SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1
Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk mengembangkan potensi
individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek. Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar
melalui interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses
mengumpul maklumat untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya,
kanak-kanak pintar cerdas mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah
seperti mereka, sehinggalah mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati
bahawa mereka mempunyai keupayaan yang tersendiri.
Kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang lain
boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan
bagaimana cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita
yang berbeza kerana ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak
itu sendiri.
Kita mungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan
sesuatu yang baik untuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak
itu sangat bagus dalam sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh
menjadi suatu masalah pada kanak-kanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru.
Berdasarkan konsep Teori Renzulli, sistem pendidikan mestilah mengambil kira
setiap potensi dan keperluan setiap individu pelajar selaras dengan tahap
perkembangan akal pelajar.
Dalam tugasan yang diberikan saya akan menerangkan tentang teori Joseph
Renzulli, latar belakang mengenai beliau serta sumbangannya kepada pendidikan
khas pintar cerdas dan saya akan memberi cadangan atau pendapat tentang model
yang beliau kemukakan.
2
1.0 Pengenalan: Joseph Renzulli
Rajah 1: Joseph Renzulli
Joseph Renzulli merupakan seorang professor di University of Connecticut,
Neag Center yang ditubuhkan khas untuk Gifted Education and Talent Development
yang merupakan National Research Center untuk Gifted and Talented. Selain
daripada itu, beliau juga merupakan Fellow di dalam American Psycological
Association dan merupakan seorang Konsultan di White House Task Force on
Education of the Gifted and Talented di bahagian Unit Tugas Pendidikan Anak
Berbakat.
Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1936 dan kini beliau mungkin berumur 77
tahun. Beliau adalah warganegara Amerika. Beliau juga adalah seorang saintis
yang terkenal dan merupakan juga seorang penulis dalam bidang yang diambilnya.
Joseph Renzulli merupakan salah seorang tokoh yang mempercayai dan melihat
bakat yang ada pada diri seseorang itu menjadikan mereka pintar cerdas. Dalam
mengklasifikasikan seseorang itu adalah gifted and talented, Renzulli (1986)
mengemukakan modelnya yang tersendiri didalam kajian yang dibuatnya.
Model tersebut dikenali sebagai Renzulli’s Three-Ring Model yang
mengemukakan tentang tiga traits iaitu kebolehan yang tinggi (Above-average
ability), penglibatan dalam tugas (task commitment)dan kreativiti (creativity). Selain
itu, beliau juga mengembangkan model keberbakatan yang dikenali sebagai
“Schoolwide Enrichment Model". Model ini bertujuan untuk mengembangkan bakat-
bakat kreatif yang ada padadiri kanak-kanak di sekolah. Renzulli lebih memfokuskan
3
kajiannya kepada pengenalan dan pembangunan kreativiti dan keberbakatan yang
ada pada golongan muda. Selain itu, beliau juga membuat penelitian terhadap
model organisasi dan strategi kurikulum untuk memperbaiki keseluruhan sekolah di
sana.
Hasil yang telah dibuat oleh Renzulli ini telah diterapkan juga dengan strategi
pendidikan berbakat untuk peningkatan pembelajaran bagi semua pelajar. Baru-baru
ini beliau telah dilantik sebagai Board of Trustees Distinguished Professor di
University of Connecticut. Walaupun hanya mendapat lebih daripada 20 juta dalam
bentuk geran pendidikan, beliau telah berjaya di dalam program yang dibuatnya iaitu
program untuk pelajar muda berbakat yang lebih dikenali sebagai The UConn
Mentor Connection Program. Program ini telah diadakan pada musim panas di
UConn dan bermula pada tahun 1978 dan beliau berjaya melayani ribuan guru dan
pentadbir di seluruh dunia.
2.0 Definisi Pintar Cerdas Menurut Renzulli
Dalam buku Conception Giftedness, Renzulli menyatakan sejarah tidak
mengingati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ ataupun mereka
yang belajar dengan sempurna. Hal ini dibuktikan seperti Albert Einstein bukan
seorang yang bijak semasa disekolah. Beliau mencadangkan tiga faktor utama untuk
mengenalpasti tahap keupayaan kanak-kanak. Tiga ciriiaitu komitmen kerja, k
reativiti dan kebolehan purata. Selain itu, model Renzulli yang menjelaskan bakat
individu boleh dikembangkan.
Model Renzulli bukan model kecerdasan tetapi merupakan model kepada
kemampuan untuk mengembangkan bakat yang ada. Menurut Gagne (1991)
menyatakan model Renzulli tidak mengambarkan tahap pencapaian kanak-kanak
pintar cerdas dan juga penyokong perkhidmatan hanya untuk anak-anak yang sudah
berjaya akademik (Gross 1993). Renzulli (1986) menyatakan kanak-kanak tidak
perlu menunjukkan ketiga-tiga ciri iaitu keupayaan tinggi, kreativiti dan komitmen
tugasan tetapi masih dikenalpasti sebagai pintar cerdas jika mereka mempunyai
potensi menunjukkan perkembangan ketiga-tiga ciri utama.
4
Renzulli menerangkan aspek motivasi dan kreativiti berdasarkan Feldhusen
dan Hoover berpendapat hasil dari persekitaran menyumbangkan kepada rasa diri
(sense of self). Mereka berpendapat bahawa, walaupun motivasi dan kreativiti
adalah tujuan pendidikan yang bermanfaat, ini tidak menyebabkan kecerdasan atau
bakat dan kerana itu tidak perlu mendefinisikannya.
Terdapat kritikan terhadap model Renzulli kerana ciri-ciri bakat disebabkan
ciri dalaman individu. Tetapi, merujuk kepada Abraham dan Tannenbaum (1983,
1997) menerangkan bakat dan produktiviti merupakan hasil daripada pengaruh
dalaman dan luaran kanak-kanak.
3.0 Teori Renzulli
Sumber : Davis & Rimm (1998: 19) di dalam buku Gifted
Rajah 2: Konsep Renzulli’s Three-Ring
Model oleh Joseph Renzulli iaitu berkonsep tiga ciri pintar cerdas dan
berbakat telah terkenal tiga puluh tahun yang lalu. beliau telah membuat andaian
bahawa kepandaian merupakan multi-dimensi dan ia boleh diletakkan di setiap
kawasan kemampuan manusia.
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu
kebolehan purata, kreativiti dan komitmen kepada tugasan. Jika ciri tersebut
digabungkan akan membentuk tingkah laku yang berbakat. ketiga-tiga ciri tersebut
adalah berkait-rapat untuk menjadikan seseorang itu berbakat kreatif. Cox, Daniel
dan Boston (1985) menyatakan bahawa teori Renzulli melihat kepada ucapan yang
telah dibuat oleh Whitehead bahawa pendidikan haruslah mempunyai irama “roman,
ketelitian dan generalisasi”. Henry Levin, telah memegang kepada teori yang telah
dikemukaan oleh Renzulli dan model yang berkaitan tentang pengayaan Schoowide.
5
Teori yang dikemukakan oleh Renzulli menunjukkan diagram Venn, yang
berpendapat bahawa seseorang yang berbakat mempunyai jumlah kecerdasan yang
lebih tinggi, kreativiti dan mempunyai komitmen dalam tugas. Oleh itu, satu langkah
kecerdasan yang tinggi dalam intelektual dan kreativiti untuk sekolah telah
dianjurkan tetapi menggunakan instrumen seperti senarai semak dan ujian kreativiti.
Menurut Renzulli dan Reis (1989), perilaku seseorang yang berbakat
mencerminkan interaksi dasar antara tiga dasar kumpulan yang terdapat pada diri
seseorang manusia itu iaitu mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi secara
umum ataupun khusus dalam sesuatu perkara, mempunyai komitmen tugas yang
tinggi dan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Individu seperti ini juga mampu
mengembangkan sifat yang ada pada dirinya dan menerapkannya keseluruh
kawasan yang berpotensi meningkatkan prestasi seseorang manusia itu.
Memandangkan bahawa bakat yang dibangunkan hanya dilihat pada orang
dewasa, definisi bakat yang dicadangkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu potensi
yang dilihat di dalam dirinya dalam kegiatannya sebagai seorang yang kritis dalam
