SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
1
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN………………………………………………………………… 2
2.0 LATAR BELAKANG PENGADILAN MORAL……………………………… 3
3.0 ULASAN…………………………………………………………………………. 6
4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………… 9
5.0 RUJUKAN………………………………………………………………………... 10
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
2
1.0 PENGENALAN
Bila kita berbicara mengenai sejarah, apa yang terlintas dalam fikiran orang ramai
pastinya hanya cerita atau sesuatu peristiwa dahulu kala. Bagi pandangan sesetengah
individu, sejarah umpama sebuah cerita yang membosankan, tiada apa yang boleh dipelajari,
mungkin ianya juga hanya dianggap sebagai hiburan dan cerita sebelum tidur. Sebenarnya,
sejarah dari konteks moralitI mengandungi variasi erti konotasi yang hanya dapat dizahirkan
apabila sejarah itu dihargai. Dalam penulisan sejarah, kebiasaannya ditulis dalam bentuk
naratif atau deskriptif namun tokoh-tokoh sejarah berpendapat luahan dan tafsiran mereka
perlu dicatatkan dalam penulisan disertakan bukti kukuh yang menyokong justifikasi
tersebut. Di dalam ulasan kritis ini penulis akan membincangkan mengenai penggunaan unsur
pengadilan moral dalam penulisan dan penceritaan sejarah melalui tulisan ilmiah berjudul
“Pengadilan Moral” dalam Pengenalan Kepada Sejarah tulisan R. Suntharalingam. Penulis
akan mengupas satu persatu kerelevanan pengadilan moral itu sendiri baik daripada sudut
positif dan negatif disertakan eviden-eviden dari tokoh-tokoh yang terlibat- dan wajarkah
kewujudan pengadilan moral dalam penulisan sejarah dan apakah kepentingan kepada
generasi masa depan.
Pengadilan moral dalam Pengenalan Kepada Sejarah (1985) tulisan R.Suntharalingam
menceritakan secara meluas konsep pengadilan moral yang dihasilkan dalam karya sejarah
oleh ahli sejarawan terdahulu. Dalam buku ini beliau menulis secara terperinci punca-punca
perdebatan hebat yang terjadi antara tokoh-tokoh terkenal mengenai persoalan yang acap kali
terbit iaitu kewajaran penerapan unsur pengadilan moral dalam sesebuah kronologi
pensejarahan. Perdebatan ini muncul dan seterusnya rancak kerana wujudnya segelintir
sejarawan dipengaruhi oleh unsur-unsur atau nilai sezaman seperti unsur agama atau ideologi
tertentu dan tidak dapat bersifat neutral. Sebaliknya, golongan sejarawan ini dipengaruhi
emosi sendiri lalu mencampuradukkan karya sejarah yang bersifat fakta ketika merencanakan
penulisan sejarah mereka.
Penulis akan menyatakan pandangan penulis tentang buku ini dan menegaskan penulis
menyokong sepadunya usaha pergerakan aliran konservatif dan pertengahan atas beberapa
faktor. Mengapa?
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
3
2.0 LATAR BELAKANG PENGADILAN MORAL
Secara ringkasnya, pengadilan moral adalah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun
mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang
pelaku dalam sejarah. 1
Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan
sendirinya seorang sejarawan kelihatan seperti lebih memihak atau bersikap berat sebelah
dalam kajiannya. Dari sinilah pula lahirnya pengadilan moral (moral judgement), iaitu
apabila sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum
sesuatu, baik dengan memuji atau mengejinya. Misalnya, dalam sesebuah penulisan sejarah
menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa
itu mundur, sistem politik ini progresif dan sebagainya dan penyataan seperti ini sebenarnya
mereka telah mengaplikasikan pengadilan moral dengan menghukum sesuatu peristiwa dan
menilai baik buruk 2
dan juga dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia,
kejam, ganas, atau label-label yang digunakan oleh media Barat terhadap setengah golongan
Muslim seperti terrorist, aggressor, militant dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan dalam
karya Dr. Cheah Boon Kheng berkenaan peristiwa kekacauan kaum yang berlaku di Tanah
Melayu sebaik saja pihak Jepun mengaku kalah secara rasmi pada 21 Ogos 1945.3
Jadi sejauh
manakah terdapat persetujuan dalam kalangan ahli sejarah tentang penerapan pengadilan
moral dalam sejarah?
Dalam tulisan ini, penulis amat menyokong mengenai kewajaran ahli sejarawan dalam
menanam pendirian untuk menggunakan pengadilan moral dalam sesebuah tulisan sejarah
mereka kerana si pelaku dalam sejarah perlu bertanggungjawab atas perlakuannya. Ini selari
dengan penyataan Qasim Ahmad, “adalah lebih baik seorang sejarawan yang terlatih
membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang ramai yang tidak
terlatih membuat pengadilan” Siapakah sejarawan yang terlatih itu dan apakah perkaitan
dengan ahli sejarawan yang bijak menggunakan unsur pengadilan moral dalam penulisan
mereka? Menurut Yusuf Ibrahim, golongan sejarah adalah mereka yang menyumbang kepada
penulisan serta penerbitan karya-karya sejarah sama ada dalam bentuk buku, monograf atau
1
Qasim Ahmad, (1981), Pengadilan Moral dalam Sejarah: Kes Nazi di Jerman. Dewan Masyarakat.hlm.54
2
R. Suntaharalingam, (1985), “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marisan
and Sons (M) Sdn Bhd.hlm. 90
3
Ibid, hlm. 97
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
4
makalah-makalah hasil daripada sumber penyelidikan. Maka melalui ini penulis menemukan
suatu perkaitan dan menegaskan golongan terlatih seperti ahli sejarawan layak membuat
pengadilan moral seperti yang dikatakan Qasim Ahmad, ini adalah kerana mereka ini adalah
seseorang yang telah memahami dengan sepenuhnya sesuatu peristiwa dan kejadian sejarah.
Kajian yang dilakukan golongan ini adalah secara terperinci iaitu dari akar umbi kepada
pokok pangkalnya sesebuah sejarah itu. Maka, pengadilan moral yang dibuat dapat
mencorakkan dan mewarnai penulisan sejarah dan seterusnya mempengaruhi pemikiran
pembaca namun, tidak semua ahli sejarawan menggunakan pengadilan moral dengan adil
dalam karya mereka. Natijahnya, bertitik tolak dari faktor bias inilah lahir perbezaan
pandangan tentang isu penggunaan pengadilan moral oleh tokoh tokoh terdahulu seperti
Hebbert Butterfield, Voltaire, E.H Carr, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce, dan Adrian
Oldfield.
Perdebatan hebat yang berlaku antara sejarawan-sejarawan sekular membentuk tiga aliran
dalam pengadilan moral. Beberapa kajian khusus juga telah dijalankan untuk membuktikan
sebab dan alasan mengapa sesetengah golongan sejarawan menolak keras dan mengkritik
pengadilan moral dalam pensejarahan. Hakikatnya, berpecah tiga aliran utama yang terdiri
