SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Terdapat tujuh kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi 
maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan 
pelbagai, konstruktivisme dan kontekstual. Guru perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan 
perkembangan diri murid dengan menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral, 
pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan menyelesaikan 
masalah. 
i. Kemahiran Berfikir 
Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran 
mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Menurut Idris Mohd Radzi (2006), jenis 
kemahiran berfikir yang sering disebut dalam Bahasa Melayu ialah mencirikan, mengkelaskan, 
mengumpulkan, mengkategorikan, membanding dan membeza, mengenalpasti sebab dan akibat, 
meringkas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jenis kemahiran berfikir yang 
dinyatakan di atas bertujuan membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid, alat 
berfikir seperti penyusunan grafik, soalan serta peta minda perlu digunakan dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kemahiran berfikir ini, ia diajar kepada murid melalui 
soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan 
dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah 
memastikan supaya murid-murid dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar di samping 
membantu proses perkembangan kognitif mereka. 
ii. Kemahiran Belajar Cara Belajar 
Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik, 
khususnya kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran yang 
memfokus secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran. Dalam erti 
kata lain, langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan pembelajaran. 
Pemberian peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat membantu mereka mengenal 
pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh dilakukan oleh mereka dalam pelajaran.
Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga dapat membuat keputusan tentang langkah 
seterusnya dalam pembelajaran dan mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran 
mereka. Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar cara 
belajar, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya menekankan peranan 
dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. 
iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran 
mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk 
mengintegrasikan ICT dalam kurikulum di sekolah. Dengan perubahan yang dilakukan ini, 
murid-murid di sekolah dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi. Contohnya, 
murid dapat menghantar dan menerima e-mail. Secara tidak langsung, kemahiran teknologi 
maklumat dan komunikasi ini juga mampu merapatkan jurang komunikasi antara guru dengan 
murid. Selain daripada itu, murid-murid dapat belajar menggunakan aplikasi perisian komputer 
dalam menyempurnakan tugasan harian. Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi 
lebih berkesan apabila murid-murid dapat megakses maklumat yang terdapat di dalam internet. 
Semua aktiviti ini seharusnya berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya sebelum murid-murid 
mampu melaksanakannya sendiri. 
iv. Kecerdasan Pelbagai 
Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai kebolehan menyelesaikan 
masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk 
diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai 
dalam lingkungan sesuatu budaya. Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis 
iaitu verbal-linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan 
kinestatik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal,dan kecerdasan 
naturalis.
v. Pembelajaran Konstruktivisme 
Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan 
pelajar untuk membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam 
dirinya dimana pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang 
sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh 
membantu pelajar membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan dan 
seterusnya pensyarah akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau fasilitator 
dalam memperkembangkan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang 
boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan 
pengalaman sedia ada. 
vi. Pembelajaran Kontekstual 
Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar 
memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa 
maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri. Pendekatan 
pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam 
konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini 
berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. 
Pembelajaran kontekstual juga ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran 
dengan pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual 
disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan 
berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru 
secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

More Related Content

What's hot

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
analisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajarananalisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajaranFransky Athoriq
 
Peta konsep buku kurikulum dan pembelajaran
Peta konsep buku kurikulum dan pembelajaranPeta konsep buku kurikulum dan pembelajaran
Peta konsep buku kurikulum dan pembelajaranIlham Setiawan
 
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)Rafiza Diy
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasiWany Hardy
 
PETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARAN
PETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARANPETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARAN
PETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARANEFFY HARIDTH
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanWany Hardy
 
Pengantar pendidikan
Pengantar  pendidikanPengantar  pendidikan
Pengantar pendidikanfiro HAR
 
Model pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personalModel pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personalfiro HAR
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Desmon Muroh
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuirihairulnizam achil
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranNazri Halim
 
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Kong BeeLing
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertemaHerney Aqilah Kay
 

What's hot (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
analisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajarananalisis materi pembelajaran
analisis materi pembelajaran
 
Peta konsep buku kurikulum dan pembelajaran
Peta konsep buku kurikulum dan pembelajaranPeta konsep buku kurikulum dan pembelajaran
Peta konsep buku kurikulum dan pembelajaran
 
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
Peta minda 5 (pengaplikasian pendekatan pengajaran bahasa)
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Topik 10 integrasi
Topik 10 integrasiTopik 10 integrasi
Topik 10 integrasi
 
PETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARAN
PETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARANPETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARAN
PETA MINDA KREATIF DAN EFEKTIF DALAM PENGAJARAN
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
Topik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitanTopik 8 penghubungkaitan
Topik 8 penghubungkaitan
 
Pengantar pendidikan
Pengantar  pendidikanPengantar  pendidikan
Pengantar pendidikan
 
Konsep 5P
Konsep 5PKonsep 5P
Konsep 5P
 
Model pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personalModel pembelajaran sosial & personal
Model pembelajaran sosial & personal
 
I think
I thinkI think
I think
 
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
Pengaruh asas pengetahuan guru dan pemahaman guru terhadap amalan harian pros...
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
002 panduan pelaksanaan p&p berasaskan inkuiri
 
Edup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaranEdup3033 murid dan pembelajaran
Edup3033 murid dan pembelajaran
 
