SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
UCAP UTAMA

Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PADA

KOLOKIUM KEBANGSAAN
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL
2008

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera
Terima kasih saudara Pengacara Majlis,
Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

1)

Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang gilang gemilang ini.
Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga
Institut Aminuddin Baki di atas kesungguhan menjayakan majlis pada hari ini.
Terima kasih juga pada pihak IAB kerana memberikan penghormatan kepada
saya untuk menyampaikan ucap utama dan melakukan perasmian pembukaan
Kolokium Kebangsaan Instruksional pada pagi ini.

1
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

2)

Tema Kolokium Kebangsaan pada kali ini ialah Sekolah Kluster

Pemangkin Kepimpinan Instruksional. Tema yang dipilih pada kali ini sangat
sesuai dalam kita membincangkan tentang meningkatkan kecemerlangan
pendidikan serta membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.
Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu
untuk

mengembangkan

sepenuhnya

potensi

sekolah

dalam

kluster

kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6,
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan
bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara adalah
bertujuan untuk peningkatan kualiti pendidikan dan ia berasaskan lokaliti ataupun
kecemerlangan.

3)

Sebelum membincangkan tentang sekolah kluster dan kepimpinan

instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster.
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang

dalam

klusternya

daripada

aspek

pengurusan

sekolah

dan

kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah
lain di luar klusternya. Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada
proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian
autonomi terpimpin. Selaras dengan prinsip asas sekolah kluster ialah
mengelakkan elitism – dengan semua pihak akan berada dalam ‘padang
permainan yang sama’. ‘Kluster’, ialah sebuah sekolah terbaik daripada setiap
2
kategori sekolah, yang dipilih dan diberi kuasa autonomi, walaupun sekolah itu
dalam kategori pendidikan khas, pedalaman atau sekolah Orang Asli. Kedudukan
sekolah kluster dalam hierarki sekolah sebagai ‘terbaik dalam kalangan yang
terbaik’. Pewujudan sekolah kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mengembangkan sepenuhnya
potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan
pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia sejajar
usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah mengorak langkah dengan memperkemaskan elemen
kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pemimpin sekolah kluster bagi
memastikan mereka mampu mentadbir dengan baik dan berkesan.

Tuan-tuan dan puan-puan

4)

Pengwujudan sekolah kluster dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan

instruksional. Persoalannya bagaimanakah sekolah kluster dapat menjadi
pemangkin kepada kepimpinan instruksional? Sebelum saya menjelaskan
hubungkait antara sekolah kluster dengan kepimpinan instruksional adalah lebih
baik konsep kepimpinan instruksional diperhalusi dan dijelaskan hubungannya
dengan sekolah berkesan. Kajian mengenai kepimpinan instruksional hanya
bermula pada awal 1980an apabila penyelidikan berkaitan dengan sekolah
berkesan dan penambahbaikan sekolah (school improvement) telah mengenal
pasti

kepimpinan

pengetua/guru

besar

merupakan

faktor

utama

dalam

memastikan kejayaan akademik sesebuah sekolah (Edmonds, 1982; Leithwood &
Montgomery, 1982, Purkey & Smith, 1983). Kajian yang bermula di sekolahsekolah pinggir bandar yang berpencapaian rendah di Amerika merebak dengan

3
pantas ke seluruh dunia berkaitan dengan sekolah berkesan. Di Malaysia kajian
sekolah berkesan dan kepimpinan instruksional berlangsung di sekitar lewat
1980an (Abdul Karim, 1989, 1993; Ahmad Tajuddin, 1989)

5)

Konstruk kepimpinan instruksional adalah warisan daripada ribuan kajian

yang dibuat berkaitan dengan sekolah berkesan yang bermula sekitar awal
1980an. Lantaran daripada kajian-kajian tersebut maka timbullah konsep
kepimpinan instruksional yang dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan
sekolah berkesan. Untuk itu, pemimpin instruksional sudah pastilah berupaya
menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat
memberi konsep sekolah berkesan sebagai sekolah yang meningkatkan
pencapaian akademiknya secara keseluruhan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

6).

Walau apapun pengertian dan kriteria yang dicanangkan di barat, kita perlu

ingat bahawa kita ada acuan yang tersendiri untuk mengukur konsep sekolah
berkesan. Pada hemat saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah
menjelaskan secara terperinci fokus pembangunan pendidikan di negara kita. Apa
yang dijelaskan dalam FPK adalah salah satu daripada komponen penting yang
mendasari konsep sekolah berkesan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dijelaskan bahawa:

4
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah
LEBIH MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk MELAHIRKAN insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah BERTUJUAN UNTUK melahirkan
WARGA NEGARA Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
KELUARGA, masyarakat dan negara.

7)

Dalam usaha menterjemahkan FPK ini, sistem pendidikan yang kita

bangunkan akan memberi fokus untuk melahirkan generasi yang seimbang
perkembangannya

dari

segi

intelek,

rohani,

emosi

dan

jasmani,

mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, patriotik, tidak
bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerja berpasukan
serta

mampu

memainkan

peranan

dalam

memajukan

keluarga,

masyarakat dan negara. Dalam lain perkataan, pembangunan pendidikan
di negara kita sebenarnya memberi fokus terhadap pembangunan modal
insan iaitu satu komponen yang sangat penting dalam pembangunan
masyarakat dan negara. Inilah fokus kita, membangunkan murid agar
menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.

8)

Hala tuju pembangunan pendidikan kita yang memberi fokus

terhadap pembangunan modal insan mendapat sokongan padu daripada
kerajaan.

Dalam

RMK-9,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

telah

diperuntukkan dana sebanyak RM23.198 billion iaitu peruntukan kedua
tertinggi selepas Jabatan Perdana Menteri. Sokongan dan peruntukan
yang dihulurkan oleh kerajaan diharapkan dapat membantu Kementerian
Pelajaran Malaysia amnya dan kita warga pendidik khasnya dalam usaha
5
mencapai matlamat sekolah berkesan menurut acuan kita sendiri iaitu
menjadikan pembangunan insan sebagai modal pertama dan utama dalam
membangunkan masyarakat dan negara.

9)

Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa dalam usaha kita

membangunkan sistem pendidikan supaya menjadi lebih mantap, kita
sebenarnya

terpaksa

tanggungjawab kita.

berhadapan

dengan

isu-isu

yang

mencabar

Saban hari kita dikejutkan dengan isu-isu yang

memaparkan tentang kelemahan kita. Bermula dengan isu pemimpin
sekolah yang rendah moralnya, guru-guru pula sering dilaporkan tidak
mesra murid, dan murid pula dilaporkan ponteng kelas dan sekolah.
Ditambah lagi dengan isu-isu seperti buli, gansterisme, “drop-out”, murid
tidak menguasai kemahiran 3M dan pelbagai lagi isu yang berkaitan
dengan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan.

10)

Isu-isu ini sekiranya tidak diselesaikan akan terus memaparkan

kelemahan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. Oleh itu,
selaku pemimpin barisan hadapan tuan-tuan dan puan-puan mempunyai
peranan amat besar bagi memastikan gejala ini tidak terus menghantui
kita. Pemimpin instruksional yang perkasa diyakini dapat mengurangkan
gejala ini kalau pun tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Dalam
konteks ini ramai tokoh pendidik menganjurkan agar pemimpin pendidikan
memahami dan mengaplikasi konsep kepimpinan instruksional dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah (Hallinger, 2003, 2005;
Mortimore, et al., 1995; Southworth, 2002). Ciri-ciri dalam kepimpinan
instruksional dilihat sebagai salah satu jalan bagi mengatasi isu-isu yang
disebutkan di atas daripada terus berulang dalam dunia pendidikan kita.

11)

Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru

mengajar

yang

mana

seterusnya

berkait

langsung

dengan

pembelajaran murid, serta peningkatan potensi murid tersebut.

hasil
Sudah

semestinya cara pemimpin sekolah bertindak bergantung kepada analisis
persekitaran sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional sepatutnya
6
memahami masalah yang dihadapi oleh guru dan murid sekolahnya.
Pemimpin

instruksional

menyediakan

inovasi

yang

perksasa

kurikulum

dan

sentiasa

berusaha

memperkembangkan

untuk
proses

pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat
sekolah.

12)

Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan

pemimpin sekolah tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi
hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku
di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada
perkongsian kepimpinan instruksional atau shared instructional leadership.
Oleh itu kejayaan sekolah bergantung kepada sejauh mana usaha dan
komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin sekolah di dalam
menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku
kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain.
Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya
penambahbaikan dapat dilakukan.

13)

Ramai

pengkaji

dalam

bidang

kepimpinan

instruksional

menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy
(1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Aspek-aspek yang amat
diberi penekanan ialah pendefinisian misi sekolah, mengurus program
instruksional dan pembangunan budaya pembelajaran sekolah yang
positif. Institut Aminuddin Baki juga telah cuba membantu pihak sekolah
dengan memberi tumpuan latihan kepada aspek-aspek tersebut dengan
memperincikan lagi setiap aspek itu.

Antara perkara yang diperincikan

ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru mengajar
dan murid belajar, menyelia dan menilai program instruksional, mengawal
masa, menggalakkan perkembangan profesional, ”sentiasa kelihatan”, dan
memberi ganjaran kepada guru dan murid.

