SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Download to read offline
TEKS UCAPAN
YBrs. DR. MASZLEE BIN MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
SEMPENA
PERASMIAN PERSIDANGAN PENYELIDIDIKAN
DAN
INOVASI PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(PPIPK 2018)
PADA
12 DAN 13 SEPTEMBER 2018
TEMPAT
DEWAN SERI TEMENGGONG
IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Yang berbahagia Rektor IPGM
Yang Berusaha Pengarah PIPK IPGM
Yang Berusaha
Tn Hj Mohd Zain bin Badui
Pengarah IPGK Temenggong Ibrahim Johor
Yang dihormati
Para pensyarah
Para peserta persidangan Penyelidikan dan Inovasi
Serta hadirin yang dihormati sekalian.
Hadirin sekalian,
1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia serta izin-Nya, dapat saya hadir dalam Persidangan Penyelidikan dan Inovasi
Pendidikan Kebangsaan 2018 yang diadakan di IPG kampus Temenggong Ibrahim.
2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia kerana sudi menjemput
saya hadir dalam majlis ilmu ini. Selain merasmikan persidangan ini, kesempatan yang ada ini akan saya
gunakan untuk beramah mesra dengan warga IPGKTI kerana kehadiran saya ke sini merupakan lawatan
pertama saya, sejak saya dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia.
Warga dewan yang dihormati sekalian,
3. Bersempena dengan persidangan ini, saya ini, saya ingin menyentuh tentang tema persidangan ini
iaitu Melestarikan Penyelidikan dan Inovasi ke arah Revolusi Industri 4.0. Rasional pemilihan tema ini
adalah berlandaskan kepada perkembangan pendidikan dan industri yang berlaku pada ketika ini.
4. Secara umumnya penyelidikan dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti sistematik dan berdisiplin
yang dijalankan untuk mewujudkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Ia membabitkan pelbagai
bentuk merentasi disiplin, termasuk penemuan penyelidikan saintifik dan sosial, penciptaan atau
pembaikan konsep dan teori, teknik
atau komposisi, atau memperluas pemahaman semasa melalui analisis kritikal. Sementara Inovasi pula
boleh ditakrifkan sebagai sebagai penciptaan serta implimentasi sama ada berbentuk proses, produk,
perkhidmatan atau kaedah penyampaian yang baru, yang berupaya memberi peningkatan yang
signifikan terhadap hasil, kecekapan, keberkesanan atau kualiti. Kedua-dua elemen ini perlu disatukan
untuk menjadikan pendidikan di negara ini bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat
pada ketika ini. Revolusi 4.0 pula secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir
semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada
penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi
maklumat (IT). Sehubungan dengan itu, tema untuk persidangan ini adalah amat relevan kerana tema
tersebut menampakkan kesedaran tentang keperluan pendidikan pada masa ini.
Tuan-tuan dan warga dewan sekalian.
5. Mengapakah penyelidikan dalam pendidikan perlu dilakukan?
Dalam bidang akademik, penyelidikan dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di akhir
penyelidikan, diharap keputusan yang ditemui hasil dari penyelidikan tersebut dapat menyelesaikan
masalah tersebut ataupun sekurang-kurangnya mengarah kepada penyelesaian. Sementara itu, inovasi
pula secara langsung dikaitkan dengan kreativiti. Seseorang yang kreatif dan inovatif akan menjadi
seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri.
6. Penyelidikan dan inovasi ini perlu dijadikan amalan dalam kalangan warga pendidik di negara ini
kerana konsep pengajaran dan pembelajaran pada masa ini tidak hanya terarah dari pemberian maklumat
dari guru semata-mata sebaliknya pelajar-pelajar sendiri perlu mendapatkan maklumat-maklumat yang
