SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Bongkah Keegoan
Tatkalaaku melangkah masuk melepasi pagar hadapan sekolah pagi itu, perasaanku
bertukarmenjadi seram sejuk. Nadiku berdenyut kencang daripada biasa
mengingatkan kata-kata ketua kelasku petang kelmarin.
Pagi itu terasa lain benar, tidak seperti hari-hari yang akulalui
sebelumnya.Sewaktu aku berjalan di koridor sekolah, kelihatan ramai pelajar
bergelak ketawa, berbual dan bergurau-senda sesama sendiri.Keadaan sebegini
adalah pemandangan biasa aku lalui pada setiap kali aku datang ke sekolah, namun
entah kenapa pada pagi itu aku merasakan yang pelajar-pelajar itu seolah-
olahmentertawakan dan menyindir aku.Aku terasa seperti diperhatikan dari segala
arah.Aku seolah-olah menjadi bahan dalam setiap butir bicara, bisik dan cerita
antara mereka.
Tahukah mereka tentang berita yang disampaikan oleh Nadia, ketua kelas 4
Al-Khawarizmi, yang disampaikan kepadaku petang kelmarin? Siapa yang
menyebarkan cerita tentang aku dipanggil menghadap Cikgu Murni pagi ini?
Tidak pernah sebelum ini, semenjak aku memasuki dan mengenali dunia
persekolahan, aku menjadi budak nakal di sekolah.Seingat aku tidak pernah aku
melanggar peraturan sekolah yang boleh menyebabkan aku dihukum apatah lagi
dipersalahkan. Semalaman aku cuba mengingati setiap tindakan yang pernah aku
lakukan sehingga menyebabkan aku digolongkan sebaris dengan pelajar-pelajar
yang pernah menjadi hero jahat di sekolah. Tidak, aku pelajar yang baik, seboleh
mungkin aku telah menuruti semua peraturan dan arahan sekolah seperti seorang
hamba mentaati tuannya.
Bergaduh?Tidak, aku tidak pernah bersengketa dengan mana-mana kawanku
inikan pula bergaduh.Ponteng kelas?Aku tidak pernah buat perkara itu.Aku hanya
datang ke sekolah dan berada di kelas sepanjang waktu pembelajaran sehingga
waktu pulang.Kalau dari segi penampilan, tidak pernah pula aku bertudung pendek,
berbaju ketat dan singkat.Malah kuku juga terpotong rapi.
Inilah pertama kali dalam hidupku dipanggil menghadap guru kaunselor.Suatu
yang sangat memalukan aku.Bagiku, diarah menghadap guru kaunselor samalah
seperti seorang pesakit jiwa dirujuk kepada pakar psikiatri, atau seperti seorang
suspek jenayah direman untuk disoal siasat oleh mata-mata. Malu, geram dan
risau membelenggu kotak fikiranku pagi itu.Aku amat berdebar.Aku rasa tidak
selesa sekali. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa dan apa tujuan aku di panggil ke
sana.
Setibanya aku di hadapan bilik kaunseling, aku membuka pintunya.Tanganku
seakan-akan tidak mahu meyentuh tombol pintu itu.Perasaanku berbaur resah,
berdebar membayangkan nasibku.
“Assalamualaikum cikgu” aku memberi salam kepada cikgu Murni yang
sedang duduk di mejanya. Cikgu Murni merupakan guru kaunselor sekolah.
Seorang yang tidak kedekut dengan senyuman, berkulit agak cerah dengan tinggi
yang sederhana.
“Waalaikummussalam” jawab Cikgu Murni disulami kuntuman senyum mesranya.
Pagi itu Cikgu Murni kelihatan sungguh cantik berseri dengan baju batik biru
dipadankan dengan tudung merah hati seperti warna motif baju batiknya.
Cikgu Murni menjemput aku untuk duduk.Seperti terpukau aku menurut sahaja
arahannya.Perlahan-lahan aku duduk di sofa yang membelakangi tingkap sambil
menundukkan muka dan sesekali mencuri pandang muka cikgu Murni.Cikgu
Murni bangun menuju ke kabinet besi yang terletak di penjuru sebelah kiri
bersebelahan dengan meja cikgu Murni.Sebaik laci kabinet paling atas ditarik,
cikgu Murni segera mencapai sebuah fail.Aku merenung sekeliling bilik cikgu
Murni.Dinding bilik itu dicat dengan warna hijau muda yang amat menenangkan,
perhiasan bunga diletakkan di penjuru kanan bilik menghiasi ruang kosong antara
dua sofa.
Cikgu Murni lalu datang dan duduk di hadapanku.Di wajah Cikgu Murni masih
lagi terpapar senyuman yang manis. Senyuman itu memberi sedikit ketenangan
dalam diriku.Rasa takut dan tertekan yang aku rasakan sebentar tadi kini semakin
berkurangan.Mungkin inilah yang dikatakan kuasa sebuah senyuman.Tiba-tiba
Cikgu Murni memecahkan kesunyian dalam bilik itu dengan soalannya.
“Apa khabar Dila, kamu sihat?”
“Ya cikgu.”Jawab ku pendek.
“Pagi tadi kamu ada sembahyang subuh?”
“Ada cikgu” Jawabku.
Soalan yang ditanya kepadaku hanyalah sekadar soalan biasa.Hatiku tenang
menjawab soalan-soalan itu.
“Saya dapat tahu daripadabeberapa orangguru yang kamu semakin kurang
memberi perhatian semasa cikgu mengajar.Kata mereka kamu sering tidur di kelas,
malas menyiapkan kerja sekolah, membuat bising di kelas. Bukan itu saja, saya
jugamendapat laporan yang kata kamu berkelakuan kurang sopan dengan guru
