1. Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan
Buah Khuldi ?
Benarkah Hawa Memujuk Adam Memakan Buah Khuldi ?
Muhammad Hanief Awang Yahaya
Allah s.w.t. menempatkan Nabi Adam dan isterinya di dalam syurga sebelum mereka berdua dihantar
ke dunia ini. Di tempat yang indah itu, Allah s.w.t. menghalalkan kepada mereka berdua makanan-
makanan kecuali buah dari satu pohon. Tipu daya Iblis menyebabkan mereka berdua memakannya
lalu bermulalah kehidupan manusia di dunia ini.
Umum tersebar bahawa Hawa telah memujuk Adam memakan buah tersebut. Hal ini disebutkan oleh
Ibn Hajar al-`Asqalani ketika menghuraikan hadis berikut:
.زوجها ثى أن خن ت م ل حواء وال ول : لم س و يه ل ع هللا لى ص بي ن ال عن ،نه ع هللا ضي ر رة هري ي أب عن
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w.: “Dan kalaulah tidak kerana Hawa, perempuan
tidak akan mengkhianati suaminya.”
Kata Hafiz Ibn Hajar: “Di dalam hadis ini terdapat isyarat bahawa peristiwa yang berlaku kerana Hawa
memberi gambaran yang indah tentang pokok itu kepada Adam lalu berlakulah apa yang telah
berlaku. Makna khianat Hawa ialah dia telah menerima bujukan Iblis lalu memujuk Adam pula. Oleh
kerana Hawa ibu kepada sekalian wanita dan paling serupa dengan Hawa dari segi melahirkan anak,
maka hampir tidak seorang wanitapun yang terselamat dari menderhaka kepada suaminya sama ada
dengan ucapan atau perbuatan. (Fath al-Bari, jil. 6 hal. 515)
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Hafiz ibn Hajar tidak merujuk kepada mana-mana riwayat
hadis atau pendapat sahabat. Penjelasan beliau bukanlah sesuatu yang dapat difikirkan dengan aqal
semata-semata. Dengan kata lain, penjelasan ini bukan berdasarkan kepada ijtihad tetapi pasti
bersumberkan mana-mana riwayat. Tentu sekali beliau mempunyai sumbernya yang tersendiri.
Apabila beliau tidak menunjukkan mana-mana riwayat hadis, tentu sekali sumbernya ialah riwayat
Israiliyyat. Kalau diandaikan adanya riwayat maka riwayat itu tidak sahih kerana bercanggah dengan
fakta-fakta al-Quran.
Dengan merujuk kepada al-Quran segala kepalsuan dan kepalsuan riwayat tersebut akan terdedah.
Allah s.w.t. berfirman:
اَوَسْبَر اَوَساَهَن اَو ََاََُو اَوْهْتَ لوَس لن ْو اَوَهلنَع ََ ْور َو اَو اَوَهَل ََْلهبَيْل َناََليَاال اَوَهَل َر َولس َوَا َنيْهْلَاخلال َن ْو َانوَسَت لوَأ ْلنيَسَلَو َانوَسَت لنَأ َالْو ْة َرَجَاال َْ َْله لنَع
Lalu syaitan menghasut mereka berdua (memakan buah pokok larangan) dengan tujuan untuk
mendedahkan aurat mereka yang selama ini terlindung dari mereka, lalu ia berkata: Tuhan kamu
tidak melarang kamu mendekati pokok ini melainkan supaya kamu tidak menjadi malaikat atau tidak
menjadi dari kalangan mereka yang hidup kekal abadi. (al-A`raf: 20)
2. Dalam ayat ini jelas bahawa syaitan yang menghasut Adam dan Hawa bukan syaitan menghasut
Hawa kemudian Hawa menghasut Adam pula. Dalam surah Taha, ayat 120, penafian bahawa Hawa
tidak memujuk Adam lebih jelas lagi:
ىَللبَي َال إِللَوَو ْهللَخلال ْة َرَجَا ىَلَع ََِْلهَأ لََه َمَهَ اَي ََاَُ َناََليَاال ْهليَلْو َر َولس َوَا
Lalu syaitan membisikkan fikiran yang jahat kepadanya dengan katanya: Wahai Adam! Mahukah aku
tunjukkan kepadamu pokok hidup kekal dan kerajaan yang tidak akan musnah? (Taha: 120)