SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
NKRAs – GURU BERKUALITI JAMINAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
                              Oleh:
                       Norreha bt. Haji Jani
Pengenalan

Era globalisasi di zaman pasca modenisasi ini banyak menerjah kita dengan berbagai
cabaran yang perlu diatasi segera. Para pendidik di zaman millenium ini perlu
meningkatkan kepekaan terhadap persiapan perancangan dan pengurusan serta tindakan
yang lebih rapi untuk menghadapi situasi dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi.
Organisasi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang
diperlukan oleh masyarakat dinamik abad ke 21 bagi tujuan mencapai aspirasi negara
untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada falsafah Pendidikan Negara dan
Wawasan 2020. Dalam usaha menangani cabaran globalisasi ini, sumber manusia yang
berkualiti perlu disediakan agar mereka mampu berinteraksi dan bertindak secara
autonomous dalam orde dunia baru.

Peranan pendidikan dalam Pembangunan sumber manusia

Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga mahir,
melahirkan insan harmonis, warga negara yang cekap, berketerampilan, beretika, berilmu
dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif serta bijak mencari
dan menggunakan maklumat yang diperoleh. Dengan erti kata lain, pendidikan
diharapkan mampu melahirkan seorang insan berketerampilan seperti yang dicitrakan
dalam falsafah Pendidikan Negara.

Bagi memperoleh sumber manusia berketerampilan, pendidik atau guru memainkan
peranan yang amat penting. Guru dilihat sebagai agen yang akan melahirkan insan-insan
berketerampilan seperti yang diharapkan. Untuk memastikan keberhasilannya, guru atau
pendidik hendaklah memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka
melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berketerampilan, bersahsiah,
berakhlak mulia, bersikap positif, dedikasi dan berdisiplin. Malah, guru juga berperanan
penting dalam membentuk masa depan anak-anak di samping ibu bapa. Mereka menjadi
salah satu pendorong utama dalam memotivasikan anak-anak bagi mencapai cita-cita
mereka. Apatah lagi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar
luas dan datang dari pelbagai punca, maka guru berperanan membimbing anak-anak
memilih dan mengasingkan antara ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi. Malah di
zaman globalisasi, anak-anak bukan sahaja perlu memiliki pengetahuan sahaja, tetapi
mereka juga perlu mempunyai kemahiran baik dari segi teknikal dan juga dari segi soft
skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka
boleh bersaing di pentas dunia modenisasi ini.

Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana
segala dasar dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui
Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang guru yang profesional menunjukkan ciri-ciri
profesionalisme yang lazimnya dikaitkan dengan sesuatu profesion. Tetapi apakah ciri-
ciri profesionalisme di bidang perguruan ? Sudahkah terdapat satu senarai yang jelas
tentang ciri-ciri tersebut ? Walaupun terdapat kod etika tetapi masih tidak dikuatkuasakan
yang mengakibatkan taraf profesion perguruan masih terbatas.

Guru berkualiti @ guru cemerlang. Apakah realitinya ?

”Masa depan dikandung oleh masa kini”
Kenyataan ini bernaksud apa yang terjadi pada masa depan boleh ditelah pada masa kini
dengan berpandukan perkembangan semasa. Masa kini dan masa depan dipenuhi dengan
aneka cabaran yang besar dan hebat. Manusia perlu bertindak dengan melengkapkan diri
baik dari aspek dalaman dan rohaniah bagi tujuan mengelakkan diri daripada dilanda roda
perubahan yang sangat laju agar tidak mengalami kejutan masa, keretakan dan
keruntuhan sosial yang boleh membawa kepada kemusnahan.

Anak bangsa yang berkualiti ( berilmu, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak, inisiatif,
inovatif, kreatif, ingin cemerlang serta berkemahiran ), ianya bermula daripada orang
yang mendidik mereka iaitu guru. Keupayaan memperoleh anak bangsa yang berkualiti
mestilah bertitik tolak daripada guru yang cemerlang @ berkualiti.

Kecemerlangan kerap kali diukur dalam bentuk kebendaan atau perolehan yang diterima.
Sebagai contoh, McClleland (1964) dengan teori kecemerlangannya (need of
achievement) beranggapan kecemerlangan berkait rapat dengan pencapaian seseorang
sama ada dalam bentuk kebendaan atau pun dalam bentuk pangkat. Untuk memperoleh
kecemerlangan seseorang perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berpandangan jauh,
sanggup menanggung risiko, bertenaga, kreatif, inovatif, bertanggungjawab, menepati
janji dan tidak berputus asa. Guru yang cemerlang @ berkualiti sentiasa melaksanakan
tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersikap profesional. Guru sebagai agen
pembentuk sumber manusia harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
untuk berhadapan dengan anak-anak didik mereka. Jika guru bersedia maka gaya
pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh.