sejarah kamu.Betulkah?”
Soalan Cikgu Murni kala ini agak memberi tekanan kepadaku.Aku tidak begitu
pasti untuk memberi jawapan kepada soalan itu.Aku juga tidak menafikan kata-
kata Cikgu Murni.
“Saya juga dapat tahu prestasi kamu dalam beberapa mata pelajaran agak
menurun.Setahu saya kamu salah seorang pelajar cemerlang PMR tahun lepas.”
Sambung Cikgu Murni.
Aku menundukkan muka memandang karpet nipis yang menutupi lantai simen
bilik kaunseling itu sementara fikiranku bingung mencari jawapan.
“Apa sebenarnya masalah kamu?Ceritakan kepada saya, mana tahu saya boleh
membantu.”Sambung cikgu Murni lembut.
Perlahan-lahan aku mengangkat kepala dan memandang muka cikgu Murni.
Aku cuba membuka mulut, cuba meluahkan rasa, namun terasa suaraku tersekat
tidak mahu melepasi anak tekakku.
“Dua minggu lagi ujian pertengahan tahun, lebih baik kamu berkongsi
masalah kamu dengan saya.Insya Allah sayaakan cuba membantu. Jangan salah
faham, kamu dipanggil ke sini bukan untuk dituduh atau dihukum, tapi untuk
dibantu”
Pada mulanya aku segan untuk menceritakan masalahku.Namun setelahdidesak
berkali-kali oleh Cikgu Murni, akhirnya aku bersuara juga.
“Begini cikgu, sebenarnya saya tidak suka cikguSejarah saya, Cikgu Farhana.Saya
tidak dapat menerima apa yang diajarkannya, tambahan pulaCikgu Farhana sering
marah pada kami, kadang-kadang separuh masa yang sepatutnya diisi dengan
pelajaran diganti dengan leteren dan bebelan yang merimaskan kami.”
Senyuman cikgu Murni sudah tidak menguntum lagi. Air mukanya Nampak
serius. Anak matanya tajam memandang ke arahku.
“Sudah muak saya mendengar leterannya setiap kali masuk ke kelas.
Walaupun leteran itu bukanlah ditujukan kepada saya, namun saya tetap tidak suka
cara pengajarannya,kadang-kala saya juga tidak tahu apa sebab sebenar yang
menyebabkan saya tidak suka kepadanya. Dua hari lepas memang saya ada
mengatakan secara terus terang kepada cikgu Farhana yang saya tidak suka cara
dia mengajar. Mungkin cara saya bercakap itu agak kasar tapi saya memang sudah
tidak tahan dengan sikapnya yang sering marah.”Terangku kepada cikgu Murni.
Cikgu Murni memerhati diriku. Renungan yangmembuatkan rasa kurang selesa
kembali menghuni jiwaku. Kemudian Cikgu Murni menyambung soalannya.
“Kalau kamu tidak suka pada Cikgu Farhana, kenapapula markah mata
pelajaranlain juga semakin menurun?”
“Saya kurang memberi perhatian di dalam kelas cikgu.”
“Kenapa?” Tanya Cikgu Murni.
“Entahlah cikgu, mungkin kerana saya rasa saya SPM masih lambat lagi dan
saya masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengulang kaji sebelum
mengambil SPM tahun depan.” Jawabku tanpa berselindung.
“Saya faham perasaan kamu Dila, seorang remaja pada umur kamu selalunya
memilik satu sifat ego, bongkak dan angkuh.Sebab itu walaupun kamu telah
menyinggung perasaan cikgu kamu sendiri, kamu tetap tidak rasa bersalah. Kamu
beranggapan kamu sudah besar dan terlebih pandai untuk diajar”
Aku terkejut mendengar kata cikgu itu.Kata-kata itu seolah-olah melemparkan satu
sindiran kepada diriku.
“Dulu semasa sayamasih seorang pelajar macam kamu,saya juga pernah
mengalami perasaan yangsama. Saya juga pernah tidak meminaticarasalah seorang
cikgu yang mengajarsaya. Saya memandang rendah dan mengkritik kebolehannya
mengajar, malah saya selalu ponteng semasa kelasnya berjalan.Namun ada suatu
peristiwa berlaku yang menyedarkan saya.Peristiwa yang menyebabkan saya
berubah.”
“Peristiwa?Peristiwa apa tu cikgu?”
“Seperti kamu, saya juga tidak dapat terima apa pun yang cikgu itu ajarkan, apabila
waktu kelasnya kalau tidak ponteng, saya selalu tidur, saya tidak ada rasa hormat
pun kepada cikgu itu.Namun selepas saya membaca satu cerita ini, saya mula sedar
siapa sebenarnya diri saya.”
Aku mendengar dengan penuh perhatian.
“Suatu hari, saya bersama kawan-kawan lain masuk ke pusat sumber sekolah
semasa waktu rehat. Saya mengambil sebuah buku yang nampak agak menarik dari
luarnya.Buku mengisahkansirah Rasullalah S.A.W.”
“Buku itu tentang apa cikgu?” aku menegakkan badan ku, kedua-dua sikuku
letak di atas paha sambil jari jemari dari kedua-dua tanganku disilangkan. Rasa
ingin tahuku tiba-tiba memuncak .Tidak sabar mendengar sambungan kisah yang
mahu diceritakan oleh cikgu Murni.
Kemudian Cikgu Murni senyum ke arahku.Aku tahu dia telah sedar yang dia telah
berjaya menarik perhatian ku untuk mendengar ceritanya.
“Ia mengenai kisah salah seorang pemimpin utama suku QuraisyMekah bernama
Abu Sufian. Dia merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dalamkaumnya
sebelum penaklukan Kota Mekah oleh kaum Muslimin.Disebabkan merasakan