dalam menyokong (konservatif), golongan menentang (progresif) dan golongan pertengahan
– yang menghalang dan juga menggalakkan pengadilan moral sebagai panduan dan pencetus
nilai-nilai moral.
Bagi pembawa aliran konservatif, iaitu golongan yang menerima pengadilan moral,
kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang sejarah itu
sendiri. Herodotus menjadi pelopor dalam membuka jalan untuk melakukannya - cara
memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap
Athens sebagai penyelamat negara-negara Greek. Sebaliknya dia menuduh raja-raja Parsi
sebagai angkuh, kejam dan ganas atas tindakan mereka menakluki Greek. Bagaimanapun ada
juga ketikanya dia menyesali tindakan Athens yang menyokong pemberontakan Jonia, serta
memuji keberanian askar-askar Parsi sekalipun tewas dalam peperangan di Salamis. Dengan
kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah lama digunakan.
Selain itu, pengadilan moral juga telah wujud pada Zaman Pertengahan yang dibawa oleh
tokoh sejarawan Kristian. Sejajar dengan peranan mereka sebagai tokoh agama yang
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
5
bertanggungjawab menerapkan nilai moral kepada pengikut-pengikut. Penulisan Adrian
Oldfield dalam karyanya yang bertajuk "Moral Judgements in History" menganggap bahawa
masalah pengadilan moral tidak dapat dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah.4
Selain itu, wujud aliran progresif yang menghalang dan menolak pengadilan moral dimulai
dengan konsep sejarah saintifik yang diperkenalkan oleh Leopard Von Ranke pada abad ke-
19 5
. Golongan progresif menegaskan pengadilan moral perlu ditolak kerana hal sejarah yang
dipaparkan tidak diceritakan seperti keadaan yang benar-benar berlaku dan wujud tema bias
dan sifat tidak adil kepada masyarakat atau individu yang dikajinya. Sesuatu peristiwa
sejarah itu sendiri perlu dikaji dan diolah seperti mana yang telah berlaku pada masa lalu dan
bukannya dengan membuat pengukuran atas firasat sendiri dengan menggunakan nilai-nilai
zaman kini. Ini bersangkut paut dengan Ranke yang berpegang teguh dengan konsep
Historicism 6
.
Berdasarkan pembawa aliran progresif atau pragmatic ini terdapat dua alasan dan asbab
utama kenapa mereka menolak pengadilan moral. Pertama, keupayaan penerapan pengadilan
moral dalam sejarah tidak dapat dicapai, nilai-nilai adalah bersifat relatif atau berubah-ubah
menurut ruang dan waktu. Kita mungkin boleh menerima sesuatu yang berasaskan fakta-fakta
yang bersifat objektif, tetapi tidak dapat menerima tafsiran-tafsiran yang bersifat subjektif
kerana tafsiran sejarah biasanya dipengaruhi oleh nilai-nilai zaman tertentu. Bagi golongan
progresif, oleh kerana nilai-nilai ini berbeza-beza dan sering berubah, sudah tentu tidak dapat
dikenakan pada setiap masa dan tempat. Seterusnya, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang
khusus dan tersendiri tidak harus bercampur-aduk atau bersatu dengan bidang-bidang lain,
seperti agama atau moral.
Mereka menyatakan ahli sejarah sahaja yang selayaknya menyelesaikan masalah dalam isu
sejarah dan sebaliknya oleh ahli agama. Setiap bidang mempunyai ahli-ahlinya sendiri, serta
memainkan peranan dalam bidang lingkungan masing-masing. Dalam erti kata yang lain,
hujah-hujah golongan progresif ini adalah berasaskan nilai-nilai relativisme. Ini adalah
seperti penyataan yang dikatakan oleh Kitson Clarke.
4
Ishak Saat, (2007) Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, Shah Alam, Karisma Publication Sdn Bhd, hlm.70
5
Kahan Jeffrey, (1997) "Historicism." Renaissance Quarterly, vol. 50, no. 4 December 22, hlm. 1202
6
Ibid.
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
6
3.0 ULASAN
Saya sebagai penulis ulasan kritis tidak bersetuju dengan hujah yang diutarakan oleh aliran
progresif ini iaitu mengenai kata kata Clarke bahawa masalah moral adalah terpisah dan
sangat jauh daripada takrifan sejarah. Beliau juga percaya apabila sejarah diasingkan
sepenuhnya daripada unsur pengadilan moral dan penghukuman yang tidak mengalami
kesepatutan mampu melahirkan sebuah karya pensejarahan yang benar-benar positif dan
tulus. Pada pendapat saya, tidakkah bidang agama juga mempunyai sejarah sendiri, dan ahli
agama juga harus meneliti sejarah agama dalam menyampaikan sesuatu ilmu agama kepada
para pengikutnya. Memang benar tidak dapat dinafikan, pendapat sesetengah ahli sejarawan
yang menolak hukum pengadilan moral dalam karya sejarah tidak dapat ditolak mentah-
mentah oleh saya kerana kekukuhan alasan yang mereka ada untuk menafikan kehadiran
pengadilan moral. Walaupun begitu, saya masih berpegang teguh dengan pendirian sendiri
setelah meneliti dengan rapi tulisan R.Suntharalingam ini di mana pengadilan moral dalam
penakrifan sesuatu karya sejarah itu tidak boleh dibuang atau diketepikan begitu sahaja.
Alasan saya adalah jika pentafsiran karya sejarah tidak diwujudkan nilai pengadilan moral
menjadikan karya sejarah itu sesuatu yang mengalami pergantungan tidak lengkap dan
pembaca akan merasakan karya sejarah tanpa pengadilan moral adalah sebuah penulisan yang
tidak menarik. Ini adalah kerana sesuatu perkataan yang digunakan untuk melabel masyarakat
atau individu yang diadili dalam karya sejarah itu mampu menarik perhatian para pembaca.
Contohnya, karya Dr. Cheah Boon Kheng yang menggunakan perkataan “serangan gerila
Cina” 7
dan ini mungkin membawa ke arah variasi makna kata. Pelabelan itu mengalami
maksud konotatifnya sendiri dan hal seperti ini membolehkan pembaca bukan sahaja
membaca karya sejarah secara tidak langsung cuba memahami cerita di sebalik pengadilan
moral yang diselitkan. Pengadilan moral harus dipaparkan dalam sejarah supaya menjadi
pengajaran dan panduan kepada generasi akan datang8
. Mana mungkin mahu “pisang
berbuah dua kali?”.
Seterusnya, yang boleh saya katakan adalah amat sukar untuk memisahkan sejarawan dengan
penggunaan pengadilan moral. Ini adalah kerana mereka menggunakan unsur pengadilan
moral itu secara langsung dan tidak langsung melalui perkataan yang bertema pujian atau
7
R. Suntaharalingam, (1985), “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan kepada Sejarah. hlm. 97
8
Ibid, hlm.94
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
7
cacian. Agak menyukarkan untuk seorang sejarawan tidak menggunakan perkataan yang
dikatakan mempunyai unsur berat sebelah kerana sebuah penulisan itu akan mengalami
kepincangan tanpa makna yang benar. Karya sejarah seterusnya menjadi kaku atau kayu.
Malah unsur pengadilan moral juga diiktiraf salah satu kaedah dan teori penting dalam
