Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Prosa asal padi
1. Nama : Muhammad Haziq Aaryan
No. Maktab : PB180052
Kelas : Jazari
Tajuk Karya : Prosa Traditional Asal Padi
Nama Guru : Shurdi bin Shuib
2. Sinopsis
Karya ini mengisahkan tentang dua orang anak yatim yang masih kecil dan telah ditinggalkan
oleh kedua ibu bapanya . Mereka hidup miskin kerana segala harta yang ditinggalkan oleh ibu
bapa mereka telah dicuri oleh orang . Harta yang masih ada pada mereka hanya sebuah kolam
dan dijaga oleh mereka siang dan malam . Anak yang sulung sudah besar , tetapi ia cacat
kerana kakinya kerekut , jarinya bercantum umpama kaki itik dan tumitnya pula berlubang .
Pada suatu hari Si Bongsu ternampak tujuh orang wanita sedang mandi dan bersiap untuk
pulang ke kayangan . Si Bongsu itu mengikut wanita - wanita itu ke kayangan . Apabila sampai
ke kayangan tujuh orang wanita itu pun hilang dan Si Bongsu melihat dusun yang berkilau
seperti emas . Penjaga dusun itu memberitahu bahawa itu adalah padi . Si Bongsu cuba
memasukkan sedikit padi ke dalam mulutnya untuk dibawa balik dan penjaga dusun itu perasan
akan tingkah lakunya . Si Bongsu itu pun berlari dan terjatuh , kakinya luka . Dia memasukkan
sedikit padi ke dalam lukanya dan membawanya balik .
3. Tema
• Tema prosa tradisional ini adalah kebijaksanaan dalam
menyelesaikan masalah
contoh : kebijaksanaan Si Bongsu dalam menyelesaikan
masalah dalam usahanya mendapatkan padi dari kayangan
umtuk dibawa pulang ke bumi .
4. Persoalan
• Persoalan tentang keberanian melakukan sesuatu tindakan
contoh : Si bongsu dengan berani memasukkan padi ke dalam mulutnya dan melarikan diri
namun dapat ditangak oleh para penjaga dusun sehingga luka tumitnya .
Persoalan tentang kebijaksanaan mencari akal
contoh : Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi .
Persoalan tentang kesempatan atas kesusahan orang lain
contoh : Orang - orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh suami isteri
itu kepada anak - anak mereka yang masih kecil .
Persoalan tentang bersungguh - sungguh menjaga hak
contoh : Empunya padi benar - benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri orang
5. Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Si Bongsu
1.Seorang lelaki
2.Seorang anak yatim piatu
3.Anak bongsu daripada dua adik beradik
4.Seorang yang berani
contoh = Si Bongsu telah menyembunyikan padi di dalam mulutnya untuk dibawa pulang ke
bumi
5.Seorang yang bijak mencari akal
contoh = Si Bongsu mendapat idea menyembunyikan beberapa butir padi di dalam luka di
tumitnya agar padi tersebut tidak dijumpai oleh empunya padi
6. Watak Sampingan
Si Sulung
1.Abang kepada Si Bongsu
2.Anak yatim piatu
3.Seorang yang cacat
Empunya padi (orang kayangan)
1.Seorang yang berhati - hati
2.Seorang yang bertimbang rasa
3.Seorang yang baik hati
4.Seorang yang cerdik
8. Binaan Plot
Permulaan = Si Bongsu dan abangnya anak yatim piatu . Mereka jatuh miskin akibat segala
harta peninggalan ibu bapa mereka dicuri orang
Perkembangan = Si Bongsu mengikut tujuh orang wanita pulang ke kayangan . Di kayangan ,
Si Bongsu ternampak benda kuning sedang dijemur . Pada sangkaannya ,
benda itu emas . Empunya benda itu menyatakan bahawa itu ialah padi .
Klimaks = Si Bongsu ditangkap oleh orang kayangan lalu dihempaskannya di tangga pelangi
sehingga tumit Si Bongsu luka
Peleraian = Padi tumbuh dengan subur di bumi . Pipit mati akibat Si Tekuri menyepit
tengkoknya kerana berbohong kepada tuan empunya padi .
10. Latar
Latar Masa
Waktu Siang
Contoh = Didapatinya dekat kolam itu ada tujuh orang wanita yang baru sahaja selesai mandi
dan sedang bersiap - siap untuk berangkat pulang
Latar Tempat
Di kampung
Contoh = Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan tenakan kolam ikan
bagi menampung keperluan mereka
Masyarakat yang patuh kepada arahan
Contoh = Bururng Pipit dan burung Tekuri patuh pada arahan empunya padi untuk turun ke
bumi bagi menyiasat akan kewujudan tanaman padi di bumi
11. Di kayangan
Contoh = Si Bongsu memakan tanaman yang enak yang dipanggil padi di kayangan
Di kolam
Contoh = Tujuh orang wanita dari kayangan mandi d kolam ikan Si Bongsu
Latar Masyarakat
Masyarakat Kampung
Contoh = Si Bongsu dan abangnya tinggal di kampung dan menguruskan ternakan kolam
ikan peninggalan orang tua mereka
Masyarakat Kayangan
Contoh = Tujuh orang wanita yang mandi di dalam kolam tinggal di kayangan
12. Gaya Bahasa
Peribahasa
Contoh = Untung tak dapat diraih , malang tak dapat ditolak
Kata Ganda
Contoh = Lubang - lubang , harta benda , sekali - sekala
Sinkope
Contoh = Tak , ku
Imej hala
Contoh = padi , burung pipit , burung terkuri
Hiperbola
Contoh = benda itu kuning warnanya , berkilau - kilau ditimpa sinar matahari
Simile
Contoh = Kakinya kerekot , jari - jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain seperti kaki itik
13. Nilai
Nilai keberanian
Contoh = Si Bongsu berani menyembunyikan padi di dalam luka di tumitnya untuk di bawa turun ke
bumi
Nilai kesetiaan
Contoh = Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan
Nilai kepatuhan
Contoh = Burung Tekuri patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi menyiasat
kewujudan padi di bumi
Nilai kebijaksanaan
Contoh = Si Bongsu bijak mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam
sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi
14. Pengajaran
Kita haruslah mempunyai sikap patuh pada arahan ketua
Contoh = Burung Pipit patuh akan arahan empunya padi untuk turun ke bumi bagi
menyiasat kewujudan padi di bumi
Kita hendaklah bertindak secara bijak dalam menyelesaikan masalah .
Contoh = Si Bongsu bertindak secara bijak apabila dia meyembunyikan beberapa butir padi
di dalam luka di tumitnya sehingga tidak dapat dikesan oleh empunya padi
Kita wajar bersikap setia kepada ahli keluarga
Contoh = Abang Si Bongsu setia menunggu kepulangan adiknya dari kayangan
Kita hendaklah gigih berusaha untuk meneruskan kehidupan
Contoh = Si Bongsu dan abangnya gigih menjaga kolam ikan peninggalan ibu dan bapanya
sebagai sumber pendapatan walaupun mereka masih kecil