SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
NAMA 
KELAS 
ANGKA GILIRAN 
PANITIA BAHASA MELAYU DAERAH PEKAN 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 
TAHUN 5 
BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 
NOVEMBER 
50 minit Lima puluh minit 
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 
2. Jawab semua soalan. 
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. 
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan 
objektif yang disediakan. 
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, 
hitamkan jawapan yang baharu.
Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. SULIT 
SULIT 011 
Soalan 1 hingga 18 
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 
1. “Hamba diutuskan ke Inderapura oleh sultan. Adakah _______________ ingin 
bersama-sama dengan hamba?” tanya Hang Jebat kepada Hang Kasturi. 
A. patik 
B. tuanku 
C. baginda 
D. tuan hamba 
2. “___________________ singgahlah di rumah saya dahulu sebelum berangkat 
pulang,” kata Azura kepada rakan-rakannya. 
A. Kalian 
B. Kami 
C. Kamu 
D. Kita 
3. Pak Abu sedang ____________ tepung untuk dibuat roti canai. 
A. menguli 
B. menebar 
C. melenyek 
D. menggentel
4. Ayah sedang _____________ kayu api dengan menggunakan kapak. 
A. mengerat 
B. membelah 
C. memotong 
D. menakik 
2 
5. Kapal terbang Boieng 747 yang ___________________ Lautan Atlantika sangat laju. 
A. direntasi 
B. rentasan 
C. merentasi 
D. terentas 
6. _________________ itu melawat mangsa banjir di Hospital Pekan baru-baru ini. 
A. Rupawan 
B. Karyawan 
C. Angkasawan
D. Sukarelawan 
7. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Kuantan itu 
_______________. 
A. corat-coret 
B. kusut-masai 
C. compang-camping 
D. koyak-rabak 
8. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam 
suasana _________________ . 
A. huru-hara 
B. hingar-bingar 
C. gilang-gemilang 
D. terang-benderang 
3 
9. Khalif tidak dapat menahan bau busuk yang menusuk ke dalam hidungnya 
_______________ termuntah. 
A. dan 
B. lalu 
C. kalau 
D. semasa
10. Mak Cik Kiah menggubah tuala untuk hantaran majlis perkahwinan anaknya menjadi 
se______________ cendawan. 
A. batang 
B. kuntum 
C. buah 
D. kaki 
11. “ Jangan ________________ sewaktu menjawab soalan peperiksaan agar tidak 
kerugian markah,” nasihat Cikgu Ruhana kepada calon- calon UPSR. 
A. gopoh 
B. gusar 
C. gugup 
D. gelojoh 
12. Kerana berbuat bising Badri menerima teguran ____________________ pustakawan 
yang berada di situ. 
A. dari 
B. daripada 
C. kepada 
D. dengan 
13. __________________ yang harus dipersalah sekiranya masalah penderaan 
kanak-kanak terus berlaku ? 
A. Bilakah
B. Mengapakah 
C. Siapakah 
D. Bagaimanakah 
4 
14. ______________, kasihannya apabila saya melihat pengemis tua itu! 
A. Hai 
B. Wahai 
C. Amboi 
D. Aduhai
15. Mak Sum memetik daun sirih di ________________ rumahnya. 
A. belakang 
B. hadapan 
C. bawah 
D. atas 
16. Beg tangan ini sangat cantik kerana dibuat ______________________ kulit lembu. 
A. dari 
B. oleh 
C. dengan 
D. daripada 
5 
17. “____________________ letakkan buku itu di tempat asal,” kata ibu kepada adik. 
A. Sila
B. Jangan 
C. Tolong 
D. Usah 
18. Cikgu Termimah _______________________ menyerahkan buku karangan kepada 
muridnya kerana kesibukan tugasnya di luar sekolah. 
A. masih belum 
B. harus telah 
C. sudah pernah 
D. masih sedang 
19. Datuk akan bercerita tentang kisah burung merak yang angkuh sebelum tidur. 
Pilih perkataan seerti bagi angkuh. 
A. buas 
B. tegar 
C. lahap 
D. bongkak 
20. Sedikit pun dia tidak endah akan nasihat dan teguran ibu bapanya. 
Pilih perkataan seerti bagi endah. 
A. peduli 
B. alpa
C. acuh 
D. lengah 
6 
Soalan 21 dan 22 
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 
21. I Pendapat yang diberikan oleh Rahjan sungguh teguh. 
II Walaupun kepenatan, Suraya tetap teguh berlari ke garisan penamat. 
III Ekonomi yang teguh menjadi kesejahteraan rakyat sesebuah negara. 
IV Aziah mempunyai pendirian yang teguh untuk menghadapi strategi pihak 
lawan. 
A. I dan II 
B. II dan III 
C. III dan IV 
D. I dan IV 
22. I Ibu masak makanan yang disukai oleh ayah. 
II Dia masak benar dengan perangai anaknya. 
III Buah di dusun Ali sudah masak dan telah boleh dipetik. 
IV Fikirlah masak sebelum membuat apa-apa keputusan.
A. I dan II 
B. II dan III 
