Perdagangan Tingkatan 5 (Prinsip insurans)

5,331 views

Published on

Prinsip insurans terdiri daripada penuh percaya mutlak, kepentingan boleh insurans dan indemniti

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,331
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
51
Actions
Shares
0
Downloads
70
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Perdagangan Tingkatan 5 (Prinsip insurans)

  1. 1. BAB 2 INSURANS
  2. 2. PRINSIP INSURANS PRINSIP INSURANS KEPENTINGAN BOLEH INSURANS PENUH PERCAYA MUTLAK SUMBANGAN INDEMNITI/ GANTIRUGI SUBROGASI DOKTRIN SEBAB HAMPIRAN
  3. 3. 2.5 PRINSIP INSURANS (1) KEPENTINGAN BOLEH DIINSURANSKAN Insured hanya boleh menginsuranskan harta benda dan nyawa yang boleh mendatangkan kerugian kepadanya jika berlaku risiko. Tujuan : mengelakkan sesuatu pihak mengambil kesempatan ke atas harta orang lain.
  4. 4.  Contoh : Megat boleh menginsuranskan rumahnya sendiri sebab dia mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap rumahnya.
  5. 5. (2) PENUH PERCAYA MUTLAK  Insured hendaklah memberi keterangan dan maklumat yang benar dan ikhlas berkaitan dengan risiko yang hendak diinsurans semasa mengisi borang. Contoh : Seorang peniaga menginsuranskan kedainya daripada kebakaran menyatakan kedainya diperbuat daripada batu tetapi yang sebenarnya diperbuat daripada kayu. Jika berlaku kebakaran , gantirugi tidak akan dibayar kerana polisi menjadi tidak sah.
  6. 6. (3) INDEMNITI/GANTI RUGI  Ganti rugi yang dibayar oleh insurer kepada insured apabila berlaku kerugian ke atas risiko yang diinsuranskan.  Contoh : Insured menginsuranskan premisnya daripada kebakaran sebanyak RM80,000. Premisnya hangus dijilat api dan anggaran kerugian ialah RM70,000. Maka gantirugi yang dibayar adalah sebanyak RM70,000 dan bukan RM80,000.
  7. 7. JENIS INDEMNITI (1) SUMBANGAN Jika sesuatu aset diinsuranskan dengan beberapa insurer dan berlaku risiko yang diinsuranskan, maka insurer terlibat akan mencarum mengikut bahagiannya.
  8. 8.  Contoh : Seorang peniaga menginsuranskan stok barangnya dari kebakaran dengan membeli tiga polisi insurans bernilai RM15,000 daripada tiga insurer. Disebabkan polisinya bertindan, maka, setiap insurer hanya menanggung 1/3 daripada kerugian iaitu RM5,000 bagi setiap insurer.
  9. 9. (ii) SUBROGASI  Maksudnya, sesudah insured dibayar ganti rugi, insurer akan mengambil semua hak yang ada padanya untuk menuntut kerugian daripada pihak lain.  Contoh: KeretaEn.Lim musnah akibat kemalangan Jalanraya. Dia dibayar ganti rugi sebanyak RM14,000. Kereta tersebut dijual dengan nilai skrap RM4000. En. Lim tidak lagi berhak menuntut RM4000 kerana hak tersebut telah dipindah kepada insurer.
  10. 10. (iii) Doktrin Sebab Hampiran Bermaksud insurer hanya dibayar ganti rugi jika kerugian yang dialami adalah disebabkan secara langsung oleh risiko yang diinsuranskan. Ganti rugi tidak akan dibayar jika kerugian berpunca daripada risiko lain ataupun risiko yang dikecualikan oleh polisi insurans.
  11. 11.  Contoh : Jika barang yang dibawa oleh sebuah lori yang diinsuranskan akibat kemalangan itu rosak, ganti rugi akan dibayar. Jika barang dicuri semasa kemalangan, ganti rugi tidak dibayar kerana kecurian bukanlah risiko yang diinsuranskan.
  12. 12. Latihan Nyatakan prinsip insurans yang sesuai dengan situasi berikut: 1. Encik Ahmad menginsuranskan kedainya daripada kebakaran dengan menyatakan kedainya diperbuat daripada batu tetapi sebenarnya diperbuat daripada kayu. 2. Encik Rahman ingin menginsuranskan rumah yang disewanya daripada Puan Lee.