sesuatu bidang yang mampu meningkatkan moral, fizikal, emosi, sosial, intelektual
atau kehidupan umat manusia. Sesungguhnya definisi yang diberikan ini
berdasarkan teori iaitu mereka yang melihat dari segi kedudukan falsafah tentang
sifat seseorang yang berbakat.
3.1 Kebolehan Yang Lebih Tinggi (Above-Average Ability)
Faktor pertama ialah kebolehan purata mempunyai perbezaan antara
keupayaan biasa dengan keupayaan spesifik. Contoh kebolehan biasa ialah
memproses maklumat, pemikiran abstrak dan pengalaman bersepadu. Manakala,
kebolehan spesifik ialah kemampuan menyimpan pengetahuan dan menunujukkan
dalam aktiviti.
Menurut teori ini, individu tidak dinilai berdasarkan keupayaan yang tinggi
atau hebat. Oleh itu, kebolehan purata tidak harus disamakan dengan kecerdasan
intelektual yang tinggi.
6
Beliau menganggap individu yang paling produktif tidak selalu mempunyai
skor di atas lima peratus dari ujian kemampuan umum. Walau bagaimanapun, beliau
menolak ujian kemampuan intelektual umum untuk menentukan kebolehan purata.
Hal yang demikian, beliau menyarankan kecerdasan atau ujian potensi akademik
digunakan hanya untuk pengesan awalan atau untuk menetapkan tahap prestasi
minimum.
3.2 Kreativiti (Creativity)
Faktor kedua ialah kreativiti. Menurut pengkaji menggambarkan kategori
kecerdasan iaitu kreativiti. (Khatena dan Sawyers 1987, Taylor 1978). Pengkaji
percaya bahawa kreativiti merupakan ciri-ciri kecerdasan (Albert dan Runco 1986),
Renzulli (1986) dan Runco (1993). Namun, kurang persetujuan dengan istilah
kreativiti. Menurut Cropley (1997) dan Ebert (1994) menjelaskan kreativiti digunakan
pelbagai untuk ditafsirkan seperti siapa kreatif, produk dan proses pemikiran.
Manakala, terdapat empat cirri kreatif yang dikemukan oleh Guilford dan Torrance
(Wallace 1986b).
Pertama ialah ciri kelancaran iaitu kemampuan untuk menjana pelbagai idea.
Kedua ialah fleksibiliti iaitu membenarkan perubahan. Ketiga ialah keaslian iaitu
kemampuan mencipta dan menghasilkan idea yang luar biasa. Keempat ialah
penghuraian iaitu kemampuan untuk mengolah idea, serta kesan dan
akibatnya.Merujuk kepada Khatena (1992) dan Renzulli (1986) menerangkan
kemampuan untuk berfikif kreatif yang membezakan kanak-kanak pintar cerdas
dengan kanak-kanak normal.
3.3 KOMITMEN DALAM TUGAS (Task Commitment)
Dalam komitmen tugas, Renzulli menjelaskan motivasi berubah menjadi
tindakan seperti ketekunan, daya tahan dan bekerja keras. Beliau berpendapat
bahawa tanpa komitmen tugas prestasi tinggi sangatlah tidak mustahil. Oleh itu,
komitmen tugas haruslah berkait rapat dengan ciri-ciri lain untuk mencapai ciri
berbakat.
7
4.0 Proses Pembelajaran Pelajar Pintar Cerdas
Menurut Renzulli (1978), perkembangan bakat amat menititik beratkan, setiap
individu adalah unik. Oleh itu, peluang pembelajaran harus diberikan mengikut tahap
keupayaan, minat dan cara pembelajaran individu itu sendiri. Di samping itu, proses
pembelajaran lebih berkesan jika pelajar seronok melakukan kerja yang diberikan.
Oleh itu, pengalaman pembelajaran perlu di bina dan dinilai untuk mencapai
matlamat yang ditetapkan. Di samping itu, cara untuk membantu kanak-kanak
seperti memberi tugasan yang berguna akan meningkat bakat sedia ada. Hal ini
kerana tugasan yang diberi kepada mereka akan mencipta beberapa kreativiti.
Menurut teori ini, keperibadian dan faktor persekitaranakan mengembangkan tiga ciri
yang terdapat dalam model ini.
Faktor keperibadian menurut Renzulli ialah faktor co-kognitif yang membantu
mengembangkan sosial dan intelektual. Faktor ini meliputi optisme, keberanian,
displin, keprihatinan kepada manusia. Ciri-ciri keperibadian seperti ini berinteraksi
dengan ciri-ciri kognitif untuk mengembangkan potensi pelajar. Berdasarkan
pandangan ini, pendidikan berbakat mempunyai dua tujuan. Pertama ialah
pendidikan berbakat merupakan salah satu usaha untuk memaksimumkan peluang
untuk mengembangkan potensi dalam diri pelajar. Keduanya ialah pendidikan
berbakat bertujuan untuk meningkatkan jumlah orang yang dapat memajukan
masyarakat melalui penyelesaian masalah dan dapat menghasilkan sumbangan
atau idea baru yang bernas.
Terdapat banyak model perbezaan kurikulum yang fleksibiliti dan sesuai
menjadi pilihan kepada pelajar yang berbeza di dalam bilik darjah. Perbezaan
(differentiation) merujuk kepada kaedah pengajaran dan cara untuk mewujudkan
kaedah pembelajaran yang berlainan kepada pelajar yang mempunyai pelbagai
tahap IQ (Farmer 1996). Manakala, bagi pelajar pintar cerdas melibatkan
keberkasanan perbezaan model termasuklah mengembangkan dan mengubah suai
kurikulum yang lebih menyeronokkan dan mencabar untuk meneroka minat masing-
masing serta menyediakan peluang dan menggalakkan pembelajaran kepada
pelajar pecuta kurikulum.
8
Menurut model Renzulli (1997) telah mengembangkan lima demensi model
yang berkait rapat matlamat di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kandungan yang
merupakan matlamat kepada guru untuk meletakkan kurikulum yang mendalam
berdasarkan konsep organisasi kurikulum dan pengetahuan sedia ada. Kedua ialah
proses iaitu matlamat guru dengan menggunakan pelbagai cara atau kaedah dan
bahan- bahan untuk meningkatkan motivasi dalam cara belajar pelajar. Ketiga ialah
bilik darjah iaitu matlamat guru dengan menambah baikan kumpulan yang selesa
dan persekitaran fizikal yang kondusif kepada pelajar. Keempat ialah guru iaitu
matlamat guru dengan menggunakan modifikasi artistik iaitu berkongsi pengetahuan
peribadi yang berkaitan dengan kurikulum seperti minat, hobi dan isu-isu
persekitaran di luar bilik darjah.
5.0 Model Renzulli
9
5.1 Model Pengayaan Schoolwide
Model Pengayaan Schoolwide merupakan salah satu model cetusan idea
oleh Renzulli yang merupakan satu program yang dirancang untuk anak-anak pintar
cerdas. Disebabkan pengaruh yang dibawa oleh Dewey, Whitehead, Phenix, dan
yang lain-lain telah mendorong Dr.Renzulli membawa satu konsep kecerdasan iaitu
yang berkaitan dengan Above-averageability, creativity dan task-commitmen
menjadi satu model yang telah merubah pandangan pendidik terhadap kecerdasan
intelektual. Sesungguhnya, program ini telah menjadi salah satu program yang
paling popular untuk mengembangkan bakat anak-anak.
Selain itu, dengan menggunakan model pendidikannya, sebagai contoh,
Model Pengayaan Schoolwide ini dapat membantu ribuan guru untuk melaksanakan
teorites yang diperkenalkan oleh Dr. Renzulli ke dalam kelas. Oleh yang demikian
model tersebut sangat popular dan berpengaruh. Model dan konsep yang
diperkenalkan oleh Renzulli ini begitu signifikan kerana melalui konsep yang
diperkenalkan oleh Renzulli ini secara tidak langsung mendorong orang ramai
tentang kecerdasan, psikometri kesatuan konsep yang lebih sesuai untuk
membentuk pelbagai maklumat dan penilaian.
Di dalam Model Pengayaan Schoolwide ini dikatakan sebagai salah satu
model yang terbaik yang banyak digunakan di sekolah-sekolah (Renzulli & Reis
1989). Melalui model ini, Renzulli memperkenalkan tiga jenis tingkatan yang
dikemukakan untuk digunakan sebagai salah satu struktur di dalam sekolah. Antara
jenis-jenis tingkatan yang ada ialah Jenis I(pengayaan Schoolwide),Jenis II
(pengajaran langsung dari strategi untuk berfikir lebih kreatif dan kritis), dan Jenis III
(projek khas individu dan kumpulan).
Kegiatan ini yang diperkenalkan ini akan memberi penekanan kepada
pelajar.Pelajar di pilih untuk memasuki program ini melalui tatacara yang dikenali
sebagai “Revolving Door”. Melalui pogram “Revolving Door” ini, para pelajar yang
terpilih menyertai aktiviti membuat sesuatu projek pada sesuatu masa dan akan
membuat projek yang lain juga pada waktu yang lain. Walaupun terdapat sedikit
kontravasi yang berlaku antara Renzulli dengan Paul George tentang kumpulan
peserta yang harus dibuat secara heterogen namun Renzulli mempunyai cara yang
10
tersendiri ketika sidang Persatuan Sekolah Kebanggsaan (1997) berkaitan penyajian
Model Pengayaan Schoolwide (Beach, 1997).