14)

Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah sentiasa diberi tugas-tugas

yang pelbagai untuk dilaksanakan. Pihak sekolah sering dipanggil untuk
menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya dari semasa ke semasa.
7
Perkara yang amat membimbangkan ialah apabila pemimpin sekolah
seringkali terpaksa ’menghilangkan diri’ daripada sekolah.

Sekiranya

keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang panjang, perjalanan aktiviti
instruksional

amat

sukar

dikawal

dan

perhatian

serta

komitmen

sepenuhnya tidak dapat diberi. Situasi ini bertambah serius sekiranya
warga sekolah terdiri daripada guru-guru baru atau kurang mahir. Proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik. Oleh itu,
pemimpin sekolah haruslah bijak menangani situasi seumpama ini. Dalam
hal-hal tertentu, konsep-konsep seperti empowerment, shared leadership,
atau distributed leadership harus diaplikasikan. Pemimpin sekolah perlulah
sentiasa kelihatan berada di sekolah, ibarat ibu yang memelihara dan
melindungi anaknya dengan baik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

15)

Pemimpin instruksional yang sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek

merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta
pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu,
pemimpin instruksional yang akan sentiasa mengorientasikan pemikiran semua
warga sekolah kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan
pencapaian akademik murid. Mereka mempunyai misi yang lebih terperinci
dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Ini dilakukan dengan
meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid. Peranan ini
selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang berkesan seperti yang
ditekankan

Mortimore, et al., (1995). Adalah diharapkan dengan adanya

pemberian autonomi, sekolah kluster akan meningkatkan keupayaan pemimpinpemimpin instruksional untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan
sekolah.

16)

Salah satu dimensi utama dalam kepimpinan instruksional (Hallinger, 1985,

2000) ialah pendefinisian misi sekolah. Dalam dimensi ini dua fungsi utama
pemimpin instruksional ialah membentuk matlamat sekolah dan menyebarkan
matlamat ini kepada semua warga sekolah. Dalam konteks Malaysia yang
mengamalkan sistem pendidikan berpusat, matlamat sekolah yang dibina perlulah
8
berdasarkan mandat yang diterima melalui Akta Pendidikan 1996. Mandat ini
menekankan fungsi teras (core business) sekolah dalam menjayakan kurikulum
kebangsaan disamping aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menyokong kurikulum.

17)

Dalam melaksanakan fungsi ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu

memastikan semua staf mempunyai matlamat yang jelas dan boleh diukur.
Semua warga sekolah perlu memberi tumpuan kepada peningkatan akademik
murid. Selalunya matlamat yang dibina oleh pemimpin instruksional yang perkasa
adalah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur. Demi mengukur matlamat,
piawai atau standard tertentu perlu dibentuk supaya dapat mengesan prestasi.
Piawai yang boleh diukur ini adalah petunjuk-petunjuk prestasi utama (key
performance indicators) pencapaian kurikulum sekolah. Antaranya ialah Gred
Purata Murid, Gred Purata Mata Pelajaran, Gred Purata Sekolah atau peratus
kelulusan murid. Berdasarkan piawai ini, pemimpin sekolah perlu membentuk
objektif. Pembinaan objektif pula perlu mengambil kira pencapaian asas atau
Take-Off-Value dan sasaran yang ingin dicapai atau Expected Target Result,
serta tempoh untuk mencapai objektif.

18)

Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti

pencapaian akademik sekolah dengan menyelaraskan misi sekolah dengan
struktur sekolah seperti standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum.
Dalam penjanaan misi sekolah yang bermakna, pemimpin instruksional yang
perkasa akan mengambil kira konteks sekolah seperti status sosio-ekonomi
murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

19)

Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan

guru (Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan penyeliaan adalah saling
berhubungan antara satu sama lain. Pemimpin instruksional yang perkasa
bertanggungjawab menjalankan penyeliaan bagi menambahbaik tugas guru-guru
dan komited kepada pengajaran dan pembelajaran. Apabila kita memperkatakan
tentang penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin sekolah maka
kita tidak dapat lari daripada membuat satu penilaian. Namun begitu terdapat
9
pihak yang memandang konsep penilaian guru oleh pemimpin semasa penyeliaan
dijalankan sebagai satu proses pencapaian kompetensi guru berbanding dengan
piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu konsep penilaian perlu diperluaskan kepada
perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah
dan mengenal pasti hasil pembelajaran yang tercapai. Dengan kata lain, fokus
terhadap penilaian kurang menumpukan pengukuran tetapi sebaliknya lebih
kepada penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti pembelajaran dan juga mengenal
pasti kepentingan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kepada murid
yang mempunyai tahap yang berbeza.

20)

Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru berkembang

dan membentuk seorang individu menjadi profesional. Tujuan penyeliaan boleh
diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu:

i. Kawalan

kualiti.

Pemimpin

instruksional

yang

perkasa

bertanggungjawab untuk memantau pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dengan melawat bilik-bilik darjah, melakukan rondaan di
kawasan sekolah, berbincang dengan staf dan melawat dan berbincang
dengan murid sekerap yang mungkin.
ii. Perkembangan profesional. Pemimpin instruksional yang perkasa
bertanggungjawab untuk membantu guru berkembang dan membina
kefahaman

mengenai

pengajaran

dan

budaya

bilik

darjah,

menambahbaik kemahiran pengajaran serta memperkembangkan ilmu.
iii. Motivasi guru. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab
untuk membentuk dan menyemai motivasi dan komitmen guru kepada
pengajaran dan matlamat sekolah.

21)

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan

oleh pemimpin sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan.
Peranan pemimpin instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan
penyeliaan berjalan, sumber-sumber diagihkan bagi membolehkan program
dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan guru bekerja sesama mereka
dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu, membimbing dan

10
menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang
perkasa harus membuat penyeliaan dari semasa ke semasa.

22)

Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang

sentiasa membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan
melalui Teori Lima Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada
kejayaan sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh, penekanan kepada
kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur dan selamat, jangkaan terhadap
murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan murid. Pemimpin
instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara
konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat
menganalisis tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi
peningkatan mengikut kumpulan sasaran tahap murid.

23)

Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung

kepada sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah
ditetapkan Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa
dapat mengatur strategi yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana
program-program kurikulum yang dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah
dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu.
Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian peringkat kedoktoran di tujuh buah
negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan instruksional mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik.
Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi
penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu
tindakan segera. Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan
lagi keupayaan mereka bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh
berlaku seiring dengan kejayaan akademik seperti dalam bidang kokurikulum
yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-murid.

24)

Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami

sedalam-dalamnya

kehendak

dasar

kurikulum,

berupaya

melaksanakan
11
kehendak dasar kurikulum tersebut, serta berkebolehan pula untuk bertindak
sesuai dengan keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian.
Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi
kepemimpinan sekolah dengan perubahan dan pengubahsuaian kurikulum
senantiasa dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan ia tetap relevan dengan
kehendak semasa. Oleh itu, pemimpin instruksional yang perkasa hendaklah
sentiasa peka dan bertindak secara proaktif dan kreatif bagi menterjemahkan
dasar-dasar yang telah ditetapkan itu kepada tindakan dan amalan. Pemimpin
instruksional yang perkasa mampu mengurus kurikulum dengan berkesan dan
berupaya mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap maksimum. Isu-isu
berkaitan dengan PPSMI, 3M, dan kadar celik huruf yang masih lagi belum
memuaskan memerlukan kepimpinan yang berwibawa bagi memastikan isu-isu
tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya, kita hanya ada
lebih kurang 12 tahun lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Masa untuk
berlengah sudah tiada, dan seharusnya para pemimpin pendidikan di setiap
peringkat bergerak secara sederap dan bersinergi, dan pantas bagi memintas
segala jua bentuk halangan dan rintangan.

25)

Antara halangan dan rintangan yang perlu diharungi adalah berpunca

daripada diri pemimpin itu sendiri seperti kekurangan ilmu dan kemahiran,
kelemahan jati diri, dan kepincangan sikap. Oleh itu, semua pemimpin di pelbagai
peringkat hendaklah menyemak dan merefleksi diri sendiri bagi mengenalpasti
kekurangan yang dimiliki. Disamping itu, para pemimpin pendidikan juga
seharusnya mencari jalan bagaimana memperbaiki segala kelemahan yang ada.
Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah salah satu kaedah bagi mengesan dan
memperbaiki diri sendiri dan juga organisasi yang dianggotai. Tugas dan
tanggungjawab pemimpin pendidikan amat berat kerana pemimpin pendidikan
bukan sahaja memikul amanah untuk melahirkan insan berilmu dan berakhlak
tinggi, malah turut berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang
akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

26)

Oleh itu, para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha

meningkatkan keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping
menjadi juara (champion) bagi membangun dan mengembangkan potensi semua
12
staf yang dipimpin. Sesungguhnya ‘kuasa pakar’ dan ‘kuasa rujukan’ yang dimiliki
pemimpin instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited
dalam menjalankan tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Pemimpin
pendidikan yang berwibawa dan bijak dapat melahirkan ramai “juara” dikalangan
staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada staf dengan pengagihan kepimpinan ini
mampu

meningkatkan

keterampilan

dan

kompetensi

staf,

sekali

gus

meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka.

