SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Page | 1
1. PENDAHULUAN
Pada abad ke-21 ini, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan dan ia memainkan
peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya dalam bidang
keusahawanan, pemasaran, pendidikan, pembinaan sains, kejuruteraan dan teknologi. Arus
pembangunan yang semakin pesat menjadikan kehidupan manusia pada hari ini menjadi lebih
kompleks. Dunia hari ini didominasi oleh teknologi dan oleh itu inovasi-inovasi individu dan
organisasi kebanyakannya berasaskan kepada kepesatan pembangunan teknologi. Ini
menjadikan kreativiti, satu elemen penting bagi membuahkan inovasi, satu komponen kritikal
dan merupakan sumber penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan (Robinson, 2000).1
Sebelum zaman kemerdekaan lagi idea-idea atau pemikiran kreatif dan inovatif ini telah
lama wujud tetapi pemikiran sedemikian kian pupus disebabkan oleh penglibatan generasi kini
kurang aktif untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Generasi kini hanya menggunakan
segala teknologi yang ada tetapi tidak pernah untuk berfikir bagaimana proses pembuatan
teknologi tersebut. Malahan, mereka juga tidak mengetahui bahawa sesuatu produk boleh
diubahsuai kepada sesuatu produk yang baru dan lebih baru. Hal ini demikian kerana mereka
kurang memahami istilah kreativiti dan inovatif itu sendiri. Bahkan, generasi kini juga masih
tertanya-tanya dan tidak mengetahui teori dan model-model yang sering digunakan untuk
mencipta sesuatu produk yang baru, kreatif dan berinovasi. Di samping itu, generasi abad ke-
21 ini juga masih tidak mengetahui teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memperkasakan
pemikiran yang kreatif dan inovatif ekoran daripada otak mereka tidak cukup untuk berfikir
secara kritikal dan kreatif. Jadi, generasi kini sangat memerlukan beberapa contoh teknik-
teknik untuk menjana idea-idea dalam memperkasakan pemikiran yang kreatif dan inovatif.2
Kreativiti juga menjadi satu elemen kebergantungan hidup bagi seseorang individu
disetiap peringkat masyarakat. Kepentingannya sebagai satu aset di dalam pembangunan
modal insan tidak dapat disangkal lagi. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah,
pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk
kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di
mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku (Said & Yunos,
1 Robinson 2001_research
2 Siti najihah Jamal.Teori dan Modal Kreativiti Dan Inovasi Serta Teknik Memperkasakan Pemikiran Kreatif dan
Inovatif
Page | 2
2008).3 Sama ada kita sedar atau tidak kemunculan produk seperti iPhone, Android,Blackberry,
Twitter, Facebook dan YouTube serta kebangkitan Google adalah hasil cetusan idea inovatif
masyarakat Barat. Ciptaan ini telah menukar cara hidup masyarakat masa kini dan menjadikan
kehidupan manusia lebih mencabar, seronok dan berdaya saing. Malah, inovasi dan kreativiti
juga telah menjadikan beberapa buah negara semakin menonjol seperti Korea, Finland serta
beberapa buah negara maju yang lain.4 Berhadapan dengan situasi tersebut Brunei Darussalam
juga perlu memandang kehadapan dan mencuba untuk menjadikan inovasi dan kreativiti
sebagai suatu hala tuju baru terutamanya dalam kalangan generasi baru.
1.1 SOROTAN KAJIAN LEPAS
Kreativiti adalah sesuatu yang subjektif, ianya merupakan satu bidang yang agak luas,
ini kerana kreativiti itu sendiri terbahagi pula kepada beberapa bahagian. Malah
kreativiti merupakan satu bidang yang telah bermula sejak manusia pertama dijadikan
Allah s.w.t iaitu Adam a.s. Selepas itu, ia telah bergerak dan menjana pemikiran
manusia dalam membentuk rentetan sejarah dan tamadun hidup di barat dan timur
dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, dan sosio budaya daripada
yang kuo-klasik hinggalah kepada pasca moden (Mohd Azhar, 2001).5
Canby (1980) menyatakan bahawa kegiatan kreativiti sains dan teknologi
telah pun bermula sejak 30 000 tahun yang lampau. Manusia menggunakan kemahiran
kreatif untuk menjalani kehidupan pada zaman primitif. Kajian menunjukkan manusia
zaman prasejarah membuat pelbagai aktiviti seharian dengan kreativiti mereka seperti,
bercucuk tanam, memburu, mencipta pelbagai jenis peralatan harian dan
berkomunikasi. Dengan kreativiti yang ada manusia mampu membina tamadun yang
begitu hebat seperti tamadun Islam, Rom, Yunani, China, Euphrates dan India.6
3 Said,M. M. M., & Yunos, N. (2008). Peranan guru dalammemupuk kreativiti pelajar.Jurnal Pengajian Umum,
9, 57– 72.
4 Razli Ahmad, Hanum Hassan etl. 2016. Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi Dalam Kalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi : Kajian Ke atas Pelajar Universiti Malaysia Perlis
5 Mohd Azhar Abd Hamid (2001).Pengenalan Pemikiran Kritisdan Kreatif. Johor : Universiti Teknol ogi
Malaysia.
6 Canby 1980
Page | 3
Pemikiran tradisi melihat kreativiti sebagai sesuatu yang kreatif dilakukan
oleh seseorang yang kreatif. Namun begitu ianya dilihat berbeza melalui pendekatan
semasa yang melihat kreativiti sebenarnya mampu dilakukan oleh seseorang jika ianya
berpeluang berada dalam satu situasi dan persekitaran yang menggalakkan budaya
kreatif (Amabile, 1996). Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, dalam bukunya
‘Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi,’ menyatakan bahawa kreativiti
membabitkan pemikiran, idea dan gagasan baru. Manakala inovasi pula menjurus
kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada
sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta
boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan.7
Kajian semasa menunjukkan bahawa kehebatan dan kecemerlangan pelajar-
pelajar kejuruteraan tidak sahaja di pamerkan melalui keputusan peperiksaan dan ujian
sahaja tetapi perlu lahir bersamanya elemen-elemen amali seperti idea inovasi yang
dapat menghasilkan produk baru bagi kegunaan masyarakat (David H. Cropley, 2000)8
Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Saeidah dan
Nooreen (2013) mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara
pencapaian akademik dan penglibatan dalam bidang kreativiti serta inovasi. Kajian
menunjukkan bahawa penglibatan aktif pelajar dalam budaya kreativiti dan inovasi
akan mendorong pelajar mencapai prestasi baik dalam akademik. Pelajar akan lebih
bermotivasi disamping seronok melihat hasil penerokaan mereka dalam idea-idea
inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan.9
Manakala Winfred Ebner et al. (2009), membuktikan bahawa bagi
menjayakan sesuatu pertandingan rekacipta dan inovasi, kerjasama antara pihak
industri dan institusi pengajian tinggi adalah sangat penting. Pertandingan akan
menggalakkan penyertaan. Daripada penyertaan tersebut akan menghasilkan idea-idea
baru atau produk baru kedalam masyarakat. Paling tidak penyertaan tersebut akan
7 Research pls
8 David H. Cropley. (2000). Fostering Creativity in Engeneering Undergraduates. School of Electrical and
Information Engineering. University of South Australia. www.psu.edu/viewdoc
9 Saeidah Bolandifar & Nooreen Noordin. (2013). Investigating the Relationship between Creativity and
Academic Achievement of Malaysia Undergraduates. Jurnal Teknologi (Social Sciences). 65 (2): 101–107.
