SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
SAFAR adalah bulan kedua mengikuti
perkiraan bulan kalender ISLAM yang
b e rd a s rk a n t ah un Q a m a r i y ah
(perkira'an bulan mengelilingi bumi).
Safar yang bererti kosong dan di-
namakan safar kerana di bulan ini orang
-orang arab sering meninggalkan ru-
mah tangga mereka menjadi kosong
kerana melakukan serangan dan
menuntut pembalasan pada musuh-
musuh mereka.
Menurut kepercayaan turun temurun
setengah orang ISLAM yang jahil, bulan
safar ini merupakan bulan turunnya
bencana dan malapetaka khusunya pa-
da hari rabu di minggu terakhir. Oleh
karena itu mereka melakukan semacam
ritual-ritual untuk menolak malapetaka
yang mereka percayai itu. Selama ber-
puluh tahun bahkan sampai beratus ta-
hun lamanya mereka telah mengamal-
kan mandi-manda dan berpesta yang di
kenali dengan "mandi safar" pada hari
rabu di minggu terakhir pada bulan sa-
far ini. Kebanyakan dari mereka tidak
mahu mengadakan resepsi pernikahan
di bulan ini.
Sebenarnya bencana dan malapetaka
itu tidak hanya terjadi di bulan SAFAR
saja namun juga berlaku di bulan
lainnya. Dan tentunya ISLAM
melarang keras kepercayaan terse-
but sebagaimana ALLAH S.W.T ber-
firman dalam Quran Surah At-Taubah
ayat 51 yang bermaksud:
"Katakan lah (wahai MUHAMMAD):
tidak akan sekali-kali menimpa kami
sesuatu apapun melainkan apa yang
telah di tetapkan oleh ALLAH S.W.T
bagi kami. DIA lah pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan
kepercayaan itu), maka hanya kepa-
da ALLAH S.W.T lah hendaknya
orang-orang yang beriman ber-
tawakkal".
Oleh sebab itu kita sebagai umat
ISLAM yang beriman hendaklah
membuang prasangka itu. Dan mem-
buang semua kepercayaan yang
percaya kepada sebuah benda atau
lain sebagainya supaya kita terlepas
dari yang namanya syirik.
Selain itu, keperluan mencari dan
menyelidik kesahihan sesuatu ilmu
amat perlu. Pada keluaran ini redaksi
ingin berkongsi adab-adab dalam
usaha mencari ilmu.
Dikesempatan ini juga, redaksi mera-
fak sembah takzim kepada Duli Yang
Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris
Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj,
Sultan dan Yang Dipertuan Negeri
Selangor Darul Ehsan Serta Segala
Daerah Takluknya sempena Hari Ke-
puteraan Baginda yang ke-70 Pada 11
Disember 2015 bersamaan 29 Safar
1437H.
-Editor
LARANGAN MANDI SAFAR
Ukhuwah
Vol. II Isu 2
12 DISEMBER 2015 ♦
30 SAFAR1437H
B I R O A G A M A & P E N D I D I K A N K E S D A T
USAHA MENCARI ILMU 2
MERAFAK SEMBAH DYMM 3
MASJID KITA 3
MERAFAK SEMBAH DYMM 3
REDAKSI 4
Isu Menarik:
IKLAN UKHUWAH
DOWNLOAD MOBILE APPS
JAKIM
DI GOOGLE PLAY
FASA BULAN HIJRAH
Page 2 Ukhuwah
Sesungguhnya Allah
menyuruh kamu supaya
menyerahkan segala
jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak
menerimanya), dan
apabila kamu
menjalankan hukum
antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu
menghukum dengan
adil. Sesungguhnya
Allah dengan
(suruhanNya) itu
memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya
kepada kamu.
Sesungguhnya Allah
sentiasa Mendengar,
lagi sentiasa Melihat.
Wahai mereka yang
beriman! Taatilah Allah
dan taatilah Rasul dan
uli al-Amr dari kalangan
kamu. Kemudian jika
kamu berselisih
pendapat dalam sesuatu
maka kembalilah
kepada Allah (al-Quran)
dan ar-Rasul (Sunnah),
jika kamu benar beriman
dengan Allah dan hari
akhirat. Yang demikian
itu yang paling utama
dan paling baik
akibatnya.
♦an-Nisa’ 58-59♦
Terdapat ramai penceramah dan ilmuan
yang tidak popular di sisi masyarakat namun
mampu memberikan ilmu yang amat mantap
dan baik kepada pendengarnya.
Terdapat juga penceramah yang tidak be-
gitu mahir dalam menyusun ayat-ayat atau
menyelitkan lawak-lawak jenaka, namun isi
kuliahnya adalah amat cemerlang.
Justeru, pelbagaikanlah dan janganlah ter-
henti hanya kepada penceramah satu aliran.
Nilailah setiap ceramah dari mereka yang
pakar dengan adil. Buangkan isi-isi hodoh
yang diungkapkannya, campakkan sikap
memaki dan merendah jika ada terselit da-
lam ceramah mereka. Cukuplah manfaatkan
yang baik darinya. Lihatlah kepada posi-
tifnya berbanding yang negatifnya. Jangan-
lah merasa pelik dengan sikap sebahagian
penceramah yang kelihatan bukan dari
akhlak Islam, ini adalah kerana mereka juga
manusia biasa yang punyai kelemahan dan
dosa. Manfaatkan yang positif, buangkan
yang buruk.
Firman Allah SWT :-
َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫أ‬َ‫و‬ ُ َّ‫َّللا‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬‫َا‬‫د‬َ‫ه‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫أ‬ ُ‫ه‬َ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ َ‫ُون‬‫ع‬ِ‫ب‬َّ‫ت‬َ‫ي‬َ‫ف‬ َ‫ل‬ْ‫و‬َ‫ق‬ْ‫ال‬ َ‫ُون‬‫ع‬ِ‫م‬َ‫ت‬ْ‫س‬َ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬
ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ل‬َ ْ‫اْل‬ ‫وا‬ُ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬
Ertinya : yang mendengarkan perkataan lalu
mengikuti apa yang paling baik di an-
taranya. Mereka itulah orang-orang yang
telah diberi Allah petunjuk dan mereka itu-
lah orang-orang yang mempunyai akal ( Az-
Zumar : 18)
Adapun beberapa displin menerima kan-
dungan ceramah seperti berikut:-
1) Semak latar belakang pen-
ceramah dan kenali bidang apakah kepa-
