MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
Memo Rayu Tinggal Asrama SPM
1. Roziah Binti Ali
Kampung Padang Kerbau
Durian Tunggal
Melaka
_________________________________________________________________________
Tn. Hj. Ghafar bin Subuh
Pengetua
SMK Dato’ Dol Said,
Alor Gajah,
Melaka. 13 Disember 2019
Tuan,
MEMOHONRAYUAN TINGGAL DI ASRAMA PUTERATAHUN 2020
Saya ibu kepada Armin Irfan Bin Misran, pelajar tingkatan 5 (2020) ingin memohon rayuan
untuk tinggal di asrama bagi sesi 2020.
2. Untuk pengetahuan tuan, anak saya tidak mendapat tawaran tinggal di asrama bagi sesi
2020. Sebelum ini, beliau tinggal di asrama sejak tingkatan 4. Ini disebabkan oleh sedikit
masalah disiplin yang telah dilakukan olehnya.
3. Saya memohon pihak tuan untuk menerima anak saya tinggal di asrama semula kerana
pada tahun 2020, dia akan menghadapi peperiksaan SPM. Saya berjanji akan sentiasa
menasihati beliau supaya mengikut peraturan asrama dan disiplin sekolah. Saya berharap
pihak sekolah juga dapat membantu anak saya supaya dapat mengikut peraturan asrama
dan disiplin sekolah.
4. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya memandangkan
jarak rumah ke sekolah adalah jauh dan sukar jika dia tidak dapat tinggal di asrama.
Kerjasama dan pertimbangan pihak tuan amat saya perlukan dan saya dahului dengan
ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar
……………………………
( ROZIAH BINTI ALI )