relevan tentang apa-apa yang dipelajari melalui pelbagai sumber khasnya secara maya. Dengan kata lain,
konsep pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelajar belajar secara sendiri dan tidak hanya menjadi
penerima ilmu semata-mata. Mereka perlu berubah kepada kaedah penghasil ilmu bersama atau co-
curators of knowledge berikutan perkembangan pesat teknologi.
Oleh hal yang demikian, perubahan minda dalam kalangan warga pendidik amat dituntut untuk mereka
membentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan perkembangan teknologi terkini.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
7. Seperti yang telah saya katakan, penyelidikan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan inovasi.
Inovasi sangat dituntut dalam Islam kerana dapat memberi nilai tambah dan kebaikan yang berterusan
kepada kehidupan ummah. Firman Allah dalam Surah Ar Ra’du ayat 11 bermaksud:
“Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya,
mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu
kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah
menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali
tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”.
Warga dewan yang dihormati sekalian,
8. Penghasilan sesuatu inovasi memerlukan sinergi yang kuat antara kecerdasan akal fikiran, kreativiti
dan keunikan. Dalam hal ini, inovasi dapat memupuk pemikiran yang kreatif dan meningkatkan produktiviti
kerja. Selain itu, inovasi amat sinonim dengan konsep modenisasi. Dua konsep ini mempunyai hala tuju
yang hampir sama yakni melaksanakan pembaharuan yang memberi manfaat dan kebaikan kepada
masyarakat. Bagaimanapun, wujud tanggapan bahawa dalam keghairahan mencipta inovasi mahupun
mengejar modenisasi, nilai-nilai tradisi semakin luntur. Mungkin tanggapan ini benar dan mungkin tidak,
bergantung kepada sudut pandang sisi orang yang menilai. Tidak mustahil jika tanggapan ini akan menjadi
satu realiti. Oleh itu, warga pendidik perlu memastikan dalam usaha mencipta inovasi dan mengejar
modenisasi nilai-nilai tradisi akan terus terpelihara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
9. Penyelidikan dan inovasi ini perlu dijadikan budaya demi memartabatkan lagi sistem pendidikan di
negara ini. Sebagai warga pendidik tuan-tuan dan puan-puan perlu berani menyelidik dan menghasilkan
sesuatu yang baharu dan bermanfaat untuk mengatasi sebarang masalah.
“Jangan takut untuk berubah. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik, akan tetapi pastinya
akan memperoleh sesuatu yang lebih baik”.
“Apabila anda mempunyai keinginan untuk memulakan, anda harus memiliki keberanian dan
kemampuan untuk menyelesaikannya, bukan sekadar mengakhirinya.”
Kata-kata ini merupakan kata-kata pakar motivasi yang boleh dijadikan sebagai pemangkin
semangat untuk warga pendidik terus menjalankan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan sesuatu
inovasi khasnya yang berkaitan dengan pendidikan.
10. Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan sekalianlah yang menjadi nadi dan tulang
belakang untuk menjadikan penyelidikan dan inovasi ini sebagai amalan. Oleh hal yang demikian saya
menyeru kepada semua warga pendidik agar memberanikan diri membuat penyelidikan dan inovasi kerana
tindakan ini boleh membantu kepada peningkatan martabat pendidikan di negara ini.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mengharapkan agar program ini berjalan dengan lancar
dan mencapai objektifnya serta mendatang impak positif kepada semua warga pendidik.
Dengan lafaz “Bismillahhirrahmanirrahim” saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan
Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kali Ke-3, 2018.
Sekian.
Wabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

