimplimentasikan secara meluas lagi di Kolej Matrikulasi Johor, maka dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada penambahbaikan dan pelaksanaan sistem pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan perkembangan teknologi semasa. 8.1 Implikasi Kajian Hasil kajian ini dijangka akan memberikan implikasi kepada pihak pengurusan, pensyarah, pengkaji sendiri dan para pelajar. Kajian ini dapat memberi gambaran jelas kepada pihak pengurusan serta pensyarah tentang isu-isu yang berkaitan pendekatan sumber pembelajaran terbuka atas talian di sekitar Kolej Matrikulasi Johor agar langkah-langkah sewajarnya boleh diambil. Di samping itu, hasil kajian bukan sahaja dapat menambah pengetahuan pengkaji dalam amalan penggunaan pendekatan sumber pembelajaran terbuka atas talian, malah ia boleh memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kursus matematik kerana pendekatan pembelajaran sumber terbuka atas talian ini boleh dilaksanakan di mana-mana dan pada bila-bila masa dengan syarat ada kemudahan rangkaian internet. Tambahan lagi, kajian ini boleh menggalakkan para pensyarah Kolej Matrikulasi Johor untuk mengaplikasikan pendekatan pembelajaran sumber terbuka atas talian ini dalam membantu melicinkan proses pengajaran mereka. Lebih-lebih lagi kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan kepada para penyelidik dalam kolej matrikulasi mahupun institut pendidikan yang lain untuk membuat kajian lanjutan dalam bidang m- pembelajaran. Akhir sekali, keberkesanan penggunaan pendekatan pembelajaran sumber terbuka atas talian ini secara tidak langsung akan memberangsangkan minat pelajar –pelajar yang lahir dalam generasi digital ini terhadap kursus matematik. Ini kerana pelajar dan pensyarah dapat berkomunikasi dalam alam maya tanpa bersemuka dalam menjalankan aktiviti pembelajaran dan menyebarkan maklumat dengan lebih pantas tanpa mengira masa dan tempat. Ini membolehkan pelajar-pelajar mengamalkan sifat pembelajaran kendiri(self-directed learning). Pembelajaran atas talian yang terperibadi dan berkonsepkan pendidikan abad 21 ini dijangka akan melonjakkan
  • 16. Tinjauan Keberkesanan Penggunaan Sumber Terbuka S-D Math Learning Terhadap Lonjakan Prestasi Pelajar Matrikulasi Dalam Kursus Matematik prestasi pelajar Kolej Matrikulasi Johor dalam kursus Matematik kerana suasana pembelajaran dengan teknologi mudah alih ini dapat membina sistem pendidikan yang terhubung dan mengubah cara kita mengajar, belajar dan mentadbir dunia pendidikan secara berkesan. 8.2 Cadangan Penambahbaikan Cadangan penambahbaikan untuk kajian akan datang, pengkaji boleh memberi tumpuan kepada peningkatan dari segi pembolehubah tambahan, kaedah kajian, saiz responden yang lebih luas supaya dapat menghasilkan kesimpulan yang lebih menyeluruh dan baik. Memandangkan kajian ini hanya menggunakan pelajar sebagai responden, maka cadangan untuk kajian yang akan datang boleh melibatkan para pensyarah agar mendapat maklumat dan pandangan dari kedua-dua pihak yang lebih menyeluruh dan mantap. Dari segi kaedah kajian, dicadangkan pada masa akan datang, kajian dilakukan melalui kaedah gabungan dua pendekatan iaitu kuantitatif dan kualitatif. Ini kerana pada kebiasaannya, responden tidak dapat memberikan maklumat yang begitu subjektif melalui kaedah kuantitatif kerana terkawal dengan soal selidik yang berbentuk struktur. Bagi pihak pengurusan kolej perlu mengambil langkah yang sewajarnya untuk melaksanakan sistem pembelajaran sumber terbuka atas talian ini untuk semua kursus secara teliti dan kemas melalui peningkatan kualiti akses jalur lebar atau WIFI di semua persekitaran kolej. Ini bagi memastikan semua pelajar mendapat akses internet yang baik untuk menggalak dan mendorong mereka meneruskan penggunaan sistem m-pembelajaran dengan lancar.