27)

Bagi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia yang bakal melahirkan

generasi yang mampu bersaing di arena global, Kementerian telah menjadikan
pembangunan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkesan di semua
peringkat sebagai salah satu daripada fokus utama Perancangan Pembangunan
Pendidikan 2010. Justeru itu, para pemimpin seharusnya berusaha bersungguhsungguh, mencari peluang belajar, berguru dan sebagainya untuk meningkatkan
keterampilan masing-masing. Di zaman ‘langit terbuka’ ini, peluang untuk
memperkasakan diri sendiri sungguh banyak. Pembelajaran secara maya sudah
pun menjadi trenda (aliran) masa kini. Disamping itu, Kementerian sentiasa
memberi latihan berterusan kepada para pemimpin pendidikan melalui Institut
Aminuddin Baki (IAB).

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.

28)

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Educational Leadership

(2000) bertajuk ‘Leadership for Student Learning - Reinventing Principalship’,
seorang pemimpin sekolah memainkan peranan terpenting dalam tanggungjawab
untuk memastikan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Laporan tersebut merumuskan bahawa:

… principals today must serve as leaders for student learning.
They must know academic content and pedagogical
techniques. They must work with teachers to strengthen
skills. They must collect, analyze and use data in ways that
fuel excellence.They must rally students, teachers, parents,
local health and social service agencies, youth development
groups, local businesses, and other community residents and
partners around the common goal of raising student
13
performance. And they must have the leadership skills and
knowledge to exercise the autonomy and authority to pursue
these strategies…They must do all these things, but too
often, they do not.

29)

Seperti yang disebutkan oleh Mortimore, et al., (1995), penumpuan

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang
penting untuk keberkesanan sekolah. Sehubungan itu, salah satu aspek yang
perlu diberi penekanan adalah memaksimumkan waktu pengajaran dan
pembelajaran. Kajian-kajian dalam bidang ini mengutarakan supaya semua
kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi supaya tidak mengganggu masa
pengajaran dan pembelajaran. Davis dan Thomas (1989) menyarankan:
“… Administrators should organize the school calendar to
provide maximum learning time. Student pullouts from regular
classes (eg. early dismissal for games) should be minimized or
eliminated… Unassigned time and time spent on non
instructional activities should be minimized.”

30)

Justeru, amalan time-on-task (Stallings & Kaskowitz, 1974) dalam proses

pengajaran dan pembelajaran wajar dijadikan budaya oleh setiap guru. Salah satu
kajian awal tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran telah
dijalankan oleh Carroll (1963) yang mengutarakan bahawa pembolehubah yang
paling utama dalam pembelajaran adalah masa. Secara ringkas, Carroll (1963)
merumuskan bahawa masa untuk pembelajaran merangkumi aspek allocated
time iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesuatu pembelajaran dan aspek
engaged time iaitu masa yang sebenarnya digunakan untuk pembelajaran. Kajian
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara engaged time
dengan pencapaian murid. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah wajar mengambil
langkah-langkah untuk meminimumkan pembaziran masa pengajaran dan
pembelajaran (‘time-wasters’) yang mungkin terhasil akibat perancangan yang
lemah atau ketidakpekaan terhadap perkara ini. Secara am, antara perkaraperkara yang menyumbang kepada pembaziran waktu pembelajaran di sekolah
adalah kelewatan guru masuk kelas, ketidakhadiran guru yang tiada pengganti,
guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir dalam kelas kerana penglibatan
14
dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat
yang dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam hal ini,
pemimpin instruksional yang perkasa perlu bijak dan proaktif dalam menyusun
strategi untuk mengatasi masalah ini. Bagi memastikan waktu pengajaran dan
pembelajaran yang maksimum, pihak sekolah mesti membudayakan amalan guru
masuk kelas awal, pengurusan jadual waktu ganti yang rapi dan sistematik
termasuk pemantauan yang rapi. Ada juga sekolah-sekolah yang mengamalkan
penggunaan

modul-modul

pembelajaran

semasa

ketiadaan

guru

agar

pembelajaran masih berlangsung. Ada juga pihak sekolah yang meletakkan dasar
bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada waktu
persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar
waktu persekolahan contohnya di sebelah petang atau pada hari Sabtu.

31)

Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong

pembelajaran murid adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat
dalaman mereka terhadap aktiviti pembelajaran ataupun datangnya daripada
insentif

luaran

seperti

kata-kata

pujian,

penggredan

dan

lain-lain

lagi.

Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid untuk lebih
bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Umpamanya, kajian
menunjukkan pencapaian murid lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah
yang diberikan berbanding dengan murid-murid yang kerja rumahnya tidak
disemak oleh guru (Cooper, et al., 1989). Guru yang mengajar dengan
mengambilkira potensi berlainan murid juga merupakan satu bentuk insentif.
Slavin (1990) mendapati pelaksanaan kaedah belajar sama dalam kumpulankumpulan kecil dapat menjadi insentif kepada murid untuk belajar kerana muridmurid digalakkan untuk bekerjasama bagi menguasai kemahiran tertentu dan ini
menimbulkan keseronokan bagi mereka. Memberi ganjaran kepada murid
berdasarkan peningkatan prestasi juga merupakan insentif yang berkesan
(Natriello, 1987; Slavin,1980). Insentif juga dipengaruhi oleh kualiti pengajaran
dan aras pengajaran yang sesuai. Murid akan lebih cenderung untuk mengikuti
sesuatu pelajaran jika guru dapat mempersembahkannya dengan cara yang
menarik dan mempunyai makna serta dalam kemampuan mereka untuk
mempelajarinya (Balshaw & Farrell, 2002). Good & Brophy (1997) mendapati
guru-guru yang meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian murid
15
juga merupakan insentif untuk murid, Ini meningkatkan keyakinan diri mereka
melalui kepercayaan self-fulfilling prophecy.

32)

Dalam konteks yang sama, prestasi kerja guru yang berkait rapat dengan

kualiti pengajaran juga bertitik tolak daripada motivasi yang dialaminya. Motivasi
guru berkait rapat dengan kualiti pekerjaan (‘quality worklife’) yakni kepuasan dan
keseronokan bekerja yang terhasil daripada kerja yang bermakna. Biasanya,
persekitaran dan suasana tempat kerja amat mempengaruhi kepuasan kerja
seseorang yang secara sendirinya memberi insentif untuk melakukan pekerjaan.
Sehubungan ini, kepentingan kualiti kerja dalam mengurangkan tekanan dan
burnout perlu dititikberatkan (Cunningham, et al., 1983). Pelbagai kaedah boleh
digunakan oleh pemimpin sekolah dalam usaha memberi insentif kepada guru.
Kajian oleh Leithwood dan Jantzi (2000) menyarankan memberi perhatian secara
individu

kepada

guru-guru

serta

mengiktiraf

potensi

guru-guru

dapat

meningkatkan semangat guru untuk bekerja. Secara terperinci, kajian tersebut
mencadangkan pemimpin sekolah merangsang guru-guru secara intelektual
(stimulate intellectually), memberi sokongan secara individual (individualized
support) serta menjadi model ikutan dalam usaha membina keyakinan guru-guru.
Selain itu, pemimpin juga boleh menggunakan perbincangan dua hala sebagai
kaedah menjana pemikiran guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks.
Kaedah ini juga berkesan dalam memberi teguran kepada guru seperti mana
yang diutarakan oleh (Ryan, 1996; Tushman & O’Reilly, 1997), … Successful
organizations reward success and acknowledge or celebrate failures by creating
opportunities to openly discuss and learn from mistakes. Selain itu, pemimpin juga
dapat

memberi

insentif

untuk

bekerja

kepada

guru

dengan

berusaha

mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud di dalam organisasi.
Pemimpin seharusnya berusaha untuk untuk memperbaiki sistem yang didapati
membantut kemajuan organisasi (Avolio & Howell, 1993). Antara usaha-usaha
lain yang boleh dilakukan oleh pemimpin sekolah adalah mewujudkan sistem
pengupayaan dikalangan guru dengan memberi mereka peluang untuk
mempraktikkan teacher leadership.

Tuan-tuan dan puan-puan

16
33)

Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar

hubungan antara

kepimpinan instruksional dengan sekolah berkesan. Ingin saya jelaskan sekali lagi
bagaimana sekolah kluster menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional.
Mengikut Ouchi (2003), yang telah menjalankan kajian di 223 buah sekolah di
enam bandar utama iaitu Edmonton, (Canada), Seattle, Houston, New York, Los
Angeles dan Chicago. Kajian mendapati sekolah-sekolah yang cemerlang
mempunyai sistem pentadbiran yang autonomi. Pengetua bertanggungjawab
sepenuhnya terhadap prestasi sekolah. Ouchi (2003) menyimpulkan terdapat
tujuh kunci utama kejayaan sekolah-sekolah ini iaitu pengetua bersifat
entrepreneur, setiap sekolah mengawal bajet sendiri, setiap warga sekolah
bertanggungjawab ke atas prestasi murid dan bajet, setiap guru diberi penurunan
kuasa, fokus terhadap kejayaan murid, setiap sekolah adalah komuniti pembelajar
dan setiap keluarga mempunyai pilihan ke atas sekolah. Berasaskan kepada
kajian ini maka konsep sekolah kluster akan menjadi pemangkin kepada
kepimpinan sekolah apabila mereka diberi kuasa autonomi untuk menentukan
halatuju dan niche sekolah masing-masing. Namun begitu kita tidak akan
mengikut acuan sekolah-sekolah di barat seratus peratus. Sekolah kluster di
Malaysia akan mengikut konsep dan acuannya sendiri. Adalah diharapkan
sekolah kluster dapat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan dan
menghasilkan pemimpin instruksional yang berkualiti. Usaha ini perlu sebagai
persediaan

kepada

pemimpin

sekolah

kluster

ini

untuk

melonjakkan

kecemerlangan sekolah masing-masing setelah mereka diberi kuasa autonomi
dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan, dan
pentadbiran.