dirinya mempunyai darjat yang tinggi dan harta yang banyak dia bersikap bongkak
dan angkuh.Abu Sufianpernah menyatakan bahawa dia tidak akan sekali-kali
menerima permintaan Nabi Muhammad untuk berjumpa dengannya. Jauh sekali
untuk dia meminta untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W.Dia merasa
dirinya lebih hebat dan dia tidak memerlukan bantuan sesiapa.”
“Kemudian apa yang terjadi cikgu?” aku mula rasa seronok dan tidak sabar
mendengar cerita cikgu seterusnya.
“Namun, apabila Kota Mekah hampir ditakluk, Abu Sufian menjadi takut. Takut
kehilangan kuasa, takut kehilangan tempat dalam masyarakat Quraisy andainya
orang Islam berjaya menguasi kota Mekah.Akhirnya Abu Sufian memutuskan
untuk berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. Namun apabila dia pergi untuk
berjumpa baginda di pinggir Kota Mekah, permintaannya ditolak.Walaupun
dengan pujuk rayu, dia tetap tidak dilayan.Malahan ada juga sahabat-sahabat
baginda mengugut untuk membunuhnya.”
Cikgu Murni berhenti di situ, sambil merenung aku dengan sebuah senyuman yang
kembali diukir. Lidahku kelu, aku tidak faham maksud tersirat daripada ceritayang
disampaikanoleh cikgu Murni.
“Apa maksudnya cikgu?Apa kena-mengena cerita itu dengan masalah saya?”Aku
bertanya dengan nada ingin tahu.
“Dila, pada saat itulah ego dan bongkak yang memandu hidup Abu Sufian selama
ini akhirnya lebur dan hancur. Abu Sufian tersedar bahawa sikapnya yang angkuh
dan memandang rendah kepada orang lain hanya mendatangkan kehinaan
kepadanya.Dia tidak dihormati, malah dibenci.Dia dianggap tidak layak untuk
berjumpa dengan Nabi Muhammad.”
Apabila mendengar kata-kata Cikgu Murni, terasa seperti ada suatu daya
memecahkan bongkah keegoanku.Kini aku faham maksud cerita yang cikgu Murni
sampaikan. Selama ini aku cuma mementingkan diri sendiri dan menganggap
diriku lebih baik daripadaorang lain. Tapi sebenarnya aku cuma membiarkan diri
ku untuk lebih dibenci oleh orang lain.
“Cuba kamu baca peribahasa yangsaya tampal di dinding itu.”Kata cikgu
Murni sambil menunjukkan sekeping kad berwarna kuning, bersaiz A4 yang
dilekatkan di dinding sebelah kananku.
Apabila aku menoleh ke kanan, aku melihat potongan ayat yang berwarna merah
tertulis, „Cium tangan sendiri, berbau atau tidak‟.Aku membaca keterangan
maksud peribahasa itu yang tertulis dengan siaz huruf yang lebih kecil berbunyi:
‘Lihatlah diri sendiri dahulu sebelum mengata orang lain’
Selama lebih tiga tahun aku bersekolah di sekolah ini, aku sering melihat
ayat itu dari luar tingkap bilik ini. Aku sedikit pun tidak menghiraukan maksud di
sebalik peribahasa itu namun kali ini aku seolah-olah diperli oleh ayat itu.
Tanpa aku sedari aku telah menundukkan kepalaku.Suasana yang tadinya riuh
rendah dengan suara pelajar di luar kini seolah-olah sunyi sepi.Aku bungkam
seribu bahasa.Lidah dan bibirku seolah-olah membeku.Aku tersentak memikirkan
sikapku selama ini.Rasa malu yang disulami rasa sesal bertandang masuk ke dalam
iiwaku.Aku cuba menahan sebak di hati.
“Jadi Dila, sekarang kamu faham apa maksud cikgu?”Tanya Cikgu Murni
dengan suaranya lembut.
Aku cuma mengangguk kepala.Tanpaku sedari air mataku sudahpun membasahi
pipi.Cikgu Murni bangun duduk di tepiku lalu menepuk bahuku.Aku tahu
perbuatannya itu untuk memberi keselesaan kepada ku.
“Alhamdullillah, saya pasti kamu sudah sedar kesilapan kamu.Cikgu harap
kesilapan yang kamu buat di masa lalu akan kamu jadikan teladan mulai hari ini.”
Pada masa itu ada satu tiupan semangat di dalam hatiku menjadikan aku berazam
untuk menjadi seorang pelajar yang lebih baik.Aku berasa marah terhadap diriku
kerana membiarkan diriku diperbodohkan oleh keegoanku sendiri.Aku berazam
untuk datang ke sekolah bukan sebagai seorang pelajar biasa tetapi sebagai seorang
pelajar mahu belajar. Seorang pelajar yang membuang jauh-jauh sikap angkuh
Abu Sufian dalam dirinya.
“Dila, kamu boleh kembali ke kelas sekarang, dan ingat, kalau kamu ada
apa-apa masalah jangan takut, datanglah berjumpa dengan cikgu.”Kata cikgu
Murni sambil menggosok-gosok belakangku persis seorang ibu memujuk anaknya.
“Terima kasih cikgu.”Jawabku lantas menghulur tangan bersalaman dengan
cikgu Murni.
Aku bangun menuju ke pintu yang terbuka sejak aku memasuki bilik cikgu
Murni. Tiba-tiba cikgu Murni memanggil namaku,
“Dila, sebagai manusia,kita memang tidak sunyi daripada masalah namun kita
hendaklah tabah menerima ketentuan itu.Di samping itu, kita mestilah berusaha
bagi mengatasi masalah tersebut.Saya doakan kamu berjaya dalam peperiksaan
nanti.”
Kata Cikgu Murni dengan lembut kepadaku.
NUR ATIFAH BINTI MOHASPA
TINGKATAN 4 AL-KHAWARIZMI
18/04/11

