Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Kata kerja
1. KATA KERJA
Kata kerja ialah perkataan yang menyatakan
perbuatan atau perlakuan.
makan
terambil
minum
berjalan
belajar
dilihat
membaca
membesarkan
2. CONTOH DALAM AYAT
Adik sedang minum susu.
Mereka sedang berjalan ke sekolah.
Yang belajar di London itu anak sulungnya.
Amalan membaca buku cerita sangat baik.
Pameran yang dilihatnya itu anjuran sekolah kami.
Pelajar yang terambil buku adiknya daripada Tahun 2 Marikh.
Perkerja yang sedang membesarkan jalan sangat kuat.
Budak yang sedang makan pisang itu daripada Tahun 1 Marikh.
3. JENIS KATA KERJA
Terbahagi kepada dua, iaitu :
1 – Kata Kerja Aktif : - kata kerja yang hadir dalam ayat
aktif, iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul.
2- Kata Kerja Pasif :- kata kerja yang memberi tekanan
kepada objek asal.
4.
5. KATA KERJA AKTIF
Bayi itu selalu menangis.
Saya ke sekolah dengan menaiki bas.
Ibu menghidangi tetamu sepinggan kuih.
Murid yang telah pulang itu murid baharu.
Anak Encik Ismail yang menjadi kerani sangat rajin.
Pemuda yang sentiasa tersenyum itu sangat gembira.
Yang menjalankan tugas dengan baiknya itu ialah ketua pengawas.
Pekerja-pekerja
Jabatan Kerja Raya.
yang
sedang
memperlebar
jalan
itu
daripada
6. KATA KERJA PASIF
Sudahkah kautulis surat itu?
Bola itu ditendang oleh Ahmad.
Jalan yang telah dilebarkan itu tidak rata.
Baju yang belum berjahit pakaian seragamnya.
Borang yang belum kuhantar masih di atas meja saya.
Suasana kedinginan sepanjang malam sungguh syahdu.
Yang kena panggil oleh Guru Besar ialah pelajar Tahun Empat Mawar.