karan beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
‫تأخذون‬ ‫عمن‬ ‫فانظروا‬ ‫دين‬ ‫العلم‬ ‫هذا‬ ‫إن‬
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu
ini adalah agama, maka telitilah dari mana
kamu ambilinya (ilmu) agamamu " (Siyar
A'lam An-Nubala, 5/343)
2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang
tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda
ingin dengarinya. Ia penting untuk
mendapatkan gambaran akan siapakah ia
dan sejauh manakah info yang disam-
paikannya boleh diterima pakai.
USAHA MENCARI ILMU
3) Mendengar dengan faham penerangan
sehingga habis dan tidak memotong separuh-
separuh kerana ia mungkin sahaja akan me-
nyebabkan perkataan penceramah difahami di
l u a r k on t ek s n y a . Pe t i ka n - p e ti k a n
di youtube biasanya kurang dari 10 minit,
justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah
wujud dan perlu berhati-hati mengambilnya.
4) Jangan ambil serius sebarang cercaan
yang dilontarkan oleh penceramah kepada
mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyak-
kannya dilontarkan secara tidak adil dan salah
faham semata-mata.
5) Mendengar satu ceramah dari mula se-
hingga habis dalam satu masa. Jika anda
mendengar sekerat dan sekerat, ia menjauhkan
anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari
ceramah tersebut.
6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang
mampu mengutarakan isi yang disertai
dengan ayat dan hadis secara nasnya. Ia
adalah sebaik-baiknya kerana ia akan men-
dekatkan anda dengan sumber asas. Namun,
mempunyai nas tidak semestinya intreper-
tasinya dan penggunaannya adalah betul dan
tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah
yang tidak membaca sebarang nas, tetapi
semua kandungannya bertepatan dengan al-
quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan
anda dalam memilih adalah amat perlu dalam
hal ini.
7) Setelah mendapat sesuatu ilmu atau kes-
impulan dari sesuatu ceramah, janganlah terla-
lu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran
dan minda dari sebarang pandangan ilmuan
lain yang berbeza.
8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan
amanah dan tidak mengubah suainya sesuka
hati serta menisbahkannya kepada penceramah
asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan
salah faham dan kesan buruk kepada pen-
ceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan
dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah
hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.
Rencana dipetik daripada tulisan:
Ustaz Dr Hj Zaharuddin bin Hj Abd Rahman
Pen. Professor, Universiti Islam Antarabangsa
KEWAJIPAN MENTAATI
PEMERINTAH
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin
Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan
Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9
pada 22 November 2001 bersamaan
dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah.
Pemasyhuran Baginda adalah berikutan
kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda
Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz
Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda
kemudiannya ditabal dan dimahkotakan
dengan penuh Adat Istiadat Diraja di
Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang
dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan
pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5
Muharram 1424 Hijrah.
Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M.
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan
Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja
Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah.
Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang
yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan
Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945.
Pada September 1960 ketika Baginda
berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan
sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat
Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli
sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada
tahun 1970 di Istana Alam Shah.
Baginda telah dikurniakan dengan dua orang
Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan
Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera,
D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda
Selangor.
Baginda telah mendapat pendidikan awal di
Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur
dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari
tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960,
Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth,
Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan
pelajaran Baginda di England hingga ke
tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda
kembali ke tanah air dan berkhidmat di da-
lam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhid-
matan pertama Baginda di Pejabat
Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat
Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis
Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan
Baginda memperolehi pengalaman dan
pengetahuan yang begitu luas di dalam bi-
dang pentadbiran.
Baginda telah dilantik buat pertama kalinya
sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja …
MERAFAK SEMBAH DYMM SULTAN SELANGOR
Vol. II Isu 2 Page 3
MASJID KITA 4 : MASJID DIRAJA SULTAN SULAIMAN, KLANG
Nama Masjid : Masjid DiRaja Sultan Sulaiman, Klang
Nama Asal Masjid : Masjid Suleiman Jamiur Rahman
Tarikh Siap : 11 September 1932
Direka Oleh : L.Kester Vend
Kapasiti Jemaah : 1,000 Orang
Masjid ini dibina bersempena dengan pengishtiharaan Ban-
dar Klang sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Se-
langor pada ketika itu. Masjid ini merupakan hadiah da-
ripada Kerajaan British kepada Sultan Selangor Ke-V, Sultan
Alauddin Suleiman Shah. Lokasi Masjid berhampiran
dengan Istana Alam Shah, Klang.
Masjid ini direka pada zaman selepas pembinaan Masjid
Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak dan Masjid Jamek, Kuala
Lumpur. Keunikkan masjid ini terserlah pada kubah separa
hemisfera berwarna kuning. Selain itu tersergamnya se-
buah Menara Tunggal besar dan diapit dengan 6 Menara
Kecil disekelilingnya.
Terdapat juga Makam DiRaja berhampirannya.
Sumber : Web National Archives of Malaysia.
SULTAN KE-9
Almarhum Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni
Almarhum Sultan Hisamuddin
Alam Shah Alhaj
SULTAN KE-7
(1938-1942 & 1945-1960)
Almarhum Sultan Hisamuddin
Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum
Sultan Alauddin Suleiman Shah
SULTAN KE-8
(1960-2001)
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN
SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
IBNI ALMARHUM SULTAN
SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
ALHAJ
Istana Jemaah, Klang
Makam DiRaja, Klang
Bersebelahan dengan masjid
Kelab Sukan
Dan Kebajikan
Pejabat Daerah / Tanah
Klang (KESDAT)
TERBITAN
BIRO AGAMA &
PENDIDIKAN
PENASIHAT KESDAT
YBRS. TN. HJ. MOHD ZAINAL
BIN MOHD NOR AMS
PENGERUSI KESDAT
PN RAHILAH BINTI RAHMAT
PENGERUSI BIRO
EN MOHAMAD YATIM MOHD
WAHI
TIMB. PENG. BIRO
PN JAMILAH ABD KARIM
SETIAUSAHA BIRO
PN ZURIYANI ISMAM
BENDAHARI BIRO
PN MAHNUM BINTI ABDULLAH
AHLI JAWATANKUASA
»EN. A.YUSRI ABDULLAH
»EN. ABDUL RAOF ALIFOLLAH
»EN. MOHD IZAD ISMAIL
»EN. IBRAHIM TAIB
»EN. MOHD SHAHAIDI HAMID
»PN. YUSLIZA KAHAR
»PN. NORASIMAH OTHMAN
»PN. NOOR HALINA BAKI
»PN. NIZA BAHARUM
»PN. RUHAIZAH ABDUL AZIZ
FOTO
»MOHD ZUL FAHDLI ZAINAL
»MOHAMMAD HASIF RAHIM
»ABU SYAFIN ABU HASSAN
(UNIT ICT PDTK)
EDITOR
»EN. MOHD SHAHAIDI HAMID
♦ SIDANG REDAKSI UKHUWAH
MENGUCAPKAN JUTAAN
TERIMA KASIH KEPADA PIHAK
YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG MAHUPUN TIDAK
LANGSUNG DALAM
PENERBITAN BULETIN INI.
♦ SEBARANG NILAI TAMBAH
DAN CADANGAN AMAT DIALU-
ALUKAN.
REDAKSI
UKHUWAH
www.facebook.com/pdtklg
MAKLUMAN : Kepada ahli yang berminat untuk menyumbang artikel mahupun Mutiara Kata,
boleh berhubung terus dengan wakil Biro Agama & Pendidikan KESDAT di Bahagian / Unit
masing-masing. Semoga sumbangan tuan/puan dibaca, diamalkan dan bermanfaat.
...pada 23 Februari hingga 20 September
1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda
berangkat ke England. Baginda telah be-
berapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja
Selangor dari masa ke semasa, dari tahun
1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999,
Baginda telah dilantik sebagai Pemangku
Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka
Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-
Pertuan Agong yang ke-11.
Baginda telah membuat beberapa lawatan
rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pem-
bangunan dan juga masalah-masalah setem-
pat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan
beramah mesra dengan mereka. Baginda
juga telah beberapa kali merasmikan
Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan
Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972,
1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003,
2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2012,
2014 dan 2015.
Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat
(Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun
1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri
Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun
1975. Baginda juga telah dianugerahkan Dar-
jah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu,
Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan
Kedah.
Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah
ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Ten-
tera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun
1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan
Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Ma-
laysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002,
Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang
Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah
seorang insan yang peka di dalam perkem-
bangan semasa. Baginda selalu memberi
idea yang bernas di dalam mengatasi masa-
lah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang
agama pula Baginda sering bertitah di mas-
jid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar
benar-benar mengikut ajaran Islam dengan
penuh keyakinan. Baginda adalah seorang
Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberat-
kan kemajuan rakyat Baginda dalam semua
bidang termasuklah ekonomi, sosial dan
alam sekitar.
DAULAT TUANKU!

