Cabang-cabang utama falsafah terdiri daripada metafizik (kajian kewujudan), epistemologi (kajian ilmu), aksiologi (kajian nilai), dan logik (kajian penaakulan). Masing-masing cabang membincangkan persoalan penting seperti kewujudan Tuhan, sumber pengetahuan, apa yang baik dan buruk, serta prinsip-prinsip penaakulan yang sah.
3. CABANG FALSAFAH
1. METAFIZIK/ONTOLOGI (Realiti)
Merupakan cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian tentang
kewujudan dan asas kepada pandangan yang luas.
Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir.
Menurut kamus, metafizik merujuk kpd yang jauh melangkau alam fizikal atau
kebendaan.
Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.
Apakah dia alam jagat?
Apakah dia hidup?
Apakah dia kebebasan manusia?
4. CABANG FALSAFAH
Termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan.
Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat diukur
seperti realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.
Meta fizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampau penyiasatan
saintifik, bersifat spekulatif (andaian) dan memberi fokus kepada sebab-akibat.
Mengutarakan soalan-soalan berikut:
i. Adakah tuhan itu wujud?
ii. Apa itu kebenaran?
iii. Apakah hubungan akal dan tubuh?
5. CABANG FALSAFAH
2. EPISTEMOLOGI (Kebenaran)
Berasal dari perkataan Yunani “Episteme” yang bermaksud “ilmu” atau “Sains”
dan logos yang bermakna “keterangan”.
Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
Perkara utama dalam epistemologi ialah memberi justifikasi kpd proses
mengetahui sesuatu yang diterima sebagai ilmu.
Berfokus kepada penganalisaan, penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu
Epistemologi cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Sejauhmanakah sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai?
Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang?
Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui?
6. SUMBER ILMU
Wahyu
Pancaindera
Intuisi
Pandangan pakar
Logik
Kaedah saintifik
7. CABANG FALSAFAH
Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti
sains)
Memerlukan alasan yang rasional
Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai. Tugas ahli
epistemologi memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-
konsep psikologi seperti perasaan, pengamatan, pengukuhan dan
mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau
tidak oleh ahli psikologi.
8. CABANG FALSAFAH
3. AKSIOLOGI (Nilai)
Berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nilai atau dalam bahasa inggeris
“value”.
Perkataan Logia merupakan suatu kajian tentang kualiti atau nilai.
Aksiologi adalah termasuk etika dan estetik iaitu bidang falsafah yang bergantung
kepada nilai dan dikaitkan dengan teori.
Etika lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan dan yang paling sesuai
kita lakukan?
Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh.
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai.
Boleh dibahagikan kepada dua cabang :
a. Etika
b. Estetika
9. CABANG FALSAFAH
Etika :
memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.
mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan
kehidupan.
Estetika :
Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman
perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas
1979).
10. CABANG FALSAFAH
Persoalan yang berkaitan dengan aksiologi:
i. Apa itu moral atau bukan moral
ii. Apakah yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
iii. Adakah kehidupan ini mempunyai makna?
iv. Apakah tingkah laku bermoral?
11. CABANG FALSAFAH
4. LOGIK (Penaakulan)
Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah.
Logik berasal dari perkataan ‘logos’ yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan
atau prinsip.
Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-
hujah perbincangan dengan cara yang betul.
Sains tentang pemikiran tepat.
Prosedur untuk bezakan pemikiran sah dan yang mengelirukan. Terbahagi kepada
2 iaitu logik induktif dan logik deduktif
12. CABANG FALSAFAH
Satu pengajian tentang prinsip kesahihan tentang sesuatu sama ada secara
inferens dan demonstrasi (Melalui kajian).
Logik merujuk kepada cara mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan beberapa
andaian yang kukuh.
Contoh persoalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan taakulan “baik” atau ‘kurang baik”?
Bagaimana kita menentukan sama ada taakulan itu bersifat baik atau kurang baik?
Terbahagi kepada 2 iaitu logik deduktif dan logik induktif.
13. CABANG FALSAFAH
Logik induktif:
- Bermula dengan butiran khusus kemudian membuat penaakulan terhadap butiran seterusnya membuat
kesimpulan umum yang menjelaskan.
- Contoh: Kenderaan dapat bergerak kerana ada enjin
- Motor, Kereta, Kapalterbang dapat bergerak kerana ada enjin
- Kesimpulan: Semua kenderaan dapat bergerak kerana ada enjin.
Logik Deduktif:
- Bermula dengan kesimpulan umum kemudian mencari contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan
tersebut.
- Contoh: Semua pelajar IPGKTHO perlu menduduki peperiksaan untuk membolehkan lulus
- Aminah adalah pelajar IPGKTHO.
- Jadi, Aminah perlu menduduki peperiksaan untuk lulus dari IPGKTHO