More Related Content

What's hot

Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa SahaliyaCerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa SahaliyaSyifa Sahaliya
 
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah PendidikDisebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah PendidikJohan Eddy Luaran
 
Tetesan wudlu secercah cahaya
Tetesan wudlu secercah cahayaTetesan wudlu secercah cahaya
Tetesan wudlu secercah cahayaiwan Alit
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
ANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGORO
ANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGOROANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGORO
ANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGOROApri Hartono7
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawanbeesingle41
 
What's hot (20)

Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa SahaliyaCerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
Cerita Remaja Islami "Jangan Berhenti, Teruslah Berlari" Karya : Syifa Sahaliya
 
Teks anekdot 3 bidang
Teks anekdot 3 bidangTeks anekdot 3 bidang
Teks anekdot 3 bidang
 
Adekecil
AdekecilAdekecil
Adekecil
 
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah PendidikDisebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
 
Aku hanya guru lesmu
Aku hanya guru lesmuAku hanya guru lesmu
Aku hanya guru lesmu
 
Tetesan wudlu secercah cahaya
Tetesan wudlu secercah cahayaTetesan wudlu secercah cahaya
Tetesan wudlu secercah cahaya
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
ANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGORO
ANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGOROANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGORO
ANTOLOGI CERPEN IXB SMP NEGERI 7 BOJONEGORO
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Viewers also liked

Adaro energy-annual-report-2013-english
Adaro energy-annual-report-2013-englishAdaro energy-annual-report-2013-english
Adaro energy-annual-report-2013-englishVictor Rahmat
 
Class engagement gender and education
Class engagement  gender and educationClass engagement  gender and education
Class engagement gender and educationjcunin
 
AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)
AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)
AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)H&R Web Designers
 
Viewers also liked (6)

Adaro energy-annual-report-2013-english
Adaro energy-annual-report-2013-englishAdaro energy-annual-report-2013-english
Adaro energy-annual-report-2013-english
 
Class engagement gender and education
Class engagement  gender and educationClass engagement  gender and education
Class engagement gender and education
 
