SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Minggu 3: ( 31 Mac – 4 April 2008 )

Kebanyakkan hari – hari persekolahan pada minggu ini diisi dengan latihan
persediaan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) kali ke-21 dan juga beberapa
Mesyuarat Peringkat Sekolah. Seperti mana guru dan murid Aliran Perdana, kami
di Pendidikan Khas juga tidak ketingglan melaksanakan latihan persembahan
sebaik mungkin. Pelatih tidak terlibat secara lansung dalam melatih murid – murid
dalam persembahan mereka kerana guru yang ada sudah mencukupi. Sepanjang
sesi latihan dan raptai, Pelatih melihat kesungguhan guru – guru Pendidikan Khas
ini dalam melatih murid dalam persembahan sketsa. Begitu juga dengan guru –
guru yang lain. Kesungguhan guru – guru tersebut jelas membuatkan murid –
murid bersemangat dalam menjalani latihan. Hasilnya dapat dilihat semasa hari
Majlis Anugerah Cemerlang pada 3 Mac 2008. Murid – murid memberikan
persembahan yang terbaik.



Dalam kebingitan dan kesibukan suasana persediaan pada sehari sebelum hari
MAC, seorang murid pendidikan khas telah menggigit tangan dua rakannya.
Kedua-duanya berlaku kerana keinginan murid tidak dipenuhi iaitu dia tidak
dibenarkan duduk di hadapan kelas (di luar bilik darjah) kerana ini akan
menganggu perjalanan raptai MAC dan juga perebutan permainan dengan murid
lain. Perkara ini menyebabkan sekali lagi kami yang terlibat dlm Pendidikan Khas
ini membuka 'mesyuarat'. Apa yang berada dalam pemikiran Pelatih buat masa ini
ialah, apakah alternatif yang boleh dicadangkan kepada penjaga murid ini selain
hanya menghantarnya ke sekolah biasa seperti sekarang ini memandangkan
kejadian bukan kali pertama.

Sepanjang Pelatih berada di sekolah ini, Pelatih melihat murid ini sangat
memerlukan rawatan terapi memandangkan murid belum mampu mengikuti
sebarang P&P. Murid ini perlukan pendekatan individual dalam menarik
perhatiannya atau supaya dia fokus kepada satu perkara. Amat menyedihkan
apabila ibubapa tidak dapat menerima hakikat yang anaknya memerlukan terapi
khusus.Bukannya guru tidak berusaha untuk menarik perhatian murid untuk
terlibat dalam P&P. Namun Dia hanya pada dunianya dan akan bertindak apabila
kehendaknya tidak dituruti.

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, ianya berjalan dengan baik. Kebanyakkan
murid Tulip dan Cempaka mengikuti pembelajaran walaupun Pelatih perlu
pelbalgai cara untuk menarik perhatian mereka. Pada hari ini Pelatih
menggunakan stickers nombor dalam mengenal nombor. Untuk murid yang boleh
membilang, Pelatih meminta mereka membilang dan mengambil serta
melekatkan sticker tersebut pada buku latihan mereka. Bagi murid yang belum
mengenal nombor, Pelatih meminta mereka menampal sticker mengikut nombor
yang disebut Pelatih atau memadankan dengan nombor yang ada pada buku
latihan mereka.

Sungguhpun begitu, Pelatih masih memikirkan cara lain untuk murid-murid
memberi tumpuan dalam pnp dan juga cara paling mudah untuk murid-murid ini
mengingat sesuatu pembelajaran. Pelatih khuatir sekiranya Pelatih tidak dapat
mencapai objektif pembelajaran, Pelatih akan menjadi kurang motivasi untuk
mengajar. Pelatih tahu akan perlunya kesabaran dan kekreatifan dalam diri
seorang guru dalam mendidik murid apatah lagi murid PK. Oleh itu, Pelatih selalu
berusaha mencari idea dan informasi melalui internet dan juga guru senior. Hari
ini Pelatih belajar satu perkara daripada guru senior untuk aktiviti P&P Matematik
bagi kemahiran mengenal dan mengingat nombor. Pelatih menyediakan sekeping
kertas A4 yang telah digunting 3 bahagian (horizontal). Di atas kertas tersebut
Pelatih menulis nombor 1 - 5 / 1 – 10 secara rawak atau berulang. Objektifnya,
murid boleh mengingat dan mengenal nombor dengan tidak menghafal nombor
berdasarkan kedudukan. Nampaknya cara ini berjaya untuk menguji kebolehan
murid mengingat nombor tanpa menghafal nombor berdasarkan kedudukan.