Guru berkualiti mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang
kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki
dengan kaedah terkini. Guru juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti penyayang,
penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai dan
sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah
pelajar. Bagi mendapatkan ciri-ciri berkualiti, guru perlu mempunyai minat dalam
menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki
ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut.
Mengajar ilmu yang cetek iaitu daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran
berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran
menjadi lebih menarik dan kepuasan dapat dikecapi.

Kualiti dan kecemerlangan, meritokrasi dan standard global adalah sesuatu yang baru
diperkenalkan dalam usaha pendidikan berkualiti. Guru yang berkualiti @ cemerlang
tidak pernah merasa cukup terhadap ilmu yang dipelajari, memiliki keinginan untuk terus
belajar bagi memperoleh ilmu. Guru juga perlu memiliki sikap terpuji dan sentiasa
menganggap perubahan sebagai satu cabaran dan bukan satu beban dalam usaha
melahirkan generasi berkualiti. Guru yang cemerlang hanya dimiliki jika guru tersebut
memiliki sifat yang positif terhadap segala kerjayanya dan menunaikan tanggungjawab
tersebut dengan penuh komitmen. Guru-guru ini tidak kenal erti penat, sanggup
mengorbankan masa, tenaga dan harta benda bagi kepentingan kerjayanya. Malah ia
menganggap tugas yang diamanahkan sebagai satu ibadah.

Guru berkualiti atau guru makan gaji ?

Globalisasi membawa kepada persaingan yang kian sengit termasuk dalam pasaran
buruh. Dalam persaingan yang sedemikian, hanya mereka yang berkualiti tinggi lagi
cemerlang saja yang akan berjaya mendapat tempat dalam pasaran buruh berkenaan.
Persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bermutu
tinggi ? Dalam konteks pendidikan, perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru yang
terlibat dalam sistem pendidikan mestilah cemerlang, memberikan perkhidmatan terbaik,
bermutu tinggi dan mapan.

Guru yang berkualiti akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan
pelajar serta tahap pendidikan negara keseluruhannya. Oleh itu, adalah wajar bagi setiap
warga pendidik untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahirannya dalam
pengajaran dan pembelajaran. Jika proses ini diambil guna oleh setiap guru, output dan
’outcome’ yang dihasilkan semestinya akan bermutu tinggi sekaligus menyumbang
kepada pembangunan sumber manusia negara. Seorang pujangga Barat pernah
mengatakan bahawa ’Only teachers who provide contagious learning will produce
aspiring students’.

Bagaimana atau apa ciri-cirinya yang kita boleh kata guru yang berkualiti atau guru yang
cekap itu ? Cekap bukan bererti mampu habiskan sukatan pelajaran tetapi tahap
penguasaan atau kemahiran pelajar tidak meningkat ? Guru-guru terlatih juga jangan
sampai ada berlaku sindrom guru ’letih’ dan tiada arah tujuan sebagai ’guru sebenar
guru’? Begitu juga yang kita kata guru berkualiti itu adakah sekadar memiliki diploma
atau ijazah sudah berkualiti ? Bagaimana tahap ilmunya jika tidak mampu
memperbetulkan kelemahan pelajar dalam pelbagai aspek P&P seperti aspek ejaan,
sebutan, tulisan atau lain-lain bidang kemahiran yang berkaitan ? Bagaimana boleh
dikatakan seseorang guru itu guru yang berkualiti jika keterampilan ilmunya dipertikai
oleh muridnya sendiri ?

Pembelajaran yang berkualiti wujud dari pengajaran yang terancang dan bermutu.
Perancangan ’melepas batuk di tangga’ tidak akan mendatangkan hasil yang cemerlang di
kalangan pelajar-pelajar, malahan seorang guru yang mengamalkan konsep
’profesional’nya dengan gaya ini menjadi punca utama masalah disiplin di dalam kelas.
Pelajar-pelajar yang bosan, tidak bermotivasi serta disuap dengan kaedah pengajaran
yang lesu adalah pencetus utama masalah-masalah disiplin di sekolah.

Budaya kerja yang berasaskan pengawasan oleh pihak atasan semata-mata perlu diubah
kepada kesedaran untuk mengekalkan kualiti tugas. Budaya kerja untuk mengampu bos,
kerja bila orang tengok saja, atau kerja hanya untuk dapat anugerah perlu dikikis sama
sekali.

