Ds dunia seni visual thn 2

210,318 views

Published on

Published in: Education
1 Comment
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
210,318
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
198,090
Actions
Shares
0
Downloads
280
Comments
1
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ds dunia seni visual thn 2

  1. 1. DRAF KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN DUA 2011
  2. 2. DOKUMEN STANDARDKURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MODUL TERAS TEMA DUNIA SENI VISUAL TAHUN 2 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  3. 3. Cetakan Pertama 2011© Kementerian Pelajaran MalaysiaHak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalamapa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelummendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  4. 4. KANDUNGAN MUKA SURATRukun Negara vFalsafah Pendidikan Kebangsaan viPendahuluan 1Matlamat 1Objektif 3Fokus mata pelajaran 5Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual 7Organisasi Kandungan 9Standard Kandungan 9Pemetaan Bidang Kegiatan Tahun 2 11Bidang 1 - Menggambar 13Bidang 2 - Membuat Corak dan Rekaan 21Bidang 3 - Membentuk dan Membuat Binaan 27Bidang 4 - Mengenal Kraf Tradisional 31 iii
  5. 5. RUKUN NEGARABAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi- berterusan ke arah lebih memperkembangkan tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai- potensi individu secara menyeluruh dan bagai corak; membina satu masyarakat progresif bersepadu untuk melahirkan insan yang yang akan menggunakan sains dan teknologi seimbang dan harmonis dari segi intelek, moden; rohani, emosi dan jasmani berdasarkanMAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanmencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip- warganegara Malaysia yang berilmuprinsip yang berikut: pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN mencapai kesejahteraan diri serta KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA memberikan sumbangan terhadap KELUHURAN PERLEMBAGAAN keharmonian dan kemakmuran keluarga, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG masyarakat dan negara. v
  6. 6. PENDAHULUAN MATLAMATDokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2 bertujuan Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis,memberi peluang kepada murid memupuk minat, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.memperkembangkan keperibadian, memberikan kesedaran dan Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasakepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,kaitannya dengan mata pelajaran lain. keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras denganUmumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan adalah hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.kreatif, ekspresif, dan aktif. Seni Visual memainkan perananmemperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi, dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan,dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akanmembolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.Pengalaman ini penting kerana dapat membantu murid membinakeyakinan diri, membuat penilaian, dan mengenali cita rasanyatersendiri.Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahun 2 merangkumitajuk-tajuk yang menegaskan aspek penerokaan, prosespenghasilan, pengertian seni secara menyeluruh, dan aspekkritikan. Diharapkan dengan adanya kurikulum ini dapatmembentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya,dan kesenian. 1
  7. 7. OBJEKTIFSetelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual Tahap I murid dapat:1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah 3
  8. 8. FOKUS MATA PELAJARANTumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu:a. pemerhatian secara aktifb. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanc. apresiasi seni visual secara mudahd. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupana. Pemerhatian secara aktifPemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinciuntuk menajamkan persepsi murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi dan imaginasimelalui kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadapalam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapatmembantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahanPeringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat danbahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahanserta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya denganobjek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapatmengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. 5
  9. 9. c. Apresiasi seni visual secara mudahApresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagaikegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari aspekseni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan,dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupanSelain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspekyang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilaikebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. 6
  10. 10. PENI LAIAN DALAM SENI VISUALPenilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secarakeseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung,penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuatkeputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan diperingkat sekolah.Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yangmempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajarandan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakanpenilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen, serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekodpencapaian murid, menganalisis markah tersebut, serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam SeniVisual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka,cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah pemerhatianmelibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja dikenalisebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain itu, gurujuga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid, serta memerhati pelahiran emosi dan perasaan. 7
  11. 11. Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerjadilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan,interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan interaksi dapatmenolong guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya soal jawab, kuiz, perbincangan,sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal denganinstrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau temaSeni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan. 8
