Konsep takaful dan aplikasinya trainer

3,686 views

Published on

Published in: Spiritual, News & Politics
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,686
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
107
Actions
Shares
0
Downloads
188
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide
• Assalamualaikum wbt. Welcome the participant. Recite by Surah Al-Fatihah. Today, I’m going to present the Takaful Ikhlas Al-Wakalah Model. I wish to walk us through the model in the next 30 minutes
• Konsep takaful dan aplikasinya trainer

1. 1. KONSEP TAKAFUL DAN APLIKASINYA Oleh: Jabatan Pematuhan Syariah
2. 2. Sabda Nabi SAW:

Maksudnya: “Akan sampai suatu zaman di mana manusia tidak mengendahkan sumber perolehan hartanya sama ada dari yang halal atau haram”.

(Riwayat Tirmidzi)

3. 3. Sabda Nabi SAW:

“ Tidak akan terlepas dua kaki anak Adam di akhirat di hadapan Allah SWT, kecuali setelah ditanya dengan LIMA perkara;

Tentang umurnya, di mana dia habiskan.

Tentang masa mudanya, bagaimana digunakan.

Tentang hartanya, dari mana datangnya.

Ke mana dibelanjakan harta tersebut.

Apakah yang dilakukan dengan ilmunya.

(Hadis riwayat Tirmidzi)

4. 4. Firman Allah SWT:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِى ٱلسِّلۡمِ ڪَآفَّةً۬ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَڪُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ۬

Maksudnya: “ Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya , dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu .”

(Al- Baqarah:208)

5. 5. ISLAM AKIDAH Kepercayaan SYARIAH Amalan & Aktiviti AKHLAK Etika & Adab IBADAH MUAMALAT Politik Ekonomi Sosial Pengurusan Risiko Islam Sebagai Agama Sumber: Dr. Abdul Karim Zaidan Kitab Al- Madkhal li Dirasah Syariah Islamiah
6. 6. INSURANS DAN TAKAFUL
7. 7.

Al Quran

“ Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar .” (al-Baqarah: 155)

RISIKO DARI PERSPEKTIF ISLAM
8. 8.

Al Hadith :

عن أنس بن مالك – رضى الله عنه – قال : قال رجل : يا رسول الله أعقلها و أتوكل ، أو أطلقها و أتوكل ؟ قال : " اعقلها و توكل " رواه الترمذي

Maksudnya : Rasulullah (SAW) bersabda kepada seorang Arab Badwi yang telah membiarkan unta tanpa diikat dengan alasan menyerahkannya kepada Allah: “Ikatlah unta kamu dan kemudian barulah berserah kepada Allah.” (Riwayat Al-Tirmidzi)

RISIKO DARI PERSPEKTIF ISLAM
9. 9. KONSEP RISIKO DALAM ISLAM

Islam tidak pernah melarang sama sekali umatnya mencipta sesuatu perkara di dalam aspek kemajuan urusan hidup manusia, tetapi perlulah bertepatan dengan kehendak syariah Islam.

Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia cuma akan tercapai dengan izin Allah. Ini tidak bermakna manusia tidak perlu melakukan perancangan dalam setiap tindakan .

10. 10.

Manusia tidak dapat meramal atau menentukan secara tepat masa depannya.Segala perancangan dan usaha yang dibuat oleh manusia akan tercapai dengan izin Allah.

Namun begitu, tidak semestinya manusia tidak perlu membuat perancangan.Sama ada perancangan itu terlaksana atau tidak ianya ditentukan oleh Allah s.w.t

KONSEP RISIKO DALAM ISLAM
11. 11.

Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya.

Takaful adalah satu kaedah menguruskan risiko

Menerusi takaful, risiko dikongsi bersama dan diuruskan melalui semangat tolong-menolong meringankan beban yang ditanggung melalui konsep tabarru’ dan ta’awwun .

Sabda Rasulullah SAW:

والمؤمن من أمنه الناس على دمائهم وأموالهم

“… sesungguhnya seorang yang beriman ialah siapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap jiwa raga dan harta manusia” (Riwayat an-Nasaie)

KONSEP RISIKO DALAM ISLAM
12. 12.

