SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...Warahmatullahi wabarakatuh.


KATA ALUAN
Awal kalam dengan Nama Rabbul Izzati
Solawat dan salam kepada junjungan Nabi
dimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi,
Hadirin sekalian…Di Pentas bercerita kita bertemu lagi.


Yang dimuliakan;
Tuan pengerusi yang petah berbicara
Panel hakim yang arif sentiasa
Penjaga masa yang siap siaga


Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya,
Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya,
Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya


Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah NABI MUHAMMAD
DI GUA HIRAK.

[ISI 1]

Hadirin Sekelian;

Ketika berusia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diri
di Gua Hirak. Gua Hirak terletak tidak jauh dari Jabal Annur. Dari kota
Mekah jauhnya kira-kira 5 Kilometer.        Nabi   Muhammad beribadat dan
mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada masyarakat Arab
yang tidak bermoral.



                                     1
Di Gua Hira', Baginda beruzlah dalam kesunyian, bertafakur tentang
kebesaran Tuhan serta memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu.


Hadirin sekalian,
Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad pada zaman ini? Ciri-ciri
masyarakat jahiliah pada masa itu telah menular dengan hebat pada
zaman sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina, membuang dan
membunuh anak, riba dan sebagainya menjadi nanah di dalam
masyarakat Islam. Sungguh sedih...

[ISI 2]

Akhirnya, pada suatu malam,yang bertarikh 17 Ramadhan, tiba-tiba,
datanglah seorang lelaki terus memeluk Rasulullah, dengan erat. Lelaki itu
berkata” Bacalah, Wahai Muhammad”!

Nabi      Muhammad    sangat   terkejut    dan   gementar.   Tubuh     baginda
mengelentar dan jantung berdegup kencang.           Baginda berpeluh dalam
kesejukan yang amat sangat.

“Saya tidak tahu membaca”. Jawab Rasulullah.

Lalu malaikat jibril yang berupa seperti lelaki itu, mengulangi lagi
permintaannya, Rasulullah tetap menjawab. "Saya tidak tahu membaca"
Setelah kali ketiga, jawapan baginda tetap sama, Jibril akhirnya berkata”

[DALIL 1]

   ُ َ ْ     َ َّ َ َْ ْ   ٍ َ ْ ِ َ َ ِ َ ََ         َ ََ ِ ّ َ َّ ِ ْ ِ َْ ْ
{3}‫اقرأ باسم ربك الذي خلق}1{ خلق النسان من عَلق}2{ اقرأ ورببك ال َكبربم‬
                                }5}‫الذي علم بالقلم}4{ علم النسان ما لم يعلم‬
                                   ْ َْ َ ْ َ َ َ َ ِ َ َّ    ِ ََ ْ ِ َ َّ ِ ّ


Yang bermaksud,


                                       2
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia
dari segumpal darah.
Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar
manusia dengan kalam.
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.
" Surah al-Alaq ayat 1-5


[PANTUN]
Tersemat erat sejarah agama
Kukuh terpahat di hati ummat
Surah al-Alaq Wahyu pertama
Di Gua hira’ menjadi tempat


Para hadirin sekelian,
Inti pati surah al-Alaq adalah amanah sulung Allah untuk mendapatkan
ilmu pengetahuan. Bermula dari pengisytiharan “Iqra “ oleh Jibril pada
malam yang penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah.
Banyak kemajuan kini seperti bidang sains, teknologi, geografi,
matematik dan seumpamanya adalah bersumber daripada usaha-usaha
awal umat Islam yang digerakkan oleh wahyu pertama, ‘Iqra’.

Oleh itu kawan-kawan , Marilah kita belajar bersungguh-sungguh. Kita
sifarkan kadar buta huruf di negara kita dengan mengamalkan suruhan
Allah; membaca dan menulis.