Di dalam model yang diperkenalkan oleh Renzulli ini, beliau telah menulis di
dalam sebuah rencananya tentang tiga komponen perkhidmatan yang terdapat di
dalam model tersebut. Yang pertama adalah The Total Talend Portfolio yang
merupakan cara yang sistematik untuk mengumpul dan merakam maklumat tentang
kemampuan pelajar, minat dan keutamaan gaya belajar. Yang kedua pula adalah
Curriculum Modification Techniques termasuklah curriculum differention, penyediaan
pengalaman belajar yang lebih mendalam, dan integrasi kegiatan pengayaan. Yang
ketiga pula adalah pengayaan dalam belajar dan mengajar secara cluster kepada
pelajar multi-usia di dalam kumpulan heterogen. Oleh itu, dapat di lihat di sini
bahawa model pengayaan Schoolwide ataupun Schoolwide Enrichment Model
(SEM) dapat berfungsi sebagai struktur bagi sekolah yang cuba mengembangkan
bakat pelajar (Renzulli, 1995)
5.2 Model Pengayaan Triad
Rajah 3: Model Pengayaan Traid.
11
Model Pengayaan Triad direka untuk menggalakkan produktiviti kreatif pada
bahagian golongan muda untuk mereka menonjolkan topik, bidang yang
diminati,bidang pengajian dan model ini juga bertujuan untuk melatih mereka
melaksanakan kandungan yangtelah dipelajari, memberi proses latihan kemahiran
dan memberi mereka latihan metodologi ke arah minat mereka. Oleh hal yang
demikian, Renzulli telah memasukkan tiga jenis pengayaan di dalam modelnya ini.
Pengayaan Jenis I direka khusus untuk menonjolkan diri pelajar dalam
pelbagai disiplin ilmu, topik, pekerjaan, hobi, orang, tempat, dan peristiwa yang tidak
terdapat dalam kurikulum biasa.
Setiap sekolah yang menggunakkan model Renzulli ini akan ditubuhkan
sebuah pengayaan yang terdiri dari orang tua, guru, dan pelajar dan diberi tugasan
dalam menghasilkan satu organisasi dan rancangan untuk aktiviti yang dibuat di
dalam pengayaan jenis I. Mereka sendiri yang perlu menghubungi penceramah,
menetapkan minicourse, demonstrasi atau persembahan, menempah dan mengedar
filem, gambar dan keset yang boleh dilakukan sama ada melalui cetakan atau
media. Di dalam pengayaan Jenis II pula, terdiri daripada bahan dan kaedah yang
dirancang untuk mempromosikan pembangunan proses berfikir dan merasa.
Beberapa latihan pengayaan Jenis II adalah umum dan biasanya dilakukan sama
ada di dalam kelas dan didalam program pengayaan.
Kegiatan latihan yang dijalankan merangkumi pembangunan iaitu berfikiran
kreatif dan penyelesaian masalah, berfikiran kritis, dan proses yang afektif. Kedua
adalah belajar bagaimana untuk mempelajari kemahiran tertentu. Seterusnya, yang
ketiga adalah kemahiran dalam penggunaan bahan rujukan lanjutan tingkatan yang
tepat dan akhir sekali adalah lisan dan kemahiran komunikasi visual.
Pengayan Jenis II yang lainnya adalah lebih khusus kerana tidak dirancang
terlebih dahulu dan biasanya melibatkan arahan metodologi di dalam bidang yang
dipilih oleh pelajar. Sebagi contoh, selepas menjalani pengayaan Jenis I, pelajar
yang minat dalam botani, akan menjalani latihan tambahan dalam bidang yang
dipilihnya dengan melakukan pembacaan tentang bidang botani, menyusun strategi
dan melaksanakan percubaan tanaman dan mencari kaedah yang lebih maju
seterusnya mereka harus menjalani latihan sekiranya ingin pergi lebih jauh lagi.
12
Pengayaan Jenis III melibatkan pelajar yang tertarik untuk menjalani latihan
dikawasan yang menjadi pilihannya sendiri dan bersedia untuk mengambil alih
lajutan kandungan dan menjalani proses latihan dimana mereka berperanan sebagai
seorang pendidik.
Tujuan pengayaan Jenis III adalah seperti memberikan kesempatan untuk
kepentingan pelaksanaan, pengetahuan, idea-idea kreatif dan menjadi lebih
komitmen dalam tugas untuk masalah yang dipilihnya sendiri atau bidang kajian
yang dipilihnya. Selain itu, adalah untuk memperoleh tahap pemahaman yang lebih
baik dari segi pengetahuan (isi) dan metodologi (proses) yang digunakan dalam
disiplin ilmu tertentu, kawasan kajian seni ekspresi dan disiplin.
Tujuan lainnya juga adalah untuk membagunkan produk-produk yang
dikatakan untuk memberikan kesan dikehendaki. Pengayaan Jenis III berujuan untuk
mengembangkan kemahiran self-directed learning dalam bidang perancangan,
organisasi, pemanfaatan sumber daya, pengurusan masa serta membuat keputusan
dan penilaian diri. Ia juga bertujuan untuk membentuk komitmen tugas yang tinggi di
dalam diri peserta selain membentuk kepercayaan diri dan prestasi yang lebih
kreatif.
13
6.0 kesimpulan
Pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan salah satu aset negara yang
sangat bernilaidan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya. Sistem pendidikan di
Malaysia pada masa kini menuju kearah pembentukan peluang pendidikan yang
sama bagi semua pelajar dan sekolah menjadi institusi pertama yang memberi
perhatian terhadap potensi intelek pelajar. Namun begitu, pendidikan di sekolah
sewajarnya tidak terlalu mementingkan sukatan pelajaran yang diajar sehingga
kepentingan dan keperluan unik pelajar terabai.
Selain itu, mereka juga dilihat sebagai kelebihan intelek yang luar biasa
berbanding rakan sebaya mereka. Setiap individu yang dikenalpasti berpotensi tinggi
atau berbakat wajar perlu diberi peluang untuk memaksimumkan perkembangan
kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga mereka cemerlang dan pintar
cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut.
Cabaran kepada pendidik dalam bidang pintar cerdas dan berbakat bukan
lagi untuk menentukan pelajar pintar cerdas berbakat berlandaskan ukuran darjah
kecerdasan atau IQ. Sebaliknya, pendidik pintar cerdas berbakat berperanan untuk
mengenalpasti potensi serta bakat-bakat tertentu yang ada pada diri setiap pelajar.
Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang bermanfaat dan bernilai
kepada masyarakat. Antaranya ialah domain akademik, muzik, matematik,
kepimpinan, sukan, drama, penulisan kreatif, literasi komputer dan penguasaan
bahasa.
Akhir sekali, program yang diperlukan oleh kumpulan pelajar pintar cerdas
perlu meliputi strategi bagi menghubungkan tahap pengalaman pembelajaran dan
kemahiran berfikir yang tinggi dalam kokurikulum. Oleh yang demikian, pendedahan
kepada bentuk kokurikulum baru yang akan memberi manfaatkepada mereka.
Kemahiran yang diperoleh semasa pelaksanaan program membantu mereka
menggunakan bakat yang sedia ada dengan sebaik mungkin.
Cadangan saya, dengan kumpulan-kumpulan kecil ini adalah diharapkan
mereka dapat bekerjasama sebagai satu pasukan. Aktiviti yang menyeronokkan
seperti ini seharusnya selalu dirancang oleh guru kerana ianya dapat menarik minat
murid-murid mempelajari matematik.
14
Dalam aktiviti yang telah dijalankan terdapat juga kekangan yang dihadapi
contohnya, kekurangan peralatan untuk murid-murid menjalankan aktiviti. Oleh itu,
guru mengesyorkan supaya penambahbaikan dapat dibuat di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat sama-sama mencuba untuk
membuat sukatan dan ukuran.
Aktiviti yang lebih menarik mungkin boleh dilaksanakan bagi memastikan
murid lebih meminati matematik seterusnya menyumbang kepada pencapaian yang
lebih baik. Oleh itu, dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan
bakat dalam bidang pengkhususan yang mereka minati.
15
Rujukan
Abd.Rahim Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
An Influential Model Of Giftedness (2005). Diperoleh Pada September 27, 2010
Daripada www.unibielefeld.de/paedagogik/seminare/.../renzulli.html
Mohd zuri ghani & Aznan che ahmad (2011). Penghantar pendidikan khas.
University sains Malaysia pulau pinang
Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). Masalah Sosio-Emosi Kanak-Kanak Pintar
Cerdas.Masalah Pendidikan: 5-12
Rosadah Abd, Majid, Noriah Mohd Ishak Dan Zalizan Mohd Jelas (2005). Profil
Pemprosesan kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik Di Sekolah Menengah.Jurnal
Pendidikan 30:35-49.
http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ba9178db-babd-4f68-
ac84-49ca92830447&groupid=30564
http://www.scribd.com/doc/44393052/pintar-cerdas-2