17
Kertas kerja ini telah dimulai dengan diskusi mengenai konsep serta definisi
sekolah kluster serta hubungkait dengan kepimpinan instruksional dan sekolah
berkesan. Lantaran itu, saya telah melontarkan beberapa pandangan dan idea
kepada tuan-tuan dan puan-puan, para pemimpin peringkat akar umbi, bagi
menyahut cabaran tersebut demi melahirkan murid-murid yang berkualiti tinggi
yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bertepatan dengan tema seminar,
Sekolah Kluster pemangkin Kepimpinan Instruksional, tuan-tuan dan puanpuan selaku pemimpin barisan hadapan mempunyai misi yang sangat besar bagi
memastikan segala yang direncana Kementerian tercapai mengikut perancangan.

Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirrohman nirrohim

SAYA DENGAN RASMINYA MEMBUKA KOLOKIUM KEPIMPINAN
INSTRUKSIONAL KALI KE 2

Sekian, terima kasih

18
RUJUKAN

Ahmad Tajuddin Abdul Hamid. (1989). The role of the principal as an instructional
leader. Tesis M.Ed. yang tidak diterbitkan - Universiti Malaya, Kuala Lumpur,
Malaysia.
Avolio, B. J. & Howell, J. M. (1993). Transformational leadership, transactional
leadership, locus of control and support for innovation: Key predictors of
consolidated business unit performance. Journal of Applied Psychology, 78,
891-902.
Carroll, J.B. (1963) A model of school learning, Teachers College Record, 64, 8,
pp. 723-33.
Cooper, H., Robinson, J. C., & Patall, E. A. (1989). Does homework improve
academic achievement? A synthesis of research, 1987-2003. Review of
Educational Research, Spring2006, Vol. 76 Issue 1, p1-62.
Cunningham, C. E., Woodward, C. A., Shannon, H. S., MacIntosh, J., Lendrum,
B., Rosenbloom, D., Brown, J. (2002). Readiness for organizational change: A
longitudinal study of workplace, psychological and behavioural correlates.
Journal of Occupational & Organizational Psychology, Dec2002, Vol. 75
Issue 4, p377-392.
Edmonds, R. (1979). Some school works and more can. Journal of Social
Policy. Vol. 9, 28-32.
Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of
instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of
Education, Vol. 33, No. 3.
Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and the School Principal: A Passing
Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership & Policy in Schools, Vol. 4
Issue 3, p221-239.
Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior
of principals. Elementary School Journal, 86(2), 206-218.
Leithwood, K. & Jantzi, D. (2000). Principal and Teacher Leadership Effects: a
replication. School Leadership & Management, Vol. 20 Issue 4, p415-434.
Lyons, C. A. & Murphy, M. J. (1994). Principal self-efficacy and the use of power.
Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research
Association (New Orleans, LA, April 4-8, 1994). Dokumen ERIC, ED 373421.
Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. (1995). Key Characteristics of Effective
Schools. Kertas Kerja Effective Schools Seminar, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
19
Ouchi, W.G.(2003). Making schools work: A revolutionary plan to get your children
the education they need. Simon & Schuster. New York.
Slavin, M. J. (1990). Emergence and maintenance of leadership among gifted
students in group problem solving. Roeper Review, Vol. 12 Issue 4.
Southworth, G. (2002). Instructional leadership in Schools: reflections and
empirical evidence. School Leadership & Management, Vol. 22, No. 1.

20

More Related Content

What's hot

Etika & profesionalisme perguruan
Etika & profesionalisme perguruanEtika & profesionalisme perguruan
Etika & profesionalisme perguruanAzizi Ahmad
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insanhidayahperlis
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraCeedrah Mohammad
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment eduIrul Erul
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Yusri Mohd Yusof
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanRasean Hamzah
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5Rainne Lee
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamNoor Aini Samsusah
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaAzizi Ahmad
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Joyce Tan
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negaraMat mohd
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 

What's hot (20)

Etika & profesionalisme perguruan
Etika & profesionalisme perguruanEtika & profesionalisme perguruan
Etika & profesionalisme perguruan
 
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal InsanPeranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan
 
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negaraGuru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
Guru memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
full-assignment edu
full-assignment edufull-assignment edu
full-assignment edu
 
Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)Kod etika profesionalisme (1)
Kod etika profesionalisme (1)
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal Insan
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Etika guru
Etika guruEtika guru
Etika guru
 
nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5nota SPP Bab 5
nota SPP Bab 5
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Profesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islamProfesion perguruan dari perspektif islam
Profesion perguruan dari perspektif islam
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
 
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
112413939 peranan-guru-dalam-pembangunan-negara
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Kbsr dan fpk
Kbsr dan fpkKbsr dan fpk
Kbsr dan fpk
 

Viewers also liked

Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiMuhamad Bustaman Abdul Manaf
 
Kepemimpinan dalam-organisasi
Kepemimpinan dalam-organisasi Kepemimpinan dalam-organisasi
Kepemimpinan dalam-organisasi Joel mabes
 
Dasar dasar teori kepemimpinan
Dasar dasar teori kepemimpinanDasar dasar teori kepemimpinan
Dasar dasar teori kepemimpinanAtika Vania
 
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN
KEPEMIMPINAN PENDIDIKANKEPEMIMPINAN PENDIDIKAN
KEPEMIMPINAN PENDIDIKANMuhamad Yogi
 
Perencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakat
Perencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakatPerencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakat
Perencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakatSalma Van Licht
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikImsamad
 
Kepimpinan instruksional
Kepimpinan instruksionalKepimpinan instruksional
Kepimpinan instruksionalMohd Asran
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinanNorshaidi Mohd Nor
 
6.0 kepemimpinan guru
6.0 kepemimpinan guru6.0 kepemimpinan guru
6.0 kepemimpinan guruEp Loh
 
Kepemimpinan dalam organisasi
Kepemimpinan dalam organisasiKepemimpinan dalam organisasi
Kepemimpinan dalam organisasiXee Yuliani
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKrishna Veeni
 
Dasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahDasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahCikgu Niezam
 
Perencanaan program-amin-2014
Perencanaan program-amin-2014Perencanaan program-amin-2014
Perencanaan program-amin-2014Salma Van Licht
 
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategikKonsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategiksmklunas2011
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINANImsamad
 

Viewers also liked (20)

Kepemimpinan
Kepemimpinan Kepemimpinan
Kepemimpinan
 
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasiKepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
Kepimpinan strategik: Pendekatan untuk terjemah dasar dan hala tuju ke operasi
 
Kepemimpinan dalam-organisasi
Kepemimpinan dalam-organisasi Kepemimpinan dalam-organisasi
Kepemimpinan dalam-organisasi
 
Dasar dasar teori kepemimpinan
Dasar dasar teori kepemimpinanDasar dasar teori kepemimpinan
Dasar dasar teori kepemimpinan
 
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN
KEPEMIMPINAN PENDIDIKANKEPEMIMPINAN PENDIDIKAN
KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN
 
Perencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakat
Perencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakatPerencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakat
Perencanaan program penyuluhan dalam pengabdian pada masyarakat
 
Kepimpinan Autokratik
Kepimpinan AutokratikKepimpinan Autokratik
Kepimpinan Autokratik
 
Pemikiran strategik
Pemikiran strategik Pemikiran strategik
Pemikiran strategik
 
Kepimpinan instruksional
Kepimpinan instruksionalKepimpinan instruksional
Kepimpinan instruksional
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan
 
Overview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan InstruksionalOverview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan Instruksional
 
6.0 kepemimpinan guru
6.0 kepemimpinan guru6.0 kepemimpinan guru
6.0 kepemimpinan guru
 
Kepemimpinan dalam organisasi
Kepemimpinan dalam organisasiKepemimpinan dalam organisasi
Kepemimpinan dalam organisasi
 
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolahKepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
Kepemimpinan guru besar dalam organisasi sekolah
 
Dasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolahDasar hala tuju sekolah
Dasar hala tuju sekolah
 
Perencanaan program-amin-2014
Perencanaan program-amin-2014Perencanaan program-amin-2014
Perencanaan program-amin-2014
 
Perancangan Strategik
Perancangan StrategikPerancangan Strategik
Perancangan Strategik
 
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategikKonsep perancangan dan pengurusan strategik
Konsep perancangan dan pengurusan strategik
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINAN
 

