SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
SOALAN TUGASAN:
JELASKAN KEPENTINGAN KRITIKAN
LUARAN DALAM MENGUJI
AUTHENTICITY SESUATU SUMBER
1.0 Pengenalan
Kritikan merupakan salah satu yang terdapat dalam aspek-aspek dalam pemikiran sejarah.
Kritikan juga merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kaedah penulisan sejarah.
Kaedah penulisan sejarah mempunyai istilah tersendiri iaitu pensejarahan dalam bahasa
Melayu dan Historiography dalam bahasa Inggeris.1
Untuk menulis sesebuah karya sejarah, terdapat beberapa masalah dalam proses
mengumpul sumber seperti masalah ketulenan dan kepalsuan sesuatu sumber yang digunakan
dalam penulisan tersebut. Dalam proses penulisan sejarah, seharusnya perlulah ada sikap
sangsi dan ragu-ragu terhadap sesuatu sumber atau punca sebelum menerima dan
mempercayai kebenaran sumber tersebut. 2 Oleh itu, proses kritikan terhadap sesuatu sumber
sejarah sangat penting sebagai langkah untuk mengetahui ketulenan dan kebenaran sumber
berkenaan.
Sikap suka mengkritik ini berpunca daripada sikap manusia yang selalu merasakan
keraguan dan kesangsian terhadap sesuatu sumber tersebut. Skeptisisme merupakan
pengertian bagi sikap ini yang membawa maksud sesuatu fahaman yang meragui dan sangsi
setiap fakta dan maklumat tentang sesuatu perkara. Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, kritikan membawa makna membuat tafsiran, bidasan, kecaman, teguran,
huraian, atau kiasan mengenai sesuatu karya, menganalisis sumber sejarah untuk menentukan
kebenaran dokumen sejarah dan kemunasabahan isi kandungan sesuatu dokumen sejarah.3
Sumber yang terdapat dalam bidang sejarah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu
sumber pertama, sumber kedua, sumber arkeologi, dan sumber lisan. Sementara itu, sumber
diertikan sebagai bahan yang amat luas meliputi pelbagai sifat dan bentuk.
Kebolehan serta kepandaian ahli-ahli sejarah dalam mengesan dan memastikan
ketulenan serta keaslian sesuatu sumber itu bergantung pada seberapa banyak individu itu
terdedah kepada sumber sejarah dan penggunaan pelbagai sumber sejarah dalam menentukan
sesuatu kebenaran dalam sejarah. Dalam erti kata lain, semakin banyak sumber yang diguna
pakai oleh ahli sejarah sebagai rujukannya, semakin tinggi kemahiran sejarahnya terutama
1 Muhd Yusof Ibrahim, 2002. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka, hlm.223.
2 Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 76.
3 Kamus dewan DBP
dalam menentukan kebenaran dalam sumber sejarah tersebut. Dalam kajian yang terdapat
dalam sumber sejarah, keaslian sumber sejarah boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu
keaslian sumber, kandungan sumber tersebut, dan tujuan mengkaji sumber.4 Di samping itu,
salah satu ciri yang dikaitkan dengan sumber ialah kandungan maklumatnya yang masih
bersifat asli.5
Jika kita melihat kritikan secara umum, ia merujuk kepada suatu proses pentafsiran
sesuatu bukti iaitu satu kajian bagi mendapatkan kebenaran sesuatu perkara itu. Menurut
Bilcher Bala dalam penulisannya iaitu, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah telah menyatakan
bahawa istilah kritikan merujuk kepada proses pentafsiran bukti iaitu suatu ujian yang
dijalankan untuk mendapatkan kebenaran.6 Proses pentafsiran sangat penting dalam penulisan
sejarah kerana sejarah bukanlah semata-mata kumpulan bahan sejarah lama sahaja tetapi
kandungannya perlu dikaji, dinilai dan seterusnya diberi pengamatan yang kritis seterusnya
dijadikan panduan bagi generasi yang akan datang dan maka sebab itulah proses tersebut
penting kepada penulisan sejarah. Jadi, ahli sejarah tidaklah berperanan sebagai penyalin,
perakam, atau pemetik maklumat-maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber tersebut.
Selain itu, kritikan ialah satu garis panduan yang dapat membantu ahli-ahli sejarah
untuk mentafsir sumber-sumber sejarah yang bersifat asli dan tulen. Mereka melakukan
pentafsiran ini bukanlah untuk menolak sesuatu perkara secara diskriminasi untuk
kepentingan sendiri tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam
berkenaan siapa yang menulis ataupun dari mana sesuatu sumber itu didapati dan dihasilkan.
Proses pentafsiran ataupun kritikan ini dilakukan oleh ahli sejarah kepada kesemua jenis
sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Kritikan ahli sejarah tentang penulisan
sejarah memerlukan pentafsiran dan penilaian yang bernas dan wajar maka barulah kritikan
itu lengkap dan diterima pakai serta menjalankan tugas sebagai kritikan.
Karya kritikan yang baik ialah kritikan yang memerikan, memfokuskan dan
menerangkan bahagian-bahagian, unsur-unsur dan aspek-aspek dalam penulisan sejarah.7 Jika
4 G.J. Garraghan, 1984. A Guide To Historical Method. United States of American : University Press Book,
hlm. 104.
5 R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons (M) Sdn. Bhd, hlm.
31.
6 Bilcher Bala, 2000. Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Shah Alam : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd, hlm
65.
7 Sahlan Mohd Saman, 1985. Kritikan :Situasi mutakhir dan Arah Masa Depan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 59.
kita membincangkan tentang sejarah bermulanya ahli sejarah terlibat dalam penulisan
sejarah, maka kita akan mendapat maklumat tentang tarikh itu ialah semasa awal abad kelima
sebelum Masihi. Sebagai contoh, Herodotus yang digelar ‘bapa sejarah’ telah menulis
karyanya berkenaan Perang Parsi-Yunani dengan mengumpulkan segala bukti tentang
peristiwa pahit yang melanda Yunani dan karya berkenaan Afrika serta banyak lagi sejarah
berkenaan tempat bahagian-bahagian kecil Afrika. Penulisan sejarah ini ditulis oleh
Herodotus berdasarkan maklumat yang didengar olehnya daripada penduduk tempatan dan
orang ramai yang terlibat dalam sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah itu.8 Berdasarkan
sumber Herodotus yang digunakan oleh sejarawan dalam penulisan mereka tanpa melalui
proses kritikan, maka banyak fakta yang kurang tepat dan meragukan dalam penulisan
mereka. Contohnya karya Herodotus berkenaan Perang Parsi-Yunani, beliau telah
memasukkan unsur-unsur mitos serta cerita dongeng dan ini telah menyebabkan sumber
Herodotus yang digunakan sejarawan kurang tepat. Keadaan ini berterusan sehingga muncul
kesedaran berkenaan sejarah di kalangan golongan intelektual untuk membuat kritikan dahulu
terhadap kebenaran sumber sejarah itu sebelum mengambilnya sebagai sumber sejarah.
Menurut March Bloch, kritikan merujuk kepada kaedah menguji kebenaran sesuatu
sumber kerana adanya kesangsian dan syak wasangka berkenaan sesuatu fakta.9 Pendapat
beliau ini disokong oleh Collingwood yang menyatakan bahawa pemikiran berkenaan sejarah
telah mencipta satu tekniknya yang tersendiri. Tanggapan bahawa ahli sejarah perlu tunduk
kepada kewibawaan sumber-sumber sejarah atau bergantung ke atas ingatan orang terlibat
dengan peristiwa itu yang telah menjadi pendapat ahli sejarah pada zaman Yunani dan Rom
silam serta zaman pertengahan di Eropah telah ditolak dan disangkal ahli sejarah sekarang.
Kesedaran telah muncul di kalangan ahli sejarah dan berpendapat bahawa gambaran
cerita-cerita berkenaan sejarah seharusnya disahkan oleh ahli sejarah itu yang mana penulis
sejarah itu dengan mengikut lunas-lunas rasional. Kritikan terhadap sumber perlu dibuat oleh
ahli sejarah sendiri demi kepastian untuk menggunakan sumber-sumber yang tulen tentang
sejarah tersebut untuk memperbaiki sesebuah kajian itu.
Sejarah kritikan ini telah dimulakan oleh ahli sejarah Islam iaitu Jabal Al-Ghazalie
yang telah banyak memberikan pendapatnya dengan membahaskan tentang persoalan
8 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 56.
9 R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah.Kuala Lumpur : Marican & Son (M) Sdn. Bhd. hlm.
35.
kritikan. Selain itu, At-Tabari merupakan antara ahli sejarah awal yang memberikan
perhatian kepada kebenaran sejarah dalam penulisan sejarah.10 Penulisan sejarah dengan
menggunakan sumber-sumber yang lelaui proses kritikan diteruskan lagi oleh Descrates pada
zaman Renaissance di Eropah iaitu golongan anti-Kristian. Pada ketika itu, muncul percubaan
yang cuba persoalkan tentang dua sumber utama ajaran kritikan iaitu kitab Taurat dan kitab
Zabur. Selepas itu, pada zaman 1795 sehingga 1886, ahli sejarah moden iaitu Leopold Von
Ranke pula bertanggungjawab dalam memperkembangkan penulisan sejarah melalui
seminarnya di Universiti Berlin. Tetapi akhirnya, Ernst Bernsein pada tahun 1889 telah
mengklasifikasikan kritikan sumber kepada dua kategori iaitu kritikan luaran dan kritikan