[PANTUN]
Luas laut merata-rata
Campakkan bilis ke dalam pukat
Keringlah laut menjadi tinta
Takkan tertulis ajaran Muhammad

                                     3
Para hadirin sekalian,
Setelah berlaku peristiwa itu, Rasulullah pulang dengan penuh rasa
gementar, lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda.
Diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku.
Lalu Khadijah berkata;

“Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi Tuhan yang
menjadikan diriku, Allah   tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah
sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturahim, menjalankan
amanah,      melaksanakan      tanggungjawab,     memuliakan         tetamu,
mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang sentiasa
bercakap benar.”

Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati
Baginda tenang. SIFAT isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin
Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang
mempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut, cergas, cerdas,
dermawan dan menjaga rahsia.
Allah berfirman:



Yang bermaksud; Wanita solehah adalah mereka yang taat lagi
memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara
mereka. (al-Nisa’: 34)


Para hadirin dan sahabat sekelian,
Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan
kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Warakah bin Naufal seorang


                                     4
yang alim dan berpegang dengan tauhid. Setelah diceritakan peristiwa
yang berlaku, Waraqah pun berkata;


“ Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah nabi kepada umat ini.
Sesungguhnya jika aku masih hidup dan di waktu itu orang-orang
memusuhimu, nescaya akulah orang yang pertama menolongmu”.


Mendengar kata-kata waraqah tenanglah hati Siti Khadijah. Suaminya
adalah pesuruh Allah, Tuhan sekelian alam. Rasulullah mula berdakwah
secara sulit selama tiga tahun di kalangan keluarga baginda.


[PENUTUP]

[NASYID]-RABBANI

“Bacalah..sebutlah dengan nama
tuhan yang menciptakan
segala kejadian di dunia

bacalah ..tulislah dengan pena
wahyu yang diutuskan
risalah kebenaran untuk insan”


NUN DI SANA INDAHNYA PELITA
SAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBAR
AKHIR KATA, TAMATLAH CERITA
AMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR

Sekian sahaja.
Wabilahhi taufik walhidayah wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh.




                                     5
Menurut Waraqah, lelaki yang datang kepada nabi di gua Hira’ adalah malaikat Jibril.


Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim
dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau
mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai.
Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari
penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala
tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh
memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi

didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain.
Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri.
Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan
hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia.

Wahyu “Iqra`” merupakan amanah sulung dalam perutusan Allah melalui Nabi Muhammad saw untuk
disampaikan kepada umat manusia. Pada ketika itu kebanyakan orang Arab dikotori dengan
pencemaran syirik, khurafat dan kejahilan. Amanah ini kemudiannya menjadi tonggak kepada tamadun
Islam yang merupakan simbul kepada ilmu dan tamadun.
         Wahyu “Iqra`” dengan jelas menjadikan ilmu sebagai asas bagi tamadun Islam yang bermula
dengan membaca dan menulis dengan pena. Persoalan awal perlu diteliti ialah kepada siapakah wahyu
itu ditujukan?. Umum Mufassirin berpendapat, ia ditujukan kepada Nabi saw ketika baginda sedang
beribadat di dalam gua Hira`. Jawapan mereka itu dilihat serasi dengan hadith Jibril yang menyuruh
berkali-kali supaya Nabi membaca, sambil memeluknya dengan kuat hinggalah dia menghilangkan
dirinya dari pandangan Nabi saw.

       . Sebagai kesimpulan, ayat “Iqra`” menunjukkan wajib membaca dan menulis. Hukuman ini
meliputi Nabi saw dan umatnya, sama ada lelaki atau perempuan. Inilah asas tamadun Islam yang
berjaya mendidik umatnya supaya berilmu dan beramal. Malangnya setelah negara dijajah, kebangkitam
Islam terancat, umatnya dihimpit kejahilan hingga ke peringkat buta huruf yang sukar diselamatkan.

MARI MENYULUH DI DUSUN KUINI
BUAHNYA LEBAT SEJAK DAHULU
JARI SEPULUH DISUSUN KINI
ANDAINYA TERSIRAT KATA TERLALU.