More Related Content

What's hot

Nuzul al quran power point
Nuzul al quran power pointNuzul al quran power point
Nuzul al quran power pointkammcun
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatMohamad_Nizam_Zafael
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahNoor Aziah Mamat
 
Nuzul al quran 1436 h
Nuzul al quran 1436 hNuzul al quran 1436 h
Nuzul al quran 1436 hHJWANZ
 
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsurHikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsurNurani Rahmania
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quranmasdalul
 
Selamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikanSelamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikanMuhsin Hariyanto
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Rabithah Ma'ahid Islamiyah Nahdlatul Ulama
 
Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...
Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...
Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...http://julikoding.blogspot.com
 
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)Marhamah Saleh
 
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anBagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anHastha Sunardi
 
10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan
10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan
10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhanSlight Hope
 
Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.
Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.
Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.Juaria Muin
 

What's hot (20)

Nuzul al quran power point
Nuzul al quran power pointNuzul al quran power point
Nuzul al quran power point
 
Nuzul quran
Nuzul quranNuzul quran
Nuzul quran
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
Nuzul al quran 1436 h
Nuzul al quran 1436 hNuzul al quran 1436 h
Nuzul al quran 1436 h
 
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsurHikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
Hikmah al qur’an diturunkan secara berangsur-angsur
 
Nuzulul Quran
Nuzulul QuranNuzulul Quran
Nuzulul Quran
 
Adab al-quran
Adab al-quranAdab al-quran
Adab al-quran
 
Hikmah diturunkannya al-Qur'an secara bertahap
Hikmah diturunkannya al-Qur'an secara bertahapHikmah diturunkannya al-Qur'an secara bertahap
Hikmah diturunkannya al-Qur'an secara bertahap
 
Ulumul qur’an 4
Ulumul qur’an 4Ulumul qur’an 4
Ulumul qur’an 4
 
Selamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikanSelamat tinggal kemunafikan
Selamat tinggal kemunafikan
 
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
Kitab at tibyan fi adab hamalat al-qur' an karya imam nawawi - rmi project sy...
 
Teknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quranTeknik menghafaz al quran
Teknik menghafaz al quran
 
Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...
Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...
Hikmah turunnya al qur’an secara berangsur-angsur dan faedahnya dalam Pendidi...
 
Buletin
BuletinBuletin
Buletin
 
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
Presentasi Fiqh 6 ( Kisi)
 
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'anBagaimana menjadi ahlul qur'an
Bagaimana menjadi ahlul qur'an
 
10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan
10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan
10 cara & 10 kiat optimalisasi ramadhan
 
Pahala Berganda
Pahala  BergandaPahala  Berganda
Pahala Berganda
 
Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.
Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.
Ayat-Ayat Al-Qur'an Tentang Larangan Khamr/Narkoba, Judi dan Zina.
 