C. III dan IV 
D. I dan IV 
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 
23. Pisau itu perlu diasah kerana sangat tumpul. 
A. Mengapakah pisau itu tumpul? 
B. Mengapakah pisau itu perlu diasah? 
C. Mengapakah pisau itu tumpul setelah diasah? 
D. Mengapakah pisau yang tumpul itu perlu diasah? 
7 
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 
24. Bagaimanakah caranya kamu boleh berjaya dalam peperiksaan? 
A. Saya pasti akan membuat kerja sekolah nanti. 
B. Saya tidak mempunyai apa-apa cara sekalipun. 
C. Saya sentiasa mengikut jadual belajar yang ditetapkan. 
D. Saya sedang diberikan dorongan oleh guru-guru dan ibu bapa. 
Soalan 25 dan 26 
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25. Encik Rosbi mengarahkan murid-murid beratur sebelum masuk ke kelas. 
A. “Murid-murid Encik Rosbi meminta kamu beratur masuk ke kelas.” 
B. “Arahkan murid-murid beratur sebelum memasuki kelas, “ kata Encik Rosbi. 
C. “Murid-murid, beraturlah sebelum masuk ke kelas,” kata Encik Rosbi. 
D. “Masuklah ke kelas, kemudian kamu hendaklah beratur,” kata Encik Rosbi 
kepada murid-murid. 
26. Puan Lela melarang anak lelakinya berkawan dengan budak-budak nakal. 
A. Anak lelakinya dilarang oleh Puan Lela berkawan dengan budak-budak nakal itu. 
B. Anak lelaki Puan Lela dilarang berkawan dengan budak-budak nakal itu. 
C. Budak-budak nakal itu dilarang oleh Puan Lela berkawan dengan anak lelakinya. 
D. Anak lelaki Puan Lela dilarang oleh ibunya berkawan dengan budak-budak nakal 
itu. 
8 
Soalan 27 dan 28 
Pilih ayat yang betul 
27. I Kamu murid mestilah mematuhi peraturan sekolah. 
II Jagalah kebersihan diri agar kesihatan kita terjamin.
III Bergegas-gegaslah ketika hendak melintas jalan 
IV Baca dan fahami soalan betul-betul sebelum menjawabnya. 
A. I dan II 
B. II dan IV 
C. I,II dan III 
D. II,III dan IV 
28. I Buah durian gemar semua orang makan. 
II Buah durian digelar “Raja Segala Buah”. 
III Emak memasak bubur durian untuk hidangan kami sekeluarga. 
IV Datuk memasukkan semua durian-durian yang gugur ke dalam bakul besar. 
A. I dan II 
B. I dan III 
C. II dan III 
D. III dan IV 
Soalan 29 hingga 30 
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 
29. Kerana budak lelaki itu tidak pandai bermain bola sepak, dia digelar_____________. 
A. kaki bangku 
B. kera sumbang 
C. ayam tambatan 
D. tulang belakang
30. Ibu menjaga kami dengan penuh kasih sayang, seperti kata 
pepatah______________. 
A. bagai aur dengan tebing 
B. bagai menatang minyak yang penuh 
C. bagaimana acuan begitulah kuihnya 
D. melentur buluh biarlah daripada rebungnya 
9 
Soalan 31 hingga 35 
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. 
Di pinggir sebuah hutan yang tebal, merayau-rayaulah seekor kerbau bagaikan kehilangan 
arah. Wajahnya kelihatan sugul dan tidak ceria. Kerbau seolah-olah menyesali nasibnya. 
Tergamak tuannya menghalau ia pergi dari kampung itu. Tidakkah tuannya terfikir akan 
khidmat baktinya selama ini? Begitulah dasar manusia, habis madu dihisapnya, sepah akan 
dibuang merata-rata. 
31. 
“Hei, kerbau! Ke manakah engkau hendak pergi ?” tiba-tiba kerbau disapa oleh satu 
suara. Kerbau menoleh ke belakang dan mendapati seekor harimau sedang tercegat di situ. 
“Oh, harimau! Sebenarnya aku ingin membawa diri. Tuan aku sudah tidak 
memerlukan aku lagi. Dia telah mempunyai kerbau yang lebih muda daripada aku. Tentulah 
kerbau muda itu lebih gagah dan perkasa daripada aku. Tuan aku telah mendapat gading 
bertuah, tentulah tandukku tidak berguna lagi” jelas kerbau yang bergenang air matanya. 
Nada suaranya begitu sebak. 
“Apakah jasa yang telah engkau taburkan kepada tuan engkau selama ini?” tanya 
harimau lagi. 
“Banyak jasaku selama ini. Aku digunakan di sawah. Aku diminta menggangkat 
barang-batang yang berat. Kadang-kadang, aku digunakan untuk mengheret guni-guni padi. 
Banyak lagi tugas yang aku lakukan selama ini, wahai harimau!” kata kerbau sambil 
menundukkan kepalanya. 
“Janganlah engkau bimbang. Aku akan membantumu, kerbau. Engkau berehatlah dahulu. 
Tentu engkau keletihan kerana telah berjalan jauh ke dalam hutan ini. Berbaringlah di pangkal pokok 
itu dahulu,” kata harimau seolah-olah menunjukkan tanda simpati. Air liurnya telah beberapa kali 
berjejeran. 
“Ke manakah engkau hendak pergi?” tanya kerbau kepada harimau. 