www.jurnalteknologi.utm.my.eISSN 2289-5434.
Page | 4
membina hubungan sesama pelajar dan membuka ruang antara mereka untuk meneroka
idea yang lebih baik dimasa akan datang. Kajian ini juga mendapati bayaran insentif
kepada pihak yang menang dalam sesuatu pertandingan merupakan sesuatu yang akan
menggalakkan penyertaan dan penglibatan yang berterusan dimasa akan datang. Ini
sudah tentu akan mengembangkan lagi budaya inovasi terutamanya dalam kalangan
generasi muda. 10
Berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh Lale dan Arzu (2009), mendapati
transformasi dalam kepimpinan sesebuah organisasi penting dalam menggalakkan
budaya inovasi dan kreativiti. Individu dan organisasi akan lebih teruja untuk membina
budaya inovasi jika kepimpinan dilihat memahami dan menghargai apa yang dilakukan
oleh ahli organisasi. Kajian ini juga mendapati bahawa individu dalam organisasi akan
lebih bermotivasi dalam menggerakkan idea-idea inovasi jika mereka di beri perhatian
dan dihargai oleh kepimpinan organisasi. Sikap dan kecenderungan kepimpinan dalam
menganjurkan idea idea inovasi akan membantu mewujudkan persekitaran kerja yang
lebih selesa. Hal ini akan membantu mewujudkan tingkahlaku yang berpaksikan
kreativiti dan inovasi dalam organisasi.11
Bertitik tolak daripadanya, Pervaiz K.Ahmad (1998), menyatakan bagi
menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti, kita perlu mengenalpasti mereka yang
berkebolehan dalam hal ini melalui perkaderan, pembangunan, latihan serta pelbagai
lagi kaedah yang perlu dilaksanakan oleh organisasi. Beliau menyatakan dua perkara
penting perlu di beri perhatian oleh kepimpinan dalam mengembangkan budaya inovasi
ialah pertama, kepimpinan perlulah jelas mengemukakan hasrat dan halatuju inovasi
dalam organisasinya, ini akan membolehkan semua ahli organisasi faham dan jelas
hasrat kepimpinan. Kedua ialah kepimpinan mesti dapat menerima idea-idea yang
kabur. Idea-idea yang kabur perlu diteliti dan diberi perhatian kerana kemungkinan idea
kabur tersebut jika disuntik dengan inovasi berkemungkinan akan menghasilkan
dapatan yang baik. Ini bermakna bagi menggalakkan inovasi sesebuah organisasi itu
10 Winfred Ebner, Jan Marco Leimeister & Helmut Krcmar. (2009).Community Engineering for Innovations:The
Ideas Competition as a Method to Nurture a Virtual Community for Innovations.R& D Management, 39 (4).
researchgate.net
11 Lale Gumusluoglu & Arzu Ilsev.(2009).Transformational Leadership, Creativity and Organizational
Innovation.Journal of Business Research,62 (2009) 461-473.http:// www.emerald insight.com
Page | 5
perlu mencipta budaya inovasi dan dalam masa yang sama perlu mewujudkan iklim
dalam organisasi supaya inovasi dapat dicernakan.12
Hal ini diperincikan oleh Teresa M. Amabile di dalam kajiannya (1996)
mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang mendorong inovasi dan kreativiti
iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan motivasi dalaman seseorang. Kepakaran
merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang
dimiliki oleh seseorang. Memiliki perkara seperti yang disebutkan di atas akan
menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan
inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada individu yang mempunyai idea
inovasi. Ianya berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang
berdisiplin, tidak bergantung kepada orang lain, bersedia menanggung risiko, bersikap
toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor
ketiga ialah motivasi dalaman individu. Hal ini merujuk kepada seseorang merasakan
seronok untuk terlibat,perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran.
Amabile menambah, motivasi luaran pula merujuk kepada keinginan dan suka kepada
ganjaran jika idea atau hasil inovasi dan kreativitinya memenangi pertandingan yang
disertai. Namun beliau menyatakan motivasi dalaman seseorang lebih tinggi
mempengaruhi seseorang untuk terlibat dalam inovasi dan kreativiti berbanding dengan
motivasi luaran. Pandangan yang sama dijelaskan oleh Baron dan Harrington (1981).13
Bersingkapan daripadanya, Martins dan Terblanche (2003) menyatakan,
strategi, struktur, mekanisma sokongan, budaya turut menggalakkan inovasi serta
keterbukaan dalam komunikasi yang terdapat dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai
beberapa factor utama dalam membangunkan budaya inovasi dan kreativiti. Hal ini
menunjukkan bahawa persekitaran selesa yang wujud selari dengan keperluan untuk
menghasilkan budaya inovasi dan kreativiti sangat penting kepada sesebuah
organisasi.14
12 PervaizK. Ahmad. (1998). Culture and Climate for Innovation.European Journal of Innovation Management.
1 (1). 1998.http:// www.emerald insight.com
13 Teresa M. Amabile. (1996).Creativity and Innovation in Organization.Harvard Business
School.www.postech.ac.kr/class
14 E. C. Martins & F. Terblanche. (2003). BuildingOrganisational Culturethat Stimulates Creativity and
Innovation.European Journal of Innovation Management, Vol. 6, Number 1, 2003. http:// www.emerald
insight.com
Page | 6
Kajian-kajian yang diteliti banyak menunjukkan atau terarah kepada
hubungan yang kuat antara budaya inovasi dan kreativiti dengan persekitaran yang
wujud dalam sesebuah organisasi berkenaan seperti yang dijelaskan dalam Teresa M
Amabile (1996) berkenaan dengan tiga faktor utama yang mendorong inovasi dan
kreativiti
2. PERBAHASAN
2.1 Definisi Kreatif
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin purba iaitu “creare” yang bermaksud
membuat ataupun membina sesuatu yang belum pernah dibuat sebelum ini. (Barnhat
& Barnhat dalam Joan Parker Isenberg & Mary Renck Jalongo, 2010). Berdasarkan
kenyataan tersebut, kreativiti boleh ditakrif sebagai satu usaha mereka cipta dan
menghasilkan sesuatu yang berguna serta bersesuaian dengan keperluan masyarakat
sekeliling pada satu-satu masa.
Mengikut kamus Webster (1976 ), kreatif ditakrifkan sebagai kemampuan manusia
dengan segala kelemahan mampu melakukan perubahan dengan mewujudkan sesuatu
yang baru. Takrifan ini jelas menerangkan tentang kehebatan pemikiran manusia untuk
merancang kaedah penyelesaian berdasarkan kepada keperluan dan kehendak semasa.
Walau bagaimanapun takrif ini berlainan dengan pendapat yang diberikan oleh
John (2002). Menurut John (2002);
“Only God could create, and whatever he created was original. Man could only
rearrange what God had created.”
Merujuk kepada kenyataan John, beliau menyifatkan kreatif sebagai satu
pengubahsuaian ciptaan asal dari Tuhan semata-mata. Manusia hanya berkeupayaan
untuk mengatur dan menyusun segala yang telah diciptakan oleh Tuhan tanpa
mengubah dan mengganggu ciptaan itu sendiri. Kenyataan ini pula mempunyai sedikit
Page | 7
persamaan dengan pendapat yang dikeluarkan ole De Bono (1970) yang mengatakan
bahawa sesuatu kreativiti itu berlaku tanpa disedari oleh manusia atau individu itu
sendiri. Pemikiran kreatif yang dimiliki hanya disedari oleh orang lain dan
pengiktirafannya juga diberikan oleh individu yang membuat pemerhatian terhadap
idea tersebut.
Menurut seorang pemikir dan penyelidik akademik yang terkenal iaitu Ellis Paul
Torrance, yang banyak menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan penulisan didalam
