SlideShare a Scribd company logo
1 of 20
Download to read offline
(SKAH/2018) 1
NOTA KECIL
PERIBAHASA
MELAYU
TAHUN 4, 5 DAN 6
NAMA:
_____________________________
KELAS:
____________________________
2018
(SKAH/2018) 2
ISI KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
APA ITU PERIBAHASA? 3
PERIBAHASA TAHUN 4
- Simpulan Bahasa
- Perumpamaan
- Pepatah
- Bidalan
- Kata-kata Hikmat
4
5
6
6
6
PERIBAHASA TAHUN 5
- Simpulan Bahasa
- Perumpamaan
- Pepatah
- Bidalan
- Kata-kata Hikmat
7
8
10
10
11
PERIBAHASA TAHUN 6
- Simpulan Bahasa
- Perumpamaan
- Pepatah
- Bidalan
- Kata-kata Hikmat
11
12
14
16
17
Bandingan Semacam 17
Slogan 17
Peribahasa sama maksud 17
Prakata
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang”
Nota Kecil Peribahasa Melayu ini dibukukan khas bagi memudahkan murid-murid Sri
Al-Amin Bangi menguasai dan memahami makna peribahasa yang terdapat dalam
buku teks Bahasa Melayu. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu
murid-murid meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Sesungguhnya Allah akan mendatangkan kefahaman kepada mereka yang
berusaha untuk memahaminya. Insya-Allah.
-Siti Khairiah Abu Hassan,
Panitia Bahasa Melayu 2018-
(SKAH/2018) 3
APA ITU
PERIBAHASA?
Simpulan Bahasa
*Biasanya terdiri
daripada dua patah
kata yang membawa
maksud yang tepat
dan padat.
Perumpamaan
*Susunan kata yang
paling indah dan
kemas serta
mempunyai maksud
yang tersirat.
*Dimulai dengan kata
bagai, ibarat, laksana,
seperti dan umpama.
Kumpulan kata
yang tetap
susunannya dan
mempunyai
maksud tertentu.
Pepatah
*Berangkap dan terdapat
kata yang berulang.
*Menyatakan sesuatu
penegasan, falsafah atau
pengajaran yang ingin
disampaikan.
Bidalan
*Mempunyai maksud tersirat di
sebalik susunan kata.
*Tidak mengandungi sesuatu
kata yang tertentu seperti
perumpamaan.
Kata Hikmat
*Terbit daripada ayat-ayat
suci dalam kitab atau
daripada percakapan serta
penulisan seseorang yang
dihormati dan terbilang.
*Kata-kata tersebut
mengandungi falsafah atau
pengajaran yang berguna
sebagai panduan hidup.
Bandingan Semacam
*Ungkapan yang
menggambarkan
perlakuan (sifat
seseorang) atau benda
secara bandingan.
(SKAH/2018) 4
PERIBAHASA TAHUN 4
SIMPULAN BAHASA
BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA
1 Ada gaya
Ada ciri-ciri yang memperlihatkan
kebolehannya
2 Ada jalan
Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu
perkara
3 Ayam tambatan
Orang yang banyak pengalaman dan
menjadi harapan
4 Bahasa istana Ragam bahasa istana
5 Bahasa pasar
Bahasa Melayu yang tidak betul ragam
tatabahasanya
6 Berat sebelah Tidak adil
7 Beri muka Memanjakan secara berlebihan
8 Buah hati Kekasih, orang yang dicintai
9 Campur tangan Terlibat dalam urusan orang lain
10 Cari jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara
11 Dalam tangan Sesuatu yang pasti akan dimiliki
12 Darah daging
Anak dan saudara-mara dari keturunan
sendiri
13 Durian runtuh
Mendapat keuntungan dengan tidak
disangka-sangka
14 Harga diri Maruah, kehormatan diri
15 Ikat perut Mengurangkan makan kerana kemiskinan
16 Isi hati Perasaan atau apa-apa yang terfikir
17 Jejak langkah Mencontohi perbuatan seseorang
18 Juling air Juling sedikit
19 Lepas tangan
Tidak bertanggungjawab atas sesuatu
yang telah dilakukan
20 Makan hati
Berasa sedih yang teramat sangat
sehingga merosakkan diri sendiri
21 Naik angin, naik darah Terlalu marah
22 Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati, nazak
23 Pasang telinga Mendengar dengan teliti
24 Pekak badak Pura-pura tidak dengar
25 Putih tulang Mati
26 Putih mata Kecewa kerana harapan tidak tercapai
27 Serkap jarang Tuduhan yang dibuat tanpa usul periksa
28 Telinga nipis Orang yang lekas marah
(SKAH/2018) 5
29 Titik peluh Hasil usaha sendiri
30 Tahi lalat Bintik hitam pada pakaian atau badan
31 Murah hati Tidak segan memberi sedekah, pemurah
32 Orang berada Orang yang berharta
PERUMPAMAAN
BIL. PERUMPAMAAN MAKNA
1
Bagai bertepuk
sebelah tangan
Cinta tidak berbalas
2
Bagai bulan jatuh ke
riba
Mendapat untung yang besar
3 Bagai dihiris sembilu Sangat sedih
4
Bagai duri dalam
daging
Sesuatu yang tidak menyenangkan hati
5
Bagai itik pulang
petang
Berjalan sangat lambat dan berlenggang-
lenggok
6
Bagai kumbang putus
tali
Terlepas daripada kesengsaraan
7
Bagai mencurah air ke
daun keladi
Tidak mahu mendengar nasihat atau
ajaran orang
8
Bagai menatang
minyak yang penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih
sayang
9
Bagai murai tercabut
ekor
Orang yang suka bercakap banyak
10
Bagai tikus membaiki
labu
Orang yang cuba membaiki sesuatu yang
tidak diketahui dan tambah merosakkan
11
Bagai melepaskan
anjing tersepit
Menolong orang yang tidak tahu
membalas jasa
12
Seperti cincin dengan
permata
Jodoh yang sesuai benar
13
Seperti kaca jatuh ke
batu
Hati yang hancur kerana amat
berdukacita
14
Seperti kacang
lupakan kulit
Orang yang tidak tahu mengenang budi
15
Seperti kera mendapat
bunga
Mendapat sesuatu yang tidak dapat
dipergunakan
16
Seperti pinang dibelah
dua
Sama cantik dan sama padan
17
Seperti rusa masuk
kampung
Tercengang kehairanan
(SKAH/2018) 6
PEPATAH
BIL. PEPATAH MAKNA
1
Berani kerana benar,
takut kerana salah
Berani kerana berada di pihak yang benar
2
Hendak seribu daya
tak hendak seribu dalih
Kalau ada kemahuan, maka ada jalan
untuk melakukannya. Sebaliknya jika hati
tidak mahu, maka ada saja alasan untuk
tidak melakukan sesuatu.
3
Di mana ada
kemahuan, di situ ada
jalan
Seseorang yang bersungguh-sungguh
untuk mencapai apa-apa yang dihajati,
akhirnya akan tercapai juga.
BIDALAN
BIL. BIDALAN MAKNA
1 Indah khabar dari rupa
Perkhabaran tentang sesuatu perkara
yang dilebih-lebihkan
2
Nasi sudah menjadi
bubur
Perbuatan yang telah terlanjur dan tidak
dapat ditarik kembali
3
Ukur baju di badan
sendiri
Melakukan sesuatu hendaklah mengikut
kemampuan sendiri
4
Sediakan payung
sebelum hujan
Berjaga-jaga sebelum ketibaan sesuatu
bencana
5
Masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri
Nasihat atau pelajaran yang tidak
dimasukkan ke dalam ingatan
KATA-KATA HIKMAT
BIL. KATA HIKMAT MAKNA
1 Masa itu emas Masa sangat berharga
2 Ilmu pelita hidup
Ilmu pengetahuan sangat penting dalam
kehidupan
MARI KITA PELAJARI
LEBIH BANYAK LAGI
PERIBAHASA!
(SKAH/2018) 7
PERIBAHASA TAHUN 5
SIMPULAN BAHASA
BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA
1 Air muka
Rupa muka yang membayangkan sesuatu
perasaan
2 Alim-alim kucing Pura-pura baik
3 Angkat muka Tidak malu, tidak takut
4 Atas pagar Tidak menyebelahi mana-mana pihak
5 Bau-bau bacang Hubungan kekeluargaan yang jauh
6 Berpaling tadah Khianat
7 Berpeluk tubuh Malas bekerja atau berusaha
8 Bertikam lidah Bertengkar, berdebat
9 Besar hati Bangga, gembira
10 Bulat hati Teguh pendirian, sungguh-sungguh
11 Bunga dedap
Orang yang cantik tetapi tidak berbudi
bahasa
12 Buruk makan Gelojoh
13 Buruk siku
Meminta kembali barang yang telah
diberikan
14 Duit kopi
Bayaran tidak rasmi kepada
seseorang/rasuah
15 Duit pecah Duit syiling
16 Gila-gila bahasa Kurang sihat atau tidak panjang fikiran
17 Gulung tikar
Menutup perniagaan kerana mengalami
kerugian (muflis)
18 Halwa telinga Sesuatu yang baik didengar
19 Harga pokok
Harga jualan mengikut modal yang
dikeluarkan
20
Hangat-hangat tahi
ayam
Membuat sesuatu separuh jalan
21 Hentam keromo Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan
22 Hilang akal Gila
23 Jauh hati Merajuk
24 Kacang hantu
Orang yang jahat dan suka mengganggu
kawan
25 Kata putus Ketentuan yang terakhir
26 Kepala angin Perangai yang tidak stabil
(SKAH/2018) 8
27 Kera sumbang
Orang yang takut atau tidak gemar
bergaul dengan orang lain
28 Kerang busuk Tersengih-sengih tanpa sebab
29 Kutu embun
Orang yang suka merayau-rayau pada
malam hari
30
Lidah bercabang/lidah
biawak
Percakapan yang tidak boleh dipercayai
kerana selalu berubah-ubah
31 Lintah darat
Peniaga yang mengambil keuntungan
yang terlalu tinggi
32 Lupa daratan Berbuat sesuatu yang melampaui batas
33 Makan angkat Orang yang suka dipuji
34 Makan diri
Berkeadaan sedih yang teramat sangat
sehingga merosakkan diri sendiri
35 Makan suap Menerima sogokan atau rasuah
36 Menambat hati Memikat atau menarik hati
37 Menara gading Pusat pengajian tinggi (universiti)
38 Otak cair Pandai, cerdik
39 Penyapu baharu Pekerja baharu yang rajin
40 Perang mulut Bertengkar dengan suara yang kuat
41 Pisau cukur
Perempuan yang suka mengikis kekayaan
lelaki
42 Rambang mata Tidak tahu hendak membuat pilihan
43 Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna
44 Senyum kambing Senyum mengejek
45 Sepak kertas Tidak mempunyai pekerjaan, penganggur
46 Tahi minyak Cerewet
47 Tanda harga Label harga barangan
PERUMPAMAAN
BIL. PERUMPAMAAN MAKNA
1
Seperti abu di atas
tunggul
Kedudukan atau pekerjaan yang tidak
tetap, bila-bila sahaja dapat dipecat
2
Bagai anjing buruk
kepala
Orang yang dibenci masyarakat
3
Bagai aur dengan
tebing
Hidup bermuafakat dan tolong-menolong
4
Bagai berumah di tepi
tebing
Selalu ada kekhuatiran dan resah gelisah
5
Bagai bumi dengan
langit
Sangat berbeza
(SKAH/2018) 9
6
Bagai enau dalam
belukar, melepaskan
pucuk masing-masing
Tidak semuafakat dalam perbincangan
7 Haruan makan anak
Berlaku sumbang dengan ahli keluarga
sendiri
8
Bagai berkain tiga
hasta
Berada dalam keadaan yang serba tidak
cukup
9
Seperti pahat dengan
penukul
Orang yang hanya bekerja apabila
diperintah
10 Bagai keli kena ketuk
Bersungut-sungut dengan tiada tentu
hujung pangkal
11
Bagai kucing
kehilangan anak
Orang yang kebingungan dan tidak tentu
arah
12
Bagai mendukung
biawak hidup
Melakukan sesuatu yang menyusahkan diri
sendiri
13
Seperti sirih pulang ke
gagang
Sesuatu yang kena pada tempatnya
14
Seperti telur di hujung
tanduk
Orang yang dalam keadaan amat
sulit/sukar
15
Bagaimana acuan
begitulah kuihnya
Anak menurut baka ibu bapanya, sesuatu
itu menurut asalnya
16
Bagaimana bunyi
gendang begitulah
tarinya
Menyesuaikan ikut keadaan, patuh pada
segala perintah
17
Seperti api dalam
sekam
Perbuatan jahat yang tersembunyi
18
Seperti ayam berak
kapur
Rupa pucat kerana menghidap penyakit
19
Seperti ayam patuk
anaknya
Menghukum anak bukan untuk menyeksa
tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak
itu
20
Seperti gergaji dua
mata
Mencari keuntungan daripada kedua-dua
belah pihak
21
Seperti ikan dalam
belat
Keadaan bersesak-sesak dalam sesuatu
tempat
22
Seperti kerbau dicucuk
hidung
Orang bodoh yang selalu menurut
kemahuan orang lain
BUAT BAIK
KEPADA IBU
BAPA.
(SKAH/2018) 10
PEPATAH
BIL. PEPATAH MAKNA
1
Biar putih tulang,
jangan putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung
malu
2
Buang yang keruh
ambil yang jernih
Buang yang jahat ambil yang baik
3
Bukit sama didaki,
lurah sama dituruni
Persahabatan yang sangat akrab;
mengharungi kesenangan dan kesusahan
bersama-sama
4
Bulat air kerana
pembetung, bulat
manusia kerana
muafakat
Kata sepakat yang dicapai dalam
perbincangan
5
Kais pagi makan pagi,
kais petang makan
petang
Orang miskin yang harus bekerja setiap
masa
6
Yang bulat tidak
datang bergolek, yang
pipih tidak datang
melayang
Sesuatu benda tidak akan datang tanpa
usaha
7
Tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas
Adat yang tidak berubah; sesuatu yang
tetap utuh
8
Yang lama dikelek,
yang baharu didukung
Adat yang lama tetap diamalkan di
samping budaya hidup yang baru
BIDALAN
BIL. BIDALAN MAKNA
1 Alah bisa tegal biasa
Kerja yang sukar, jika selalu dilakukan akan
menjadi mudah
2
Berpantang maut
sebelum ajal
Tidak akan mati atau meninggal dunia
sebelum ajalnya tiba
3
Buat baik berpada-
pada, buat jahat
jangan sekali
Berbuat baik biarlah berbalas dan
perbuatan jahat hendaklah dihindarkan
sama sekali
4
Sambil menyelam
minum air
Membuat kerja sekali gus
5
Sedikit-sedikit lama-
lama jadi bukit
Tekun dan sabar akan berjaya
6
Rambut sama hitam,
hati lain-lain
Zahir serupa tetapi perangai lain-lain
(SKAH/2018) 11
KATA-KATA HIKMAT
BIL. KATA HIKMAT MAKNA
1
Biar lambat asal
selamat
Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah
dengan berhati-hati
2
Membaca jambatan
ilmu
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan
melalui pembacaan
3
Muafakat membawa
berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan
persetujuan bersama akan menghasilkan
sesuatu yang baik
PERIBAHASA TAHUN 6
SIMPULAN BAHASA
BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA
1 Ada akal Cara menyelesaikan sesuatu masalah
2 Adu domba
Melaga-lagakan seseorang atau
kumpulan dengan seseorang atau
kumpulan lain
3 Air tangan
Hasil kerja seseorang (biasanya berkaitan
masakan)
4 Akal kancil Orang yang pandai tipu muslihat
5 Anak buah
Orang yang termasuk dalam sesuatu
keluarga atau dalam sesuatu pasukan
yang terletak di bawah tanggungjawab
seseorang
6 Anak bujang Anak yang belum berkahwin
7 Anak dagang
Orang asing yang datang ke sesuatu
tempat
8 Anak didik
Seseorang yang dididik atau dilatih supaya
mahir dalam sesuatu bidang
9 Anak jati Seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan
MARI MEMBACA!
(SKAH/2018) 12
di sesuatu tempat
10 Anak tunggal
Satu-satunya anak dalam sesebuah
keluarga
11 Angkat diri
Orang yang sombong dan suka meninggi
diri
12 Asam garam Pengalaman hidup
13 Atas angin Negara-negara Barat
14 Bangkai bernyawa Orang yang tidak berguna
15 Berhati walang Khuatir
16 Bidan terjun
Menggantikan tugas orang lain dengan
tiba-tiba
17 Bintang terang Orang yang bernasib baik
18 Bodoh sepat
Nampak bodoh tetapi sebenarnya tidak
mudah ditipu
19 Bongkok sabut Bongkok sedikit
20 Bongkok udang Terlalu bongkok kerana tua
21 Buah fikiran Pendapat
22 Buah pena Hasil tulisan atau karya
23 Buka mata Insaf atau sedar
24
Buka tembelang /
pecah tembelang
Mendedahkan atau menceritakan hal
keburukan seseorang kepada orang lain
25 Bulat kata Sudah sepakat
26 Cahaya hidup Anak yang membawa tuah
27 Cepat tangan Suka mencuri
28 Ganti tikar
Berkahwin dengan adik atau kakak isteri
setelah isteri meninggal dunia
29 Gelap mata
Hilang pertimbangan kerana terlalu
marah; lupa diri kerana terpengaruh oleh
wang dan harta
30 Gigi air Bahagian tepi laut, sungai, tasik
31 Hati terbuka Menerima dengan senang hati
32 Hisap darah Memeras atau menindas orang
33 Hutang darah Menuntut bela atas sesuatu kejadian
34 Ibu keladi
Orang tua yang berkelakuan seperti orang
muda
35 Intan terpilih Orang yang sangat istimewa
36 Kecil hati Berasa tersinggung
37 Keliling pinggang Sangat banyak
38 Langkah seribu Berlari dengan pantas kerana takut
39 Lapang dada Perasaan lega
(SKAH/2018) 13
40 Lipas kudung Membuat sesuatu kerja dengan pantas
41 Mata petai Tidak dapat melihat dengan betul
42 Malang tidak berbau
Suatu kecelakaan atau musibah yang
datang mendadak secara tiba-tiba
43 Membawa diri Merajuk
44 Memerah keringat Usaha yang sungguh-sungguh
45 Menabur bakti Memberi sumbangan atau perkhidmatan
46 Menghulur tangan Memberikan bantuan
47 Omong kosong
Percakapan perkara yang tidak
berfaedah
48 Pasang telinga Mendengar dengan teliti
49 Pasar gelap
Tempat jual beli barang yang melanggar
undang-undang cara haram
50 Patah arang
Perselisihan faham yang tidak dapat
didamaikan lagi
51 Patah kandar Hilang tempat bergantung
52 Pening-pening lalat Berasa pening sedikit
53 Permata hati Orang yang dikasihi atau disayangi
54 Retak seribu Retak halus dan banyak
55 Saudara baru Mualaf
56 Sebatang kara Tiada sanak saudara
57 Sehelai sepinggang Menjadi miskin (hanya pakaian di badan)
58 Sekangkang kera Tanah yang sedikit dan tidak luas
59 Sengkang mata Tidak tidur semalaman
60 Tali barut
Orang yang membuat pekerjaan tidak
baik untuk orang lain
61 Tanah air Negeri tempat seseorang dilahirkan
62 Tawar hati Sudah hilang kepercayaan
63 Tebal telinga Tidak mempedulikan cakap orang lain
64 Tergerak hati Timbul perasaan dalam hati
65 Tulang empat kerat Anggota badan
PERUMPAMAAN
BIL. PERUMPAMAAN MAKNA
1
Bagai Si Kudung
mendapat cincin
Berasa gembira mendapat sesuatu tetapi
tidak dapat merasai nikmatnya
2
Seperti bulan dipagar
bintang
Gadis jelita yang dikelilingi perawan-
perawan cantik
3
Bagai ayam disambar
helang
Orang yang hilang dengan tiba-tiba dan
tidak diketahui khabar beritanya
(SKAH/2018) 14
4
Bagai cicak makan
kapur
Beroleh malu dalam sesuatu majlis kerana
kesalahannya
5 Bagai air titik ke batu
Kesukaran memberi pengajaran kepada
orang yang degil
6
Bagai pelita kehabisan
minyak
Orang yang telah hilang serinya
7
Bagai bunyi perian
pecah
Suara yang tidak merdu
8 Seperti bertih digoreng Bunyi berdetus-detusan
9
Bagai Belanda minta
tanah
Diberi sedikit lalu hendak minta banyak
10
Seperti duduk dalam
duri
Sangat gelisah
11
Seperti embun di
hujung rumput
Kasih sayang yang mudah hilang
12
Seperti gunting makan
di hujung
Membalas dendam atau berbuat sesuatu
dengan diam-diam atau perlahan-lahan
tetapi berhasil
13
Seperti harimau
menyembunyikan
kukunya
Orang yang menyembunyikan
kelebihannya
14
Seperti katak disimbah
air
Orang yang terkulat atau berdiam diri
15
Seperti langit dengan
bumi
Banyak sekali bezanya
16
Seperti melukut di tepi
gantang
Tidak dianggap penting
17
Seperti mentimun
dengan durian
Orang yang lemah melawan orang yang
kuat tidak akan menang
18
Seperti pacat
kekenyangan
Sehabis makan di rumah orang lalu pergi
19
Seperti pungguk
rindukan bulan
Di alam percintaan
20
Seperti rumput di tepi
jalan
Hidup dalam kemiskinan
21
Seperti tikus jatuh ke
beras
Suka dan senang sekali
22
Seperti api dalam
sekam
Perbuatan jahat atau dendam yang
tersembunyi
23
Bagai hempedu lekat
di hati
Perhubungan, persahabatan atau ikatan
perkahwinan yang erat
(SKAH/2018) 15
24
Bagai menghitung bulu
kambing
Melakukan pekerjaan yang sia-sia
25
Seperti tikus jatuh ke
beras
Suka dan senang sekali
26 Seperti ular kena palu Keadaan yang bengkang-bengkok
PEPATAH
BIL. PEPATAH MAKNA
1
Jauh di mata dekat di
hati
Walaupun berjauhan, namun di dalam
hati terasa begitu dekat, iaitu sentiasa
diingati
2
Jauhari juga mengenal
manikam
Hanya orang yang bijak yang mengetahui
