SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
PENGGUNAAN KAEDAH PINDAH RUMAH MEMBANTU
MENYELESAIKAN OPERASI BAHAGI MELIBATKAN
NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR 1 DIGIT.
Oleh:
Nor Amirah binti Abdul Hamid, Nik Mohamad bin Nik Jusoh
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
amirahipgkdri@gmail.com, nik@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid tahun
5 meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat
dengan nombor 1 digit. Melalui pemerhatian, analisis dokumen serta ujian
diagnostik yang dijalankan, pengkaji mendapati terdapat beberapa kesilapan
yang sering dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan
bertujuan untuk murid Tahun 5 menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat
dengan nombor 1 digit dengan menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Peserta
kajian terdiri daripada lima orang iaitu seorang lelaki dan 4 orang
perempuan. Mereka dipilih berdasarkan daripada keputusan ujian diagnostik.
Data dikumpul menggunakan instrument ujian pra dan ujian pasca, analisis
dokumen serta temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut
peserta kajian. Berdasarkan daripada intervensi yang dijalankan, dapatan
kajian menunjukkan Kaedah Pindah Rumah berjaya membantu murid
menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Melalui
sesi temubual yang dibuat juga menunjukkan pandangan yang positif daripada
kesemua peserta terhadap penggunaan kaedah tersebut. Secara
keseluruhannya, Kaedah Pindah Rumah yang diperkenalkan ini dapat
mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian jika dibandingkan
dengan kaedah tradisonal iaitu kaedah pembahagian panjang.
Kata kunci : Kaedah “Pindah Rumah”, operasi bahagi, murid tahun 5,
pembahagian panjang.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berdasarkan daripada pengalaman menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan
Bukit Losong, Kuala Terengganu, pengkaji mendapati murid-murid seringkali menghadapi
masalah dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi bahagi bagi muird tahun 5.
Masalah yang sama turut dihadapi oleh muird-murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kelulut,
Marang semasa pengkaji menjalani praktikum fasa dua. Seterusnya, pengkaji menjalani
praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu, Kuala Terengganu. Pengkaji telah
diamanahkan untuk mengajar kelas 5 Bestari iaitu kelas kedua daripada tiga kelas bagi tahun
5. Mereka terdiri daripada murid yang berpencapaian sederhana. Pengkaji telah mengajar
tajuk membahagi nombor bulat dengan nombor satu digit. pengkaji mendapati terdapat
beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murd. Antaranya ialah, murid gagal
membuat pengumpulan semula (rujuk rajah 1) dan tidak memahami algoritma pembahagian
panjang (rujuk rajah 2). Berdasarkan daripada Rajah 3, terdapat segelintir murid yang
menyalin semula nombor yang dibahagi dan menulis sebarang nilai bagi hasil bahagi.
Manakala bagi rajah 4, murid-murid seringkali melakukan kesilapan semasa melakukan
proses pengumpulan semula menyebabkan mereka gagal mendapat jawapan.
Rajah 1 : Murid tidak membuat pengumpulan semula
Rajah 2 : Tidak memahami algoritma pembahagian panjang
Rajah 3 : Menyalin semula nombor yang dibahagi dengan menulis sebanarng nilai
bagi hasil bahagi.
Rajah 4 : Melakukan kesilapan semasa pengumpulan semula.
Pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi membantu murid tahun 5 menguasai
kemahiran melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit untuk mengatasi
masalah tersebut.
SOROTAN LITERATUR
Matematik yang dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab merupakan salah satu bidang ilmu
yang unik untuk diterokai. Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang penting dan juga
merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakkan pelajar (Noraini, 2001).
Namun begitu, masih terdapat ramai murid yang gagal menguasai kemahiran-kemahiran
yang terdapat dalam Matematik. Menurut Isa (1994) pada setiap tahun lebih 40.0 peratus
pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan gagal menguasai kemahiran Matematik walaupun telah
mempelajarinya selama enam tahun.
Bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam
Matematik, guru hendaklah merancang satu sesi pembelajaran yang bermakna dan mampu
menarik minat murid untuk mencintai Matematik. Menurut Mustaqin (2012), pengajaran dan
pembelajaran Matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi
mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Mengikut
Keating (1975) dalam kajian M.Balakrishnan (1994) pula menyatakan keupayaan
penaakulan formal adalah penting untuk menjamin kejayaan seseorang pelajar di dalam
berbagai disiplin akademik, termasuk Matematik. Bagi matapelajaran Matematik keupayaan
berfikir secara logik adalah dianggap penting untuk membolehkan murid-murid
menyelesaikan berbagai masalah Matematik (Khadijah 1990).
Guru boleh menggunakan BBM dalam memperkenalkan konsep bagi operasi asas
matematik. Sukatan pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar menguasai kemahiran
yang melibatkan operasi-operasi +, -, x ,÷,. Operasi-operasi itu merupakan asas kepada
menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik (Safinaz et al, 2000). Keempat-
empat kemahiran tersebut merupakan kemahiran yang penting bagi menguasai tajuk-tajuk
yang lain seperti panjang, luas dan sebagainya. Murid-murid sentiasa berhadapan dengan
kesukaran menyelesaikan soalan Matematik. Menurut Khoo Phon Sai (1986), seseorang
pelajar harus mengetahui dan menggunakan hukum-hukum operasi Matematik. Pada
pandangan pelajar secara umum, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata
pelajaran yang susah untuk difahami.
Bahagi merupakan salah satu kemahiran asas yang amat sukar untuk dikuasai oleh murid.
Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
operasi bahagi (Lee Mei Mei, 2006 dalam Affiq, 2013). Menurut Nik Azis Nik Pa (2011)
dalam kajiannya, menyatakan majoriti murid menggambarkan konsep bahagi secara abstrak
dengan menulis dua simbol, iaitu simbol standard bagi operasi bahagi dan simbol bagi
pembahagian panjang. Menurut Mazuin (2009) pula, kebanyakkan murid masih tidak
memahami konsep bahagi dan ini menyukarkan mereka untuk menyelesaikan soalan
Matematik yang melibatkan operasi bahagi. Daripada empat operasi aritmetik, bahagi
merupakan operasi yang paling mencabar kepada pelajar dan ada di antaranya berpendapat
bahawa pembahagi seharusnya lebih kecil daripada hasil bahagi (Amar, 2007).
Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kefahaman pada peringkat awal
pembelajaran sesuatu topik yang diajar dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik yang baru,
ini disebabkan pembelajaran Matematik akan bertambah susah kepada para pelajar apabila
umur mereka meningkat (Zatur Junaida,2004). Hal ini terbukti apabila murid gagal
menguasai kemahiran bahagi semasa tahun 4, dan ia menjadi lebih serius apabila memasuki
tahun 5. Dalam kajian ini, ansur maju dalam menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat
dengan satu digit akan digunakan. Ansur maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu
kemahiran itu, bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih
sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya (Tiong Houng Ching, 2005
dalam Eric Ling Tiing Kong, 2011).
Menurut Hassan (1971) dalam kajian Tamby Subahan (1999), cara penyampaian yang
difikirkan sesuai dengan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai termasuklah kaedah,
ujikaji dan gerak kerja, cara menyedia serta menggunakan alat dan urutan tajuk. Justeru itu
pengkaji bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah bagi membantu murid mengatasi
masalah mereka. Menurut Koh Lee Sing et al (2008), adalah penting untuk guru Matematik
mencari satu titik keseimbangan dalam mempelbagaikan strategi pengajarannya agar murid-
murid dapat menghayati keindahan Matematik dalam proses pembelajaran konsep dan
kemahiran Matematik. Kebanyakkan murid menghadapi masalah dalm melakukan
pembahagian panjang. Justeru itu, satu kaedah altenatif akan digunakan dalam kajian ini. Ia
disokong oleh kajian Azizan (2002) dimana murid-murid yang mungkin menghadapi banyak
masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu mungkin boleh dimanfaatkan
dengan menggunakan algoritma alternatif.
Biasanya informasi yang diterima akan berada dalam ingatan jangka pendek buat beberapa
saat. Mengulang sesuatu informasi yang diterima akan meneguhkan informasi itu (M.
Balakrishnan, 1994). Pendapat tersebut turut disokong dalam kajian “Bahagi….Oh ….