melakukan pengkajian untuk mendapatkan atau menghasilkan sebuah karya yang baik dan
berkualiti. Maka tidak lagi kita dapat menolak kehadiran neutron-neutron pengadilan moral
dalam penganalisaan sejarah untuk dihasilkan oleh sejarawan.
Lanjutan daripada itu, yang boleh saya katakan seorang sejarawan tidak dapat melepaskan
diri dan bebas dari belenggu pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya. Secara
realitinya, penganalisaan seorang ahli sejarah adalah berasaskan pemahaman beliau terhadap
watak-watak individu atau masyarakat yang ingin dikaji seterusnya membuatkan beliau
menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang terlibat kerana manusia tersebutlah yang
memainkan watak utama dalam pencetusan peristiwa tersebut ditambah pula perisa dengan
jumpaan sumber yang boleh dipercayai. Konklusi yang izhar kita dapat lihat, tindakan atau
perlakuan oleh watak-watak tadi yang menghasilkan sejarah dan membawa impak yang besar
kepada sesebuah masyarakat.
Justeru itu, dapat saya tegaskan pengadilan moral tidak boleh dipisahkan dalam penulisan
sejarah sewenang-wenangnya kerana penulisan sejarah yang dihasilkan mampu menjadi
pedoman kepada kita untuk membina dan menuju kearah warna warna kehidupan yang lebih
baik dan bermakna. Setiap pensejarahan yang tertulis dinyatakan dan dikemukakan bukti-
bukti secara teliti sebelum seorang sejarawan ini bertindak mengadili peristiwa yang berlaku
dan ini menguatkan unsure pengadilan moral ada wajar dalam karya sejarah. Ahli sejarah
masing masing mengutip dan meraih sumber dari akar umbi dan bukannya mereka tidak
semena menanya dalam erti kata lain penulisan karya pensejarahan itu juga melalui proses
saringan untuk menentukan sumber itu sahih atau palsu.
Selain itu, pengadilan sejarah memberi sesuatu kepentingan kepada masyarakat kini.
Pengadilan moral boleh menjelaskan dan menakrif sejarah dengan lebih tepat dan boleh
melahirkan perasaan kecintaan dan ini menunjukkan pengadilan moral bukanlah semata mata
menjatuhkan hukuman atau memuji mana mana individu. Sebaliknya, peletakan pengadilan
moral dapat membentuk jati diri sehingga menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui
karya yang yang disulami pengadilan moral dapat memupuk semangat sayangkan Negara
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
8
yang kian pudar dalam jiwa generasi muda kini. Ini adalah kerana pembaca mulai sedar
hubungan peristiwa lalu yang telah mebentuk apa yang terhasil pada masa kini. Secara tidak
langsung, kita akan mengingati jasa-jasa pejuang Negara kita dalam perjuangan mereka yang
berusaha demi kesenangan anak cucu pada hari ini. Di samping itu, situasi sebegini
membentuk dan melahirkan aset negara yang berjiwa besar dilengkapi lahiriah dan rohaniah
yang mulia. Suntikan semangat nasionalisme ini akan terbentuk dan wujud apabila pembaca-
pembaca dimuntahkan dengan penulisan sejarah yang didendangkan dengan pengadilan
sebegitu kerana melalui pembacaan yang komprehensif mampu mewujudkan gen X dan Y
yang mengambil tahu dan kisah tentang sejarah.
Sekali lagi, saya menegaskan pengadilan moral adalah wajar dan saya tidak menafikan sama
sekali unsur ini boleh mengundang pemikiran pembaca bersikap negatif terhadap sesuatu
karya sejarah oleh kerana perbendaharaan kata yang digunakan dalam penulisan mampu
mempengaruhi minda pembaca namun itu adalah sesuatu yang benar berlaku dan perkataan
itu hanyalah digunakan untuk memberitahu siapa dan apa yang dilakukan oleh pelaku itu
sendiri. Contohnya, usaha penulis Mohd. Dahlan Mansoer dalam karyanya Pengantar
Sejarah Nusantara Awal mensifatkan sultan-sultan Melaka sebagai “tokoh politik yang
handal dan cergas” adalah kerana sikap-sikap tiga orang raja ini yang telah menyusun
rancangan untuk membangunkan ekonomi Melaka saat itu. Jadi tidaklah memeranjatkan
Mohd. Dahlan Mansoer menyanjung tiga orang raja ini dalam penulisan beliau kerana itu
adalah sebenarnya yang berlaku dan ini tidak berkaitan dengan sebarang sentiment seperti
ahli sejarah yang menokok tambah cerita demi menaikkan maruah sejarah bangsa sendiri.
Hujah saya di atas dapat dibuktikan dengan kajian R.Bonney sejarawan barat yang mengutuk
tindakan penjajah dari barat sendiri iaitu Francis Light - berkaitan rundingan di antara Light
dengan Sultan Abdullah mengenai penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur
Inggeris pada tahun 1786. Dan ini jelas menunjukkan seorang ahli sejarawan itu mengutuk
dan memuji berdasarkan peristiwa yang sebenarnya terjadi ketika itu.
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
9
4.0 KESIMPULAN
Setelah meneliti dan memahami penulis mendapati golongan sejarawan dipengaruhi
oleh pengaruh nilai sezaman dan perasaan emosional yang menyebabkan pengadilan moral
tidak dapat dijalankan dan dicapai objektif yang sebetulnya. Namun, dalam pensejarahan kita
tidak dapat menolak dan memisahkan pengadilan moral dalam diri seorang sejarawan kerana
mereka penyelidikan mereka adalah berasaskan pengkajian yang telah dilakukan, dan
pemahaman mereka terhadap individu-individu yang diadili mereka dan ini menyebabkan
mereka dengan menjadi hakim dan memberi hukuman dalam suatu sejarah itu samada secara
langsung atau tidak langsung.
Pengadilan moral perlu didasari dengan nilai kejujuran dan kebersediaan ahli sejarah
itu sendiri mengasilkan sebuah karya sejarah tanpa melalukan apa-apa penyembunyian fakta.
Jika kebenaran fakta itu sangat pahit untuk ditelan dan diceritakan, namun perkara yang
sebenar haruslah diceritakan kerana itulah peristiwa sebenar yang berlaku dan telah pun
berlaku. Siapa kita untuk menokok tambah kejadian lepas yang telah lama berlaku dan
berlalu? Jika kita menafikan pengadilan moral dalam penulisan sejarah atau ilmiah, maka
penulisan itu tidak lagi berharga dan bermakna kerana objektif untuk menjadikan sejarah
sebagai pedoman dan iktibar hidup kepada generasi seterusnya hanya menjadi impian
semata-mata. Seperti pepatah yang disuarakan Oldfield “sejarah yang tinggal hanyalah
tidak lebih dari sebuah cerita”
JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14
10
5.0 RUJUKAN
Ishak Saat, Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, Shah Alam, Karisma Publication Sdn Bhd, 2007
Kahan, Jeffrey. "Historicism." Renaissance Quarterly, vol. 50, no. 4 December 22, 1997
Qasim Ahmad, Pengadilan Moral dalam Sejarah: Kes Nazi di Jerman. Dewan Masyarakat, 1981
R. Suntaharalingam, “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marisan and
Sons (M) Sdn Bhd, 1985