tentang keelokan sesuatu atau ilmu
3
Sebab nila setitik, rosak
susu sebelanga
Kerana kejahatan yang sedikit, semua
kebaikan dilupakan
4
Sebab pulut santan
binasa, sebab mulut
badan binasa
Percakapan yang kasar akhirnya akan
membahayakan diri sendiri
5
Sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya
jatuh ke tanah jua
Walau sepandai manapun seseorang itu
dalam pekerjaannya, ada kalanya dia
akan membuat kesilapan atau kesalahan
6
Untung sabut timbul,
untung batu
tenggelam
Jika nasib baik akan mendapat kejayaan,
jika nasib malang akan mendapat
kerugian
7
Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke
tepian
Bersusah payah dahulu supaya senang
kemudian
8
Walaupun ada
umpan, belum tentu
ada ikan
Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada
persediaan yang cukup tetapi belum tentu
akan berhasil dengan baik
9
Yang dikejar tak
dapat, yang
dikendong berciciran
Keuntungan yang diharap tidak didapati
dan yang telah ada lesap pula
10
Yang merah itu saga,
yang kurik itu kundi
Yang paling penting dalam diri seseorang
adalah hatinya bukan keelokan wajahnya
11
Hujan emas di negeri
orang, hujan batu di
negeri sendiri
Walau bagaimanapun kelebihan yang
ada di negeri orang, tetap negara sendiri
lebih baik
12
Harimau mati
meninggalkan belang,
Insan yang banyak berbakti dan membuat
jasa akan sentiasa dikenang
(SKAH/2018) 16
manusia mati
meninggalkan nama
13
Di mana bumi dipijak,
di situ langit dijunjung
Menurut adat atau peraturan di tempat
yang kita diami atau tinggal
14
Alang-alang
berdakwat biarlah
hitam
Berbuat sesuatu hendaklah dengan
bersungguh-sungguh
15
Berat mata
memandang, berat
lagi bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan atau
penderitaan seseorang, berat lagi apa-
apa yang dialami oleh si penanggungnya
16
Peliharalah yang lama,
pelajari yang baru
Belajar sesuatu yang baru, namun tetap
mengekalkan yang lama
17 Ada gula ada semut
Apabila ada sumber rezeki, akan
banyaklah orang berkumpul di situ
BIDALAN
BIL. BIDALAN MAKNA
1
Melentur buluh biarlah
dari rebungnya
Melatih anak biarlah dari kecil
2 Beri betis hendak paha Diberi sedikit hendak lebih banyak
3
Berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing
Tolong-menolong
4
Ikut resmi padi,
semakin berisi semakin
tunduk
Semakin pandai, semakin merendah diri
5
Ingat sebelum kena,
jimat sebelum habis
Berhati-hati supaya tidak menyesal
6
Sehari selembar
benang, lama-lama
menjadi kain
Tekun dan usaha tentu berjaya
7
Sesal dahulu
pendapatan, sesal
kemudian tidak
berguna
Sebelum mengerjakan atau melakukan
sesuatu hendaklah difikirkan habis-habisan
(SKAH/2018) 17
KATA-KATA HIKMAT
BIL. PEPATAH MAKNA
1
Bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi
kuat sebaliknya kalau kita bercerai-berai
kita akan lemah
2
Otak yang cerdas ada
pada badan yang
sihat
Dengan kesihatan yang baik, seseorang
itu mampu mengemukakan fikiran yang
bernas
3
Alah membeli menang
memakai
Barang yang baik ataupun berkualiti
memang mahal, tetapi dapat bertahan
lama
BANDINGAN SEMACAM
Adil seperti hakim Alim seperti ulama
Alun seperti ombak Aman seperti syurga
Anggun seperti ratu Angkuh seperti merak
Arif seperti pendeta Baik seperti Malaikat/Nabi
Bebas seperti burung Becok seperti murai
Berani seperti harimau/singa Berat seperti batu
Kaku seperti mayat Sabar seperti Nabi
Sibuk seperti lebah Zalim seperti Firaun
SLOGAN
Minda sihat, emosi stabil Pandu cermat, jiwa selamat
Perpaduan teras kejayaan Bahasa jiwa bangsa
Bangsa membaca bangsa berjaya Utamakan barangan buatan
Malaysia
PERIBAHASA YANG MEMPUNYAI SAMA MAKSUD
Seperti embun di hujung rumput
Seperti abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama atau kasih
sayang yang lekas hilang)
Menangguk dalam air keruh
Menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas
kesusahan orang lain)
(SKAH/2018) 18
Sarang tebuan jangan dijolok
Lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau, kelak buruk padahnya)
Bagai pinang dibelah dua
Bagai cincin dengan permata
Seperti cincin terlekat di jari
Tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai atau secocok)
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke
seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Burung terbang dipipiskan lada
Belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia
dilepaskan)
Seperti telur di hujung tanduk
Retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk
musnah)
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku bapanya)
Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Bagai mencurah air ke daun keladi
Bagai mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat yang tidak dipedulikan atau tidak
memberi kesan kepada pendengar)
(SKAH/2018) 19
Genggam bara api, biar sampai jadi arang
Alang-alang mandi, biar basah
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh
sehingga mencapai kejayaan)
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
Rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)
Bagai isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)
Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua
Air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik-beradik tidak akan kekal lama, lama-
kelamaan akan berbaik-baik jua)
Seperti belut pulang ke lumpur
Seperti haruan pulang ke lubuk
Seperti sirih pulang ke gagang
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)
Bagai api dalam sekam
Seperti gunting dalam lipatan
Seperti musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa
disedari)
(SKAH/2018) 20
Membuka pekung di dada
Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri
sendiri)
Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit
Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seseorang, semua yang lain turut terkena
akibatnya
Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
Habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang
lama tidak diperlukan lagi)
SYUKUR.
BANYAK
PERIBAHASA
YANG KITA
PELAJARI.
SYUKUR
KEPADA
ALLAH.