  13. 13. 3 Encik Chong tidak dibayar ganti rugi bila kedainya dirompak sebab beliau mengambil insurans kebakaran. 4 Abdullah yang tinggal bersama pak ciknya di Segamat ingin mengambil polisi ke bakaran ke atas rumah pak ciknya. 5 Encik Amir menginsuranskan kedai runcitnya terhadap risiko kebakaran untuk nilai RM80 000. Apabila kedainya terbakar, kos membaikinya adalah RN60 000. Syarikat insurans hanya membayar gantirugi sebanyak RM60 000
  14. 14. 6 Insurer boleh mengambil alih hak milik sesuatu harta setelah membayar ganti rugi kepada insured 7 Encik Shamsul memberi maklumat lengkap semasa mengisi borang 8 Encik Ram seorang ahli perniagaan menginsuranskan nyawa rakan kongsinya 9 Cik Koraila kehilangan keretanya yang berharga RM50 000. Syarikat insurans telah membayar gantirugi kepadanya. Jika keretanya ditemui, syarikat insurans akan mengambilalih hak milik kereta tersebut.
  15. 15. 10 Encik Kalai menginsuranskan gudangnya dengan insurans kebakaran. Selepas seminggu, gudangnya telah dimasuki pencuri dan mengakibatkan kehilangan sebanyak RM50 000. Insurer enggan membayar ganti rugi. 11 Pihak insured mesti memberi maklumat peribadi yang betul semasa membeli insurans nyawa. 12 Suzi kehilangan keretanya dan telah dibayar ganti oleh pihak insurer. Selepas dua bulan kereta dijumpai tetapi Suzi tiada hak ke atas kereta tersebut.
  16. 16. Soalan 1 Chua tinggal bersama-sama dengan makciknya. Chua ingin mengambil polisi kebakaran ke atas rumah makciknya. Chua dikatakan melanggar prinsip …. A. Indemniti B. Penuh percaya mutlak C. Doktrin sebab hampiran D. Kepentingan boleh insurans
  17. 17. Soalan 2 Insurans kemalangan dan insurans hayat dikecualikan daripada prinsip ………. A. Kepentingan boleh insurans B. Indemniti C. Penuh percaya mutlak D. Dokrin sebab hampiran
  18. 18. Soalan 3 Antara pernyataan berikut, manakah yang memenuhi prinsip kepentingan boleh insurans ? I. En. Ali mengambil polisi insurans nyawa bagi isterinya. II. En. Johan membeli insurans kebakaran bagi rumah sewanya III. En. Ram yang merupakan seorang ahli perniagaan menginsuranskan nyawa rakan kongsinya IV. Cik Manisha membeli insurans kemalangan peribadi atas nama adiknya A. I dan II C. II dan IV B. I dan III D. III dan IV
  19. 19. Soalan 4 • Insured mesti memberikan maklumat dan keterangan yang lengkap. • Insurer akan menyatakan syarat-syarat perlindungan dengan jelas Perkara-perkara di atas adalah berkaitan dengan prinsip-prinsip insurans. Prinsip insurans tersebut ialah ……. A. Kepentingan boleh insurans B. Indemniti C. Penuh percaya mutlak D. Doktrin sebab hampiran
  20. 20. Soalan 5 En. Hamdan kehilangan keretanya yang berharga RM50000. Insurer telah membayar ganti rugi kepadanya. Apabila keretanya ditemui, syarikat insurans akan mengambil alih hak milik kereta berkenaan. Apakah prinsip indemniti yang berkaitan dengan perkara tersebut. A. Sumbangan B. Subrogasi C. Doktrin sebab hampiran D. Syarat purata
  21. 21. Soalan 6 Antara yang berikut, manakah pernyataan yang benar berkaitan dengan doktrin punca hampiran ? A. Insured akan bayar ganti rugi untuk dipulihkan ke kedudukan asal B. Beberapa buah insurer, akan mencarumkan sejumlah bayaran untuk membayar ganti rugi kepada insured C. Setelah dibayar ganti rugi, hak milik terhadap harta berpindah tangan kepada insurer D. Insured akan dibayar pampasan jika kerugian disebabkan oleh risiko yang diinsuranskan
  22. 22. Soalan 7 Mengapakah insurer membenarkan En. Abu mengambil polisi insurnas kebakaran terhadap rumah yang diduduki oleh En. Budin ? A. En. Budin adalah anak kepada En. Abu B. En. Budin akan menderita jika rumah itu terbakar C. En. Abu menyewakan rumah miliknya kepada En. Budin D. En. Abu adalah penjamin kepada En. Budin yang membeli rumah tersebut
  23. 23. Soalan 8 Mengapakah prinsip indemniti melibatkan beberapa prinsip tambahan ? A. Memastikan insured memberi keterangan dan maklumat dengan lengkap B. Insured yang mengalami kerugian hanya layak menerima ganti rugi setakat kerugiannya sahaja C. Mengelak perbuatan mencari keuntungan atas kerugian orang lain D. Meminimumkan kerugian yang mungkin dialami oleh insurer
  24. 24. FAKTOR-FAKTOR MENENTUKAN KADAR PREMIUM (1) JENIS RISIKO Kadar premium bergantung kepada jenis risiko. Contoh : Kadar premium kebakaran berbeza dengan kadar premium kemalangan.