“Aku ingin mencari makanan untukmu, kerbau. Tidurlah dahulu. Lelapkan mata engkau. 
Sebentar lagi, aku akan hidangkan makanan yang enak kepadamu,” kata harimau. 
Harimau berlalu dari situ. Apabila tiba di suatu kawasan semak yang berhampiran, harimau 
mengintip kerbau. Kerbau bersandar pada pangkal pokok kempas dan kemudiannya kerbau tertidur. 
Harimau tidak sabar-sabar lagi.
10 
31. Mengapakah kerbau kelihatan sugul dan tidak ceria? 
A. Kerbau tidak mempunyai tempat untuk berlindung lagi. 
B. Kerbau sudah tidak kuat lagi untuk berbakti kepada tuannya. 
C. Kerbau telah diusir oleh tuannya kerana tidak diperlukan lagi. 
D. Kerbau merajuk kerana tuannya telah mempunyai kerbau yang lebih muda. 
32. Bagaimanakah sikap tuan kerbau? 
A. Tidak mengenang budi. 
B. Mementingkan diri sendiri. 
C. Tidak mahu menanggung kerugian. 
D. Tidak menghormati orang lain. 
33. Yang berikut merupakan jasa-jasa kerbau kepada tuannya, kecuali 
A. Mengangkat benda-benda yang membebankan. 
B. Membantu tuannya di sawah. 
C. Menjadi alat pengangkutan. 
D. Mengheret guni padi.
34. Daripada rangkai kata aku digunakan di sawah, apakah tugas yang mungkin sekali 
dilakukan oleh kerbau? 
A. Menuai padi. 
B. Meracun sawah. 
C. Membajak sawah. 
D. Menabur benih padi. 
35. Pada pandangan kamu, bagaimanakah kesudahan yang paling sesuai dalam cerita di 
atas? 
A. Harimau memberikan makanan kepada kerbau. 
B. Harimau menjadikan kerbau sebagai mangsanya. 
C. Kerbau dapat tidur dengan lena sekali. 
D. Kerbau dan harimau bersahabat baik. 
11 
Soalan 36 hingga 40 
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Encik Jamal : Kamu sedang buat apa, Mus? 
Mustafa : Oh, ayah! Saya sedang mencari isi-isi penting untuk menulis 
karangan ini. 
Encik Jamal : Mungkin ayah dan ibu dapat membantu kamu. Apakah tajuk 
karangan tersebut? 
Mustafa : Tajuknya ialah “Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia”. 
Puan Mala : Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mewujudkan keluarga yang 
bahagia. Antaranya ialah setiap ahli keluarga perlu mengetahui 
tanggungjawab dan peranan masing-masing. 
Encik Jamal : Selain itu, sikap bekerjasama dan bertolak ansur perlu dipupuk 
setiap masa. Anak-anak mestilah menghormati kedua-dua ibu 
bapa mereka. 
Mustafa : Pada fikiran saya, anak-anak perlulah berdisiplin dan mematuhi 
peraturan di rumah agar keluarga bahagia dapat dibentuk. 
Encik Jamal : Bijak anak ayah ini! Sudahkah kamu menunaikan solat Asar? 
Mustafa : Sudah, ayah. Ustazah selalu berpesan agar tidak melalaikan 
suruhan Tuhan. 
Puan Mala : Bagus, Mus. Jika kita mempunyai pendidikan agama yang baik, 
pasti keluarga bahagia dapat dibentuk. 
36. Apakah jenis karangan yang mungkin sekali akan ditulis oleh Mustafa? 
A. Karangan jenis fakta 
B. Karangan jenis peribahasa. 
C. Karangan jenis autobiografi. 
D. Karangan jenis surat kiriman rasmi. 
12 
37. Menurut Encik Jamal, keluarga bahagia dapat dibentuk jika
A. Anak-anak menghormati guru dan anggota keluarga. 
B. Ahli keluarga saling menolong dan bertoleransi. 
C. Ahli keluarga bekerjasama dan berjimat cermat. 
D. Anak-anak memuliakan ibu bapa dan rajin belajar. 
38. Siapakah yang sering mengingatkan Mustafa agar menunaikan 
perintah Tuhan? 
A. Encik Jamal 
B. Puan Mala 
C. Guru kelas Mustafa 
D. Guru agama Mustafa 
39. Berpandukan perbualan di atas, yang manakah tidak dinyatakan untuk 
membina keluarga bahagia? 
A. Ahli keluarga memiliki pendidikan agama yang baik dan terpuji. 
B. Ahli keluarga perlu mengetahui tanggungjawab dan tugas masing-masing. 
C. Ahli keluarga berusaha dengan gigih untuk menambahkan pendapatan. 
D. Anak-anak sepatutnya mempunyai sahsiah yang baik dan mematuhi peraturan di 
rumah. 
40. Perkataan dipupuk dalam perbualan di atas bermaksud _______________. 
A. dilatih 
B. disemai. 
C. diutamakan. 
D. disegerakan.
13 
SKEMA JAWAPAN 
1-D 11-A 21-C 31-C 
2-A 12-B 22-B 32-A 
3-A 13-C 23-B 33-C 
4-B 14-D 24-C 34-C 
5-C 15-B 25-C 35-B 
6-D 16-D 26-D 36-A 
7-C 17-C 27-B 37-B 
8-C 18-A 28-C 38-D 
9-B 19-D 29-A 39-C 
10-D 20-A 30-B 40-B
SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 
TAHUN 5 
PENULISAN 
DISEDIAKAN OLEH: 
1. PUAN HARIFAH BT ABU HASSAN (SKSM) 
2. PUAN NORZITA BT ZAKARIA (SKSM) 
DISAHKAN OLEH:
………………………… 
( HJH FAUZIAH BT HJ SAMSUDIN) 
Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Sri Maulana