Bahagi” (Sinah anak Robinson,2005) dan Cartamu (Benjamin Kibong,2006), didapati kedua-
dua orang penyelidik suka melatih murid-murid secara latih tubi (Christina Lau Yuan Yuan,
2011). Kaedah yang digunakan akan diulang semasa kelas intervensi yang akan
dilaksanakan. Latihan berkala juga akan turut diberikan murid lemah. Menurut Shaharir
(1982) yang mengatakan bahawa guru-guru masih digalakkan mengadakan suasana yang
terdapat dalam pengalaman sehari-harian murid-murid, membanyakkan latihan untuk
mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan mengadakan kegiatan murid secara individu dan
kumpulan. Waktu murid-murid membuat latihan, mereka harus diberi penerangan terlebih
dahulu tentang makna atau tujuan arahan soalan yang hendak dijawab dalam latihan-latihan
itu (Baharin Shamsudin, 1990).
Berdasarkan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, dapatlah dibuktikan bahawa
kemahiran bahagi merupakan salah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh
murid kerana ia akan digunakan semasa dalam topik yang lain. Namun begitu, kemahiran
murid dalam menyelesaikan soalan melibatkan kemahiran bahagi amat lemah. Murid mula
menghadapi maslaah dalam bahagi apabila memerlukan mereka menggunakan kaedah
pembahagian panjang. Walaupun ia merupakan kaedah yang telah lama digunakan, namun
masih ada murid yang gagal menguasainya. Justeru, guru hendaklah memikirkan cara
altenatif bagi membantu mereka agar mereka dapat menguasai kemahiran ini sekaligus
menjadikan sesi pengajaran lebih seronok dan menarik.
TUJUAN KAJIAN
Objektif Umum
Meningkatkan kemahiran murid dalam operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit
Objektif Khusus
Mengenalpasti samada Kaedah Pindah Rumah dapat membantu murid lemah tahun 5 Bestari
dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1digit.
Persoalan Kajian
Adakah Kaedah Pindah Rumah dapat membantu murid menyelesaikan operasi bahagi
nombor bulat dengan 1 digit?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada seorang lelaki
dan empat orang perempuan yang dipilih berdasarkan daripada keputusan ujian diagnostik
yang telah dijalankan. Data telah dikumpul menggunakan instrument ujian pra dan ujian
pasca, analisis dokumen serta temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut
individu.
Ujian pra dan ujian pasca telah dibuat bagi melihat perubahan peserta kajian dalam
menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Oleh
itu, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian telah dianalisis secara individu.
Kedua-dua ujian ini terdiri daripada soalan yang sama iaitu sebanyak serta peruntukan
markah dan masa yang sama. Ujian ini terdiri daripada 8 soalan dimana setiap soalan
membawa 3 markah dan masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam. Kedua-dua ujian ini
dijalankan bertujuan untuk melihat perubahan penguasaan peserta kajian bagi operasi bahagi
sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan.
Temubual telah dibuat bagi menyokong hasil dapatan yang telah diperolehi berdasarkan
daripada penggunaan Kaedah Pindah Rumah. Temubual telah dibuat sebelum, semasa dan
selepas sesi intervensi dijalankan. Disamping itu, lembaran kerja semasa sesi intervensi
dilaksanakan juga dikumpul bagi menganalisis peningkatan penguasaan peserta kajian
terhadap operasi bahagi melibatkan nombor bulat dengan nombor 1 digit.
SPESIFIKASI INTERVENSI
Berikut menunjukkan bagaimana Kaedah Pindah Rumah dapat diaplikasikan oleh murid
lemah tahun 5 Bestari dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat
dengan satu digit.
Langkah 1
Sebagai permulaan, murid akan diperkenalkan dengan petak berwarna atau dikenali sebagai
‘rumah flat’ dan rod sifir berwarna. Mereka perlu menulis bentuk lazim seperti biasa pada
baris berwarna biru.
Langkah 2
Seterusnya, mereka dikehendaki mengisi rod sifir mengikut pembahagi yang dikehendaki
soalan. Terdapat dua baris berwarna pada rod tersebut dimana nombor hasil bahagi terletak
pada baris kuning dan nombor yang dibahagikan pada baris merah jambu. Murid boleh
memulakan pengiraan dengan melihat digit pertama pada baris berwarna biru. Kemudian
murid akan membandingkan nilai tersebut pada rod sifir yang dibina pada baris merah
jambu. Sekirannya terdapat nilai yang sama, murid akan menulis nilai tersebut pada kotak
berwarna merah jambu dalam lajur yang pertama.
Langkah 3
Sekiranya tiada, murid perlu melihat nombor yang lebih kecil daripada nilai tersebut pada
rod sifir. Pada kotak kuning lajur pertama, murid perlu menulis nombor yang sama lajur
dengan nilai yang diambil pada rod sifir. Langkah tersebut diulang sehingga semua digit
pada kotak biru telah dibahagikan.
Langkah 4
Apabila kesemua nombor telah dibahagikan, jawapan akan diambil pada kesemua digit pada
petak kuning dan juga digit pada petak hijau yang terakhir sebagai baki. Seperti soalan
dibawah, jawapan yang diperolehi ialah 9464 baki 2. Sekirannya jawapan akhir pada petak
hijau ialah 0, maka jawapan yang diperoleh adalah tidak berbaki.
DAPATAN KAJIAN
Berikut adalah dapatan kajian yang diperoleh daripada peserta kajian A. Peserta kajian A
merupakan murid yang lemah dalam subjek matematik dimana beliau memperoleh gred D
semasa ujian TOV yang lepas. Pengkaji telah menjalankan satu ujian pra terhadap peserta ini
dan beliau gagal menjawab mana-mana daripada 8 soalan dengan betul. Hasil daripada
analisis yang dibuat, pengkaji mendapati peserta ini telah menguasai sifir dengan baik tetapi
menghadapi masalah dalam memahami algoritma pembahagian panjang. Apabila ditanya
mengenai kesilapan yang telah dilakukan pada item 1, dengan yakin peserta kajian A
mengatakan “Dah takda 36”(PK01-Tem01-B18).
Rajah 5 Rajah 6
Rajah 5 dan 6: Menunjukkan kesilapan dalam melakukan pembahagian panjang.
Semasa sesi intervensi 1, peserta kajian A telah di minta untuk melengkapkan rod sifir
bermula dengan sifir 2 hingga sifir 9. Berdasarkan daripada analisis dokumen yang telah
dibuat, peserta kajian ini berjaya melengkapkan kesemua rod sifir dengan betul. Ini
menunjukkan bahawa peserta kajian A tidak menghadapi masalah dalam membina sifir.
Tujuan sesi intervensi ini adalah untuk memperkenalkan rod sifir berwarna kepada peserta
kajian.
Rajah 7 : Rod sifir yang berjaya diisi oleh peserta kajian A dengan betul semasa sesi
intervensi 1.
Semasa sesi intervensi 2, peserta kajian A telah diperkenalkan dengan Kaedah Pindah
Rumah. Objektif pembelajaran bagi sesi ini adalah menyelesaikan soalan bahagi nombor
bulat dengan nombor 1 digit menggunakan Kaedah Pindah Rumah dengan berpandukan
warna. Pengkaji menunjukkan beberapa contoh dimana peserta kajian akan dibimbing untuk
menyelesaikan contoh tersebut bersama-sama. Seterusnya pengkaji mengedarkan satu
lembaran kerja yang terdiri daripada empat soalan. Setiap soalan tersebut telah disediakan
ruangan rod sifir dan rumah flat yang berwarna. Peserta ini berjaya menjawab kesemua
soalan dengan betul.
Rajah 8 : Soalan lembaran kerja yang berjaya dijawab dengan betul semasa sesi
intervensi 2
Objektif pembelajaran bagi sesi intervensi 3 pula ialah menyelesaikan soalan bahagi
menggunakan Kaedah Pindah Rumah tanpa berpandukan warna. Semasa sesi ini, pengkaji
tidak lagi menggunakan rod sifir berwarna serta rumah flat berwarna. Empat soalan telah
diberikan dimana rod sifir dan rumah flat tidak berwarna disediakan bagi 2 soalan manakala
dua soalan lagi memerlukan beliau melukis sendiri rod sifir dan rumah flat. Semasa sesi
intervensi ini, peserta kajian A hanya berjaya menjawab tiga daripada empat soalan dengan
betul. Peserta kajian ini mampu mengesan kesilapan yang telah dilakukan iaitu kecuaian
semasa penolakan.
Rajah 9: Kecuaian semasa proses penolakan Rajah 10: Pembetulan
Oleh kerana beliau gagal menjawab kesemua soalan dengan betul, sesi intervensi 4 telah
dijalankan dimana. Objektif pembelajaran yang ingin dicapai ialah menyelesaikan soalan
bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Peserta
kajian A telah diberikan empat soalan sebagai latih tubi. Hasil daripada sesi intervensi ini,
peserta kajian A berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul menggunakan Kaedah
Pindah Rumah. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian A Berjaya menguasai kemahiran
membahagi dengan baik.
Rajah 11 : Soalan yang berjaya dijawab dengan betul semasa sesi intervensi 4.
Selepas kesemua sesi intervensi dijalankan, peserta kajian A menunjukkan perubahan yang
positif dari segi penguasaan dan sikap. Keyakinan peserta kajian A semasa menjawab soalan
yang diberikan juga semakin meningkat. Apabila ditanya mengenai jawapan yang
ditunjukkan, peserta kajian A tidak lagi ragu-ragu untuk menerangkan hasil kerja mereka.