Tanpa guru berkualiti, tahap penghasilan pelajar pasti akan tetap di takuk lama. Tidak
guna mempunyai fizikal sekolah yang gah sekiranya diisi oleh guru-guru tanpa kualiti.
Dan yang pasti kualiti bukan diukur daripada segi kecemerlangan guru ketika menjalani
kursus perguruan tetapi perlu diukur berdasarkan komitmen mereka dari semasa ke
semasa.

Jangan lagi ada fenomena menjadi guru hanya untuk makan gaji. Atau masih wujud guru
yang tidak lagi bersemangat atau berada dalam zon selesa atau pun lebih parah, pada
tahap beku.

Kerjaya guru bukan sepatutnya hanya mengimpikan kerja yang dibayar gaji setelah tamat
pengajian. Guru perlu tahan lasak mental, fizikal, emosi dan spiritual.

Pendidikan ke atas anak-anak bikan persoalan ’trial and error’. Kita tidak memerlukan
pendidik yang awal-awal lagi sudah menolak sebahagian manusia dan hanya ingin
mendidik manusia daripada jenis yang ia suka didik sahaja. Menjadi guru bererti bersedia
menerima apa jua rupa bentuk pelajar yang datang kepadanya. Jika ada yang nakal, maka
itulah cabaran yang patut diambil oleh seseorang guru. Seseorang guru tidak patut
memilih-milih pelajarnya. ”Aku hendak kelas ini dan aku tidak mahu masuk kelas itu”,
tak patut menjadi ungkapan seorang guru. Guru patut tahu bahawa semua pelajar itu
berpotensi menjadi lebih baik. Inilah fungsi pendidikan yang patut dimainkan oleh guru.

Sesungguhnya peranan guru amatlah besar. Guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi
juga sebagai pendidik, pemberi teladan dan pembimbing kepada anak didiknya. Justeru
itu, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pendidikan dan keterampilan tertentu tetapi
juga membentuk sahsiah dan keperibadian murid-murid atau pelajarnya.

Guru mewarnai sistem nilai dan norma yang akan dimiliki pelajar berkenaan. Tiada
gunanya memiliki prasarana dan kemudahan yang bertaraf dunia pertama tetapi memiliki
minda dan budaya kerja yang bertaraf dunia ketiga. Kita tidak mahu melahirkan insan
yang berilmu tinggi tetapi tidak bermoral, tidak berbudi bahasa dan tidak mengenag jasa
ibubapa dan masyarakat yang telah banyak berkorban untuknya. Guru umpama bunga
yang mengharumi orang disekelilingnya di samping dirinya sendiri. Apabila seseorang
itu telah menjadi seorang guru, guru itu akan dipanggil ”Cikgu” di sepanjang hayatnya
dan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat. Adakah patut martabat yang begitu tinggi
dipersia-siakan hanya kerana sikap yang negatif ? Teaching is a dignified profession
that does not discriminate persons on the basis of race, religious beliefs, color, sex,
gender, physical characteristics, age or place of origin.

Tanggungjawab dan cabaran para guru dalam melaksanakan tugas amatlah berat dan
besar. Pepatah Inggeris yang berbunyi ” school teachers are given too much credits and
too little cash” menggambarkan betapa besarnya sumbangan para pendidik yang tidak
mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit. Kini, beban tugas mendidik pelajar semakin
berat dan bertambah, amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan dengan penuh
komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan lagi profesion keguruan, di
samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin. Guru tidak boleh bersikap
lepas tangan terhadap kepentingan peranan mereka membantu pelajar mempertingkatkan
pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi
pengajaran berkesan.

Guru berkualiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa
komitmen guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan
dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca
walaupun sudah memasuki persekolahan menengah. Justeru, guru mesti menghayati
tugas murni profesion keguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar ikhlas
untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir. Antara ciri guru berkualiti ialah
melaksanakan tugas dengan bersungguh dan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru
berkualiti bersedia menghadapi cabaran pelajar bermasalah dan tidak mudah mengalah
atau cepat tawar hati sehingga hilang semangat untuk berusaha membantu mengatasi
kelemahan mereka, selain sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran ke arah
kebaikan pendidikan negara. Guru juga perlu berusaha mempertingkatkan
profesionalisme dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan perkembangan
terbaru bidang pendidikan. Guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara, bukan
bertindak mengikut emosi peribadi. Guru mesti sentiasa menunaikan amanah dengan
jujur, sekali gus berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan
dalam perkembangan pesat dunia pendidikan, harus memiliki motivasi, keyakinan serta
kesedaran diri untuk menghasilkan prestasi kerja berkualiti.