Kitchen Remodeling Ideas
Kitchen Remodeling IdeasKitchen Remodeling Ideas
Kitchen Remodeling Ideas
 
Capitulo2
Capitulo2Capitulo2
Capitulo2
 
Java for telco_gc
Java for telco_gcJava for telco_gc
Java for telco_gc
 
AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)
AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)
AIOU overseas prospectus for admissions spring 2014 (aioupk.com)
 
Similar to Bongkah keegoan

Similar to Bongkah keegoan (18)

Sekolah ku
Sekolah kuSekolah ku
Sekolah ku
 
Cinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktuCinta datang tepat waktu
Cinta datang tepat waktu
 
Syal merah
Syal merahSyal merah
Syal merah
 
Asmanadia rembulandimataibu.
Asmanadia rembulandimataibu.Asmanadia rembulandimataibu.
Asmanadia rembulandimataibu.
 
Rembulan di Mata Ibu
Rembulan di Mata IbuRembulan di Mata Ibu
Rembulan di Mata Ibu
 
Cerita versi ku
Cerita versi kuCerita versi ku
Cerita versi ku
 
NOVEL ESTERRRR.ppt
NOVEL ESTERRRR.pptNOVEL ESTERRRR.ppt
NOVEL ESTERRRR.ppt
 
Para jin unjuk rasa (ahmad syam)
Para jin unjuk rasa (ahmad syam)Para jin unjuk rasa (ahmad syam)
Para jin unjuk rasa (ahmad syam)
 
Terjalnya jalan hidupku
Terjalnya  jalan hidupkuTerjalnya  jalan hidupku
Terjalnya jalan hidupku
 
Cerpen perpisahan terakhir
Cerpen perpisahan terakhirCerpen perpisahan terakhir
Cerpen perpisahan terakhir
 
Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..Cerita tentang hana..
Cerita tentang hana..
 
zaidan maulana_XTMK1.doc
zaidan maulana_XTMK1.doczaidan maulana_XTMK1.doc
zaidan maulana_XTMK1.doc
 
Dwi ariyanto
Dwi ariyantoDwi ariyanto
Dwi ariyanto
 
Mayasari punya story
Mayasari punya storyMayasari punya story
Mayasari punya story
 
Berdiri diatas impian
Berdiri diatas impianBerdiri diatas impian
Berdiri diatas impian
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot PerawanSepupu Ku Yang Hot Perawan
Sepupu Ku Yang Hot Perawan
 
Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Bongkah keegoan

  • 1. Bongkah Keegoan Tatkalaaku melangkah masuk melepasi pagar hadapan sekolah pagi itu, perasaanku bertukarmenjadi seram sejuk. Nadiku berdenyut kencang daripada biasa mengingatkan kata-kata ketua kelasku petang kelmarin. Pagi itu terasa lain benar, tidak seperti hari-hari yang akulalui sebelumnya.Sewaktu aku berjalan di koridor sekolah, kelihatan ramai pelajar bergelak ketawa, berbual dan bergurau-senda sesama sendiri.Keadaan sebegini adalah pemandangan biasa aku lalui pada setiap kali aku datang ke sekolah, namun entah kenapa pada pagi itu aku merasakan yang pelajar-pelajar itu seolah- olahmentertawakan dan menyindir aku.Aku terasa seperti diperhatikan dari segala arah.Aku seolah-olah menjadi bahan dalam setiap butir bicara, bisik dan cerita antara mereka. Tahukah mereka tentang berita yang disampaikan oleh Nadia, ketua kelas 4 Al-Khawarizmi, yang disampaikan kepadaku petang kelmarin? Siapa yang menyebarkan cerita tentang aku dipanggil menghadap Cikgu Murni pagi ini? Tidak pernah sebelum ini, semenjak aku memasuki dan mengenali dunia persekolahan, aku menjadi budak nakal di sekolah.Seingat aku tidak pernah aku melanggar peraturan sekolah yang boleh menyebabkan aku dihukum apatah lagi dipersalahkan. Semalaman aku cuba mengingati setiap tindakan yang pernah aku lakukan sehingga menyebabkan aku digolongkan sebaris dengan pelajar-pelajar yang pernah menjadi hero jahat di sekolah. Tidak, aku pelajar yang baik, seboleh mungkin aku telah menuruti semua peraturan dan arahan sekolah seperti seorang hamba mentaati tuannya. Bergaduh?Tidak, aku tidak pernah bersengketa dengan mana-mana kawanku inikan pula bergaduh.Ponteng kelas?Aku tidak pernah buat perkara itu.Aku hanya datang ke sekolah dan berada di kelas sepanjang waktu pembelajaran sehingga waktu pulang.Kalau dari segi penampilan, tidak pernah pula aku bertudung pendek, berbaju ketat dan singkat.Malah kuku juga terpotong rapi. Inilah pertama kali dalam hidupku dipanggil menghadap guru kaunselor.Suatu yang sangat memalukan aku.Bagiku, diarah menghadap guru kaunselor samalah
  • 2. seperti seorang pesakit jiwa dirujuk kepada pakar psikiatri, atau seperti seorang suspek jenayah direman untuk disoal siasat oleh mata-mata. Malu, geram dan risau membelenggu kotak fikiranku pagi itu.Aku amat berdebar.Aku rasa tidak selesa sekali. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa dan apa tujuan aku di panggil ke sana. Setibanya aku di hadapan bilik kaunseling, aku membuka pintunya.Tanganku seakan-akan tidak mahu meyentuh tombol pintu itu.Perasaanku berbaur resah, berdebar membayangkan nasibku. “Assalamualaikum cikgu” aku memberi salam kepada cikgu Murni yang sedang duduk di mejanya. Cikgu Murni merupakan guru kaunselor sekolah. Seorang yang tidak kedekut dengan senyuman, berkulit agak cerah dengan tinggi yang sederhana. “Waalaikummussalam” jawab Cikgu Murni disulami kuntuman senyum mesranya. Pagi itu Cikgu Murni kelihatan sungguh cantik berseri dengan baju batik biru dipadankan dengan tudung merah hati seperti warna motif baju batiknya. Cikgu Murni menjemput aku untuk duduk.Seperti terpukau aku menurut sahaja arahannya.Perlahan-lahan aku duduk di sofa yang membelakangi tingkap sambil menundukkan muka dan sesekali mencuri pandang muka cikgu Murni.Cikgu Murni bangun menuju ke kabinet besi yang terletak di penjuru sebelah kiri bersebelahan dengan meja cikgu Murni.Sebaik laci kabinet paling atas ditarik, cikgu Murni segera mencapai sebuah fail.Aku merenung sekeliling bilik cikgu Murni.Dinding bilik itu dicat dengan warna hijau muda yang amat menenangkan, perhiasan bunga diletakkan di penjuru kanan bilik menghiasi ruang kosong antara dua sofa. Cikgu Murni lalu datang dan duduk di hadapanku.Di wajah Cikgu Murni masih lagi terpapar senyuman yang manis. Senyuman itu memberi sedikit ketenangan dalam diriku.Rasa takut dan tertekan yang aku rasakan sebentar tadi kini semakin berkurangan.Mungkin inilah yang dikatakan kuasa sebuah senyuman.Tiba-tiba Cikgu Murni memecahkan kesunyian dalam bilik itu dengan soalannya. “Apa khabar Dila, kamu sihat?” “Ya cikgu.”Jawab ku pendek.