  25. 25. (2) NILAI YANG DIINSURANSKAN  Lebih tinggi jumlah yang diinsuranskan , lebih tinggi premiumnya.
  26. 26. (3) LUAS PERLINDUNGAN  Lebih luas liputan perlindungan, lebih tinggi premiumnya.  Contoh : Premium untuk melindungi kebakaran lebih tinggi daripada premium untuk melindungi kebakaran dan kecurian.
  27. 27. (4) KOS KUTIPAN PREMIUM  Premium yang dibayar bulanan lebih tinggi daripada premium tahunan kerana libatkan kos pemungutan tambahan.
  28. 28. JENIS INSURANS JENIS-JENIS INSURANS INSURANS AM INSURANS HAYAT INSURANS KEMALANGAN INSURANS LAIN INSURANS MARN/ PENERBANGAN INSURANS KEBAKARAN INSURANS ENDOWMEN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP INSURANS HAYAT SEMENTARA
  29. 29. A. INSURANS AM Terdiri daripada : (1) INSURANS KEMALANGAN (2) INSURANS KEBAKARAN (3) INSURANS MARIN/PENERBANGAN (4) LAIN-LAIN INSURANS
  30. 30. (1) INSURANS KEMALANGAN INSURANS KENDERAAN BERMOTOR INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA INSURANS MOTOR KOMPREHANSIF
  31. 31. (a) INSURANS KENDERAAN BERMOTOR: (i)INSURANS MOTOR PIHAK KETIGA • Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga yang cedera/mati/rosak kenderaan akibat kemalangan dengan insured.  Pihak ketiga ialah pengguna jalan raya.
  32. 32.  Kecederaan atau kerosakan kenderaan insured tidak dibayar ganti rugi.  Premium murah  Semua kenderaan diwajibkan memiliki sekurang- kurangnya insurans ini.
  33. 33. (b) Insurans motor komprehensif  Melindungi kecederaan/kematian dan kerosakan kenderaan pihak ketiga dan insured sendiri.  Premiumnya lebih mahal.
  34. 34.  Semua kenderaan yang dibeli secara sewa beli mesti membeli polisi ini.  Tuntutan ganti rugi berasaskan ‘fasal lebihan’ (excess clause) – iaitu kerosakn di bawah nilai RM500 ditanggung sendiri oleh insured.
  35. 35. (b) INSURANS KEMALANGAN PERIBADI  Melindungi insured yang terlibat dalam kemalangan seperti kemalangan dalam perjalanan/pembunuhan/kejadian rusuhan/keracunan dan serangan.  Boleh diambil juga secara berkumpulan seperti menyertai rombongan.
  36. 36. (c) INSURANS LIABILITI AWAM  Melindungi pemilik perniagaan seperti pasar raya daripada tuntutan orang awam yang cedera/mati semasa membeli belah dalam premis yang disebabkan kecuaian peniaga.  Terdapat pelbagai insurans liabiliti awam seperti :
  37. 37. Insurans Liabiliti Awam Insurans Liabiliti Produk Insurans Liabiliti Profesional Insurans Liabiliti Golf
  38. 38.  Insurans Liabiliti Produk : Melindungi pengeluar produk  Insurans Liabiliti Profesional : Kecuaian semasa melaksanakan tugas profesional. Cth : doktor tersalah beri ubat  Insurans Liabiliti Golf : Lindungi daripada tuntutan pihak yang cedera/alami kerosakan harta benda akibat terkena bola golf
  39. 39. (d) INSURANS LIABILITI MAJIKAN  Melindungi majikan daripada tuntutan pekerjanya yang cedera/mati semasa bekerja.  Premium dibayar oleh majikan.
  40. 40.  Perlindungan ialah : Skim Pencen Ilat : melindungi risiko kehilangan keupayaan untuk bekerja akibat kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Skim Bencana Pekerjaan : melindungi risiko kecederaan, kematian, kacacatan anggota akibat kemalangan.
  41. 41. (2) INSURANS KEBAKARAN  Memberi perlindungan terhadap kerugian yang berpunca daripada kebakaran premis/mesin/stok/wang ringgit dan harta benda  Terdapat 3 jenis polisi insurans kebakaran iaitu :
  42. 42. (i) Polisi bernilai  Menyatakan jumlah nilai harta yang diinsuranskan.  Gantirugi dibayar menurut nilai harta benda itu yang telah musnah.