Penutup

Abad ke 21 adalah merupakan satu persimpangan yang penting dalam ketamadunan
manusia. Sejak dua dekad kebelakangan ini satu proses transformasi telah berlaku dan
melanda dunia dengan pantas. Kita perlu menyediakan segala sumber manusia dan
kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan supaya dapat sama-
sama bersaing pada peringkat global. Pendidikan hari ini diharap dapat melahirkan ciri-
ciri warganegara yang sesuai dengan keperluan sumber manusia pada masa hadapan
sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020.
Guru cemerlang yang berkualiti mampu melahirkan modal insan yang berketerampilan
dan negara semestinya akan menerima impak besar.

More Related Content

What's hot

Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbatIrma Gurlz
 
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Muhamad Yusup
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)Hamidah Budi
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALasyikin hashim
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUEow Yee Leng
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiYuki Chia
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcNorazliah Ani
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Desmon Muroh
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 

What's hot (20)

Guru dan Kemahiran Profesional
Guru dan Kemahiran ProfesionalGuru dan Kemahiran Profesional
Guru dan Kemahiran Profesional
 
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbatKumpulan 7   bincangkan isu berkaitan dengan kbat
Kumpulan 7 bincangkan isu berkaitan dengan kbat
 
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
Artikel desain pembelajaran adalah kunci mengajar dan pembelajaran.
 
Falsafah pendidikan guru (kemahiran)
Falsafah pendidikan guru (kemahiran)Falsafah pendidikan guru (kemahiran)
Falsafah pendidikan guru (kemahiran)
 
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moralEem 522 kaedah startegi mengajar moral
Eem 522 kaedah startegi mengajar moral
 
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
PROFESIONALISME GURU NOVIS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Guru berkesan
Guru berkesanGuru berkesan
Guru berkesan
 
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONALCIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
CIRI-CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
PEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARUPEDAGOGI ALAF BARU
PEDAGOGI ALAF BARU
 
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggiciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
ciri-ciri guru berkualiti dan berintegriti tinggi
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Contoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gcContoh esei1 permohonan gc
Contoh esei1 permohonan gc
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Resume teaching
Resume teachingResume teaching
Resume teaching
 

Similar to Nkr as

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikimuhammad
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahAnsar Azman
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanNina Rahayu
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Ujung tombak smk
Ujung tombak smkUjung tombak smk
Ujung tombak smkRAHMANU AJ
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxAjleeyaAzman
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikNor Hazlinda
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALAfifah Asra
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2muhammad
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 

Similar to Nkr as (20)

Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Pembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiahPembangunan sahsiah
Pembangunan sahsiah
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Ujung tombak smk
Ujung tombak smkUjung tombak smk
Ujung tombak smk
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptxLMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
LMCP1112 Falsafah Pendidikan Islam Projek Akhir.pptx
 
Pensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru MatematikPensijilan Guru Matematik
Pensijilan Guru Matematik
 
Report trends
Report trendsReport trends
Report trends
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEALArtikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
Artikel GURU, PROFESI DENGAN TUNTUTAN PROFESIONAL DAN IDEAL
 
profesion keguruan 2
profesion keguruan 2profesion keguruan 2
profesion keguruan 2
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 

More from Nor Jani

Berubahlah
BerubahlahBerubahlah
BerubahlahNor Jani
 
Berubahlah
BerubahlahBerubahlah
BerubahlahNor Jani
 
Berubahlah
BerubahlahBerubahlah
BerubahlahNor Jani
 
Analisis soalan spm
Analisis soalan spmAnalisis soalan spm
Analisis soalan spmNor Jani
 
Nota rujukan ert
Nota rujukan ertNota rujukan ert
Nota rujukan ertNor Jani
 
Nota rujukan ert
Nota rujukan ertNota rujukan ert
Nota rujukan ertNor Jani
 
Nota rujukan ert
Nota rujukan ertNota rujukan ert
Nota rujukan ertNor Jani
 
08 jhr trial_ert_k2
08 jhr trial_ert_k208 jhr trial_ert_k2
08 jhr trial_ert_k2Nor Jani
 
Makanan sedap
Makanan sedapMakanan sedap
Makanan sedapNor Jani
 
Kek coklat
Kek coklatKek coklat
Kek coklatNor Jani
 
K1 pulau pinang 2010
K1 pulau pinang 2010K1 pulau pinang 2010
K1 pulau pinang 2010Nor Jani
 