  12. 12. ORGANISASI KANDUNGANKurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk danmembuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empatstandard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaeran digubal dan diperincikanbagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIKStandard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapatpada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENIStandard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media danteknik dalam aktiviti seni.STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIFStandard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber,kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUALStandard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni,dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain,kehidupan, dan kerjaya. 9
  13. 13. P E M E T AAN B I D AN G K E G IAT AN T AH U N 2Aktiviti di Tahun 2 bagi kurikulum Dunia Seni Seni Visual meliputi : BIDANG KEGIATAN AKTIVITI 1. Lukisan 2. CatanMENGGAMBAR 3. Gosokan 4. Resis Terancang 1. Lipatan dan guntingan 2. CetakanMEMBUAT CORAK DAN REKAAN Tidak Terancang 1. Tiupan 1. StabailMEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 2. Topeng 1. Alat PermainanMENGENAL KRAF TRADISIONAL 2. Tembikar 11
  14. 14. BIDANG 1 : MENGGAMBAR: LUKISAN Tema : Alam Semula Jadi/Objek Buatan Manusia Menghasilkan gambar menggunakan media kering yang menekankan unsur garisan, bentuk, rupa, dan warna. Menghasilkan lukisan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Garisan selari dan bersilang 1.1.1.2 Rupa organik dan geometri 1.1.1.3 Bentuk ilusi 1.1.1.4 Warna primer dan sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan simetri / tidak simetri 1.1.2.2 Kepelbagaian rupa dan garisan1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam membuat lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat tiada 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, pensel dan pensel warna atau pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik garisan selari atau garisan bersilang 13
  15. 15. 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan resis. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan dan media secara kreatif 1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik dalam penghasilan lukisan 1.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 14
  16. 16. BIDANG 1 : MENGGAMBAR CATAN Tema : Alam Semula Jadi /Objek Buatan Manusia Menghasilkan catan yang menekankan unsur bentuk, jalinan dan warna. Menghasilkan catan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Bentuk ilusi 1.1.1.2 Jalinan tampak 1.1.1.3 Warna sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan simetri1.2 Aplikasi Seni Murid dapat dapat memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam membuat catan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat berus lukisan dan palet 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan dan cat air/ tempera / cat poster 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.2.2.1 Teknik basah atas kering 15
  17. 17. 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni visual dalam penghasilan karya seni. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik dalam penghasilan catan 1.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 16
  18. 18. BIDANG 1 : MENGGAMBAR: GOSOKAN Tema : Objek Buatan Manusia Menghasilkan gambar menggunakan media kering dengan teknik gosokan yang menekankan unsur jalinan. Menghasilkan gambar teknik gosokan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar teknik gosokan. 1.1.1 Unsur Seni 1.1.1.1 Rupa organik dan geometri 1.1.1.2 Bentuk ilusi 1.1.1.3 Jalinan jalinan tampak 1.1.1.4 Warna primer dan sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kontra jalinan 1.1.2.2 Kepelbagaian jalinan dan ton warna1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gambar dengan teknik gosokan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat pelbagai jenis permukaan berjalinan 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, pensel dan pensel warna 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik gosokan 17
  19. 19. 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan resis. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi permukaan berjalinan secara kreatif 1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik gosokan dalam penghasilan lukisan 1.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 18
  20. 20. BIDANG 1: MENGGAMBAR RESIS Tema : Alam Semula Jadi Menghasilkan gambar menggunakan teknik resis dengan menekankan unsur garisan, rupa, bentuk, dan warna serta prinsip kontra dan harmoni. Menghasilkan gambar teknik resis dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.1.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gambar resis. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Garisan - kesan lilin/ oil pastel 1.1.1.2 Rupa - organik 1.1.1.3 Warna - sekunder 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kontra - garisan dan warna1.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilkan gambar dengan teknik resis. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 1.2.1.1 Alat berus lukisan dan palet 1.2.1.2 Bahan kertas lukisan, lilin atau oil pastel dan warna berasaskan air 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.2.2.1 Teknik resis 19
  21. 21. 1.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran media, proses dan teknik serta bahasa seni visual dalam penghasilan lukisan. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik resis dalam penghasilan resis 1.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya1.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 20
  22. 22. BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN LIPATAN & GUNTINGAN Tema : Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak terancang dengan teknik lipatan dan guntingan dengan menekankan unsur rupa dan warna serta prinsip imbangan, kontra, dan harmoni. Menghasilkan corak teknik lipatan dan guntingan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lipatan dan guntingan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa - organik / geometri 2.1.1.2 Warna - primer 2.1.2 Prinsip rekaan : 2.1.2.1 Imbangan simetri 2.1.2.2 Kontra warna 2.1.2.3 Harmoni perulangan motif2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam membuat corak teknik lipatan dan guntingan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat gunting dan pensel 2.2.1.2 Bahan kertas lukisan, kertas warna dan gam 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik lipatan dan guntingan 21
  23. 23. 2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilkan corak lipatan dan guntingan. 2.3.1 Memilih dan mempelbagaian bahan secara kreatif 2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan guntingan dalam penghasilan corak terancang 2.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 22
  24. 24. BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN CETAKAN Tema : Objek Alam Semula Jadi/ Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan menekankan unsur rupa dan warna serta prinsip harmoni. Menghasilkan corak teknik cetakan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik cetakan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa organik atau geometri 2.1.1.2 Warna primer 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni pengulangan motif2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.2.1.1 Alat bongkah kayu, tali parcel, berus lukisan, palet, surat khabar 2.2.1.2 Bahan gam UHU, kertas lukisan, dan warna poster atau tempera 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik cetakan 23