More Related Content

What's hot

Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajaksaieyen
 
Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuAjak Kur
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifhaniffpotter
 
Pantun Melayu
Pantun MelayuPantun Melayu
Pantun Melayuloloqz
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmNorazelin Mat Isa
 
Pepatah Bahasa Melayu
Pepatah Bahasa MelayuPepatah Bahasa Melayu
Pepatah Bahasa MelayuAjak Kur
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriAina Amirah
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratSUFINA SHUKRI
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-maknaer3r
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guruain2101
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisHaliza Hashim
 
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysiaArlida Ab Hamid
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusAmiruddin Abd Rahman
 

What's hot (20)

Analisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajakAnalisis bentuk sajak
Analisis bentuk sajak
 
Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa Melayu
 
Proses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektifProses pegimbuhan kata adjektif
Proses pegimbuhan kata adjektif
 
Pantun Melayu
Pantun MelayuPantun Melayu
Pantun Melayu
 
Sajak dirgahayu bahasaku
Sajak dirgahayu bahasakuSajak dirgahayu bahasaku
Sajak dirgahayu bahasaku
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Penubuhan prs
Penubuhan prsPenubuhan prs
Penubuhan prs
 
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bmContoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
Contoh aktiviti minggu bahasa melayu panitia bm
 
Pepatah Bahasa Melayu
Pepatah Bahasa MelayuPepatah Bahasa Melayu
Pepatah Bahasa Melayu
 
Lagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteriLagu dunia pandu puteri
Lagu dunia pandu puteri
 
Isi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersiratIsi tersurat dan isi tersirat
Isi tersurat dan isi tersirat
 
Pantun kanak kanak
Pantun kanak kanakPantun kanak kanak
Pantun kanak kanak
 
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
52656347 penggunaan-kata-banyak-makna
 
Sajak guru oh guru
Sajak guru oh guruSajak guru oh guru
Sajak guru oh guru
 
Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancainderaKata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancaindera
 
Koleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlisKoleksi pantun majlis
Koleksi pantun majlis
 
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia17 nilai murni dalam bahasa malaysia
17 nilai murni dalam bahasa malaysia
 
Rangka karangan
Rangka karanganRangka karangan
Rangka karangan
 
1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak1 Bentuk Sajak
1 Bentuk Sajak
 
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLusKoleksi karangan untuk Murid GaLus
Koleksi karangan untuk Murid GaLus
 

Similar to NOTA PERIBAHASA TAHAP 2 (2018).pdf

Similar to NOTA PERIBAHASA TAHAP 2 (2018).pdf (6)

Modul pecutan pemahaman bhg a 2018
Modul pecutan pemahaman bhg a 2018Modul pecutan pemahaman bhg a 2018
Modul pecutan pemahaman bhg a 2018
 
10peribahasa
10peribahasa10peribahasa
10peribahasa
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 
Latihan Peribahasa Menengah 1.docx
Latihan Peribahasa Menengah 1.docxLatihan Peribahasa Menengah 1.docx
Latihan Peribahasa Menengah 1.docx
 
Ungkapan bi-guru 13-2-13
Ungkapan bi-guru 13-2-13Ungkapan bi-guru 13-2-13
Ungkapan bi-guru 13-2-13
 
Simpulan bahasa
Simpulan bahasaSimpulan bahasa
Simpulan bahasa
 

Recently uploaded

LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptxSirlyPutri1
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajarHafidRanggasi
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 

Recently uploaded (20)

LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
(NEW) Template Presentasi UGM 2 (2).pptx
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 

