11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
KOMUNIKASI UNTUK GURU
1. Komunikasi Untuk Guru (Siri 2)
PERANAN KOMUNIKASI
Menjalin hubungan
Peranan komunikasi yang pertama ialah menjalin hubungan. Untuk menjadi guru
yang dikasihi oleh murid-muridnya, seseorang itu perlu mempunyai
kemahiran menghiburkan murid-muridnya. Antara kemahiran yang amat
berguna untuk menghiburkan orang ialah :
a. Kemahiran mengambil berat tentang diri orang itu. Antara kemahiran itu
ialah pertama, kemahiran bertanya untuk mengetahui keperluannya.
Kedua, kemahiran berkorban iaitu mendahulukan kepentingannya. Dan
ketiga, kemahiran mengenalpasti dan memenuhi keperluan psikologinya.
b. Kemahiran menjaga keselamatannya dari segi psikologi dan fizikal. Ramai
orang yang tinggal di dalam rumah besar tahu bahawa dari segi fizikal
mereka itu dalam keadaan selamat, tetapi batin mereka berasa tidak
selamat. Jiwa mereka berasa resah, gelisah, tidak tenteram dan takut.
Untuk membuat murid-murid berasa selamat, kemahiran yang diperlukan
ialah kemahiran memberi keyakinan kepadanya bahawa dirinya adalah
sentiasa penting.
c. Kemahiran membuat orang lain berasa dirinya sangat dihargai. Kemahiran
yang diperlukan untuk membuat orang itu yakin bahawa sesungguhnya
dirinya dihargai ialah kemahiran menyatakan penghargaan dan sanjungan
dengan menggunakan kata-kata mahupun perbuatan
Rangsangan
Peranan komunikasi yang kedua ialah rangsangan. Murid-murid memerlukan
rangsangan fizikal seperti sentuhan, belaian dan rangsangan mental. Mereka juga
memerlukan rangsangan emosi supaya mengalami perasaan seronok, suka,
bahagia dan puas. Rangsangan emosi boleh diberi dengan menggunakan
kemahiran berkata-kata secara positif. Kemahiran berbual-bual, memuji,
menghibur dan bergurau adalah sangat perlu untuk memberi rangsangan emosi.
Estim-diri
Peranan komunikasi yang ketiga ialah estim-diri. Murid-murid memerlukan
kemuliaan dan penghargaan. Dengan cara berkomunikasi mereka boleh merasa
bahawa diri mereka diperlukan, dihargai dan penting kepada orang lain. Perasaan
tersebut adalah asas kepada estim-diri yang sihat.
Berkongsi
Peranan komunikasi yang keempat ialah perkongsian. Sebagai manusia biasa kita
perlu menambahkan lagi rasa kenikmatan yang kita alami dalam hidup, dan
mengurangkan rasa kesengsaraan. Kita juga ingin berkongsi dengan orang lain
segala tuah dan nasib baik yang kita dapat. Begitu halnya dengan nasib malang
dan kedukaan yang menimpa kita.
TUJUAN KOMUNIKASI
Saling faham-memahami
2. Guru dan murid berkomunikasi kerana ada beberapa tujuan yang hendak dicapai.
Tujuan pertama ialah mereka hendak saling faham-memahami satu sama lain.
Sebagai contoh, guru hendak memahami masalah murid-muridnya. Dia hendak
mengenali siapa mereka, siapa diri mereka, apa yang mereka fikirkan, apa yang
mereka rasakan dan macam-macam lagi maklumat berkenaan murid-muridnya.
Ada kalanya, guru terlupa kepada tujuan ini. Apabila mereka bercakap mereka
sibuk bercakap berkenaan segala hal yang berkisar pada diri mereka sahaja.
Mereka mahu diri mereka sahaja difahami oleh murid-murid yang mendengar
mereka bercakap. Mereka tidak berminat untuk memahami murid-muridnya.
Menjalin hubungan
Tujuan kedua manusia berkomunikasi ialah kerana mereka mahu menjalin
hubungan dengan manusia lain. Guru-guru yang memiliki kemahiran
berkomunikasi pandai membuat murid-muridnya merasakan diri mereka dikasihi,
dihargai dan dimuliakan.
Mempengaruhi
Manusia juga berkomunikasi kerana mereka hendak mempengaruhi fikiran,
perasaan dan tingkah laku orang-orang lain. Sebagai contoh, seorang guru cuba
menukar sikap, tabiat, pendapat dan tingkah laku murid-muridnya.
http://iphira.tripod.com/buletin/ogos/artikel_komunikasi.htm