SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Pengenalan
1 Tanaman hiasan ditanam dengan tujuan untuk mencantikkan atau mengindahkan sesuatu kawasan.
2 Tanaman hiasan mempunyai rupa yang menarik dari segi bunga, daun, ataupun bentuk pokok.
3 Selain dapat mencantikkan dan mengindahkan kawasan, tanaman hiasan dapat bertindak sebagai agen penyaring udara.
4 Tanaman hiasan yang ditanam di taman akan membantu menghasilkan udara bersih dengan cara menyerap gas karbon dioksida
dan membebaskan gas oksigen untuk pernafasan.
Pembiakan Tanaman Hiasan
Tanaman hiasan dibiakkan melalui dua cara, iaitu:
1 pembiakan secara seks;
2 pembiakan aseks.
Pembiakan secara Seks
5 Pembiakan seks menggunakan biji benih tanaman.
6 Biji benih diperoleh daripada dua sumber iaitu:
1 dipetik dari pokok induk;
2 dibeli di pasaran.
7 Antara contoh tanaman hiasan yang dapat dibiakkan secara seks ialah:
3 Helianthus (bunga matahari);
4 Impatiens (bunga keembung);
5 Celosia (bunga balung ayam);
6 Gomphrena (bunga butang);
7 Zinnia.
bunga
buah
biji benih
anak pokok
bekas semaian
Pembiakan secara seks.
Pembiakan secara Aseks
8 Pembiakan secara aseks ialah kaedah pembiakan tumbuhan menggunakan bahagian vegetatif pokok seperti batang, daun, atau
akar.
9 Pembiakan secara ini juga dikenal sebagai pembiakan tampang.
10 Pembiakan aseks dilakukan melalui:
8 keratan batang;
9 keratan daun;
10 pembahagian rumpun.
11 Jadual yang berikut menunjukkan cara pembiakan aseks dan contoh-contoh tumbuhan hiasan yang sesuai dibiakkan melalui
kaedah tersebut.
Keratan Batang
Keratan Daun Pembahagian Rumpun
Contoh Tanaman Contoh Tanaman Contoh Tanaman
11 Hibiscus (bunga raya)
12 Bougainvillea (bunga
kertas)
13 Codiaeum (pokok
15 Sansieviera (pokok
lidah jin)
16 Begonia
17 Setawar
18 Sansieviera (pokok
lidah jin)
19 Orkid oncidium
20 Caladium (pokok
Puding)
14 Coleus (pokok ati-ati)
keladi)
batang pokok
keratan batang
bekas semaian
anak pokok
Pembiakan secara aseks.
Pembiakan Secara Keratan
12 Bahagian-bahagian tanaman hiasan seperti batang, daun, dan akar dapat digunakan untuk dibiakkan secara keratan.
13 Bahagian-bahagian pokok ini perlu dipilih dan dikerat daripada pokok asal untuk disemai.
Medium Semaian
14 Bahagian pokok sama ada batang, daun, atau akar yang telah dikerat, disemai dengan menggunakan medium semaian.
15 Medium bermaksud bahan yang digunakan untuk membolehkan semaian atau tanaman hidup.
16 Medium semaian yang dapat digunakan adalah seperti pasir sungai atau campuran tanah.
pasir sungai
beg politena
bekas semaian
17 Pasir sungai amat sesuai sekali digunakan sebagai medium semaian kerana pasir ini:
21 bersih;
22 tidak menghalang perkembangan akar;
23 membantu memudahkan pengaliran udara dan air.
18 Medium semaian untuk menyemai keratan daripada tanaman hiasan perlu diletakkan di dalam bekas khas seperti kotak
semaian atau beg politena.
19 Bekas semaian perlu mempunyai lubang saliran untuk memudahkan air siraman yang berlebihan mengalir keluar.
lubang saliran
20 Sebelum memasukkan medium semaian ke dalam bekas semaian, lubang saliran perlu ditutup dengan menggunakan serpihan
pasu atau batu kerikil. Hal ini dilakukan untuk mencegah medium semaian keluar bersama air siraman.
Jenis Keratan Batang
21 Untuk melakukan pembiakan menggunakan kaedah ini, kenal pasti batang tanaman hiasan yang akan dikerat.
22 Keratan pada batang tanaman hiasan dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
24 keratan kayu keras;
25 keratan kayu sederhana;
26 keratan kayu lembut.
23 Keratan-keratan ini dibuat mengikut pembahagian batang kepada tiga bahagian yang berlainan seperti yang berikut:
keratan kayu lembut – masih muda
keratan kayu sederhana
– kurang matang
keratan kayu keras
– cukup matang
Menyediakan Keratan Batang
24 Dahan atau batang tanaman yang dipilih itu perlulah sihat, cukup matang, dan tiada kesan serangan penyakit atau serangga
perosak
25 Dahan yang dipilih dapat dikerat menjadi beberapa bahagian untuk disemai dengan menggunakan sekateur. Potong dalam
jarak antara 10 cm hingga 15 cm bagi setiap keratan.
26
27 Bahagian pangkal keratan dipotong secara serong. Hal ini dibuat untuk:
27 memudahkan kerja menyemai keratan batang;
28 memudahkan pertumbuhan akar kerana permukaan yang rencong lebih lebar keluasannya.
rata