NOTA PERIBAHASA TAHAP 2 (2018).pdf

  • 1. (SKAH/2018) 1 NOTA KECIL PERIBAHASA MELAYU TAHUN 4, 5 DAN 6 NAMA: _____________________________ KELAS: ____________________________ 2018
  • 2. (SKAH/2018) 2 ISI KANDUNGAN PERKARA HALAMAN APA ITU PERIBAHASA? 3 PERIBAHASA TAHUN 4 - Simpulan Bahasa - Perumpamaan - Pepatah - Bidalan - Kata-kata Hikmat 4 5 6 6 6 PERIBAHASA TAHUN 5 - Simpulan Bahasa - Perumpamaan - Pepatah - Bidalan - Kata-kata Hikmat 7 8 10 10 11 PERIBAHASA TAHUN 6 - Simpulan Bahasa - Perumpamaan - Pepatah - Bidalan - Kata-kata Hikmat 11 12 14 16 17 Bandingan Semacam 17 Slogan 17 Peribahasa sama maksud 17 Prakata “Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang” Nota Kecil Peribahasa Melayu ini dibukukan khas bagi memudahkan murid-murid Sri Al-Amin Bangi menguasai dan memahami makna peribahasa yang terdapat dalam buku teks Bahasa Melayu. Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu murid-murid meningkatkan kecemerlangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sesungguhnya Allah akan mendatangkan kefahaman kepada mereka yang berusaha untuk memahaminya. Insya-Allah. -Siti Khairiah Abu Hassan, Panitia Bahasa Melayu 2018-
  • 3. (SKAH/2018) 3 APA ITU PERIBAHASA? Simpulan Bahasa *Biasanya terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Perumpamaan *Susunan kata yang paling indah dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. *Dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. Kumpulan kata yang tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. Pepatah *Berangkap dan terdapat kata yang berulang. *Menyatakan sesuatu penegasan, falsafah atau pengajaran yang ingin disampaikan. Bidalan *Mempunyai maksud tersirat di sebalik susunan kata. *Tidak mengandungi sesuatu kata yang tertentu seperti perumpamaan. Kata Hikmat *Terbit daripada ayat-ayat suci dalam kitab atau daripada percakapan serta penulisan seseorang yang dihormati dan terbilang. *Kata-kata tersebut mengandungi falsafah atau pengajaran yang berguna sebagai panduan hidup. Bandingan Semacam *Ungkapan yang menggambarkan perlakuan (sifat seseorang) atau benda secara bandingan.
  • 4. (SKAH/2018) 4 PERIBAHASA TAHUN 4 SIMPULAN BAHASA BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA 1 Ada gaya Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya 2 Ada jalan Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara 3 Ayam tambatan Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan 4 Bahasa istana Ragam bahasa istana 5 Bahasa pasar Bahasa Melayu yang tidak betul ragam tatabahasanya 6 Berat sebelah Tidak adil 7 Beri muka Memanjakan secara berlebihan 8 Buah hati Kekasih, orang yang dicintai 9 Campur tangan Terlibat dalam urusan orang lain 10 Cari jalan Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara 11 Dalam tangan Sesuatu yang pasti akan dimiliki 12 Darah daging Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri 13 Durian runtuh Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka 14 Harga diri Maruah, kehormatan diri 15 Ikat perut Mengurangkan makan kerana kemiskinan 16 Isi hati Perasaan atau apa-apa yang terfikir 17 Jejak langkah Mencontohi perbuatan seseorang 18 Juling air Juling sedikit 19 Lepas tangan Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan 20 Makan hati Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri 21 Naik angin, naik darah Terlalu marah 22 Nyawa-nyawa ikan Hampir-hampir mati, nazak 23 Pasang telinga Mendengar dengan teliti 24 Pekak badak Pura-pura tidak dengar 25 Putih tulang Mati 26 Putih mata Kecewa kerana harapan tidak tercapai 27 Serkap jarang Tuduhan yang dibuat tanpa usul periksa 28 Telinga nipis Orang yang lekas marah
  • 5. (SKAH/2018) 5 29 Titik peluh Hasil usaha sendiri 30 Tahi lalat Bintik hitam pada pakaian atau badan 31 Murah hati Tidak segan memberi sedekah, pemurah 32 Orang berada Orang yang berharta PERUMPAMAAN BIL. PERUMPAMAAN MAKNA 1 Bagai bertepuk sebelah tangan Cinta tidak berbalas 2 Bagai bulan jatuh ke riba Mendapat untung yang besar 3 Bagai dihiris sembilu Sangat sedih 4 Bagai duri dalam daging Sesuatu yang tidak menyenangkan hati 5 Bagai itik pulang petang Berjalan sangat lambat dan berlenggang- lenggok 6 Bagai kumbang putus tali Terlepas daripada kesengsaraan 7 Bagai mencurah air ke daun keladi Tidak mahu mendengar nasihat atau ajaran orang 8 Bagai menatang minyak yang penuh Memelihara anak dengan penuh kasih sayang 9 Bagai murai tercabut ekor Orang yang suka bercakap banyak 10 Bagai tikus membaiki labu Orang yang cuba membaiki sesuatu yang tidak diketahui dan tambah merosakkan 11 Bagai melepaskan anjing tersepit Menolong orang yang tidak tahu membalas jasa 12 Seperti cincin dengan permata Jodoh yang sesuai benar 13 Seperti kaca jatuh ke batu Hati yang hancur kerana amat berdukacita 14 Seperti kacang lupakan kulit Orang yang tidak tahu mengenang budi 15 Seperti kera mendapat bunga Mendapat sesuatu yang tidak dapat dipergunakan 16 Seperti pinang dibelah dua Sama cantik dan sama padan 17 Seperti rusa masuk kampung Tercengang kehairanan
  • 6. (SKAH/2018) 6 PEPATAH BIL. PEPATAH MAKNA 1 Berani kerana benar, takut kerana salah Berani kerana berada di pihak yang benar 2 Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih Kalau ada kemahuan, maka ada jalan untuk melakukannya. Sebaliknya jika hati tidak mahu, maka ada saja alasan untuk tidak melakukan sesuatu. 3 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Seseorang yang bersungguh-sungguh untuk mencapai apa-apa yang dihajati, akhirnya akan tercapai juga. BIDALAN BIL. BIDALAN MAKNA 1 Indah khabar dari rupa Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan 2 Nasi sudah menjadi bubur Perbuatan yang telah terlanjur dan tidak dapat ditarik kembali 3 Ukur baju di badan sendiri Melakukan sesuatu hendaklah mengikut kemampuan sendiri 4 Sediakan payung sebelum hujan Berjaga-jaga sebelum ketibaan sesuatu bencana 5 Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan KATA-KATA HIKMAT BIL. KATA HIKMAT MAKNA 1 Masa itu emas Masa sangat berharga 2 Ilmu pelita hidup Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan MARI KITA PELAJARI LEBIH BANYAK LAGI PERIBAHASA!
  • 7. (SKAH/2018) 7 PERIBAHASA TAHUN 5 SIMPULAN BAHASA BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA 1 Air muka Rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan 2 Alim-alim kucing Pura-pura baik 3 Angkat muka Tidak malu, tidak takut 4 Atas pagar Tidak menyebelahi mana-mana pihak 5 Bau-bau bacang Hubungan kekeluargaan yang jauh 6 Berpaling tadah Khianat 7 Berpeluk tubuh Malas bekerja atau berusaha 8 Bertikam lidah Bertengkar, berdebat 9 Besar hati Bangga, gembira 10 Bulat hati Teguh pendirian, sungguh-sungguh 11 Bunga dedap Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa 12 Buruk makan Gelojoh 13 Buruk siku Meminta kembali barang yang telah diberikan 14 Duit kopi Bayaran tidak rasmi kepada seseorang/rasuah 15 Duit pecah Duit syiling 16 Gila-gila bahasa Kurang sihat atau tidak panjang fikiran 17 Gulung tikar Menutup perniagaan kerana mengalami kerugian (muflis) 18 Halwa telinga Sesuatu yang baik didengar 19 Harga pokok Harga jualan mengikut modal yang dikeluarkan 20 Hangat-hangat tahi ayam Membuat sesuatu separuh jalan 21 Hentam keromo Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan 22 Hilang akal Gila 23 Jauh hati Merajuk 24 Kacang hantu Orang yang jahat dan suka mengganggu kawan 25 Kata putus Ketentuan yang terakhir 26 Kepala angin Perangai yang tidak stabil