More Related Content

What's hot

What's hot (19)

Modul bm pemahaman sjkc kinta utara update
Modul bm pemahaman sjkc kinta utara updateModul bm pemahaman sjkc kinta utara update
Modul bm pemahaman sjkc kinta utara update
 
Pemahaman 2012
Pemahaman 2012Pemahaman 2012
Pemahaman 2012
 
Soalan bergambar1
Soalan bergambar1Soalan bergambar1
Soalan bergambar1
 
Latihan kata hubung
Latihan kata hubungLatihan kata hubung
Latihan kata hubung
 
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-228181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
28181392 ujian-bahasa-melayu-pemahaman-tahun-2
 
Bm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahamanBm tahun 5 pemahaman
Bm tahun 5 pemahaman
 
Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)Bm t4 (pem)
Bm t4 (pem)
 
Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Latihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahamanLatihan 1 pemahaman
Latihan 1 pemahaman
 
Kertas i -pemahaman
Kertas i -pemahamanKertas i -pemahaman
Kertas i -pemahaman
 
Latihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahamanLatihan 2 pemahaman
Latihan 2 pemahaman
 
Soalan Pemahaman BM Thn 4
Soalan Pemahaman BM Thn 4Soalan Pemahaman BM Thn 4
Soalan Pemahaman BM Thn 4
 
Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013Evidens BM - UPSR 2013
Evidens BM - UPSR 2013
 
Bank tatabahasa upsr (1)
Bank tatabahasa upsr (1)Bank tatabahasa upsr (1)
Bank tatabahasa upsr (1)
 
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
Bahasa Malaysia Kertas 1(Teknik Menjawab)
 
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
soalan BM kertas 1 KSSR tahun 6
 
Bahan bm th 4
Bahan bm th 4Bahan bm th 4
Bahan bm th 4
 
Modul pemahaman sjk
Modul pemahaman sjkModul pemahaman sjk
Modul pemahaman sjk
 
5 a 011 fasa 1 set a
5 a 011 fasa 1 set a5 a 011 fasa 1 set a
5 a 011 fasa 1 set a
 

Similar to Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru

Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Ruslaili Ibrahim
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1PAKLONG CIKGU
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Mia Aleesya
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01LinZie Muslimah Centre
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013Smk Gelam
 