More Related Content

What's hot

Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanak85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanakKam Jasnarief
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Teori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisional
Teori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisionalTeori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisional
Teori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisionalfiro HAR
 
口语交际
口语交际口语交际
口语交际Yee Ivy
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETafinde
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataOpie Mohamad
 
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakPertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakIPG Kampus Sultan Mizan
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifNur Liz
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
Teori prkembangan
Teori prkembanganTeori prkembangan
Teori prkembanganChem Mil
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohlnsmm
 

What's hot (20)

Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanak85340629 teori-artistik-kanak
85340629 teori-artistik-kanak
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Teori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisional
Teori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisionalTeori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisional
Teori kecerdasan mengikut pndgn moden tradisional
 
口语交际
口语交际口语交际
口语交际
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Krl3033 kajian penyelidikan 2
Krl3033  kajian penyelidikan 2 Krl3033  kajian penyelidikan 2
Krl3033 kajian penyelidikan 2
 
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan dataJenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
Jenis jenis instrumen dalam pengumpulan data
 
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakPertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Teori prkembangan
Teori prkembanganTeori prkembangan
Teori prkembangan
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohl
 

Similar to 170968725 teori-joseph-renzulli

Perkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanPerkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanShaznie Hasran
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
790616035703 136130 final
790616035703 136130 final790616035703 136130 final
790616035703 136130 finaliyrman
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Najwa Ahmad
 
Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2mersing
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankGabby Ee
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifArifahAzlanShah2
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Ahmad Fuad Abdullah
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107radeanmas
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikCik Niz
 