dalaman.
10 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm.58.
2.0 Kepentingan Kritikan Luaran Sejarah
2.1 Menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber sejarah.
Kritikan luaran secara khususnya dilakukan untuk menentukan ketulenan dan keaslian
sesuatu sumber sejarah. Dalam proses kritikan luaran, terdapat beberapa permasalahan yang
berkaitan. Kita boleh lihat sebagai contoh iaitu kes berkenaan dengan kitab Injil. Masalah ini
wujud kerana terdapat beberapa versi dalam kitab ini. Oleh kerana itu, timbul persoalan
seperti kitab ini yang digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini merupakan
kandungan-kangdungan sebenar kitab tersebut atau yang sudah mengalami pelbagai
perubahan dan pindaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Kita boleh lihat dimana bukti yang jelas sekali berkaitan dengan ayat yang dikenali
sebagai Comma Johannium atau tiga kesaksian langit dalam kitab Injil yang menyatakan 3
yang menjadi saksi di syurga kelak, iaitu anak, bapa dan roh kudus, maka ketiga-tiganya
menjadi satu. Rev. Dr. Charles Francis Potter telah menyangkal hal ini dan menyatakan
dalam kenyataannya bahawa ayat ini dianggap sebagai satu pemalsuan yang disengajakan.
Beliau juga menyatakan bahawa kesemua ayat dalam fasal 21 Injil St. John itu telah disunting
oleh jemaah penyunting. Kemudiannya fasal ini telah ditambah dengan ayat-ayat yang lain11.
Selain itu, masalah ini juga timbul dalam kalangan umat Islam sendiri, iaitu antara
golongan sunni (golongan yang berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Hadis) dengan
golongan syiah (golongan yang mengagungkan Ali Abi Talib). Keraguan ini timbul apabila
golongan Sunni menyatakan bahawa Al-Quran ini tidak terdapat sebarang petambahan atau
pengurangan ayat dan Al-Quran yang ada sekarang ini sah dan tulen mempunyai 6000 ayat
sebenarnya. Keadaan ini berbeza dengan pegangan dan fahaman golongan sunni. Bagi
mereka, Al-Quran jelas telah dinyatakan dalam kitab yang menjadi pegangan golongan
mereka iaitu kitab Al-Kahfi yang ditulis oleh Al-Kulaini mempunyai 17000 ayat
kesemuanya. Keadaan ini yang telah menimbulkan percanggahan pendapat mereka. Mereka
menganggap bahawa golongan sunni sebenarnya telah tertinggal 11000 ayat lagi iaitu dua
pertiga daripada jumlah ayat sebenar.
Keadaan ini menjadi bertambah konflik apabila terdapat perbezaan fahaman antara
golongan Sunni dan Syiah melibatkan persoalan dalam sumber Hadith. Bagi golongan sunni,
sumber kedua selepas Al-Quran adalah Hadith. Dalam rangkaian Hadith yanga ada, telah
11 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 66.
sepakat bahawa dalam kalangan umat Islam telah menerima Hadith-hadith riwayat Bukhari
dan Muslim sebagai yang tertinggi darjat kesahihannya. Kemudian, ianya diikuti oleh riwayat
Nasai, Tarmizi, Abu Daud dan lain-lain. Walaubagaimanapun, hadith yang diriwayatkan oleh
para sahabat seperti hadith Bukhari dan Muslim telah ditolak oleh golongan Syiah. Malahan,
mereka telah mengkafirkannya12. Golongan Syiah ini juga sangsi terhadap Al-Quran yang
dihimpunkan pada zaman Abu Bakar As-Siddiq dan zaman Umar Al-Khattab iaitu pada
zaman Khulafa Al-Rashidin. Sebaliknya hanya menerima Al-Quran dan hadith yang
diriwayatkan dan dihimpunkan oleh ahli-ahli bait yang berketurunan dan nasab Nabi
Muhammad S.A.W.13
Kesangsian juga berlaku dalam sejarah klasik seperti terhadap tokoh-tokoh besar
seperti Socrates. Pemikiran Socrates telah diragui kerana beliau tidak meninggalkan sebarang
catatan bertulis tentang idea dan pemikirannya. Keanyakan tentang ketokohannya hanya
diketahui melalui pelajarnya iaitu Plato14. Di nusantara atau kepulauan melayu, masalah
ketiadaan nama pengarang telah menjadi ciri umum dalam teks-teks klasik, baik yang
bercorak sastera rakyat ataupun bercorak hindu. Malahan sastera hindu juga menghadapi
masalah yang sama iaitu ketiadaan nama pengarang dan kandungannya pula banyak
merupakan rekaan dan tokok tambah.
2.2 Mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah.
Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk
mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah, penyelewengan atau disalahterjemahkan dan
ditinggalkan mana-mana bahagian yang tidak menyenangkan serta tidak memberikan
manfaat kepada sesuatu pihak yang terlibat. Contohnya adalah dalam kes pemalsuan
Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 oleh golongan Paus.Pihak yang melakukan
penyelewengan ini adalah didorong oleh sifat untuk menyokong tuntutan Paus terhadap
kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja Constatine.
Surat ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja constatine oleh seorang Paderi Rom
pada abad yang ke-8 T.M. Selain itu, ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti yang
dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis.
12 Ibid, hlm. 68.
13 Abdul Rahman Haji Abdullah (1996). Pengantar Ilmu Sejarah,. hlm. 78.
14 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah.hlm. 68.
Kaedah-kaedah ini adalah ujian Kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap
bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber.
3.0 Kaedah Kritikan Luaran
Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk
mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah, penyelewengan atau disalahterjemahkan dan
ditinggalkan mana-mana bahagian yang tidak menyenangkan serta tidak memberikan
manfaat kepada sesuatu pihak yang terlibat. Sebagai contoh, kita boleh lihat dalam kes
pemalsuan Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 yang telah dilakukan oleh
golongan Paus. Pihak yang melakukan penyelewengan ini adalah didorong oleh sifat untuk
menyokong tuntutan Paus terhadap kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja
Constatine. Surat ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja Constatine oleh seorang Paderi
Rom pada abad yang ke-8 Masihi. Selain itu, ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti
yang dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis.
Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam proses kritikan luaran ialah ujian Kimia, ujian
bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan
sesuatu dokumen dan sumber.
Ujian Kimia terhadap sumber dan dokumen sejarah bertujuan untuk mengetahui umur
sebenar bahan dan dokumen tersebut15. Ujian ini hendaklah dilakukan oleh pakar kimia
kerana hal ini di luar bidang kuasa sejarawan dan sumber tersebut akan dihantarkan ke
makmal kimia terlebih dahulu. Dalam proses ini, ujian yang dijalankan ialah memerhatikan
keadaan kertas, dakwat dan cop yang digunakan mengikut peredaran zaman. Pakar kimia
akan memastikan sama ada sesuatu dokumen benar-benar dikeluarkan pada masa yang
didakwa oleh pihak yang memiliki dokumen tersebut. Sebagai contoh ialah kertas yang
digunakan tidak sama mengikut jenis yang berlain mengikut peredaran zaman.
Pada pandangan mata kasar, kertas masa kini dengan masa dahulu sama saja tetapi
dengan menjalankan ujian kimia kita dapat mengetahui umur kertas yang digunakan. Kaedah
ini penting kerana seperti yang kita sedia maklum dakwat yang digunakan iaitu dakwat masa
15 R. Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37.
kini berlainan dengan masa lampau kerana proses dan bahan pembuatan yang berlainan. Kita
boleh melihat ketulenan sesuatu sumber sejarah itu dengan ujian ini seperti kes Manuskrip
Jernal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari bulan April
1894 hingga Februari 1897. Manuskrip ini disahkan tulen oleh seorang pakar kimia setelah
dapat menguji kertas dan dakwat yang digunakan dalam lima jilid jurnal tersebut
sememangnya berusia lebih kurang 100 tahun16.
Contoh lain yang kita boleh lihat ialah kes ketulenan Buku Harian Hitler. Menurut
Gerd Heidemann ( Wartawan majalah Stern) buku harian Hitler ini dijumpai setelah hasil
usahanya menghubungi bekas pemimpin Nazi yang mempunyai maklumat tentang
kehilangan dokumen-dokumen Nazi dan maklumat peribadi Hitler yang telah dihantar
melalui sebuah kapal terbang sejurus sebelum kapal terbang ini terhempas. Kemudian, Diari
Hitler ini telah dijual kepada seorang hartawan. Pada tahun 1983, seorang wartawan majalah
stern yang diterbitkan di Jerman telah membeli buku tersebut daripada seorang hartawan dan
mengatakan hasil karya ini adalah yang asli17. Beberapa cara lagi boleh dilakukan untuk
menentukan keaslian sumber ialah dengan membandingkan satu dokumen dengan satu
dokumen yang lain yang sezaman dengannya daripada segi jenis dakwat dan kertas yang