  • 3. “Pagi tadi kamu ada sembahyang subuh?” “Ada cikgu” Jawabku. Soalan yang ditanya kepadaku hanyalah sekadar soalan biasa.Hatiku tenang menjawab soalan-soalan itu. “Saya dapat tahu daripadabeberapa orangguru yang kamu semakin kurang memberi perhatian semasa cikgu mengajar.Kata mereka kamu sering tidur di kelas, malas menyiapkan kerja sekolah, membuat bising di kelas. Bukan itu saja, saya jugamendapat laporan yang kata kamu berkelakuan kurang sopan dengan guru sejarah kamu.Betulkah?” Soalan Cikgu Murni kala ini agak memberi tekanan kepadaku.Aku tidak begitu pasti untuk memberi jawapan kepada soalan itu.Aku juga tidak menafikan kata- kata Cikgu Murni. “Saya juga dapat tahu prestasi kamu dalam beberapa mata pelajaran agak menurun.Setahu saya kamu salah seorang pelajar cemerlang PMR tahun lepas.” Sambung Cikgu Murni. Aku menundukkan muka memandang karpet nipis yang menutupi lantai simen bilik kaunseling itu sementara fikiranku bingung mencari jawapan. “Apa sebenarnya masalah kamu?Ceritakan kepada saya, mana tahu saya boleh membantu.”Sambung cikgu Murni lembut. Perlahan-lahan aku mengangkat kepala dan memandang muka cikgu Murni. Aku cuba membuka mulut, cuba meluahkan rasa, namun terasa suaraku tersekat tidak mahu melepasi anak tekakku. “Dua minggu lagi ujian pertengahan tahun, lebih baik kamu berkongsi masalah kamu dengan saya.Insya Allah sayaakan cuba membantu. Jangan salah faham, kamu dipanggil ke sini bukan untuk dituduh atau dihukum, tapi untuk dibantu” Pada mulanya aku segan untuk menceritakan masalahku.Namun setelahdidesak berkali-kali oleh Cikgu Murni, akhirnya aku bersuara juga.
  • 4. “Begini cikgu, sebenarnya saya tidak suka cikguSejarah saya, Cikgu Farhana.Saya tidak dapat menerima apa yang diajarkannya, tambahan pulaCikgu Farhana sering marah pada kami, kadang-kadang separuh masa yang sepatutnya diisi dengan pelajaran diganti dengan leteren dan bebelan yang merimaskan kami.” Senyuman cikgu Murni sudah tidak menguntum lagi. Air mukanya Nampak serius. Anak matanya tajam memandang ke arahku. “Sudah muak saya mendengar leterannya setiap kali masuk ke kelas. Walaupun leteran itu bukanlah ditujukan kepada saya, namun saya tetap tidak suka cara pengajarannya,kadang-kala saya juga tidak tahu apa sebab sebenar yang menyebabkan saya tidak suka kepadanya. Dua hari lepas memang saya ada mengatakan secara terus terang kepada cikgu Farhana yang saya tidak suka cara dia mengajar. Mungkin cara saya bercakap itu agak kasar tapi saya memang sudah tidak tahan dengan sikapnya yang sering marah.”Terangku kepada cikgu Murni. Cikgu Murni memerhati diriku. Renungan yangmembuatkan rasa kurang selesa kembali menghuni jiwaku. Kemudian Cikgu Murni menyambung soalannya. “Kalau kamu tidak suka pada Cikgu Farhana, kenapapula markah mata pelajaranlain juga semakin menurun?” “Saya kurang memberi perhatian di dalam kelas cikgu.” “Kenapa?” Tanya Cikgu Murni. “Entahlah cikgu, mungkin kerana saya rasa saya SPM masih lambat lagi dan saya masih mempunyai banyak masa lagi untuk mengulang kaji sebelum mengambil SPM tahun depan.” Jawabku tanpa berselindung. “Saya faham perasaan kamu Dila, seorang remaja pada umur kamu selalunya memilik satu sifat ego, bongkak dan angkuh.Sebab itu walaupun kamu telah menyinggung perasaan cikgu kamu sendiri, kamu tetap tidak rasa bersalah. Kamu beranggapan kamu sudah besar dan terlebih pandai untuk diajar” Aku terkejut mendengar kata cikgu itu.Kata-kata itu seolah-olah melemparkan satu sindiran kepada diriku.
  • 5. “Dulu semasa sayamasih seorang pelajar macam kamu,saya juga pernah mengalami perasaan yangsama. Saya juga pernah tidak meminaticarasalah seorang cikgu yang mengajarsaya. Saya memandang rendah dan mengkritik kebolehannya mengajar, malah saya selalu ponteng semasa kelasnya berjalan.Namun ada suatu peristiwa berlaku yang menyedarkan saya.Peristiwa yang menyebabkan saya berubah.” “Peristiwa?Peristiwa apa tu cikgu?” “Seperti kamu, saya juga tidak dapat terima apa pun yang cikgu itu ajarkan, apabila waktu kelasnya kalau tidak ponteng, saya selalu tidur, saya tidak ada rasa hormat pun kepada cikgu itu.Namun selepas saya membaca satu cerita ini, saya mula sedar siapa sebenarnya diri saya.” Aku mendengar dengan penuh perhatian. “Suatu hari, saya bersama kawan-kawan lain masuk ke pusat sumber sekolah semasa waktu rehat. Saya mengambil sebuah buku yang nampak agak menarik dari luarnya.Buku mengisahkansirah Rasullalah S.A.W.” “Buku itu tentang apa cikgu?” aku menegakkan badan ku, kedua-dua sikuku letak di atas paha sambil jari jemari dari kedua-dua tanganku disilangkan. Rasa ingin tahuku tiba-tiba memuncak .Tidak sabar mendengar sambungan kisah yang mahu diceritakan oleh cikgu Murni. Kemudian Cikgu Murni senyum ke arahku.Aku tahu dia telah sedar yang dia telah berjaya menarik perhatian ku untuk mendengar ceritanya. “Ia mengenai kisah salah seorang pemimpin utama suku QuraisyMekah bernama Abu Sufian. Dia merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dalamkaumnya sebelum penaklukan Kota Mekah oleh kaum Muslimin.Disebabkan merasakan dirinya mempunyai darjat yang tinggi dan harta yang banyak dia bersikap bongkak dan angkuh.Abu Sufianpernah menyatakan bahawa dia tidak akan sekali-kali menerima permintaan Nabi Muhammad untuk berjumpa dengannya. Jauh sekali untuk dia meminta untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W.Dia merasa dirinya lebih hebat dan dia tidak memerlukan bantuan sesiapa.”