More Related Content

Similar to Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018

2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014Mages Panjaman
 
Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Leftenan Ika
 
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAPERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAnkli84
 
Contoh Artikel Ilmiah Populer
Contoh Artikel Ilmiah PopulerContoh Artikel Ilmiah Populer
Contoh Artikel Ilmiah PopulerUwes Chaeruman
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiOsni Osman
 
18 buku panduan kreativiti
18 buku panduan kreativiti18 buku panduan kreativiti
18 buku panduan kreativitiWandi Husein
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiAdila Dila
 
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptvTajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptvNur Imana Agnes
 
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...Ismail Bisri
 
Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0
Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0
Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0LSP3I
 
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitrinoviana
 
Emk keusahawan kssr tahun 1
Emk keusahawan kssr tahun 1 Emk keusahawan kssr tahun 1
Emk keusahawan kssr tahun 1 Azira Azri
 
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paiahmadmahsum
 
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paiahmadmahsum
 
Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0
Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0
Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0Novitawoewalo
 

Similar to Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018 (20)

2014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 20142014 05-15 perutusan hari guru 2014
2014 05-15 perutusan hari guru 2014
 
Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014Perutusan Hari Guru 2014
Perutusan Hari Guru 2014
 
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAPERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
PERUTUSAN SAMBUTAN HARI GURU 2014 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
 
Contoh Artikel Ilmiah Populer
Contoh Artikel Ilmiah PopulerContoh Artikel Ilmiah Populer
Contoh Artikel Ilmiah Populer
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
18 buku panduan kreativiti
18 buku panduan kreativiti18 buku panduan kreativiti
18 buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptvTajuk3 faksafah & dasar ptv
Tajuk3 faksafah & dasar ptv
 
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
 
Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0
Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0
Metode pendidikan baru dalam beradaptasi dengan revolusi industri 4.0
 
Synectik
SynectikSynectik
Synectik
 
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
 
Emk keusahawan kssr tahun 1
Emk keusahawan kssr tahun 1 Emk keusahawan kssr tahun 1
Emk keusahawan kssr tahun 1
 
13.09.2018 pemikiran
13.09.2018 pemikiran13.09.2018 pemikiran
13.09.2018 pemikiran
 
Model ict pai
Model ict paiModel ict pai
Model ict pai
 
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
 
Model ict pai
Model ict paiModel ict pai
Model ict pai
 
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict paitugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
tugas ahmad ma'sum kls F smtr 2 Model ict pai
 
Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0
Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0
Tantangan pendidikan di era revolusi 4.0
 

More from Chon Seong Hoo

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUChon Seong Hoo
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)Chon Seong Hoo
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHChon Seong Hoo
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumChon Seong Hoo
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)Chon Seong Hoo
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...Chon Seong Hoo
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...Chon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHChon Seong Hoo
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...Chon Seong Hoo
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...Chon Seong Hoo
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Chon Seong Hoo
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020Chon Seong Hoo
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Chon Seong Hoo
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Chon Seong Hoo
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBDChon Seong Hoo
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Chon Seong Hoo
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Chon Seong Hoo
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)Chon Seong Hoo
 

More from Chon Seong Hoo (20)

INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURUINSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
INSTRUMEN PENARAFAN SSQS GURU
 
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)GURU IKON SEKOLAH (GIS)
GURU IKON SEKOLAH (GIS)
 
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHManual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
Manual PdPR - MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAHMANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH
 
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan KokurikulumKPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
KPM Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan Dan Kokurikulum
 
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
MASA MINIMUM PENJAJARAN KSSR (PINDAAN)
 
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
KIT IBU BAPA PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAH...
 
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
KIT SEKOLAH PELAKSANAAN KURIKULUM BAGI KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH TAHU...
 
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAHPELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
PELAKSANAAN PENJAJARAN KURIKULUM UNTUK KEGUNAAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH
 
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
PELAKSANAAN UJIAN STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN UNTUK MURID SEKOLAH ...
 
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI  MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
SURAT 071 JEMPUTAN MAJLIS PEMBERIAN NILAI MERIT OLEH PDRM KEPADA SEKOLAH DAN...
 
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...Program Transformasi Minda  Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
Program Transformasi Minda Pendidikan Pencegahan Dadah di bawah inisiatif be...
 