Peserta kajian A juga sudah berani untuk bertanya. Hasil analisis dokumen yang dibuat
mendapati, peserta kajian A telah menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan
nombor 1 digit dengan baik. Bagi ujian pasca, peserta kajian ini berjaya menjawab kesemua
soalan dengan betul. Apabila ditanya mengenai pengiraan yang ditunjukkan, peserta kajian A
menyatakan “…….letak 1 dekat atas sebab dkt sifir tu atas 8 tu 1.” (PK01-TEM02-B08).
Hasil daripada temubual yang dibuat selepas sesi intervensi, peserta kajian A menyatakan
bahawa “Senang. tak payah buat panjang-panjang.” (PK01-TEM02-B06). Ini menunjukkan
bahawa peserta kajian berasa seronok dan lebih yakin dengan menggunakan Kaedah Pindah
Rumah.
Rajah 12: Soalan yang berjaya dijawab dengan betul menggunakan Kaedah Pindah
Rumah.
Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah dianalisis, kesemua peserta kajian berjaya
menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor satu digit menggunakan
Kaedah Pindah Rumah. Mereka menunjukkan perubahan yang positif samada dari segi
penguasaan kemahiran membahagi serta keyakinan semasa menjawab soalan. Sebelum sesi
intervensi dijalankan, peserta kajian lebih banyak berdiam diri dan takut untuk bertanya.
Namun selepas sesi intervensi dijalankan, peserta kajian kelihatan semakin bersemangat
untuk menyelesaikan soalan yang diberikan disamping berani untk bertanya. Kesemua
peserta kajian juga memilih untuk menggunakan Kaedah Pindah Rumah semasa menjawab
soalan yang melibatkan bahagi berbanding pembahagian panjang kerana merasakan Kaedah
Pindah Rumah lebih senang dan cepat.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah Pindah Rumah telah berjaya membantu murid-
murid tahun 5 Bestari menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor 1
digit. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan penguasaan murid terhadap operasi bahagi
semasa sesi intervensi dijalankan. Disamping itu, dapatan kajian yang diperoleh daripada
analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos serta temubual yang telah dibuat terhadap setiap
peserta turut menunjukkan peningkatan yang positif. Analisis deskriptif secara individu
telah dibuat terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut. Hasil daripada analisis ketiga-tiga
instrumen tersebut telah membantu menguatkan lagi dapatan kajian yang diperoleh.
Berdasarkan daripada ujian pra yang dijalankan keatas setiap peserta kajian, pengkaji
mendapati kesemua peserta kajian menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang
melibatkan kemahiran membahagi dengan menggunakan kaedah pembahagian panjang
walaupun kesemua mereka tidak menghadapi masalah dalam membina sifir. Dapatan ini
menyokong penyataan Lee Mei Mei dalam Affiq (2013) dimana pelajar selalu menghadapi
masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi bahagi. Namun
begitu, setelah pengkaji memperkenalkan Kaedah Pindah Rumah, peserta kajian berjaya
menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit
dengan betul. Hal ini bertepatan dengan penyataan Azizan (2002) dimana murid-murid yang
mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu
mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma altenatif.
Kajian tindakan ini digunakan untuk menilai amalan pengkaji samada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Kajian ini juga turut
membantu pengkaji dalam meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran
pengkaji semasa di dalam kelas disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu Kaedah Pindah Rumah yang
digunakan dalam kajian ini juga merupakan satu inovasi daripada kaedah yang sediada.
Justeru itu, dengan adanya kajian tindakan, ia akan membantu dalam membentuk seorang
guru yang kreatif dan inovatif.
Selepas melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa kelebihan
apabila Kaedah Pindah Rumah ini digunakan bagi menyelesaian operasi bahagi nombor bulat
dengan nombor 1 digit. Antaranya ialah Kaedah Pindah Rumah berjaya membantu
meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membahagi nombor bulat dengan 1 digit bagi
murid tahun 5 Bestari. Hal ini dapat dilihat berdasarkan daripada analisis yang dibuat pada
setiap sesi intervensi. Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang baik dalam
setiap sesi intervensi. Mereka berjaya menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi
dengan betul setelah menjalani sesi intervensi yang dijalankan. Disamping itu, kaedah ini
juga berjaya membantu murid dalam meminimumkan kesilapan dalam pengiraan dan enkod
jawapan. Dengan menggunakan kaedah ini, ia akan memudahkan murid untuk mengesan
punca kesilapan yang berlaku. Namun begitu, pengkaji mendapati, kaedah ini masih lagi
memerlukan murid untuk mengingati sifir. Justeru itu, pengkaji mencadangkan agar kaedah
ini dibuat penambahbaikkan pada masa akan datang agar ia dapat membantu murid yang
mengalami masalah dalam mengingati sifir menyelesaikan soalan yang melibatkan bahagi.
Kajian lanjutan yang melibatkan penyelesaian operasi bahagi melibatkan nombor bulat
dengan nombor 2 digit mungkin boleh dibuat.
RUJUKAN
Amar Sadi (2007). Misconceptions In Number. Diperoleh Daripada
Http://Www.Ugru.Uaeu.Ac.Ae/Ugrujournal/Ugrujournal_Files/SR5/MIN.Pdf pada 20
Februari 2014.
Azizan Bt Yeop Zaharie (2000). Algoritma Alternatif Untuk Pendaraban. Jabatan Sains Dan
Matematik MPPPP : Pg 3-6
Christina Lau Yuan Yuan (2008) Penggunaan Teknik CRA Untuk Membantu Murid Tahun 5
Menguasai Pembahagian Fakta Asas. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp
Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 14-26
Eric Ling Tiing Kong. (2011). Penggunaan Teknik "SPAD" Dalam Membantu Murid-Murid
Tahun Empat Menyelesaiakn Operasi Bahagi Nombor "4 Digit Dengan 2-Digit"
Dalam Bentuk Lazim. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari
2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL
Tahun 2011 : Pg 1-13
Khoo Phon Sai. (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala
Lumpur: Siri Pendidikan Berita.
Koh Lee Sing, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, & Seah Ai Kuan. ( 2008).
Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Bagi
Murid-Murid Sekolah Rendah Di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Penyelidikan, Jilid 8:
50
Lisah Binti Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan "Combo Set" Dalam Membantu Murid
Tahun Tiga Menjawab Soalan Long Division. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
Pismp Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan
Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 27-41.
Mazuin Binti Kiprawi. (2009). Buku Kecil. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2009, Jilid 3
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang : 2.
M.Balakrishnan.(1994). Teknik-Teknik Memperbaiki Pencapaian Individu Dalam Proses
Pengajaran-Pembelajaran. Maktab Perguruan Kinta. Jurnal Pendidikan Pendeta , 49-
51.
Mohamed Isa Bin Khalid. (1994). Pencapaian Matematik: Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Mengikut Analisis Path. Maktab Perguruan Kinta: Jurnal Pendidikan
Pendeta
Muhamad Mustaqin Bin Azizan . (2012). Penggunaan Kaedah “Pagar” Membantu
Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor Bulat Dengan Nombor 1-Digit Bagi Murid
Tahun 5. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato; Razali Ismail.
Muhammad Affiq Bin Mohammad Zain. (2013). Penggunaan Kaedah ‘U-Solve’ Dalam
Membantu Murid Lemah Tahun 5 Menyelesaikan Masalah Pembahagian. Projek
Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato'
Razali Ismail .
Nik Azis Nik Pa Dan Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). Konsepsi Murid Berumur 10
Tahun Tentang Pembahagian Melibatkan Sifar. Diperoleh Daripada Http://Atikan-
Jurnal.Com/Wp-Content/Uploads/2011/05/06.Pdf Pada 18 Februari 2014.
Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.
Safinaz, Nellie Dan Oon (2000). Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian
Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Maktab Perguruan Teknik Kuala
Lumpur: Unit Penyelidikan Dan Pembangunan.
Shafinaz Bt M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan, Oo Boey Lay. (N.D.). Satu Tinjaun
Kesilapan Murid Dalam Menyelesaikan Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah.
Diperoleh Daripada Mptkl.Tripod.Com/Rnd/Tajuk00_1.Htm Pada 20 Februari 2014
Zatur Junaida Binti Bandong. (2004). Kesan Pengunaan Latihan Metakognitif Dalam
Menyelesaikan Masalah Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah : Satu Kajian
Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak.
pg 2
Bahagi dengan 1 digit