Viewers also liked

MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...
MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...
MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...Mengyan Gu
 
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,juaknc gaxcvv
 
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,juaknc gaxcvv
 
Informe reacciones químicas morena.o
Informe reacciones químicas morena.oInforme reacciones químicas morena.o
Informe reacciones químicas morena.oCamilo Diaz
 
Práctica innovadora en el área de matemática
Práctica innovadora en el área de matemáticaPráctica innovadora en el área de matemática
Práctica innovadora en el área de matemáticaelisabethbeletti
 
panamá La ruta por descubrir
panamá La ruta por descubrirpanamá La ruta por descubrir
panamá La ruta por descubrirmarlymarquez12
 
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,juaknc gaxcvv
 
Almacenamiento en la nube
Almacenamiento en la nubeAlmacenamiento en la nube
Almacenamiento en la nubeGetse Zurita
 

Viewers also liked (12)

MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...
MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...
MS_thesis_Mengyan_GU_modeling and control of a gasoline direct injection fuel...
 
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 차이,#물뽕 강간뉴스,#물뽕 냄새,
 
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 정품구입,#물뽕 정품파는곳,#물뽕 정품구입처,
 
Informe reacciones químicas morena.o
Informe reacciones químicas morena.oInforme reacciones químicas morena.o
Informe reacciones químicas morena.o
 
Práctica innovadora en el área de matemática
Práctica innovadora en el área de matemáticaPráctica innovadora en el área de matemática
Práctica innovadora en el área de matemática
 
Guerra fría
Guerra fríaGuerra fría
Guerra fría
 
panamá La ruta por descubrir
panamá La ruta por descubrirpanamá La ruta por descubrir
panamá La ruta por descubrir
 
Nuevas Tecnologías
Nuevas TecnologíasNuevas Tecnologías
Nuevas Tecnologías
 
77 krov
77 krov77 krov
77 krov
 
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,
강력 ghb물뽕 구입방법 【CIA88-COM 】#물뽕 판매,#물뽕 구입,#물뽕 파는곳,#물뽕 약효,#물뽕 직구,#물뽕 사용후기,
 
Houston Car Accidents
Houston Car AccidentsHouston Car Accidents
Houston Car Accidents
 
Almacenamiento en la nube
Almacenamiento en la nubeAlmacenamiento en la nube
Almacenamiento en la nube
 

Similar to BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 2

Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahAqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahIslamhouse.com
 
Hukum islam bab 5 buku mentoring islam saja
Hukum islam   bab 5 buku mentoring islam sajaHukum islam   bab 5 buku mentoring islam saja
Hukum islam bab 5 buku mentoring islam sajaFlamencoRizky
 
Pelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakat
Pelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakatPelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakat
Pelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakatArifah Fajrina
 
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islamAnjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islamExcel Darmawan
 
Hadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsan
Hadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsanHadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsan
Hadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsanAbdul Muchith
 
Hadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang Tangerang
Hadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang TangerangHadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang Tangerang
Hadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang TangerangAbdul Muchith
 
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1yadilia
 
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1muslimdocuments
 
KKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptx
KKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptxKKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptx
KKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptxkays17
 
Membangun rahmatan lil alamin berparas kenabian
Membangun rahmatan lil alamin berparas kenabianMembangun rahmatan lil alamin berparas kenabian
Membangun rahmatan lil alamin berparas kenabianTaufan Iswandi
 
Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...
Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...
Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...Ra Hardianto
 
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptxslide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptxmohamad340049
 
Adab Terhadap Orang Tua & Guru
Adab Terhadap Orang Tua & GuruAdab Terhadap Orang Tua & Guru
Adab Terhadap Orang Tua & GuruMaulanaFirdaus19
 

Similar to BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 2 (20)

Rukun al fahmu pt 8
Rukun al fahmu pt 8Rukun al fahmu pt 8
Rukun al fahmu pt 8
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ahAqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
Aqidah Ahlussunnah Wal-jama’ah
 
Hukum islam bab 5 buku mentoring islam saja
Hukum islam   bab 5 buku mentoring islam sajaHukum islam   bab 5 buku mentoring islam saja
Hukum islam bab 5 buku mentoring islam saja
 
Pelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakat
Pelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakatPelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakat
Pelaksanaan khutbah , tabligh dan dakwah di masyarakat
 
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
 
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islamAnjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
Anjuran menuntut ilmu dan berpakaian secara islam
 
Hadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsan
Hadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsanHadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsan
Hadis 2 Arbain Nawawi. iman – islam – ihsan
 
Hadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang Tangerang
Hadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang TangerangHadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang Tangerang
Hadis 2 iman – islam – ihsan masjid al jihad Bonang Tangerang
 
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
Pertemuan 7 sumber hukum islam part.1
 
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1
Buletin jumat al furqon tahun 05 volume 08 nomor 03 fiqih jenazah bagian 1
 
Ke-LDK-an 2014
Ke-LDK-an 2014Ke-LDK-an 2014
Ke-LDK-an 2014
 
KKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptx
KKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptxKKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptx
KKI pra 003 2022 Pertemuan 09 SUMBER HUKUM ISLAM YANG DISEPAKATI.pptx
 
Risalah
RisalahRisalah
Risalah
 
Membangun rahmatan lil alamin berparas kenabian
Membangun rahmatan lil alamin berparas kenabianMembangun rahmatan lil alamin berparas kenabian
Membangun rahmatan lil alamin berparas kenabian
 
Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...
Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...
Penjelasan salafush-shalih-kewajiban-mengikuti-jejak-salafush-shalih-dan-mene...
 
Kitab tauhid
Kitab tauhidKitab tauhid
Kitab tauhid
 
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptxslide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
slide Akidah ahli sunnah wal jamaah.pptx
 
Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1
 
Adab Terhadap Orang Tua & Guru
Adab Terhadap Orang Tua & GuruAdab Terhadap Orang Tua & Guru
Adab Terhadap Orang Tua & Guru
 

Recently uploaded

Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxBudyHermawan3
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptMuhammadNorman9
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfNetraHartana
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1RomaDoni5
 
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara HukumMAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukumbrunojahur
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxAmandaJesica
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAnthonyThony5
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditYOSUAGETMIRAJAGUKGUK1
 

Recently uploaded (8)

Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptxMateri Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
Materi Membangun Budaya Ber-Integritas Antikorupsi bagi ASN .pptx
 
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.pptmata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
mata pelajaran geografi ANTROPOSFER 2.ppt
 
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdfINDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
INDIKATOR DAN SUB INDIKATOR MCP PELAYANAN PUBLIK.pdf
 
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
UUD NRI TAHUN 1945 TENTANG HAK DAN KEWAJIBAN PASAL 28D AYAT 1
 
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara HukumMAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
MAKALAH KELOMPOK II (1).pdf Prinsip Negara Hukum
 
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptxemka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
emka_Slide Recall Modul Melakukan Perencanaan PBJP Level 1 V3.1.pptx
 
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah PemerintahAdministrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
Administrasi_pengelolaan_hibah Pemerintah
 
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka KreditPermen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
Permen PANRB Nomor 3 Tahun 2023 - Tentang Penetapan Angka Kredit
 

