1. LMCP 1552
PEMBANGUNAN
MAPAN DALAM ISLAM
NAMA: NOOR AKHMAR BINTI ABU BAKAR
NO MATRIK: A163793
NAMA PENSYARAH: PROF DATO’ IR. DR. RIZAATIQ ABDULLAH
BIN O.K. RAHMAT
TAJUK: AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL
2. APA ITU PEMBANGUNAN SOSIAL?
• Pembangunan sosial merupakan sebuah pelaksanaan pembangunan yang telah
dirancang bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup masyarakat mengikut
peredaran masa dan teknologi terkini. Selain itu, ia juga melibatkan aspek
pertumbuhan ekonomi, geografi dan politik sesebuah masyarakat di negara
tersebut. Setiap negara menpunyai perkembangan sosial yang tersendiri
mengikut acuan masing-masing.
• Di dalam aspek sosial itu sendiri, ada beberapa aspek yang dapat membawa
kepada kesejahteraan dan keharmonian sejagat.
• Antara aspek yang boleh kita tumpukan adalah modal insan
3. APA ITU MODAL INSAN
• Modal insan adalah individu yang mempunyai sahsiah yang terpuji dan berintegriti. Selain itu,
individu yang mempunyai prinsip hidup dan perancangan yang teratur, berfalsafah serta
berketerampilan.
• Untuk membangunkan modal insan, kita hendaklah memberikan ilmu pengetahuan yang
secukupnya bagi menjana sebuah masyarakat yang berintelektual dan berdaya saing.
• Pembangunan modal insan ini menjadi tonggak utama dalam memajukan negara standing
dengan negara-negara maju yang lain.
• Sepertimana yang dapat kita lihat negara Jepun dan Korea, mereka mempunyai masyarakat
yang berilmu pengetahuan dan kemahiran yang mereka manfaatkan untuk negara mereka
sendiri.
• Jepun banyak menghasilkan teknologi-teknologi yang boleh mambantu melicinkan urusan
seharian mereka selain mereka juga sangat menitik beratkan penggunaan masa dan tidak kira
yang berpangkat tinggi atau tidak mereka sangat menjaga keindahan semulajadi.