More Related Content

What's hot

LEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdf
LEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdfLEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdf
LEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdf
NurulKausar5
 
Pendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlangan
Pendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlanganPendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlangan
Pendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlangan
Rahimi Isahak
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
Ahmad NazRi
 
Cari perkataan tersembunyi sains
Cari perkataan tersembunyi sainsCari perkataan tersembunyi sains
Cari perkataan tersembunyi sains
HASBUL
 
Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5
soulmoon
 
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
marshiza
 

What's hot (20)

Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
Latihan darab penyelesaian masalah tahun 3 kssr
Latihan darab penyelesaian masalah tahun 3 kssrLatihan darab penyelesaian masalah tahun 3 kssr
Latihan darab penyelesaian masalah tahun 3 kssr
 
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
Dialog Prestasi: SMK Kuala Penyu 2021
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah
 
Latihan darab tahun 4
Latihan darab  tahun 4Latihan darab  tahun 4
Latihan darab tahun 4
 
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptxPENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
PENJAMINAN KUALITI PBD.pptx
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
LEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdf
LEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdfLEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdf
LEMBARAN LATIHAN TAMBAHAN MATEMATIK TAHUN 1.pdf
 
Pendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlangan
Pendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlanganPendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlangan
Pendaftaran kehadiran ibu bapa ke majlis hari anugerah kecemerlangan
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
DSKP PJPK TAHUN 2
DSKP PJPK TAHUN 2DSKP PJPK TAHUN 2
DSKP PJPK TAHUN 2
 
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academyRPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
RPT BAHASA MELAYU TAHUN 3 2022 2023 by rozayus academy
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 5 DUNIA SENI VISUAL KSSR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 5 DUNIA SENI VISUAL KSSRPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 5 DUNIA SENI VISUAL KSSR
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 5 DUNIA SENI VISUAL KSSR
 
Cari perkataan tersembunyi sains
Cari perkataan tersembunyi sainsCari perkataan tersembunyi sains
Cari perkataan tersembunyi sains
 
Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5Modul penyelesaian masalah matematik 5
Modul penyelesaian masalah matematik 5
 
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
Soalan psv tahun 1,2,3,4,5,6
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
Matematik tahun 4 - Bahagi
Matematik tahun 4 - BahagiMatematik tahun 4 - Bahagi
Matematik tahun 4 - Bahagi
 
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
Kurikulum standard prasekolah kebangsaan 2017
 

Viewers also liked

Kemahiran mengira bahagi
Kemahiran mengira bahagiKemahiran mengira bahagi
Kemahiran mengira bahagi
Hidayu Jamali
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
Jerry Jessy
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
Jenry Saiparudin
 
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
Siti Saharudin
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
Teacher Nasrah
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
Habibah Abdullah
 
Rph matematik tahun 4 tajuk bahagi
Rph matematik tahun 4 tajuk bahagiRph matematik tahun 4 tajuk bahagi
Rph matematik tahun 4 tajuk bahagi
Faridah Mehat
 

Viewers also liked (20)

Konsep bahagi
Konsep bahagiKonsep bahagi
Konsep bahagi
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
Konsep bahagi
Konsep bahagiKonsep bahagi
Konsep bahagi
 
Kemahiran mengira bahagi
Kemahiran mengira bahagiKemahiran mengira bahagi
Kemahiran mengira bahagi
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Bahagi dua digit
Bahagi dua digitBahagi dua digit
Bahagi dua digit
 
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
KAEDAH SUSUNAN PETAK SIFIR DALAM MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGUASAI KONSEP D...
 