Definisi

“ Kemungkinan menemui bahaya, kerugian atau kecederaan”. Risiko datang dari keadaan yang tidak dapat dipastikan (uncertainty)

Kerugian : Penyusutan atau kehilangan nilai ekonomik bagi sesuatu

Peril : Sebab terjadi sesuatu kerugian

Bahaya : Keadaan yang akan meningkatkan kebarangkalian terjadi sesuatu kerugian.

KONSEP RISIKO DALAM ISLAM
13. 13. Perbezaan Takaful Dan Insurans INSURANS Akad Pertukaran Hak Milik (Muawadhah) TAKAFUL Akad Pemberian Hakmilik Dengan Percuma/Sukarela (Tabarru’) KONTRAK
14. 14.

Satu pihak (penginsurans) menanggung untuk membayar ganti rugi kos atau pembelian mengikut persetujuan tertentu (premium) kepada satu pihak yang lain (pihak yang diinsuranskan) sejumlah wang atau nilai yang merugikan.

(Glosari Insurans DBP)

Definisi Insurans
15. 15.

FATWA

“ Kontrak Insurans Konvensional adalah kontrak pertukaran (Akad Muawadhah) dan dengan itu ia terbatal.”

Ibn Abidin -1252H/1836M

Akademi Feqh Jeddah (1399H)

Akademi Feqh Jeddah (1406H)

Majlis Fatwa Kebangsaan -15 Jun 1972

Fatwa Arab Saudi

Hukum Insurans
16. 16.

Pelbagai pendapat tetapi kesemuanya berpendapat kontrak insurans adalah fasid ( defective ) kerana terdapatnya unsur-unsur berikut:

Gharar (ketidakpastian)

Maisir (perjudian)

Riba (riba)

Hukum Insurans

Ulama tidak menolak insurans secara keseluruhannya tetapi kepada sebahagian kelemahan yang terdapat pada kontrak insurans.

17. 17.

‏ عَنْ ‏ ‏أَبِيْ هُرَيْرَة ‏ ‏قَالَ : ‏ نهَىَ رَسُوْلُ اللهِ ‏ ‏صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏بَيْعُ الْحَصَاة ‏ ‏وَعَنْ ‏ ‏بَيْعُ اْلغَرَر

( صحيح مسلم بشرح النووي )

“ Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah melarang daripada terjerumus dalam perniagaan lontaran dan perniagaan yang tidak pasti”. (Riwayat Muslim) Gharar
18. 18.

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia ; Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’kud ‘Alaih (barang) tidak jelas.

Ini adalah kerana pemberian ‘barang’ dalam kontrak insurans disandarkan kepada berlakunya risiko yang diinsuranskan.

Sedangkan risiko bersifat ‘ uncertainty ’.

Gharar
19. 19.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

( المائدة : 90)

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya upaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ma’idah : 90) Perjudian
20. 20.

Judi dalam insurans :

Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku.

Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima

Perjudian Apabila wujud gharar sudah pasti wujud unsur judi. Kedua-duanya berkait rapat.
21. 21.

وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

( البقرة : 275)

“ Dan Allah telah menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu dia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya” (Surah Al-Baqarah : 275) Riba
22. 22.

يَـٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ

( البقرة : 278-279)

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. ” (Surah Al-Baqarah : 27 8-279 ) Riba
23. 23.

Imam An-Nawawi rh berkata : “Telah Ijma’ seluruh ulama Islam tentang pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama , antara yang berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi”(Rujuk Al-Majmu’, 9/391)

Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 )

Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata ertinya : “Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat : ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT”  ( Jami al-Bayan ‘An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-Manthur, As-Suyuti, 3/366)

24. 24.

Berkatalah Abu Hanifah rh pula : “ Inilah ayat di dalam Al-Quran yang paling menakutkan”  (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi, 4/73)

Imam Malik Bin Anas rh pula berkata ertinya : “Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba, kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke atasnya” ( Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )

Berkata Imam Qatadah rh : “ Allah menjanjikan ahli Riba dengan hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada” ( at-Tabari, 3/72 )

25. 25.

Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.

Allah SWT berfirman ertinya : “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 )

Sabda Nabi SAW dari Ibn  Mas’ud r.a ertinya : “Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa” ( Riwayat Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )

Berkatalah Ibn Abbas r.a ertinya : “Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya” ( Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362  ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224)

26. 26.

Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri

Nabi SAW bersabda : Ertinya : “ Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. ” (Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Lebih Berat dari 36 Kali Zina

Nabi SAW bersabda ertinya : “Satu dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW   ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

27. 27. KESAN RIBA
28. 28. AKIBAT AMALAN RIBA Rajah: Saham Merrill Lynch
29. 29. AKIBAT AMALAN RIBA Rajah : Kejatuhan Saham Bank Bradford & Bingley (8 Okt 08)
30. 30.

Elemen Riba Dalam Insurans

Kontrak

Pelaburan

Faedah ke atas pemegang polisi yang membuat pinjaman (policy loan)

Pinjaman Premium Automatik (APL)

Riba
31. 31. Hukum

Kontrak yang tidak sah / fasad

Haram

32. 32. Kontrak Takaful

Kontrak Takaful berasaskan Tabarru’

Kontrak Mu’awadhah diganti dengan Kontrak Tabarru’

33. 33.

Apakah yang anda faham tentang Takaful?

Pengenalan Takaful
34. 34.

“ Takafala” ialah saling jamin-menjamin antara satu sama lain

Mewujudkan satu pakatan sesama peserta untuk mencarum ke dalam satu tabung yang akan membantu para peserta ketika ditimpa musibah atau kemalangan.

Pengenalan Takaful
35. 35.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

( المائدة :2)

“ Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan”

(Surah Al-Ma’idah : 2)

Dalil dan Konsep Takaful 1- Saling tolong-menolong dan bantu-membantu untuk kebaikan
36. 36.

عَنْ ‏ ‏أَبِيْ مُوْسَى ‏ ‏قَالَ : قَالَ النَّبِي ‏ ‏صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ َسَلَّمَ ‏ ‏إِنَّ ‏ ‏اْلأَشْعَرِيِّيْنَ ‏ ‏إِذَا ‏ ‏أَرْمَلُوْا ‏ ‏ِفْي اْلغَزْوِ أَوْ قَلَّ طَعَامِ عِيالُهُمْ ‏ ‏بِالْمَدِيْنَةِ ‏ ‏جَمَعُوْا مَا كَانَ عِنْدَهُمْ فِيْ ثَوْبٍ وَاحِدٍ ثُمَّ اِقْتَسَمُوْهُ بَيْنَهُمْ فِيْ إِنَاٍء وَاحِدٍ بِالسَّوِيَّةٍ فَهُمْ مِنِّيْ وَأَنَا مِنْهُمْ .‏ ( صحيح البخاري )

Hadis Abu Musa r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sekiranya golongan Asy'ariyun kehabisan makanan di dalam sesuatu peperangan atau bekalan makanan keluarga mereka di Madinah berkurangan. Mereka akan mengumpulkan apa yang masih ada pada mereka di dalam sehelai kain. Kemudian mereka membahagikannya sama rata di antara mereka, sesungguhnya mereka dari kalangan aku dan aku dari kalangan mereka.

(Sahih Bukhari)

قال النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم : رحم الله امرأ اكتسب طيبا وانفق قصدا قصدا وقدم فضلا ليوم فقره وحاجته

( عن عبادة بن الصامت متفق عليه (

Dalil Takaful 2- Tabungan untuk tujuan perlindungan
37. 37. Dalil Takaful

Nizam Al-‘Aqilah ( نظام العاقلة )

Semasa zaman jahiliah, jika berlaku pembunuhan tidak sengaja; diyat akan dikenakan ke atas si pembunuh untuk dibayarkan kepada keluarga si mangsa. Kadangkala orang yang membunuh itu tidak mampu membayar diyat.

Bagi mengelakkan berlakunya pertumpahan darah dan peperangan; wang diyat tersebut dikutip daripada setiap anggota puak lalu dibayar kepada waris atau pihak yang dibunuh.

38. 38. PENUTUP

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” ( Al-Munafiqun : 9 )

39. 39. Saidina Umar al-Khattab r.a:

“ Jangan kamu berjual-beli di pasar kami, kecuali telah mendalami ilmu (hukum) mengenainya”.

(Riwayat Tirmidzi)

40. 40.

SEMOGA BEROLEH MANFAAT

SEKIAN, TERIMA KASIH