Sekian Terima kasih.




                                                6
Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika
suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan
ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta
suaminya.(Taisir, hal. 177)

Hadirin sekalian




“Iqra’ “ yang diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi nafas baru kepada
mereka, memberi semangat waja kepada mereka,memacu mereka menjadi pemimpin dunia.


                                                 7
Marilah kita mengambil semangat dari gugahan ‘Iqra’ “ ini dengan kita memacu diri kita ke hadapan,
menjalankan titah perintah-Nya dan membela agamanya agar kita dapat mengembalikan tamaddunnya
yang gemilang.




“Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan
daripada pembeza (antara yang hak dan batil).”
(Surah al-Baqarah, ayat 185)


Orang berjamu meja beralas
Tamu utama jiran sebelah
Menuntut Ilmu tulus ihklas
Niatnya Cuma kerana allah




Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa darjat
(Surah al-Mujadilah: Ayat 11).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

  Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah.
(Riwayat Tarmizi).



TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN
PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI.


JASAMU DIKENANG
BUDIMU TAK TERBILANG
SEMANGATMU DIJULANG
KEPIMPINANMU GEMILANG


MENJADIKAN KAMI CEMERLANG...
TERIMA KASIH CIKGU....


. Kepentingan Ilmu Pengetahuan

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan
kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu
pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang
hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap
kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang
                                                 8
memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda,
maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan
perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara
yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu
pengetahuan ialah;

2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih
tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi
di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
‫يرفع ال الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. وال بما تعملون خبير‬
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan"

2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam
surah al-Zumar, ayat 9 ;
‫قل هل يستوي الذين يعلمون والذين ل يعلمون. انما يتذكر أولولوا اللبب‬
Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?
Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya
yang berilmu dan bijaksana"

2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan
cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
‫انما يخشى ال من عباده العلمؤا‬
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang
berilmu”

2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat,
memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh.

2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum
atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi
dengan sebaiknya.

2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng
yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat,
dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar
kebendaan duniawi.

2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan
sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia.

2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu
sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil.

                                                               9
.




Dengan Bismillah kami mulai

Alhamdulillah wassala tannabi

Dengan takdir Ilahi Rabbi

Sampai makdud yang dicitai

Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.Hendak mengenal orang
berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak
murka.Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar.

INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH

Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka

Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat

Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai

Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil



Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah
Baginda kepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku!
Selimutkanlah aku!" Maka diselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasa
ketakutan kemudian berkata Baginda kepada Khadijah setelah menceritakan
khabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)." Lalu Khadijah pun berkata
kepada Baginda, "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya
kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul
bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan
engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."




                                              10

More Related Content

What's hot

Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Maimunah Sibli
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
JOHOR IS DA BEST
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
ssuser83ab23
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
asmirahn
 
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis GraduasiSijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Miz Malinz
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Salahhuddin Salleh
 
Sijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramahSijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramah
Najihah Nazri
 

What's hot (20)

Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggerisPengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
Pengacara majlis perhimpunan mingguan bahasa inggeris
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah2. teks hijrah rasulullah
2. teks hijrah rasulullah
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
Teks pengacara majlis
Teks pengacara majlisTeks pengacara majlis
Teks pengacara majlis
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durianTeks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
Teks pengacara majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah bechah durian
 
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docxTEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI DAN SIJIL TAMAT SEKOLAH.docx
 
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docxTEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN.docx
 
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis GraduasiSijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
Sijil Anugerah Pelajar Terbaik Majlis Graduasi
 
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
Teks pengacara majlis hari anugerah kecemerlangan 2018
 
Sistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan deweySistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan dewey
 
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi PrasekolahTeks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
Teks Pengacara Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Prasekolah
 
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
 
Sijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramahSijil penghargaan penceramah
Sijil penghargaan penceramah
 