Similar to 170968725 teori-joseph-renzulli (20)

Perkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasanPerkembangan kecerdasan
Perkembangan kecerdasan
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
790616035703 136130 final
790616035703 136130 final790616035703 136130 final
790616035703 136130 final
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Present
PresentPresent
Present
 
Present
PresentPresent
Present
 
Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2Kae 3013 unit 1 & 2
Kae 3013 unit 1 & 2
 
Kreativiti
KreativitiKreativiti
Kreativiti
 
Teori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kankTeori pembelajaran awal kanak-kank
Teori pembelajaran awal kanak-kank
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Esei 1 kae3013
Esei 1   kae3013Esei 1   kae3013
Esei 1 kae3013
 
Teori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran KognitifTeori Pembelajaran Kognitif
Teori Pembelajaran Kognitif
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
Dokumen instrumen aptitud_tahun 3_06022014
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 

Recently uploaded (8)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 

170968725 teori-joseph-renzulli

  • 1. 1 Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk mengembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Seperti kanak-kanak yang lain, mereka yang pintar cerdas belajar melalui interaksi. Pengalaman yang diperolehi akan digunakan sebagai proses mengumpul maklumat untuk mencari identiti mereka sebagai pelajar. Adakalanya, kanak-kanak pintar cerdas mengandaikan bahawa kanak-kanak lain juga adalah seperti mereka, sehinggalah mereka masuk ke alam persekolahan dan mendapati bahawa mereka mempunyai keupayaan yang tersendiri. Kesedaran mengenai perbezaan kanak-kanak ini dari kanak-kanak yang lain boleh juga bermula dari awal lagi. Adalah penting untuk mempertimbangkan bagaimana cara kita bertindak atau respon pada kanak-kanak di bawah jagaan kita yang berbeza kerana ini merupakan impak yang besar terhadap identiti kanak-kanak itu sendiri. Kita mungkin berfikir bahawa menjadi kanak-kanak pintar cerdas merupakan sesuatu yang baik untuk diperkatakan kerana ini menunjukkan bahawa kanak-kanak itu sangat bagus dalam sesuatu bidang. Walau bagaimanapun, perkara ini boleh menjadi suatu masalah pada kanak-kanak tersebut, kawan-kawan, rakan dan guru. Berdasarkan konsep Teori Renzulli, sistem pendidikan mestilah mengambil kira setiap potensi dan keperluan setiap individu pelajar selaras dengan tahap perkembangan akal pelajar. Dalam tugasan yang diberikan saya akan menerangkan tentang teori Joseph Renzulli, latar belakang mengenai beliau serta sumbangannya kepada pendidikan khas pintar cerdas dan saya akan memberi cadangan atau pendapat tentang model yang beliau kemukakan.
  • 2. 2 1.0 Pengenalan: Joseph Renzulli Rajah 1: Joseph Renzulli Joseph Renzulli merupakan seorang professor di University of Connecticut, Neag Center yang ditubuhkan khas untuk Gifted Education and Talent Development yang merupakan National Research Center untuk Gifted and Talented. Selain daripada itu, beliau juga merupakan Fellow di dalam American Psycological Association dan merupakan seorang Konsultan di White House Task Force on Education of the Gifted and Talented di bahagian Unit Tugas Pendidikan Anak Berbakat. Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1936 dan kini beliau mungkin berumur 77 tahun. Beliau adalah warganegara Amerika. Beliau juga adalah seorang saintis yang terkenal dan merupakan juga seorang penulis dalam bidang yang diambilnya. Joseph Renzulli merupakan salah seorang tokoh yang mempercayai dan melihat bakat yang ada pada diri seseorang itu menjadikan mereka pintar cerdas. Dalam mengklasifikasikan seseorang itu adalah gifted and talented, Renzulli (1986) mengemukakan modelnya yang tersendiri didalam kajian yang dibuatnya. Model tersebut dikenali sebagai Renzulli’s Three-Ring Model yang mengemukakan tentang tiga traits iaitu kebolehan yang tinggi (Above-average ability), penglibatan dalam tugas (task commitment)dan kreativiti (creativity). Selain itu, beliau juga mengembangkan model keberbakatan yang dikenali sebagai “Schoolwide Enrichment Model". Model ini bertujuan untuk mengembangkan bakat- bakat kreatif yang ada padadiri kanak-kanak di sekolah. Renzulli lebih memfokuskan
  • 3. 3 kajiannya kepada pengenalan dan pembangunan kreativiti dan keberbakatan yang ada pada golongan muda. Selain itu, beliau juga membuat penelitian terhadap model organisasi dan strategi kurikulum untuk memperbaiki keseluruhan sekolah di sana. Hasil yang telah dibuat oleh Renzulli ini telah diterapkan juga dengan strategi pendidikan berbakat untuk peningkatan pembelajaran bagi semua pelajar. Baru-baru ini beliau telah dilantik sebagai Board of Trustees Distinguished Professor di University of Connecticut. Walaupun hanya mendapat lebih daripada 20 juta dalam bentuk geran pendidikan, beliau telah berjaya di dalam program yang dibuatnya iaitu program untuk pelajar muda berbakat yang lebih dikenali sebagai The UConn Mentor Connection Program. Program ini telah diadakan pada musim panas di UConn dan bermula pada tahun 1978 dan beliau berjaya melayani ribuan guru dan pentadbir di seluruh dunia. 2.0 Definisi Pintar Cerdas Menurut Renzulli Dalam buku Conception Giftedness, Renzulli menyatakan sejarah tidak mengingati mereka yang mendapat markah tertinggi dalam ujian IQ ataupun mereka yang belajar dengan sempurna. Hal ini dibuktikan seperti Albert Einstein bukan seorang yang bijak semasa disekolah. Beliau mencadangkan tiga faktor utama untuk mengenalpasti tahap keupayaan kanak-kanak. Tiga ciriiaitu komitmen kerja, k reativiti dan kebolehan purata. Selain itu, model Renzulli yang menjelaskan bakat individu boleh dikembangkan. Model Renzulli bukan model kecerdasan tetapi merupakan model kepada kemampuan untuk mengembangkan bakat yang ada. Menurut Gagne (1991) menyatakan model Renzulli tidak mengambarkan tahap pencapaian kanak-kanak pintar cerdas dan juga penyokong perkhidmatan hanya untuk anak-anak yang sudah berjaya akademik (Gross 1993). Renzulli (1986) menyatakan kanak-kanak tidak perlu menunjukkan ketiga-tiga ciri iaitu keupayaan tinggi, kreativiti dan komitmen tugasan tetapi masih dikenalpasti sebagai pintar cerdas jika mereka mempunyai potensi menunjukkan perkembangan ketiga-tiga ciri utama.