Pada minggu ini Pelatih ada ditegur oleh Guru Pembimbing berhubung dengan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pelatih. Pelatih tidak menyediakan RPH
dengan kemas dan jelas. Contohnya dalam objektif pembelajaran, "1. Diakhir
pembelajaran murid boleh mengenal angka". Seharusnya Pelatih membuat ia
lebih jelas seperti..".......murid boleh mengenal angka 3 dan 4... Oleh itu, Pelatih
perlu lebih peka dengan kesilapan-kesilapan begini.
Perkara lain yang berlaku dalam minggu ini ialah berlansungnya Sukan Special
Olympics Peringkat Kota Kinabalu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Special
Olympics Kota Kinabalu yang telah diadakan di Stadium Penampang pada 6 April
2008 (Ahad). Sambutan amat menggalakkan dari beberapa buah sekolah rendah
dan menengah kerajaan serta pusat lain seperti Sri Mengasih. Sepanjang
berlansungya Mini Meet ini, dapat diperhatikan kesungguhan guru – guru yang
datang bersama murid mereka dan juga kesungguhan ibubapa serta keluarga
murid/kanak-kanak atau mereka yang terlibat. Pada kali ini bersama dua orang
rakan lain Pelatih ditugaskan menyediakan papan tanda sekolah untuk acara
perbarisan. Pelatih juga ditugaskan dalam mendaftar atlit sekolah dalam setiap
acara yang mereka ikuti. Pelatih bersama Cikgu Nor perlu memastikan setiap atlit
kami berada di tempat staging sebelum acara itu bermula.

Kesimpulannya, dalam minggu ini Pelatih ada pelajari dua perkara. Iaitu menjadi
seorang guru menuntut supaya kita komited bukan sahaja dengan tugas dalam
bilik darjah malah di luar bilik darjah. Komited dan kesungguhan ini wujud ekoran
daripada minat dan keseronokkan kita dalam melaksanakan tugas. Sebagai
contoh, guru itu tidak merungut apabila diberi tugas AJK sesuatu program atau
tugas lain selain mengajar kerana dia tahu akan peranannya sebagai warga
sekolah tersebut. Guru yang baik juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya
kepada tugas utama iaitu mengajar murid semasa di dalam bilik darjah pada masa
yang sama. Kedua, Pelatih perlu lebih peka atas kesilapan dalam penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian. Ini kerana walaupun kesilapan sedikit ia akan
membuatkan pihak lain kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh
Pelatih.

****Catatan diatas adalah cetusan peribadi...tidak berpihak atau memihak atau
minta di pihak...copy n paste tidak dibenarkan******

More Related Content

What's hot

Peranan seorang guru matematik di sekolah
Peranan seorang guru matematik di sekolahPeranan seorang guru matematik di sekolah
Peranan seorang guru matematik di sekolahIfrahim jamil
 
Problem solving
Problem solving Problem solving
Problem solving Afaf CyNofa
 
PEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUSPEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUSCp Tan
 
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2poo_raman
 

What's hot (7)

Presentation12
Presentation12Presentation12
Presentation12
 
Peranan seorang guru matematik di sekolah
Peranan seorang guru matematik di sekolahPeranan seorang guru matematik di sekolah
Peranan seorang guru matematik di sekolah
 
Laporan refleksi
Laporan refleksiLaporan refleksi
Laporan refleksi
 
Linus
LinusLinus
Linus
 
Problem solving
Problem solving Problem solving
Problem solving
 
PEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUSPEMBENTANGAN LINUS
PEMBENTANGAN LINUS
 
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2Modul pn p matematik   sukatan dan geometri thn2
Modul pn p matematik sukatan dan geometri thn2
 

Similar to Jurnal minggu 3

B5. STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
B5. STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxB5. STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
B5. STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxDeniAlfiyan
 
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Pipit Wijaya
 
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bContoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bNarendra
 
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxSTRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxadityatristanalvaroA
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualLukman
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiCha Aisyah
 
Contoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposalContoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposalRobinWAkwan
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp0149475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01Mat mohd
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaSusand Susand
 
BERDIFERENSIASI.pptx
BERDIFERENSIASI.pptxBERDIFERENSIASI.pptx
BERDIFERENSIASI.pptxDizaMaftuhah
 
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsrAmy Karamah
 

Similar to Jurnal minggu 3 (20)

Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
B5. STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
B5. STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxB5. STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
B5. STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
 
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
Perbandingan Pembelajaran Matematika Melalui Ceramah Dengan Pembelajaran Mela...
 