Teks pertunangan
Teks pertunanganTeks pertunangan
Teks pertunangan
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Teks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasulTeks pengacara majlis maulidur rasul
Teks pengacara majlis maulidur rasul
 
Ucapan perpisahan
Ucapan perpisahanUcapan perpisahan
Ucapan perpisahan
 
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docxUCAPAN GURU BERTUGAS.docx
UCAPAN GURU BERTUGAS.docx
 

Similar to Cerita mtq nabi muhammad digua hira'

Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad sPeristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
noryantee
 
Bab i hr. bukhari muslim
Bab i hr. bukhari muslimBab i hr. bukhari muslim
Bab i hr. bukhari muslim
Dhya Ramdhani
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'raj
Oni Eksekutif
 
Surah ad dhuha
Surah ad dhuhaSurah ad dhuha
Surah ad dhuha
Izam Din
 
Artikel sejarah peradaban islam
Artikel sejarah peradaban islamArtikel sejarah peradaban islam
Artikel sejarah peradaban islam
Fakhru Al-bantani
 
Eksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhir
Eksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhirEksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhir
Eksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhir
Sang Pendosa
 

Similar to Cerita mtq nabi muhammad digua hira' (20)

Tafsir Al azhar 096 al alaq
Tafsir Al azhar 096 al alaqTafsir Al azhar 096 al alaq
Tafsir Al azhar 096 al alaq
 
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’ANMakalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
Makalah SEJARAH NUZULUL QUR’AN
 
Buletin 37
Buletin 37Buletin 37
Buletin 37
 
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad sPeristiwa israk mikraj nabi muhammad s
Peristiwa israk mikraj nabi muhammad s
 
Surah al alaq
Surah al alaqSurah al alaq
Surah al alaq
 
Hadits keimanan
Hadits keimananHadits keimanan
Hadits keimanan
 
Bab i hr. bukhari muslim
Bab i hr. bukhari muslimBab i hr. bukhari muslim
Bab i hr. bukhari muslim
 
Presentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'rajPresentation isra and mi'raj
Presentation isra and mi'raj
 
hadis 2.pptx
hadis 2.pptxhadis 2.pptx
hadis 2.pptx
 
Pengantar studi keislaman
Pengantar studi keislamanPengantar studi keislaman
Pengantar studi keislaman
 
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman RasulullahPenurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
Penurunan dan penulisan al-Quran zaman Rasulullah
 
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docxSKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
SKRIP – LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR.docx
 
Surah ad dhuha
Surah ad dhuhaSurah ad dhuha
Surah ad dhuha
 
Pengajian Agama bertajuk : Attazkiratul Hadramiyah
Pengajian Agama  bertajuk : Attazkiratul HadramiyahPengajian Agama  bertajuk : Attazkiratul Hadramiyah
Pengajian Agama bertajuk : Attazkiratul Hadramiyah
 
Artikel sejarah peradaban islam
Artikel sejarah peradaban islamArtikel sejarah peradaban islam
Artikel sejarah peradaban islam
 
Kitab jawshan khabeer
Kitab jawshan khabeerKitab jawshan khabeer
Kitab jawshan khabeer
 
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya WahyuSirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
Sirah Nabawiyah 22: Terputusnya Wahyu
 
URGENSI MEMBINA.pptx
URGENSI MEMBINA.pptxURGENSI MEMBINA.pptx
URGENSI MEMBINA.pptx
 
QS. AL 'ALAQ, 1-5.pptx
QS. AL 'ALAQ, 1-5.pptxQS. AL 'ALAQ, 1-5.pptx
QS. AL 'ALAQ, 1-5.pptx
 
Eksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhir
Eksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhirEksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhir
Eksistensi nabi muhammad sebagai nabi terakhir
 

Cerita mtq nabi muhammad digua hira'