Kaedah petak sifir
Kaedah petak sifirKaedah petak sifir
Kaedah petak sifir
 
Konsep bahagi linus
Konsep bahagi linusKonsep bahagi linus
Konsep bahagi linus
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
 
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGIKAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
KAJIAN TINDAKAN: DARAB DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH TANGGA PELANGI
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
Proposal kajian tindakan matematik tahun 1
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012KajianTindakan Matematik 2012
KajianTindakan Matematik 2012
 
Kajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bibKajian tindakan (kaedah)bib
Kajian tindakan (kaedah)bib
 
Bahagi Tahun - RPH 5
Bahagi Tahun - RPH 5Bahagi Tahun - RPH 5
Bahagi Tahun - RPH 5
 
Rph matematik tahun 4 tajuk bahagi
Rph matematik tahun 4 tajuk bahagiRph matematik tahun 4 tajuk bahagi
Rph matematik tahun 4 tajuk bahagi
 
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
Lembaran Kerja Darab, Bahagi dan Pecahan Tahun 2
 

Similar to Bahagi dengan 1 digit

Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Ling Leh
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Jenry Saiparudin
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
Kamal Ludin
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
Kamal Ludin
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Arifah Nur Zul
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Izzati Hamid
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Suzana Che Harun
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
Atok Shila
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
kpr4063
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
KPM
 

Similar to Bahagi dengan 1 digit (20)

691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
Penggunaan Lipatan Kertas Dalam Membantu Murid Tahun Empat Menguasai Konsep P...
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Kajian
KajianKajian
Kajian
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
kajian tindakan m3
kajian tindakan m3kajian tindakan m3
kajian tindakan m3
 
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andyhttp://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
http://www.slideshare.net/elopura/kertas-soalan-matematik-tahun-12003 andy
 
enriquez oribio
enriquez oribioenriquez oribio
enriquez oribio
 
2003 andy
2003 andy2003 andy
2003 andy
 
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik DarabKeberkesanan Tiga Teknik Darab
Keberkesanan Tiga Teknik Darab
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer Melalui Kaed...
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Prosiding jam
Prosiding jamProsiding jam
Prosiding jam
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
Pola Kesilapan Murid Tahun Tiga Wira Menyelesaikan Draf2
 