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
KENYATAAN MEDIA PINDAAN TAKWIM PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
PERINCIAN PINDAAN TAKWIM PERSEKOLAHAN TAHUN 2020
 
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Pengarah Pendidikan Johor Bil.42019
 
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
Bahan Taklimat PPD Kluang 2020
 
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
2019 PBD Buku Panduan Pelaksanaan PBD
 
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
Buku Panduan Daftar Kosa Kata Bahasa Melayu SJK v3
 
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
Surat Jemputan Invitation UTM Engineerng - Industry Innovation Day 2019 (Surat)
 
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
SENARAI APLIKASI DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
 

Recently uploaded

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptxfurqanridha
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 

Recently uploaded (20)

MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 

Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018

  • 1. TEKS UCAPAN YBrs. DR. MASZLEE BIN MALIK MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA PERASMIAN PERSIDANGAN PENYELIDIDIKAN DAN INOVASI PENDIDIKAN KEBANGSAAN (PPIPK 2018) PADA 12 DAN 13 SEPTEMBER 2018 TEMPAT DEWAN SERI TEMENGGONG IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Yang berbahagia Rektor IPGM Yang Berusaha Pengarah PIPK IPGM Yang Berusaha Tn Hj Mohd Zain bin Badui Pengarah IPGK Temenggong Ibrahim Johor Yang dihormati Para pensyarah Para peserta persidangan Penyelidikan dan Inovasi Serta hadirin yang dihormati sekalian. Hadirin sekalian, 1. Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta izin-Nya, dapat saya hadir dalam Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan Kebangsaan 2018 yang diadakan di IPG kampus Temenggong Ibrahim.
  • 2. 2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak urus setia kerana sudi menjemput saya hadir dalam majlis ilmu ini. Selain merasmikan persidangan ini, kesempatan yang ada ini akan saya gunakan untuk beramah mesra dengan warga IPGKTI kerana kehadiran saya ke sini merupakan lawatan pertama saya, sejak saya dilantik menjadi Menteri Pendidikan Malaysia. Warga dewan yang dihormati sekalian, 3. Bersempena dengan persidangan ini, saya ini, saya ingin menyentuh tentang tema persidangan ini iaitu Melestarikan Penyelidikan dan Inovasi ke arah Revolusi Industri 4.0. Rasional pemilihan tema ini adalah berlandaskan kepada perkembangan pendidikan dan industri yang berlaku pada ketika ini. 4. Secara umumnya penyelidikan dapat ditakrifkan sebagai suatu aktiviti sistematik dan berdisiplin yang dijalankan untuk mewujudkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Ia membabitkan pelbagai bentuk merentasi disiplin, termasuk penemuan penyelidikan saintifik dan sosial, penciptaan atau pembaikan konsep dan teori, teknik atau komposisi, atau memperluas pemahaman semasa melalui analisis kritikal. Sementara Inovasi pula boleh ditakrifkan sebagai sebagai penciptaan serta implimentasi sama ada berbentuk proses, produk, perkhidmatan atau kaedah penyampaian yang baru, yang berupaya memberi peningkatan yang signifikan terhadap hasil, kecekapan, keberkesanan atau kualiti. Kedua-dua elemen ini perlu disatukan untuk menjadikan pendidikan di negara ini bergerak seiring dengan perkembangan teknologi maklumat pada ketika ini. Revolusi 4.0 pula secara umumnya melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir semua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada revolusi industri pertama yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, kedua kepada elektrik, dan ketiga kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Sehubungan dengan itu, tema untuk persidangan ini adalah amat relevan kerana tema tersebut menampakkan kesedaran tentang keperluan pendidikan pada masa ini. Tuan-tuan dan warga dewan sekalian. 