  • 1. Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...Warahmatullahi wabarakatuh. KATA ALUAN Awal kalam dengan Nama Rabbul Izzati Solawat dan salam kepada junjungan Nabi dimohon limpahan berkat segala nikmat yang diberi, Hadirin sekalian…Di Pentas bercerita kita bertemu lagi. Yang dimuliakan; Tuan pengerusi yang petah berbicara Panel hakim yang arif sentiasa Penjaga masa yang siap siaga Tak molek, jika ada alu, tiada lesungnya, Tak berguna, kalau ada dayung, tiada sampannya, Tak lengkaplah cerita, kalau tiada tajuknya Tajuk cerita saya pada pagi yang berbahagia ini ialah NABI MUHAMMAD DI GUA HIRAK. [ISI 1] Hadirin Sekelian; Ketika berusia hampir 40 tahun, Nabi Muhammad suka mengasingkan diri di Gua Hirak. Gua Hirak terletak tidak jauh dari Jabal Annur. Dari kota Mekah jauhnya kira-kira 5 Kilometer. Nabi Muhammad beribadat dan mengasingkan diri untuk mencari ketenangan daripada masyarakat Arab yang tidak bermoral. 1
  • 2. Di Gua Hira', Baginda beruzlah dalam kesunyian, bertafakur tentang kebesaran Tuhan serta memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Hadirin sekalian, Bagaimana pula dengan umat Nabi Muhammad pada zaman ini? Ciri-ciri masyarakat jahiliah pada masa itu telah menular dengan hebat pada zaman sekarang. Gejala keruntuhan moral seperti berzina, membuang dan membunuh anak, riba dan sebagainya menjadi nanah di dalam masyarakat Islam. Sungguh sedih... [ISI 2] Akhirnya, pada suatu malam,yang bertarikh 17 Ramadhan, tiba-tiba, datanglah seorang lelaki terus memeluk Rasulullah, dengan erat. Lelaki itu berkata” Bacalah, Wahai Muhammad”! Nabi Muhammad sangat terkejut dan gementar. Tubuh baginda mengelentar dan jantung berdegup kencang. Baginda berpeluh dalam kesejukan yang amat sangat. “Saya tidak tahu membaca”. Jawab Rasulullah. Lalu malaikat jibril yang berupa seperti lelaki itu, mengulangi lagi permintaannya, Rasulullah tetap menjawab. "Saya tidak tahu membaca" Setelah kali ketiga, jawapan baginda tetap sama, Jibril akhirnya berkata” [DALIL 1] ُ َ ْ َ َّ َ َْ ْ ٍ َ ْ ِ َ َ ِ َ ََ َ ََ ِ ّ َ َّ ِ ْ ِ َْ ْ {3}‫اقرأ باسم ربك الذي خلق}1{ خلق النسان من عَلق}2{ اقرأ ورببك ال َكبربم‬ }5}‫الذي علم بالقلم}4{ علم النسان ما لم يعلم‬ ْ َْ َ ْ َ َ َ َ ِ َ َّ ِ ََ ْ ِ َ َّ ِ ّ Yang bermaksud, 2
  • 3. "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. " Surah al-Alaq ayat 1-5 [PANTUN] Tersemat erat sejarah agama Kukuh terpahat di hati ummat Surah al-Alaq Wahyu pertama Di Gua hira’ menjadi tempat Para hadirin sekelian, Inti pati surah al-Alaq adalah amanah sulung Allah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Bermula dari pengisytiharan “Iqra “ oleh Jibril pada malam yang penuh berkat tersebut, sejarah manusia berubah wajah. Banyak kemajuan kini seperti bidang sains, teknologi, geografi, matematik dan seumpamanya adalah bersumber daripada usaha-usaha awal umat Islam yang digerakkan oleh wahyu pertama, ‘Iqra’. Oleh itu kawan-kawan , Marilah kita belajar bersungguh-sungguh. Kita sifarkan kadar buta huruf di negara kita dengan mengamalkan suruhan Allah; membaca dan menulis. [PANTUN] Luas laut merata-rata Campakkan bilis ke dalam pukat Keringlah laut menjadi tinta Takkan tertulis ajaran Muhammad 3
