"Bawal99: Menikmati Sensasi Taruhan Olahraga Online dengan Aman dan Nyaman"
Pengurusan Dan Kepimpinan PIBG
1. Pengurusan dan Kepimpinan PIBG
Pengurusan dan Kepimpinan PIBG
8 prinsip kebijaksanaan dalam bertindak
Umumnya terdapat pelbagai prinsip yang menjadi pegangan dan teras dalam pengurusan
dan kepemimpinan seseorang. Kesemuanya ini bergantung kepada latarbelakang
pengalaman dan latarbelakang pendidikan yang tertentunya pula dilatari oleh keberlainan
data sosioekonomi dan sebagainya. Natijah daripadanya maka kedapatan pelbagai
perspektif dalam upaya memberikan tangkapan tentang prinsip-prinsip kepimpinan yang
unggul. Namun demikian, akhir-akhir ini kedapatan pelbagai gagasan yang
mengemukakan prinsip-prinsip pegangan ini seperti yang dicadangkan oleh Robert H.
Rosen (1996).
1. Kepemimpinan berwawasan (Vision)
Kepemimpinan PIBG mestilah berupaya melihat gambaran masa depan
organisasinya secara yang amat meyeluruh dan kemudiannya berkemampuan pula
untuk menjelaskannya kepada para pengikutnya.Secara tidak langsung, seseorang
pemimpin itu telah mencetuskan matlamat bersama yang memungkinkan
pengikutnya berusaha kearah meriarisasikan wawasan berkenaan.
2. Kepemimpinan yang dipercayai (Trust)
Kepemimpinan PIBG mestilah seseorang yang boleh dipercayai dan pada masa
yang sama pula turut mempercayai akan kebolehan dan keupayaan para
pengikutnya.
3. Kepemimpinan menggalakkan peryertaan (Participation)
Kekuatan sesebuah organisasi itu banyak bergantung kepada peyertaan dan
keterlibatan serta usaha para warga dalam sebarang aktiviti organisasi secara
tekal. Dalam konteks ini kepemimpinan PIBG seharusnya berupaya untuk
menguasai dan mengerakkan para pengikutnya agar mereka dapat memberikan
fokusnya kepada usaha merialisasikan segala matlamat yang telah dikongsi
bersama-sama.
4. Kepemimpinan yang menggalakkan pembelajaran (Learning)
Pemimpin PIBG perlu mengenali dan memahami dirinya sendiri secara
mendalam. Dengan perkataan lain, mereka seharusnya telah berupaya
menelanjangi kekuatan dan kelemahan diri mereka sendiri lebih daripada mencari
dan membongkarkan segala kelemahan dan keburukkan orang lain. Pemimpin
PIBG juga merstilah menyedari akan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat
segaligus berkemampuan untuk mengadaptasi segala perubahan yang mendorong
setiap warganya untuk sentiasa memperbaharui kemahiran, semangat serta
dorongan dalaman masing-masing.
5. Kepemimpinan yang memahami kepelbagaian (Diversity)
2. Seseorang pemimpin PIBG yang berjaya itu amat memahami dan mengerti
tentang kekuatan wujud daripad kepelbagaian watak dan karaktor yang hadir
dalam organisasinya disamping memahami akan kerugian sekiranya
mengamalkan sikap prasangka yang tidak berasas terhadap anggota-anggotanya.
6. Kepemimpinan yang menggalakkan kreativiti (creativy)
Dalam dunia yamg memberkan keutamaan kepada keputusan-keputusan pintar,
bakat dan kebolehan anggota organisasi yang berpotensi amat dihargai disamping
menggalakkan inovasai baru serta pemikiran-pemikiran yang mencabar dan
mencapai tahap unggul. Kepemimpian PIBG yang menggalakkan creativity dalam
kalangan para anggotanya akan melabur dalam bidang teknologi terkini sebagai
salah satu usaha untuk membantu mempermudah dan mempercepat pencapaian
serta inovasi terkini.
7. Kepemimpinan yang memiliki integriti (integrity)
Kepemimpinan PIBG juga sewajarnya memiliki kekuatan prinsip dan mesti
berpegang tegas kepada prinsip berkenaan. Seseorang pemimpin PIBG yang tulen
amat menyedari bahawa etika yang baik akan mendorong organisasi ke arah
pencapaian matlamat yang murni.
8. Kepemimpinan yang jelekit dengan komuniti (community)
Kepemimpinan PIBG tidak dapat lari daripada menggelumangi derita sensara dan
suka ceria kehidupan masyarakat sekitarnya yang merupakan para anggotanya.
Pemimpin yang berjaya, berupaya menerjunkan dirinya kedalam kehidupan
masyarakat pimpinannya. Pemimpin PIBG sentiasa berada dekat dengan
masyarakatnya akan membantu mempertingkatkan productivity dan sumbangan
mereka terhadap organisasi kerana mereka sentiasa bersama dilindungi apabila
mengalami kesukaran hidup serta mempunyai seseorang untuk mendengar segala
aduannya.
Oleh: Zawawi Jahya