1. I U S 4 1 6 3
TA S AW U F P E R B A N D I N G A N
TA J U K :
M A H W U D A N I S B AT
D I S E D I A K A N U N T U K :
P R O F D R S Y E D M O H D H A D R U L AT H F I B I N S Y E D O M A R
D I S E D I A K A N O L E H :
N U R N A D I A H B I N T I A B M A N A F
0 3 5 4 2 5
I S M U S U L U D D I N S E M E S T E R 7
2. DEFINISI AL MAHWU DAN AL ISBAT
AL MAHWU ( (المحو
Keterangkatan (tercabut) sifat-sifat yang telah menjadi kebiasaan.
Menghapus sifat-sifat (jiwa) yang teradat, ada yang mengatakan kehilangan ilah (sebab) dan ada
pula yang mengatakan sesuatu yang dilindungi dan dinafikan.
AL ISBAT ( (االثبات
Penegakan hukum-hukum ibadat
Secara ringkasnya, seseorang yang mampu menghilangkan atau menghapuskan sifat-sifat yang
tercela kemudian menggantikannya dengan sifat yang terpuji, orang tersebut dikatakan mengalami
maqam al mahwu dan al isbat.
3. Syeikh Abu Ali Daqqaq r.a berkata kepada seseorang:
“ Bagaimana engkau mengalami al mahwu dan al isbat? Orang itu diam
sejenak dan tidak menjawab pertanyaan beliau. Kemudian syeikh itu
berkata lagi, “ Engkau mengetahui bahawa waktu meliputi al mahwu
dan al isbat, maka sesungguhnya amatlah sia-sia orang yang tidak
memiliki al mahwu dan al isbat kerana seolah-olah ia telah
mengabaikan dirinya.”
7. HAKIKAT AL MAHWU DAN AL ISBAT
Al mahwu dan al isbat harus disertai syarat ibadah.
Al mahwu ialah segala hal atau keadaan yang ditutup dan oleh al-
Haq.
Manakala al isbat pula dapat disimpulkan sebagai segala keadaan
yang ditampakkan dan diperlihatkan oleh al-Haq.
Hakikatnya keduanya berlaku dengan kehendak dan ketentuan
Allah.
8. DALILAL MAHWU DAN AL ISBAT
Firman Allah s.w.t:
“ Allah menghapus (mahwu) apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (isbat) apa
yang Dia kehendaki.”
(Surah ar Ra’d 13:39)
Penghapusan dan penetapan yang dikurniakan oleh Allah kepada seseorang
hamba sangat bergantung kepada keadaan spiritual atau kerohanian yang telah
dicapai oleh seorang hamba.
9. SEBUAH NUKILAN
Dinukilkan bahawa seorang pemuda telah bertanya kepada as-Syibli
r.a, “ Mengapa aku melihatmu begitu gelisah? Bukankah Dia
bersamamu dan kamu bersamaNya?” as-Syibli berkata, “Seandainya
aku bersamaNya tentu sahaja keberadaanku adalah aku, tetapi aku
lenyap dalam sesuatu yang sesungguhnya adalah Dia.”
10. Orang yang mengalami keadaan tersebut berada dalam hal mahwu,
iaitu mereka masih tidak dapat menghapuskan jejak atau tanda dari
semua keadaan mahwu
Ahli sufi sangat berhajat dan bercita-cita terhadap keterhapusan
mereka oleh al Haq dari kesaksian mereka seterusnya Dia tidak
mengembalikan mereka kepada sifat-sifat tercela setelah
menghapuskan mereka dari sifat-sifat (mazmumah) tersebut.