Seminar ert t5 k2 c
Seminar ert t5 k2 cSeminar ert t5 k2 c
Seminar ert t5 k2 cNor Jani
 
Teknik menjawab bahagian a k2
Teknik menjawab bahagian a k2Teknik menjawab bahagian a k2
Teknik menjawab bahagian a k2Nor Jani
 
Renungan untuk murid
Renungan untuk muridRenungan untuk murid
Renungan untuk muridNor Jani
 
Analisis soalan spm
Analisis soalan spmAnalisis soalan spm
Analisis soalan spmNor Jani
 
Taklimat mp elektif
Taklimat mp elektifTaklimat mp elektif
Taklimat mp elektifNor Jani
 

More from Nor Jani (16)

Berubahlah
BerubahlahBerubahlah
Berubahlah
 
Berubahlah
BerubahlahBerubahlah
Berubahlah
 
Berubahlah
BerubahlahBerubahlah
Berubahlah
 
Analisis soalan spm
Analisis soalan spmAnalisis soalan spm
Analisis soalan spm
 
Nota rujukan ert
Nota rujukan ertNota rujukan ert
Nota rujukan ert
 
Nota rujukan ert
Nota rujukan ertNota rujukan ert
Nota rujukan ert
 
Nota rujukan ert
Nota rujukan ertNota rujukan ert
Nota rujukan ert
 
08 jhr trial_ert_k2
08 jhr trial_ert_k208 jhr trial_ert_k2
08 jhr trial_ert_k2
 
Makanan sedap
Makanan sedapMakanan sedap
Makanan sedap
 
Kek coklat
Kek coklatKek coklat
Kek coklat
 
K1 pulau pinang 2010
K1 pulau pinang 2010K1 pulau pinang 2010
K1 pulau pinang 2010
 
Seminar ert t5 k2 c
Seminar ert t5 k2 cSeminar ert t5 k2 c
Seminar ert t5 k2 c
 
Teknik menjawab bahagian a k2
Teknik menjawab bahagian a k2Teknik menjawab bahagian a k2
Teknik menjawab bahagian a k2
 
Renungan untuk murid
Renungan untuk muridRenungan untuk murid
Renungan untuk murid
 