digunakan.
Di samping itu, bagi mengasahkan ketulenan sesuatu dokumen atau sumber adalah
dengan melakukan ujian bahasa. Ujian bahasa dilakukan untuk melihat ketulenan sesuatu
dokumen dan disahkan melalui bahasa. Sebagaimana yang kita ketahui, gaya bahasa yang
digunakan dalam sesuatu sumber dan dokumen akan sentiasa berubah-ubah dari segi nshu,
struktur ayat, ejaan, istilah tanda baca dan sebagainya mengikut peredaran masa dari satu
zaman ke satu zaman yang lain. Menurut G.J. Garraghan mengatakan bahawa gaya tulisan
Latin oleh Livy yang bertarikh abad pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin
Einhard pada abad ke-9.18 Sepertimana yang kita ketahui, kita juga boleh mengenali gaya
tulisan Bahasa Melayu pada awal 1960-an berbanding gaya tulisan bahasa melayu pada masa
kini.
Sebagai contoh yang boleh kita ambil, penulisan teks Sejarah Melayu atau Sulalatus
Salatin. Struktur ayat serta tatabahasa yang digunakan dalam penulisan teks Sejarah Melayu
16 Ibid. hlm.37.
17 Ibid. hlm. 39.
18 Ibid. hlm. 37.
itu tidak sama dengan keadaan struktur ayat serta tatabahasa bahasa Melayu moden pada hari
ini. Perkataan yang digunapakai dalam penulisan itu sukar untuk difahami kerana
menggunakan bahasa Melayu klasik.19 Untuk menjalankan dan mengesahkan ujian ini,
sejarawan memerlukan kerjasama ahli fisologi untuk menentukan atau menilaikan gaya dan
bahasa daripada teks atau sumber yang digunakan. Apabila kita menggunakan orang yang
pakar dalam bidang ini, kesahihan atau ketulenan struktur ayat yang digunakan dalam bahasa
sesuatu teks dapat diketahui sama ada ianya palsu ataupun tulen untuk dijadikan sumber yang
digunakan sejarawan dalam penulisan sejarahnya.
Kaedah seterusnya untuk mengesahkan ketulenan sesuatu dokumen itu adalah dengan
melakukan ujian tulisan tangan. Ujian tulisan tangan dilakukan terhadap dokumen yang
ditulis tangan bukan yang ditaip dan dicetak. Garragham mengatakan bahawa tulisan tangan
ini mempunyai gayanya yang tersendiri dan pakar-pakar boleh mengesan perbuatan meniru
tulisan tangan orang lain. Walaupun tulisan tangan antara seorang individu sama tidak
mungkin sama seratus- peratus tetapi mungkin hanya 90 peratus sahaja.Tulisan tangan
seseorang akan berubah mengikut peredaran zaman20.
Misalnya, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, termasuk tandatangan yang
terdapat disetiap halaman buku tersebut telah diuji oleh pakar-pakar akan ketulenannya. Ujian
ini dilakukan dengan cara membandingkan antara dokumen-dokumen yang pernah ditulis
oleh Hitler dengan buku tersebut. Setelah ujian tulisan tangan ini dibuat, pemalsuan buku
tersebut telah terbongkar apabila ujian yang dijalankan oleh ahli paleografi mengesahkan
bahawa tulisan tangan tersebut tidak sama dengan tulisan tangan Hitler sendiri seperti mana
yang terdapat dalam dokumen-dokumen Hitler yang lain. Tulisan berubah mengikut
peredaran masa dan menjadikannya masalah kepada orang yang berniat untuk memalsukan
karya atau dokumen yang didakwa tulisan seseorang tokoh yang terkenal. Kita boleh melihat
antara tokoh-tokoh lain yang terkenal selain Hitler yang cuba ditiru tulisan tangannya ialah
Napoleon Bonarparte dari Perancis, Otto Von Bismark dari Jerman, Abraham Lincoln dari
Amerika Syarikat dan Churchill.21 Tokoh-tokoh ini mempunyai tulisan tangan yang tidak
mudah ditiru oleh orang lain.
19 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah.hlm. 69.
20 Rozeman Abu Hassan (2004). Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah Alam: Pustaka
Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 43.
21 R. Suntharalingam (1985). Pengenalan kepada Sejarah.hlm. 38.
Kaedah terakhir dalam kritikan luaran ialah dengan melakukan ujian terhadap bahan
yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber. Ujian ini dilakukan
untuk menentukan sama ada bahan yang digunakan dalam menghasilkan dokumen itu
memang sudah wujud pada tarikh dokumen itu dibuat atau belum. Kemahiran dan kepakaran
ahli sejarah diperlukan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud terhadap bahan-
bahan yang digunakan dalam sesuatu dokumen. Sekiranya ahli sejarah gagal menentukan
bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dokumen tersebut benar-benar
wujud maka ahli sejarah perlu meminta kepakaran dalam bidang ilmu sains.
Dalam menentukan umur dan kandungan bahan kimia yang terkandung dalam sesuatu
sumber tersebut, pakar kimia diperlukan untuk menguji sama ada kertas atau dakwat yang
digunakan telah wujud dan seusia atau sezaman dengannya. Misalnya, jika mengatakan
bahawa kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, ia sememangnya dokumen itu palsu
kerana pada masa tersebut hanya kulit kambing digunakan sebagai alat tempat menulis.
Kertas hanya dicipta pada abad ke-4 di negara China. Contohnya kertas yang terawal telah
dicipta oleh Tshai Lun pada tahun 105 Masihi di China.22 Begitu juga hal yang berkaitan
dengan perkembangan kaedah percetakan di dunia sama ada menggunakan teknik percetakan
lama, moden, kaedah penulisan dengan pen berdakwat atau pensel. Teknik percetakan taip
cerai atau moveable type telah diperkenalkan oleh seseorang berbangsa Jerman iaitu Johannes
Gutenberg (1387-1468).23
Pada hari ini kaedah percetakan moden boleh menyebabkan berlakunya pemalsuan
dokumen dan sumber sejarah seperti terdapatnya individu yang tidak bertanggungjawab akan
cuba mencetak sumber-sumber sejarah seperti dokumen, surat perjanjian, diari dan juga buku
dengan tujuan mengaut keuntungan.24 Sebagai contoh, ujian ini juga telah dibuat ke atas
sebuah dokumen yang dicatatkan pada tahun 1350 M yang menggunakan alat pencetakan.
Dokumen ini telah ternyata palsu kerana alat pencetakan hanya dicipta pada abad ke-15.25
Pemalsuan Buku Harian Hitler juga dapat dibongkar dengan mendedahkan bahawa benang-
22 Stephen F. Manson. (1990). Sejarah Ilmu Sains,(Rusli Abdul Ghani). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka. hlm.67
23 Wan Ali Wan Mamat. (1988) Pemuliharaan Buku dan Manuskrip.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka. hlm.37
24 Rozeman Abu Hassan. Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah. hlm.46
25 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 69.
benang Polyester yang digunakan dalam bahan penjilidan buku hanya digunakan selepas
tahun 1945, iaitu selepas kematian Hitler.
Penutup
Kemungkinan berlakunya penyelewengan sumber, sama ada diceritakan dengan lebih
menarik dan dikurangkan faktanya untuk menyedapkan lagi sesuatu sejarah itu amat tinggi.26
Kaedah kritikan luaran dapat memperbetulkan fakta atau sumber yang telah dipesongkan
disebabkan ada di antara fakta tersebut yang tidak dapat diterima dengan logik akal kita
sekali. Melalui kritikan luaran juga, kita dapat mengenal pasti kekeliruan dan kepalsuan yang
dicetuskan oleh sesuatu sumber tersebut.
Kaedah – kaedah seperti ujian kimia dan ujian bahan membolehkan fakta yang
diterangkan bukan sahaja dapat ditentukan kesahihannya, malahan ketepatan fakta tersebut
juga dapat dipertahankan melalui bukti yang diterangkan di dalam ujian bahan tersebut.
Kesimpulannya, konsep kritikan luaran amatlah luas dan begitu kompleks sekali.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh konsep persejarahan yang amat luas dan bidang ini
memerlukan suatu proses pendokumentasian yang teliti. Melalui kaedah – kaedah yang
diterangkan di atas, kritikan luaran sememangnya diperlukan dalam mendapatkan kebenaran
dan ketulenan sesuatu fakta sejarah.
26 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, hlm 54
Bibliografi
Abdul Rahman Hj. Abdullah (1996). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Arba’iyah Mohd Noor, (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Shah Alam : Angkatan Edaran
Ent. Sdn. Bhd
G.J. Garraghan, (1984). A Guide To Historical Method. United States of American :
University Press Book
Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka
Muhd Yusof Ibrahim (2002). Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
R. Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons
(M) Sdn. Bhd
Rozeman Abu Hassan (2004). Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah
Alam: Pustaka Karisma Publications Sdn. Bhd
Sahlan Mohd Saman, (1985). Kritikan : Situasi mutakhir dan Arah Masa Depan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Stephen F. Manson. (1990). Sejarah Ilmu Sains, (Rusli Abdul Ghani). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka
Wan Ali Wan Mamat. (1988) Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka
(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