  • 6. “Kemudian apa yang terjadi cikgu?” aku mula rasa seronok dan tidak sabar mendengar cerita cikgu seterusnya. “Namun, apabila Kota Mekah hampir ditakluk, Abu Sufian menjadi takut. Takut kehilangan kuasa, takut kehilangan tempat dalam masyarakat Quraisy andainya orang Islam berjaya menguasi kota Mekah.Akhirnya Abu Sufian memutuskan untuk berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. Namun apabila dia pergi untuk berjumpa baginda di pinggir Kota Mekah, permintaannya ditolak.Walaupun dengan pujuk rayu, dia tetap tidak dilayan.Malahan ada juga sahabat-sahabat baginda mengugut untuk membunuhnya.” Cikgu Murni berhenti di situ, sambil merenung aku dengan sebuah senyuman yang kembali diukir. Lidahku kelu, aku tidak faham maksud tersirat daripada ceritayang disampaikanoleh cikgu Murni. “Apa maksudnya cikgu?Apa kena-mengena cerita itu dengan masalah saya?”Aku bertanya dengan nada ingin tahu. “Dila, pada saat itulah ego dan bongkak yang memandu hidup Abu Sufian selama ini akhirnya lebur dan hancur. Abu Sufian tersedar bahawa sikapnya yang angkuh dan memandang rendah kepada orang lain hanya mendatangkan kehinaan kepadanya.Dia tidak dihormati, malah dibenci.Dia dianggap tidak layak untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad.” Apabila mendengar kata-kata Cikgu Murni, terasa seperti ada suatu daya memecahkan bongkah keegoanku.Kini aku faham maksud cerita yang cikgu Murni sampaikan. Selama ini aku cuma mementingkan diri sendiri dan menganggap diriku lebih baik daripadaorang lain. Tapi sebenarnya aku cuma membiarkan diri ku untuk lebih dibenci oleh orang lain. “Cuba kamu baca peribahasa yangsaya tampal di dinding itu.”Kata cikgu Murni sambil menunjukkan sekeping kad berwarna kuning, bersaiz A4 yang dilekatkan di dinding sebelah kananku. Apabila aku menoleh ke kanan, aku melihat potongan ayat yang berwarna merah tertulis, „Cium tangan sendiri, berbau atau tidak‟.Aku membaca keterangan maksud peribahasa itu yang tertulis dengan siaz huruf yang lebih kecil berbunyi:
  • 7. ‘Lihatlah diri sendiri dahulu sebelum mengata orang lain’ Selama lebih tiga tahun aku bersekolah di sekolah ini, aku sering melihat ayat itu dari luar tingkap bilik ini. Aku sedikit pun tidak menghiraukan maksud di sebalik peribahasa itu namun kali ini aku seolah-olah diperli oleh ayat itu. Tanpa aku sedari aku telah menundukkan kepalaku.Suasana yang tadinya riuh rendah dengan suara pelajar di luar kini seolah-olah sunyi sepi.Aku bungkam seribu bahasa.Lidah dan bibirku seolah-olah membeku.Aku tersentak memikirkan sikapku selama ini.Rasa malu yang disulami rasa sesal bertandang masuk ke dalam iiwaku.Aku cuba menahan sebak di hati. “Jadi Dila, sekarang kamu faham apa maksud cikgu?”Tanya Cikgu Murni dengan suaranya lembut. Aku cuma mengangguk kepala.Tanpaku sedari air mataku sudahpun membasahi pipi.Cikgu Murni bangun duduk di tepiku lalu menepuk bahuku.Aku tahu perbuatannya itu untuk memberi keselesaan kepada ku. “Alhamdullillah, saya pasti kamu sudah sedar kesilapan kamu.Cikgu harap kesilapan yang kamu buat di masa lalu akan kamu jadikan teladan mulai hari ini.” Pada masa itu ada satu tiupan semangat di dalam hatiku menjadikan aku berazam untuk menjadi seorang pelajar yang lebih baik.Aku berasa marah terhadap diriku kerana membiarkan diriku diperbodohkan oleh keegoanku sendiri.Aku berazam untuk datang ke sekolah bukan sebagai seorang pelajar biasa tetapi sebagai seorang pelajar mahu belajar. Seorang pelajar yang membuang jauh-jauh sikap angkuh Abu Sufian dalam dirinya. “Dila, kamu boleh kembali ke kelas sekarang, dan ingat, kalau kamu ada apa-apa masalah jangan takut, datanglah berjumpa dengan cikgu.”Kata cikgu Murni sambil menggosok-gosok belakangku persis seorang ibu memujuk anaknya.
  • 8. “Terima kasih cikgu.”Jawabku lantas menghulur tangan bersalaman dengan cikgu Murni. Aku bangun menuju ke pintu yang terbuka sejak aku memasuki bilik cikgu Murni. Tiba-tiba cikgu Murni memanggil namaku, “Dila, sebagai manusia,kita memang tidak sunyi daripada masalah namun kita hendaklah tabah menerima ketentuan itu.Di samping itu, kita mestilah berusaha bagi mengatasi masalah tersebut.Saya doakan kamu berjaya dalam peperiksaan nanti.” Kata Cikgu Murni dengan lembut kepadaku. NUR ATIFAH BINTI MOHASPA TINGKATAN 4 AL-KHAWARIZMI 18/04/11