  43. 43. (ii) Polisi tidak bernilai  Tidak menyatakan nilai benda yang diinsuranskan.  Nilai harta benda akan ditaksir selepas kebakaran.
  44. 44. (iii) Polisi terapung/terbuka  Nilai harta benda berubah dari masa ke semasa.  Contoh : menginsuranskan gudang yang mempunyai nilai stok yang berubah.
  45. 45. Faktor menentukan kadar premium kebakaran (i) Jenis bangunan Samaada bangunan kilang atau kediaman. Kadar premium rumah kediaman lebih rendah di banding dengan bangunan kilang.
  46. 46. (ii) Bahan binaan bangunan Samada diperbuat daripada kayu atau batu. Jika diperbuat daripada kayu, kadar premium lebih rendah kerana kayu mudah terbakar.
  47. 47. (iii) Kegunaan bangunan Samaada menyimpan bahan mudah terbakar atau tidak.
  48. 48. (iv) Tempoh dan skop lindungan Lebih lama tempoh/lebih luas lindungan
  49. 49. (v) Kelengkapan keselamatan Jika premis dilengkapi dengan kelengkapan keselamatan, maka kadar premium lebih murah
  50. 50. PERDAGANGAN PUAN AZNI BINTI MOHAMAD
  51. 51. (3) INSURANS MARIN/PENERBANGAN (i) INSURANS MARIN Memberi perlindungan kepada kapal dan muatan termasuk anak kapal/penumpang /kargo terhadap risiko semasa di laut seperti kebakaran, kecurian, perlanggaran, lanun dan lain-lain. Ia boleh diambil samaada satu pelayaran tertentu atau suatu tempoh masa tertentu.
  52. 52. (ii) INSURANS PENERBANGAN Memberi perlindungan terhadap risiko yang berkaitan dengan penerbangan seperti kematian, pelanggaran (seperti insurans marin) Kerosakan kargo atau barang. Setiap penumpang diberi insurans kemalangan peribadi secara kelompok.
  53. 53. (4) JENIS INSURANS LAIN (a) INSURANS KECURIAN Melindungi insured daripada kerugian disebabkan oleh kecurian, rompakan dan pecah rumah.
  54. 54. (b) INSURANS KESIHATAN Memberi perlindungan kepada kos belanja horpital insured yang sakit disebabkan penyakit/kecederaan kemalangan.
  55. 55. (c) INSURANS GADAIAN Sejenis insurans hayat sementara. Contoh : Jika insured beli kereta baru dan membeli insurans ini, jika insured meninggal dunia, insurer akan menyelesaikan jumlah hutang keretanya.
  56. 56. (d) INSURANS JAMINAN SETIA Melindungi majikan yang kerugian akibat penipuan/ketidakjujuran pekerja. Lazimnya diambil oleh bank atau institusi kewangan.
  57. 57. (e) INSURANS PENDIDIKAN Membiayai perbelanjaan pendidikan insured/anak di universiti.
  58. 58. SOALAN 9 Pernyataan di bawah merujuk kepada jenis insurans. “ Memberi perlindungan kepada insured dan kenderaannya serta pihak ketiga dan harta bendanya “ Apakah insurans tersebut ? A. Insurans liabiliti am B. Insurans kereta lengkap C. Insurans motor pihak letiga D. Insurans motor komprehensif
  59. 59. SOALAN 10 Insurans yang patut diambil oleh seorang pemilik hotel ialah I. Insurans gadaian II. Insurans kecurian III. Insurans kebakaran IV. Insurans liabiliti am A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
  60. 60. SOALAN 11 Berikut merupakan maklumat mengenai sejenis insurans am. Insurans ini memberi perlindungan kepada pihak majikan terhadap tuntutan pekerja yang mengalami kemalangan semasa bekerja. Bagaimanakah pihak majikan menginsuranskan pekerjanya daripada kemalangan ? A. Mengadakan dana kebajikan pekerja B. Membayar pampasan kepada PERKESO C. Menyumbangkan caruman bulanan kepada PERKESO D. Membayar premium tahunan kepada syarikat insurans
  61. 61. SOALAN 12 Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan insurans kemalangan peribadi ? I. Merupakan contoh insurans hayat II. Bayaran premium dikenakan mengikut risiko profesion insured III. Melindungi individu dari kerugian yang berpunca daripada kemalangan IV. Membayar pampasan kepada waris jika insured meninggal dunia akibat kemalangan A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV
  62. 62. SOALAN 13 Antara jenis perniagaan berikut, yang manakah patut mengambil insurans jaminan setia ? A. Pasar raya B. Kedai emas C. Kilang pakaian D. Institusi kewangan
  63. 63. SOALAN 14 Bagaimanakah kadar premium insurans kebakaran bagi sebuah premis perniagaan dikira ? I. II. III. IV. A. B. C. D. Umur pemilik Jenis bangunan Kegunaan bangunan Kelengkapan keselamatan I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV
  64. 64. SOALAN 15 Antara berikut, yang manakah tergolong sebagai insurans liabiliti am ? I. Insurans jaminan setia II. Insurans liabiliti produk III. Insurans liabiliti majikan IV. Insurans liabiliti profesional A. I dan II B. I dan III C. II dan IV D. III dan IV
  65. 65. SOALAN 16 Safuan membeli sebuah rumah dengan membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dari EON Bank Berhad. Jika Safuan mengambil insurans gadaian dan meninggal dunia, hutang tersebut akan dibayar oleh A. Insurer B. Kerajaan C. Keluarganya D. EON Bank Berhad
  66. 66. INSURANS HAYAT  Membayar pempasan ke atas kerugian di sebabkan oleh kematian, kecacatan dan hilang upaya.  Insurans hayat terkecuali daripada prinsip indemniti kerana nyawa tidak dapat diganti dengan wang ringgit.