  • 4. Para hadirin sekalian, Setelah berlaku peristiwa itu, Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar, lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku. Lalu Khadijah berkata; “Gembiralah, tenangkanlah hatimu wahai Muhammad. Demi Tuhan yang menjadikan diriku, Allah tidak sekali-kali akan menghinamu, engkaulah sesungguhnya selama ini menghubungkan silaturahim, menjalankan amanah, melaksanakan tanggungjawab, memuliakan tetamu, mengembalikan hak-hak kepada tuannya dan kaulah orang yang sentiasa bercakap benar.” Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. SIFAT isteri solehah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti amanah, lemah lembut, cergas, cerdas, dermawan dan menjaga rahsia. Allah berfirman: Yang bermaksud; Wanita solehah adalah mereka yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34) Para hadirin dan sahabat sekelian, Siti Khadijah meminta izin kepada suaminya untuk mengajukan persoalan kepada sepupunya iaitu Warkah bin Naufal. Warakah bin Naufal seorang 4
  • 5. yang alim dan berpegang dengan tauhid. Setelah diceritakan peristiwa yang berlaku, Waraqah pun berkata; “ Demi Tuhan, sesungguhnya engkau adalah nabi kepada umat ini. Sesungguhnya jika aku masih hidup dan di waktu itu orang-orang memusuhimu, nescaya akulah orang yang pertama menolongmu”. Mendengar kata-kata waraqah tenanglah hati Siti Khadijah. Suaminya adalah pesuruh Allah, Tuhan sekelian alam. Rasulullah mula berdakwah secara sulit selama tiga tahun di kalangan keluarga baginda. [PENUTUP] [NASYID]-RABBANI “Bacalah..sebutlah dengan nama tuhan yang menciptakan segala kejadian di dunia bacalah ..tulislah dengan pena wahyu yang diutuskan risalah kebenaran untuk insan” NUN DI SANA INDAHNYA PELITA SAMBIL BERJALAN CAHAYA TERSEBAR AKHIR KATA, TAMATLAH CERITA AMBIL PENGAJARAN JADIKAN IKTIBAR Sekian sahaja. Wabilahhi taufik walhidayah wassalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh. 5
  • 6. Menurut Waraqah, lelaki yang datang kepada nabi di gua Hira’ adalah malaikat Jibril. Orang yang dipilih oleh Siti Khadijah bukanlah sebarangan orang, Warkah seorang yang alim dan berpegang pada ajaran tauhid. Pengajaran di sini dalam menceritakan masalah atau mengajukan permasalahan kita untuk diselesaikan adalah dengan memilih orang yang sesuai. Kadangkala wanita menceritakan masalah mereka bukan untuk mengurang atau mencari penyelsaian terbaik, tetapi sekadar untuk melepaskan geram. Akibatnya, suami kadangkala tahu keburukannya diceritakan oleh sang isteri kepada orang lain (disampaikan). Ini boleh memburukkan lagi keadaan antara suami isteri yang bermasalah tadi didatangi Malaikat Jibril, adalah rahsia besar yang tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Sikap Khadijah ini memberi input yang baik kepada muslimat terutama yang bergelar isteri. Kadangkala kita dapati isteri-isteri tidak menjaga akhlak mereka dengan sibuk menceritakan hal keluarga termasuk bersifat peribadi dan rahsia. Wahyu “Iqra`” merupakan amanah sulung dalam perutusan Allah melalui Nabi Muhammad saw untuk disampaikan kepada umat manusia. Pada ketika itu kebanyakan orang Arab dikotori dengan pencemaran syirik, khurafat dan kejahilan. Amanah ini kemudiannya menjadi tonggak kepada tamadun Islam yang merupakan simbul kepada ilmu dan tamadun. Wahyu “Iqra`” dengan jelas menjadikan ilmu sebagai asas bagi tamadun Islam yang bermula dengan membaca dan menulis dengan pena. Persoalan awal perlu diteliti ialah kepada siapakah wahyu itu ditujukan?. Umum Mufassirin berpendapat, ia ditujukan kepada Nabi saw ketika baginda sedang beribadat di dalam gua Hira`. Jawapan mereka itu dilihat serasi dengan hadith Jibril yang menyuruh berkali-kali supaya Nabi membaca, sambil memeluknya dengan kuat hinggalah dia menghilangkan dirinya dari pandangan Nabi saw. . Sebagai kesimpulan, ayat “Iqra`” menunjukkan wajib membaca dan menulis. Hukuman ini meliputi Nabi saw dan umatnya, sama ada lelaki atau perempuan. Inilah asas tamadun Islam yang berjaya mendidik umatnya supaya berilmu dan beramal. Malangnya setelah negara dijajah, kebangkitam Islam terancat, umatnya dihimpit kejahilan hingga ke peringkat buta huruf yang sukar diselamatkan. MARI MENYULUH DI DUSUN KUINI BUAHNYA LEBAT SEJAK DAHULU JARI SEPULUH DISUSUN KINI ANDAINYA TERSIRAT KATA TERLALU. Sekian Terima kasih. 6
