1. ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan pelaksanaan pensyarah sains dalam
menyampaikan Kurikulum Sains PISMP di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Kajian
ini juga bertujuan untuk menentukan pengaruh hubungan dimensi konteks, input, proses dan
produk dalam pelaksanaan kurikulum sains PISMP oleh pensyarah Sains IPG, serta
mengenalpasti cadangan lain daripada dimensi konteks, input, proses, dan produk untuk
meningkatkan kefahaman pensyarah dalam melaksanakan kurikulum sains PISMP. Kajian ini
ialah kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah gabungan atau mixed method design dengan
menggabungkan ciri-ciri kajian yang berbentuk explanatory quantitative-qualitative mixed
method design. Populasi kajian ini terdiri daripada 105 pensyarah daripada 20 IPG yang
menawarkan pengkhususan sains di seluruh Malaysia dengan menggunakan soalselidik. Nilai
cronbach alpha daripada soalselidik melebihi 0.90. Data kuantitatif dianalisis dengan
menggunakan SPSS dan AMOS dan data kualitatif dianalisis dengan menggunakan prosedur
manual. Kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan konteks, input, proses dan produk
amalan pelaksanaan kurikulum pensyarah sains dalam menyampaikan Kurikulum Sains PISMP
di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia mengiktu jantina, kelayakan akademik,
pengalaman mengajar di sekolah, dan pengalaman mengajar di IPG. Hanya terdapat perbezaan
input kemahiran pedagogi dan proses kemahiran pedagogi berdasarkan pengalaman mengajar di
IPG. Proses isi kandungan pelajaran dan produk berhubungan positif dengan konteks objektif.
Proses isi kandungan pelajaran mempunyai hubungan positif dengan input isi kandungan
pelajaran . Proses penilaian dan pentaksiran mempunyai pula hubungan positif yang signifikan
dengan input pemilihan sumber p&p . Selain itu,konteks matlamat dan proses kemahiran
pedagogi adalah predictor yang berpengaruh positif terhadap input kemahiran pedagogi.
Prediktor yang berhubungan signifikan terhadap proses penilaian dan pentaksiran ialah konteks
matlamat, input pemilihan sumber p&p, input kemahiran pedagogi dan input penilaian dan
pentaksiran. Seterusnya, konteks objektif kurikulum, input isi kandungan pelajaran, dan input
penilaian dan pentaksiran merupakan prediktor proses isi kandungan pelajaran. Konteks
matlamat kurikulum, konteks objektif kurikulum dan proses kemahiran pedagogi ialah signifikan
berhubungan positif dengan produk. Kajian ini juga mendapati berbagai cadangan dalam
menambahbaik pelaksanaan kurikulum bagi pensyarah sains PISMP di IPG Malaysia. Di
samping itu beberapa masalah yang dihadapi oleh pensyarah dalam menjalankan kurikulum sains
PISMP juga dapat dijelaskan antaranya isi kandungan pelajaran yang terlalu luas, silibus masih
2. terlalu ringkas, kekeliruan dalam mentafsirkan isi kandungan pelajaran dalam proforma, silibus
kurang berkualiti dan skema pemarkaan yang kurang sesuai. Kajian ini telah menghasilkan
beberapa implikasi utama iaitu hubungan dimensi dalam model konteks, hubungan dimensi
dalam model input, hubungan dimensi dalam model proses dan hubungan dimensi dalam model
produk. Hubungan dimensi pada setiap model pada pelaksanaan kurikulum sains PISMP
Malaysia dapat menunjukkan bahagian yang mempunyai sumbangan yang signifikan dan yang
tidak signifikan pada setiap dimensi. Hubungan dimensi dalam model konteks menunjukkan
bahawa untuk mendapatkan konteks matlamat kurikulum yang baik, input kemahiran pedagogi,
proses penilaian dan pentaksiran, dan produk adalah sangat penting dan diperlukan yang dalam
kurikulum sains PISMP Malaysia. Sedangkan untuk mendapatkan konteks objektif kurikulum
yang baik, proses isi kandungan pelajaran dan produk merupakan bahagian yang diperlukan dan
penting. Hubungan dimensi dalam model input menunjukkan bahawa untuk mendapatkan input
penilaian dan pentaksiran yang baik dalam pelaksanaan kurikulum sains PISMP Malaysia, maka
proses penilaian dan pentakisran dan proses isi kandungan pelajaran merupakan faktor yang
sangat penting. Sedangkan untuk mendapatkan input isi kandungan pelajaran yang baik, maka
proses isi kandungan pelajaran merupakan faktor tunggal yang penting. Seterusnya, untuk
mendapat input pemilihan sumber p&p yang kuat, maka proses penilaian dan pentaksiran
merupakan faktor yang perlu diutamakan. Bagi mendapatkan input kemahiran pedagogi yang
kuat bagi pensyarah, faktor proses kemahiran pedagogi dan konteks matlamat kurikulum
amatlah penting.