keratan batang
rencong
hujung dahan
pangkal dahan
28 Apabila membuat keratan pada batang, daun-daun yang terdapat pada batang tersebut perlu diberi perhatian.
29 Jadual yang berikut menunjukkan cara keratan batang disediakan.
Jenis Keratan
Daunnya
29
29
29
Keratan kayu keras
daun-daunnya dibuang
30
30
30
Keratan kayu sederhana
dibiarkan sehelai atau dua helai daun
31 Keratan kayu lembut
daun
bahagian
dipotong
buku
daun-daun dibiarkan semasa menyemai
Menyemai Keratan Batang
30 Keratan batang yang telah dipotong perlulah disemai ke dalam medium semaian.
31 Sebelum disemai, bahagian hujung keratan yang telah direncongkan dicelup dalam hormon pengakaran.
32 Hormon pengakaran adalah bahan yang dapat mempercepat dan menggalakkan pertumbuhan akar.
33 Setelah dicelup ke dalam hormon pengakaran, keratan batang dicucukkan dengan cermat ke dalam pasir dalam kotak semaian
dalam jarak antara 8 cm ke 10 cm.
34 Sebaik-baiknya, keratan batang ditanam secara condong di dalam bekas semaian dengan 1/3 bahagian keratan batang tertanam
dalam medium.
medium semaian
kotak semaian
keratan
Menjaga Keratan Batang
35 Kotak semaian yang mengandungi keratan batang perlu diletakkan di bawah naungan untuk mengurangkan kesan cahaya
matahari.
36 Kotak semaian ditutup dengan lapisan plastik lutsinar untuk mengekalkan kelembapan medium.
37 Masa yang diambil untuk keratan batang berakar bergantung kepada kelembapan medium.
38 Apabila keratan telah berakar, tunas daun akan tumbuh pada bahagian batangnya.
39 Lapisan plastik lutsinar ditanggalkan daripada kotak semaian apabila daun tumbuh pada keratan batang. Tumbuhan
memerlukan lebih banyak pendedahan pada cahaya matahari.
40 Keratan batang yang telah bertunas perlu disiram. Rumpai yang tumbuh di sekeliling juga perlu dibuang.
kotak semaian
keratan
plastik lutsinar
keratan batang
Kotak semaian dibalut dengan plastik lutsinar.
Kotak semaian diletak di bawah naungan.
Memilih Tanaman Hiasan yang Boleh Dibiakkan melalui Keratan
41 Jenis pokok hiasan yang dapat dibiak melalui keratan bergantung pada spesis tanaman yang hendak dibiakkan.
42 Ada spesies tanaman yang mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan kayu keras dan ada pula tanaman yang mudah
dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau keratan kayu lembut.
43 Jadual dan rajah yang berikut menunjukkan jenis pokok dan kaedah keratan yang sesuai digunakan.
Keratan Kayu Keras
Keratan Kayu Sederhana Keratan Kayu Lembut
32 Bougainvillea
(bunga kertas)
33 Ixora coccinea
(iksora)
34 Duranta repens
35 Randia macrantha
(Randia putih)
36 Hibiscus (bunga raya)
37 Lawsonia Inermis (inai)
38 Begonia semper florens (begonia)
39 Ficus elastica (ara india)
40 Pedilanthus tithymaloides (pokok
lelipan)
(duranta)
Bougainvillea (bunga kertas)
Ixora coccinea (iksora)
Duranta repens (duranta)
Randia macrantha (randia putih)
Hibiscus (bunga raya)
Lawsonia Inermis (inai)
Begonia semper florens (begonia)
Ficus elastica (ara india)
Pedilanthus tithymaloides (pokok lelipan)
Penanaman
44 Keratan batang yang telah disemai dalam kotak semaian akan berakar dan mengeluarkan daun.
45 Apabila telah terdapat sekurang-kurangnya dua helai daun pada keratan batang, anak pokok ini bolehlah dipindahkan dan
ditanam sama ada di dalam beg politena atau pasu.
46 Untuk menanam anak pokok, medium penanaman perlu disediakan.
47 Tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai perlu disediakan mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 (berdasarkan sukatan isipadu).
48 Nisbah campuran ini dikenal sebagai medium penanaman John Innes Potting Campost.
medium
beg politena
kotak semaian
sudip tangan
anak pokok
49 Sukatan nisbah 3:2:1 sesuai digunakan untuk menyediakan medium penanaman jika kadar tanah liat didapati tinggi dalam
tanah loam yang digunakan.
50 Ketiga-tiga bahan medium ini perlu disediakan dan ditapis terlebih dahulu menggunakan penapis 6 mm2 untuk mengasingkan
batu kerikil dan sampah sarap.
51 Medium yang telah ditapis perlu dicampurkan dan digaul.
52 Baja potasi atau baja fosfat dicampurkan bersama-sama medium untuk menggalakkan pertumbuhan akar (kadar campurannya
ialah 2.5 gram baja potasi/4.5 gram baja fosfat untuk setiap 4.5 liter medium).
53 Medium yang telah siap disediakan boleh dimasukkan ke dalam beg politena atau pasu untuk menanam anak pokok.