  • 4. 4 Renzulli menerangkan aspek motivasi dan kreativiti berdasarkan Feldhusen dan Hoover berpendapat hasil dari persekitaran menyumbangkan kepada rasa diri (sense of self). Mereka berpendapat bahawa, walaupun motivasi dan kreativiti adalah tujuan pendidikan yang bermanfaat, ini tidak menyebabkan kecerdasan atau bakat dan kerana itu tidak perlu mendefinisikannya. Terdapat kritikan terhadap model Renzulli kerana ciri-ciri bakat disebabkan ciri dalaman individu. Tetapi, merujuk kepada Abraham dan Tannenbaum (1983, 1997) menerangkan bakat dan produktiviti merupakan hasil daripada pengaruh dalaman dan luaran kanak-kanak. 3.0 Teori Renzulli Sumber : Davis & Rimm (1998: 19) di dalam buku Gifted Rajah 2: Konsep Renzulli’s Three-Ring Model oleh Joseph Renzulli iaitu berkonsep tiga ciri pintar cerdas dan berbakat telah terkenal tiga puluh tahun yang lalu. beliau telah membuat andaian bahawa kepandaian merupakan multi-dimensi dan ia boleh diletakkan di setiap kawasan kemampuan manusia. Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pencapaian seseorang iaitu kebolehan purata, kreativiti dan komitmen kepada tugasan. Jika ciri tersebut digabungkan akan membentuk tingkah laku yang berbakat. ketiga-tiga ciri tersebut adalah berkait-rapat untuk menjadikan seseorang itu berbakat kreatif. Cox, Daniel dan Boston (1985) menyatakan bahawa teori Renzulli melihat kepada ucapan yang telah dibuat oleh Whitehead bahawa pendidikan haruslah mempunyai irama “roman, ketelitian dan generalisasi”. Henry Levin, telah memegang kepada teori yang telah dikemukaan oleh Renzulli dan model yang berkaitan tentang pengayaan Schoowide.
  • 5. 5 Teori yang dikemukakan oleh Renzulli menunjukkan diagram Venn, yang berpendapat bahawa seseorang yang berbakat mempunyai jumlah kecerdasan yang lebih tinggi, kreativiti dan mempunyai komitmen dalam tugas. Oleh itu, satu langkah kecerdasan yang tinggi dalam intelektual dan kreativiti untuk sekolah telah dianjurkan tetapi menggunakan instrumen seperti senarai semak dan ujian kreativiti. Menurut Renzulli dan Reis (1989), perilaku seseorang yang berbakat mencerminkan interaksi dasar antara tiga dasar kumpulan yang terdapat pada diri seseorang manusia itu iaitu mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi secara umum ataupun khusus dalam sesuatu perkara, mempunyai komitmen tugas yang tinggi dan mempunyai tahap kreativiti yang tinggi. Individu seperti ini juga mampu mengembangkan sifat yang ada pada dirinya dan menerapkannya keseluruh kawasan yang berpotensi meningkatkan prestasi seseorang manusia itu. Memandangkan bahawa bakat yang dibangunkan hanya dilihat pada orang dewasa, definisi bakat yang dicadangkan kepada kanak-kanak ialah sesuatu potensi yang dilihat di dalam dirinya dalam kegiatannya sebagai seorang yang kritis dalam sesuatu bidang yang mampu meningkatkan moral, fizikal, emosi, sosial, intelektual atau kehidupan umat manusia. Sesungguhnya definisi yang diberikan ini berdasarkan teori iaitu mereka yang melihat dari segi kedudukan falsafah tentang sifat seseorang yang berbakat. 3.1 Kebolehan Yang Lebih Tinggi (Above-Average Ability) Faktor pertama ialah kebolehan purata mempunyai perbezaan antara keupayaan biasa dengan keupayaan spesifik. Contoh kebolehan biasa ialah memproses maklumat, pemikiran abstrak dan pengalaman bersepadu. Manakala, kebolehan spesifik ialah kemampuan menyimpan pengetahuan dan menunujukkan dalam aktiviti. Menurut teori ini, individu tidak dinilai berdasarkan keupayaan yang tinggi atau hebat. Oleh itu, kebolehan purata tidak harus disamakan dengan kecerdasan intelektual yang tinggi.
  • 6. 6 Beliau menganggap individu yang paling produktif tidak selalu mempunyai skor di atas lima peratus dari ujian kemampuan umum. Walau bagaimanapun, beliau menolak ujian kemampuan intelektual umum untuk menentukan kebolehan purata. Hal yang demikian, beliau menyarankan kecerdasan atau ujian potensi akademik digunakan hanya untuk pengesan awalan atau untuk menetapkan tahap prestasi minimum. 3.2 Kreativiti (Creativity) Faktor kedua ialah kreativiti. Menurut pengkaji menggambarkan kategori kecerdasan iaitu kreativiti. (Khatena dan Sawyers 1987, Taylor 1978). Pengkaji percaya bahawa kreativiti merupakan ciri-ciri kecerdasan (Albert dan Runco 1986), Renzulli (1986) dan Runco (1993). Namun, kurang persetujuan dengan istilah kreativiti. Menurut Cropley (1997) dan Ebert (1994) menjelaskan kreativiti digunakan pelbagai untuk ditafsirkan seperti siapa kreatif, produk dan proses pemikiran. Manakala, terdapat empat cirri kreatif yang dikemukan oleh Guilford dan Torrance (Wallace 1986b). Pertama ialah ciri kelancaran iaitu kemampuan untuk menjana pelbagai idea. Kedua ialah fleksibiliti iaitu membenarkan perubahan. Ketiga ialah keaslian iaitu kemampuan mencipta dan menghasilkan idea yang luar biasa. Keempat ialah penghuraian iaitu kemampuan untuk mengolah idea, serta kesan dan akibatnya.Merujuk kepada Khatena (1992) dan Renzulli (1986) menerangkan kemampuan untuk berfikif kreatif yang membezakan kanak-kanak pintar cerdas dengan kanak-kanak normal. 3.3 KOMITMEN DALAM TUGAS (Task Commitment) Dalam komitmen tugas, Renzulli menjelaskan motivasi berubah menjadi tindakan seperti ketekunan, daya tahan dan bekerja keras. Beliau berpendapat bahawa tanpa komitmen tugas prestasi tinggi sangatlah tidak mustahil. Oleh itu, komitmen tugas haruslah berkait rapat dengan ciri-ciri lain untuk mencapai ciri berbakat.