  25. 25. 2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak cetakan. 2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif 2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik cetakan dalam penghasilan corak teknik cetakan 2.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 24
  26. 26. BIDANG 2 : MEMBUAT CORAK DAN REKAAN TIUPAN Tema : Alam Semula Jadi Menghasilkan corak tidak terancang menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna, dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. Menghasilkan corak teknik tiupan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik tiupan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Garisan - pelbagai jenis garisan 2.1.1.2 Warna - sekunder 2.1.1.3 Jalinan - tampak 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Ritma dan Pergerakan - garisan pelbagai arah 2.1.2.2 Kepelbagaian warna, garisan, dan jalinan2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik tiupan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.2.1.1 Alat surat khabar, berus lukisan, palet, dan straw 2.2.1.2 Bahan kertas lukisan, gam, warna poster atau cat air 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 Teknik tiupan 25
  27. 27. 2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak tiupan. 2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif 2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik tiupan dalam penghasilan corak teknik tiupan 2.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya2.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 26
  28. 28. BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN STABAIL Tema : Alam Semula Jadi/ Objek Buatan Manusia Menghasilkan stabail menggunakan keratan gambar dan bahan kutipan dalam penghasilan karya 3D dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk dan ruang serta prinsip imbangan dan harmoni. Menghasilkan stabail dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada stabail. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan simetri 3.1.2.1 Harmoni3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan stabail. . 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya. 3.2.1.1 Alat gunting 3.2.1.2 Bahan pensel warna, kad manila, gam, straw atau ranting kayu, plastisin, botol plastik, dan gambar daripada majalah/akhbar/ salinan fotostat. 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 27
  29. 29. 3.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan stabail dalam bentuk 3D. 3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif 3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan stabail 3.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya3.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 28
  30. 30. BIDANG 3 : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN TOPENG Tema : Alam Semula Jadi Menghasilkan topeng muka menggunakan kad manila dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk, warna, jalinan serta prinsip imbangan dan penegasan. Menghasilkan topeng muka dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng muka. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Warna - sekunder 3.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan simetri 3.1.2. 2 Penegasan - bentuk muka3.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng muka. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media dalam penghasilan karya. 3.2.1.1 Alat gunting 3.2.1.2 Bahan pensel warna atau oil pastel, kad manila, gam, benang, gelang getah atau tali 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 29
  31. 31. 3.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan topeng muka dalam bentuk 3D. 3.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif 3.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan topeng muka 3.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya3.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 3.4.1 Menggayakan topeng muka yang dihasilkan sendiri 3.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 30
  32. 32. BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL GASING Tema : Objek Buatan Manusia Menghasilkan gasing menggunakan bahan gantian dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk, warna, serta prinsip imbangan. Menghasilkan gasing dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada gasing. 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Bentuk - konkrit 4.1.1.2 Warna - sekunder / tertier 4.1.2 Mengenal prinsip rekaan 4.1.2.1 Imbangan simetri4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan gasing. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 4.2.1.1 Alat gunting 4.2.1.2 Bahan gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, box board, gam, lidi sate, dan krayon. 4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 31
  33. 33. 4.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan gasing dalam bentuk 3D. 4.3.1 Memilih dan memanipulasikan bahan secara kreatif 4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan gasing 4.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya4.4 Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 4.4.1 Memutarkan gasing yang dihasilkan sendiri 4.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 32
  34. 34. BIDANG 4 : MENGENAL KRAF TRADISIONAL TEMBIKAR Tema : Objek Buatan Manusia Menghasilkan kraf tembikar menggunakan bahan sebenar (tanah liat) dengan memberikan penekanan pada unsur bentuk dan jalinan, serta prinsip imbangan. Menghasilkan tembikar dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya.4.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kraf tembikar. 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Bentuk - konkrit 4.1.1.2 Jalinan - sentuh 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Imbangan4.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan kraf tembikar menggunakan teknik lingkaran. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 4.2.1.1 Alatan peralatan penghasilan tembikar 4.2.1.2 Bahan doh/ plastisin 4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.2.1 Teknik - Lingkaran 33
  35. 35. 4.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan kraf tembikar dalam bentuk 3D. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik yang bersesuaian dalam penghasilan kraf tembikar 4.3.3 Menggunakan unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan karya4.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Menghargai dan memceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 34
  36. 36. Terbitan:BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel EPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYATel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk

×