Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan

5,375 views

Published on

Sem 2

Published in: Education

Peranan Guru Bahasa Melayu dalam Pembangunan Modal Insan

  1. 1. PERANAN GURU BAHASA MELAYU DALAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN Oleh: NURUL HIDAYAH BINTI OTHMAN JM40238
  2. 2.  “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan…Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri dan pasaran serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan antarabangsa yang semakin meningkat.” -YAB Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi- (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006) Sumber: PIPP (2006:52)
  3. 3. Pengenalan• HARTA paling berharga bagi sebuah negara adalahmemiliki warga berkualiti yang disifatkan sebagai modalinsan bagi memacu kegemilangan.• Cabaran pembinaan modal insan juga terletaksebahagian besarnya dalam kalangan pendidik yang relatifnya terbabit dengan dunia pendidikan dan latihan untuk mengembangkan potensi, bakat dan kualiti generasi muda.
  4. 4. Maksud Modal. Menurut Kamus Dewan, ‘modal’ bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan /mencapai sesuatu yang lain. Ia juga bermaksud kelebihan yang dimiliki. Pengertian lain ialah sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk mengembangkan harta.
  5. 5. Maksud Insan. Insan atau manusia dijelaskan sebagai makhluk yang dicipta oleh Tuhan. Pembinaan insan yang tepat dan betul akan membantu sesebuah negara melahirkan masyarakat yang dapat memastikan kejayaan masa depan negara tersebut.
  6. 6. Modal Insan Gabungan perkataan modal dan insan ini membentuk perkataan ‘modal insan’. Ianya merupakan sesuatu yang digunakan sebagai asas untuk pengembangan atau mencapai sesuatu yang dihajati oleh manusia.
  7. 7. Ciri-ciri Modal Insan: Bukan sekadar mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, tetapi ia mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi yang perlu ada pada seseorang itu. Mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Berkemampuan berfikir secara kreatif dan kritis.
  8. 8.  Berkemahiran menyelesaikan masalah. Berkeupayaan mencipta peluang-peluang baharu. Mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Juga mempunyai kepimpinan yang utuh (towering personality).
  9. 9.  Dalam konteks saranan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Utama Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badaw iuntuk mendapatkan manusia atau insan yang berkualiti pendidikan dan latihan hendaklah diberikan secara berterusan. Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memprogramkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
  10. 10. 6 TERAS PIPP• Membina Negara Bangsa – Integrasi – Nasionaliti/kewarganegaraan – Nasionalisme/cinta akan negara – Patriotisme – Demokrasi• Membangun Modal Insan• Memperkasa Sekolah Kebangsaan• Merapatkan Jurang Pendidikan• Memartabat Profesion Keguruan• Melonjak Kecemerlangan Institusi Pendidikan.
  11. 11. Peranan Pendidik Pendidikan memainkan peranan amat penting di dalam menyediakan negara dengan modal insan berkualiti yang memiliki sahsiah terpuji, berkemahiran tinggi, serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis khususnya untuk mengisi arus pemodenan menuju Wawasan 2020. Antara tugas penting warga pendidik di dalam membangun modal insan ialah membentuk personaliti unggul di dalam membina kepemimpinan yang kental
  12. 12.  Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan menerusi peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin dalam setiap tugasan yang dijalankan. Antara tugas utama warga pendidik ialah meningkatkan keupayaan, minat, dan bakat murid bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Maka cabaran warga pendidik pastinya menyemai benih nilai murni ke arah pembentukan personaliti unggul. Perancangan rapi harus direncana bagi merealisasikan impian berkenaan.
  13. 13.  Galakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran seperti pengenalan pengajaran ICT Learning seawal peringkat tahap satu disekolah rendah pula dapat merangsang minda murid untuk menerapkan elemen teknologi maklumat dalam pemikiran bercorak futuristik Pembangunan modal insan juga dititikberatkan melalui pembentukan keterampilan dan sahsiah unggul. Di peringkat Kementerian Pelajaran, usaha itu digarap melalui pemantapan kurikulum sedia ada. Rentasan nilai murni banyak diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam, Moral, sejarah dan Bahasa Melayu.
  14. 14. Rumusan: Penerapan Modal Insan dalam Pendidikan Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukunegara. Mencungkil bakat dan potensi diri Menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar.
  15. 15. Sekian

×