Similar to Kepemimpinan

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanKertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanMohd Khoeirul Fahmi Hamid
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guruValen Lee
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangMohamad Bakar
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
Ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah
Ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolahKe arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah
Ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolahMpsm Cawangan Melaka
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02
Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02
Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02haribudiyanto
 

Similar to Kepemimpinan (20)

Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanKertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Perutusan hari guru
Perutusan hari guruPerutusan hari guru
Perutusan hari guru
 
Pendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilangPendidikan cemerlang negara terbilang
Pendidikan cemerlang negara terbilang
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
Karya ilmiah4
Karya ilmiah4Karya ilmiah4
Karya ilmiah4
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah
Ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolahKe arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah
Ke arah penjaminan kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 
Mkalah menejemen ok
Mkalah menejemen okMkalah menejemen ok
Mkalah menejemen ok
 
Tugas tik4
Tugas tik4Tugas tik4
Tugas tik4
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Asigmen
AsigmenAsigmen
Asigmen
 
Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02
Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02
Kemampuanmanajerialkepalasekolah 100814111751-phpapp02
 
Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015Perutusan kppm hari guru 2015
Perutusan kppm hari guru 2015
 

Kepemimpinan

  • 1. UCAP UTAMA Y. BHG. DATO’ NOOR REZAN BINTI BAPOO HASHIM TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA KOLOKIUM KEBANGSAAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL 2008 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, dan Salam Sejahtera Terima kasih saudara Pengacara Majlis, Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya hormati sekalian, 1) Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul di majlis yang gilang gemilang ini. Justeru, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Institut Aminuddin Baki di atas kesungguhan menjayakan majlis pada hari ini. Terima kasih juga pada pihak IAB kerana memberikan penghormatan kepada saya untuk menyampaikan ucap utama dan melakukan perasmian pembukaan Kolokium Kebangsaan Instruksional pada pagi ini. 1
  • 2. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian. 2) Tema Kolokium Kebangsaan pada kali ini ialah Sekolah Kluster Pemangkin Kepimpinan Instruksional. Tema yang dipilih pada kali ini sangat sesuai dalam kita membincangkan tentang meningkatkan kecemerlangan pendidikan serta membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara adalah bertujuan untuk peningkatan kualiti pendidikan dan ia berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan. 3) Sebelum membincangkan tentang sekolah kluster dan kepimpinan instruksional, adalah lebih baik saya mengutarakan definisi sekolah kluster. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Pelaksanaan sekolah kluster adalah berasaskan kepada proses desentralisasi yang melibatkan pengupayaan sekolah menerusi pemberian autonomi terpimpin. Selaras dengan prinsip asas sekolah kluster ialah mengelakkan elitism – dengan semua pihak akan berada dalam ‘padang permainan yang sama’. ‘Kluster’, ialah sebuah sekolah terbaik daripada setiap 2
  • 3. kategori sekolah, yang dipilih dan diberi kuasa autonomi, walaupun sekolah itu dalam kategori pendidikan khas, pedalaman atau sekolah Orang Asli. Kedudukan sekolah kluster dalam hierarki sekolah sebagai ‘terbaik dalam kalangan yang terbaik’. Pewujudan sekolah kluster ini sesuai dengan pendekatan kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan sehingga membolehkan guru dan pelajar mengangkat nama dan sistem pendidikan negara di mata dunia sejajar usaha memantapkan pengurusan sekolah kluster, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengorak langkah dengan memperkemaskan elemen kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan pemimpin sekolah kluster bagi memastikan mereka mampu mentadbir dengan baik dan berkesan. Tuan-tuan dan puan-puan 4) Pengwujudan sekolah kluster dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan instruksional. Persoalannya bagaimanakah sekolah kluster dapat menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional? Sebelum saya menjelaskan hubungkait antara sekolah kluster dengan kepimpinan instruksional adalah lebih baik konsep kepimpinan instruksional diperhalusi dan dijelaskan hubungannya dengan sekolah berkesan. Kajian mengenai kepimpinan instruksional hanya bermula pada awal 1980an apabila penyelidikan berkaitan dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah (school improvement) telah mengenal pasti kepimpinan pengetua/guru besar merupakan faktor utama dalam memastikan kejayaan akademik sesebuah sekolah (Edmonds, 1982; Leithwood & Montgomery, 1982, Purkey & Smith, 1983). Kajian yang bermula di sekolahsekolah pinggir bandar yang berpencapaian rendah di Amerika merebak dengan 3
  • 4. pantas ke seluruh dunia berkaitan dengan sekolah berkesan. Di Malaysia kajian sekolah berkesan dan kepimpinan instruksional berlangsung di sekitar lewat 1980an (Abdul Karim, 1989, 1993; Ahmad Tajuddin, 1989) 5) Konstruk kepimpinan instruksional adalah warisan daripada ribuan kajian yang dibuat berkaitan dengan sekolah berkesan yang bermula sekitar awal 1980an. Lantaran daripada kajian-kajian tersebut maka timbullah konsep kepimpinan instruksional yang dikatakan mempunyai hubungan langsung dengan sekolah berkesan. Untuk itu, pemimpin instruksional sudah pastilah berupaya menjadikan sesebuah sekolah itu berkesan. Kajian-kajian yang dilakukan di Barat memberi konsep sekolah berkesan sebagai sekolah yang meningkatkan pencapaian akademiknya secara keseluruhan. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 6). Walau apapun pengertian dan kriteria yang dicanangkan di barat, kita perlu ingat bahawa kita ada acuan yang tersendiri untuk mengukur konsep sekolah berkesan. Pada hemat saya Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah menjelaskan secara terperinci fokus pembangunan pendidikan di negara kita. Apa yang dijelaskan dalam FPK adalah salah satu daripada komponen penting yang mendasari konsep sekolah berkesan. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dijelaskan bahawa: 4
  • 5. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah LEBIH MEMPERKEMBANGKAN potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk MELAHIRKAN insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah BERTUJUAN UNTUK melahirkan WARGA NEGARA Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran KELUARGA, masyarakat dan negara. 7) Dalam usaha menterjemahkan FPK ini, sistem pendidikan yang kita bangunkan akan memberi fokus untuk melahirkan generasi yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, mempunyai disiplin diri yang tinggi, berketerampilan, patriotik, tidak bersikap individualistik sebaliknya mempunyai semangat kerja berpasukan serta mampu memainkan peranan dalam memajukan keluarga, masyarakat dan negara. Dalam lain perkataan, pembangunan pendidikan di negara kita sebenarnya memberi fokus terhadap pembangunan modal insan iaitu satu komponen yang sangat penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Inilah fokus kita, membangunkan murid agar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. 8) Hala tuju pembangunan pendidikan kita yang memberi fokus terhadap pembangunan modal insan mendapat sokongan padu daripada kerajaan. Dalam RMK-9, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diperuntukkan dana sebanyak RM23.198 billion iaitu peruntukan kedua tertinggi selepas Jabatan Perdana Menteri. Sokongan dan peruntukan yang dihulurkan oleh kerajaan diharapkan dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia amnya dan kita warga pendidik khasnya dalam usaha 5