More Related Content

What's hot

Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarulwmkfirdaus
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Kebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan mediaKebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan mediaPutri Idora
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...FaFai S.
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)khai naem
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moralSucram Suna
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Mohd Shirazi
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional GuruArthur Jupong
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 

What's hot (20)

Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Kebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan mediaKebaikan dan keburukan media
Kebaikan dan keburukan media
 
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
Nota Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 1 : Kaedah dan Sumber Sejarah) (...
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Kajian kualitatif
Kajian kualitatifKajian kualitatif
Kajian kualitatif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)Model Tyler (PPT)
Model Tyler (PPT)
 
Konsep asas moral
Konsep asas moralKonsep asas moral
Konsep asas moral
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru5. Kemahiran Profesional Guru
5. Kemahiran Profesional Guru
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 

Viewers also liked

penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjanapenolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjanaEika Sempoi
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
Hafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfpHafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfpAiheok Saw
 
Sejarah analisis wacana kritis di Indonesia
Sejarah analisis wacana kritis di IndonesiaSejarah analisis wacana kritis di Indonesia
Sejarah analisis wacana kritis di Indonesiatenri asmayanti
 
Geografi Manusia
Geografi ManusiaGeografi Manusia
Geografi ManusiaAzhar Awan
 
Jenis penelitian
Jenis penelitianJenis penelitian
Jenis penelitianzmeffendi
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
Kelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnalKelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnalAgus Martha
 
IML Dallas January 2017 Trading PowerPoint
IML Dallas January 2017 Trading PowerPointIML Dallas January 2017 Trading PowerPoint
IML Dallas January 2017 Trading PowerPointimarketslive
 
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya PembelajaranPerbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajarancikgu Farhana
 

Viewers also liked (20)

penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjanapenolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana
 
Kedudukan pengadilan moral
Kedudukan pengadilan moralKedudukan pengadilan moral
Kedudukan pengadilan moral
 
Kerumitan pengadilan moral
Kerumitan pengadilan moralKerumitan pengadilan moral
Kerumitan pengadilan moral
 
Tugasan 411
Tugasan 411Tugasan 411
Tugasan 411
 
Sejarah bersifat kajian
Sejarah bersifat kajianSejarah bersifat kajian
Sejarah bersifat kajian
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
Masalah2 penggunaan sejarah
Masalah2 penggunaan sejarahMasalah2 penggunaan sejarah
Masalah2 penggunaan sejarah
 
Hafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfpHafidzah ipi kfp
Hafidzah ipi kfp
 
Jenis – jenis penelitian
Jenis – jenis penelitianJenis – jenis penelitian
Jenis – jenis penelitian
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Sejarah analisis wacana kritis di Indonesia
Sejarah analisis wacana kritis di IndonesiaSejarah analisis wacana kritis di Indonesia
Sejarah analisis wacana kritis di Indonesia
 
Geografi Manusia
Geografi ManusiaGeografi Manusia
Geografi Manusia
 
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanakSoalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
Soalan tugasan hdps1103 perkembangan pendidikan awal kanak kanak
 
Jenis penelitian
Jenis penelitianJenis penelitian
Jenis penelitian
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Pbs ikhwan
Pbs ikhwanPbs ikhwan
Pbs ikhwan
 
Kelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnalKelemahan dan kelebihan jurnal
Kelemahan dan kelebihan jurnal
 
IML Dallas January 2017 Trading PowerPoint
IML Dallas January 2017 Trading PowerPointIML Dallas January 2017 Trading PowerPoint
IML Dallas January 2017 Trading PowerPoint
 
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya PembelajaranPerbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran
 

Similar to Ulasan Kritis Pengadilan Moral

Presentation1 pengadilan moral
Presentation1 pengadilan moralPresentation1 pengadilan moral
Presentation1 pengadilan moralFaz Teeyta
 
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...Arsyad Arifin Ismail
 
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan SejarahIran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarahestoreportal
 
Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)
Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)
Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)Early Ridho Kismawadi
 
3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.ppt3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.pptcandrairawan53
 
Bab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptx
Bab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptxBab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptx
Bab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptxHendrianaHendriana
 
Buku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdf
Buku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdfBuku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdf
Buku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdfJumaidiSaefulloh
 
Studi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisStudi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisatjehh
 
Cara berfikir sejarah kelompok 2
Cara berfikir sejarah kelompok 2Cara berfikir sejarah kelompok 2
Cara berfikir sejarah kelompok 2fajriaminudin16
 
Uas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djokoUas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djokojuniato
 
Bab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarahBab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarahMutiara N
 
Pengertian sejarah a5
Pengertian sejarah a5Pengertian sejarah a5
Pengertian sejarah a5Rahman Klu
 

Similar to Ulasan Kritis Pengadilan Moral (20)

Presentation1 pengadilan moral
Presentation1 pengadilan moralPresentation1 pengadilan moral
Presentation1 pengadilan moral
 
METODE SEJARAH
METODE SEJARAHMETODE SEJARAH
METODE SEJARAH
 
Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101
 
Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101
 
Pitos101 k5
Pitos101 k5Pitos101 k5
Pitos101 k5
 
Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101Kuliah 5 pitos 101
Kuliah 5 pitos 101
 
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuat...
 
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan SejarahIran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
 
Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)
Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)
Pendekatan Dalam Pengkajian Islam Pendekatan Hukum (PDPI)
 
3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.ppt3-penelitian-sejarah.ppt
3-penelitian-sejarah.ppt
 
Bab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptx
Bab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptxBab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptx
Bab 1 Pengantar Ilmu Sejarah.pptx
 
Modul Sejarah Indonesia
Modul Sejarah IndonesiaModul Sejarah Indonesia
Modul Sejarah Indonesia
 
Buku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdf
Buku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdfBuku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdf
Buku Siswwa PAI Kelas 12 Edisi Revisi 2018.pdf
 
Studi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisStudi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historis
 
Cara berfikir sejarah kelompok 2
Cara berfikir sejarah kelompok 2Cara berfikir sejarah kelompok 2
Cara berfikir sejarah kelompok 2
 
Uas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djokoUas jawaban no 5 djoko
Uas jawaban no 5 djoko
 
Bab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarahBab 1 hakikat ilmu sejarah
Bab 1 hakikat ilmu sejarah
 
Pengantar ilmu sejarah
Pengantar ilmu sejarahPengantar ilmu sejarah
Pengantar ilmu sejarah
 
Pengertian sejarah a5
Pengertian sejarah a5Pengertian sejarah a5
Pengertian sejarah a5
 
Metodologi sejarah
Metodologi sejarahMetodologi sejarah
Metodologi sejarah
 

Recently uploaded

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfKartiniIndasari
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanAdePutraTunggali
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptAlfandoWibowo2
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKgamelamalaal
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 

Recently uploaded (20)

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdfModul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
Modul Ajar Bahasa Inggris - HOME SWEET HOME (Chapter 3) - Fase D.pdf
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.pptSEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
SEJARAH PERKEMBANGAN KEPERAWATAN JIWA dan Trend Issue.ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 