Analisis soalan spm
Analisis soalan spmAnalisis soalan spm
Analisis soalan spm
 
Taklimat mp elektif
Taklimat mp elektifTaklimat mp elektif
Taklimat mp elektif
 

Nkr as

  • 1. NKRAs – GURU BERKUALITI JAMINAN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN Oleh: Norreha bt. Haji Jani Pengenalan Era globalisasi di zaman pasca modenisasi ini banyak menerjah kita dengan berbagai cabaran yang perlu diatasi segera. Para pendidik di zaman millenium ini perlu meningkatkan kepekaan terhadap persiapan perancangan dan pengurusan serta tindakan yang lebih rapi untuk menghadapi situasi dan kemelut yang sedang dan bakal dihadapi. Organisasi pendidikan hendaklah bergerak seiring dengan perubahan-perubahan yang diperlukan oleh masyarakat dinamik abad ke 21 bagi tujuan mencapai aspirasi negara untuk mendapat taraf negara maju bertonggakkan kepada falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Dalam usaha menangani cabaran globalisasi ini, sumber manusia yang berkualiti perlu disediakan agar mereka mampu berinteraksi dan bertindak secara autonomous dalam orde dunia baru. Peranan pendidikan dalam Pembangunan sumber manusia Pendidikan berperanan sebagai pembentuk bangsa dengan mengeluarkan tenaga mahir, melahirkan insan harmonis, warga negara yang cekap, berketerampilan, beretika, berilmu dan beriman, berkebolehan, berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif serta bijak mencari dan menggunakan maklumat yang diperoleh. Dengan erti kata lain, pendidikan diharapkan mampu melahirkan seorang insan berketerampilan seperti yang dicitrakan dalam falsafah Pendidikan Negara. Bagi memperoleh sumber manusia berketerampilan, pendidik atau guru memainkan peranan yang amat penting. Guru dilihat sebagai agen yang akan melahirkan insan-insan berketerampilan seperti yang diharapkan. Untuk memastikan keberhasilannya, guru atau pendidik hendaklah memiliki ciri-ciri yang diperlukan bagi membolehkan mereka melahirkan sumber manusia yang berpengetahuan, berketerampilan, bersahsiah, berakhlak mulia, bersikap positif, dedikasi dan berdisiplin. Malah, guru juga berperanan penting dalam membentuk masa depan anak-anak di samping ibu bapa. Mereka menjadi salah satu pendorong utama dalam memotivasikan anak-anak bagi mencapai cita-cita mereka. Apatah lagi pada zaman globalisasi yang penuh cabaran di mana ilmu tersebar luas dan datang dari pelbagai punca, maka guru berperanan membimbing anak-anak memilih dan mengasingkan antara ilmu yang baik dan ilmu yang patut dijauhi. Malah di zaman globalisasi, anak-anak bukan sahaja perlu memiliki pengetahuan sahaja, tetapi mereka juga perlu mempunyai kemahiran baik dari segi teknikal dan juga dari segi soft skill iaitu pandai berbahasa, berkomunikasi, kreatif dan berpandangan jauh agar mereka boleh bersaing di pentas dunia modenisasi ini. Guru adalah tunjang kepada sistem pendidikan. Mereka merupakan golongan pelaksana segala dasar dan matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia. Seorang guru yang profesional menunjukkan ciri-ciri profesionalisme yang lazimnya dikaitkan dengan sesuatu profesion. Tetapi apakah ciri- ciri profesionalisme di bidang perguruan ? Sudahkah terdapat satu senarai yang jelas
  • 2. tentang ciri-ciri tersebut ? Walaupun terdapat kod etika tetapi masih tidak dikuatkuasakan yang mengakibatkan taraf profesion perguruan masih terbatas. Guru berkualiti @ guru cemerlang. Apakah realitinya ? ”Masa depan dikandung oleh masa kini” Kenyataan ini bernaksud apa yang terjadi pada masa depan boleh ditelah pada masa kini dengan berpandukan perkembangan semasa. Masa kini dan masa depan dipenuhi dengan aneka cabaran yang besar dan hebat. Manusia perlu bertindak dengan melengkapkan diri baik dari aspek dalaman dan rohaniah bagi tujuan mengelakkan diri daripada dilanda roda perubahan yang sangat laju agar tidak mengalami kejutan masa, keretakan dan keruntuhan sosial yang boleh membawa kepada kemusnahan. Anak bangsa yang berkualiti ( berilmu, berketerampilan, berdisiplin, berakhlak, inisiatif, inovatif, kreatif, ingin cemerlang serta berkemahiran ), ianya bermula daripada orang yang mendidik mereka iaitu guru. Keupayaan memperoleh anak bangsa yang berkualiti mestilah bertitik tolak daripada guru yang cemerlang @ berkualiti. Kecemerlangan kerap kali diukur dalam bentuk kebendaan atau perolehan yang diterima. Sebagai contoh, McClleland (1964) dengan teori kecemerlangannya (need of achievement) beranggapan kecemerlangan berkait rapat dengan pencapaian seseorang sama ada dalam bentuk kebendaan atau pun dalam bentuk pangkat. Untuk memperoleh kecemerlangan seseorang perlulah mempunyai ciri-ciri seperti berpandangan jauh, sanggup menanggung risiko, bertenaga, kreatif, inovatif, bertanggungjawab, menepati janji dan tidak berputus asa. Guru yang cemerlang @ berkualiti sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersikap profesional. Guru sebagai