  • 7. 7 4.0 Proses Pembelajaran Pelajar Pintar Cerdas Menurut Renzulli (1978), perkembangan bakat amat menititik beratkan, setiap individu adalah unik. Oleh itu, peluang pembelajaran harus diberikan mengikut tahap keupayaan, minat dan cara pembelajaran individu itu sendiri. Di samping itu, proses pembelajaran lebih berkesan jika pelajar seronok melakukan kerja yang diberikan. Oleh itu, pengalaman pembelajaran perlu di bina dan dinilai untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Di samping itu, cara untuk membantu kanak-kanak seperti memberi tugasan yang berguna akan meningkat bakat sedia ada. Hal ini kerana tugasan yang diberi kepada mereka akan mencipta beberapa kreativiti. Menurut teori ini, keperibadian dan faktor persekitaranakan mengembangkan tiga ciri yang terdapat dalam model ini. Faktor keperibadian menurut Renzulli ialah faktor co-kognitif yang membantu mengembangkan sosial dan intelektual. Faktor ini meliputi optisme, keberanian, displin, keprihatinan kepada manusia. Ciri-ciri keperibadian seperti ini berinteraksi dengan ciri-ciri kognitif untuk mengembangkan potensi pelajar. Berdasarkan pandangan ini, pendidikan berbakat mempunyai dua tujuan. Pertama ialah pendidikan berbakat merupakan salah satu usaha untuk memaksimumkan peluang untuk mengembangkan potensi dalam diri pelajar. Keduanya ialah pendidikan berbakat bertujuan untuk meningkatkan jumlah orang yang dapat memajukan masyarakat melalui penyelesaian masalah dan dapat menghasilkan sumbangan atau idea baru yang bernas. Terdapat banyak model perbezaan kurikulum yang fleksibiliti dan sesuai menjadi pilihan kepada pelajar yang berbeza di dalam bilik darjah. Perbezaan (differentiation) merujuk kepada kaedah pengajaran dan cara untuk mewujudkan kaedah pembelajaran yang berlainan kepada pelajar yang mempunyai pelbagai tahap IQ (Farmer 1996). Manakala, bagi pelajar pintar cerdas melibatkan keberkasanan perbezaan model termasuklah mengembangkan dan mengubah suai kurikulum yang lebih menyeronokkan dan mencabar untuk meneroka minat masing- masing serta menyediakan peluang dan menggalakkan pembelajaran kepada pelajar pecuta kurikulum.
  • 8. 8 Menurut model Renzulli (1997) telah mengembangkan lima demensi model yang berkait rapat matlamat di dalam bilik darjah. Antaranya ialah kandungan yang merupakan matlamat kepada guru untuk meletakkan kurikulum yang mendalam berdasarkan konsep organisasi kurikulum dan pengetahuan sedia ada. Kedua ialah proses iaitu matlamat guru dengan menggunakan pelbagai cara atau kaedah dan bahan- bahan untuk meningkatkan motivasi dalam cara belajar pelajar. Ketiga ialah bilik darjah iaitu matlamat guru dengan menambah baikan kumpulan yang selesa dan persekitaran fizikal yang kondusif kepada pelajar. Keempat ialah guru iaitu matlamat guru dengan menggunakan modifikasi artistik iaitu berkongsi pengetahuan peribadi yang berkaitan dengan kurikulum seperti minat, hobi dan isu-isu persekitaran di luar bilik darjah. 5.0 Model Renzulli
  • 9. 9 5.1 Model Pengayaan Schoolwide Model Pengayaan Schoolwide merupakan salah satu model cetusan idea oleh Renzulli yang merupakan satu program yang dirancang untuk anak-anak pintar cerdas. Disebabkan pengaruh yang dibawa oleh Dewey, Whitehead, Phenix, dan yang lain-lain telah mendorong Dr.Renzulli membawa satu konsep kecerdasan iaitu yang berkaitan dengan Above-averageability, creativity dan task-commitmen menjadi satu model yang telah merubah pandangan pendidik terhadap kecerdasan intelektual. Sesungguhnya, program ini telah menjadi salah satu program yang paling popular untuk mengembangkan bakat anak-anak. Selain itu, dengan menggunakan model pendidikannya, sebagai contoh, Model Pengayaan Schoolwide ini dapat membantu ribuan guru untuk melaksanakan teorites yang diperkenalkan oleh Dr. Renzulli ke dalam kelas. Oleh yang demikian model tersebut sangat popular dan berpengaruh. Model dan konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini begitu signifikan kerana melalui konsep yang diperkenalkan oleh Renzulli ini secara tidak langsung mendorong orang ramai tentang kecerdasan, psikometri kesatuan konsep yang lebih sesuai untuk membentuk pelbagai maklumat dan penilaian. Di dalam Model Pengayaan Schoolwide ini dikatakan sebagai salah satu model yang terbaik yang banyak digunakan di sekolah-sekolah (Renzulli & Reis 1989). Melalui model ini, Renzulli memperkenalkan tiga jenis tingkatan yang dikemukakan untuk digunakan sebagai salah satu struktur di dalam sekolah. Antara jenis-jenis tingkatan yang ada ialah Jenis I(pengayaan Schoolwide),Jenis II (pengajaran langsung dari strategi untuk berfikir lebih kreatif dan kritis), dan Jenis III (projek khas individu dan kumpulan). Kegiatan ini yang diperkenalkan ini akan memberi penekanan kepada pelajar.Pelajar di pilih untuk memasuki program ini melalui tatacara yang dikenali sebagai “Revolving Door”. Melalui pogram “Revolving Door” ini, para pelajar yang terpilih menyertai aktiviti membuat sesuatu projek pada sesuatu masa dan akan membuat projek yang lain juga pada waktu yang lain. Walaupun terdapat sedikit kontravasi yang berlaku antara Renzulli dengan Paul George tentang kumpulan peserta yang harus dibuat secara heterogen namun Renzulli mempunyai cara yang
  • 10. 10 tersendiri ketika sidang Persatuan Sekolah Kebanggsaan (1997) berkaitan penyajian Model Pengayaan Schoolwide (Beach, 1997). Di dalam model yang diperkenalkan oleh Renzulli ini, beliau telah menulis di dalam sebuah rencananya tentang tiga komponen perkhidmatan yang terdapat di dalam model tersebut. Yang pertama adalah The Total Talend Portfolio yang merupakan cara yang sistematik untuk mengumpul dan merakam maklumat tentang kemampuan pelajar, minat dan keutamaan gaya belajar. Yang kedua pula adalah Curriculum Modification Techniques termasuklah curriculum differention, penyediaan pengalaman belajar yang lebih mendalam, dan integrasi kegiatan pengayaan. Yang ketiga pula adalah pengayaan dalam belajar dan mengajar secara cluster kepada pelajar multi-usia di dalam kumpulan heterogen. Oleh itu, dapat di lihat di sini bahawa model pengayaan Schoolwide ataupun Schoolwide Enrichment Model (SEM) dapat berfungsi sebagai struktur bagi sekolah yang cuba mengembangkan bakat pelajar (Renzulli, 1995) 5.2 Model Pengayaan Triad Rajah 3: Model Pengayaan Traid.
