1. CIKGU SHAMSUL BIN PONIJAN
SMK SEG HWA (CF)
SEGAMAT, JOHOR.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
2. NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
Objektif:
Dapat menjelaskan
latar masa dalam novel
Di Sebalik Dinara
3. 1. Pada waktu malam
1. Farisha sampai di apartmennya pada jam 10
malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal.
Dia menekan interkom minta bantuan teman
serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
4. 1. Pada waktu malam
2. Karl meninggal dunia pada jam 7.00 malam.
Ketika itu semua yang terlibat dalam projek
Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung,
manakala Medina menangis teresak-esak..
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
5. 1. Pada waktu malam
3. Pada waktu malam juga, Farisha bersama
Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya
Secured Shell untuk meneliti dokumen
undang-undang projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul
11.30 malam kerana Farisha sakit kepala.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
6. 1. Pada waktu malam
4. Waktu malam juga Farisha mengunjungi
rumah abangnya untuk makan malam. Pada
waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua
berita yang menyedihkannya . Berita penyakit
abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya
anak angkat kepada keluarga Azraai.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
7. 2. Pada waktu pagi
1. Farisha gelisah menunggu kedatangan
Rosman yang berjanji untuk mengambilnya.
Mereka berjanji untuk bersama-sama ke
simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu
jam menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium
akan bermula pada jam 9.00 pagi.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
8. 2. Pada waktu pagi
2. Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul
10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu
Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram
menawarkan projek mini di Soft Lab untuk
mereka berdua. Farisha menyalin alamat
e-mel Aqram.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
9. 2. Pada waktu pagi
3. Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft
Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida
bertemu dengan Khairul Anwar, manakala
Farisha bertemu dan mendapat penerangan
daripada Aqram. Pada waktu pagi juga,
mereka berdua bertemu Alia dan nampak
sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
10. 3. Pada waktu petang
1. Pada waktu petang , dua orang suruhan
Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin
menyusup masuk ke dalam wad Farisha dan
cuba menembusi pemikiran Farisha dengan
memasang peranti di pelipis kiri Farisha.
Mereka merakamkan setiap isyarat yang
diterima.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
11. 3. Pada waktu petang
2. Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi.
Dia disoal tentang penyakit Farisha yang
tiba-tiba pengsan di tempat kerja..
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
12. 3. Pada waktu petang
3. Pada waktu petang juga, Shida
menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha
untuk mencari jika ada ubat Farisha. Semasa
mencari ubat, Shida terjumpa fail yang
mengandungi dokumen asal usul Farisha. Dia
berasa sangat bersalah kerana mencuri
tengok barang peribadi Farisha.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
13. 3. Pada waktu petang
4. Rosman dan Shida melawat Farisha
di wad 2B, tempat Farisha mendapat rawatan.
Rosman berasa bersalah kerana membiarkan
Farisha seorang diri melaksanakan projek mini
di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih
lemah, tidak boleh banyak bercakap. Mereka
minta diri untuk pulang dan berjanji akan
datang pada hari esok.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA
14. 4. Pada waktu subuh
1. Selepas subuh pada hari Ahad, beberapa
puluh orang pekerja Soft Lab berkumpul di Port
Dickson untuk upacara pembakaran mayat Karl.
NOVEL : DI SEBALIK DINARA
LATAR MASA