agen pembentuk sumber manusia harus melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan anak-anak didik mereka. Jika guru bersedia maka gaya pengajaran dan pembelajaran juga akan berjaya diperoleh. Guru berkualiti mempunyai ciri-ciri seperti mempunyai ilmu yang tinggi, seorang yang kreatif, sentiasa memperbaharui ilmu dan pandai menyampaikan ilmu yang dimiliki dengan kaedah terkini. Guru juga mestilah memiliki sifat yang terpuji seperti penyayang, penyabar, pandai berinteraksi, pandai menyelesaikan masalah pelajar yang pelbagai dan sanggup menghabiskan masa termasuk masa di luar sekolah untuk mendalami masalah pelajar. Bagi mendapatkan ciri-ciri berkualiti, guru perlu mempunyai minat dalam menambah ilmu pengetahuan yang dimiliki mereka. Ini adalah kerana dengan memiliki ilmu yang luas, guru tentu dapat mengajar dengan lebih baik dari pelbagai sudut. Mengajar ilmu yang cetek iaitu daripada satu sudut sahaja, proses pengajaran berkemungkinan menjadi tidak seronok. Tetapi kalau ilmu tersebut luas, pengajaran menjadi lebih menarik dan kepuasan dapat dikecapi. Kualiti dan kecemerlangan, meritokrasi dan standard global adalah sesuatu yang baru diperkenalkan dalam usaha pendidikan berkualiti. Guru yang berkualiti @ cemerlang tidak pernah merasa cukup terhadap ilmu yang dipelajari, memiliki keinginan untuk terus belajar bagi memperoleh ilmu. Guru juga perlu memiliki sikap terpuji dan sentiasa
  • 3. menganggap perubahan sebagai satu cabaran dan bukan satu beban dalam usaha melahirkan generasi berkualiti. Guru yang cemerlang hanya dimiliki jika guru tersebut memiliki sifat yang positif terhadap segala kerjayanya dan menunaikan tanggungjawab tersebut dengan penuh komitmen. Guru-guru ini tidak kenal erti penat, sanggup mengorbankan masa, tenaga dan harta benda bagi kepentingan kerjayanya. Malah ia menganggap tugas yang diamanahkan sebagai satu ibadah. Guru berkualiti atau guru makan gaji ? Globalisasi membawa kepada persaingan yang kian sengit termasuk dalam pasaran buruh. Dalam persaingan yang sedemikian, hanya mereka yang berkualiti tinggi lagi cemerlang saja yang akan berjaya mendapat tempat dalam pasaran buruh berkenaan. Persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang bermutu tinggi ? Dalam konteks pendidikan, perkhidmatan yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat dalam sistem pendidikan mestilah cemerlang, memberikan perkhidmatan terbaik, bermutu tinggi dan mapan. Guru yang berkualiti akan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan dan kegemilangan pelajar serta tahap pendidikan negara keseluruhannya. Oleh itu, adalah wajar bagi setiap warga pendidik untuk mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahirannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika proses ini diambil guna oleh setiap guru, output dan ’outcome’ yang dihasilkan semestinya akan bermutu tinggi sekaligus menyumbang kepada pembangunan sumber manusia negara. Seorang pujangga Barat pernah mengatakan bahawa ’Only teachers who provide contagious learning will produce aspiring students’. Bagaimana atau apa ciri-cirinya yang kita boleh kata guru yang berkualiti atau guru yang cekap itu ? Cekap bukan bererti mampu habiskan sukatan pelajaran tetapi tahap penguasaan atau kemahiran pelajar tidak meningkat ? Guru-guru terlatih juga jangan sampai ada berlaku sindrom guru ’letih’ dan tiada arah tujuan sebagai ’guru sebenar guru’? Begitu juga yang kita kata guru berkualiti itu adakah sekadar memiliki diploma atau ijazah sudah berkualiti ? Bagaimana tahap ilmunya jika tidak mampu memperbetulkan kelemahan pelajar dalam pelbagai aspek P&P seperti aspek ejaan, sebutan, tulisan atau lain-lain bidang kemahiran yang berkaitan ? Bagaimana boleh dikatakan seseorang guru itu guru yang berkualiti jika keterampilan ilmunya dipertikai oleh muridnya sendiri ? Pembelajaran yang berkualiti wujud dari pengajaran yang terancang dan bermutu. Perancangan ’melepas batuk di tangga’ tidak akan mendatangkan hasil yang cemerlang di kalangan pelajar-pelajar, malahan seorang guru yang mengamalkan konsep ’profesional’nya dengan gaya ini menjadi punca utama masalah disiplin di dalam kelas. Pelajar-pelajar yang bosan, tidak bermotivasi serta disuap dengan kaedah pengajaran yang lesu adalah pencetus utama masalah-masalah disiplin di sekolah. Budaya kerja yang berasaskan pengawasan oleh pihak atasan semata-mata perlu diubah kepada kesedaran untuk mengekalkan kualiti tugas. Budaya kerja untuk mengampu bos,