Ulasan Kritis Pengadilan Moral

  • 1. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 1 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN………………………………………………………………… 2 2.0 LATAR BELAKANG PENGADILAN MORAL……………………………… 3 3.0 ULASAN…………………………………………………………………………. 6 4.0 KESIMPULAN…………………………………………………………………… 9 5.0 RUJUKAN………………………………………………………………………... 10
  • 2. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 2 1.0 PENGENALAN Bila kita berbicara mengenai sejarah, apa yang terlintas dalam fikiran orang ramai pastinya hanya cerita atau sesuatu peristiwa dahulu kala. Bagi pandangan sesetengah individu, sejarah umpama sebuah cerita yang membosankan, tiada apa yang boleh dipelajari, mungkin ianya juga hanya dianggap sebagai hiburan dan cerita sebelum tidur. Sebenarnya, sejarah dari konteks moralitI mengandungi variasi erti konotasi yang hanya dapat dizahirkan apabila sejarah itu dihargai. Dalam penulisan sejarah, kebiasaannya ditulis dalam bentuk naratif atau deskriptif namun tokoh-tokoh sejarah berpendapat luahan dan tafsiran mereka perlu dicatatkan dalam penulisan disertakan bukti kukuh yang menyokong justifikasi tersebut. Di dalam ulasan kritis ini penulis akan membincangkan mengenai penggunaan unsur pengadilan moral dalam penulisan dan penceritaan sejarah melalui tulisan ilmiah berjudul “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan Kepada Sejarah tulisan R. Suntharalingam. Penulis akan mengupas satu persatu kerelevanan pengadilan moral itu sendiri baik daripada sudut positif dan negatif disertakan eviden-eviden dari tokoh-tokoh yang terlibat- dan wajarkah kewujudan pengadilan moral dalam penulisan sejarah dan apakah kepentingan kepada generasi masa depan. Pengadilan moral dalam Pengenalan Kepada Sejarah (1985) tulisan R.Suntharalingam menceritakan secara meluas konsep pengadilan moral yang dihasilkan dalam karya sejarah oleh ahli sejarawan terdahulu. Dalam buku ini beliau menulis secara terperinci punca-punca perdebatan hebat yang terjadi antara tokoh-tokoh terkenal mengenai persoalan yang acap kali terbit iaitu kewajaran penerapan unsur pengadilan moral dalam sesebuah kronologi pensejarahan. Perdebatan ini muncul dan seterusnya rancak kerana wujudnya segelintir sejarawan dipengaruhi oleh unsur-unsur atau nilai sezaman seperti unsur agama atau ideologi tertentu dan tidak dapat bersifat neutral. Sebaliknya, golongan sejarawan ini dipengaruhi emosi sendiri lalu mencampuradukkan karya sejarah yang bersifat fakta ketika merencanakan penulisan sejarah mereka. Penulis akan menyatakan pandangan penulis tentang buku ini dan menegaskan penulis menyokong sepadunya usaha pergerakan aliran konservatif dan pertengahan atas beberapa faktor. Mengapa?
  • 3. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 3 2.0 LATAR BELAKANG PENGADILAN MORAL Secara ringkasnya, pengadilan moral adalah perlakuan menjatuhkan hukuman ataupun mengenakan penilaian tertentu kepada sesuatu peristiwa sejarah atau kepada seseorang pelaku dalam sejarah. 1 Dengan menolak objektiviti dan menerima subjektiviti dalam sejarah, maka dengan sendirinya seorang sejarawan kelihatan seperti lebih memihak atau bersikap berat sebelah dalam kajiannya. Dari sinilah pula lahirnya pengadilan moral (moral judgement), iaitu apabila sejarawan didapati dengan sengaja atau tidak sengaja menilai atau menghukum sesuatu, baik dengan memuji atau mengejinya. Misalnya, dalam sesebuah penulisan sejarah menyatakan sesuatu peristiwa itu tidak baik, ketua negara itu bersalah, masyarakat pada masa itu mundur, sistem politik ini progresif dan sebagainya dan penyataan seperti ini sebenarnya mereka telah mengaplikasikan pengadilan moral dengan menghukum sesuatu peristiwa dan menilai baik buruk 2 dan juga dengan menggunakan perkataan-perkataan seperti baik, mulia, kejam, ganas, atau label-label yang digunakan oleh media Barat terhadap setengah golongan Muslim seperti terrorist, aggressor, militant dan sebagainya. Ini dapat dibuktikan dalam karya Dr. Cheah Boon Kheng berkenaan peristiwa kekacauan kaum yang berlaku di Tanah Melayu sebaik saja pihak Jepun mengaku kalah secara rasmi pada 21 Ogos 1945.3 Jadi sejauh manakah terdapat persetujuan dalam kalangan ahli sejarah tentang penerapan pengadilan moral dalam sejarah? Dalam tulisan ini, penulis amat menyokong mengenai kewajaran ahli sejarawan dalam menanam pendirian untuk menggunakan pengadilan moral dalam sesebuah tulisan sejarah mereka kerana si pelaku dalam sejarah perlu bertanggungjawab atas perlakuannya. Ini selari dengan penyataan Qasim Ahmad, “adalah lebih baik seorang sejarawan yang terlatih membuat penilaian dan menjatuhkan hukuman moral daripada orang ramai yang tidak terlatih membuat pengadilan” Siapakah sejarawan yang terlatih itu dan apakah perkaitan dengan ahli sejarawan yang bijak menggunakan unsur pengadilan moral dalam penulisan mereka? Menurut Yusuf Ibrahim, golongan sejarah adalah mereka yang menyumbang kepada penulisan serta penerbitan karya-karya sejarah sama ada dalam bentuk buku, monograf atau 1 Qasim Ahmad, (1981), Pengadilan Moral dalam Sejarah: Kes Nazi di Jerman. Dewan Masyarakat.hlm.54 2 R. Suntaharalingam, (1985), “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marisan and Sons (M) Sdn Bhd.hlm. 90 3 Ibid, hlm. 97
  • 4. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 4 makalah-makalah hasil daripada sumber penyelidikan. Maka melalui ini penulis menemukan suatu perkaitan dan menegaskan golongan terlatih seperti ahli sejarawan layak membuat pengadilan moral seperti yang dikatakan Qasim Ahmad, ini adalah kerana mereka ini adalah seseorang yang telah memahami dengan sepenuhnya sesuatu peristiwa dan kejadian sejarah. Kajian yang dilakukan golongan ini adalah secara terperinci iaitu dari akar umbi kepada pokok pangkalnya sesebuah sejarah itu. Maka, pengadilan moral yang dibuat dapat mencorakkan dan mewarnai penulisan sejarah dan seterusnya mempengaruhi pemikiran pembaca namun, tidak semua ahli sejarawan menggunakan pengadilan moral dengan adil dalam karya mereka. Natijahnya, bertitik tolak dari faktor bias inilah lahir perbezaan pandangan tentang isu penggunaan pengadilan moral oleh tokoh tokoh terdahulu seperti Hebbert Butterfield, Voltaire, E.H Carr, G. Kitson Clarke, Benedetto Croce, dan Adrian Oldfield. Perdebatan hebat yang berlaku antara sejarawan-sejarawan sekular membentuk tiga aliran dalam pengadilan moral. Beberapa kajian khusus juga telah dijalankan untuk membuktikan sebab dan alasan mengapa sesetengah golongan sejarawan menolak keras dan mengkritik pengadilan moral dalam