1. Kegiatan menggambar diaggap sangat penting dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual
bermula dari tahun satu hingga ke tahun enam.Menurut Gaitskell dan Huewitz,(1970),terdapat
empat cara bagaimana guru dan murid-muridnya berbincang mengenai hasil kerja seni:
1. Apa yang kamu lihat? (Penerangan)
2. Bagaimanakah objek/imej itu disatukan? (Analisis)
3. Apakah yang ingin disampaikan oleh seseorang artis itu? (Interpritasi)
4. Bagaimanakah kamu fikir tentang perkara itu? ( Penilaian)
Proses penerangan,analisis,interpretasi dan penilaian yang dilakukan sewaktu pengajaran dan
pembelajaran diterangkan secara terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran Seni Visual dari
tahun satu hingga ke tahun enam.
Semasa di tahun satu murid-murid didedahkan dengan asas menggambar iaitu dengan cara
memerhatikan kesan-kesan garisan yang terdapat di persekitaran mereka.Pemerhatian tertumpu
dari segi sifat dan jenis garisan seperti tebal, nipis, panjang, pendek,bengkok,lurus,cetek,putusputus.Dengan itu, murid dapat melakar secara spontan untuk menghasilkan imej melalui garisan
dan rupa secara tidak terancang.Seterusnya murid menggunakan bahan kutipan untuyk
menggambar secara mudah dan diaplikasikan dalam kegiatan menggambar seprti mengenal
garisan, lukisan, gosokan dan kolaj.Teknik-teknik yang dipelajari dalam proses menggambas di
tahun satu ialah seperti menekap, mencantum, menyusun gambar dan gosokan.Pada akhir
pengajaran dan pembelajaran murid dapat menyatakan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan
hasil kerja rakan.
BElum siap lagi
Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan
PergerakanDalam konteks Seni Dalam Pendidikan
(SDP), ketiga-tiga bidang ini mempunyai kelebihan
dan unsur yang positif dalam proses pengajaran dan
2. pembelajaran di sekolah. Pada masa kini, ketiga-tiga
matapelajaran ini merupakan subjek yang diajar
di sekolah dan merentasi kurikulum dalam
mata pelajaranlain. Pada pandangan saya, mata
pelajaran ini lebih menjurus kepada rasional
untuk melahirkanpelajar yang serba boleh
dalam pembelajaran mereka serta kegiatan
harian yang berkaitan.Tambahan pula, ketiga-tiga
bidang utama mata pelajaran ini sangat baik dan
wajar dipelajari semuagolongan tidak mengira
usia dan latar belakang. Bagi Seni Visual,
ianya bukan sahaja dimartabatkansebagai
subjek yang wajar dipelajari di sekolah tetapi
memberi kefahaman daripada perspektif
yanglebih luas mengenai pelbagai khazanah
dalam konteks seni warisan bangsa. Sebagai
seorang guruseni, saya akan dapat mengetahui makna
Pendidikan Seni Visual dalam konteks Kurikulum
BaruSekolah Rendah (KBSR) dan menjelaskan bidangbidang yang terkandung di dalamnya.Fokus untuk
menjadikan Pendidikan Seni Visual sebagai mata
pelajaran dapat memupuk bakat danminat dalam
jangka masa panjang supaya memiliki ciri insan yang
berbudaya, mempunyai citarasaseni yang tinggi dan
kreatif. Dalam konteks sebagai guru yang mengajar
di sekolah, pengajaran danpembelajaran yang
3. melibatkan kemahiran yang pelbagai serta
mengintegrasikan unsur-unsur lainsupaya menjadi
lebih berkesan dan kreatif. Peranan sebagai seorang
guru seni yang kreatif daninovatif amat penting
dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran terus berkesan danrelevan. Setelah
mengikut kursus ini kelak, diharap saya akan menjadi
lebih berkreativiti bagimelahirkan insan pelajar yang celik
seni dan berbudaya.