  • 4. kerja bila orang tengok saja, atau kerja hanya untuk dapat anugerah perlu dikikis sama sekali. Tanpa guru berkualiti, tahap penghasilan pelajar pasti akan tetap di takuk lama. Tidak guna mempunyai fizikal sekolah yang gah sekiranya diisi oleh guru-guru tanpa kualiti. Dan yang pasti kualiti bukan diukur daripada segi kecemerlangan guru ketika menjalani kursus perguruan tetapi perlu diukur berdasarkan komitmen mereka dari semasa ke semasa. Jangan lagi ada fenomena menjadi guru hanya untuk makan gaji. Atau masih wujud guru yang tidak lagi bersemangat atau berada dalam zon selesa atau pun lebih parah, pada tahap beku. Kerjaya guru bukan sepatutnya hanya mengimpikan kerja yang dibayar gaji setelah tamat pengajian. Guru perlu tahan lasak mental, fizikal, emosi dan spiritual. Pendidikan ke atas anak-anak bikan persoalan ’trial and error’. Kita tidak memerlukan pendidik yang awal-awal lagi sudah menolak sebahagian manusia dan hanya ingin mendidik manusia daripada jenis yang ia suka didik sahaja. Menjadi guru bererti bersedia menerima apa jua rupa bentuk pelajar yang datang kepadanya. Jika ada yang nakal, maka itulah cabaran yang patut diambil oleh seseorang guru. Seseorang guru tidak patut memilih-milih pelajarnya. ”Aku hendak kelas ini dan aku tidak mahu masuk kelas itu”, tak patut menjadi ungkapan seorang guru. Guru patut tahu bahawa semua pelajar itu berpotensi menjadi lebih baik. Inilah fungsi pendidikan yang patut dimainkan oleh guru. Sesungguhnya peranan guru amatlah besar. Guru bukan sahaja sebagai pengajar tetapi juga sebagai pendidik, pemberi teladan dan pembimbing kepada anak didiknya. Justeru itu, guru bukan sahaja menyampaikan ilmu pendidikan dan keterampilan tertentu tetapi juga membentuk sahsiah dan keperibadian murid-murid atau pelajarnya. Guru mewarnai sistem nilai dan norma yang akan dimiliki pelajar berkenaan. Tiada gunanya memiliki prasarana dan kemudahan yang bertaraf dunia pertama tetapi memiliki minda dan budaya kerja yang bertaraf dunia ketiga. Kita tidak mahu melahirkan insan yang berilmu tinggi tetapi tidak bermoral, tidak berbudi bahasa dan tidak mengenag jasa ibubapa dan masyarakat yang telah banyak berkorban untuknya. Guru umpama bunga yang mengharumi orang disekelilingnya di samping dirinya sendiri. Apabila seseorang itu telah menjadi seorang guru, guru itu akan dipanggil ”Cikgu” di sepanjang hayatnya dan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat. Adakah patut martabat yang begitu tinggi dipersia-siakan hanya kerana sikap yang negatif ? Teaching is a dignified profession that does not discriminate persons on the basis of race, religious beliefs, color, sex, gender, physical characteristics, age or place of origin. Tanggungjawab dan cabaran para guru dalam melaksanakan tugas amatlah berat dan besar. Pepatah Inggeris yang berbunyi ” school teachers are given too much credits and too little cash” menggambarkan betapa besarnya sumbangan para pendidik yang tidak mungkin dapat dinilai dengan wang ringgit. Kini, beban tugas mendidik pelajar semakin
  • 5. berat dan bertambah, amanah dan tanggungjawab perlu ditunaikan dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan lagi profesion keguruan, di samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin. Guru tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap kepentingan peranan mereka membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan menerusi pengajaran berkesan. Guru berkualiti memainkan peranan penting untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki persekolahan menengah. Justeru, guru mesti menghayati tugas murni profesion keguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir. Antara ciri guru berkualiti ialah melaksanakan tugas dengan bersungguh dan ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran. Guru berkualiti bersedia menghadapi cabaran pelajar bermasalah dan tidak mudah mengalah atau cepat tawar hati sehingga hilang semangat untuk berusaha membantu mengatasi kelemahan mereka, selain sentiasa bekerjasama dengan pihak pentadbiran ke arah kebaikan pendidikan negara. Guru juga perlu berusaha mempertingkatkan profesionalisme dari semasa ke semasa dengan mengikuti kursus dan perkembangan terbaru bidang pendidikan. Guru berkualiti perlu seiring dengan aspirasi negara, bukan bertindak mengikut emosi peribadi. Guru mesti sentiasa menunaikan amanah dengan jujur, sekali gus berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan pesat dunia pendidikan, harus memiliki motivasi, keyakinan serta kesedaran diri untuk menghasilkan prestasi kerja berkualiti. Penutup Abad ke 21 adalah merupakan satu persimpangan yang penting dalam ketamadunan manusia. Sejak dua dekad kebelakangan ini satu proses transformasi telah berlaku dan melanda dunia dengan pantas. Kita perlu menyediakan segala sumber manusia dan kelengkapan sosialnya agar dapat membentuk satu daya ketahanan supaya dapat sama- sama bersaing pada peringkat global. Pendidikan hari ini diharap dapat melahirkan ciri- ciri warganegara yang sesuai dengan keperluan sumber manusia pada masa hadapan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara dan Wawasan 2020. Guru cemerlang yang berkualiti mampu melahirkan modal insan yang berketerampilan dan negara semestinya akan menerima impak besar.