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bContoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
 
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptxSTRATEGI PELAKSANAAN  PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
STRATEGI PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERDIFERENSIASI.pptx
 
Pendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstualPendekatan kontekstual
Pendekatan kontekstual
 
Tugas ptk HERNANTO,S.Pd SMA4 - kerinci
Tugas ptk  HERNANTO,S.Pd  SMA4 - kerinciTugas ptk  HERNANTO,S.Pd  SMA4 - kerinci
Tugas ptk HERNANTO,S.Pd SMA4 - kerinci
 
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisiUnimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
Unimed undergraduate-22276-bab 1 repisi
 
Contoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposalContoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposal
 
Esei gc
Esei gcEsei gc
Esei gc
 
Loka Karya ke-3.pptx
Loka Karya ke-3.pptxLoka Karya ke-3.pptx
Loka Karya ke-3.pptx
 
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp0149475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
49475866 temubual-bersama-guru-cemerlang-matematik-130924030946-phpapp01
 
Keterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematikaKeterampilan dasar mengajar matematika
Keterampilan dasar mengajar matematika
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
4
44
4
 
Bab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulatBab i bilangan bulat
Bab i bilangan bulat
 
BERDIFERENSIASI.pptx
BERDIFERENSIASI.pptxBERDIFERENSIASI.pptx
BERDIFERENSIASI.pptx
 
Problemsolvingfull 111215172811-phpapp02
Problemsolvingfull 111215172811-phpapp02Problemsolvingfull 111215172811-phpapp02
Problemsolvingfull 111215172811-phpapp02
 
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
4 tip mencuri markah dalam ujian matematik upsr
 