BULETIN UKHUWAH vol.2 Isu 2

  • 1. SAFAR adalah bulan kedua mengikuti perkiraan bulan kalender ISLAM yang b e rd a s rk a n t ah un Q a m a r i y ah (perkira'an bulan mengelilingi bumi). Safar yang bererti kosong dan di- namakan safar kerana di bulan ini orang -orang arab sering meninggalkan ru- mah tangga mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan pada musuh- musuh mereka. Menurut kepercayaan turun temurun setengah orang ISLAM yang jahil, bulan safar ini merupakan bulan turunnya bencana dan malapetaka khusunya pa- da hari rabu di minggu terakhir. Oleh karena itu mereka melakukan semacam ritual-ritual untuk menolak malapetaka yang mereka percayai itu. Selama ber- puluh tahun bahkan sampai beratus ta- hun lamanya mereka telah mengamal- kan mandi-manda dan berpesta yang di kenali dengan "mandi safar" pada hari rabu di minggu terakhir pada bulan sa- far ini. Kebanyakan dari mereka tidak mahu mengadakan resepsi pernikahan di bulan ini. Sebenarnya bencana dan malapetaka itu tidak hanya terjadi di bulan SAFAR saja namun juga berlaku di bulan lainnya. Dan tentunya ISLAM melarang keras kepercayaan terse- but sebagaimana ALLAH S.W.T ber- firman dalam Quran Surah At-Taubah ayat 51 yang bermaksud: "Katakan lah (wahai MUHAMMAD): tidak akan sekali-kali menimpa kami sesuatu apapun melainkan apa yang telah di tetapkan oleh ALLAH S.W.T bagi kami. DIA lah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu), maka hanya kepa- da ALLAH S.W.T lah hendaknya orang-orang yang beriman ber- tawakkal". Oleh sebab itu kita sebagai umat ISLAM yang beriman hendaklah membuang prasangka itu. Dan mem- buang semua kepercayaan yang percaya kepada sebuah benda atau lain sebagainya supaya kita terlepas dari yang namanya syirik. Selain itu, keperluan mencari dan menyelidik kesahihan sesuatu ilmu amat perlu. Pada keluaran ini redaksi ingin berkongsi adab-adab dalam usaha mencari ilmu. Dikesempatan ini juga, redaksi mera- fak sembah takzim kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Darul Ehsan Serta Segala Daerah Takluknya sempena Hari Ke- puteraan Baginda yang ke-70 Pada 11 Disember 2015 bersamaan 29 Safar 1437H. -Editor LARANGAN MANDI SAFAR Ukhuwah Vol. II Isu 2 12 DISEMBER 2015 ♦ 30 SAFAR1437H B I R O A G A M A & P E N D I D I K A N K E S D A T USAHA MENCARI ILMU 2 MERAFAK SEMBAH DYMM 3 MASJID KITA 3 MERAFAK SEMBAH DYMM 3 REDAKSI 4 Isu Menarik: IKLAN UKHUWAH DOWNLOAD MOBILE APPS JAKIM DI GOOGLE PLAY FASA BULAN HIJRAH
  • 2. Page 2 Ukhuwah Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat dalam sesuatu maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan ar-Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya. ♦an-Nisa’ 58-59♦ Terdapat ramai penceramah dan ilmuan yang tidak popular di sisi masyarakat namun mampu memberikan ilmu yang amat mantap dan baik kepada pendengarnya. Terdapat juga penceramah yang tidak be- gitu mahir dalam menyusun ayat-ayat atau menyelitkan lawak-lawak jenaka, namun isi kuliahnya adalah amat cemerlang. Justeru, pelbagaikanlah dan janganlah ter- henti hanya kepada penceramah satu aliran. Nilailah setiap ceramah dari mereka yang pakar dengan adil. Buangkan isi-isi hodoh yang diungkapkannya, campakkan sikap memaki dan merendah jika ada terselit da- lam ceramah mereka. Cukuplah manfaatkan yang baik darinya. Lihatlah kepada posi- tifnya berbanding yang negatifnya. Jangan- lah merasa pelik dengan sikap sebahagian penceramah yang kelihatan bukan dari akhlak Islam, ini adalah kerana mereka juga manusia biasa yang punyai kelemahan dan dosa. Manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk. Firman Allah SWT :- َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫أ‬َ‫و‬ ُ َّ‫َّللا‬ ُ‫م‬ُ‫ه‬‫َا‬‫د‬َ‫ه‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ َ‫ك‬ِ‫ئ‬َ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫أ‬ ُ‫ه‬َ‫ن‬َ‫س‬ْ‫ح‬َ‫أ‬ َ‫ُون‬‫ع‬ِ‫ب‬َّ‫ت‬َ‫ي‬َ‫ف‬ َ‫ل‬ْ‫و‬َ‫ق‬ْ‫ال‬ َ‫ُون‬‫ع‬ِ‫م‬َ‫ت‬ْ‫س‬َ‫ي‬ َ‫ين‬ِ‫ذ‬َّ‫ال‬ ِ‫ب‬‫ا‬َ‫ب‬ْ‫ل‬َ ْ‫اْل‬ ‫وا‬ُ‫ل‬ْ‫و‬ُ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ Ertinya : yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di an- taranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itu- lah orang-orang yang mempunyai akal ( Az- Zumar : 18) Adapun beberapa displin menerima kan- dungan ceramah seperti berikut:- 1) Semak latar belakang pen- ceramah dan kenali bidang apakah kepa- karan beliau. Imam Malik Bin Anas berkata : ‫تأخذون‬ ‫عمن‬ ‫فانظروا‬ ‫دين‬ ‫العلم‬ ‫هذا‬ ‫إن‬ Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu " (Siyar A'lam An-Nubala, 5/343) 2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya. Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disam- paikannya boleh diterima pakai. USAHA MENCARI ILMU 3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh- separuh kerana ia mungkin sahaja akan me- nyebabkan perkataan penceramah difahami di l u a r k on t ek s n y a . Pe t i ka n - p e ti k a n di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan perlu berhati-hati mengambilnya. 