Sajak ini menyeru generasi muda agar bangkit daripada sikap malas dan memanfaatkan sumber daya alam negara sebelum kekayaan itu direbut oleh bangsa lain. Penyair mengingatkan bahawa kegagalan untuk berusaha akan menyebabkan masa depan yang suram bagi generasi muda. Mereka perlu memanfaatkan masa dan peluang sekarang untuk mencapai kejayaan.
2. Anak-anak yang sedang lena
bangkitlah
matahari sudah tinggi
di puncak gunung.
Lihat jernihnya pagi ini
burung-burung berterbangan di udara
dan pepohon hijau merendang daunnya
apa kau masih belum bangkit?
Bangkitlah
jangan sesal nanti
madu bumi yang kekeringan
isi laut kekosongan
dan perut belantara menjadi ladang.
3. Anak-anak
esok apa yang akan kaumakan?
tanah atau batu atau debu?
kau terus nangis
tanpa air mata?
Kalau tidak
bangkitlah
matahari belum lagi rembang
dan burung-burung belum lagi menjamah awan!
4. MAKSUD RANGKAP
Rangkap 1
Penyajak menyeru anak bangsanya agar sedar
daripada terlena dibuai kelalaian. Negara sudah lama
merdeka dan semakin maju.
Rangkap 2
Negara kita semakin makmur dan bangsa-bangsa
asing sibuk merebut kekayaan tanah air. Penyajak
tertanya-tanya mengapa anak bangsanya masih leka.
5. Rangkap 3
Penyajak menyeru anak bangsanya supaya bangkit dari
lena agar mereka tidak menyesal. Kekayaan hasil bumi
negara semakin berkurangan dek pembangunan.
Rangkap 4
Penyajak berasa risau akan masa depan bangsanya
yang mungkis terus ketinggalan dan hidup dalam
kesusahan. Beliau tidak mahu bangsanya berputih
mata.
Rangkap 5
Jikalau bangsanya tidak mahu perkara itu berlaku,
mereka perlu bangkit dan berusaha. Masih ada waktu
dan kesempatan mereka untuk maju dan mengejar
arus pembangunan.
6. TEMA
Kesedaran anak bangsa perlu untuk bangkit
daripada leka dalam mengejar arus
pembangunan selepas kemerdekaan.
Mereka harus merebut kemakmuran negara
agar tidak menyesal.
7. PERSOALAN
1. Persoalan kepentingan mengejar arus
pembangunan.Arus pembangunan perlu
disedari dan diikuti oleh anak-anak.
2. Persoalan kemajuan dan pembangunan
negara tidak akan menunggu sesiapa yang
leka.Kemajuan dan pembangunan negara
tidak akan menunggu sesiapapun.
8. 3. Persoalan sumber bumi dan khazanah negara
semakin berkurangan.Hal ini perlu disedari
oleh semua orang.
4. Persoalan masa depan anak bangsa yang
masih leka. Kelekaan anak bangsa
merunsingkan penyajak tentang masa depan
mereka.
9. BENTUK SAJAK
1. Bebas
2. Terdapat 5 rangkap
3. Rima akhir baris-baris ayat
Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rimanya abbbc
Rangkap 3 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abccd
Rangkap 4 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcde
Rangkap 5 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya abcd
10. UNSUR BAHASA
1. Ayatnya pendek-pendek
Contohnya : bangkitlah
2. Diksi – mudah difahami dan puitis
Contohnya : Anak-anak yang sedang lena
3. Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : burung-burung berterbangan di udara
11. 4. Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya: : Anak-anak yang sedang lena
5. Sinkope
Contohnya; kau
6. Perlambangan
Contohnya ; anak-anak, matahari, puncak gunung,
madu bumi, perut belantara
7. Personifikasi
Contohnya : burung-burung belum menjamah awan.
13. NILAI
1. Nilai kegigihan. Kegigihan diperlukan untuk mengejar
kekayaan.
2. Nilai kerjasama. Semangat ini diperlukan untuk merebut
peluang yang ada.
3. Nilai kerajinan. Kerajinan diperlukan untuk memajukan
diri.
4. Nilai cinta akan negara. Generasi muda patut
membangunkan negara agar hasil bumi negara ini tidak
terlepas ke tangan orang lain.
14. PENGAJARAN
1. Jangan kita leka walaupun negara telah merdeka.
2. Kita perlulah merebut peluang yang ada.
3. Kita perlulah bersaing dengan bangsa lain untuk
maju.
4. Kita janganlah leka kerana kelekaan
menyebabkan kita menderita dan terus dihimpit
kemiskinan
15. SOALAN PEMAHAMAN
1. Apakah maksud rangkap ketiga ? [2 markah]
2. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri remaja yang
berjaya dalam kehidupan mereka?
[3 markah]
3. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam
sajak tersebut. [3 markah]
16. JAWAPAN
1) Maksud baris sajak tersebut ialah
- Penyajak meminta anak-anak muda segera bangun mengusahakan hasil
bumi yang sangat banyak yang sedia ada sebelum segalanya habis direbut
dan diambil oleh orang lain yang lebih awal berusaha mencari kejayaan
2) Pada pendapat saya, ciri-ciri remaja yang berjaya dalam kehidupan mereka
ialah
- Tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah
seperti melepak, merempit
- belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
- Rajin berusaha untuk mengejar cita-cita
- Mendengar nasihat ibu bapa
3) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut
- Kita mestilah menghargai kekayaan negara agar dapat dimanfaatkan dengan
sebaik-baiknya.
- Kita mestilah berusaha dari usia muda dengan bersungguh-sungguh agar
mencapai kejayaan dalam hidup.
- Kita mestilah sedar bahawa kegagalan akan menimpa sekiranya malas
berusaha agar tidak menyesal pada kemudian hari.