5. Mengapakah penyelidikan dalam pendidikan perlu dilakukan? Dalam bidang akademik, penyelidikan dibuat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Di akhir penyelidikan, diharap keputusan yang ditemui hasil dari penyelidikan tersebut dapat menyelesaikan masalah tersebut ataupun sekurang-kurangnya mengarah kepada penyelesaian. Sementara itu, inovasi pula secara langsung dikaitkan dengan kreativiti. Seseorang yang kreatif dan inovatif akan menjadi seorang yang sentiasa berfikir, ingin mencipta, bercita-cita besar, berani dan yakin kepada diri sendiri. 6. Penyelidikan dan inovasi ini perlu dijadikan amalan dalam kalangan warga pendidik di negara ini kerana konsep pengajaran dan pembelajaran pada masa ini tidak hanya terarah dari pemberian maklumat dari guru semata-mata sebaliknya pelajar-pelajar sendiri perlu mendapatkan maklumat-maklumat yang
  • 3. relevan tentang apa-apa yang dipelajari melalui pelbagai sumber khasnya secara maya. Dengan kata lain, konsep pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelajar belajar secara sendiri dan tidak hanya menjadi penerima ilmu semata-mata. Mereka perlu berubah kepada kaedah penghasil ilmu bersama atau co- curators of knowledge berikutan perkembangan pesat teknologi. Oleh hal yang demikian, perubahan minda dalam kalangan warga pendidik amat dituntut untuk mereka membentuk semula pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian. 7. Seperti yang telah saya katakan, penyelidikan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan inovasi. Inovasi sangat dituntut dalam Islam kerana dapat memberi nilai tambah dan kebaikan yang berterusan kepada kehidupan ummah. Firman Allah dalam Surah Ar Ra’du ayat 11 bermaksud: “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia”. Warga dewan yang dihormati sekalian, 8. Penghasilan sesuatu inovasi memerlukan sinergi yang kuat antara kecerdasan akal fikiran, kreativiti dan keunikan. Dalam hal ini, inovasi dapat memupuk pemikiran yang kreatif dan meningkatkan produktiviti kerja. Selain itu, inovasi amat sinonim dengan konsep modenisasi. Dua konsep ini mempunyai hala tuju yang hampir sama yakni melaksanakan pembaharuan yang memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Bagaimanapun, wujud tanggapan bahawa dalam keghairahan mencipta inovasi mahupun mengejar modenisasi, nilai-nilai tradisi semakin luntur. Mungkin tanggapan ini benar dan mungkin tidak, bergantung kepada sudut pandang sisi orang yang menilai. Tidak mustahil jika tanggapan ini akan menjadi satu realiti. Oleh itu, warga pendidik perlu memastikan dalam usaha mencipta inovasi dan mengejar modenisasi nilai-nilai tradisi akan terus terpelihara. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian 9. Penyelidikan dan inovasi ini perlu dijadikan budaya demi memartabatkan lagi sistem pendidikan di negara ini. Sebagai warga pendidik tuan-tuan dan puan-puan perlu berani menyelidik dan menghasilkan sesuatu yang baharu dan bermanfaat untuk mengatasi sebarang masalah. “Jangan takut untuk berubah. Kita mungkin kehilangan sesuatu yang baik, akan tetapi pastinya akan memperoleh sesuatu yang lebih baik”.
  • 4. “Apabila anda mempunyai keinginan untuk memulakan, anda harus memiliki keberanian dan kemampuan untuk menyelesaikannya, bukan sekadar mengakhirinya.” Kata-kata ini merupakan kata-kata pakar motivasi yang boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk warga pendidik terus menjalankan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan sesuatu inovasi khasnya yang berkaitan dengan pendidikan. 10. Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan sekalianlah yang menjadi nadi dan tulang belakang untuk menjadikan penyelidikan dan inovasi ini sebagai amalan. Oleh hal yang demikian saya menyeru kepada semua warga pendidik agar memberanikan diri membuat penyelidikan dan inovasi kerana tindakan ini boleh membantu kepada peningkatan martabat pendidikan di negara ini. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya mengharapkan agar program ini berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya serta mendatang impak positif kepada semua warga pendidik. Dengan lafaz “Bismillahhirrahmanirrahim” saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kali Ke-3, 2018. Sekian. Wabillahitaufik walhidayah, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.