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran p...
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
 

Similar to 7KEMAHIRANBERNI

Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics EducationPendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics EducationMuhammad Alfiansyah Alfi
 
Pendidikan kecakapan hidup
Pendidikan kecakapan hidupPendidikan kecakapan hidup
Pendidikan kecakapan hidupelmi idris
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisLSP3I
 
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdfHartoyo Mp
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogyNailul Hasibuan
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanuminisa1411
 
HMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum developmentHMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum developmentnana8883
 
asas pedagogi
asas pedagogiasas pedagogi
asas pedagogirazihan
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulAdila Dila
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Nor Saidah
 

Similar to 7KEMAHIRANBERNI (20)

Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
 
Tugas PTK
Tugas PTKTugas PTK
Tugas PTK
 
Tugas Desain Pembelajaran
Tugas Desain PembelajaranTugas Desain Pembelajaran
Tugas Desain Pembelajaran
 
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics EducationPendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
Pendekatan Contextual Teaching and Learning dan Realistic Mathematics Education
 
KB 2 PPD.pdf
KB 2 PPD.pdfKB 2 PPD.pdf
KB 2 PPD.pdf
 
Pendidikan kecakapan hidup
Pendidikan kecakapan hidupPendidikan kecakapan hidup
Pendidikan kecakapan hidup
 
Media pembelajaran leli lestari
Media pembelajaran leli lestariMedia pembelajaran leli lestari
Media pembelajaran leli lestari
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritisPembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
Pembelajaran Mendidik dan Pendekatan Pedagogi kritis
 
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf[149] Pitoyo Yuliatmojo  - UNJ_Strategi.pdf
[149] Pitoyo Yuliatmojo - UNJ_Strategi.pdf
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
diagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogydiagram of 21st century pedagogy
diagram of 21st century pedagogy
 
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikanGuru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
Guru agen penyampai kecemerlangan pendidikan
 
HMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum developmentHMEF5073_v2 curriculum development
HMEF5073_v2 curriculum development
 
asas pedagogi
asas pedagogiasas pedagogi
asas pedagogi
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
Pelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st centuryPelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st century
 
Buku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakulBuku panduan kemahiran menaakul
Buku panduan kemahiran menaakul
 
Ctl
CtlCtl
Ctl
 
Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21Penggunaan ict abad 21
Penggunaan ict abad 21
 

7KEMAHIRANBERNI

  • 1. Terdapat tujuh kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, konstruktivisme dan kontekstual. Guru perlulah sentiasa menggalakkan keseluruhan perkembangan diri murid dengan menekankan aspek persediaan akademik, nilai-nilai moral, pengurusan emosi, kemahiran sosial, pemikiran yang efektif dan kebolehan menyelesaikan masalah. i. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis. Menurut Idris Mohd Radzi (2006), jenis kemahiran berfikir yang sering disebut dalam Bahasa Melayu ialah mencirikan, mengkelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan, membanding dan membeza, mengenalpasti sebab dan akibat, meringkas, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Jenis kemahiran berfikir yang dinyatakan di atas bertujuan membolehkan kemahiran berfikir tersebut dikuasai murid, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam kemahiran berfikir ini, ia diajar kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif. Cara ini boleh dilaksanakan dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tujuan kemahiran ini adalah memastikan supaya murid-murid dapat memahami isi-isi pelajaran yang diajar di samping membantu proses perkembangan kognitif mereka. ii. Kemahiran Belajar Cara Belajar Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik, khususnya kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran yang memfokus secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran. Dalam erti kata lain, langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan pembelajaran. Pemberian peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat membantu mereka mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh dilakukan oleh mereka dalam pelajaran.
  • 2. Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga dapat membuat keputusan tentang langkah seterusnya dalam pembelajaran dan mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran mereka. Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar cara belajar, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya menekankan peranan dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. iii. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai nilai yang sangat tinggi. Kini, guru-guru telah diberi tugasan untuk mengintegrasikan ICT dalam kurikulum di sekolah. Dengan perubahan yang dilakukan ini, murid-murid di sekolah dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi. Contohnya, murid dapat menghantar dan menerima e-mail. Secara tidak langsung, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi ini juga mampu merapatkan jurang komunikasi antara guru dengan murid. Selain daripada itu, murid-murid dapat belajar menggunakan aplikasi perisian komputer dalam menyempurnakan tugasan harian. Proses pengajaran dan pembelajaran juga akan menjadi lebih berkesan apabila murid-murid dapat megakses maklumat yang terdapat di dalam internet. Semua aktiviti ini seharusnya berada di bawah pengawasan guru sepenuhnya sebelum murid-murid mampu melaksanakannya sendiri. iv. Kecerdasan Pelbagai Gardner (1998) mendefinisikan kecerdasan pelbagai sebagai kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan jenis iaitu verbal-linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestatik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal,dan kecerdasan naturalis.
  • 3. v. Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme merupakan satu teknik pembelajaran yang melibatkan pelajar untuk membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya dimana pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman pendidikan yang boleh membantu pelajar membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan dan seterusnya pensyarah akan memainkan peranan mereka sebagai pembimbing atau fasilitator dalam memperkembangkan pengetahuan sedia ada pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. vi. Pembelajaran Kontekstual Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna. Pembelajaran kontekstual juga ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.