4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyak- kannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata. 5) Mendengar satu ceramah dari mula se- hingga habis dalam satu masa. Jika anda mendengar sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah tersebut. 6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya. Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan men- dekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intreper- tasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al- quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini. 7) Setelah mendapat sesuatu ilmu atau kes- impulan dari sesuatu ceramah, janganlah terla- lu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza. 8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada pen- ceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya. Rencana dipetik daripada tulisan: Ustaz Dr Hj Zaharuddin bin Hj Abd Rahman Pen. Professor, Universiti Islam Antarabangsa KEWAJIPAN MENTAATI PEMERINTAH
  • 3. Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah. Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di da- lam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhid- matan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu luas di dalam bi- dang pentadbiran. Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja … MERAFAK SEMBAH DYMM SULTAN SELANGOR Vol. II Isu 2 Page 3 MASJID KITA 4 : MASJID DIRAJA SULTAN SULAIMAN, KLANG Nama Masjid : Masjid DiRaja Sultan Sulaiman, Klang Nama Asal Masjid : Masjid Suleiman Jamiur Rahman Tarikh Siap : 11 September 1932 Direka Oleh : L.Kester Vend Kapasiti Jemaah : 1,000 Orang Masjid ini dibina bersempena dengan pengishtiharaan Ban- dar Klang sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Se- langor pada ketika itu. Masjid ini merupakan hadiah da- ripada Kerajaan British kepada Sultan Selangor Ke-V, Sultan Alauddin Suleiman Shah. Lokasi Masjid berhampiran dengan Istana Alam Shah, Klang. Masjid ini direka pada zaman selepas pembinaan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak dan Masjid Jamek, Kuala Lumpur. Keunikkan masjid ini terserlah pada kubah separa hemisfera berwarna kuning. Selain itu tersergamnya se- buah Menara Tunggal besar dan diapit dengan 6 Menara Kecil disekelilingnya. Terdapat juga Makam DiRaja berhampirannya. Sumber : Web National Archives of Malaysia. SULTAN KE-9 Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj SULTAN KE-7 (1938-1942 & 1945-1960) Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Alauddin Suleiman Shah SULTAN KE-8 (1960-2001) DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Istana Jemaah, Klang Makam DiRaja, Klang Bersebelahan dengan masjid
  • 4. Kelab Sukan Dan Kebajikan Pejabat Daerah / Tanah Klang (KESDAT) TERBITAN BIRO AGAMA & PENDIDIKAN PENASIHAT KESDAT YBRS. TN. HJ. MOHD ZAINAL BIN MOHD NOR AMS PENGERUSI KESDAT PN RAHILAH BINTI RAHMAT PENGERUSI BIRO EN MOHAMAD YATIM MOHD WAHI TIMB. PENG. BIRO PN JAMILAH ABD KARIM SETIAUSAHA BIRO PN ZURIYANI ISMAM BENDAHARI BIRO PN MAHNUM BINTI ABDULLAH AHLI JAWATANKUASA »EN. A.YUSRI ABDULLAH »EN. ABDUL RAOF ALIFOLLAH »EN. MOHD IZAD ISMAIL »EN. IBRAHIM TAIB »EN. MOHD SHAHAIDI HAMID »PN. YUSLIZA KAHAR »PN. NORASIMAH OTHMAN »PN. NOOR HALINA BAKI »PN. NIZA BAHARUM »PN. RUHAIZAH ABDUL AZIZ FOTO »MOHD ZUL FAHDLI ZAINAL »MOHAMMAD HASIF RAHIM »ABU SYAFIN ABU HASSAN (UNIT ICT PDTK) EDITOR »EN. MOHD SHAHAIDI HAMID ♦ SIDANG REDAKSI UKHUWAH MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG MAHUPUN TIDAK LANGSUNG DALAM PENERBITAN BULETIN INI. ♦ SEBARANG NILAI TAMBAH DAN CADANGAN AMAT DIALU- ALUKAN. REDAKSI UKHUWAH www.facebook.com/pdtklg MAKLUMAN : Kepada ahli yang berminat untuk menyumbang artikel mahupun Mutiara Kata, boleh berhubung terus dengan wakil Biro Agama & Pendidikan KESDAT di Bahagian / Unit masing-masing. Semoga sumbangan tuan/puan dibaca, diamalkan dan bermanfaat. ...pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah be- berapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di- Pertuan Agong yang ke-11. Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pem- bangunan dan juga masalah-masalah setem- pat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2010, 2012, 2014 dan 2015. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Dar- jah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah. Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Ten- tera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Ma- laysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkem- bangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masa- lah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di mas- jid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberat- kan kemajuan rakyat Baginda dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar. DAULAT TUANKU!