  67. 67.  Seseorang boleh menginsuranskan diri dengan seberapa banyak polisi daripada insurer yang berlainan.  Jumlah yang diinsuranskan akan dibayar penuh apabila berlaku kematian, kehilangan upaya kekal atau mengidap penyakit kritikal.
  68. 68.  Insurans hayat memberi faedah perlindungan seperti berikut : (i) Menyediakan sumber pendapatan berterusan kepada keluarga jika dia meninggal dunia. (ii) Menyediakan satu pelan simpanan masa depan untuk insured dan keluarga (iii) Sebagai sumber pendapatan apabila bersara Terdapat 3 jenis insurans hayat :
  69. 69. (i) INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP  Bayar premium dengan 2 cara iaitu : (i) membayar premium sepanjang hayatnya (ii) membayar premium untuk tempoh tertentu sahaja. Contoh : 15 tahun (Skim Seumur Hidup Bayaran Terhad)
  70. 70.  Jumlah pampasan dan bonus akan dibayar kepada waris insured apabila insured meninggal dunia.  Faedah polisi juga boleh dibayar apabila berlaku kejadian hilang upaya kekal dan penyakit kritikal
  71. 71.  Sesuai diambil oleh seorang ketua keluarga untuk memberi perlindungan kepada isteri dan anakanaknya.  Tujuan : memberi perlindungan kepada waris.
  72. 72. (ii) INSURANS ENDOWMEN  Bayar premium untuk tempoh perlindungan tertentu terhadap risiko kematian.  Contoh : 15 tahun atau 20 tahun
  73. 73.  Genap tempoh perlindungan, polisi insurans itu dikatakan matang dan jumlah yang diinsuranskan dan beserta bonus akan dibayar kepada insured.  Jika insured meninggal dunia sebelum genap tempoh perlindungan, bayaran akan dibuat kepada pewaris.
  74. 74.  Merupakan satu polisi tabungan.  Tarikh matang boleh disesuaikan dengan keperluan masa depan seperti membiayai pendidikan anak, persaraan dan sebagainya.
  75. 75. (iii) INSURANS HAYAT SEMENTARA  Memberi perlindungan kepada insured untuk tempoh tertentu sahaja.  Contoh : 15 tahun
  76. 76.  Jika insured meninggal dunia dalam tempoh perlindungan, pampasan akan dibayar kepada pewaris.  Jika insured masih hidup selepas tempoh perlindungan, tiada bayaran akan dibuat kepadanya.
  77. 77.  Bukanlah satu cara tabungan kerana insured akan hilang semua premiumnya tanpa sebarang bayaran daripada insurer apabila polisi itu tamat.  Premium polisi adalah yang termurah.
  78. 78. PERBEZAAN INSURANS HAYAT SEUMUR HIDUP, ENDOWMEN DAN SEMENTARA SEUMUR HIDUP ENDOWMEN SEMENTARA TEMPOH Seumur hidup atau untuk tempoh tertentu Tempoh tertentu sahaja Tempoh tertentu sahaja PAMPASAN Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia atau apabila tempoh matang walaupun risiko tidak berlaku. Dibayar kepada waris apabila insured meninggal dunia. Tempoh perlindungan tamat, tiada pampasan diberi. PREMIUM Lebih murah dari endowmen Lebih mahal Paling murah LAIN-LAIN Baik untuk ketua keluarga Berbentuk tabungan Bukan berbentuk tabungan
  79. 79. FAKTOR DIPERTIMBANGKAN DALAM PENGIRAAN PREMIUM INSURANS HAYAT (1) JENIS INSURANS Premium insurans endowmen lebih tinggi daripada insurans hayat sementara. (2) UMUR INSURED Lebih lanjut umur , lebih tinggi premium. (3) PEKERJAAN Pekerjaan yang berisiko tinggi dicaj premium yang lebih tinggi.