  • 8. (SKAH/2018) 8 27 Kera sumbang Orang yang takut atau tidak gemar bergaul dengan orang lain 28 Kerang busuk Tersengih-sengih tanpa sebab 29 Kutu embun Orang yang suka merayau-rayau pada malam hari 30 Lidah bercabang/lidah biawak Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah 31 Lintah darat Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi 32 Lupa daratan Berbuat sesuatu yang melampaui batas 33 Makan angkat Orang yang suka dipuji 34 Makan diri Berkeadaan sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri 35 Makan suap Menerima sogokan atau rasuah 36 Menambat hati Memikat atau menarik hati 37 Menara gading Pusat pengajian tinggi (universiti) 38 Otak cair Pandai, cerdik 39 Penyapu baharu Pekerja baharu yang rajin 40 Perang mulut Bertengkar dengan suara yang kuat 41 Pisau cukur Perempuan yang suka mengikis kekayaan lelaki 42 Rambang mata Tidak tahu hendak membuat pilihan 43 Sampah masyarakat Orang yang tidak berguna 44 Senyum kambing Senyum mengejek 45 Sepak kertas Tidak mempunyai pekerjaan, penganggur 46 Tahi minyak Cerewet 47 Tanda harga Label harga barangan PERUMPAMAAN BIL. PERUMPAMAAN MAKNA 1 Seperti abu di atas tunggul Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap, bila-bila sahaja dapat dipecat 2 Bagai anjing buruk kepala Orang yang dibenci masyarakat 3 Bagai aur dengan tebing Hidup bermuafakat dan tolong-menolong 4 Bagai berumah di tepi tebing Selalu ada kekhuatiran dan resah gelisah 5 Bagai bumi dengan langit Sangat berbeza
  • 9. (SKAH/2018) 9 6 Bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Tidak semuafakat dalam perbincangan 7 Haruan makan anak Berlaku sumbang dengan ahli keluarga sendiri 8 Bagai berkain tiga hasta Berada dalam keadaan yang serba tidak cukup 9 Seperti pahat dengan penukul Orang yang hanya bekerja apabila diperintah 10 Bagai keli kena ketuk Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkal 11 Bagai kucing kehilangan anak Orang yang kebingungan dan tidak tentu arah 12 Bagai mendukung biawak hidup Melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri 13 Seperti sirih pulang ke gagang Sesuatu yang kena pada tempatnya 14 Seperti telur di hujung tanduk Orang yang dalam keadaan amat sulit/sukar 15 Bagaimana acuan begitulah kuihnya Anak menurut baka ibu bapanya, sesuatu itu menurut asalnya 16 Bagaimana bunyi gendang begitulah tarinya Menyesuaikan ikut keadaan, patuh pada segala perintah 17 Seperti api dalam sekam Perbuatan jahat yang tersembunyi 18 Seperti ayam berak kapur Rupa pucat kerana menghidap penyakit 19 Seperti ayam patuk anaknya Menghukum anak bukan untuk menyeksa tetapi untuk memperbaiki kelakuan anak itu 20 Seperti gergaji dua mata Mencari keuntungan daripada kedua-dua belah pihak 21 Seperti ikan dalam belat Keadaan bersesak-sesak dalam sesuatu tempat 22 Seperti kerbau dicucuk hidung Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang lain BUAT BAIK KEPADA IBU BAPA.
  • 10. (SKAH/2018) 10 PEPATAH BIL. PEPATAH MAKNA 1 Biar putih tulang, jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu 2 Buang yang keruh ambil yang jernih Buang yang jahat ambil yang baik 3 Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Persahabatan yang sangat akrab; mengharungi kesenangan dan kesusahan bersama-sama 4 Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Kata sepakat yang dicapai dalam perbincangan 5 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang Orang miskin yang harus bekerja setiap masa 6 Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 7 Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh 8 Yang lama dikelek, yang baharu didukung Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru BIDALAN BIL. BIDALAN MAKNA 1 Alah bisa tegal biasa Kerja yang sukar, jika selalu dilakukan akan menjadi mudah 2 Berpantang maut sebelum ajal Tidak akan mati atau meninggal dunia sebelum ajalnya tiba 3 Buat baik berpada- pada, buat jahat jangan sekali Berbuat baik biarlah berbalas dan perbuatan jahat hendaklah dihindarkan sama sekali 4 Sambil menyelam minum air Membuat kerja sekali gus 5 Sedikit-sedikit lama- lama jadi bukit Tekun dan sabar akan berjaya 6 Rambut sama hitam, hati lain-lain Zahir serupa tetapi perangai lain-lain
  • 11. (SKAH/2018) 11 KATA-KATA HIKMAT BIL. KATA HIKMAT MAKNA 1 Biar lambat asal selamat Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah dengan berhati-hati 2 Membaca jambatan ilmu Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan 3 Muafakat membawa berkat Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik PERIBAHASA TAHUN 6 SIMPULAN BAHASA BIL. SIMPULAN BAHASA MAKNA 1 Ada akal Cara menyelesaikan sesuatu masalah 2 Adu domba Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan lain 3 Air tangan Hasil kerja seseorang (biasanya berkaitan masakan) 4 Akal kancil Orang yang pandai tipu muslihat 5 Anak buah Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga atau dalam sesuatu pasukan yang terletak di bawah tanggungjawab seseorang 6 Anak bujang Anak yang belum berkahwin 7 Anak dagang Orang asing yang datang ke sesuatu tempat 8 Anak didik Seseorang yang dididik atau dilatih supaya mahir dalam sesuatu bidang 9 Anak jati Seseorang yang dilahirkan dan dibesarkan MARI MEMBACA!
  • 12. (SKAH/2018) 12 di sesuatu tempat 10 Anak tunggal Satu-satunya anak dalam sesebuah keluarga 11 Angkat diri Orang yang sombong dan suka meninggi diri 12 Asam garam Pengalaman hidup 13 Atas angin Negara-negara Barat 14 Bangkai bernyawa Orang yang tidak berguna 15 Berhati walang Khuatir 16 Bidan terjun Menggantikan tugas orang lain dengan tiba-tiba 17 Bintang terang Orang yang bernasib baik 18 Bodoh sepat Nampak bodoh tetapi sebenarnya tidak mudah ditipu 19 Bongkok sabut Bongkok sedikit 20 Bongkok udang Terlalu bongkok kerana tua 21 Buah fikiran Pendapat 22 Buah pena Hasil tulisan atau karya 23 Buka mata Insaf atau sedar 24 Buka tembelang / pecah tembelang Mendedahkan atau menceritakan hal keburukan seseorang kepada orang lain 25 Bulat kata Sudah sepakat 26 Cahaya hidup Anak yang membawa tuah 27 Cepat tangan Suka mencuri 28 Ganti tikar Berkahwin dengan adik atau kakak isteri setelah isteri meninggal dunia 29 Gelap mata Hilang pertimbangan kerana terlalu marah; lupa diri kerana terpengaruh oleh wang dan harta 30 Gigi air Bahagian tepi laut, sungai, tasik 31 Hati terbuka Menerima dengan senang hati 32 Hisap darah Memeras atau menindas orang 33 Hutang darah Menuntut bela atas sesuatu kejadian 34 Ibu keladi Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda 35 Intan terpilih Orang yang sangat istimewa 36 Kecil hati Berasa tersinggung 37 Keliling pinggang Sangat banyak 38 Langkah seribu Berlari dengan pantas kerana takut 39 Lapang dada Perasaan lega
  • 13. (SKAH/2018) 13 40 Lipas kudung Membuat sesuatu kerja dengan pantas 41 Mata petai Tidak dapat melihat dengan betul 42 Malang tidak berbau Suatu kecelakaan atau musibah yang datang mendadak secara tiba-tiba 43 Membawa diri Merajuk 44 Memerah keringat Usaha yang sungguh-sungguh 45 Menabur bakti Memberi sumbangan atau perkhidmatan 46 Menghulur tangan Memberikan bantuan 47 Omong kosong Percakapan perkara yang tidak berfaedah 48 Pasang telinga Mendengar dengan teliti 49 Pasar gelap Tempat jual beli barang yang melanggar undang-undang cara haram 50 Patah arang Perselisihan faham yang tidak dapat didamaikan lagi 51 Patah kandar Hilang tempat bergantung 52 Pening-pening lalat Berasa pening sedikit 53 Permata hati Orang yang dikasihi atau disayangi 54 Retak seribu Retak halus dan banyak 55 Saudara baru Mualaf 56 Sebatang kara Tiada sanak saudara 57 Sehelai sepinggang Menjadi miskin (hanya pakaian di badan) 58 Sekangkang kera Tanah yang sedikit dan tidak luas 59 Sengkang mata Tidak tidur semalaman 60 Tali barut Orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain 61 Tanah air Negeri tempat seseorang dilahirkan 62 Tawar hati Sudah hilang kepercayaan 63 Tebal telinga Tidak mempedulikan cakap orang lain 64 Tergerak hati Timbul perasaan dalam hati 65 Tulang empat kerat Anggota badan PERUMPAMAAN BIL. PERUMPAMAAN MAKNA 1 Bagai Si Kudung mendapat cincin Berasa gembira mendapat sesuatu tetapi tidak dapat merasai nikmatnya 2 Seperti bulan dipagar bintang Gadis jelita yang dikelilingi perawan- perawan cantik 3 Bagai ayam disambar helang Orang yang hilang dengan tiba-tiba dan tidak diketahui khabar beritanya