  • 6. mencapai matlamat sekolah berkesan menurut acuan kita sendiri iaitu menjadikan pembangunan insan sebagai modal pertama dan utama dalam membangunkan masyarakat dan negara. 9) Walau bagaimanapun, kita sedar bahawa dalam usaha kita membangunkan sistem pendidikan supaya menjadi lebih mantap, kita sebenarnya terpaksa tanggungjawab kita. berhadapan dengan isu-isu yang mencabar Saban hari kita dikejutkan dengan isu-isu yang memaparkan tentang kelemahan kita. Bermula dengan isu pemimpin sekolah yang rendah moralnya, guru-guru pula sering dilaporkan tidak mesra murid, dan murid pula dilaporkan ponteng kelas dan sekolah. Ditambah lagi dengan isu-isu seperti buli, gansterisme, “drop-out”, murid tidak menguasai kemahiran 3M dan pelbagai lagi isu yang berkaitan dengan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. 10) Isu-isu ini sekiranya tidak diselesaikan akan terus memaparkan kelemahan kita dan sistem pendidikan yang kita bangunkan. Oleh itu, selaku pemimpin barisan hadapan tuan-tuan dan puan-puan mempunyai peranan amat besar bagi memastikan gejala ini tidak terus menghantui kita. Pemimpin instruksional yang perkasa diyakini dapat mengurangkan gejala ini kalau pun tidak boleh menghapuskannya sama sekali. Dalam konteks ini ramai tokoh pendidik menganjurkan agar pemimpin pendidikan memahami dan mengaplikasi konsep kepimpinan instruksional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah (Hallinger, 2003, 2005; Mortimore, et al., 1995; Southworth, 2002). Ciri-ciri dalam kepimpinan instruksional dilihat sebagai salah satu jalan bagi mengatasi isu-isu yang disebutkan di atas daripada terus berulang dalam dunia pendidikan kita. 11) Kepimpinan instruksional mampu mempengaruhi pendekatan guru mengajar yang mana seterusnya berkait langsung dengan pembelajaran murid, serta peningkatan potensi murid tersebut. hasil Sudah semestinya cara pemimpin sekolah bertindak bergantung kepada analisis persekitaran sekolah. Oleh itu, pemimpin instruksional sepatutnya 6
  • 7. memahami masalah yang dihadapi oleh guru dan murid sekolahnya. Pemimpin instruksional menyediakan inovasi yang perksasa kurikulum dan sentiasa berusaha memperkembangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah. 12) Kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada keupayaan pemimpin sekolah tersebut bermula daripada pemimpin peringkat tinggi hingga kepada pemimpin peringkat rendah. Inilah perubahan yang berlaku di dalam kepimpinan instruksional masa kini iaitu berfokuskan kepada perkongsian kepimpinan instruksional atau shared instructional leadership. Oleh itu kejayaan sekolah bergantung kepada sejauh mana usaha dan komitmen yang diberi oleh setiap peringkat pemimpin sekolah di dalam menyelaras dan menyokong setiap aktiviti instruksional supaya berlaku kesinambungan di antara satu peringkat ke peringkat yang lain. Pemantauan dan kawalan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya penambahbaikan dapat dilakukan. 13) Ramai pengkaji dalam bidang kepimpinan instruksional menggunakan kerangka yang dikemukakan oleh Hallinger dan Murphy (1985) dan Hallinger (1990) sebagai panduan. Aspek-aspek yang amat diberi penekanan ialah pendefinisian misi sekolah, mengurus program instruksional dan pembangunan budaya pembelajaran sekolah yang positif. Institut Aminuddin Baki juga telah cuba membantu pihak sekolah dengan memberi tumpuan latihan kepada aspek-aspek tersebut dengan memperincikan lagi setiap aspek itu. Antara perkara yang diperincikan ialah penetapan matlamat sekolah, memantau keupayaan guru mengajar dan murid belajar, menyelia dan menilai program instruksional, mengawal masa, menggalakkan perkembangan profesional, ”sentiasa kelihatan”, dan memberi ganjaran kepada guru dan murid. 14) Sejak kebelakangan ini, pihak sekolah sentiasa diberi tugas-tugas yang pelbagai untuk dilaksanakan. Pihak sekolah sering dipanggil untuk menghadiri mesyuarat, kursus dan sebagainya dari semasa ke semasa. 7
  • 8. Perkara yang amat membimbangkan ialah apabila pemimpin sekolah seringkali terpaksa ’menghilangkan diri’ daripada sekolah. Sekiranya keadaan ini berterusan untuk jangkamasa yang panjang, perjalanan aktiviti instruksional amat sukar dikawal dan perhatian serta komitmen sepenuhnya tidak dapat diberi. Situasi ini bertambah serius sekiranya warga sekolah terdiri daripada guru-guru baru atau kurang mahir. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan dengan baik. Oleh itu, pemimpin sekolah haruslah bijak menangani situasi seumpama ini. Dalam hal-hal tertentu, konsep-konsep seperti empowerment, shared leadership, atau distributed leadership harus diaplikasikan. Pemimpin sekolah perlulah sentiasa kelihatan berada di sekolah, ibarat ibu yang memelihara dan melindungi anaknya dengan baik. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 15) Pemimpin instruksional yang sentiasa memberi fokus kepada aspek-aspek merancang, mengelola, mengawal, menyelia dan membangunkan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di sekolah secara teliti dan perinci. Justeru itu, pemimpin instruksional yang akan sentiasa mengorientasikan pemikiran semua warga sekolah kepada pencapaian matlamat iaitu ke arah peningkatan pencapaian akademik murid. Mereka mempunyai misi yang lebih terperinci dengan memberi penekanan kepada pencapaian akademik. Ini dilakukan dengan meletakkan harapan dan standard yang tinggi untuk guru dan murid. Peranan ini selaras dengan usaha-usaha melahirkan sekolah yang berkesan seperti yang ditekankan Mortimore, et al., (1995). Adalah diharapkan dengan adanya pemberian autonomi, sekolah kluster akan meningkatkan keupayaan pemimpinpemimpin instruksional untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah. 16) Salah satu dimensi utama dalam kepimpinan instruksional (Hallinger, 1985, 2000) ialah pendefinisian misi sekolah. Dalam dimensi ini dua fungsi utama pemimpin instruksional ialah membentuk matlamat sekolah dan menyebarkan matlamat ini kepada semua warga sekolah. Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem pendidikan berpusat, matlamat sekolah yang dibina perlulah 8
  • 9. berdasarkan mandat yang diterima melalui Akta Pendidikan 1996. Mandat ini menekankan fungsi teras (core business) sekolah dalam menjayakan kurikulum kebangsaan disamping aktiviti-aktiviti kokurikulum yang menyokong kurikulum. 17) Dalam melaksanakan fungsi ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu memastikan semua staf mempunyai matlamat yang jelas dan boleh diukur. Semua warga sekolah perlu memberi tumpuan kepada peningkatan akademik murid. Selalunya matlamat yang dibina oleh pemimpin instruksional yang perkasa adalah mencabar, boleh dicapai dan boleh diukur. Demi mengukur matlamat, piawai atau standard tertentu perlu dibentuk supaya dapat mengesan prestasi. Piawai yang boleh diukur ini adalah petunjuk-petunjuk prestasi utama (key performance indicators) pencapaian kurikulum sekolah. Antaranya ialah Gred Purata Murid, Gred Purata Mata Pelajaran, Gred Purata Sekolah atau peratus kelulusan murid. Berdasarkan piawai ini, pemimpin sekolah perlu membentuk objektif. Pembinaan objektif pula perlu mengambil kira pencapaian asas atau Take-Off-Value dan sasaran yang ingin dicapai atau Expected Target Result, serta tempoh untuk mencapai objektif. 18) Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mempengaruhi kualiti pencapaian akademik sekolah dengan menyelaraskan misi sekolah dengan struktur sekolah seperti standard akademik, masa pembelajaran dan kurikulum. Dalam penjanaan misi sekolah yang bermakna, pemimpin instruksional yang perkasa akan mengambil kira konteks sekolah seperti status sosio-ekonomi murid, saiz sekolah, dan komuniti setempat. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 19) Keberkesanan sekolah berkait rapat dengan penyeliaan perkembangan guru (Hallinger, 2005). Perkembangan guru dan penyeliaan adalah saling berhubungan antara satu sama lain. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab menjalankan penyeliaan bagi menambahbaik tugas guru-guru dan komited kepada pengajaran dan pembelajaran. Apabila kita memperkatakan tentang penyeliaan pengajaran dan pembelajaran oleh pemimpin sekolah maka kita tidak dapat lari daripada membuat satu penilaian. Namun begitu terdapat 9
  • 10. pihak yang memandang konsep penilaian guru oleh pemimpin semasa penyeliaan dijalankan sebagai satu proses pencapaian kompetensi guru berbanding dengan piawai yang telah ditetapkan. Oleh itu konsep penilaian perlu diperluaskan kepada perkara-perkara yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam bilik darjah dan mengenal pasti hasil pembelajaran yang tercapai. Dengan kata lain, fokus terhadap penilaian kurang menumpukan pengukuran tetapi sebaliknya lebih kepada penjelasan mengenai aktiviti-aktiviti pembelajaran dan juga mengenal pasti kepentingan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini kepada murid yang mempunyai tahap yang berbeza. 20) Penyeliaan merupakan satu kaedah untuk membantu guru berkembang dan membentuk seorang individu menjadi profesional. Tujuan penyeliaan boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori utama iaitu: i. Kawalan kualiti. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah dengan melawat bilik-bilik darjah, melakukan rondaan di kawasan sekolah, berbincang dengan staf dan melawat dan berbincang dengan murid sekerap yang mungkin. ii. Perkembangan profesional. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk membantu guru berkembang dan membina kefahaman mengenai pengajaran dan budaya bilik darjah, menambahbaik kemahiran pengajaran serta memperkembangkan ilmu. iii. Motivasi guru. Pemimpin instruksional yang perkasa bertanggungjawab untuk membentuk dan menyemai motivasi dan komitmen guru kepada pengajaran dan matlamat sekolah. 21) Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran bukan hanya boleh dijalankan oleh pemimpin sekolah tetapi juga guru-guru sendiri dalam bentuk kumpulan. Peranan pemimpin instruksional yang perkasa adalah untuk memastikan penyeliaan berjalan, sumber-sumber diagihkan bagi membolehkan program dijalankan, dan segala aktiviti yang membolehkan guru bekerja sesama mereka dengan efektif. Secara keseluruhannya bagi membantu, membimbing dan 10