  80. 80. (4) KESIHATAN Pemohon yang kurang sihat dikenakan caj tambahan. (5) JANTINA Perempuan dikenakan premium yang kurang daripada lelaki kerana jangka hayat perempuan lebih panjang.
  81. 81. TAKAFUL  SKIM INSURANS YANG DIURUSKAN BERDASARKAN HUKUM SYARAK
  82. 82. PRINSIP TAKAFUL  Berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional tapi berlandaskan hukum syariah iaitu tidak membenarkan 3 unsur ini iaitu :
  83. 83. (i) GHARAR  Ketidakpastian atau ketiadaan penjelasan mengenai suatu perjanjian dan sumber.
  84. 84. (ii) MAISIR  Unsur perjudian
  85. 85. (iii) RIBA Unsur faedah/bunga
  86. 86. Operasi takaful berlandaskan 2 prinsip : (i) Mudharabah Perkongsian keuntungan antara peserta (insured) dengan syarikat insurans (insurer). Keuntungan akan dibahagi antara kedua-dua pihak. (ii) Tabarruk Menderma dengan ikhlas. Risiko kemalangan dipikul bersama oleh semua peserta dan bukannya oleh syarikat.
  87. 87. PRODUK TAKAFUL PRODUK TAKAFUL TAKAFUL KELUARGA TAKAFUL AM
  88. 88. (I) TAKAFUL KELUARGA  Memberi perlindungan kepada peserta daripada kerugian akibat berlakunya kematian, kehilangan upaya dan kemalangan.  Dikehendaki membayar caruman mengikut kemampuannya tertakluk kepada jumlah minimum.
  89. 89.  Caruman dikreditkan ke dalam dua akaun iaitu : (i) Akaun Peserta (95%) Untuk tujuan simpanan dan pelaburan. (ii) Akaun Khas Peserta (5%) Sebagai tabarruk (derma untuk memberi bantuan kepada peserta yang ditimpa kemalangan.
  90. 90.  Produk lain takaful keluarga ialah : PTK untuk pendidikan Membantu membiayai belanja pendidikan anak peserta. (ii) PTK Kesihatan Membayar belanja rawatan hospital bagi peserta yang di masukkan ke wad. (iii) PTK Kelompok Memberi perlindungan secara berkumpulan kepada peserta. (i)
  91. 91. (ii) TAKAFUL AM  Memberi perlindungan daripada kehilangan atau kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kecelakaan seperti kebakaran, rompakan, kecurian, kemalangan dan sebagainya.  Risiko mungkin berlaku ke atas harta benda seperti bangunan, kenderaan dan aset lain.  Apabila berlaku musibah, pampasan akan dibayar.
  92. 92.  Produk lain Takaful Am ialah : (i) Skim Takaful Kebakaran Melindungi terhadap kebakaran. (ii) Skim Takaful Kenderaan Perlindungan kepada kenderaan terhadap kerosakan dan kemalangan.
  93. 93. (iii) Takaful Liabiliti Majikan Perlindungan kepada majikan terhadap tuntutan pekerja. (iv) Takaful Liabiliti Am Melindungi pihak peniaga terhadap tuntutan daripada orang awam. (v) Skim Takaful Kemalangan Diri Perlindungan akibat kemalangan.
  94. 94. PERBANDINGAN ANTARA INSURANS KONVENSIONAL DENGAN TAKAFUL (A) 1. PERSAMAAN Kedua-dua menyediakan pelan perlindungan kepada insured dan apabila berlaku risiko yang diinsuranskan maka pampasan akan diberi. 2. Kedua-duanya juga beroperasi berlandaskan tiga prinsip asas iaitu kepentingan boleh diinsuranskan, penuh percaya mutlak dan indemniti.
  95. 95. (B) PERBEZAAN INSURANS KONVENSIONAL KATA KUNCI Prinsip Gharar Maisir Riba TAKAFUL
  96. 96. (B) PERBEZAAN INSURANS KONVENSIONAL Berlandaskan 3 prinsip utama sahaja dalam insurans Tidak jelas di mana wang premium dilaburkan. Bebas melaburkan di manamana pelaburan KATA KUNCI TAKAFUL Berlandaskan hukum syarak Prinsip Gharar (tidak pasti) Maisir (perjudian) Riba Mesti jelas di mana wang premium dilaburkan.
