Dokumen tersebut memberikan definisi tentang linguistik dan bahasa. Linguistik didefinisikan sebagai ilmu yang mengkaji bahasa secara sistematis dan empiris, meliputi aspek struktur bahasa seperti fonologi, morfologi, dan sintaksis. Bahasa didefinisikan sebagai sistem simbol bunyi yang dipakai untuk berkomunikasi oleh kelompok manusia, yang memiliki ciri sebagai alat perhubungan sosial. Beberapa pandangan ahli b
Bhs Sarana Berfkr Ilmiah (Edited) Mklh Filsafat Ilmu S2
DEFINISI BAHASA DAN LINGUISTIK
1. DEFINISI LINGUISTIK
DEFINISI LINGUISTIK:
Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latin“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa
Perancis“langage-langue”; Italia “lingua”; Spanyol “lengua”dan Inggeris“language”.
Akhiran “ics” dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang
bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain.
Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2)
Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang
diperlukan seperti pengkajian sains yang lain.
Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu
yang dilihat, dirasa, didengar.
STRUKTUR BAHASA
Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-
unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa
perubahan bagi semua unsur lain.
Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam
semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis
Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut
susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis.
Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis,
semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu
sepertimorfosintaksis dan leksikosemantik.
fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi
bersinonim dengan fonemik.
morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya.
sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan
ujaran.
semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks.
leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek.
2. Definisi Bahasa
Definisi Bahasa:
Bahasa ialah kebolehan semulajadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi yang
arbitrari, yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia untuk berkomunikasi.
Kamus Dewan edisi ketiga (1996:87) bahawa bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia.
Kamus besar Bahasa indonesia Edisi kedua cetakan kesepuluh (1999:77) pula
mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi yang arbitrari, yang diperguna oleh
para anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasikan diri.
Beberapa pendapat mengenai bahasa:
Abdullah Hassan (1984:14) berpendapat “dalam memberi definisi bahasa ini, pentinglah kita
kita mengetahui ciri-ciri bahasa tersebut. Ciri-ciri bahasa tersebut akan hanya menjadi jelas
apabila kita melihat bahasa dari segi guna dan sifatnya sebagai alat perhubungan”
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985:40) “banyak dasar yang boleh dijadikan asas
untuk mendefinisikan bahasa. Sesetengah orang mendefinisikan bahasa dari sudut fungsi
bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa merupakan alat perhubungan atau komunikasi.
Arbak (1983:7) bahasa merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajian,
terutamanya dalam usaha memperlihat kan fungsinya sebagai alat yang dipakai manusia
untuk perhubungan.
Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam sekali lagi memberi definisi bahawa bahasa sebagai
alat untuk menyatakan perasaan, pendapat, fikiran dan sebagainya.
Edward Sapir menjelaskan bahasa ialah suatu sitem lambang-lambang pertuturan yang
digunakan oleh manusia secara arbitrari untuk menyampaikan fikiran dan perasaan.
Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapat bahawa ahli-ahli bahasa terlebih dahulu
mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbitrari yang
digunakan oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat.
Lutfi Abas (1975: 4 ) mendefinisikan bahasa ialah data yang dianalisis dalam linguistik.
Bahasa ialah suatu sistem simbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan
dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok
manusia dan dengan simbol-simbolnya pula sekelompok manusia itu berkomunikasi.
Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang
terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusiaDisebalik ciri fizikal ini terdapat
makna.