Medium Penanaman
54 Medium penanaman yang akan digunakan untuk menanam anak pokok perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut:
41 memastikan akar mudah menembusi medium;
42 membekalkan sumber nutrien yang seimbang kepada pokok;
43 membekalkan air yang mencukupi.
55 Kesuburan anak pokok bergantung pada medium penanaman yang digunakan.
56 Medium penanaman dapat disediakan daripada campuran tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai. Jadual yang berikut
menunjukkan sumber dan fungsi setiap bahan medium.
Bahan Medium
Sumber Fungsi
44 Tanah
loam tanah lapisan atas permukaan bumi meneguhkan kedudukan pokok
45 Bahan
organik reputan benda-benda hidup
membaiki struktur tanah, berupaya menyimpan air, dan menjadi sumber nutrien
kepada pokok
46 Pasir
sungai pasir daripada dasar sungai
berupaya memberikan saliran dan pengudaraan serta memudahkan perkembangan
akar
Mengubah Keratan Batang ke Beg Politena
57 Keratan batang yang telah mengeluarkan akar dan berdaun boleh dipindahkan sama ada dalam beg politena atau pasu.
58 Pemindahan ini perlu dilakukan kerana anak pokok memerlukan medium penanaman dan ruang yang lebih luas untuk
membesar.
59 Beg politena yang akan digunakan perlu diisi dengan medium penanaman.
60 Buat lubang pada bahagian tengah medium di dalam beg politena untuk menanam anak pokok.
skop
batu kerikil
penapis
61 Anak pokok dari kotak semaian yang telah dipilih, dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam beg politena bersama-sama dengan
sebahagian mediumnya.
62 Pengubahan anak pokok dari kotak semaian ke dalam beg politena perlu dilakukan dengan cermat agar akar pokok tidak rosak.
63 Setelah anak pokok dimasukkan ke dalam beg politena, padatkan medium dengan tangan untuk mengejapkannya.
64 Anak pokok yang telah ditanam di dalam beg politena perlu diletakkan di bawah naungan dan disiram.
Penjagaan Anak Pokok
65 Anak pokok yang telah ditanam memerlukan penjagaan rapi.
66 Penjagaan yang rapi akan membolehkan anak pokok hidup dalam keadaan sihat dan subur.
Kaedah Menjaga Anak Pokok
67 Proses menjaga anak pokok perlu dilakukan dari semasa ke semasa,
68 Antara kaedah penjagaan anak pokok ialah:
47 merumput;
48 menggembur;
49 membaja;
50 menyiram;
51 mengawal ancaman perosak dan penyakit.
Merumput
69 Rumpai yang tumbuh mengganggu pertumbuhan anak pokok.
70 Kerja merumput dilakukan untuk:
52 mengelakkan persaingan, untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien, dan air.
53 menghapuskan tempat perosak dan punca penyakit anak pokok.
71 Kerja merumput dapat dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau mencabutnya dengan tangan.
serampang tangan
Merumput.
Menggembur
72 Menggembur ialah proses membalik-balikkan medium yang terdapat di dalam bekas tanaman.
73 Tujuan mengembur adalah untuk memperbaiki pengudaraan dan penembusan air ke kawasan akar selain dapat mengawal
pertumbuhan rumpai.
74 Kerja menggembur dilakukan dengan menggunakan sudip tangan atau serampang tangan.
75 Kerja menggembur dilakukan selepas kerja merumput.
sudip tangan
Menggembur permukaan tanah.
Membaja
76 Semua tumbuhan memerlukan nutrien untuk tumbuh subur dan sihat.
77 Untuk membaja, baja kimia lengkap seperti NPK atau baja organik dapat digunakan.
78 Pembajaan juga dapat dilakukan melalui semburan daun.
79 Pembajaan melalui semburan daun lebih cepat diserap oleh tanaman.
baja semburan
baja kimia
Membaja.
Menyiram
80 Anak pokok memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk melarutkan nutrien dalam medium.
81 Nutrien yang larut dengan bantuan air mudah diserap oleh akar pokok.
82 Kerja menyiram dapat dilakukan dengan menggunakan penyiram atau hos.
83 Penyiraman boleh dilakukan sekurangkurangnya dua kali sehari ketika cuaca panas.
84 Elakkan menyiram tanaman dengan air yang berlebihan. Air yang berlebihan akan mengurangkan pengudaraan dan
merencatkan pertumbuhan anak pokok.
Menyiram.
Mengawal Ancaman Perosak dan Penyakit
85 Tanaman hiasan selalu diserang perosak seperti serangga dan penyakit.
86 Serangan perosak dan penyakit dapat dicegah dengan menggunakan racun serangga dan racun kulat.
87 Penggunaan racun serangga dan racun kulat dilakukan apabila kelihatan tanda-tanda serangan serangga atau penyakit.