  • 7. Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177) Hadirin sekalian “Iqra’ “ yang diturunkan di malam Lailatul Qadr telah menggerakkan mereka, memberi nafas baru kepada mereka, memberi semangat waja kepada mereka,memacu mereka menjadi pemimpin dunia. 7
  • 8. Marilah kita mengambil semangat dari gugahan ‘Iqra’ “ ini dengan kita memacu diri kita ke hadapan, menjalankan titah perintah-Nya dan membela agamanya agar kita dapat mengembalikan tamaddunnya yang gemilang. “Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada pembeza (antara yang hak dan batil).” (Surah al-Baqarah, ayat 185) Orang berjamu meja beralas Tamu utama jiran sebelah Menuntut Ilmu tulus ihklas Niatnya Cuma kerana allah Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (Surah al-Mujadilah: Ayat 11). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad pada jalan Allah. (Riwayat Tarmizi). TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI,TERIMA KASIH DI UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA DI ATAS UCAPAN ITU TADI. JASAMU DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG SEMANGATMU DIJULANG KEPIMPINANMU GEMILANG MENJADIKAN KAMI CEMERLANG... TERIMA KASIH CIKGU.... . Kepentingan Ilmu Pengetahuan Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang 8
  • 9. memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Antara kepentingan ilmu pengetahuan ialah; 2.1 Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ; ‫يرفع ال الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. وال بما تعملون خبير‬ Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan" 2.2 Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan manusia. Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ; ‫قل هل يستوي الذين يعلمون والذين ل يعلمون. انما يتذكر أولولوا اللبب‬ Maksudnya; “Katakanlah adakah sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana" 2.3 Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya. Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ; ‫انما يخشى ال من عباده العلمؤا‬ Maksudnya ; “Sesungguhnya yang takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu” 2.4 Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika berhadapan dengan musuh. 2.5 Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna, samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya. 2.6 Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi. 2.7 Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup manusia di dunia. 2.8 Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang batil. 9
  • 10. . Dengan Bismillah kami mulai Alhamdulillah wassala tannabi Dengan takdir Ilahi Rabbi Sampai makdud yang dicitai Barangsiapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang.Hendak mengenal orang berbangsa, lihatlah kepada budi dan bahasa.Pada orang tua jangan derhaka, supaya Allah tidak murka.Kalau mulut tajam dan kasar, kelak ditimpa bahaya besar. INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH Dengan bapa jangan derhaka Supaya Allah tidak murka Dengan ibu hendaklah hormat Supaya badan dapat selamat Dengan anak janganlah lalai Supaya boleh naik ke tengah balai Dengan kawan hendaklah adil Supaya tangannya jadi kapil Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah Baginda kepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!" Maka diselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata Baginda kepada Khadijah setelah menceritakan khabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)." Lalu Khadijah pun berkata kepada Baginda, "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala." 10