1. KPS 4043
SEKOLAH DAN MASYARAKAT
UNIT 1
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
NAMA : NU’URUL ASWANI BINTI MAT SAAD
NO MATRIK : L20221012718
PENSYARAH : PROF DR AMIR HASAN DAWI
2. ILMU SOSIOLOGI
Ilmu pengetahuan zaman moden mengenai masyarakat daripada pelbagai sudut.
Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan pendek
kata sebagai anggota masyarakat).
Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat
tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada
awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
Ilmu sosiologi mengkaji fenomena yang berlaku dalam dunia Pendidikan.
Sosiologi suatu kajian yang sistematik dan saintifik kerana setiap bidang akademik memerlukan ciri-ciri sains.
Ilmu sosiologi dapat meningkatkan kebolehan masyarakat dalam kehidupan.
Tokoh keilmuan Islam yang hebat mengenai Ilmu kemasyarakatan antaranya ialah Ibnu Khaldun
3. DEFINISI SOSIOLOGI MENGIKUT TOKOH
ROUCEK DAN WARREN
Ilmu yang mempelajari hubungan antara manusia dalam kelompok-kelompok
MAX WEBER
Ilmu yang berupaya memahami tindakan-tindakan sosial
PAUL B HORTON
Ilmu yang memusatkan penelahan pada kehidupan kelompok dan produk kehidupan kelompok itu.
SOERJONO SOEKANTO
Ilmu yang memusatkan perhatian pada segi-segi kemasyarakat yang bersifat umum dan berusaha untuk
mendapatkan pola-pola umum kehidupan masyarakat.
4. CIRI –CIRI SOSIOLOGI
Empiris Ilmu yang mengkaji suatu objek berdasarkan pemerhatian serta logik,bukan berdasarkan spekulasi
semata-mata.
Teoritis Sosiologi berusaha memberikan teori untuk menunjukan pernyataan atau perkadaran secara logik untuk
menjelaskan hubungan sebab dan akibat
Kumulatif Sosiologi disusun berdasarkan pengembangan ,perbaikan,perluasan serta penguatan sesuai kondisi
terbaru atau fakta terbaru dari teori-teori yang pernah ada sebelumnya
Non-etis Sosiologi tidak bertujuan untuk menilai suatu kebaikan atau keburukan sesuatu fakta
melainkan bertujuan untuk menjelaskan fakta tersebut secara analitikal.
5. PERKEMBANGAN KAJIAN MASYARAKAT
Ilmu sosiologi diperkenalkan oleh Ibnu Khaldun (1332-1406)
• Mengkaji masyarakat berpandukan unsur ketuhanan
• Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah
• Membezakan antara masyarakat primitif dengan moden serta mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan
ekonomi.
Sosiologi dikemudi oleh pemikir barat pada abad ke -18 dan 19
Auguste Comte (1797-1857)
• Mengasaskan perkataan sosiologi
• Kajian terhadap masyarakat dibuat secara saintifik dan sistematik
• Membahagikan pengkajian masyarakat kepada static sosial dan dinamik social
6. PERKEMBANGAN KAJIAN MASYARAKAT
KARL MARX (1818-1883)
• Pemikiran bahawa perubahan sosial disebabkan pengaruh ekonomi (materialism sejarah)
• Sejarah manusia dipenuhi oleh perjuangan antara kelas iaitu kelas
Pemerintah (borjuis) dan kelas pekerja (proletariat)
EMILE DURKHEIM (1858-1917)
• Menekankan fakta social iaitu fakta sosial material (peraturan dan birokrasi )dan fakta sosial bukan material(budaya dan
institusi sosial)
• Menekan penggunaan statistik dalam menganalisis teori-teori sosial.
HERBERT SPENCER (1820-1903)
• Perubahan masyarakat berlaku secara semula jadi
• Proses perkembangan social adalah dipengaruhi oleh perjuangan untuk wujud dan keupayaan untuk terus hidup
7. KEPENTINGAN SOSIOLOGI PENDIDIKAN
1. Mengkaji fenomena yang
berlaku dalam dunia
pendidikan
2. Mengkaji bagaimana
Pendidikan dapat digunakan
untuk membantu individu-
individu dan masyarakat
3.Memberi gambaran yang
jelas kepada semua pihak
yang terlibat mengenai
organisasi sekolah dan
persekitaran
4.Mengkaji kesamaan dan
ketidaksamaan dalam
Pendidikan supaya polisi
yang bersesuaian dapat
dipraktikkan
5.Guru mempunyai
keseimbangan ilmu
mengenai manusia