More Related Content

What's hot

PPT Bunga Kembang Sepatu
PPT Bunga Kembang SepatuPPT Bunga Kembang Sepatu
PPT Bunga Kembang SepatuNurul Ilma
 
Tanaman Hias Keladi Hias
Tanaman Hias Keladi HiasTanaman Hias Keladi Hias
Tanaman Hias Keladi HiasMoh Ali Fauzi
 
Bunga mawar
Bunga mawarBunga mawar
Bunga mawartief_on7
 
Bertanam buah naga di dalam pot danb
Bertanam buah naga di dalam pot danbBertanam buah naga di dalam pot danb
Bertanam buah naga di dalam pot danbBP4K
 
KWU BUDIDAYA TANAMAN HIAS
KWU BUDIDAYA TANAMAN HIASKWU BUDIDAYA TANAMAN HIAS
KWU BUDIDAYA TANAMAN HIASfatmalatika
 
Budidaya buah naga merah
Budidaya buah naga merahBudidaya buah naga merah
Budidaya buah naga merahZa Rush
 
Ppt ektum melati
Ppt ektum melatiPpt ektum melati
Ppt ektum melatiira_19
 
Kemahiran hidup pembiakan secara keratan batang
Kemahiran hidup pembiakan secara keratan batangKemahiran hidup pembiakan secara keratan batang
Kemahiran hidup pembiakan secara keratan batangNoor Fatihah
 
Contoh Makalah ( Makalah anggrek)
Contoh Makalah ( Makalah anggrek)Contoh Makalah ( Makalah anggrek)
Contoh Makalah ( Makalah anggrek)Youone Lumbanraja
 
persentasi tentang tanaman kuping gajah
persentasi tentang tanaman kuping gajahpersentasi tentang tanaman kuping gajah
persentasi tentang tanaman kuping gajahViker' Bab
 
budidaya aglaonema
budidaya aglaonemabudidaya aglaonema
budidaya aglaonemavhino azz
 
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman LandskapPenanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskapcasia biflora
 
Budidaya dan Wirausaha Tanaman Hias
Budidaya dan Wirausaha Tanaman HiasBudidaya dan Wirausaha Tanaman Hias
Budidaya dan Wirausaha Tanaman HiasDzikrina Azzukhruf
 

What's hot (19)

Budidaya tanaman hias
Budidaya tanaman hiasBudidaya tanaman hias
Budidaya tanaman hias
 
PKY Tanaman Hias
PKY Tanaman HiasPKY Tanaman Hias
PKY Tanaman Hias
 
PPT Bunga Kembang Sepatu
PPT Bunga Kembang SepatuPPT Bunga Kembang Sepatu
PPT Bunga Kembang Sepatu
 
Tanaman Hias Keladi Hias
Tanaman Hias Keladi HiasTanaman Hias Keladi Hias
Tanaman Hias Keladi Hias
 
Bunga mawar
Bunga mawarBunga mawar
Bunga mawar
 
Keratan daun
Keratan daunKeratan daun
Keratan daun
 
Bertanam buah naga di dalam pot danb
Bertanam buah naga di dalam pot danbBertanam buah naga di dalam pot danb
Bertanam buah naga di dalam pot danb
 
KWU BUDIDAYA TANAMAN HIAS
KWU BUDIDAYA TANAMAN HIASKWU BUDIDAYA TANAMAN HIAS
KWU BUDIDAYA TANAMAN HIAS
 
Budidaya buah naga merah
Budidaya buah naga merahBudidaya buah naga merah
Budidaya buah naga merah
 
Ppt ektum melati
Ppt ektum melatiPpt ektum melati
Ppt ektum melati
 
Kemahiran hidup pembiakan secara keratan batang
Kemahiran hidup pembiakan secara keratan batangKemahiran hidup pembiakan secara keratan batang
Kemahiran hidup pembiakan secara keratan batang
 