LEMBARAN KERJA PEMAHAMAN
LEMBARAN KERJA PEMAHAMANLEMBARAN KERJA PEMAHAMAN
LEMBARAN KERJA PEMAHAMANLee Gor
 
Bh iban thn 4 kertas 1
Bh iban thn 4 kertas 1Bh iban thn 4 kertas 1
Bh iban thn 4 kertas 1ar-rifke.com
 
BM Pemahaman kertas 1
BM Pemahaman kertas 1BM Pemahaman kertas 1
BM Pemahaman kertas 1PAKLONG CIKGU
 
Bah.Melayu thn 4
Bah.Melayu thn 4Bah.Melayu thn 4
Bah.Melayu thn 4babyfiaten
 
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3Azahar Adnan
 
Kertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSR
Kertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSRKertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSR
Kertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSRar-rifke.com
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2rozuyyin
 
Exam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiExam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiemia80
 
Bm kertas 1 thn 1 2015
Bm kertas 1 thn 1 2015Bm kertas 1 thn 1 2015
Bm kertas 1 thn 1 2015Azlina Zaidil
 

Similar to Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru (20)

Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5Kertas 1 pemahaman tahun 5
Kertas 1 pemahaman tahun 5
 
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 1
 
Pemahaman
PemahamanPemahaman
Pemahaman
 
Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3Soalan akhir thn thn 3
Soalan akhir thn thn 3
 
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
Examstnghtahun2013 131109131535-phpapp01
 
Set 1 (pem)
Set 1 (pem)Set 1 (pem)
Set 1 (pem)
 
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
BAHASA MELAYU TRIAL PMR 2013
 
LEMBARAN KERJA PEMAHAMAN
LEMBARAN KERJA PEMAHAMANLEMBARAN KERJA PEMAHAMAN
LEMBARAN KERJA PEMAHAMAN
 
Bm kertas 1 copy
Bm kertas 1   copyBm kertas 1   copy
Bm kertas 1 copy
 
Bh iban thn 4 kertas 1
Bh iban thn 4 kertas 1Bh iban thn 4 kertas 1
Bh iban thn 4 kertas 1
 
BM Pemahaman kertas 1
BM Pemahaman kertas 1BM Pemahaman kertas 1
BM Pemahaman kertas 1
 
Bah.Melayu thn 4
Bah.Melayu thn 4Bah.Melayu thn 4
Bah.Melayu thn 4
 
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
Bm(pemahaman) pksr 1 tahun 3
 
Kertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSR
Kertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSRKertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSR
Kertas Soalan Ujian Bahasa Iban Kertas 1 Tahun 4 KSSR
 
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
Ujian mac bahasa melayu tingkatan 2
 
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
Peperiksaan akhir tahun bm th 4 kertas 1
 
A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08A bmk1 ujianupsr_set4_08
A bmk1 ujianupsr_set4_08
 
Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013Exam stngh tahun 2013
Exam stngh tahun 2013
 
Exam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2meiExam k1b mthn2mei
Exam k1b mthn2mei
 
Bm kertas 1 thn 1 2015
Bm kertas 1 thn 1 2015Bm kertas 1 thn 1 2015
Bm kertas 1 thn 1 2015
 

Recently uploaded

Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 

Recently uploaded (20)

Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 

Pemahaman t5 akhir tahun 2014 terbaru

  • 1. NAMA KELAS ANGKA GILIRAN PANITIA BAHASA MELAYU DAERAH PEKAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 TAHUN 5 BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 011 NOVEMBER 50 minit Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. 4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian, hitamkan jawapan yang baharu.
  • 2. Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak. SULIT SULIT 011 Soalan 1 hingga 18 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1. “Hamba diutuskan ke Inderapura oleh sultan. Adakah _______________ ingin bersama-sama dengan hamba?” tanya Hang Jebat kepada Hang Kasturi. A. patik B. tuanku C. baginda D. tuan hamba 2. “___________________ singgahlah di rumah saya dahulu sebelum berangkat pulang,” kata Azura kepada rakan-rakannya. A. Kalian B. Kami C. Kamu D. Kita 3. Pak Abu sedang ____________ tepung untuk dibuat roti canai. A. menguli B. menebar C. melenyek D. menggentel
  • 3. 4. Ayah sedang _____________ kayu api dengan menggunakan kapak. A. mengerat B. membelah C. memotong D. menakik 2 5. Kapal terbang Boieng 747 yang ___________________ Lautan Atlantika sangat laju. A. direntasi B. rentasan C. merentasi D. terentas 6. _________________ itu melawat mangsa banjir di Hospital Pekan baru-baru ini. A. Rupawan B. Karyawan C. Angkasawan
  • 4. D. Sukarelawan 7. Pakaian pengemis yang diberkas oleh pegawai Majlis Perbandaran Kuantan itu _______________. A. corat-coret B. kusut-masai C. compang-camping D. koyak-rabak 8. Sambutan Malam Kemerdekaan yang diadakan di sekolah saya berlangsung dalam suasana _________________ . A. huru-hara B. hingar-bingar C. gilang-gemilang D. terang-benderang 3 9. Khalif tidak dapat menahan bau busuk yang menusuk ke dalam hidungnya _______________ termuntah. A. dan B. lalu C. kalau D. semasa
  • 5. 10. Mak Cik Kiah menggubah tuala untuk hantaran majlis perkahwinan anaknya menjadi se______________ cendawan. A. batang B. kuntum C. buah D. kaki 11. “ Jangan ________________ sewaktu menjawab soalan peperiksaan agar tidak kerugian markah,” nasihat Cikgu Ruhana kepada calon- calon UPSR. A. gopoh B. gusar C. gugup D. gelojoh 12. Kerana berbuat bising Badri menerima teguran ____________________ pustakawan yang berada di situ. A. dari B. daripada C. kepada D. dengan 13. __________________ yang harus dipersalah sekiranya masalah penderaan kanak-kanak terus berlaku ? A. Bilakah
  • 6. B. Mengapakah C. Siapakah D. Bagaimanakah 4 14. ______________, kasihannya apabila saya melihat pengemis tua itu! A. Hai B. Wahai C. Amboi D. Aduhai
  • 7. 15. Mak Sum memetik daun sirih di ________________ rumahnya. A. belakang B. hadapan C. bawah D. atas 16. Beg tangan ini sangat cantik kerana dibuat ______________________ kulit lembu. A. dari B. oleh C. dengan D. daripada 5 17. “____________________ letakkan buku itu di tempat asal,” kata ibu kepada adik. A. Sila
  • 8. B. Jangan C. Tolong D. Usah 18. Cikgu Termimah _______________________ menyerahkan buku karangan kepada muridnya kerana kesibukan tugasnya di luar sekolah. A. masih belum B. harus telah C. sudah pernah D. masih sedang 19. Datuk akan bercerita tentang kisah burung merak yang angkuh sebelum tidur. Pilih perkataan seerti bagi angkuh. A. buas B. tegar C. lahap D. bongkak 20. Sedikit pun dia tidak endah akan nasihat dan teguran ibu bapanya. Pilih perkataan seerti bagi endah. A. peduli B. alpa
  • 9. C. acuh D. lengah 6 Soalan 21 dan 22 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 21. I Pendapat yang diberikan oleh Rahjan sungguh teguh. II Walaupun kepenatan, Suraya tetap teguh berlari ke garisan penamat. III Ekonomi yang teguh menjadi kesejahteraan rakyat sesebuah negara. IV Aziah mempunyai pendirian yang teguh untuk menghadapi strategi pihak lawan. A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV 22. I Ibu masak makanan yang disukai oleh ayah. II Dia masak benar dengan perangai anaknya. III Buah di dusun Ali sudah masak dan telah boleh dipetik. IV Fikirlah masak sebelum membuat apa-apa keputusan.