Langkah langkah
Langkah   langkahLangkah   langkah
Langkah langkah
 

Jurnal minggu 3

  • 1. Minggu 3: ( 31 Mac – 4 April 2008 ) Kebanyakkan hari – hari persekolahan pada minggu ini diisi dengan latihan persediaan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) kali ke-21 dan juga beberapa Mesyuarat Peringkat Sekolah. Seperti mana guru dan murid Aliran Perdana, kami di Pendidikan Khas juga tidak ketingglan melaksanakan latihan persembahan sebaik mungkin. Pelatih tidak terlibat secara lansung dalam melatih murid – murid dalam persembahan mereka kerana guru yang ada sudah mencukupi. Sepanjang sesi latihan dan raptai, Pelatih melihat kesungguhan guru – guru Pendidikan Khas ini dalam melatih murid dalam persembahan sketsa. Begitu juga dengan guru – guru yang lain. Kesungguhan guru – guru tersebut jelas membuatkan murid – murid bersemangat dalam menjalani latihan. Hasilnya dapat dilihat semasa hari Majlis Anugerah Cemerlang pada 3 Mac 2008. Murid – murid memberikan persembahan yang terbaik. Dalam kebingitan dan kesibukan suasana persediaan pada sehari sebelum hari MAC, seorang murid pendidikan khas telah menggigit tangan dua rakannya. Kedua-duanya berlaku kerana keinginan murid tidak dipenuhi iaitu dia tidak dibenarkan duduk di hadapan kelas (di luar bilik darjah) kerana ini akan menganggu perjalanan raptai MAC dan juga perebutan permainan dengan murid lain. Perkara ini menyebabkan sekali lagi kami yang terlibat dlm Pendidikan Khas ini membuka 'mesyuarat'. Apa yang berada dalam pemikiran Pelatih buat masa ini ialah, apakah alternatif yang boleh dicadangkan kepada penjaga murid ini selain hanya menghantarnya ke sekolah biasa seperti sekarang ini memandangkan kejadian bukan kali pertama. Sepanjang Pelatih berada di sekolah ini, Pelatih melihat murid ini sangat memerlukan rawatan terapi memandangkan murid belum mampu mengikuti sebarang P&P. Murid ini perlukan pendekatan individual dalam menarik perhatiannya atau supaya dia fokus kepada satu perkara. Amat menyedihkan apabila ibubapa tidak dapat menerima hakikat yang anaknya memerlukan terapi khusus.Bukannya guru tidak berusaha untuk menarik perhatian murid untuk
  • 2. terlibat dalam P&P. Namun Dia hanya pada dunianya dan akan bertindak apabila kehendaknya tidak dituruti. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, ianya berjalan dengan baik. Kebanyakkan murid Tulip dan Cempaka mengikuti pembelajaran walaupun Pelatih perlu pelbalgai cara untuk menarik perhatian mereka. Pada hari ini Pelatih menggunakan stickers nombor dalam mengenal nombor. Untuk murid yang boleh membilang, Pelatih meminta mereka membilang dan mengambil serta melekatkan sticker tersebut pada buku latihan mereka. Bagi murid yang belum mengenal nombor, Pelatih meminta mereka menampal sticker mengikut nombor yang disebut Pelatih atau memadankan dengan nombor yang ada pada buku latihan mereka. Sungguhpun begitu, Pelatih masih memikirkan cara lain untuk murid-murid memberi tumpuan dalam pnp dan juga cara paling mudah untuk murid-murid ini mengingat sesuatu pembelajaran. Pelatih khuatir sekiranya Pelatih tidak dapat mencapai objektif pembelajaran, Pelatih akan menjadi kurang motivasi untuk mengajar. Pelatih tahu akan perlunya kesabaran dan kekreatifan dalam diri seorang guru dalam mendidik murid apatah lagi murid PK. Oleh itu, Pelatih selalu berusaha mencari idea dan informasi melalui internet dan juga guru senior. Hari ini Pelatih belajar satu perkara daripada guru senior untuk aktiviti P&P Matematik bagi kemahiran mengenal dan mengingat nombor. Pelatih menyediakan sekeping kertas A4 yang telah digunting 3 bahagian (horizontal). Di atas kertas tersebut Pelatih menulis nombor 1 - 5 / 1 – 10 secara rawak atau berulang. Objektifnya, murid boleh mengingat dan mengenal nombor dengan tidak menghafal nombor berdasarkan kedudukan. Nampaknya cara ini berjaya untuk menguji kebolehan murid mengingat nombor tanpa menghafal nombor berdasarkan kedudukan. Pada minggu ini Pelatih ada ditegur oleh Guru Pembimbing berhubung dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pelatih. Pelatih tidak menyediakan RPH dengan kemas dan jelas. Contohnya dalam objektif pembelajaran, "1. Diakhir pembelajaran murid boleh mengenal angka". Seharusnya Pelatih membuat ia lebih jelas seperti..".......murid boleh mengenal angka 3 dan 4... Oleh itu, Pelatih perlu lebih peka dengan kesilapan-kesilapan begini.
  • 3. Perkara lain yang berlaku dalam minggu ini ialah berlansungnya Sukan Special Olympics Peringkat Kota Kinabalu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Special Olympics Kota Kinabalu yang telah diadakan di Stadium Penampang pada 6 April 2008 (Ahad). Sambutan amat menggalakkan dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah kerajaan serta pusat lain seperti Sri Mengasih. Sepanjang berlansungya Mini Meet ini, dapat diperhatikan kesungguhan guru – guru yang datang bersama murid mereka dan juga kesungguhan ibubapa serta keluarga murid/kanak-kanak atau mereka yang terlibat. Pada kali ini bersama dua orang rakan lain Pelatih ditugaskan menyediakan papan tanda sekolah untuk acara perbarisan. Pelatih juga ditugaskan dalam mendaftar atlit sekolah dalam setiap acara yang mereka ikuti. Pelatih bersama Cikgu Nor perlu memastikan setiap atlit kami berada di tempat staging sebelum acara itu bermula. Kesimpulannya, dalam minggu ini Pelatih ada pelajari dua perkara. Iaitu menjadi seorang guru menuntut supaya kita komited bukan sahaja dengan tugas dalam bilik darjah malah di luar bilik darjah. Komited dan kesungguhan ini wujud ekoran daripada minat dan keseronokkan kita dalam melaksanakan tugas. Sebagai contoh, guru itu tidak merungut apabila diberi tugas AJK sesuatu program atau tugas lain selain mengajar kerana dia tahu akan peranannya sebagai warga sekolah tersebut. Guru yang baik juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada tugas utama iaitu mengajar murid semasa di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Kedua, Pelatih perlu lebih peka atas kesilapan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian. Ini kerana walaupun kesilapan sedikit ia akan membuatkan pihak lain kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pelatih. ****Catatan diatas adalah cetusan peribadi...tidak berpihak atau memihak atau minta di pihak...copy n paste tidak dibenarkan******