  97. 97. Soalan 17 Pilih pernyataan yang tepat menerangkan takaful I. Takaful merupakan insurans yang diuruskan secara Islam II. Tabaruk menjadi teras utama yang membina paksi takaful III. Takaful hanya dijual kepada warga yang beragama Islam sahaja IV. Takaful berlandaskan tiga prinsip insurans konvensional dengan ditambah hukum syariah yang melarang unsur gharar, maisir dan riba. A. I dan II sahaja C. I, II dan IV sahaja B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
  98. 98. Soalan 18 Berikut merupakan pernyataan yang tepat menerangkan takaful, kecuali A. Peserta takaful membayar sumbangan ke dalam akaun berdasarkan kemampuan masing-masing tetapi tertakluk kepada jumlah minimum B. Sumbangan daripada peserta yang dimasukkan ke dalam akaun khas peserta digunakan untuk membayar ganti rugi kepada peserta lain yang ditimpa kemalangan C. Peserta tidak dibayar ganti rugi yang besar, yang membolehkannya memperoleh keuntungan daripada risiko yang berlaku D. Takaful keluarga terdiri daripada sejenis pelan iaitu pelan individu yang mempunyai 14 komponen
  99. 99. PROSEDUR BELIAN POLISI INSURANS • MENGHUBUNGI INSURER/EJEN INSURANS • MENGISI BORANG CADANGAN • MEMBAYAR PREMIUM PERTAMA • NOTA LINDUNGAN DIKELUARKAN • POLISI KONTRAK MENGGANTIKAN NOTA LINDUNGAN
  100. 100. PROSEDUR MENUNTUT GANTI RUGI • MENGHUBUNGI SYARIKAT INSURANS • MENGISI BORANG TUNTUTAN • PENYIASATAN • PEMBAYARAN GANTI RUGI
  101. 101. Soalan 19 Berikut merupakan sebab insurans kesihatan semakin popular, kecuali I. Kos rawatan yang semakin meningkat II. Promosi kesihatan semakin agresif III. Peningkatan pendapatan keluarga IV. Peningkatan peratusan penyakit kronik seperti barah, hipertensi dan kencing manis A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
  102. 102. Soalan 20 Pilih pernyataan yang menunjukkan persamaan antara insurans pendidikan dengan insurans kesihatan. I. Merupakan satu cara tabungan untuk masa hadapan dan dapat mengeluarkan sejumlah wang apabila diperlukan II. Kos mendapatkan perkhidmatan dalam kedua-dua sektor semakin tinggi III. Orang ramai memberikan perhatian dalam kedua-dua sektor IV. Pinjaman untuk membiayai perkhidmatan dalam keduadua bidang tidak dibenarkan A. I dan II sahaja C. I, II dan III sahaja B. II dan III sahaja D. I, II, III dan IV
  103. 103. Soalan 21 Apakah dokumen yang diterima sebagai perjanjian sementara antara penginsurans dengan pemilik kenderaan yang membayar premium untuk polisi insurans keretanya ? A. Nota lindungan B. Resit bayaran premium C. Borang cadangan D. Polisi insurans
  104. 104. Soalan 22 Perbualan di bawah adalah diantara Siva dengan pengurus syarikat insurans. Siva : Mengapa tuntutan saya ditolak Pengurus : Doktor telah mengesahkan bahawa Syarikat ayah kamu mengalami penyakit Insurans keturunan sebelum dia meninggal dunia. Syarikat insurans telah membuat keputusan tidak akan membayar sebarang tuntutan. Berdasarkan dialog di atas, mengapakah keadaan tersebut berlaku ? A. Penyakit keturunan tidak boleh diinsuranskan B. Bapa Siva tidak memberi maklumat sebenar tentang dirinya C. Pihak Insurans tidak tertakluk untuk membayar ganti rugi kepada Siva D. Siva tidak memaklumkan kepada syarikat insurans tentang penyakit bapanya
  105. 105. Soalan 23 Peningkatan kadar premium untuk insurans kenderaan bermotor oleh syarikat insurans di Malaysia adalah kesan daripada A. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya B. Peningkatan bilangan insured C. Kenaikan kos overhed perniagaan D. Kenaikan kadar cukai
  106. 106. Soalan 24 Berikut adalah pernyataan mengenai En. Ahmad. “En. Ahmad membeli sebuah motosikal baru secara sewa beli.” Apakah jenis insurans kemalangan yang perlu diambil oleh En. Ahmad. A. Insurans hayat seumur hidup B. Insurans kemalangan peribadi C. Insurans motor pihak ketiga D. Insurans motor komprehensif