More Related Content

What's hot

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)FaFai S.
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatfiro HAR
 
OBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAHOBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAHZICCHUA
 
Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1Alif Akram
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohNUR HUMAIRAH AMIRA
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN Santa Barbara
 
Kesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi KapitalisKesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi Kapitalisnurfakhri1
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docxfiro HAR
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarahyuzz7772
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihTaufik Salleh
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 

What's hot (20)

Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
Sejarah Lisan dan Pendokumentasian (Bab 2)
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Penubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selatPenubhn ngeri selat
Penubhn ngeri selat
 
OBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAHOBJEKTIVITI SEJARAH
OBJEKTIVITI SEJARAH
 
Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1Sejarah Lisan Tajuk 1
Sejarah Lisan Tajuk 1
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: TokohContoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
Contoh Proposal KK Sejarah: Tokoh
 
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
SEJARAH KAMPUNG LACHAU JINGGAU, SRI AMAN MELALUI KAJIAN SEJARAH LISAN
 
Kesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi KapitalisKesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi Kapitalis
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
182764707 nota-sjh3104-sejarah-lisan-dan-pendokumentasian-bab-1-docx
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Apa itu sejarah
Apa itu sejarahApa itu sejarah
Apa itu sejarah
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putih
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 

Similar to (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

langkah pennelitians ejarah
langkah pennelitians ejarahlangkah pennelitians ejarah
langkah pennelitians ejarahIan Torres
 
pptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptxpptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptxEstiPramiati1
 
MATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptx
MATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptxMATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptx
MATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptxMukhlisMukhlis25
 
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjanapenolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjanaEika Sempoi
 
Studi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisStudi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisatjehh
 
Makalah usuf dari hasyim
Makalah usuf  dari hasyimMakalah usuf  dari hasyim
Makalah usuf dari hasyimYuzarsif Yusuf
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahmunir ikhwan
 
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.pptHendiSuhendi30
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITASejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITAhamdan che hassan
 
PENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptx
PENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptxPENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptx
PENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptxAgitsJNashifah
 
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi Irma Suryani
 
MENULIS SEJARAH.pptx
MENULIS SEJARAH.pptxMENULIS SEJARAH.pptx
MENULIS SEJARAH.pptxchaerul1
 

Similar to (Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber (20)

METODE SEJARAH
METODE SEJARAHMETODE SEJARAH
METODE SEJARAH
 
kelompok 7.pptx
kelompok 7.pptxkelompok 7.pptx
kelompok 7.pptx
 
langkah pennelitians ejarah
langkah pennelitians ejarahlangkah pennelitians ejarah
langkah pennelitians ejarah
 