  • 10. A. I dan II B. II dan III C. III dan IV D. I dan IV Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah. 23. Pisau itu perlu diasah kerana sangat tumpul. A. Mengapakah pisau itu tumpul? B. Mengapakah pisau itu perlu diasah? C. Mengapakah pisau itu tumpul setelah diasah? D. Mengapakah pisau yang tumpul itu perlu diasah? 7 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. 24. Bagaimanakah caranya kamu boleh berjaya dalam peperiksaan? A. Saya pasti akan membuat kerja sekolah nanti. B. Saya tidak mempunyai apa-apa cara sekalipun. C. Saya sentiasa mengikut jadual belajar yang ditetapkan. D. Saya sedang diberikan dorongan oleh guru-guru dan ibu bapa. Soalan 25 dan 26 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
  • 11. 25. Encik Rosbi mengarahkan murid-murid beratur sebelum masuk ke kelas. A. “Murid-murid Encik Rosbi meminta kamu beratur masuk ke kelas.” B. “Arahkan murid-murid beratur sebelum memasuki kelas, “ kata Encik Rosbi. C. “Murid-murid, beraturlah sebelum masuk ke kelas,” kata Encik Rosbi. D. “Masuklah ke kelas, kemudian kamu hendaklah beratur,” kata Encik Rosbi kepada murid-murid. 26. Puan Lela melarang anak lelakinya berkawan dengan budak-budak nakal. A. Anak lelakinya dilarang oleh Puan Lela berkawan dengan budak-budak nakal itu. B. Anak lelaki Puan Lela dilarang berkawan dengan budak-budak nakal itu. C. Budak-budak nakal itu dilarang oleh Puan Lela berkawan dengan anak lelakinya. D. Anak lelaki Puan Lela dilarang oleh ibunya berkawan dengan budak-budak nakal itu. 8 Soalan 27 dan 28 Pilih ayat yang betul 27. I Kamu murid mestilah mematuhi peraturan sekolah. II Jagalah kebersihan diri agar kesihatan kita terjamin.
  • 12. III Bergegas-gegaslah ketika hendak melintas jalan IV Baca dan fahami soalan betul-betul sebelum menjawabnya. A. I dan II B. II dan IV C. I,II dan III D. II,III dan IV 28. I Buah durian gemar semua orang makan. II Buah durian digelar “Raja Segala Buah”. III Emak memasak bubur durian untuk hidangan kami sekeluarga. IV Datuk memasukkan semua durian-durian yang gugur ke dalam bakul besar. A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV Soalan 29 hingga 30 Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 29. Kerana budak lelaki itu tidak pandai bermain bola sepak, dia digelar_____________. A. kaki bangku B. kera sumbang C. ayam tambatan D. tulang belakang
  • 13. 30. Ibu menjaga kami dengan penuh kasih sayang, seperti kata pepatah______________. A. bagai aur dengan tebing B. bagai menatang minyak yang penuh C. bagaimana acuan begitulah kuihnya D. melentur buluh biarlah daripada rebungnya 9 Soalan 31 hingga 35 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Di pinggir sebuah hutan yang tebal, merayau-rayaulah seekor kerbau bagaikan kehilangan arah. Wajahnya kelihatan sugul dan tidak ceria. Kerbau seolah-olah menyesali nasibnya. Tergamak tuannya menghalau ia pergi dari kampung itu. Tidakkah tuannya terfikir akan khidmat baktinya selama ini? Begitulah dasar manusia, habis madu dihisapnya, sepah akan dibuang merata-rata. 31. “Hei, kerbau! Ke manakah engkau hendak pergi ?” tiba-tiba kerbau disapa oleh satu suara. Kerbau menoleh ke belakang dan mendapati seekor harimau sedang tercegat di situ. “Oh, harimau! Sebenarnya aku ingin membawa diri. Tuan aku sudah tidak memerlukan aku lagi. Dia telah mempunyai kerbau yang lebih muda daripada aku. Tentulah kerbau muda itu lebih gagah dan perkasa daripada aku. Tuan aku telah mendapat gading bertuah, tentulah tandukku tidak berguna lagi” jelas kerbau yang bergenang air matanya. Nada suaranya begitu sebak. “Apakah jasa yang telah engkau taburkan kepada tuan engkau selama ini?” tanya harimau lagi. “Banyak jasaku selama ini. Aku digunakan di sawah. Aku diminta menggangkat barang-batang yang berat. Kadang-kadang, aku digunakan untuk mengheret guni-guni padi. Banyak lagi tugas yang aku lakukan selama ini, wahai harimau!” kata kerbau sambil menundukkan kepalanya. “Janganlah engkau bimbang. Aku akan membantumu, kerbau. Engkau berehatlah dahulu. Tentu engkau keletihan kerana telah berjalan jauh ke dalam hutan ini. Berbaringlah di pangkal pokok itu dahulu,” kata harimau seolah-olah menunjukkan tanda simpati. Air liurnya telah beberapa kali berjejeran. “Ke manakah engkau hendak pergi?” tanya kerbau kepada harimau. “Aku ingin mencari makanan untukmu, kerbau. Tidurlah dahulu. Lelapkan mata engkau. Sebentar lagi, aku akan hidangkan makanan yang enak kepadamu,” kata harimau. Harimau berlalu dari situ. Apabila tiba di suatu kawasan semak yang berhampiran, harimau mengintip kerbau. Kerbau bersandar pada pangkal pokok kempas dan kemudiannya kerbau tertidur. Harimau tidak sabar-sabar lagi.