  107. 107. Soalan 25 Polisi insurans motor komprehensif adalah bertujuan untuk A. Melindungi insured daripada sebarang kemalangan B. Melindungi kecederaan dan kematian pihak ketiga dan kerosakan kenderaan mereka serta kenderaan insured daripada kemalangan C. Melindungi insured daripada tuntutan pihak ketiga D. Melindungi kecederaan dan kematian serta kerosakan harta benda pihak ketiga
  108. 108. Soalan 26 Jadual 1 menunjukkan maklumat bagi seorang insured. Butiran Nilai premium Jumlah (RM) 200 Nilai insurans kebakaran 150 000 Nilai pembinaan semula 90 000 Berdasarkan prinsip ganti rugi, berapakah jumlah ganti rugi yang akan diterima oleh insured ? A. RM 150 000 C. RM 60 000 B. RM90 000 D. RM 200
  109. 109. Soalan 27 Antara berikut, pernyataan manakah yang membuktikan bahawa skim insurans takaful mengelakkan terdapatnya unsur maisir ? A. Peserta diberitahu tentang semua syarat dan skim insurans B. Syarikat takaful tidak memberi dan menerima faedah C. Wang premium dilaburkan dalam bidang yang halal D. Peserta dibayar dalam jumlah yang tetap sebagai pampasan
  110. 110. Soalan 28 Berikut adalah maklumat mengenai keluarga En. Sudin seorang pengurus kilang. Isteri : Surirumah Anak : 2 orang, berumur 6 dan 7 tahun Harta : Sebuah rumah teres yang dibeli dengan pinjaman Bank Mewah Bhd. dan sebuah kereta Proton Waja dengan pinjaman EON Finance Bhd. I. Insurans pendidikan untuk anak II. Insurans jaminan setia untuk isteri III. Insurans hayat seumur hidup untuk dirinya IV. Insurans gadaian untuk rumahnya A. I, II dan III C. I, III dan IV B. I, II dan IV D. II, III dan IV
  111. 111. Soalan 29 Berikut adalah maklumat mengenai En. Maxwell. En. Maxwell ingin membeli insurans kebakaran untuk rumah kekasihnya Cik Martha tetapi tidak dibenarkan oleh syarikat insurans. Apakah prinsip insurans yang berkaitan dengan perkara ini ? A. Prinsip penuh percaya mutlak B. Prinsip indemniti C. Prinsip kepentingan boleh insurans D. Prinsip kebolehpercayaan
  112. 112. Soalan 30 Mengapakah insurans dianggap sebagai perkongsian risiko ? A. Premium yang dibayar insured adalah rendah B. Semua ahli berkongsi kerugian yang dialami oleh ahli lain C. Semua ahli akan rugi apabila berlaku sesuatu risiko D. Pihak insurer akan berkongsi untuk membayar pampasan
  113. 113. Soalan 31 Maklumat berikut mengenai En. Tharmalinggam. En. Tharmalinggam telah menginsuranskan kedai emasnya daripada risiko kecurian dengan nilai RM300 000. Oada suatu hari kedainya telah terbakar dan kerugian dianggarkan ialah RM100 000. Beliau telah membuat tuntutan ganti rugi kepada insurer tetapi tuntutannya telah ditolak. Apakah prinsip yang digunakan oleh insurer untuk menolak tuntutan En. Tharmalinggam ? A. Subrogasi B. Penuh percaya mutlak C. Doktrin sebab hampiran D. Kepentingan boleh diinsuranskan
  114. 114. Soalan 32 Antara yang berikut, faktor yang manakah menentukan kadar premium insurans kebakaran ? I. Jenis insurer II. Tahun polisi diambil III. Tempoh perlindungan IV. Kelengkapan keselamatan A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV
  115. 115. Soalan 33 Antara berikut, yang manakah prosedur yang betul untuk membuat tuntutan ganti rugi ? I. Mengisi borang tuntutan daripada dari insurer II. Pihak insurans akan membuat siasatan III. Membuat laporan kepada polis dan insurer IV. Jika insurer berpuas hati, ganti rugi akan dibayar A. I, II, III dan IV B. II, I, III dan IV C. III, I, II dan IV D. IV, II, III dan I
  116. 116. Soalan 34 Mengapakah insurer akan menjalankan siasatan apabila menerima borang tuntutan ganti rugi daripada insured ? I. Membantu insured untuk mendapatkan haknya II. Menentukan syarat dalam polisi dipatuhi III. Menjamin tidak berlakunya pengkhianatan IV. Memastikan jumlah tuntutan adalah jumlah kerugian sebenar A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

×