pensejarahan. Hakikatnya, berpecah tiga aliran utama yang terdiri dalam menyokong (konservatif), golongan menentang (progresif) dan golongan pertengahan – yang menghalang dan juga menggalakkan pengadilan moral sebagai panduan dan pencetus nilai-nilai moral. Bagi pembawa aliran konservatif, iaitu golongan yang menerima pengadilan moral, kemunculannya boleh dikatakan bermula dengan kemunculan kesedaran tentang sejarah itu sendiri. Herodotus menjadi pelopor dalam membuka jalan untuk melakukannya - cara memuji kemenangan Greek dalam pertempuran di Marathon dan Salamis, serta menganggap Athens sebagai penyelamat negara-negara Greek. Sebaliknya dia menuduh raja-raja Parsi sebagai angkuh, kejam dan ganas atas tindakan mereka menakluki Greek. Bagaimanapun ada juga ketikanya dia menyesali tindakan Athens yang menyokong pemberontakan Jonia, serta memuji keberanian askar-askar Parsi sekalipun tewas dalam peperangan di Salamis. Dengan kebangkitan pensejarahan Rom, unsur pengadilan moral telah lama digunakan. Selain itu, pengadilan moral juga telah wujud pada Zaman Pertengahan yang dibawa oleh tokoh sejarawan Kristian. Sejajar dengan peranan mereka sebagai tokoh agama yang
  • 5. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 5 bertanggungjawab menerapkan nilai moral kepada pengikut-pengikut. Penulisan Adrian Oldfield dalam karyanya yang bertajuk "Moral Judgements in History" menganggap bahawa masalah pengadilan moral tidak dapat dielakkan (inevitable) dalam penulisan sejarah.4 Selain itu, wujud aliran progresif yang menghalang dan menolak pengadilan moral dimulai dengan konsep sejarah saintifik yang diperkenalkan oleh Leopard Von Ranke pada abad ke- 19 5 . Golongan progresif menegaskan pengadilan moral perlu ditolak kerana hal sejarah yang dipaparkan tidak diceritakan seperti keadaan yang benar-benar berlaku dan wujud tema bias dan sifat tidak adil kepada masyarakat atau individu yang dikajinya. Sesuatu peristiwa sejarah itu sendiri perlu dikaji dan diolah seperti mana yang telah berlaku pada masa lalu dan bukannya dengan membuat pengukuran atas firasat sendiri dengan menggunakan nilai-nilai zaman kini. Ini bersangkut paut dengan Ranke yang berpegang teguh dengan konsep Historicism 6 . Berdasarkan pembawa aliran progresif atau pragmatic ini terdapat dua alasan dan asbab utama kenapa mereka menolak pengadilan moral. Pertama, keupayaan penerapan pengadilan moral dalam sejarah tidak dapat dicapai, nilai-nilai adalah bersifat relatif atau berubah-ubah menurut ruang dan waktu. Kita mungkin boleh menerima sesuatu yang berasaskan fakta-fakta yang bersifat objektif, tetapi tidak dapat menerima tafsiran-tafsiran yang bersifat subjektif kerana tafsiran sejarah biasanya dipengaruhi oleh nilai-nilai zaman tertentu. Bagi golongan progresif, oleh kerana nilai-nilai ini berbeza-beza dan sering berubah, sudah tentu tidak dapat dikenakan pada setiap masa dan tempat. Seterusnya, sejarah sebagai suatu disiplin ilmu yang khusus dan tersendiri tidak harus bercampur-aduk atau bersatu dengan bidang-bidang lain, seperti agama atau moral. Mereka menyatakan ahli sejarah sahaja yang selayaknya menyelesaikan masalah dalam isu sejarah dan sebaliknya oleh ahli agama. Setiap bidang mempunyai ahli-ahlinya sendiri, serta memainkan peranan dalam bidang lingkungan masing-masing. Dalam erti kata yang lain, hujah-hujah golongan progresif ini adalah berasaskan nilai-nilai relativisme. Ini adalah seperti penyataan yang dikatakan oleh Kitson Clarke. 4 Ishak Saat, (2007) Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, Shah Alam, Karisma Publication Sdn Bhd, hlm.70 5 Kahan Jeffrey, (1997) "Historicism." Renaissance Quarterly, vol. 50, no. 4 December 22, hlm. 1202 6 Ibid.
  • 6. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 6 3.0 ULASAN Saya sebagai penulis ulasan kritis tidak bersetuju dengan hujah yang diutarakan oleh aliran progresif ini iaitu mengenai kata kata Clarke bahawa masalah moral adalah terpisah dan sangat jauh daripada takrifan sejarah. Beliau juga percaya apabila sejarah diasingkan sepenuhnya daripada unsur pengadilan moral dan penghukuman yang tidak mengalami kesepatutan mampu melahirkan sebuah karya pensejarahan yang benar-benar positif dan tulus. Pada pendapat saya, tidakkah bidang agama juga mempunyai sejarah sendiri, dan ahli agama juga harus meneliti sejarah agama dalam menyampaikan sesuatu ilmu agama kepada para pengikutnya. Memang benar tidak dapat dinafikan, pendapat sesetengah ahli sejarawan yang menolak hukum pengadilan moral dalam karya sejarah tidak dapat ditolak mentah- mentah oleh saya kerana kekukuhan alasan yang mereka ada untuk menafikan kehadiran pengadilan moral. Walaupun begitu, saya masih berpegang teguh dengan pendirian sendiri setelah meneliti dengan rapi tulisan R.Suntharalingam ini di mana pengadilan moral dalam penakrifan sesuatu karya sejarah itu tidak boleh dibuang atau diketepikan begitu sahaja. Alasan saya adalah jika pentafsiran karya sejarah tidak diwujudkan nilai pengadilan moral menjadikan karya sejarah itu sesuatu yang mengalami pergantungan tidak lengkap dan pembaca akan merasakan karya sejarah tanpa pengadilan moral adalah sebuah penulisan yang tidak menarik. Ini adalah kerana sesuatu perkataan yang digunakan untuk melabel masyarakat atau individu yang diadili dalam karya sejarah itu mampu menarik perhatian para pembaca. Contohnya, karya Dr. Cheah Boon Kheng yang menggunakan perkataan “serangan gerila Cina” 7 dan ini mungkin membawa ke arah variasi makna kata. Pelabelan itu mengalami maksud konotatifnya sendiri dan hal seperti ini membolehkan pembaca bukan sahaja membaca karya sejarah secara tidak langsung cuba memahami cerita di sebalik pengadilan moral yang diselitkan. Pengadilan moral harus dipaparkan dalam sejarah supaya menjadi pengajaran dan panduan kepada generasi akan datang8 . Mana mungkin mahu “pisang berbuah dua kali?”. Seterusnya, yang boleh saya katakan adalah amat sukar untuk memisahkan sejarawan dengan penggunaan pengadilan moral. Ini adalah kerana mereka menggunakan unsur pengadilan moral itu secara langsung dan tidak langsung melalui perkataan yang bertema pujian atau 7 R. Suntaharalingam, (1985), “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan kepada Sejarah. hlm. 97 8 Ibid, hlm.94
  • 7. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 7 cacian. Agak menyukarkan untuk seorang sejarawan tidak menggunakan perkataan yang dikatakan mempunyai unsur berat sebelah kerana sebuah penulisan itu akan mengalami kepincangan tanpa makna yang benar. Karya sejarah seterusnya menjadi kaku atau kayu. Malah unsur pengadilan moral juga diiktiraf salah satu kaedah dan teori penting dalam melakukan pengkajian untuk mendapatkan atau menghasilkan sebuah karya yang baik dan berkualiti. Maka tidak lagi kita dapat menolak kehadiran neutron-neutron pengadilan moral dalam penganalisaan sejarah untuk dihasilkan oleh sejarawan. Lanjutan daripada itu, yang boleh saya katakan seorang sejarawan tidak dapat melepaskan diri dan bebas dari belenggu pengadilan moral ke atas peristiwa yang dikajinya. Secara realitinya, penganalisaan seorang ahli sejarah adalah berasaskan pemahaman beliau terhadap watak-watak individu atau masyarakat yang ingin dikaji seterusnya membuatkan beliau menjatuhkan hukuman ke atas pihak yang terlibat kerana manusia tersebutlah yang memainkan watak utama dalam pencetusan peristiwa tersebut ditambah pula perisa dengan jumpaan sumber yang boleh dipercayai. Konklusi yang izhar kita dapat lihat, tindakan atau perlakuan oleh watak-watak tadi yang menghasilkan sejarah dan membawa impak yang besar kepada sesebuah masyarakat. Justeru itu, dapat saya tegaskan pengadilan moral tidak boleh dipisahkan dalam penulisan sejarah sewenang-wenangnya kerana penulisan sejarah yang dihasilkan mampu menjadi pedoman kepada kita untuk membina dan menuju kearah warna warna kehidupan yang lebih baik dan bermakna. Setiap pensejarahan yang tertulis dinyatakan dan dikemukakan bukti- bukti secara teliti sebelum seorang sejarawan ini bertindak mengadili peristiwa yang berlaku dan ini menguatkan unsure pengadilan moral ada wajar dalam karya sejarah. Ahli sejarah masing masing mengutip dan meraih sumber dari akar umbi dan bukannya mereka tidak semena menanya dalam erti kata lain penulisan karya pensejarahan itu juga melalui proses saringan untuk menentukan sumber itu sahih atau palsu. Selain itu, pengadilan sejarah memberi sesuatu kepentingan kepada masyarakat kini. Pengadilan moral boleh menjelaskan dan menakrif sejarah dengan lebih tepat dan boleh melahirkan perasaan kecintaan dan ini menunjukkan pengadilan moral bukanlah semata mata menjatuhkan hukuman atau memuji mana mana individu. Sebaliknya, peletakan pengadilan moral dapat membentuk jati diri sehingga menimbulkan semangat nasionalisme. Melalui karya yang yang disulami pengadilan moral dapat memupuk semangat sayangkan Negara
  • 8. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 8 yang kian pudar dalam jiwa generasi muda kini. Ini adalah kerana pembaca mulai sedar hubungan peristiwa lalu yang telah mebentuk apa yang terhasil pada masa kini. Secara tidak langsung, kita akan mengingati jasa-jasa pejuang Negara kita dalam perjuangan mereka yang berusaha demi kesenangan anak cucu pada hari ini. Di samping itu, situasi sebegini membentuk dan melahirkan aset negara yang berjiwa besar dilengkapi lahiriah dan rohaniah yang mulia. Suntikan semangat nasionalisme ini akan terbentuk dan wujud apabila pembaca- pembaca dimuntahkan dengan penulisan sejarah yang didendangkan dengan pengadilan sebegitu kerana melalui pembacaan yang komprehensif mampu mewujudkan gen X dan Y yang mengambil tahu dan kisah tentang sejarah. Sekali lagi, saya menegaskan pengadilan moral adalah wajar dan saya tidak menafikan sama sekali unsur ini boleh mengundang pemikiran pembaca bersikap negatif terhadap sesuatu karya sejarah oleh kerana perbendaharaan kata yang digunakan dalam penulisan mampu mempengaruhi minda pembaca namun itu adalah sesuatu yang benar berlaku dan perkataan itu hanyalah digunakan untuk memberitahu siapa dan apa yang dilakukan oleh pelaku itu sendiri. Contohnya, usaha penulis Mohd. Dahlan Mansoer dalam karyanya Pengantar Sejarah Nusantara Awal mensifatkan sultan-sultan Melaka sebagai “tokoh politik yang handal dan cergas” adalah kerana sikap-sikap tiga orang raja ini yang telah menyusun rancangan untuk membangunkan ekonomi Melaka saat itu. Jadi tidaklah memeranjatkan Mohd. Dahlan Mansoer menyanjung tiga orang raja ini dalam penulisan beliau kerana itu adalah sebenarnya yang berlaku dan ini tidak berkaitan dengan sebarang sentiment seperti ahli sejarah yang menokok tambah cerita demi menaikkan maruah sejarah bangsa sendiri. Hujah saya di atas dapat dibuktikan dengan kajian R.Bonney sejarawan barat yang mengutuk tindakan penjajah dari barat sendiri iaitu Francis Light - berkaitan rundingan di antara Light dengan Sultan Abdullah mengenai penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1786. Dan ini jelas menunjukkan seorang ahli sejarawan itu mengutuk dan memuji berdasarkan peristiwa yang sebenarnya terjadi ketika itu.
  • 9. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 9 4.0 KESIMPULAN Setelah meneliti dan memahami penulis mendapati golongan sejarawan dipengaruhi oleh pengaruh nilai sezaman dan perasaan emosional yang menyebabkan pengadilan moral tidak dapat dijalankan dan dicapai objektif yang sebetulnya. Namun, dalam pensejarahan kita tidak dapat menolak dan memisahkan pengadilan moral dalam diri seorang sejarawan kerana mereka penyelidikan mereka adalah berasaskan pengkajian yang telah dilakukan, dan pemahaman mereka terhadap individu-individu yang diadili mereka dan ini menyebabkan mereka dengan menjadi hakim dan memberi hukuman dalam suatu sejarah itu samada secara langsung atau tidak langsung. Pengadilan moral perlu didasari dengan nilai kejujuran dan kebersediaan ahli sejarah itu sendiri mengasilkan sebuah karya sejarah tanpa melalukan apa-apa penyembunyian fakta. Jika kebenaran fakta itu sangat pahit untuk ditelan dan diceritakan, namun perkara yang sebenar haruslah diceritakan kerana itulah peristiwa sebenar yang berlaku dan telah pun berlaku. Siapa kita untuk menokok tambah kejadian lepas yang telah lama berlaku dan berlalu? Jika kita menafikan pengadilan moral dalam penulisan sejarah atau ilmiah, maka penulisan itu tidak lagi berharga dan bermakna kerana objektif untuk menjadikan sejarah sebagai pedoman dan iktibar hidup kepada generasi seterusnya hanya menjadi impian semata-mata. Seperti pepatah yang disuarakan Oldfield “sejarah yang tinggal hanyalah tidak lebih dari sebuah cerita”
  • 10. JMS 101/4 -Pengantar Sejarah JK/10477/14 10 5.0 RUJUKAN Ishak Saat, Ilmu Sejarah antara Tradisi dan Moden, Shah Alam, Karisma Publication Sdn Bhd, 2007 Kahan, Jeffrey. "Historicism." Renaissance Quarterly, vol. 50, no. 4 December 22, 1997 Qasim Ahmad, Pengadilan Moral dalam Sejarah: Kes Nazi di Jerman. Dewan Masyarakat, 1981 R. Suntaharalingam, “Pengadilan Moral” dalam Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Marisan and Sons (M) Sdn Bhd, 1985