Dokumen tersebut menjelaskan tentang sifat tasamuh Nabi Muhammad SAW. Sifat tasamuh bererti toleransi dan mudah memaafkan. Nabi Muhammad SAW memiliki sifat tasamuh yang tinggi, seperti dalam keluarga dengan anak cucunya, dengan sahabat seperti Anas bin Malik, dan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama. Sifat tasamuh Nabi membantu masyarakat menjadi harmonis dan bersatu.
2. SIFAT TASAMUH NABI MUHAMMAD S.A.W YANG UNGGUL
Pengertian Tasamuh:
• Tasamuh bererti toleransi, iaitu bertolak ansur dan mudah
memaafkan.
• Tasamuh juga bererti berlapang dada, berfikiran terbuka dan
dapat menerima atau menghormati pendapat orang lain.
• Nabi Muhammad S.A.W memiliki akhlak dan peribadi yang
unggul.
• Baginda sentiasa mengamalkan sifat Tasamuh dalam kehidupan
walaupun baginda seorang pemimpin negara.
• Sifat Tasamuh baginda sangat disenangi oleh anggota keluarga
dan kaum muslimin.
3. TASAMUH NABI MUHAMMAD S.A.W DALAM KELUARGA
• Nabi Muhammad S.A.W merupakan seorang Rasul dan
pemimpin negara.
• Rutin harian baginda sangat sibuk.
• Namun begitu, baginda tetap membantu isteri-isteri baginda
dalam urusan rumahtangga.
• Nabi Muhammad juga sentiasa berlapang dadah dan
memaafkan anggota keluarga baginda.
• Pada suatu hari, cucu baginga yang masih kecil yang bernama
Hasan dan Husin, memanjat ke atas belakang nabi ketika
baginda sedang sujud.
• Nabi meneruskan solat selepas Hasan dan Husin turun dari
belakang baginda. Baginda tidak memarahi mereka bahkan
mendidik mereka dengan kasih sayang dan santun.
4. TASAMUH NABI MUHAMMAD BERSAMA –SAMA
DENGAN SAHABAT
• Anas Bin malik adalah merupakan pembantu nabi Muhammad
sejak kecil, Nabi Muhammad melayan Anas dengan kasih
sayang dan santun.
• Pada suatu hari Baginda meminta Anas menyelesaikan satu
tugasan, namun Anas telah keluar rumah sebelum
menyelesaikan tugasan tersebut, tiba-tiba Nabi Muhammad
memegang leher Anas dari belakang sambil tersenyum dan
Nabi Muhammad tidak memarahi Anas walaupun tugasannya
belum disiapkan, malahan nabi mengingatkan agar Anas
menyiapkan tugasan tersebut.
• Ini menunjukkan Nabi seorang yang mengamalkan Tasamuh
dalam menangani sesuatu perkara.
• Tidak seperti kita yang akan memarahi seseorang yang tidak
5. TASAMUH NABI MUHAMMAD DALAM MASYARAKAT
BERBILANG KAUM DAN AGAMA
• Nabi Muhammad ialah pemimpin masyarakat yang dikagumi.
• Baginda mengamalkan Tasamuh dalam masyarakat yang
berbilang kaum dan agama.
• Anggota masyarakat juga mengamalkan Tasamuh sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.
• Sifat Tasamuh Berjaya melahirkan masyarakat yang harmoni,
bersatu padu dan maju.