Bahagi dengan 1 digit

  • 1. PENGGUNAAN KAEDAH PINDAH RUMAH MEMBANTU MENYELESAIKAN OPERASI BAHAGI MELIBATKAN NOMBOR BULAT DENGAN NOMBOR 1 DIGIT. Oleh: Nor Amirah binti Abdul Hamid, Nik Mohamad bin Nik Jusoh Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail amirahipgkdri@gmail.com, nik@ipgmkdri.edu.my ABSTRAK Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid tahun 5 meningkatkan kemahiran menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Melalui pemerhatian, analisis dokumen serta ujian diagnostik yang dijalankan, pengkaji mendapati terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk murid Tahun 5 menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit dengan menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Peserta kajian terdiri daripada lima orang iaitu seorang lelaki dan 4 orang perempuan. Mereka dipilih berdasarkan daripada keputusan ujian diagnostik. Data dikumpul menggunakan instrument ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen serta temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Berdasarkan daripada intervensi yang dijalankan, dapatan kajian menunjukkan Kaedah Pindah Rumah berjaya membantu murid menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Melalui sesi temubual yang dibuat juga menunjukkan pandangan yang positif daripada kesemua peserta terhadap penggunaan kaedah tersebut. Secara keseluruhannya, Kaedah Pindah Rumah yang diperkenalkan ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh peserta kajian jika dibandingkan dengan kaedah tradisonal iaitu kaedah pembahagian panjang. Kata kunci : Kaedah “Pindah Rumah”, operasi bahagi, murid tahun 5, pembahagian panjang. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Berdasarkan daripada pengalaman menjalani praktikum fasa satu di Sekolah Kebangsaan Bukit Losong, Kuala Terengganu, pengkaji mendapati murid-murid seringkali menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi bahagi bagi muird tahun 5. Masalah yang sama turut dihadapi oleh muird-murid tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang semasa pengkaji menjalani praktikum fasa dua. Seterusnya, pengkaji menjalani praktikum fasa tiga di Sekolah Kebangsaan Telok Pasu, Kuala Terengganu. Pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar kelas 5 Bestari iaitu kelas kedua daripada tiga kelas bagi tahun 5. Mereka terdiri daripada murid yang berpencapaian sederhana. Pengkaji telah mengajar tajuk membahagi nombor bulat dengan nombor satu digit. pengkaji mendapati terdapat beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murd. Antaranya ialah, murid gagal membuat pengumpulan semula (rujuk rajah 1) dan tidak memahami algoritma pembahagian panjang (rujuk rajah 2). Berdasarkan daripada Rajah 3, terdapat segelintir murid yang menyalin semula nombor yang dibahagi dan menulis sebarang nilai bagi hasil bahagi. Manakala bagi rajah 4, murid-murid seringkali melakukan kesilapan semasa melakukan
  • 2. proses pengumpulan semula menyebabkan mereka gagal mendapat jawapan. Rajah 1 : Murid tidak membuat pengumpulan semula Rajah 2 : Tidak memahami algoritma pembahagian panjang Rajah 3 : Menyalin semula nombor yang dibahagi dengan menulis sebanarng nilai bagi hasil bahagi. Rajah 4 : Melakukan kesilapan semasa pengumpulan semula. Pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi membantu murid tahun 5 menguasai kemahiran melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit untuk mengatasi masalah tersebut.
  • 3. SOROTAN LITERATUR Matematik yang dahulunya dikenali sebagai ilmu hisab merupakan salah satu bidang ilmu yang unik untuk diterokai. Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang penting dan juga merupakan satu mata pelajaran yang mencabar bagi kebanyakkan pelajar (Noraini, 2001). Namun begitu, masih terdapat ramai murid yang gagal menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam Matematik. Menurut Isa (1994) pada setiap tahun lebih 40.0 peratus pelajar-pelajar di sekolah kebangsaan gagal menguasai kemahiran Matematik walaupun telah mempelajarinya selama enam tahun. Bagi memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam Matematik, guru hendaklah merancang satu sesi pembelajaran yang bermakna dan mampu menarik minat murid untuk mencintai Matematik. Menurut Mustaqin (2012), pengajaran dan pembelajaran Matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Mengikut Keating (1975) dalam kajian M.Balakrishnan (1994) pula menyatakan keupayaan penaakulan formal adalah penting untuk menjamin kejayaan seseorang pelajar di dalam berbagai disiplin akademik, termasuk Matematik. Bagi matapelajaran Matematik keupayaan berfikir secara logik adalah dianggap penting untuk membolehkan murid-murid menyelesaikan berbagai masalah Matematik (Khadijah 1990). Guru boleh menggunakan BBM dalam memperkenalkan konsep bagi operasi asas matematik. Sukatan pelajaran KBSR Matematik menekankan pelajar menguasai kemahiran yang melibatkan operasi-operasi +, -, x ,÷,. Operasi-operasi itu merupakan asas kepada menguasai kemahiran-kemahiran lain dalam Matematik (Safinaz et al, 2000). Keempat- empat kemahiran tersebut merupakan kemahiran yang penting bagi menguasai tajuk-tajuk yang lain seperti panjang, luas dan sebagainya. Murid-murid sentiasa berhadapan dengan kesukaran menyelesaikan soalan Matematik. Menurut Khoo Phon Sai (1986), seseorang pelajar harus mengetahui dan menggunakan hukum-hukum operasi Matematik. Pada pandangan pelajar secara umum, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang susah untuk difahami. Bahagi merupakan salah satu kemahiran asas yang amat sukar untuk dikuasai oleh murid. Pelajar selalu menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi bahagi (Lee Mei Mei, 2006 dalam Affiq, 2013). Menurut Nik Azis Nik Pa (2011) dalam kajiannya, menyatakan majoriti murid menggambarkan konsep bahagi secara abstrak dengan menulis dua simbol, iaitu simbol standard bagi operasi bahagi dan simbol bagi pembahagian panjang. Menurut Mazuin (2009) pula, kebanyakkan murid masih tidak memahami konsep bahagi dan ini menyukarkan mereka untuk menyelesaikan soalan Matematik yang melibatkan operasi bahagi. Daripada empat operasi aritmetik, bahagi merupakan operasi yang paling mencabar kepada pelajar dan ada di antaranya berpendapat bahawa pembahagi seharusnya lebih kecil daripada hasil bahagi (Amar, 2007). Matematik merupakan matapelajaran yang memerlukan kefahaman pada peringkat awal pembelajaran sesuatu topik yang diajar dahulu sebelum mempelajari sesuatu topik yang baru, ini disebabkan pembelajaran Matematik akan bertambah susah kepada para pelajar apabila umur mereka meningkat (Zatur Junaida,2004). Hal ini terbukti apabila murid gagal menguasai kemahiran bahagi semasa tahun 4, dan ia menjadi lebih serius apabila memasuki tahun 5. Dalam kajian ini, ansur maju dalam menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat dengan satu digit akan digunakan. Ansur maju merupakan satu kaedah mempelajari sesuatu kemahiran itu, bermula dari langkah yang paling asas kemudian beralih ke aras yang lebih sukar dan seterusnya sehinggalah mereka dapat menguasainya (Tiong Houng Ching, 2005 dalam Eric Ling Tiing Kong, 2011).
  • 4. Menurut Hassan (1971) dalam kajian Tamby Subahan (1999), cara penyampaian yang difikirkan sesuai dengan tujuan dan matlamat yang hendak dicapai termasuklah kaedah, ujikaji dan gerak kerja, cara menyedia serta menggunakan alat dan urutan tajuk. Justeru itu pengkaji bercadang untuk memperkenalkan satu kaedah bagi membantu murid mengatasi masalah mereka. Menurut Koh Lee Sing et al (2008), adalah penting untuk guru Matematik mencari satu titik keseimbangan dalam mempelbagaikan strategi pengajarannya agar murid- murid dapat menghayati keindahan Matematik dalam proses pembelajaran konsep dan kemahiran Matematik. Kebanyakkan murid menghadapi masalah dalm melakukan pembahagian panjang. Justeru itu, satu kaedah altenatif akan digunakan dalam kajian ini. Ia disokong oleh kajian Azizan (2002) dimana murid-murid yang mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma alternatif. Biasanya informasi yang diterima akan berada dalam ingatan jangka pendek buat beberapa saat. Mengulang sesuatu informasi yang diterima akan meneguhkan informasi itu (M. Balakrishnan, 1994). Pendapat tersebut turut disokong dalam kajian “Bahagi….Oh …. Bahagi” (Sinah anak Robinson,2005) dan Cartamu (Benjamin Kibong,2006), didapati kedua- dua orang penyelidik suka melatih murid-murid secara latih tubi (Christina Lau Yuan Yuan, 2011). Kaedah yang digunakan akan diulang semasa kelas intervensi yang