Contoh Makalah ( Makalah anggrek)
Contoh Makalah ( Makalah anggrek)Contoh Makalah ( Makalah anggrek)
Contoh Makalah ( Makalah anggrek)
 
persentasi tentang tanaman kuping gajah
persentasi tentang tanaman kuping gajahpersentasi tentang tanaman kuping gajah
persentasi tentang tanaman kuping gajah
 
budidaya aglaonema
budidaya aglaonemabudidaya aglaonema
budidaya aglaonema
 
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman LandskapPenanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
Penanaman Dan Penyelenggaraan Am Tanaman Landskap
 
Budi daya buah naga
Budi daya buah nagaBudi daya buah naga
Budi daya buah naga
 
Budidaya dan Wirausaha Tanaman Hias
Budidaya dan Wirausaha Tanaman HiasBudidaya dan Wirausaha Tanaman Hias
Budidaya dan Wirausaha Tanaman Hias
 
Proses Penanaman Tanaman Hias
Proses Penanaman Tanaman HiasProses Penanaman Tanaman Hias
Proses Penanaman Tanaman Hias
 
Pepaya
PepayaPepaya
Pepaya
 

Similar to Tanamanhiasant1 170110033212

Similar to Tanamanhiasant1 170110033212 (20)

Verikultur
VerikulturVerikultur
Verikultur
 
Projek Tanaman Hiasan
Projek Tanaman HiasanProjek Tanaman Hiasan
Projek Tanaman Hiasan
 
Vertikultur
VertikulturVertikultur
Vertikultur
 
Zaras
ZarasZaras
Zaras
 
Bab 5 Tanaman Hiasan tingkatan 2
Bab 5 Tanaman Hiasan tingkatan 2Bab 5 Tanaman Hiasan tingkatan 2
Bab 5 Tanaman Hiasan tingkatan 2
 
Prakarya
PrakaryaPrakarya
Prakarya
 
Prospek serai wangi
Prospek serai wangiProspek serai wangi
Prospek serai wangi
 
Makalah tbt rempah dan khasiat obat (beluntas)
Makalah tbt rempah dan khasiat obat (beluntas)Makalah tbt rempah dan khasiat obat (beluntas)
Makalah tbt rempah dan khasiat obat (beluntas)
 
Bekas penanaman yang cantik dan praktikal menambah seri pada taman
Bekas penanaman yang cantik dan praktikal menambah seri pada tamanBekas penanaman yang cantik dan praktikal menambah seri pada taman
Bekas penanaman yang cantik dan praktikal menambah seri pada taman
 
Kina
KinaKina
Kina
 
Manggis
ManggisManggis
Manggis
 
Jenis Jenis Tanaman Pertanian.pptx
Jenis Jenis Tanaman Pertanian.pptxJenis Jenis Tanaman Pertanian.pptx
Jenis Jenis Tanaman Pertanian.pptx
 
Tapak Dara
Tapak DaraTapak Dara
Tapak Dara
 
Kumis kucing
Kumis kucingKumis kucing
Kumis kucing
 
Makalah biologi
Makalah biologiMakalah biologi
Makalah biologi
 
Makalah tbt hias dracaena
Makalah tbt hias dracaenaMakalah tbt hias dracaena
Makalah tbt hias dracaena
 
Cara Membudidaya Sayuran Sawi
Cara Membudidaya Sayuran SawiCara Membudidaya Sayuran Sawi
Cara Membudidaya Sayuran Sawi
 
KH-T2-TANAMAN HIASAN
KH-T2-TANAMAN HIASANKH-T2-TANAMAN HIASAN
KH-T2-TANAMAN HIASAN
 
Pedoman Teknis Budidaya Hebras
Pedoman Teknis Budidaya HebrasPedoman Teknis Budidaya Hebras
Pedoman Teknis Budidaya Hebras
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 

Recently uploaded

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 

Recently uploaded (20)

