Slide pengajaran asas grafik

1,491 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,491
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
154
Actions
Shares
0
Downloads
59
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Slide pengajaran asas grafik

  1. 1. ASAS GRAFIK
  2. 2. Apa itu asas grafik ?• Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai mediautama dalam penyaluran sesuatu mesej.• Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan ataupersembahan reka bentuk komunikasi visual samaada dalam bentuk bercetak, persembahanelektronik mahupun digital.
  3. 3. Apa itu Grafik ?• Bahan yang mampu menghubungkan fakta danidea dengan jelas melalui kombinasi lukisan,lakaran, contengan, perkataan, simbol dangambar.• gambaran bukan fotografi, dua dimensi yangdigubah dan dicipta khusus untuk menyampaikanmesej, fakta atau pandangan kepada para pelajaratau kumpulan sasaran tertentu.
  4. 4. Prinsip Asas GrafikTerdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visualiaitu C.A.S.P.E.R.1. C - Contrast (kontras)Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, makaperbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warnahitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untukmengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama.Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontrasantara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warnasejuk dengan warna hangat.
  5. 5. 2. A - Alignment (Seimbang) Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaansesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusunsupaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan caraini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbangformal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagianvisual samada kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antaraitem kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yangsama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama. Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untukmenentukan keseimbangan.
  6. 6. 3. S - Simplicity (Simplisiti)Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkankefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah denganmempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yangbanyak dalam satu visual akan mengelirukan.
  7. 7. Visual yang mengandungi sedikitelemen adalah lebih baik , keranaMudah dilihat. Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkankepada 15 atau 20 patah perkataansahaja dalam satu visual tayangan.
  8. 8. • Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar ( outline )hendaklah dibuat dengan garisan tebal.• Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisankecil yang terlalu banyak akan mengelirukan.
  9. 9. 4. P - Proximity (Penyatuan)Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabilaelemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengankata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklahsaling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasaryang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anakpanah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.
  10. 10. 5. E - Emphasis (Dominan)Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuaturekaan visual, objek atau item utama mestilah ditonjolkan agar dapatdilihat dan dibaca maksudnya.
  11. 11. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah :a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third)Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring sesuatuvisual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiridaripada tempat-tempat lain.b) Warna dan bentuk yang kontrasc) Saiz yang lebih besard) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utamae) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utamaf) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli ataukipasg) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.
  12. 12. 6. R - RepetitionPrinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspekreka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkanmungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yangserupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubunganruang dan sebagainya.
  13. 13. 2. Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon padaruang-ruang yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu ygmenolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimummungkin.i. Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif ygberbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – fon ini tidakmempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif – goresan tangan, miringke kanan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi.Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada.ii. Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.
  14. 14. Elemen Asas Reka Bentuk GrafikRuang (Space)Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, samaada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang positif dan ruangnegatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan, manakalaruang negatif merupakan ruang yang kosong.
  15. 15. Selain itu, di antara perkataan dan elemen – elemen visual yanglain haruslah mempunyai ruang – ruang kosong yang ditinggalkanuntuk mengelakkan perasaan sesak. Keadaan sesak tersebut bolehmengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.
  16. 16. Permukaan ( Surface )Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dantekstur. Sekiranya kita mengulang beberapa garisan padasesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kitaakan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh,lakaran dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolahbagi menggambarkan permukaan di atas (bumbung rumah),permukaan menegak (dinding), dan permukaan di bawah (lantaidan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akanmemberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.
  17. 17. Bentuk Dua Dimensi (Shape)• Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjangdan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenisbentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentukabstrak dan bentuk gambaran.• Lukisan di bawah merupakan bentuk tiga dimensi tiruanyang menunjukkan dimensi ketebalan, ketinggian dankepanjangan.
  18. 18. Bentuk Tiga Dimensi (Form)Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia bolehdidapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tigadimensi tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yangmempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensitiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atautebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.
  19. 19. WarnaTujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan ataumeningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warnaantara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif )akan menimbulkan kontras yang baik.
  20. 20. CIRI-CIRI PRINSIP GRAFIKGrafik mempunyai empat ciri-ciri yang baik. Salah satu ciri-cirigrafik ialah mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapatditafsir tanpa terlalu bersusah payah juga merupakan ciri-cirigrafik. Selain itu, grafik juga mendorong interaksi yang aktif antarapelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantumemfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visualmerupakan salah satu ciri-ciri grafik.
  21. 21. 1. Keseimbangan- Formal- Tidak Formal3. Kontra- bentuk- susunan- warna- saiz- irama2. Harmoni- bentuk- susunan- warna- saiz- irama
  22. 22. 4. Penegasan- untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan5. Kesatuan- elemen yang wujud antara elemen seni visualyang berfungsi bersama-sama ; saling lengkapmelengkapi antara satu sama lain untukmengukuhkan idea dasar yang hendakdisampaikan.6. Pergerakan- elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusundalam bentuk yang tertentu untuk mengarahpandangan (pergerakan) mengikut keutamaan(penegasan) mesej yang hendak disampaikan
  23. 23. Sumbangan Grafik dalam Kehidupan.a. Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatianterhadap sesuatu aspekb. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkasspt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain.c. Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar bolehmembantu mengingat dengan lebih baik berbanding denganteks sahaja.
  24. 24. d. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikuturutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.e. Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat danringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graftidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberikefahaman kepada pelajar.f. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.
  25. 25. Kesan Penggunaan Grafik dalam P&P• Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkanperhatian pelajar• Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami• Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dantutur• Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukanvisualseperti tutur atau perkataan
  26. 26. • Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antarapunca (Guru) dan penerima (pelajar)• Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imejdengan jelas)• Mudah untuk interpretasi mesej• Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar• Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting

×