akan dilaksanakan. Latihan berkala juga akan turut diberikan murid lemah. Menurut Shaharir (1982) yang mengatakan bahawa guru-guru masih digalakkan mengadakan suasana yang terdapat dalam pengalaman sehari-harian murid-murid, membanyakkan latihan untuk mengukuhkan kemahiran yang dikuasai dan mengadakan kegiatan murid secara individu dan kumpulan. Waktu murid-murid membuat latihan, mereka harus diberi penerangan terlebih dahulu tentang makna atau tujuan arahan soalan yang hendak dijawab dalam latihan-latihan itu (Baharin Shamsudin, 1990). Berdasarkan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, dapatlah dibuktikan bahawa kemahiran bahagi merupakan salah satu kemahiran yang penting dan perlu dikuasai oleh murid kerana ia akan digunakan semasa dalam topik yang lain. Namun begitu, kemahiran murid dalam menyelesaikan soalan melibatkan kemahiran bahagi amat lemah. Murid mula menghadapi maslaah dalam bahagi apabila memerlukan mereka menggunakan kaedah pembahagian panjang. Walaupun ia merupakan kaedah yang telah lama digunakan, namun masih ada murid yang gagal menguasainya. Justeru, guru hendaklah memikirkan cara altenatif bagi membantu mereka agar mereka dapat menguasai kemahiran ini sekaligus menjadikan sesi pengajaran lebih seronok dan menarik. TUJUAN KAJIAN Objektif Umum Meningkatkan kemahiran murid dalam operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit Objektif Khusus Mengenalpasti samada Kaedah Pindah Rumah dapat membantu murid lemah tahun 5 Bestari dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1digit. Persoalan Kajian Adakah Kaedah Pindah Rumah dapat membantu murid menyelesaikan operasi bahagi nombor bulat dengan 1 digit?
  • 5. METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini melibatkan lima orang peserta kajian yang terdiri daripada seorang lelaki dan empat orang perempuan yang dipilih berdasarkan daripada keputusan ujian diagnostik yang telah dijalankan. Data telah dikumpul menggunakan instrument ujian pra dan ujian pasca, analisis dokumen serta temubual. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut individu. Ujian pra dan ujian pasca telah dibuat bagi melihat perubahan peserta kajian dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Oleh itu, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh peserta kajian telah dianalisis secara individu. Kedua-dua ujian ini terdiri daripada soalan yang sama iaitu sebanyak serta peruntukan markah dan masa yang sama. Ujian ini terdiri daripada 8 soalan dimana setiap soalan membawa 3 markah dan masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam. Kedua-dua ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perubahan penguasaan peserta kajian bagi operasi bahagi sebelum dan selepas sesi intervensi dijalankan. Temubual telah dibuat bagi menyokong hasil dapatan yang telah diperolehi berdasarkan daripada penggunaan Kaedah Pindah Rumah. Temubual telah dibuat sebelum, semasa dan selepas sesi intervensi dijalankan. Disamping itu, lembaran kerja semasa sesi intervensi dilaksanakan juga dikumpul bagi menganalisis peningkatan penguasaan peserta kajian terhadap operasi bahagi melibatkan nombor bulat dengan nombor 1 digit. SPESIFIKASI INTERVENSI Berikut menunjukkan bagaimana Kaedah Pindah Rumah dapat diaplikasikan oleh murid lemah tahun 5 Bestari dalam menyelesaikan soalan melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan satu digit. Langkah 1 Sebagai permulaan, murid akan diperkenalkan dengan petak berwarna atau dikenali sebagai ‘rumah flat’ dan rod sifir berwarna. Mereka perlu menulis bentuk lazim seperti biasa pada baris berwarna biru. Langkah 2 Seterusnya, mereka dikehendaki mengisi rod sifir mengikut pembahagi yang dikehendaki soalan. Terdapat dua baris berwarna pada rod tersebut dimana nombor hasil bahagi terletak pada baris kuning dan nombor yang dibahagikan pada baris merah jambu. Murid boleh memulakan pengiraan dengan melihat digit pertama pada baris berwarna biru. Kemudian murid akan membandingkan nilai tersebut pada rod sifir yang dibina pada baris merah jambu. Sekirannya terdapat nilai yang sama, murid akan menulis nilai tersebut pada kotak berwarna merah jambu dalam lajur yang pertama.
  • 6. Langkah 3 Sekiranya tiada, murid perlu melihat nombor yang lebih kecil daripada nilai tersebut pada rod sifir. Pada kotak kuning lajur pertama, murid perlu menulis nombor yang sama lajur dengan nilai yang diambil pada rod sifir. Langkah tersebut diulang sehingga semua digit pada kotak biru telah dibahagikan. Langkah 4 Apabila kesemua nombor telah dibahagikan, jawapan akan diambil pada kesemua digit pada petak kuning dan juga digit pada petak hijau yang terakhir sebagai baki. Seperti soalan dibawah, jawapan yang diperolehi ialah 9464 baki 2. Sekirannya jawapan akhir pada petak hijau ialah 0, maka jawapan yang diperoleh adalah tidak berbaki.
  • 7. DAPATAN KAJIAN Berikut adalah dapatan kajian yang diperoleh daripada peserta kajian A. Peserta kajian A merupakan murid yang lemah dalam subjek matematik dimana beliau memperoleh gred D semasa ujian TOV yang lepas. Pengkaji telah menjalankan satu ujian pra terhadap peserta ini dan beliau gagal menjawab mana-mana daripada 8 soalan dengan betul. Hasil daripada analisis yang dibuat, pengkaji mendapati peserta ini telah menguasai sifir dengan baik tetapi menghadapi masalah dalam memahami algoritma pembahagian panjang. Apabila ditanya mengenai kesilapan yang telah dilakukan pada item 1, dengan yakin peserta kajian A mengatakan “Dah takda 36”(PK01-Tem01-B18). Rajah 5 Rajah 6 Rajah 5 dan 6: Menunjukkan kesilapan dalam melakukan pembahagian panjang. Semasa sesi intervensi 1, peserta kajian A telah di minta untuk melengkapkan rod sifir bermula dengan sifir 2 hingga sifir 9. Berdasarkan daripada analisis dokumen yang telah dibuat, peserta kajian ini berjaya melengkapkan kesemua rod sifir dengan betul. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian A tidak menghadapi masalah dalam membina sifir. Tujuan sesi intervensi ini adalah untuk memperkenalkan rod sifir berwarna kepada peserta kajian. Rajah 7 : Rod sifir yang berjaya diisi oleh peserta kajian A dengan betul semasa sesi intervensi 1. Semasa sesi intervensi 2, peserta kajian A telah diperkenalkan dengan Kaedah Pindah Rumah. Objektif pembelajaran bagi sesi ini adalah menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit menggunakan Kaedah Pindah Rumah dengan berpandukan warna. Pengkaji menunjukkan beberapa contoh dimana peserta kajian akan dibimbing untuk menyelesaikan contoh tersebut bersama-sama. Seterusnya pengkaji mengedarkan satu lembaran kerja yang terdiri daripada empat soalan. Setiap soalan tersebut telah disediakan ruangan rod sifir dan rumah flat yang berwarna. Peserta ini berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul.
  • 8. Rajah 8 : Soalan lembaran kerja yang berjaya dijawab dengan betul semasa sesi intervensi 2 Objektif pembelajaran bagi sesi intervensi 3 pula ialah menyelesaikan soalan bahagi menggunakan Kaedah Pindah Rumah tanpa berpandukan warna. Semasa sesi ini, pengkaji tidak lagi menggunakan rod sifir berwarna serta rumah flat berwarna. Empat soalan telah diberikan dimana rod sifir dan rumah flat tidak berwarna disediakan bagi 2 soalan manakala dua soalan lagi memerlukan beliau melukis sendiri rod sifir dan rumah flat. Semasa sesi intervensi ini, peserta kajian A hanya berjaya menjawab tiga daripada empat soalan dengan betul. Peserta kajian ini mampu mengesan kesilapan yang telah dilakukan iaitu kecuaian semasa penolakan. Rajah 9: Kecuaian semasa proses penolakan Rajah 10: Pembetulan Oleh kerana beliau gagal menjawab kesemua soalan dengan betul, sesi intervensi 4 telah dijalankan dimana. Objektif pembelajaran yang ingin dicapai ialah menyelesaikan soalan bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Peserta kajian A telah diberikan empat soalan sebagai latih tubi. Hasil daripada sesi intervensi ini, peserta kajian A berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Ini menunjukkan bahawa peserta kajian A Berjaya menguasai kemahiran membahagi dengan baik. Rajah 11 : Soalan yang berjaya dijawab dengan betul semasa sesi intervensi 4.