bidang yang berkaitan dengan kreativiti, beliau mentafsirkan kreativiti sebagai ;
“To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to
be first to portray and give character to a role or part creation: An original product
of human invention or imagination.”
“A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge,
missing elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for
solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing
and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally
communicating the results.” (Torrance, 1974)
Berdasarkan kenyataan Torancce diatas, kreativiti adalah satu proses yang
berlaku disebabkan oleh satu rangsangan yang sensitif terhadap sesuatu kekurangan,
kelemahan, kehendak dan keperluan yang mendorong manusia untuk mencari
penyelesaian melalui percubaan dan pengubahsuaian terhadap sesuatu perkara.
Hasilnya akan dinilai semula dijadikan sebagai satu keputusan.
Kreativiti secara amnya merujuk kepada satu bentuk pemikiran, penghasilan
ataupun daya cipta yang wujud hasil daripada sesuatu yang telah ada ataupun yang
baru dicipta. Seseorang manusia dianggap kreatif apabila sesuatu yang dihasilkan
mampu membawa kelainan pada sudut citarasa, kehendak serta memenuhi keperluan
dan kehendak semasa. Di sekeliling kehidupan manusia hari ini berbagai-bagai
keperluan hidup manusia berjaya di mudahkan dan dipenuhi hasil daripada pemikiran
dan pandangan yang kreatif. Kebanyakkan tokoh-tokoh berpendapat bahawa tidak
Page | 8
mungkin manusia berjaya menghasilkan sesuatu yang tiada menjadi ada sekiranya
tidak mempunyai pandangan serta pemikiran kreatif didalam diri mereka. Berbeza
dengan pemikiran tradisi yang melihat kreativiti sebagai sesuatu yang kreatif
dilakukan oleh seseorang yang kreatif. Pendekatana semasa melihat kreativiti
sebenarnya mampu dilakukan oleh seseorang jika ianya berpeluang berada dalam satu
situasi dan persekitaran yang menggalakkan budaya kreatif (Amabile, 1996).
Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, dalam bukunya ‘Budaya Inovasi:
Prasyarat Model Baru Ekonomi,’ menyatakan bahawa kreativiti membabitkan
pemikiran, idea dan gagasan baru. Manakala inovasi pula menjurus kepada
penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada sehingga
memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh
dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan.
Amabile (1996), mendifinisikan kreativiti sebagai penjanaan idea-idea yang
bersifat baharu dan relevan bagi setiap ruang kehidupan, manakala inovasi pula ialah
bagaimana organisasi dapat melaksanakan idea-idea tersebut bagi kepentingan samada
organisasi serta umum. Takrifan-takrifan yang dikemukakan ini menunjukkan bahawa
inovasi dan kreativiti merupakan sesuatu yang amat berkaitan dan digerakkan oleh
individu dalam sesebuah organisasi.
Kreativiti berhubungan dengan idea-idea asli dan perkara-perkara baru yang
berguna untuk menyelesaikan masalah. (Runco 1998; Sumarwati dan Jailani 2011). Di
samping itu, kreativiti dapat didefinisikan sebagai suatu proses pemikiran yang
membantu seorang individu dalam menghasilkan idea baru (Green, 2001). Idea
merupakan buah daripada pemikiran kreatif yang memiliki peranan penting kerana
dapat membantu seorang individu dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah
mahupun menjana idea yang abstrak mahupun konkrit (Yee et al 2011). Minda kreatif
sentiasa mengaitkan aktiviti dengan imaginasi , di mana hal tersebut berpotensi untuk
mentafsirkan sesuatu dalam cara yang sangat luar biasa (Idris, 2006).
Kreativiti ialah suatu potensi yang terdapat pada setiap individu (Morris et al
2010). Namun pada hakikatnya, setiap individu memiliki perbezaan dari segi tahap
kreativiti (Muradriani et al 2006). DeGraff dan Lawrence (2002) menjelaskan
Page | 9
kreativiti merupakan kompetensi utama yang dapat membantu seseorang individu
memiliki kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baru, kaedah baru dan idea-
idea yang lebih baik atau baru.
McInery & McInery (1994) berpandangan bahawa terdapat definisi kreativiti
yang menekankan sifat-sifat personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses
pemikiran dan ada juga yang menekankan hasil usaha sebagai kriteria kreativiti. Para
ahli memiliki pemahaman yang berbeza didalam mendefinisikan kreativiti. Menurut
Haefele (1962), kreativiti ialah kemampuan untuk membuat hubungan-hubungan baru
yang memiliki makna sosial atau umum. Disamping itu, kreativiti merujuk kepada
kemampuan untuk menghasilkan idea atau sesuatu yang baru. (Barron 1969). Hal ini
selari dengan Levit (1974) yang mengemukakan bahawa kreativiti merupakan
kemampuan untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru dan berbeza. Kreativiti juga
bermakna sebagai suatu kemampuan untuk memikirkan sesuatu yang baru dan dan
menghasilkan cara yang unik untuk memecahkan masalah (Santrock 1981). Manakala,
Moustakas (1977) mendefinisikan kreativiti sebagai pengalaman dalam
menggambarkan identiti seorang individu dan diri sendiri, orang lain dan alam.
Campbell dan Campbell (1977) berpendapat bahawa kreativiti merangkumi aktiviti
untuk mewujudkan sesuatu yang baru dan berguna. Menurut beliau, baru bermakna
belum ada sebelumnya, segar, inovatif dan menarik, unik dan mengejutkan. Sementara
berguna bermaksud mempermudah, mendorong, mengembang, mendidik,
memecahkan masalah, mengurangi hambatan, mengatasi kesulitan dan mendatangkan
hasil lebih baik dan lebih banyak.
Pendek kata, kreativiti dan kreatif bukanlah sesuatu yang boleh dilihat atau
dinilai, ia juga tidak berlaku berdasarkan kepada faktor ruang, masa dan peluang. Ia
adalah sesuatu yang sukar diperincikan dan mempunyai ruang lingkup yang amat luas.
Kreativiti juga tidak terbatass oleh latar belakang pekerjaan, kewangan, ekonomi
mahupun agama. Ia berlaku mengikut kehendak situasi semasa seseorang individu dan
persekitarannya. Sebagai contoh seorang ahli agama yang menyampaikan ilmunya
secara bahasa mudah dan menyelitkan contoh-contoh yang berlegar dipersekitaran
audiennya, kaedah beliau dilihat mempunyai kreaiviti untuk menyampaikan ilmu
Page | 10
agamanya agar ia mudah difahami dan menarik pengikut dan pendengar untuk lebih
mendalami ilmu agama. Selain itu pemikiran kreatif juga adalah satu proses pemikiran
yang berjaya mewujudkan idea baru berasaskan kepada manipulasi pengalaman dan
pemerhatian, pengalaman dan pemerhatian tersebut dimanfaatkan dalam pelbagai
perspektif seterusnya membentuk hasil yang lebih baik dari idea sebelumnya.
2.2 Konsep Pemikiran Kreatif
2.2.1 Kreativiti Sebagai Gaya Hidup
2.2.2 Kreativiti Sebagai Karya Tertentu
2.2.3 Kreativiti Sebagai Proses Intelektual
2.2.4 Kreatif sebagai Aktiviti Imaginasi
2.3 Ciri-ciri Pemikiran Kreatif
2.3.1 Ciri-ciri Orang Kreatif
2.3.2 Ciri-ciri Orang yang Memiliki Kebolehan Kreatif
2.4 Cara Menerbitkan Idea
2.5 Gaya Pemikiran Kreatif
2.6 Kemahiran Pemikiran Kreatif
2.7 Teknik Pemikiran Kreatif
2.8 Perkembangan Pemikiran Kreatif
2.8.1 Peringkat-peringkat Perkembangan dalam Prasekolah
2.8.2 Peringkat-peringkat perkembangan Sepanjang Sekolah Rendah
2.9 Model-Model Kreativiti
2.9.1 S
2.9.2 S
2.9.3 S
2.9.4 S
2.9.5 S
2.9.6 G
2.9.7 S
2.9.8 S
Page | 11
2.9.9 S
3.