  • 14. (SKAH/2018) 14 4 Bagai cicak makan kapur Beroleh malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahannya 5 Bagai air titik ke batu Kesukaran memberi pengajaran kepada orang yang degil 6 Bagai pelita kehabisan minyak Orang yang telah hilang serinya 7 Bagai bunyi perian pecah Suara yang tidak merdu 8 Seperti bertih digoreng Bunyi berdetus-detusan 9 Bagai Belanda minta tanah Diberi sedikit lalu hendak minta banyak 10 Seperti duduk dalam duri Sangat gelisah 11 Seperti embun di hujung rumput Kasih sayang yang mudah hilang 12 Seperti gunting makan di hujung Membalas dendam atau berbuat sesuatu dengan diam-diam atau perlahan-lahan tetapi berhasil 13 Seperti harimau menyembunyikan kukunya Orang yang menyembunyikan kelebihannya 14 Seperti katak disimbah air Orang yang terkulat atau berdiam diri 15 Seperti langit dengan bumi Banyak sekali bezanya 16 Seperti melukut di tepi gantang Tidak dianggap penting 17 Seperti mentimun dengan durian Orang yang lemah melawan orang yang kuat tidak akan menang 18 Seperti pacat kekenyangan Sehabis makan di rumah orang lalu pergi 19 Seperti pungguk rindukan bulan Di alam percintaan 20 Seperti rumput di tepi jalan Hidup dalam kemiskinan 21 Seperti tikus jatuh ke beras Suka dan senang sekali 22 Seperti api dalam sekam Perbuatan jahat atau dendam yang tersembunyi 23 Bagai hempedu lekat di hati Perhubungan, persahabatan atau ikatan perkahwinan yang erat
  • 15. (SKAH/2018) 15 24 Bagai menghitung bulu kambing Melakukan pekerjaan yang sia-sia 25 Seperti tikus jatuh ke beras Suka dan senang sekali 26 Seperti ular kena palu Keadaan yang bengkang-bengkok PEPATAH BIL. PEPATAH MAKNA 1 Jauh di mata dekat di hati Walaupun berjauhan, namun di dalam hati terasa begitu dekat, iaitu sentiasa diingati 2 Jauhari juga mengenal manikam Hanya orang yang bijak yang mengetahui tentang keelokan sesuatu atau ilmu 3 Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga Kerana kejahatan yang sedikit, semua kebaikan dilupakan 4 Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa Percakapan yang kasar akhirnya akan membahayakan diri sendiri 5 Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua Walau sepandai manapun seseorang itu dalam pekerjaannya, ada kalanya dia akan membuat kesilapan atau kesalahan 6 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam Jika nasib baik akan mendapat kejayaan, jika nasib malang akan mendapat kerugian 7 Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian Bersusah payah dahulu supaya senang kemudian 8 Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik 9 Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran Keuntungan yang diharap tidak didapati dan yang telah ada lesap pula 10 Yang merah itu saga, yang kurik itu kundi Yang paling penting dalam diri seseorang adalah hatinya bukan keelokan wajahnya 11 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri Walau bagaimanapun kelebihan yang ada di negeri orang, tetap negara sendiri lebih baik 12 Harimau mati meninggalkan belang, Insan yang banyak berbakti dan membuat jasa akan sentiasa dikenang
  • 16. (SKAH/2018) 16 manusia mati meninggalkan nama 13 Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal 14 Alang-alang berdakwat biarlah hitam Berbuat sesuatu hendaklah dengan bersungguh-sungguh 15 Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul Betapa berat kita melihat kesusahan atau penderitaan seseorang, berat lagi apa- apa yang dialami oleh si penanggungnya 16 Peliharalah yang lama, pelajari yang baru Belajar sesuatu yang baru, namun tetap mengekalkan yang lama 17 Ada gula ada semut Apabila ada sumber rezeki, akan banyaklah orang berkumpul di situ BIDALAN BIL. BIDALAN MAKNA 1 Melentur buluh biarlah dari rebungnya Melatih anak biarlah dari kecil 2 Beri betis hendak paha Diberi sedikit hendak lebih banyak 3 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Tolong-menolong 4 Ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk Semakin pandai, semakin merendah diri 5 Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis Berhati-hati supaya tidak menyesal 6 Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain Tekun dan usaha tentu berjaya 7 Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna Sebelum mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan habis-habisan
  • 17. (SKAH/2018) 17 KATA-KATA HIKMAT BIL. PEPATAH MAKNA 1 Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat sebaliknya kalau kita bercerai-berai kita akan lemah 2 Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas 3 Alah membeli menang memakai Barang yang baik ataupun berkualiti memang mahal, tetapi dapat bertahan lama BANDINGAN SEMACAM Adil seperti hakim Alim seperti ulama Alun seperti ombak Aman seperti syurga Anggun seperti ratu Angkuh seperti merak Arif seperti pendeta Baik seperti Malaikat/Nabi Bebas seperti burung Becok seperti murai Berani seperti harimau/singa Berat seperti batu Kaku seperti mayat Sabar seperti Nabi Sibuk seperti lebah Zalim seperti Firaun SLOGAN Minda sihat, emosi stabil Pandu cermat, jiwa selamat Perpaduan teras kejayaan Bahasa jiwa bangsa Bangsa membaca bangsa berjaya Utamakan barangan buatan Malaysia PERIBAHASA YANG MEMPUNYAI SAMA MAKSUD Seperti embun di hujung rumput Seperti abu di atas tunggul (keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama atau kasih sayang yang lekas hilang) Menangguk dalam air keruh Menahan lukah di pergentingan (mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)
  • 18. (SKAH/2018) 18 Sarang tebuan jangan dijolok Lembu dogol jangan dibalun (orang yang diam jangan dikacau, kelak buruk padahnya) Bagai pinang dibelah dua Bagai cincin dengan permata Seperti cincin terlekat di jari Tanduk bersendi gading (padanan yang sesuai atau secocok) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang (usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati) Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Burung terbang dipipiskan lada Belum duduk sudah berlunjur (mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan) Seperti telur di hujung tanduk Retak menanti belah (keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah) Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Bapa borek, anak rintik (seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkah laku bapanya) Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri Bagai mencurah air ke daun keladi Bagai mencurah garam ke laut (pesanan atau nasihat yang tidak dipedulikan atau tidak memberi kesan kepada pendengar)
  • 19. (SKAH/2018) 19 Genggam bara api, biar sampai jadi arang Alang-alang mandi, biar basah Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan) Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam Rambut sama hitam, hati lain-lain (manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain) Bagai isi dengan kuku Bagai aur dengan tebing Bagai dakwat dengan kertas (persahabatan yang sangat akrab) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Bukit sama didaki, lurah sama dituruni (susah senang dihadapi bersama) Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua Air dicencang tak akan putus (perbalahan antara adik-beradik tidak akan kekal lama, lama- kelamaan akan berbaik-baik jua) Seperti belut pulang ke lumpur Seperti haruan pulang ke lubuk Seperti sirih pulang ke gagang (perantau yang pulang semula ke tempat asal) Bagai api dalam sekam Seperti gunting dalam lipatan Seperti musuh dalam selimut (musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)
  • 20. (SKAH/2018) 20 Membuka pekung di dada Menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri (mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri) Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga (disebabkan perbuatan seseorang, semua yang lain turut terkena akibatnya Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi Habis madu, sepah dibuang (apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi) SYUKUR. BANYAK PERIBAHASA YANG KITA PELAJARI. SYUKUR KEPADA ALLAH.