  • 9. Selepas kesemua sesi intervensi dijalankan, peserta kajian A menunjukkan perubahan yang positif dari segi penguasaan dan sikap. Keyakinan peserta kajian A semasa menjawab soalan yang diberikan juga semakin meningkat. Apabila ditanya mengenai jawapan yang ditunjukkan, peserta kajian A tidak lagi ragu-ragu untuk menerangkan hasil kerja mereka. Peserta kajian A juga sudah berani untuk bertanya. Hasil analisis dokumen yang dibuat mendapati, peserta kajian A telah menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit dengan baik. Bagi ujian pasca, peserta kajian ini berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul. Apabila ditanya mengenai pengiraan yang ditunjukkan, peserta kajian A menyatakan “…….letak 1 dekat atas sebab dkt sifir tu atas 8 tu 1.” (PK01-TEM02-B08). Hasil daripada temubual yang dibuat selepas sesi intervensi, peserta kajian A menyatakan bahawa “Senang. tak payah buat panjang-panjang.” (PK01-TEM02-B06). Ini menunjukkan bahawa peserta kajian berasa seronok dan lebih yakin dengan menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Rajah 12: Soalan yang berjaya dijawab dengan betul menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Berdasarkan daripada dapatan kajian yang telah dianalisis, kesemua peserta kajian berjaya menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor satu digit menggunakan Kaedah Pindah Rumah. Mereka menunjukkan perubahan yang positif samada dari segi penguasaan kemahiran membahagi serta keyakinan semasa menjawab soalan. Sebelum sesi intervensi dijalankan, peserta kajian lebih banyak berdiam diri dan takut untuk bertanya. Namun selepas sesi intervensi dijalankan, peserta kajian kelihatan semakin bersemangat untuk menyelesaikan soalan yang diberikan disamping berani untk bertanya. Kesemua peserta kajian juga memilih untuk menggunakan Kaedah Pindah Rumah semasa menjawab soalan yang melibatkan bahagi berbanding pembahagian panjang kerana merasakan Kaedah Pindah Rumah lebih senang dan cepat. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, penggunaan Kaedah Pindah Rumah telah berjaya membantu murid- murid tahun 5 Bestari menguasai kemahiran membahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Hal ini dapat dilihat melalui peningkatan penguasaan murid terhadap operasi bahagi semasa sesi intervensi dijalankan. Disamping itu, dapatan kajian yang diperoleh daripada analisis dokumen, ujian pra dan ujian pos serta temubual yang telah dibuat terhadap setiap peserta turut menunjukkan peningkatan yang positif. Analisis deskriptif secara individu telah dibuat terhadap ketiga-tiga instrumen tersebut. Hasil daripada analisis ketiga-tiga instrumen tersebut telah membantu menguatkan lagi dapatan kajian yang diperoleh. Berdasarkan daripada ujian pra yang dijalankan keatas setiap peserta kajian, pengkaji mendapati kesemua peserta kajian menghadapi masalah dalam menyelesaikan soalan yang melibatkan kemahiran membahagi dengan menggunakan kaedah pembahagian panjang walaupun kesemua mereka tidak menghadapi masalah dalam membina sifir. Dapatan ini
  • 10. menyokong penyataan Lee Mei Mei dalam Affiq (2013) dimana pelajar selalu menghadapi masalah dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan operasi bahagi. Namun begitu, setelah pengkaji memperkenalkan Kaedah Pindah Rumah, peserta kajian berjaya menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit dengan betul. Hal ini bertepatan dengan penyataan Azizan (2002) dimana murid-murid yang mungkin menghadapi banyak masalah dalam melakukan algoritma tradisi operasi tertentu mungkin boleh dimanfaatkan dengan menggunakan algoritma altenatif. Kajian tindakan ini digunakan untuk menilai amalan pengkaji samada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan mencapai objektif yang ditetapkan. Kajian ini juga turut membantu pengkaji dalam meningkatkan kualiti amalan pengajaran dan pembelajaran pengkaji semasa di dalam kelas disamping menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Disamping itu Kaedah Pindah Rumah yang digunakan dalam kajian ini juga merupakan satu inovasi daripada kaedah yang sediada. Justeru itu, dengan adanya kajian tindakan, ia akan membantu dalam membentuk seorang guru yang kreatif dan inovatif. Selepas melaksanakan kajian tindakan ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa kelebihan apabila Kaedah Pindah Rumah ini digunakan bagi menyelesaian operasi bahagi nombor bulat dengan nombor 1 digit. Antaranya ialah Kaedah Pindah Rumah berjaya membantu meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membahagi nombor bulat dengan 1 digit bagi murid tahun 5 Bestari. Hal ini dapat dilihat berdasarkan daripada analisis yang dibuat pada setiap sesi intervensi. Kesemua peserta kajian menunjukkan peningkatan yang baik dalam setiap sesi intervensi. Mereka berjaya menjawab soalan yang melibatkan operasi bahagi dengan betul setelah menjalani sesi intervensi yang dijalankan. Disamping itu, kaedah ini juga berjaya membantu murid dalam meminimumkan kesilapan dalam pengiraan dan enkod jawapan. Dengan menggunakan kaedah ini, ia akan memudahkan murid untuk mengesan punca kesilapan yang berlaku. Namun begitu, pengkaji mendapati, kaedah ini masih lagi memerlukan murid untuk mengingati sifir. Justeru itu, pengkaji mencadangkan agar kaedah ini dibuat penambahbaikkan pada masa akan datang agar ia dapat membantu murid yang mengalami masalah dalam mengingati sifir menyelesaikan soalan yang melibatkan bahagi. Kajian lanjutan yang melibatkan penyelesaian operasi bahagi melibatkan nombor bulat dengan nombor 2 digit mungkin boleh dibuat. RUJUKAN Amar Sadi (2007). Misconceptions In Number. Diperoleh Daripada Http://Www.Ugru.Uaeu.Ac.Ae/Ugrujournal/Ugrujournal_Files/SR5/MIN.Pdf pada 20 Februari 2014. Azizan Bt Yeop Zaharie (2000). Algoritma Alternatif Untuk Pendaraban. Jabatan Sains Dan Matematik MPPPP : Pg 3-6 Christina Lau Yuan Yuan (2008) Penggunaan Teknik CRA Untuk Membantu Murid Tahun 5 Menguasai Pembahagian Fakta Asas. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 14-26 Eric Ling Tiing Kong. (2011). Penggunaan Teknik "SPAD" Dalam Membantu Murid-Murid Tahun Empat Menyelesaiakn Operasi Bahagi Nombor "4 Digit Dengan 2-Digit" Dalam Bentuk Lazim. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari
  • 11. 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 1-13 Khoo Phon Sai. (1986). Belajar Untuk Mengajar Matematik Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Berita. Koh Lee Sing, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, & Seah Ai Kuan. ( 2008). Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap Dan Pencapaian Matematik Bagi Murid-Murid Sekolah Rendah Di Sekitar Bandar Kuching. Jurnal Penyelidikan, Jilid 8: 50 Lisah Binti Chong Vui Fah. (2011). Penggunaan "Combo Set" Dalam Membantu Murid Tahun Tiga Menjawab Soalan Long Division. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Pismp Ambilan Januari 2008 (Matematik Pendidikan Rendah) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2011 : Pg 27-41. Mazuin Binti Kiprawi. (2009). Buku Kecil. Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2009, Jilid 3 Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang : 2. M.Balakrishnan.(1994). Teknik-Teknik Memperbaiki Pencapaian Individu Dalam Proses Pengajaran-Pembelajaran. Maktab Perguruan Kinta. Jurnal Pendidikan Pendeta , 49- 51. Mohamed Isa Bin Khalid. (1994). Pencapaian Matematik: Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Mengikut Analisis Path. Maktab Perguruan Kinta: Jurnal Pendidikan Pendeta Muhamad Mustaqin Bin Azizan . (2012). Penggunaan Kaedah “Pagar” Membantu Menyelesaikan Operasi Bahagi Nombor Bulat Dengan Nombor 1-Digit Bagi Murid Tahun 5. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato; Razali Ismail. Muhammad Affiq Bin Mohammad Zain. (2013). Penggunaan Kaedah ‘U-Solve’ Dalam Membantu Murid Lemah Tahun 5 Menyelesaikan Masalah Pembahagian. Projek Tahun Akhir PISMP (Tidak Diterbitkan). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail . Nik Azis Nik Pa Dan Faridah Mohamed Ibrahim. (2011). Konsepsi Murid Berumur 10 Tahun Tentang Pembahagian Melibatkan Sifar. Diperoleh Daripada Http://Atikan- Jurnal.Com/Wp-Content/Uploads/2011/05/06.Pdf Pada 18 Februari 2014. Noraini Idris (2001). Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Safinaz, Nellie Dan Oon (2000). Satu Tinjauan Kesilapan Murid Dalam Penyelesaian Masalah Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Maktab Perguruan Teknik Kuala Lumpur: Unit Penyelidikan Dan Pembangunan. Shafinaz Bt M. Annuar, Nellie Gan Hong Suan, Oo Boey Lay. (N.D.). Satu Tinjaun Kesilapan Murid Dalam Menyelesaikan Operasi Bahagi Di Dua Buah Sekolah. Diperoleh Daripada Mptkl.Tripod.Com/Rnd/Tajuk00_1.Htm Pada 20 Februari 2014 Zatur Junaida Binti Bandong. (2004). Kesan Pengunaan Latihan Metakognitif Dalam Menyelesaikan Masalah Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah : Satu Kajian Kes. Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak. pg 2