Kelompok 7
Kelompok 7Kelompok 7
Kelompok 7
 
pptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptxpptmodul1kb2-191125142350.pptx
pptmodul1kb2-191125142350.pptx
 
Ppt modul 1 kb 2
Ppt modul 1 kb 2Ppt modul 1 kb 2
Ppt modul 1 kb 2
 
MATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptx
MATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptxMATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptx
MATERI KLS X (PENELITIAN SEJARAH) .pptx
 
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjanapenolakan pengadilan moral dalam pensejarahan  oleh sesetengah sarjana
penolakan pengadilan moral dalam pensejarahan oleh sesetengah sarjana
 
Studi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historisStudi islam dalam pendekatan historis
Studi islam dalam pendekatan historis
 
Metodologi sejarah
Metodologi sejarahMetodologi sejarah
Metodologi sejarah
 
Makalah usuf dari hasyim
Makalah usuf  dari hasyimMakalah usuf  dari hasyim
Makalah usuf dari hasyim
 
Sejarah bersifat kajian
Sejarah bersifat kajianSejarah bersifat kajian
Sejarah bersifat kajian
 
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarahSumber sejarah dan metode penelitian sejarah
Sumber sejarah dan metode penelitian sejarah
 
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
1. 6 PENELITIAN SEJARAH.ppt
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITASejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 1 SEJARAH DAN KITA
 
Modul Sejarah Indonesia
Modul Sejarah IndonesiaModul Sejarah Indonesia
Modul Sejarah Indonesia
 
PENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptx
PENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptxPENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptx
PENGERTIAN SEJARAH DAN HISTORIOGRAFI.pptx
 
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
Bab 3 penelitian sejarah dan historiografi
 
MENULIS SEJARAH.pptx
MENULIS SEJARAH.pptxMENULIS SEJARAH.pptx
MENULIS SEJARAH.pptx
 
Tugasan 411
Tugasan 411Tugasan 411
Tugasan 411
 

(Final)jelaskan kepentingan kritikal luaran dalam menguji authenticity sesuatu sumber

