Grafik merupakan alat komunikasi visual yang penting dalam penyampaian maklumat. Ia mampu menarik perhatian, memperjelas maklumat, dan meningkatkan daya ingatan. Berbagai jenis grafik seperti foto, lukisan, diagram, dan graf digunakan dalam pelbagai konteks untuk memperkaya proses pengajaran dan pembelajaran.
4. ASAS GRAFIK
Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai
media utama dalam penyaluran sesuatu
mesej.
Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan
atau persembahan reka bentuk komunikasi
visual sama ada dalam bentuk bercetak,
persembahan elektronik
mahupun digital.
5. APA ITU GRAFIK ?
bahan yang mampu menghubungkan fakta dan
idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan,
lakaran, contengan, perkataan, simbol dan
gambar.
gambaran dijadikan satu media untuk memberi
konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya
dalam proses penyampaian maklumat.
Berasal perkataan Greek
“graphikos” bererti
lukisan.
8. KESATUAN
Kesatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen
visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai
satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti
penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling
melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan
idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi
dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk
tertentu, warna dan sebagainya.
9. KESEIMBANGAN
Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan
sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya
beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata
rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal
dan seimbang tidak formal.
- Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian
visual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-
jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah.
- Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara
item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit
yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis,
cuma beratnya sahaja yang sama.
Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk
menentukan keseimbangan.
10. PENEGASAN
• Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat
minat dan pusat perhatian.
• Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea
tersebut
KONTRA
Prinsip kontra mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka
perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti
warna hitam dan warna putih.
Idea utama di sebalik kontra adalah untuk mengelakkan unsur di
dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.
Kontra ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh:
kontra antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis
kasar, warna sejuk dengan warna hangat.
11. HARMONI
• Menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran.
• Tujuan : memudahkan kejelasan visual.
• Harmoni dari segi ton warna dan tulisan.
PERGERAKAN
Boleh dilihat melalui pola atau corak berkaitan dengan soal
susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual.
Antaranya :
Pola mengikut bentuk geometri
Pola mengikut huruf (C, T, Z)
13. Mempunyai nilai kandungan - visual yang
terdapat pada bahan grafik dapat:
membawa makna yang tersurat dan tersirat
meringkaskan maklumat
menyampaikan maklumat dengan tepat
14. Mempunyai nilai seni - penggabungan
kesemua unsur seni, seperti garisan, warna,
bentuk, rupa, dan ruang yang memberi kesan
keindahan dan membangkitkan emosi.
16. Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi,
fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.
FOTOGRAF (GAMBAR FOTO)
Merupakan antara paparan imej
yang paling menyamai keadaan
sebenar.
Pita video warna, gambar
berwarna mahupun foto hitam
putih merupakan alat yang paling
berkesan di dalam sesuatu
komunikasi.
Gambar foto atau fotograf
berwarna juga memainkan
peranan yang amat besar di
dalam sesebuah persembahan
dan boleh dijadikan latar
belakang bagi teks dan grafik.
LUKISAN
Merujuk kepada imej yang kurang
realistik berbanding dengan
fotograf.
Namun demikian, ia banyak
digunakan bagi menangani
masalah ketiadaan fotograf bagi
keadaan sebenar.
Ia boleh jadi lukisan yang mudah
sehinggalah kepada lukisan yang
abstrak.
17. KARTUN
Sejenis lukisan yang berada di
dalam kelasnya yang tersendiri.
Kartun boleh merujuk kepada yang
berunsur kemanusiaan, haiwan,
objek dan sebagainya.
Ia sesuai digunakan terutamanya
sekiranya kumpulan sasaran adalah
kanak-kanak atau remaja.
Kartun sering digunakan bagi
menarik perhatian pengguna.
Ia juga sering digunakan sebagai
watak pengacara di dalam
sesebuah aplikasi multimedia yang
membantu serta membimbing
pengguna di sepanjang perjalanan
sesebuah aplikasi.
DIAGRAM
Diagram merujuk kepada sejenis
lukisan yang digunakan bagi
melambangkan sesuatu
sepertimana yang asal.
Contohnya diagram jantung
mungkin mewakili sepertimana
gambar jantung yang sebenar.
18. GRAF/CARTA
Merujuk kepada kaedah berkomunikasi
berunsurkan data dan numeric.
Sesuatu maklumat yang kompleks dapat
dimudahkan sekiranya ia ditukarkan ke
bentuk carta atau graf.
20. a. Lebih menarik – dapat merangsang minat
dan perhatian terhadap sesuatu aspek
b. Mesej dapat disampaikan dengan lebih
cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”,
“Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.
c. Membantu meningkatkan daya ingatan –
teks dan gambar boleh membantu mengingat
dengan lebih baik berbanding dengan teks
sahaja.
21. d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun
dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh
penyampai.
e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam
bentuk yang padat dan ringkas. Contoh:
penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf
tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak
untuk memberi kefahaman kepada pelajar.
f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan
inovatif.
23. Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan
mengekalkan perhatian pelajar
Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami
Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur
dan tutur
Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar
Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi
antara punca (Guru) dan penerima (pelajar)
Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk
bukan visualseperti tutur atau perkataan