More Related Content

What's hot

Pendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanPendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanUniversitas PGRI
 
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi  vivi f.oTantangan pendidikan revolusi  vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.oViviFransischaotl
 
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuanPentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuanLSP3I
 
Bab 2 modernisasi dan globalisasi
Bab 2 modernisasi dan globalisasiBab 2 modernisasi dan globalisasi
Bab 2 modernisasi dan globalisasiFatwa Rohman
 
Peran mahasisiwa final
Peran mahasisiwa finalPeran mahasisiwa final
Peran mahasisiwa finalHamdan Yuafi
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaLSP3I
 
Resume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan Bersaing
Resume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan BersaingResume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan Bersaing
Resume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan Bersaingindriaminati
 
Peran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 ppt
Peran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 pptPeran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 ppt
Peran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 pptSALISAYUMNA
 
Pendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanPendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanSaujuk Ahsane
 
Modernisasi & globalisasi (saya)
Modernisasi & globalisasi (saya)Modernisasi & globalisasi (saya)
Modernisasi & globalisasi (saya)haekal_askar
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanBayu Anggara
 

What's hot (15)

Pendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa DepanPendidikan Anak Masa Depan
Pendidikan Anak Masa Depan
 
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi  vivi f.oTantangan pendidikan revolusi  vivi f.o
Tantangan pendidikan revolusi vivi f.o
 
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuanPentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
Pentingnya perubahan pendidikan di era pengetahuan
 
Ketika perubahan itu datang bagian 2
Ketika perubahan itu datang  bagian 2Ketika perubahan itu datang  bagian 2
Ketika perubahan itu datang bagian 2
 
Bab 2 modernisasi dan globalisasi
Bab 2 modernisasi dan globalisasiBab 2 modernisasi dan globalisasi
Bab 2 modernisasi dan globalisasi
 
Peran mahasisiwa final
Peran mahasisiwa finalPeran mahasisiwa final
Peran mahasisiwa final
 
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerjaMembangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
Membangun relevansi dunia pendidikan dan dunia kerja
 
Resume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan Bersaing
Resume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan BersaingResume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan Bersaing
Resume Buku Knowledge & Innovation : Platform Kekuatan Bersaing
 
Presentasi
PresentasiPresentasi
Presentasi
 
Peran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 ppt
Peran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 pptPeran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 ppt
Peran mahasiswa dalam menghdapi revolusi industri 4 ppt
 
Pendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depanPendidikan dimasa-depan
Pendidikan dimasa-depan
 
Makalah modernisasi dan globalisasi
Makalah modernisasi dan globalisasiMakalah modernisasi dan globalisasi
Makalah modernisasi dan globalisasi
 
Modernisasi & globalisasi
Modernisasi & globalisasiModernisasi & globalisasi
Modernisasi & globalisasi
 
Modernisasi & globalisasi (saya)
Modernisasi & globalisasi (saya)Modernisasi & globalisasi (saya)
Modernisasi & globalisasi (saya)
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
 

Similar to 13.09.2018 pemikiran

UTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1D
UTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1DUTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1D
UTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1Dssuserfedf831
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanTan Tyng
 
ppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptx
ppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptxppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptx
ppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptxDatriNurmansyah
 
Konsep Dasar Inovasi Pendidikan
Konsep Dasar Inovasi PendidikanKonsep Dasar Inovasi Pendidikan
Konsep Dasar Inovasi Pendidikanzoel elektronik
 
PPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptx
PPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptxPPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptx
PPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptxacertaouch1
 
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranMencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranAzlina Uyub
 
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...guest7db2e8
 
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...herdisaksul
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusufaidil.1976
 
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...RETNOSUSILOWATI
 
Upaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdf
Upaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdfUpaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdf
Upaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdfCrusscitaFuwanmahara
 