  • 1. SOALAN TUGASAN: JELASKAN KEPENTINGAN KRITIKAN LUARAN DALAM MENGUJI AUTHENTICITY SESUATU SUMBER
  • 2. 1.0 Pengenalan Kritikan merupakan salah satu yang terdapat dalam aspek-aspek dalam pemikiran sejarah. Kritikan juga merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam kaedah penulisan sejarah. Kaedah penulisan sejarah mempunyai istilah tersendiri iaitu pensejarahan dalam bahasa Melayu dan Historiography dalam bahasa Inggeris.1 Untuk menulis sesebuah karya sejarah, terdapat beberapa masalah dalam proses mengumpul sumber seperti masalah ketulenan dan kepalsuan sesuatu sumber yang digunakan dalam penulisan tersebut. Dalam proses penulisan sejarah, seharusnya perlulah ada sikap sangsi dan ragu-ragu terhadap sesuatu sumber atau punca sebelum menerima dan mempercayai kebenaran sumber tersebut. 2 Oleh itu, proses kritikan terhadap sesuatu sumber sejarah sangat penting sebagai langkah untuk mengetahui ketulenan dan kebenaran sumber berkenaan. Sikap suka mengkritik ini berpunca daripada sikap manusia yang selalu merasakan keraguan dan kesangsian terhadap sesuatu sumber tersebut. Skeptisisme merupakan pengertian bagi sikap ini yang membawa maksud sesuatu fahaman yang meragui dan sangsi setiap fakta dan maklumat tentang sesuatu perkara. Jika kita merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kritikan membawa makna membuat tafsiran, bidasan, kecaman, teguran, huraian, atau kiasan mengenai sesuatu karya, menganalisis sumber sejarah untuk menentukan kebenaran dokumen sejarah dan kemunasabahan isi kandungan sesuatu dokumen sejarah.3 Sumber yang terdapat dalam bidang sejarah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu sumber pertama, sumber kedua, sumber arkeologi, dan sumber lisan. Sementara itu, sumber diertikan sebagai bahan yang amat luas meliputi pelbagai sifat dan bentuk. Kebolehan serta kepandaian ahli-ahli sejarah dalam mengesan dan memastikan ketulenan serta keaslian sesuatu sumber itu bergantung pada seberapa banyak individu itu terdedah kepada sumber sejarah dan penggunaan pelbagai sumber sejarah dalam menentukan sesuatu kebenaran dalam sejarah. Dalam erti kata lain, semakin banyak sumber yang diguna pakai oleh ahli sejarah sebagai rujukannya, semakin tinggi kemahiran sejarahnya terutama 1 Muhd Yusof Ibrahim, 2002. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.223. 2 Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1996. Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 76. 3 Kamus dewan DBP
  • 3. dalam menentukan kebenaran dalam sumber sejarah tersebut. Dalam kajian yang terdapat dalam sumber sejarah, keaslian sumber sejarah boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu keaslian sumber, kandungan sumber tersebut, dan tujuan mengkaji sumber.4 Di samping itu, salah satu ciri yang dikaitkan dengan sumber ialah kandungan maklumatnya yang masih bersifat asli.5 Jika kita melihat kritikan secara umum, ia merujuk kepada suatu proses pentafsiran sesuatu bukti iaitu satu kajian bagi mendapatkan kebenaran sesuatu perkara itu. Menurut Bilcher Bala dalam penulisannya iaitu, Penyelidikan dan Penulisan Sejarah telah menyatakan bahawa istilah kritikan merujuk kepada proses pentafsiran bukti iaitu suatu ujian yang dijalankan untuk mendapatkan kebenaran.6 Proses pentafsiran sangat penting dalam penulisan sejarah kerana sejarah bukanlah semata-mata kumpulan bahan sejarah lama sahaja tetapi kandungannya perlu dikaji, dinilai dan seterusnya diberi pengamatan yang kritis seterusnya dijadikan panduan bagi generasi yang akan datang dan maka sebab itulah proses tersebut penting kepada penulisan sejarah. Jadi, ahli sejarah tidaklah berperanan sebagai penyalin, perakam, atau pemetik maklumat-maklumat yang disampaikan oleh sumber-sumber tersebut. Selain itu, kritikan ialah satu garis panduan yang dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk mentafsir sumber-sumber sejarah yang bersifat asli dan tulen. Mereka melakukan pentafsiran ini bukanlah untuk menolak sesuatu perkara secara diskriminasi untuk kepentingan sendiri tetapi ianya bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan siapa yang menulis ataupun dari mana sesuatu sumber itu didapati dan dihasilkan. Proses pentafsiran ataupun kritikan ini dilakukan oleh ahli sejarah kepada kesemua jenis sumber iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Kritikan ahli sejarah tentang penulisan sejarah memerlukan pentafsiran dan penilaian yang bernas dan wajar maka barulah kritikan itu lengkap dan diterima pakai serta menjalankan tugas sebagai kritikan. Karya kritikan yang baik ialah kritikan yang memerikan, memfokuskan dan menerangkan bahagian-bahagian, unsur-unsur dan aspek-aspek dalam penulisan sejarah.7 Jika 4 G.J. Garraghan, 1984. A Guide To Historical Method. United States of American : University Press Book, hlm. 104. 5 R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons (M) Sdn. Bhd, hlm. 31. 6 Bilcher Bala, 2000. Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Shah Alam : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd, hlm 65. 7 Sahlan Mohd Saman, 1985. Kritikan :Situasi mutakhir dan Arah Masa Depan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 59.
  • 4. kita membincangkan tentang sejarah bermulanya ahli sejarah terlibat dalam penulisan sejarah, maka kita akan mendapat maklumat tentang tarikh itu ialah semasa awal abad kelima sebelum Masihi. Sebagai contoh, Herodotus yang digelar ‘bapa sejarah’ telah menulis karyanya berkenaan Perang Parsi-Yunani dengan mengumpulkan segala bukti tentang peristiwa pahit yang melanda Yunani dan karya berkenaan Afrika serta banyak lagi sejarah berkenaan tempat bahagian-bahagian kecil Afrika. Penulisan sejarah ini ditulis oleh Herodotus berdasarkan maklumat yang didengar olehnya daripada penduduk tempatan dan orang ramai yang terlibat dalam sesuatu kejadian atau peristiwa sejarah itu.8 Berdasarkan sumber Herodotus yang digunakan oleh sejarawan dalam penulisan mereka tanpa melalui proses kritikan, maka banyak fakta yang kurang tepat dan meragukan dalam penulisan mereka. Contohnya karya Herodotus berkenaan Perang Parsi-Yunani, beliau telah memasukkan unsur-unsur mitos serta cerita dongeng dan ini telah menyebabkan sumber Herodotus yang digunakan sejarawan kurang tepat. Keadaan ini berterusan sehingga muncul kesedaran berkenaan sejarah di kalangan golongan intelektual untuk membuat kritikan dahulu terhadap kebenaran sumber sejarah itu sebelum mengambilnya sebagai sumber sejarah. Menurut March Bloch, kritikan merujuk kepada kaedah menguji kebenaran sesuatu sumber kerana adanya kesangsian dan syak wasangka berkenaan sesuatu fakta.9 Pendapat beliau ini disokong oleh Collingwood yang menyatakan bahawa pemikiran berkenaan sejarah telah mencipta satu tekniknya yang tersendiri. Tanggapan bahawa ahli sejarah perlu tunduk kepada kewibawaan sumber-sumber sejarah atau bergantung ke atas ingatan orang terlibat dengan peristiwa itu yang telah menjadi pendapat ahli sejarah pada zaman Yunani dan Rom silam serta zaman pertengahan di Eropah telah ditolak dan disangkal ahli sejarah sekarang. Kesedaran telah muncul di kalangan ahli sejarah dan berpendapat bahawa gambaran cerita-cerita berkenaan sejarah seharusnya disahkan oleh ahli sejarah itu yang mana penulis sejarah itu dengan mengikut lunas-lunas rasional. Kritikan terhadap sumber perlu dibuat oleh ahli sejarah sendiri demi kepastian untuk menggunakan sumber-sumber yang tulen tentang sejarah tersebut untuk memperbaiki sesebuah kajian itu. Sejarah kritikan ini telah dimulakan oleh ahli sejarah Islam iaitu Jabal Al-Ghazalie yang telah banyak memberikan pendapatnya dengan membahaskan tentang persoalan 8 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 56. 9 R. Suntharalingam, 1985. Pengenalan Kepada Sejarah.Kuala Lumpur : Marican & Son (M) Sdn. Bhd. hlm. 35.
  • 5. kritikan. Selain itu, At-Tabari merupakan antara ahli sejarah awal yang memberikan perhatian kepada kebenaran sejarah dalam penulisan sejarah.10 Penulisan sejarah dengan menggunakan sumber-sumber yang lelaui proses kritikan diteruskan lagi oleh Descrates pada zaman Renaissance di Eropah iaitu golongan anti-Kristian. Pada ketika itu, muncul percubaan yang cuba persoalkan tentang dua sumber utama ajaran kritikan iaitu kitab Taurat dan kitab Zabur. Selepas itu, pada zaman 1795 sehingga 1886, ahli sejarah moden iaitu Leopold Von Ranke pula bertanggungjawab dalam memperkembangkan penulisan sejarah melalui seminarnya di Universiti Berlin. Tetapi akhirnya, Ernst Bernsein pada tahun 1889 telah mengklasifikasikan kritikan sumber kepada dua kategori iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman. 10 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.58.