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 

Tanamanhiasant1 170110033212

  • 1. Pengenalan 1 Tanaman hiasan ditanam dengan tujuan untuk mencantikkan atau mengindahkan sesuatu kawasan. 2 Tanaman hiasan mempunyai rupa yang menarik dari segi bunga, daun, ataupun bentuk pokok. 3 Selain dapat mencantikkan dan mengindahkan kawasan, tanaman hiasan dapat bertindak sebagai agen penyaring udara. 4 Tanaman hiasan yang ditanam di taman akan membantu menghasilkan udara bersih dengan cara menyerap gas karbon dioksida dan membebaskan gas oksigen untuk pernafasan. Pembiakan Tanaman Hiasan Tanaman hiasan dibiakkan melalui dua cara, iaitu: 1 pembiakan secara seks; 2 pembiakan aseks. Pembiakan secara Seks 5 Pembiakan seks menggunakan biji benih tanaman. 6 Biji benih diperoleh daripada dua sumber iaitu: 1 dipetik dari pokok induk; 2 dibeli di pasaran. 7 Antara contoh tanaman hiasan yang dapat dibiakkan secara seks ialah: 3 Helianthus (bunga matahari); 4 Impatiens (bunga keembung); 5 Celosia (bunga balung ayam); 6 Gomphrena (bunga butang); 7 Zinnia.
  • 2. bunga buah biji benih anak pokok bekas semaian Pembiakan secara seks. Pembiakan secara Aseks 8 Pembiakan secara aseks ialah kaedah pembiakan tumbuhan menggunakan bahagian vegetatif pokok seperti batang, daun, atau akar. 9 Pembiakan secara ini juga dikenal sebagai pembiakan tampang. 10 Pembiakan aseks dilakukan melalui: 8 keratan batang; 9 keratan daun; 10 pembahagian rumpun. 11 Jadual yang berikut menunjukkan cara pembiakan aseks dan contoh-contoh tumbuhan hiasan yang sesuai dibiakkan melalui kaedah tersebut. Keratan Batang Keratan Daun Pembahagian Rumpun Contoh Tanaman Contoh Tanaman Contoh Tanaman 11 Hibiscus (bunga raya) 12 Bougainvillea (bunga kertas) 13 Codiaeum (pokok 15 Sansieviera (pokok lidah jin) 16 Begonia 17 Setawar 18 Sansieviera (pokok lidah jin) 19 Orkid oncidium 20 Caladium (pokok
  • 3. Puding) 14 Coleus (pokok ati-ati) keladi) batang pokok keratan batang bekas semaian anak pokok Pembiakan secara aseks. Pembiakan Secara Keratan 12 Bahagian-bahagian tanaman hiasan seperti batang, daun, dan akar dapat digunakan untuk dibiakkan secara keratan. 13 Bahagian-bahagian pokok ini perlu dipilih dan dikerat daripada pokok asal untuk disemai. Medium Semaian 14 Bahagian pokok sama ada batang, daun, atau akar yang telah dikerat, disemai dengan menggunakan medium semaian. 15 Medium bermaksud bahan yang digunakan untuk membolehkan semaian atau tanaman hidup. 16 Medium semaian yang dapat digunakan adalah seperti pasir sungai atau campuran tanah. pasir sungai beg politena bekas semaian 17 Pasir sungai amat sesuai sekali digunakan sebagai medium semaian kerana pasir ini: 21 bersih; 22 tidak menghalang perkembangan akar; 23 membantu memudahkan pengaliran udara dan air. 18 Medium semaian untuk menyemai keratan daripada tanaman hiasan perlu diletakkan di dalam bekas khas seperti kotak
  • 4. semaian atau beg politena. 19 Bekas semaian perlu mempunyai lubang saliran untuk memudahkan air siraman yang berlebihan mengalir keluar. lubang saliran 20 Sebelum memasukkan medium semaian ke dalam bekas semaian, lubang saliran perlu ditutup dengan menggunakan serpihan pasu atau batu kerikil. Hal ini dilakukan untuk mencegah medium semaian keluar bersama air siraman. Jenis Keratan Batang 21 Untuk melakukan pembiakan menggunakan kaedah ini, kenal pasti batang tanaman hiasan yang akan dikerat. 22 Keratan pada batang tanaman hiasan dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: 24 keratan kayu keras; 25 keratan kayu sederhana; 26 keratan kayu lembut. 23 Keratan-keratan ini dibuat mengikut pembahagian batang kepada tiga bahagian yang berlainan seperti yang berikut: keratan kayu lembut – masih muda keratan kayu sederhana – kurang matang keratan kayu keras – cukup matang Menyediakan Keratan Batang 24 Dahan atau batang tanaman yang dipilih itu perlulah sihat, cukup matang, dan tiada kesan serangan penyakit atau serangga perosak 25 Dahan yang dipilih dapat dikerat menjadi beberapa bahagian untuk disemai dengan menggunakan sekateur. Potong dalam jarak antara 10 cm hingga 15 cm bagi setiap keratan.