  • 14. 10 31. Mengapakah kerbau kelihatan sugul dan tidak ceria? A. Kerbau tidak mempunyai tempat untuk berlindung lagi. B. Kerbau sudah tidak kuat lagi untuk berbakti kepada tuannya. C. Kerbau telah diusir oleh tuannya kerana tidak diperlukan lagi. D. Kerbau merajuk kerana tuannya telah mempunyai kerbau yang lebih muda. 32. Bagaimanakah sikap tuan kerbau? A. Tidak mengenang budi. B. Mementingkan diri sendiri. C. Tidak mahu menanggung kerugian. D. Tidak menghormati orang lain. 33. Yang berikut merupakan jasa-jasa kerbau kepada tuannya, kecuali A. Mengangkat benda-benda yang membebankan. B. Membantu tuannya di sawah. C. Menjadi alat pengangkutan. D. Mengheret guni padi.
  • 15. 34. Daripada rangkai kata aku digunakan di sawah, apakah tugas yang mungkin sekali dilakukan oleh kerbau? A. Menuai padi. B. Meracun sawah. C. Membajak sawah. D. Menabur benih padi. 35. Pada pandangan kamu, bagaimanakah kesudahan yang paling sesuai dalam cerita di atas? A. Harimau memberikan makanan kepada kerbau. B. Harimau menjadikan kerbau sebagai mangsanya. C. Kerbau dapat tidur dengan lena sekali. D. Kerbau dan harimau bersahabat baik. 11 Soalan 36 hingga 40 Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
  • 16. Encik Jamal : Kamu sedang buat apa, Mus? Mustafa : Oh, ayah! Saya sedang mencari isi-isi penting untuk menulis karangan ini. Encik Jamal : Mungkin ayah dan ibu dapat membantu kamu. Apakah tajuk karangan tersebut? Mustafa : Tajuknya ialah “Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia”. Puan Mala : Banyak cara yang dapat dilakukan untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Antaranya ialah setiap ahli keluarga perlu mengetahui tanggungjawab dan peranan masing-masing. Encik Jamal : Selain itu, sikap bekerjasama dan bertolak ansur perlu dipupuk setiap masa. Anak-anak mestilah menghormati kedua-dua ibu bapa mereka. Mustafa : Pada fikiran saya, anak-anak perlulah berdisiplin dan mematuhi peraturan di rumah agar keluarga bahagia dapat dibentuk. Encik Jamal : Bijak anak ayah ini! Sudahkah kamu menunaikan solat Asar? Mustafa : Sudah, ayah. Ustazah selalu berpesan agar tidak melalaikan suruhan Tuhan. Puan Mala : Bagus, Mus. Jika kita mempunyai pendidikan agama yang baik, pasti keluarga bahagia dapat dibentuk. 36. Apakah jenis karangan yang mungkin sekali akan ditulis oleh Mustafa? A. Karangan jenis fakta B. Karangan jenis peribahasa. C. Karangan jenis autobiografi. D. Karangan jenis surat kiriman rasmi. 12 37. Menurut Encik Jamal, keluarga bahagia dapat dibentuk jika
  • 17. A. Anak-anak menghormati guru dan anggota keluarga. B. Ahli keluarga saling menolong dan bertoleransi. C. Ahli keluarga bekerjasama dan berjimat cermat. D. Anak-anak memuliakan ibu bapa dan rajin belajar. 38. Siapakah yang sering mengingatkan Mustafa agar menunaikan perintah Tuhan? A. Encik Jamal B. Puan Mala C. Guru kelas Mustafa D. Guru agama Mustafa 39. Berpandukan perbualan di atas, yang manakah tidak dinyatakan untuk membina keluarga bahagia? A. Ahli keluarga memiliki pendidikan agama yang baik dan terpuji. B. Ahli keluarga perlu mengetahui tanggungjawab dan tugas masing-masing. C. Ahli keluarga berusaha dengan gigih untuk menambahkan pendapatan. D. Anak-anak sepatutnya mempunyai sahsiah yang baik dan mematuhi peraturan di rumah. 40. Perkataan dipupuk dalam perbualan di atas bermaksud _______________. A. dilatih B. disemai. C. diutamakan. D. disegerakan.
  • 18. 13 SKEMA JAWAPAN 1-D 11-A 21-C 31-C 2-A 12-B 22-B 32-A 3-A 13-C 23-B 33-C 4-B 14-D 24-C 34-C 5-C 15-B 25-C 35-B 6-D 16-D 26-D 36-A 7-C 17-C 27-B 37-B 8-C 18-A 28-C 38-D 9-B 19-D 29-A 39-C 10-D 20-A 30-B 40-B
  • 19. SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2014 TAHUN 5 PENULISAN DISEDIAKAN OLEH: 1. PUAN HARIFAH BT ABU HASSAN (SKSM) 2. PUAN NORZITA BT ZAKARIA (SKSM) DISAHKAN OLEH:
  • 20. ………………………… ( HJH FAUZIAH BT HJ SAMSUDIN) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sri Maulana