  • 11. menyokong pengajaran dan pembelajaran guru, pemimpin instruksional yang perkasa harus membuat penyeliaan dari semasa ke semasa. 22) Keberkesanan sekolah juga dikaitkan dengan pemimpin instruksional yang sentiasa membuat penilaian terhadap peningkatan murid. Ini dapat dibuktikan melalui Teori Lima Faktor Edmonds (1979) yang menyatakan asas kepada kejayaan sekolah ialah kepimpinan pendidikan yang teguh, penekanan kepada kemahiran yang asas, persekitaran yang teratur dan selamat, jangkaan terhadap murid dan penilaian yang kerap terhadap peningkatan murid. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid dengan lebih tepat dengan membuat pemantauan pencapaian murid secara konsisten. Melalui pengumpulan data-data pencapaian murid, pemimpin dapat menganalisis tahap pencapaian murid seterusnya dapat menyediakan strategi peningkatan mengikut kumpulan sasaran tahap murid. 23) Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah itu juga sangat bergantung kepada sejauh mana pihak sekolah berupaya mengurus kurikulum yang telah ditetapkan Kementerian dengan cekap. Pemimpin instruksional yang perkasa dapat mengatur strategi yang sesuai; merancang, mengkoordinasi dan melaksana program-program kurikulum yang dapat meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dari aspek intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dalam meta-analisis lebih daripada 88 kajian peringkat kedoktoran di tujuh buah negara, Hallinger (2003) mendapati kepemimpinan instruksional mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kejayaan sekolah dalam bidang akademik. Sebaliknya, Ahmad (1989) mendapati ramai pengetua tidak dapat memberi penekanan dalam bidang ini lantaran daripada tugas-tugas lain yang perlu tindakan segera. Justeru itu, kecekapan pemimpin sekolah hendaklah melebarkan lagi keupayaan mereka bagi memastikan kejayaan-kejayaan lain juga boleh berlaku seiring dengan kejayaan akademik seperti dalam bidang kokurikulum yang diyakini dapat membentuk jati diri murid-murid. 24) Adalah penting untuk kepemimpinan di setiap peringkat memahami sedalam-dalamnya kehendak dasar kurikulum, berupaya melaksanakan 11
  • 12. kehendak dasar kurikulum tersebut, serta berkebolehan pula untuk bertindak sesuai dengan keperluan masa kini dan cabaran masa hadapan kementerian. Sesungguhnya cabaran yang dihadapi masa kini amat mencabar bagi kepemimpinan sekolah dengan perubahan dan pengubahsuaian kurikulum senantiasa dilakukan oleh Kementerian bagi memastikan ia tetap relevan dengan kehendak semasa. Oleh itu, pemimpin instruksional yang perkasa hendaklah sentiasa peka dan bertindak secara proaktif dan kreatif bagi menterjemahkan dasar-dasar yang telah ditetapkan itu kepada tindakan dan amalan. Pemimpin instruksional yang perkasa mampu mengurus kurikulum dengan berkesan dan berupaya mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap maksimum. Isu-isu berkaitan dengan PPSMI, 3M, dan kadar celik huruf yang masih lagi belum memuaskan memerlukan kepimpinan yang berwibawa bagi memastikan isu-isu tersebut dapat diselesaikan di peringkat sekolah. Sesungguhnya, kita hanya ada lebih kurang 12 tahun lagi bagi merealisasikan Wawasan 2020. Masa untuk berlengah sudah tiada, dan seharusnya para pemimpin pendidikan di setiap peringkat bergerak secara sederap dan bersinergi, dan pantas bagi memintas segala jua bentuk halangan dan rintangan. 25) Antara halangan dan rintangan yang perlu diharungi adalah berpunca daripada diri pemimpin itu sendiri seperti kekurangan ilmu dan kemahiran, kelemahan jati diri, dan kepincangan sikap. Oleh itu, semua pemimpin di pelbagai peringkat hendaklah menyemak dan merefleksi diri sendiri bagi mengenalpasti kekurangan yang dimiliki. Disamping itu, para pemimpin pendidikan juga seharusnya mencari jalan bagaimana memperbaiki segala kelemahan yang ada. Indeks Prestasi Utama (KPI) adalah salah satu kaedah bagi mengesan dan memperbaiki diri sendiri dan juga organisasi yang dianggotai. Tugas dan tanggungjawab pemimpin pendidikan amat berat kerana pemimpin pendidikan bukan sahaja memikul amanah untuk melahirkan insan berilmu dan berakhlak tinggi, malah turut berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. 26) Oleh itu, para pemimpin instruksional hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan keintelektualan peribadi dan kemantapan emosi, disamping menjadi juara (champion) bagi membangun dan mengembangkan potensi semua 12
  • 13. staf yang dipimpin. Sesungguhnya ‘kuasa pakar’ dan ‘kuasa rujukan’ yang dimiliki pemimpin instruksional menjadi sumber inspirasi kepada staf untuk terus komited dalam menjalankan tugas masing-masing (Lyons & Murphy, 1994). Pemimpin pendidikan yang berwibawa dan bijak dapat melahirkan ramai “juara” dikalangan staf. Pengiktirafan yang diberikan kepada staf dengan pengagihan kepimpinan ini mampu meningkatkan keterampilan dan kompetensi staf, sekali gus meningkatkan harga diri dan self-esteem mereka. 27) Bagi membangun sistem pendidikan bertaraf dunia yang bakal melahirkan generasi yang mampu bersaing di arena global, Kementerian telah menjadikan pembangunan kepimpinan dan pengurusan pendidikan yang berkesan di semua peringkat sebagai salah satu daripada fokus utama Perancangan Pembangunan Pendidikan 2010. Justeru itu, para pemimpin seharusnya berusaha bersungguhsungguh, mencari peluang belajar, berguru dan sebagainya untuk meningkatkan keterampilan masing-masing. Di zaman ‘langit terbuka’ ini, peluang untuk memperkasakan diri sendiri sungguh banyak. Pembelajaran secara maya sudah pun menjadi trenda (aliran) masa kini. Disamping itu, Kementerian sentiasa memberi latihan berterusan kepada para pemimpin pendidikan melalui Institut Aminuddin Baki (IAB). Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. 28) Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Institute of Educational Leadership (2000) bertajuk ‘Leadership for Student Learning - Reinventing Principalship’, seorang pemimpin sekolah memainkan peranan terpenting dalam tanggungjawab untuk memastikan berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Laporan tersebut merumuskan bahawa: … principals today must serve as leaders for student learning. They must know academic content and pedagogical techniques. They must work with teachers to strengthen skills. They must collect, analyze and use data in ways that fuel excellence.They must rally students, teachers, parents, local health and social service agencies, youth development groups, local businesses, and other community residents and partners around the common goal of raising student 13
  • 14. performance. And they must have the leadership skills and knowledge to exercise the autonomy and authority to pursue these strategies…They must do all these things, but too often, they do not. 29) Seperti yang disebutkan oleh Mortimore, et al., (1995), penumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu faktor yang penting untuk keberkesanan sekolah. Sehubungan itu, salah satu aspek yang perlu diberi penekanan adalah memaksimumkan waktu pengajaran dan pembelajaran. Kajian-kajian dalam bidang ini mengutarakan supaya semua kegiatan sekolah dijadualkan dengan rapi supaya tidak mengganggu masa pengajaran dan pembelajaran. Davis dan Thomas (1989) menyarankan: “… Administrators should organize the school calendar to provide maximum learning time. Student pullouts from regular classes (eg. early dismissal for games) should be minimized or eliminated… Unassigned time and time spent on non instructional activities should be minimized.” 30) Justeru, amalan time-on-task (Stallings & Kaskowitz, 1974) dalam proses pengajaran dan pembelajaran wajar dijadikan budaya oleh setiap guru. Salah satu kajian awal tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh Carroll (1963) yang mengutarakan bahawa pembolehubah yang paling utama dalam pembelajaran adalah masa. Secara ringkas, Carroll (1963) merumuskan bahawa masa untuk pembelajaran merangkumi aspek allocated time iaitu masa yang diperuntukkan untuk sesuatu pembelajaran dan aspek engaged time iaitu masa yang sebenarnya digunakan untuk pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara engaged time dengan pencapaian murid. Menyedari hakikat ini, pihak sekolah wajar mengambil langkah-langkah untuk meminimumkan pembaziran masa pengajaran dan pembelajaran (‘time-wasters’) yang mungkin terhasil akibat perancangan yang lemah atau ketidakpekaan terhadap perkara ini. Secara am, antara perkaraperkara yang menyumbang kepada pembaziran waktu pembelajaran di sekolah adalah kelewatan guru masuk kelas, ketidakhadiran guru yang tiada pengganti, guru-guru dan murid-murid yang tidak hadir dalam kelas kerana penglibatan 14