  • 5. 26 27 Bahagian pangkal keratan dipotong secara serong. Hal ini dibuat untuk: 27 memudahkan kerja menyemai keratan batang; 28 memudahkan pertumbuhan akar kerana permukaan yang rencong lebih lebar keluasannya. rata keratan batang rencong hujung dahan pangkal dahan 28 Apabila membuat keratan pada batang, daun-daun yang terdapat pada batang tersebut perlu diberi perhatian. 29 Jadual yang berikut menunjukkan cara keratan batang disediakan. Jenis Keratan Daunnya 29 29 29 Keratan kayu keras daun-daunnya dibuang 30 30 30 Keratan kayu sederhana dibiarkan sehelai atau dua helai daun
  • 6. 31 Keratan kayu lembut daun bahagian dipotong buku daun-daun dibiarkan semasa menyemai Menyemai Keratan Batang 30 Keratan batang yang telah dipotong perlulah disemai ke dalam medium semaian. 31 Sebelum disemai, bahagian hujung keratan yang telah direncongkan dicelup dalam hormon pengakaran. 32 Hormon pengakaran adalah bahan yang dapat mempercepat dan menggalakkan pertumbuhan akar. 33 Setelah dicelup ke dalam hormon pengakaran, keratan batang dicucukkan dengan cermat ke dalam pasir dalam kotak semaian dalam jarak antara 8 cm ke 10 cm. 34 Sebaik-baiknya, keratan batang ditanam secara condong di dalam bekas semaian dengan 1/3 bahagian keratan batang tertanam dalam medium. medium semaian kotak semaian keratan Menjaga Keratan Batang 35 Kotak semaian yang mengandungi keratan batang perlu diletakkan di bawah naungan untuk mengurangkan kesan cahaya matahari.
  • 7. 36 Kotak semaian ditutup dengan lapisan plastik lutsinar untuk mengekalkan kelembapan medium. 37 Masa yang diambil untuk keratan batang berakar bergantung kepada kelembapan medium. 38 Apabila keratan telah berakar, tunas daun akan tumbuh pada bahagian batangnya. 39 Lapisan plastik lutsinar ditanggalkan daripada kotak semaian apabila daun tumbuh pada keratan batang. Tumbuhan memerlukan lebih banyak pendedahan pada cahaya matahari. 40 Keratan batang yang telah bertunas perlu disiram. Rumpai yang tumbuh di sekeliling juga perlu dibuang. kotak semaian keratan plastik lutsinar keratan batang Kotak semaian dibalut dengan plastik lutsinar. Kotak semaian diletak di bawah naungan. Memilih Tanaman Hiasan yang Boleh Dibiakkan melalui Keratan 41 Jenis pokok hiasan yang dapat dibiak melalui keratan bergantung pada spesis tanaman yang hendak dibiakkan. 42 Ada spesies tanaman yang mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan kayu keras dan ada pula tanaman yang mudah dibiakkan dengan keratan kayu sederhana atau keratan kayu lembut. 43 Jadual dan rajah yang berikut menunjukkan jenis pokok dan kaedah keratan yang sesuai digunakan. Keratan Kayu Keras Keratan Kayu Sederhana Keratan Kayu Lembut 32 Bougainvillea (bunga kertas) 33 Ixora coccinea (iksora) 34 Duranta repens 35 Randia macrantha (Randia putih) 36 Hibiscus (bunga raya) 37 Lawsonia Inermis (inai) 38 Begonia semper florens (begonia) 39 Ficus elastica (ara india) 40 Pedilanthus tithymaloides (pokok lelipan)
  • 8. (duranta) Bougainvillea (bunga kertas) Ixora coccinea (iksora) Duranta repens (duranta) Randia macrantha (randia putih) Hibiscus (bunga raya) Lawsonia Inermis (inai) Begonia semper florens (begonia) Ficus elastica (ara india) Pedilanthus tithymaloides (pokok lelipan) Penanaman 44 Keratan batang yang telah disemai dalam kotak semaian akan berakar dan mengeluarkan daun. 45 Apabila telah terdapat sekurang-kurangnya dua helai daun pada keratan batang, anak pokok ini bolehlah dipindahkan dan ditanam sama ada di dalam beg politena atau pasu. 46 Untuk menanam anak pokok, medium penanaman perlu disediakan. 47 Tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai perlu disediakan mengikut nisbah 7:3:2 atau 3:2:1 (berdasarkan sukatan isipadu). 48 Nisbah campuran ini dikenal sebagai medium penanaman John Innes Potting Campost. medium beg politena kotak semaian sudip tangan anak pokok 49 Sukatan nisbah 3:2:1 sesuai digunakan untuk menyediakan medium penanaman jika kadar tanah liat didapati tinggi dalam tanah loam yang digunakan. 50 Ketiga-tiga bahan medium ini perlu disediakan dan ditapis terlebih dahulu menggunakan penapis 6 mm2 untuk mengasingkan batu kerikil dan sampah sarap. 51 Medium yang telah ditapis perlu dicampurkan dan digaul. 52 Baja potasi atau baja fosfat dicampurkan bersama-sama medium untuk menggalakkan pertumbuhan akar (kadar campurannya