PPT Strategi Pembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhh
PPT Strategi PembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhhPPT Strategi Pembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhh
PPT Strategi Pembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhhfirmanapriliyandi24
 
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...Ismail Bisri
 
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018Chon Seong Hoo
 
Makalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUH
Makalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUHMakalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUH
Makalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUHAri Septiawan
 

Similar to 13.09.2018 pemikiran (20)

UTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1D
UTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1DUTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1D
UTS TIK Ni Made Diana M.A.M 1D
 
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikanInovasi dan perubahan dalam pendidikan
Inovasi dan perubahan dalam pendidikan
 
ppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptx
ppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptxppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptx
ppt tantangan kebijakan pendidikan islam di era 5.0.pptx
 
Ppt k el_1_b_19
Ppt k el_1_b_19Ppt k el_1_b_19
Ppt k el_1_b_19
 
Pendidikan di Era Revolusi 4.0
Pendidikan di Era Revolusi 4.0Pendidikan di Era Revolusi 4.0
Pendidikan di Era Revolusi 4.0
 
Konsep Dasar Inovasi Pendidikan
Konsep Dasar Inovasi PendidikanKonsep Dasar Inovasi Pendidikan
Konsep Dasar Inovasi Pendidikan
 
PPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptx
PPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptxPPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptx
PPT-WEBINAR KUALITAS SDM PENDIDIKAN KARAKTER MENKO PMK 27 MEI 2021.pptx
 
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaranMencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Mencerna kreativiti mencetus inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
Kecenderungan Global & Regional dalam Pemanfaatan Teknologi Komunikasi dan In...
 
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
Tugas Prof. Yusuf KECENDERUNGAN GLOBAL DAN REGIONAL DALAM PEMANFAATAN TEKNOLO...
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
Kecenderungan global & regional dalam pemanfaatan teknologi komunikasi dan in...
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Tugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. YusufTugas Prof. Yusuf
Tugas Prof. Yusuf
 
Upaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdf
Upaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdfUpaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdf
Upaya Pengembangan Usaha dengan Kreatifitas dan Inovasi Era Digital saat ini.pdf
 
PPT Strategi Pembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhh
PPT Strategi PembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhhPPT Strategi Pembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhh
PPT Strategi Pembelajghhhgggghuhhhhhhhhhhh
 
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
Peran guru dalam upaya inovasi pendidikan di indonesia...
 
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
Teks Ucapan YBM PIPPK 12 Sept 2018
 
Makalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUH
Makalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUHMakalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUH
Makalah Bahasa Indonesia. Penerapan teknologi pendidikan - MAN IPUH
 