  • 6. 2.0 Kepentingan Kritikan Luaran Sejarah 2.1 Menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber sejarah. Kritikan luaran secara khususnya dilakukan untuk menentukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber sejarah. Dalam proses kritikan luaran, terdapat beberapa permasalahan yang berkaitan. Kita boleh lihat sebagai contoh iaitu kes berkenaan dengan kitab Injil. Masalah ini wujud kerana terdapat beberapa versi dalam kitab ini. Oleh kerana itu, timbul persoalan seperti kitab ini yang digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini merupakan kandungan-kangdungan sebenar kitab tersebut atau yang sudah mengalami pelbagai perubahan dan pindaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kita boleh lihat dimana bukti yang jelas sekali berkaitan dengan ayat yang dikenali sebagai Comma Johannium atau tiga kesaksian langit dalam kitab Injil yang menyatakan 3 yang menjadi saksi di syurga kelak, iaitu anak, bapa dan roh kudus, maka ketiga-tiganya menjadi satu. Rev. Dr. Charles Francis Potter telah menyangkal hal ini dan menyatakan dalam kenyataannya bahawa ayat ini dianggap sebagai satu pemalsuan yang disengajakan. Beliau juga menyatakan bahawa kesemua ayat dalam fasal 21 Injil St. John itu telah disunting oleh jemaah penyunting. Kemudiannya fasal ini telah ditambah dengan ayat-ayat yang lain11. Selain itu, masalah ini juga timbul dalam kalangan umat Islam sendiri, iaitu antara golongan sunni (golongan yang berpegang kepada ajaran al-Quran dan al-Hadis) dengan golongan syiah (golongan yang mengagungkan Ali Abi Talib). Keraguan ini timbul apabila golongan Sunni menyatakan bahawa Al-Quran ini tidak terdapat sebarang petambahan atau pengurangan ayat dan Al-Quran yang ada sekarang ini sah dan tulen mempunyai 6000 ayat sebenarnya. Keadaan ini berbeza dengan pegangan dan fahaman golongan sunni. Bagi mereka, Al-Quran jelas telah dinyatakan dalam kitab yang menjadi pegangan golongan mereka iaitu kitab Al-Kahfi yang ditulis oleh Al-Kulaini mempunyai 17000 ayat kesemuanya. Keadaan ini yang telah menimbulkan percanggahan pendapat mereka. Mereka menganggap bahawa golongan sunni sebenarnya telah tertinggal 11000 ayat lagi iaitu dua pertiga daripada jumlah ayat sebenar. Keadaan ini menjadi bertambah konflik apabila terdapat perbezaan fahaman antara golongan Sunni dan Syiah melibatkan persoalan dalam sumber Hadith. Bagi golongan sunni, sumber kedua selepas Al-Quran adalah Hadith. Dalam rangkaian Hadith yanga ada, telah 11 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 66.
  • 7. sepakat bahawa dalam kalangan umat Islam telah menerima Hadith-hadith riwayat Bukhari dan Muslim sebagai yang tertinggi darjat kesahihannya. Kemudian, ianya diikuti oleh riwayat Nasai, Tarmizi, Abu Daud dan lain-lain. Walaubagaimanapun, hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat seperti hadith Bukhari dan Muslim telah ditolak oleh golongan Syiah. Malahan, mereka telah mengkafirkannya12. Golongan Syiah ini juga sangsi terhadap Al-Quran yang dihimpunkan pada zaman Abu Bakar As-Siddiq dan zaman Umar Al-Khattab iaitu pada zaman Khulafa Al-Rashidin. Sebaliknya hanya menerima Al-Quran dan hadith yang diriwayatkan dan dihimpunkan oleh ahli-ahli bait yang berketurunan dan nasab Nabi Muhammad S.A.W.13 Kesangsian juga berlaku dalam sejarah klasik seperti terhadap tokoh-tokoh besar seperti Socrates. Pemikiran Socrates telah diragui kerana beliau tidak meninggalkan sebarang catatan bertulis tentang idea dan pemikirannya. Keanyakan tentang ketokohannya hanya diketahui melalui pelajarnya iaitu Plato14. Di nusantara atau kepulauan melayu, masalah ketiadaan nama pengarang telah menjadi ciri umum dalam teks-teks klasik, baik yang bercorak sastera rakyat ataupun bercorak hindu. Malahan sastera hindu juga menghadapi masalah yang sama iaitu ketiadaan nama pengarang dan kandungannya pula banyak merupakan rekaan dan tokok tambah. 2.2 Mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah. Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah, penyelewengan atau disalahterjemahkan dan ditinggalkan mana-mana bahagian yang tidak menyenangkan serta tidak memberikan manfaat kepada sesuatu pihak yang terlibat. Contohnya adalah dalam kes pemalsuan Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 oleh golongan Paus.Pihak yang melakukan penyelewengan ini adalah didorong oleh sifat untuk menyokong tuntutan Paus terhadap kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja Constatine. Surat ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja constatine oleh seorang Paderi Rom pada abad yang ke-8 T.M. Selain itu, ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti yang dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis. 12 Ibid, hlm. 68. 13 Abdul Rahman Haji Abdullah (1996). Pengantar Ilmu Sejarah,. hlm. 78. 14 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah.hlm. 68.
  • 8. Kaedah-kaedah ini adalah ujian Kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber. 3.0 Kaedah Kritikan Luaran Dalam proses kritikan luaran terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengelakkan pemalsuan fakta-fakta sejarah, penyelewengan atau disalahterjemahkan dan ditinggalkan mana-mana bahagian yang tidak menyenangkan serta tidak memberikan manfaat kepada sesuatu pihak yang terlibat. Sebagai contoh, kita boleh lihat dalam kes pemalsuan Dokumen Donation Of Constatine pada abad ke-8 yang telah dilakukan oleh golongan Paus. Pihak yang melakukan penyelewengan ini adalah didorong oleh sifat untuk menyokong tuntutan Paus terhadap kawasan-kawasan yang pernah diperintah oleh Maharaja Constatine. Surat ini telah dikeluarkan atas nama Maharaja Constatine oleh seorang Paderi Rom pada abad yang ke-8 Masihi. Selain itu, ini juga disebabkan hasrat mencari wang seperti yang dikatakan oleh Gottschalk tentang pemalsuan surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis. Antara kaedah-kaedah yang terdapat dalam proses kritikan luaran ialah ujian Kimia, ujian bahasa, ujian tulisan tangan dan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber. Ujian Kimia terhadap sumber dan dokumen sejarah bertujuan untuk mengetahui umur sebenar bahan dan dokumen tersebut15. Ujian ini hendaklah dilakukan oleh pakar kimia kerana hal ini di luar bidang kuasa sejarawan dan sumber tersebut akan dihantarkan ke makmal kimia terlebih dahulu. Dalam proses ini, ujian yang dijalankan ialah memerhatikan keadaan kertas, dakwat dan cop yang digunakan mengikut peredaran zaman. Pakar kimia akan memastikan sama ada sesuatu dokumen benar-benar dikeluarkan pada masa yang didakwa oleh pihak yang memiliki dokumen tersebut. Sebagai contoh ialah kertas yang digunakan tidak sama mengikut jenis yang berlain mengikut peredaran zaman. Pada pandangan mata kasar, kertas masa kini dengan masa dahulu sama saja tetapi dengan menjalankan ujian kimia kita dapat mengetahui umur kertas yang digunakan. Kaedah ini penting kerana seperti yang kita sedia maklum dakwat yang digunakan iaitu dakwat masa 15 R. Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. hlm. 37.
  • 9. kini berlainan dengan masa lampau kerana proses dan bahan pembuatan yang berlainan. Kita boleh melihat ketulenan sesuatu sumber sejarah itu dengan ujian ini seperti kes Manuskrip Jernal yang disimpan oleh Frank Swettenham yang mengandungi catatan dari bulan April 1894 hingga Februari 1897. Manuskrip ini disahkan tulen oleh seorang pakar kimia setelah dapat menguji kertas dan dakwat yang digunakan dalam lima jilid jurnal tersebut sememangnya berusia lebih kurang 100 tahun16. Contoh lain yang kita boleh lihat ialah kes ketulenan Buku Harian Hitler. Menurut Gerd Heidemann ( Wartawan majalah Stern) buku harian Hitler ini dijumpai setelah hasil usahanya menghubungi bekas pemimpin Nazi yang mempunyai maklumat tentang kehilangan dokumen-dokumen Nazi dan maklumat peribadi Hitler yang telah dihantar melalui sebuah kapal terbang sejurus sebelum kapal terbang ini terhempas. Kemudian, Diari Hitler ini telah dijual kepada seorang hartawan. Pada tahun 1983, seorang wartawan majalah stern yang diterbitkan di Jerman telah membeli buku tersebut daripada seorang hartawan dan mengatakan hasil karya ini adalah yang asli17. Beberapa cara lagi boleh dilakukan untuk menentukan keaslian sumber ialah dengan membandingkan satu dokumen dengan satu dokumen yang lain yang sezaman dengannya daripada segi jenis dakwat dan kertas yang digunakan. Di samping itu, bagi mengasahkan ketulenan sesuatu dokumen atau sumber adalah dengan melakukan ujian bahasa. Ujian bahasa dilakukan untuk melihat ketulenan sesuatu dokumen dan disahkan melalui bahasa. Sebagaimana yang kita ketahui, gaya bahasa yang digunakan dalam sesuatu sumber dan dokumen akan sentiasa berubah-ubah dari segi nshu, struktur ayat, ejaan, istilah tanda baca dan sebagainya mengikut peredaran masa dari satu zaman ke satu zaman yang lain. Menurut G.J. Garraghan mengatakan bahawa gaya tulisan Latin oleh Livy yang bertarikh abad pertama tidaklah serupa dengan gaya tulisan Latin Einhard pada abad ke-9.18 Sepertimana yang kita ketahui, kita juga boleh mengenali gaya tulisan Bahasa Melayu pada awal 1960-an berbanding gaya tulisan bahasa melayu pada masa kini. Sebagai contoh yang boleh kita ambil, penulisan teks Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Struktur ayat serta tatabahasa yang digunakan dalam penulisan teks Sejarah Melayu 16 Ibid. hlm.37. 17 Ibid. hlm. 39. 18 Ibid. hlm. 37.