  • 9. ialah 2.5 gram baja potasi/4.5 gram baja fosfat untuk setiap 4.5 liter medium). 53 Medium yang telah siap disediakan boleh dimasukkan ke dalam beg politena atau pasu untuk menanam anak pokok. Medium Penanaman 54 Medium penanaman yang akan digunakan untuk menanam anak pokok perlu mempunyai ciri-ciri yang berikut: 41 memastikan akar mudah menembusi medium; 42 membekalkan sumber nutrien yang seimbang kepada pokok; 43 membekalkan air yang mencukupi. 55 Kesuburan anak pokok bergantung pada medium penanaman yang digunakan. 56 Medium penanaman dapat disediakan daripada campuran tanah loam, bahan organik, dan pasir sungai. Jadual yang berikut menunjukkan sumber dan fungsi setiap bahan medium. Bahan Medium Sumber Fungsi 44 Tanah loam tanah lapisan atas permukaan bumi meneguhkan kedudukan pokok 45 Bahan organik reputan benda-benda hidup membaiki struktur tanah, berupaya menyimpan air, dan menjadi sumber nutrien kepada pokok 46 Pasir sungai pasir daripada dasar sungai berupaya memberikan saliran dan pengudaraan serta memudahkan perkembangan akar
  • 10. Mengubah Keratan Batang ke Beg Politena 57 Keratan batang yang telah mengeluarkan akar dan berdaun boleh dipindahkan sama ada dalam beg politena atau pasu. 58 Pemindahan ini perlu dilakukan kerana anak pokok memerlukan medium penanaman dan ruang yang lebih luas untuk membesar. 59 Beg politena yang akan digunakan perlu diisi dengan medium penanaman. 60 Buat lubang pada bahagian tengah medium di dalam beg politena untuk menanam anak pokok. skop batu kerikil penapis 61 Anak pokok dari kotak semaian yang telah dipilih, dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam beg politena bersama-sama dengan sebahagian mediumnya. 62 Pengubahan anak pokok dari kotak semaian ke dalam beg politena perlu dilakukan dengan cermat agar akar pokok tidak rosak. 63 Setelah anak pokok dimasukkan ke dalam beg politena, padatkan medium dengan tangan untuk mengejapkannya. 64 Anak pokok yang telah ditanam di dalam beg politena perlu diletakkan di bawah naungan dan disiram. Penjagaan Anak Pokok 65 Anak pokok yang telah ditanam memerlukan penjagaan rapi. 66 Penjagaan yang rapi akan membolehkan anak pokok hidup dalam keadaan sihat dan subur. Kaedah Menjaga Anak Pokok 67 Proses menjaga anak pokok perlu dilakukan dari semasa ke semasa, 68 Antara kaedah penjagaan anak pokok ialah: 47 merumput;
  • 11. 48 menggembur; 49 membaja; 50 menyiram; 51 mengawal ancaman perosak dan penyakit. Merumput 69 Rumpai yang tumbuh mengganggu pertumbuhan anak pokok. 70 Kerja merumput dilakukan untuk: 52 mengelakkan persaingan, untuk mendapatkan cahaya matahari, nutrien, dan air. 53 menghapuskan tempat perosak dan punca penyakit anak pokok. 71 Kerja merumput dapat dilakukan dengan menggunakan serampang tangan atau mencabutnya dengan tangan. serampang tangan Merumput. Menggembur 72 Menggembur ialah proses membalik-balikkan medium yang terdapat di dalam bekas tanaman. 73 Tujuan mengembur adalah untuk memperbaiki pengudaraan dan penembusan air ke kawasan akar selain dapat mengawal pertumbuhan rumpai. 74 Kerja menggembur dilakukan dengan menggunakan sudip tangan atau serampang tangan. 75 Kerja menggembur dilakukan selepas kerja merumput. sudip tangan Menggembur permukaan tanah. Membaja 76 Semua tumbuhan memerlukan nutrien untuk tumbuh subur dan sihat.
  • 12. 77 Untuk membaja, baja kimia lengkap seperti NPK atau baja organik dapat digunakan. 78 Pembajaan juga dapat dilakukan melalui semburan daun. 79 Pembajaan melalui semburan daun lebih cepat diserap oleh tanaman. baja semburan baja kimia Membaja. Menyiram 80 Anak pokok memerlukan bekalan air yang mencukupi untuk melarutkan nutrien dalam medium. 81 Nutrien yang larut dengan bantuan air mudah diserap oleh akar pokok. 82 Kerja menyiram dapat dilakukan dengan menggunakan penyiram atau hos. 83 Penyiraman boleh dilakukan sekurangkurangnya dua kali sehari ketika cuaca panas. 84 Elakkan menyiram tanaman dengan air yang berlebihan. Air yang berlebihan akan mengurangkan pengudaraan dan merencatkan pertumbuhan anak pokok. Menyiram. Mengawal Ancaman Perosak dan Penyakit 85 Tanaman hiasan selalu diserang perosak seperti serangga dan penyakit. 86 Serangan perosak dan penyakit dapat dicegah dengan menggunakan racun serangga dan racun kulat. 87 Penggunaan racun serangga dan racun kulat dilakukan apabila kelihatan tanda-tanda serangan serangga atau penyakit.