Dokumen ini memberikan panduan aktiviti literasi untuk murid-murid yang melibatkan bercerita dan berdialog berdasarkan teks dan gambar. Aktiviti tersebut bertujuan untuk melatih murid bercerita dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
2. AKTIVITI
1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar. (Buku teks ms 73)
2. Murid meneliti gambar dan membaca rangkai kata diberi dalam teks.
3. Murid dibimbing untuk bercerita berdasarkan gambar dan rangkai kata dalam teks dengan
sebutan yang betul dan gaya yang sesuai.
4. Murid secara berpasangan diberi masa untuk latihan bercerita berdasarkan dialog yang
terdapat dalam teks.
5. Murid bersama pasangan melakonkan dialog untuk bercerita tentang maklumat yang dilihat.
Murid lain menilai persembahan rakan mereka dengan memberikan bintang.
6. Murid menulis dialog dalam buku tulis mengikut format penulisan dialog.
SK: 1.3 Bercerita dan menceritakan perkara yang didengar, ditonton dan dibaca
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
SP: 1.3.2 Menceritakan sesuatu perkara yang didengar, ditonton dan dibaca dengan
sebutan yang betul dan intonasi serta gaya yang sesuai.
OBJ: Murid dapat menceritakan tentang majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.
BBM: Gambar, video
Bercerita: Detik Perpaduan
TEMA 4 : Perpaduan
UNIT 10. : Memupuk Perpaduan