  • 10. itu tidak sama dengan keadaan struktur ayat serta tatabahasa bahasa Melayu moden pada hari ini. Perkataan yang digunapakai dalam penulisan itu sukar untuk difahami kerana menggunakan bahasa Melayu klasik.19 Untuk menjalankan dan mengesahkan ujian ini, sejarawan memerlukan kerjasama ahli fisologi untuk menentukan atau menilaikan gaya dan bahasa daripada teks atau sumber yang digunakan. Apabila kita menggunakan orang yang pakar dalam bidang ini, kesahihan atau ketulenan struktur ayat yang digunakan dalam bahasa sesuatu teks dapat diketahui sama ada ianya palsu ataupun tulen untuk dijadikan sumber yang digunakan sejarawan dalam penulisan sejarahnya. Kaedah seterusnya untuk mengesahkan ketulenan sesuatu dokumen itu adalah dengan melakukan ujian tulisan tangan. Ujian tulisan tangan dilakukan terhadap dokumen yang ditulis tangan bukan yang ditaip dan dicetak. Garragham mengatakan bahawa tulisan tangan ini mempunyai gayanya yang tersendiri dan pakar-pakar boleh mengesan perbuatan meniru tulisan tangan orang lain. Walaupun tulisan tangan antara seorang individu sama tidak mungkin sama seratus- peratus tetapi mungkin hanya 90 peratus sahaja.Tulisan tangan seseorang akan berubah mengikut peredaran zaman20. Misalnya, dalam kes pemalsuan Buku Harian Hitler, termasuk tandatangan yang terdapat disetiap halaman buku tersebut telah diuji oleh pakar-pakar akan ketulenannya. Ujian ini dilakukan dengan cara membandingkan antara dokumen-dokumen yang pernah ditulis oleh Hitler dengan buku tersebut. Setelah ujian tulisan tangan ini dibuat, pemalsuan buku tersebut telah terbongkar apabila ujian yang dijalankan oleh ahli paleografi mengesahkan bahawa tulisan tangan tersebut tidak sama dengan tulisan tangan Hitler sendiri seperti mana yang terdapat dalam dokumen-dokumen Hitler yang lain. Tulisan berubah mengikut peredaran masa dan menjadikannya masalah kepada orang yang berniat untuk memalsukan karya atau dokumen yang didakwa tulisan seseorang tokoh yang terkenal. Kita boleh melihat antara tokoh-tokoh lain yang terkenal selain Hitler yang cuba ditiru tulisan tangannya ialah Napoleon Bonarparte dari Perancis, Otto Von Bismark dari Jerman, Abraham Lincoln dari Amerika Syarikat dan Churchill.21 Tokoh-tokoh ini mempunyai tulisan tangan yang tidak mudah ditiru oleh orang lain. 19 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah.hlm. 69. 20 Rozeman Abu Hassan (2004). Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah Alam: Pustaka Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm. 43. 21 R. Suntharalingam (1985). Pengenalan kepada Sejarah.hlm. 38.
  • 11. Kaedah terakhir dalam kritikan luaran ialah dengan melakukan ujian terhadap bahan yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu dokumen dan sumber. Ujian ini dilakukan untuk menentukan sama ada bahan yang digunakan dalam menghasilkan dokumen itu memang sudah wujud pada tarikh dokumen itu dibuat atau belum. Kemahiran dan kepakaran ahli sejarah diperlukan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud terhadap bahan- bahan yang digunakan dalam sesuatu dokumen. Sekiranya ahli sejarah gagal menentukan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dokumen tersebut benar-benar wujud maka ahli sejarah perlu meminta kepakaran dalam bidang ilmu sains. Dalam menentukan umur dan kandungan bahan kimia yang terkandung dalam sesuatu sumber tersebut, pakar kimia diperlukan untuk menguji sama ada kertas atau dakwat yang digunakan telah wujud dan seusia atau sezaman dengannya. Misalnya, jika mengatakan bahawa kertas yang digunakan sebelum tahun 1150 T.M, ia sememangnya dokumen itu palsu kerana pada masa tersebut hanya kulit kambing digunakan sebagai alat tempat menulis. Kertas hanya dicipta pada abad ke-4 di negara China. Contohnya kertas yang terawal telah dicipta oleh Tshai Lun pada tahun 105 Masihi di China.22 Begitu juga hal yang berkaitan dengan perkembangan kaedah percetakan di dunia sama ada menggunakan teknik percetakan lama, moden, kaedah penulisan dengan pen berdakwat atau pensel. Teknik percetakan taip cerai atau moveable type telah diperkenalkan oleh seseorang berbangsa Jerman iaitu Johannes Gutenberg (1387-1468).23 Pada hari ini kaedah percetakan moden boleh menyebabkan berlakunya pemalsuan dokumen dan sumber sejarah seperti terdapatnya individu yang tidak bertanggungjawab akan cuba mencetak sumber-sumber sejarah seperti dokumen, surat perjanjian, diari dan juga buku dengan tujuan mengaut keuntungan.24 Sebagai contoh, ujian ini juga telah dibuat ke atas sebuah dokumen yang dicatatkan pada tahun 1350 M yang menggunakan alat pencetakan. Dokumen ini telah ternyata palsu kerana alat pencetakan hanya dicipta pada abad ke-15.25 Pemalsuan Buku Harian Hitler juga dapat dibongkar dengan mendedahkan bahawa benang- 22 Stephen F. Manson. (1990). Sejarah Ilmu Sains,(Rusli Abdul Ghani). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.67 23 Wan Ali Wan Mamat. (1988) Pemuliharaan Buku dan Manuskrip.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.37 24 Rozeman Abu Hassan. Mengenali Dan Mentafsir Sumber-Sumber Sejarah. hlm.46 25 Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. hlm. 69.
  • 12. benang Polyester yang digunakan dalam bahan penjilidan buku hanya digunakan selepas tahun 1945, iaitu selepas kematian Hitler.
  • 13. Penutup Kemungkinan berlakunya penyelewengan sumber, sama ada diceritakan dengan lebih menarik dan dikurangkan faktanya untuk menyedapkan lagi sesuatu sejarah itu amat tinggi.26 Kaedah kritikan luaran dapat memperbetulkan fakta atau sumber yang telah dipesongkan disebabkan ada di antara fakta tersebut yang tidak dapat diterima dengan logik akal kita sekali. Melalui kritikan luaran juga, kita dapat mengenal pasti kekeliruan dan kepalsuan yang dicetuskan oleh sesuatu sumber tersebut. Kaedah – kaedah seperti ujian kimia dan ujian bahan membolehkan fakta yang diterangkan bukan sahaja dapat ditentukan kesahihannya, malahan ketepatan fakta tersebut juga dapat dipertahankan melalui bukti yang diterangkan di dalam ujian bahan tersebut. Kesimpulannya, konsep kritikan luaran amatlah luas dan begitu kompleks sekali. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh konsep persejarahan yang amat luas dan bidang ini memerlukan suatu proses pendokumentasian yang teliti. Melalui kaedah – kaedah yang diterangkan di atas, kritikan luaran sememangnya diperlukan dalam mendapatkan kebenaran dan ketulenan sesuatu fakta sejarah. 26 Arba’iyah Mohd Noor, 2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur, hlm 54
  • 14. Bibliografi Abdul Rahman Hj. Abdullah (1996). Pengantar Ilmu Sejarah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Arba’iyah Mohd Noor, (2002). Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Bilcher Bala (2000). Penyelidikan dan Penulisan Sejarah. Shah Alam : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd G.J. Garraghan, (1984). A Guide To Historical Method. United States of American : University Press Book Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Muhd Yusof Ibrahim (2002). Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka R. Suntharalingam (1985). Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur : Marican & Sons (M) Sdn. Bhd Rozeman Abu Hassan (2004). Mengenal dan Mentafsir Sumber-sumber Sejarah. Shah Alam: Pustaka Karisma Publications Sdn. Bhd Sahlan Mohd Saman, (1985). Kritikan : Situasi mutakhir dan Arah Masa Depan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Stephen F. Manson. (1990). Sejarah Ilmu Sains, (Rusli Abdul Ghani). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka Wan Ali Wan Mamat. (1988) Pemuliharaan Buku dan Manuskrip. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka