1. Sistem kewangan Islam yang lengkap
menyediakan peluang pelaburan yang luas
kepada pelabur Islam dan pelabur konvensional
dalam pengurusan portfolio bagi memenuhi
keperluan kewangan masyarakat.
2. Insurans Islam
Pengenalan
Merupakan satu kontrak perjanjian perlindungan yang diberikan oleh
satu pihak kepada satu pihak yang lain secara tolong-menolong, iaitu
pihak yang bertanggungjawab memberikan perlindungan (insurer)
akan menerima sejumlah bayaran daripada pihak yang akan diberi
perlindungan (pemegang polisi). Insurans juga adalah satu daya
usaha untuk mengatasi risiko dan supaya sesuatu usaha itu tidak
mengalami kerugian .
3. Insurans Bukan Islam
Terbahagi kepada dua bahagian :
Insurans am yang merupakan insurans yang mengkhususkan
perlindungan ke atas harta benda yang meliputi ruang lingkup yang
luas yang terangkum di dalamnya insurans kebakaran , insurans
kenderaan , insurans kecurian dan lain-lain lagi .
Insurans nyawa yang memberikan perlindungan yang khusus
terhadap nyawa dan anggota badan , iaitu segala perbelanjaan
rawatan dan ganti rugi kematian akan ditanggung oleh insurer
kepada pemegang polisi .
4. Insurans Islam
Sistem insurans yang lebih sempurna dan lebih luas bidang
amalannya, jika dibandingkan dengan insurans bukan Islam.
Sebenarnya, tanggungjawab keselamatan nyawa dan harta benda
terletak pada setiap anggota masyarakat dan bukanlah seperti yang
wujud pada hari ini. Sistem insurans bermatlamatkan untuk
memperoleh perlindungan dan jaminan keselamatan dalam bentuk
ganti rugi ke atas kehilangan nyawa dan harta benda. Islam telah
memperkenalkan beberapa sistem perlindungan dan jaminan
keselamatan nyawa dan harta benda.
5. Sistem perlindungan dan jaminan keselamatan nyawa dan
harta benda.
Sistem ‘Aqilah
Sistem Qasamah
Aqad Muwalah
Aqad Dhaman
Takaful
6. Syarikat–Syarikat Takaful
Syarikat Insurans Islam Sudan (1979)
Syarikat Insurans Islam Arab (1979)
Dar al-Mal al-Islami, Geneva (1981)
Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd
8. Manfaat Takaful
Apabila seseorang peserta meninggal dunia sebelum tempoh pelan
Takaful Kelurga yang disertainya matang, maka warisnya akan
menerima bayaran Manfaat Takaful.