13.09.2018 pemikiran

  • 1. Page | 1 1. PENDAHULUAN Pada abad ke-21 ini, pemikiran yang kreatif dan inovatif sangat diperlukan dan ia memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian khususnya dalam bidang keusahawanan, pemasaran, pendidikan, pembinaan sains, kejuruteraan dan teknologi. Arus pembangunan yang semakin pesat menjadikan kehidupan manusia pada hari ini menjadi lebih kompleks. Dunia hari ini didominasi oleh teknologi dan oleh itu inovasi-inovasi individu dan organisasi kebanyakannya berasaskan kepada kepesatan pembangunan teknologi. Ini menjadikan kreativiti, satu elemen penting bagi membuahkan inovasi, satu komponen kritikal dan merupakan sumber penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan (Robinson, 2000).1 Sebelum zaman kemerdekaan lagi idea-idea atau pemikiran kreatif dan inovatif ini telah lama wujud tetapi pemikiran sedemikian kian pupus disebabkan oleh penglibatan generasi kini kurang aktif untuk berfikir secara kreatif dan inovatif. Generasi kini hanya menggunakan segala teknologi yang ada tetapi tidak pernah untuk berfikir bagaimana proses pembuatan teknologi tersebut. Malahan, mereka juga tidak mengetahui bahawa sesuatu produk boleh diubahsuai kepada sesuatu produk yang baru dan lebih baru. Hal ini demikian kerana mereka kurang memahami istilah kreativiti dan inovatif itu sendiri. Bahkan, generasi kini juga masih tertanya-tanya dan tidak mengetahui teori dan model-model yang sering digunakan untuk mencipta sesuatu produk yang baru, kreatif dan berinovasi. Di samping itu, generasi abad ke- 21 ini juga masih tidak mengetahui teknik-teknik yang boleh digunakan untuk memperkasakan pemikiran yang kreatif dan inovatif ekoran daripada otak mereka tidak cukup untuk berfikir secara kritikal dan kreatif. Jadi, generasi kini sangat memerlukan beberapa contoh teknik- teknik untuk menjana idea-idea dalam memperkasakan pemikiran yang kreatif dan inovatif.2 Kreativiti juga menjadi satu elemen kebergantungan hidup bagi seseorang individu disetiap peringkat masyarakat. Kepentingannya sebagai satu aset di dalam pembangunan modal insan tidak dapat disangkal lagi. Para pemimpin, ahli perniagaan, saintis, ahli sejarah, pendidik dan ahli psikologi menyatakan bahawa kreativiti sangat diperlukan untuk kelangsungan hidup penduduk di dalam sesebuah negara terutamanya dalam era globalisasi di mana perubahan, cabaran, dan persaingan sedang dan akan terus berlaku (Said & Yunos, 1 Robinson 2001_research 2 Siti najihah Jamal.Teori dan Modal Kreativiti Dan Inovasi Serta Teknik Memperkasakan Pemikiran Kreatif dan Inovatif
  • 2. Page | 2 2008).3 Sama ada kita sedar atau tidak kemunculan produk seperti iPhone, Android,Blackberry, Twitter, Facebook dan YouTube serta kebangkitan Google adalah hasil cetusan idea inovatif masyarakat Barat. Ciptaan ini telah menukar cara hidup masyarakat masa kini dan menjadikan kehidupan manusia lebih mencabar, seronok dan berdaya saing. Malah, inovasi dan kreativiti juga telah menjadikan beberapa buah negara semakin menonjol seperti Korea, Finland serta beberapa buah negara maju yang lain.4 Berhadapan dengan situasi tersebut Brunei Darussalam juga perlu memandang kehadapan dan mencuba untuk menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai suatu hala tuju baru terutamanya dalam kalangan generasi baru. 1.1 SOROTAN KAJIAN LEPAS Kreativiti adalah sesuatu yang subjektif, ianya merupakan satu bidang yang agak luas, ini kerana kreativiti itu sendiri terbahagi pula kepada beberapa bahagian. Malah kreativiti merupakan satu bidang yang telah bermula sejak manusia pertama dijadikan Allah s.w.t iaitu Adam a.s. Selepas itu, ia telah bergerak dan menjana pemikiran manusia dalam membentuk rentetan sejarah dan tamadun hidup di barat dan timur dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, dan sosio budaya daripada yang kuo-klasik hinggalah kepada pasca moden (Mohd Azhar, 2001).5 Canby (1980) menyatakan bahawa kegiatan kreativiti sains dan teknologi telah pun bermula sejak 30 000 tahun yang lampau. Manusia menggunakan kemahiran kreatif untuk menjalani kehidupan pada zaman primitif. Kajian menunjukkan manusia zaman prasejarah membuat pelbagai aktiviti seharian dengan kreativiti mereka seperti, bercucuk tanam, memburu, mencipta pelbagai jenis peralatan harian dan berkomunikasi. Dengan kreativiti yang ada manusia mampu membina tamadun yang begitu hebat seperti tamadun Islam, Rom, Yunani, China, Euphrates dan India.6 3 Said,M. M. M., & Yunos, N. (2008). Peranan guru dalammemupuk kreativiti pelajar.Jurnal Pengajian Umum, 9, 57– 72. 4 Razli Ahmad, Hanum Hassan etl. 2016. Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi : Kajian Ke atas Pelajar Universiti Malaysia Perlis 5 Mohd Azhar Abd Hamid (2001).Pengenalan Pemikiran Kritisdan Kreatif. Johor : Universiti Teknol ogi Malaysia. 6 Canby 1980
  • 3. Page | 3 Pemikiran tradisi melihat kreativiti sebagai sesuatu yang kreatif dilakukan oleh seseorang yang kreatif. Namun begitu ianya dilihat berbeza melalui pendekatan semasa yang melihat kreativiti sebenarnya mampu dilakukan oleh seseorang jika ianya berpeluang berada dalam satu situasi dan persekitaran yang menggalakkan budaya kreatif (Amabile, 1996). Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, dalam bukunya ‘Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi,’ menyatakan bahawa kreativiti membabitkan pemikiran, idea dan gagasan baru. Manakala inovasi pula menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan.7 Kajian semasa menunjukkan bahawa kehebatan dan kecemerlangan pelajar- pelajar kejuruteraan tidak sahaja di pamerkan melalui keputusan peperiksaan dan ujian sahaja tetapi perlu lahir bersamanya elemen-elemen amali seperti idea inovasi yang dapat menghasilkan produk baru bagi kegunaan masyarakat (David H. Cropley, 2000)8 Hal ini selaras dengan kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Saeidah dan Nooreen (2013) mendapati terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pencapaian akademik dan penglibatan dalam bidang kreativiti serta inovasi. Kajian menunjukkan bahawa penglibatan aktif pelajar dalam budaya kreativiti dan inovasi akan mendorong pelajar mencapai prestasi baik dalam akademik. Pelajar akan lebih bermotivasi disamping seronok melihat hasil penerokaan mereka dalam idea-idea inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan.9 Manakala Winfred Ebner et al. (2009), membuktikan bahawa bagi menjayakan sesuatu pertandingan rekacipta dan inovasi, kerjasama antara pihak industri dan institusi pengajian tinggi adalah sangat penting. Pertandingan akan menggalakkan penyertaan. Daripada penyertaan tersebut akan menghasilkan idea-idea baru atau produk baru kedalam masyarakat. Paling tidak penyertaan tersebut akan 7 Research pls 8 David H. Cropley. (2000). Fostering Creativity in Engeneering Undergraduates. School of Electrical and Information Engineering. University of South Australia. www.psu.edu/viewdoc 9 Saeidah Bolandifar & Nooreen Noordin. (2013). Investigating the Relationship between Creativity and Academic Achievement of Malaysia Undergraduates. Jurnal Teknologi (Social Sciences). 65 (2): 101–107. www.jurnalteknologi.utm.my.eISSN 2289-5434.