  • 15. dalam aktiviti-aktiviti seperti raptai majlis tertentu atau latihan sukan, mesyuarat yang dikendalikan pada waktu pembelajaran, dan lain-lain lagi. Dalam hal ini, pemimpin instruksional yang perkasa perlu bijak dan proaktif dalam menyusun strategi untuk mengatasi masalah ini. Bagi memastikan waktu pengajaran dan pembelajaran yang maksimum, pihak sekolah mesti membudayakan amalan guru masuk kelas awal, pengurusan jadual waktu ganti yang rapi dan sistematik termasuk pemantauan yang rapi. Ada juga sekolah-sekolah yang mengamalkan penggunaan modul-modul pembelajaran semasa ketiadaan guru agar pembelajaran masih berlangsung. Ada juga pihak sekolah yang meletakkan dasar bahawa tiada sebarang mesyuarat atau aktiviti yang dijalankan pada waktu persekolahan termasuk menjadualkan pelaksanaan latihan kokurikulum di luar waktu persekolahan contohnya di sebelah petang atau pada hari Sabtu. 31) Pembelajaran merupakan tugas murid. Perkara asas yang mendorong pembelajaran murid adalah motivasi. Motivasi mungkin lahir daripada minat dalaman mereka terhadap aktiviti pembelajaran ataupun datangnya daripada insentif luaran seperti kata-kata pujian, penggredan dan lain-lain lagi. Penggunaan insentif yang berkesan dapat mendorong murid untuk lebih bertanggungjawab terhadap segala yang mereka lakukan. Umpamanya, kajian menunjukkan pencapaian murid lebih tinggi jika guru memeriksa kerja rumah yang diberikan berbanding dengan murid-murid yang kerja rumahnya tidak disemak oleh guru (Cooper, et al., 1989). Guru yang mengajar dengan mengambilkira potensi berlainan murid juga merupakan satu bentuk insentif. Slavin (1990) mendapati pelaksanaan kaedah belajar sama dalam kumpulankumpulan kecil dapat menjadi insentif kepada murid untuk belajar kerana muridmurid digalakkan untuk bekerjasama bagi menguasai kemahiran tertentu dan ini menimbulkan keseronokan bagi mereka. Memberi ganjaran kepada murid berdasarkan peningkatan prestasi juga merupakan insentif yang berkesan (Natriello, 1987; Slavin,1980). Insentif juga dipengaruhi oleh kualiti pengajaran dan aras pengajaran yang sesuai. Murid akan lebih cenderung untuk mengikuti sesuatu pelajaran jika guru dapat mempersembahkannya dengan cara yang menarik dan mempunyai makna serta dalam kemampuan mereka untuk mempelajarinya (Balshaw & Farrell, 2002). Good & Brophy (1997) mendapati guru-guru yang meletakkan pengharapan yang tinggi terhadap pencapaian murid 15
  • 16. juga merupakan insentif untuk murid, Ini meningkatkan keyakinan diri mereka melalui kepercayaan self-fulfilling prophecy. 32) Dalam konteks yang sama, prestasi kerja guru yang berkait rapat dengan kualiti pengajaran juga bertitik tolak daripada motivasi yang dialaminya. Motivasi guru berkait rapat dengan kualiti pekerjaan (‘quality worklife’) yakni kepuasan dan keseronokan bekerja yang terhasil daripada kerja yang bermakna. Biasanya, persekitaran dan suasana tempat kerja amat mempengaruhi kepuasan kerja seseorang yang secara sendirinya memberi insentif untuk melakukan pekerjaan. Sehubungan ini, kepentingan kualiti kerja dalam mengurangkan tekanan dan burnout perlu dititikberatkan (Cunningham, et al., 1983). Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh pemimpin sekolah dalam usaha memberi insentif kepada guru. Kajian oleh Leithwood dan Jantzi (2000) menyarankan memberi perhatian secara individu kepada guru-guru serta mengiktiraf potensi guru-guru dapat meningkatkan semangat guru untuk bekerja. Secara terperinci, kajian tersebut mencadangkan pemimpin sekolah merangsang guru-guru secara intelektual (stimulate intellectually), memberi sokongan secara individual (individualized support) serta menjadi model ikutan dalam usaha membina keyakinan guru-guru. Selain itu, pemimpin juga boleh menggunakan perbincangan dua hala sebagai kaedah menjana pemikiran guru dalam menyelesaikan masalah yang kompleks. Kaedah ini juga berkesan dalam memberi teguran kepada guru seperti mana yang diutarakan oleh (Ryan, 1996; Tushman & O’Reilly, 1997), … Successful organizations reward success and acknowledge or celebrate failures by creating opportunities to openly discuss and learn from mistakes. Selain itu, pemimpin juga dapat memberi insentif untuk bekerja kepada guru dengan berusaha mengurangkan kekangan atau halangan yang wujud di dalam organisasi. Pemimpin seharusnya berusaha untuk untuk memperbaiki sistem yang didapati membantut kemajuan organisasi (Avolio & Howell, 1993). Antara usaha-usaha lain yang boleh dilakukan oleh pemimpin sekolah adalah mewujudkan sistem pengupayaan dikalangan guru dengan memberi mereka peluang untuk mempraktikkan teacher leadership. Tuan-tuan dan puan-puan 16
  • 17. 33) Saya telah menjelaskan dengan panjang lebar hubungan antara kepimpinan instruksional dengan sekolah berkesan. Ingin saya jelaskan sekali lagi bagaimana sekolah kluster menjadi pemangkin kepada kepimpinan instruksional. Mengikut Ouchi (2003), yang telah menjalankan kajian di 223 buah sekolah di enam bandar utama iaitu Edmonton, (Canada), Seattle, Houston, New York, Los Angeles dan Chicago. Kajian mendapati sekolah-sekolah yang cemerlang mempunyai sistem pentadbiran yang autonomi. Pengetua bertanggungjawab sepenuhnya terhadap prestasi sekolah. Ouchi (2003) menyimpulkan terdapat tujuh kunci utama kejayaan sekolah-sekolah ini iaitu pengetua bersifat entrepreneur, setiap sekolah mengawal bajet sendiri, setiap warga sekolah bertanggungjawab ke atas prestasi murid dan bajet, setiap guru diberi penurunan kuasa, fokus terhadap kejayaan murid, setiap sekolah adalah komuniti pembelajar dan setiap keluarga mempunyai pilihan ke atas sekolah. Berasaskan kepada kajian ini maka konsep sekolah kluster akan menjadi pemangkin kepada kepimpinan sekolah apabila mereka diberi kuasa autonomi untuk menentukan halatuju dan niche sekolah masing-masing. Namun begitu kita tidak akan mengikut acuan sekolah-sekolah di barat seratus peratus. Sekolah kluster di Malaysia akan mengikut konsep dan acuannya sendiri. Adalah diharapkan sekolah kluster dapat melonjakkan kecemerlangan sistem pendidikan dan menghasilkan pemimpin instruksional yang berkualiti. Usaha ini perlu sebagai persediaan kepada pemimpin sekolah kluster ini untuk melonjakkan kecemerlangan sekolah masing-masing setelah mereka diberi kuasa autonomi dalam pelbagai bidang termasuk pengurusan sumber manusia, kewangan, dan pentadbiran. 17
  • 18. Kertas kerja ini telah dimulai dengan diskusi mengenai konsep serta definisi sekolah kluster serta hubungkait dengan kepimpinan instruksional dan sekolah berkesan. Lantaran itu, saya telah melontarkan beberapa pandangan dan idea kepada tuan-tuan dan puan-puan, para pemimpin peringkat akar umbi, bagi menyahut cabaran tersebut demi melahirkan murid-murid yang berkualiti tinggi yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Bertepatan dengan tema seminar, Sekolah Kluster pemangkin Kepimpinan Instruksional, tuan-tuan dan puanpuan selaku pemimpin barisan hadapan mempunyai misi yang sangat besar bagi memastikan segala yang direncana Kementerian tercapai mengikut perancangan. Akhir kata, dengan lafaz Bismillah hirrohman nirrohim SAYA DENGAN RASMINYA MEMBUKA KOLOKIUM KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KALI KE 2 Sekian, terima kasih 18
  • 19. RUJUKAN Ahmad Tajuddin Abdul Hamid. (1989). The role of the principal as an instructional leader. Tesis M.Ed. yang tidak diterbitkan - Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia. Avolio, B. J. & Howell, J. M. (1993). Transformational leadership, transactional leadership, locus of control and support for innovation: Key predictors of consolidated business unit performance. Journal of Applied Psychology, 78, 891-902. Carroll, J.B. (1963) A model of school learning, Teachers College Record, 64, 8, pp. 723-33. Cooper, H., Robinson, J. C., & Patall, E. A. (1989). Does homework improve academic achievement? A synthesis of research, 1987-2003. Review of Educational Research, Spring2006, Vol. 76 Issue 1, p1-62. Cunningham, C. E., Woodward, C. A., Shannon, H. S., MacIntosh, J., Lendrum, B., Rosenbloom, D., Brown, J. (2002). Readiness for organizational change: A longitudinal study of workplace, psychological and behavioural correlates. Journal of Occupational & Organizational Psychology, Dec2002, Vol. 75 Issue 4, p377-392. Edmonds, R. (1979). Some school works and more can. Journal of Social Policy. Vol. 9, 28-32. Hallinger, P. (2003). Leading educational change: Reflections on the practice of instructional and transformational leadership. Cambridge Journal of Education, Vol. 33, No. 3. Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and the School Principal: A Passing Fancy that Refuses to Fade Away. Leadership & Policy in Schools, Vol. 4 Issue 3, p221-239. Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 206-218. Leithwood, K. & Jantzi, D. (2000). Principal and Teacher Leadership Effects: a replication. School Leadership & Management, Vol. 20 Issue 4, p415-434. Lyons, C. A. & Murphy, M. J. (1994). Principal self-efficacy and the use of power. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association (New Orleans, LA, April 4-8, 1994). Dokumen ERIC, ED 373421. Mortimore, P., Sammons, P. & Hillman, J. (1995). Key Characteristics of Effective Schools. Kertas Kerja Effective Schools Seminar, Kementerian Pendidikan Malaysia. 19
  • 20. Ouchi, W.G.(2003). Making schools work: A revolutionary plan to get your children the education they need. Simon & Schuster. New York. Slavin, M. J. (1990). Emergence and maintenance of leadership among gifted students in group problem solving. Roeper Review, Vol. 12 Issue 4. Southworth, G. (2002). Instructional leadership in Schools: reflections and empirical evidence. School Leadership & Management, Vol. 22, No. 1. 20