  • 11. 11 Model Pengayaan Triad direka untuk menggalakkan produktiviti kreatif pada bahagian golongan muda untuk mereka menonjolkan topik, bidang yang diminati,bidang pengajian dan model ini juga bertujuan untuk melatih mereka melaksanakan kandungan yangtelah dipelajari, memberi proses latihan kemahiran dan memberi mereka latihan metodologi ke arah minat mereka. Oleh hal yang demikian, Renzulli telah memasukkan tiga jenis pengayaan di dalam modelnya ini. Pengayaan Jenis I direka khusus untuk menonjolkan diri pelajar dalam pelbagai disiplin ilmu, topik, pekerjaan, hobi, orang, tempat, dan peristiwa yang tidak terdapat dalam kurikulum biasa. Setiap sekolah yang menggunakkan model Renzulli ini akan ditubuhkan sebuah pengayaan yang terdiri dari orang tua, guru, dan pelajar dan diberi tugasan dalam menghasilkan satu organisasi dan rancangan untuk aktiviti yang dibuat di dalam pengayaan jenis I. Mereka sendiri yang perlu menghubungi penceramah, menetapkan minicourse, demonstrasi atau persembahan, menempah dan mengedar filem, gambar dan keset yang boleh dilakukan sama ada melalui cetakan atau media. Di dalam pengayaan Jenis II pula, terdiri daripada bahan dan kaedah yang dirancang untuk mempromosikan pembangunan proses berfikir dan merasa. Beberapa latihan pengayaan Jenis II adalah umum dan biasanya dilakukan sama ada di dalam kelas dan didalam program pengayaan. Kegiatan latihan yang dijalankan merangkumi pembangunan iaitu berfikiran kreatif dan penyelesaian masalah, berfikiran kritis, dan proses yang afektif. Kedua adalah belajar bagaimana untuk mempelajari kemahiran tertentu. Seterusnya, yang ketiga adalah kemahiran dalam penggunaan bahan rujukan lanjutan tingkatan yang tepat dan akhir sekali adalah lisan dan kemahiran komunikasi visual. Pengayan Jenis II yang lainnya adalah lebih khusus kerana tidak dirancang terlebih dahulu dan biasanya melibatkan arahan metodologi di dalam bidang yang dipilih oleh pelajar. Sebagi contoh, selepas menjalani pengayaan Jenis I, pelajar yang minat dalam botani, akan menjalani latihan tambahan dalam bidang yang dipilihnya dengan melakukan pembacaan tentang bidang botani, menyusun strategi dan melaksanakan percubaan tanaman dan mencari kaedah yang lebih maju seterusnya mereka harus menjalani latihan sekiranya ingin pergi lebih jauh lagi.
  • 12. 12 Pengayaan Jenis III melibatkan pelajar yang tertarik untuk menjalani latihan dikawasan yang menjadi pilihannya sendiri dan bersedia untuk mengambil alih lajutan kandungan dan menjalani proses latihan dimana mereka berperanan sebagai seorang pendidik. Tujuan pengayaan Jenis III adalah seperti memberikan kesempatan untuk kepentingan pelaksanaan, pengetahuan, idea-idea kreatif dan menjadi lebih komitmen dalam tugas untuk masalah yang dipilihnya sendiri atau bidang kajian yang dipilihnya. Selain itu, adalah untuk memperoleh tahap pemahaman yang lebih baik dari segi pengetahuan (isi) dan metodologi (proses) yang digunakan dalam disiplin ilmu tertentu, kawasan kajian seni ekspresi dan disiplin. Tujuan lainnya juga adalah untuk membagunkan produk-produk yang dikatakan untuk memberikan kesan dikehendaki. Pengayaan Jenis III berujuan untuk mengembangkan kemahiran self-directed learning dalam bidang perancangan, organisasi, pemanfaatan sumber daya, pengurusan masa serta membuat keputusan dan penilaian diri. Ia juga bertujuan untuk membentuk komitmen tugas yang tinggi di dalam diri peserta selain membentuk kepercayaan diri dan prestasi yang lebih kreatif.
  • 13. 13 6.0 kesimpulan Pelajar pintar cerdas berbakat kreatif merupakan salah satu aset negara yang sangat bernilaidan mereka perlu diberi perhatian sewajarnya. Sistem pendidikan di Malaysia pada masa kini menuju kearah pembentukan peluang pendidikan yang sama bagi semua pelajar dan sekolah menjadi institusi pertama yang memberi perhatian terhadap potensi intelek pelajar. Namun begitu, pendidikan di sekolah sewajarnya tidak terlalu mementingkan sukatan pelajaran yang diajar sehingga kepentingan dan keperluan unik pelajar terabai. Selain itu, mereka juga dilihat sebagai kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Setiap individu yang dikenalpasti berpotensi tinggi atau berbakat wajar perlu diberi peluang untuk memaksimumkan perkembangan kognitif dan perkembangan kendirinya sehingga mereka cemerlang dan pintar cerdas dalam bidang-bidang atau domain bakat tersebut. Cabaran kepada pendidik dalam bidang pintar cerdas dan berbakat bukan lagi untuk menentukan pelajar pintar cerdas berbakat berlandaskan ukuran darjah kecerdasan atau IQ. Sebaliknya, pendidik pintar cerdas berbakat berperanan untuk mengenalpasti potensi serta bakat-bakat tertentu yang ada pada diri setiap pelajar. Bakat-bakat tersebut terdapat dalam pelbagai domain yang bermanfaat dan bernilai kepada masyarakat. Antaranya ialah domain akademik, muzik, matematik, kepimpinan, sukan, drama, penulisan kreatif, literasi komputer dan penguasaan bahasa. Akhir sekali, program yang diperlukan oleh kumpulan pelajar pintar cerdas perlu meliputi strategi bagi menghubungkan tahap pengalaman pembelajaran dan kemahiran berfikir yang tinggi dalam kokurikulum. Oleh yang demikian, pendedahan kepada bentuk kokurikulum baru yang akan memberi manfaatkepada mereka. Kemahiran yang diperoleh semasa pelaksanaan program membantu mereka menggunakan bakat yang sedia ada dengan sebaik mungkin. Cadangan saya, dengan kumpulan-kumpulan kecil ini adalah diharapkan mereka dapat bekerjasama sebagai satu pasukan. Aktiviti yang menyeronokkan seperti ini seharusnya selalu dirancang oleh guru kerana ianya dapat menarik minat murid-murid mempelajari matematik.
  • 14. 14 Dalam aktiviti yang telah dijalankan terdapat juga kekangan yang dihadapi contohnya, kekurangan peralatan untuk murid-murid menjalankan aktiviti. Oleh itu, guru mengesyorkan supaya penambahbaikan dapat dibuat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat sama-sama mencuba untuk membuat sukatan dan ukuran. Aktiviti yang lebih menarik mungkin boleh dilaksanakan bagi memastikan murid lebih meminati matematik seterusnya menyumbang kepada pencapaian yang lebih baik. Oleh itu, dapat membuka peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dalam bidang pengkhususan yang mereka minati.
  • 15. 15 Rujukan Abd.Rahim Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur: Open University Malaysia. An Influential Model Of Giftedness (2005). Diperoleh Pada September 27, 2010 Daripada www.unibielefeld.de/paedagogik/seminare/.../renzulli.html Mohd zuri ghani & Aznan che ahmad (2011). Penghantar pendidikan khas. University sains Malaysia pulau pinang Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). Masalah Sosio-Emosi Kanak-Kanak Pintar Cerdas.Masalah Pendidikan: 5-12 Rosadah Abd, Majid, Noriah Mohd Ishak Dan Zalizan Mohd Jelas (2005). Profil Pemprosesan kognitif Pelajar Pintar Cerdas Akademik Di Sekolah Menengah.Jurnal Pendidikan 30:35-49. http://www.mara.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=ba9178db-babd-4f68- ac84-49ca92830447&groupid=30564 http://www.scribd.com/doc/44393052/pintar-cerdas-2