  • 4. Page | 4 membina hubungan sesama pelajar dan membuka ruang antara mereka untuk meneroka idea yang lebih baik dimasa akan datang. Kajian ini juga mendapati bayaran insentif kepada pihak yang menang dalam sesuatu pertandingan merupakan sesuatu yang akan menggalakkan penyertaan dan penglibatan yang berterusan dimasa akan datang. Ini sudah tentu akan mengembangkan lagi budaya inovasi terutamanya dalam kalangan generasi muda. 10 Berbeza dengan kajian yang dilakukan oleh Lale dan Arzu (2009), mendapati transformasi dalam kepimpinan sesebuah organisasi penting dalam menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti. Individu dan organisasi akan lebih teruja untuk membina budaya inovasi jika kepimpinan dilihat memahami dan menghargai apa yang dilakukan oleh ahli organisasi. Kajian ini juga mendapati bahawa individu dalam organisasi akan lebih bermotivasi dalam menggerakkan idea-idea inovasi jika mereka di beri perhatian dan dihargai oleh kepimpinan organisasi. Sikap dan kecenderungan kepimpinan dalam menganjurkan idea idea inovasi akan membantu mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selesa. Hal ini akan membantu mewujudkan tingkahlaku yang berpaksikan kreativiti dan inovasi dalam organisasi.11 Bertitik tolak daripadanya, Pervaiz K.Ahmad (1998), menyatakan bagi menggalakkan budaya inovasi dan kreativiti, kita perlu mengenalpasti mereka yang berkebolehan dalam hal ini melalui perkaderan, pembangunan, latihan serta pelbagai lagi kaedah yang perlu dilaksanakan oleh organisasi. Beliau menyatakan dua perkara penting perlu di beri perhatian oleh kepimpinan dalam mengembangkan budaya inovasi ialah pertama, kepimpinan perlulah jelas mengemukakan hasrat dan halatuju inovasi dalam organisasinya, ini akan membolehkan semua ahli organisasi faham dan jelas hasrat kepimpinan. Kedua ialah kepimpinan mesti dapat menerima idea-idea yang kabur. Idea-idea yang kabur perlu diteliti dan diberi perhatian kerana kemungkinan idea kabur tersebut jika disuntik dengan inovasi berkemungkinan akan menghasilkan dapatan yang baik. Ini bermakna bagi menggalakkan inovasi sesebuah organisasi itu 10 Winfred Ebner, Jan Marco Leimeister & Helmut Krcmar. (2009).Community Engineering for Innovations:The Ideas Competition as a Method to Nurture a Virtual Community for Innovations.R& D Management, 39 (4). researchgate.net 11 Lale Gumusluoglu & Arzu Ilsev.(2009).Transformational Leadership, Creativity and Organizational Innovation.Journal of Business Research,62 (2009) 461-473.http:// www.emerald insight.com
  • 5. Page | 5 perlu mencipta budaya inovasi dan dalam masa yang sama perlu mewujudkan iklim dalam organisasi supaya inovasi dapat dicernakan.12 Hal ini diperincikan oleh Teresa M. Amabile di dalam kajiannya (1996) mendapati bahawa terdapat tiga faktor utama yang mendorong inovasi dan kreativiti iaitu kepakaran, pemikiran kreatif dan motivasi dalaman seseorang. Kepakaran merujuk kepada kecekapan, keupayaan, pengetahuan serta bakat istimewa yang dimiliki oleh seseorang. Memiliki perkara seperti yang disebutkan di atas akan menjadikan individu tersebut dilihat berupaya untuk melahirkan idea-idea kreatif dan inovatif. Pemikiran kreatif pula merujuk kepada individu yang mempunyai idea inovasi. Ianya berkait rapat dengan keupayaan kognitif yang dimiliki. Individu yang berdisiplin, tidak bergantung kepada orang lain, bersedia menanggung risiko, bersikap toleransi dikatakan mereka yang mampu untuk berfikir secara kreatif. Manakala faktor ketiga ialah motivasi dalaman individu. Hal ini merujuk kepada seseorang merasakan seronok untuk terlibat,perasaan ingin tahu yang tinggi serta suka kepada cabaran. Amabile menambah, motivasi luaran pula merujuk kepada keinginan dan suka kepada ganjaran jika idea atau hasil inovasi dan kreativitinya memenangi pertandingan yang disertai. Namun beliau menyatakan motivasi dalaman seseorang lebih tinggi mempengaruhi seseorang untuk terlibat dalam inovasi dan kreativiti berbanding dengan motivasi luaran. Pandangan yang sama dijelaskan oleh Baron dan Harrington (1981).13 Bersingkapan daripadanya, Martins dan Terblanche (2003) menyatakan, strategi, struktur, mekanisma sokongan, budaya turut menggalakkan inovasi serta keterbukaan dalam komunikasi yang terdapat dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai beberapa factor utama dalam membangunkan budaya inovasi dan kreativiti. Hal ini menunjukkan bahawa persekitaran selesa yang wujud selari dengan keperluan untuk menghasilkan budaya inovasi dan kreativiti sangat penting kepada sesebuah organisasi.14 12 PervaizK. Ahmad. (1998). Culture and Climate for Innovation.European Journal of Innovation Management. 1 (1). 1998.http:// www.emerald insight.com 13 Teresa M. Amabile. (1996).Creativity and Innovation in Organization.Harvard Business School.www.postech.ac.kr/class 14 E. C. Martins & F. Terblanche. (2003). BuildingOrganisational Culturethat Stimulates Creativity and Innovation.European Journal of Innovation Management, Vol. 6, Number 1, 2003. http:// www.emerald insight.com
  • 6. Page | 6 Kajian-kajian yang diteliti banyak menunjukkan atau terarah kepada hubungan yang kuat antara budaya inovasi dan kreativiti dengan persekitaran yang wujud dalam sesebuah organisasi berkenaan seperti yang dijelaskan dalam Teresa M Amabile (1996) berkenaan dengan tiga faktor utama yang mendorong inovasi dan kreativiti 2. PERBAHASAN 2.1 Definisi Kreatif Kreativiti berasal daripada perkataan Latin purba iaitu “creare” yang bermaksud membuat ataupun membina sesuatu yang belum pernah dibuat sebelum ini. (Barnhat & Barnhat dalam Joan Parker Isenberg & Mary Renck Jalongo, 2010). Berdasarkan kenyataan tersebut, kreativiti boleh ditakrif sebagai satu usaha mereka cipta dan menghasilkan sesuatu yang berguna serta bersesuaian dengan keperluan masyarakat sekeliling pada satu-satu masa. Mengikut kamus Webster (1976 ), kreatif ditakrifkan sebagai kemampuan manusia dengan segala kelemahan mampu melakukan perubahan dengan mewujudkan sesuatu yang baru. Takrifan ini jelas menerangkan tentang kehebatan pemikiran manusia untuk merancang kaedah penyelesaian berdasarkan kepada keperluan dan kehendak semasa. Walau bagaimanapun takrif ini berlainan dengan pendapat yang diberikan oleh John (2002). Menurut John (2002); “Only God could create, and whatever he created was original. Man could only rearrange what God had created.” Merujuk kepada kenyataan John, beliau menyifatkan kreatif sebagai satu pengubahsuaian ciptaan asal dari Tuhan semata-mata. Manusia hanya berkeupayaan untuk mengatur dan menyusun segala yang telah diciptakan oleh Tuhan tanpa mengubah dan mengganggu ciptaan itu sendiri. Kenyataan ini pula mempunyai sedikit
  • 7. Page | 7 persamaan dengan pendapat yang dikeluarkan ole De Bono (1970) yang mengatakan bahawa sesuatu kreativiti itu berlaku tanpa disedari oleh manusia atau individu itu sendiri. Pemikiran kreatif yang dimiliki hanya disedari oleh orang lain dan pengiktirafannya juga diberikan oleh individu yang membuat pemerhatian terhadap idea tersebut. Menurut seorang pemikir dan penyelidik akademik yang terkenal iaitu Ellis Paul Torrance, yang banyak menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan penulisan didalam bidang yang berkaitan dengan kreativiti, beliau mentafsirkan kreativiti sebagai ; “To cause to exist, bring into being, originate, to give rise, bring about, produce, to be first to portray and give character to a role or part creation: An original product of human invention or imagination.” “A process of becoming sensitive to problems, deficiencies, gaps in knowledge, missing elements, disharmonies and so on; identifying the difficult; searching for solutions, making guesses or formulating hypotheses about the deficiencies; testing and retesting these hypotheses and possibly modifying and retesting them and finally communicating the results.” (Torrance, 1974) Berdasarkan kenyataan Torancce diatas, kreativiti adalah satu proses yang berlaku disebabkan oleh satu rangsangan yang sensitif terhadap sesuatu kekurangan, kelemahan, kehendak dan keperluan yang mendorong manusia untuk mencari penyelesaian melalui percubaan dan pengubahsuaian terhadap sesuatu perkara. Hasilnya akan dinilai semula dijadikan sebagai satu keputusan. Kreativiti secara amnya merujuk kepada satu bentuk pemikiran, penghasilan ataupun daya cipta yang wujud hasil daripada sesuatu yang telah ada ataupun yang baru dicipta. Seseorang manusia dianggap kreatif apabila sesuatu yang dihasilkan mampu membawa kelainan pada sudut citarasa, kehendak serta memenuhi keperluan dan kehendak semasa. Di sekeliling kehidupan manusia hari ini berbagai-bagai keperluan hidup manusia berjaya di mudahkan dan dipenuhi hasil daripada pemikiran dan pandangan yang kreatif. Kebanyakkan tokoh-tokoh berpendapat bahawa tidak
  • 8. Page | 8 mungkin manusia berjaya menghasilkan sesuatu yang tiada menjadi ada sekiranya tidak mempunyai pandangan serta pemikiran kreatif didalam diri mereka. Berbeza dengan pemikiran tradisi yang melihat kreativiti sebagai sesuatu yang kreatif dilakukan oleh seseorang yang kreatif. Pendekatana semasa melihat kreativiti sebenarnya mampu dilakukan oleh seseorang jika ianya berpeluang berada dalam satu situasi dan persekitaran yang menggalakkan budaya kreatif (Amabile, 1996). Menurut Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang, dalam bukunya ‘Budaya Inovasi: Prasyarat Model Baru Ekonomi,’ menyatakan bahawa kreativiti membabitkan pemikiran, idea dan gagasan baru. Manakala inovasi pula menjurus kepada penambahbaikan dan penyesuaian kepada pemikiran, idea yang sedia ada sehingga memberi nilai tambah baru yang boleh diguna pakai dan dimanfaatkan serta boleh dijadikan sebagai produk atau perkhidmatan yang boleh dikomersialkan. Amabile (1996), mendifinisikan kreativiti sebagai penjanaan idea-idea yang bersifat baharu dan relevan bagi setiap ruang kehidupan, manakala inovasi pula ialah bagaimana organisasi dapat melaksanakan idea-idea tersebut bagi kepentingan samada organisasi serta umum. Takrifan-takrifan yang dikemukakan ini menunjukkan bahawa inovasi dan kreativiti merupakan sesuatu yang amat berkaitan dan digerakkan oleh individu dalam sesebuah organisasi. Kreativiti berhubungan dengan idea-idea asli dan perkara-perkara baru yang berguna untuk menyelesaikan masalah. (Runco 1998; Sumarwati dan Jailani 2011). Di samping itu, kreativiti dapat didefinisikan sebagai suatu proses pemikiran yang membantu seorang individu dalam menghasilkan idea baru (Green, 2001). Idea merupakan buah daripada pemikiran kreatif yang memiliki peranan penting kerana dapat membantu seorang individu dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah mahupun menjana idea yang abstrak mahupun konkrit (Yee et al 2011). Minda kreatif sentiasa mengaitkan aktiviti dengan imaginasi , di mana hal tersebut berpotensi untuk mentafsirkan sesuatu dalam cara yang sangat luar biasa (Idris, 2006). Kreativiti ialah suatu potensi yang terdapat pada setiap individu (Morris et al 2010). Namun pada hakikatnya, setiap individu memiliki perbezaan dari segi tahap kreativiti (Muradriani et al 2006). DeGraff dan Lawrence (2002) menjelaskan
  • 9. Page | 9 kreativiti merupakan kompetensi utama yang dapat membantu seseorang individu memiliki kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang baru, kaedah baru dan idea- idea yang lebih baik atau baru. McInery & McInery (1994) berpandangan bahawa terdapat definisi kreativiti yang menekankan sifat-sifat personaliti, ada yang memberi tumpuan kepada proses pemikiran dan ada juga yang menekankan hasil usaha sebagai kriteria kreativiti. Para ahli memiliki pemahaman yang berbeza didalam mendefinisikan kreativiti. Menurut Haefele (1962), kreativiti ialah kemampuan untuk membuat hubungan-hubungan baru yang memiliki makna sosial atau umum. Disamping itu, kreativiti merujuk kepada kemampuan untuk menghasilkan idea atau sesuatu yang baru. (Barron 1969). Hal ini selari dengan Levit (1974) yang mengemukakan bahawa kreativiti merupakan kemampuan untuk berfikir mengenai sesuatu yang baru dan berbeza. Kreativiti juga bermakna sebagai suatu kemampuan untuk memikirkan sesuatu yang baru dan dan menghasilkan cara yang unik untuk memecahkan masalah (Santrock 1981). Manakala, Moustakas (1977) mendefinisikan kreativiti sebagai pengalaman dalam menggambarkan identiti seorang individu dan diri sendiri, orang lain dan alam. Campbell dan Campbell (1977) berpendapat bahawa kreativiti merangkumi aktiviti untuk mewujudkan sesuatu yang baru dan berguna. Menurut beliau, baru bermakna belum ada sebelumnya, segar, inovatif dan menarik, unik dan mengejutkan. Sementara berguna bermaksud mempermudah, mendorong, mengembang, mendidik, memecahkan masalah, mengurangi hambatan, mengatasi kesulitan dan mendatangkan hasil lebih baik dan lebih banyak. Pendek kata, kreativiti dan kreatif bukanlah sesuatu yang boleh dilihat atau dinilai, ia juga tidak berlaku berdasarkan kepada faktor ruang, masa dan peluang. Ia adalah sesuatu yang sukar diperincikan dan mempunyai ruang lingkup yang amat luas. Kreativiti juga tidak terbatass oleh latar belakang pekerjaan, kewangan, ekonomi mahupun agama. Ia berlaku mengikut kehendak situasi semasa seseorang individu dan persekitarannya. Sebagai contoh seorang ahli agama yang menyampaikan ilmunya secara bahasa mudah dan menyelitkan contoh-contoh yang berlegar dipersekitaran audiennya, kaedah beliau dilihat mempunyai kreaiviti untuk menyampaikan ilmu
  • 10. Page | 10 agamanya agar ia mudah difahami dan menarik pengikut dan pendengar untuk lebih mendalami ilmu agama. Selain itu pemikiran kreatif juga adalah satu proses pemikiran yang berjaya mewujudkan idea baru berasaskan kepada manipulasi pengalaman dan pemerhatian, pengalaman dan pemerhatian tersebut dimanfaatkan dalam pelbagai perspektif seterusnya membentuk hasil yang lebih baik dari idea sebelumnya. 2.2 Konsep Pemikiran Kreatif 2.2.1 Kreativiti Sebagai Gaya Hidup 2.2.2 Kreativiti Sebagai Karya Tertentu 2.2.3 Kreativiti Sebagai Proses Intelektual 2.2.4 Kreatif sebagai Aktiviti Imaginasi 2.3 Ciri-ciri Pemikiran Kreatif 2.3.1 Ciri-ciri Orang Kreatif 2.3.2 Ciri-ciri Orang yang Memiliki Kebolehan Kreatif 2.4 Cara Menerbitkan Idea 2.5 Gaya Pemikiran Kreatif 2.6 Kemahiran Pemikiran Kreatif 2.7 Teknik Pemikiran Kreatif 2.8 Perkembangan Pemikiran Kreatif 2.8.1 Peringkat-peringkat Perkembangan dalam Prasekolah 2.8.2 Peringkat-peringkat perkembangan Sepanjang Sekolah Rendah 2.9 Model-Model Kreativiti 2.9.1 S 2.9.2 S 2.9.3 S 2.9.4 S 2.9.5 S 2.9.6 G 2.9.7 S 2.9.8 S