Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Skrip nabi nuh
1. NAMA PESERTA: NUR QISHA QAIREENA BINTI AHMAD FUZI
TAJUK: DAKWAH NABI NUH TERHADAP KAUMNYA
Assalamualaikum, pembuka bicara,
Kepada hadirin- hadirin semua,
Qisha Qaireena, namalah saya,
Mari semua dengar cerita.
Terima kasih tuan pengerusi majlis,
Barisan hakim yang adil lagi saksama,
Guru-guru dan rakan-rakan semua.
Kawan-kawan, nak tahu tak tajuk cerita saya?
Cerita saya bertajuk, Dakwah Nabi Nuh Terhadap Kaumnya.
(Syair: Irama Hiasan)
Wahai kawanku dengarlah cerita,
Kisah nabi Nuh dengan kaumnya,
Dakwah diberi Nabi dipersenda,
Namun Nabi Nuh, tak putus asa.
2. Hadirin semua tahu tak? Nabi Nuh alaihissalam adalah nabi yang
ketiga selepas Nabi Adam dan Nabi Idris. Nabi Nuh berdakwah
kepada Penduduk Armenia. Mereka menyembah berhala. (Pendahuluan)
Nabi Nuh mengajak mereka menyembah Allah yang Maha
Berkuasa, bukannya berhala!
Lalu, Allah berfirman,
أعوذ هلل ا ب من يطان ش ال
يم رج ال
Maksudnya,
Dia pun berkata, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus
kepada kamu, sebagai pemberi peringatan dan amaran yang nyata”
(Surah Nuh ayat 2)
Nabi Nuh sangat sabar. Baginda berdakwah 900 tahun. Lama kan
kawan-kawan? tetapi, kaumnya tetap degil! Cuma 83 orang sahaja
yang beriman.
Sifat sabar dan taat ini harus dicontohi oleh kita semua.
(pengajaran)
Banyak cabaran yang Nabi Nuh hadapi semasa berdakwah.
Baginda pernah dipukul sehingga pengsan.
3. Isteri Baginda pula, menuduh baginda orang yang gila. Baginda
sangat sedih, tetapi masih bersabar dalam menyampaikan dakwah.
(Pantun)
Padang pasir tiada hujan,
Tiada pula pohon teduhan,
Doa dipinta kepada Tuhan,
Agar diberi petunjuk jalan.
Setelah Nabi Nuh memohon petunjuk Allah, Malaikat Jibrail
memberi benih pokok kayu dari syurga. Benih itu ditanam, lalu
tumbuh menjadi pokok yang sangat besar.
Allah menyuruh Nabi Nuh membina sebuah kapal dari pokok itu.
Dugaan menimpa lagi, Nabi Nuh diejek dan ditertawa oleh
kaumnya yang ingkar.
(Nasyid: Rasulullah)
Sayu hati, sayu sekali,
Pabila diri, terus dicaci,
Namun nabi, kuatkan hati,
Demi perintah dari Ilahi…
4. Seterusnya, setelah kapal itu siap, Nabi Nuh dan pengikutnya yang
beriman naik ke atas kapal.
Nabi Nuh mengajak isteri dan anaknya naik bersama, tetapi mereka
tak mahu dan tak percaya pada Nabi Nuh.
(Sajak)
Subhanallah…
Besarnya Kuasa Allah,
Tiba-tiba,
Hujan turun dengan lebatnya,
Banjir besar melanda,
Bukit tinggi dan pengikut yang ingkar, tenggelam bersama,
Termasuk anak dan isteri baginda.
Akhirnya kawan-kawan, banjir besar surut. Setelah mereka turun
dari kapal, mereka sangat bersyukur kerana selamat.
Pengajaran daripada peristiwa ini ialah sabar dan tekun adalah ciri
orang yang beriman. (Pengajaran)
5. Seperti yang berlaku di Acheh, setelah dilanda Tsunami besar,
Rakyat Acheh berusaha untuk membangunkan semula negeri
mereka. (Isu semasa)
Iman dan taat mereka juga semakin kuat.
(Pantun)
Sabar dan iman tak boleh diwarisi,
Itulah tuntutan dari Ilahi,
Sifat Nabi Nuh perlulah dicontohi,
Agar hidup selalu diberkati. (Penutup)
Sekian sahaja cerita saya pada hari ni.
و
َهللاَبهو ولتَّيَف َّوْقال و
للهياهاََوال وهو و
لمهالْمال و
َّمليَّيهمهع و
للهمَّمهرهو و
َِ و
لبلقهايهرهبهو