Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kamus perbilangan

5,382 views

Published on

  • Be the first to comment

Kamus perbilangan

  1. 1. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.Zaman beralih, musim bertukar
  2. 2. Aa1. Air setitik dilautkan, Tanah sekepal digunungkan. Maknanya : Memperbesar perkara yang kecil. Ayat : Perbuatan Kalsom ibarat air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan apabila sengaja memperbesarkan kesalahan kecil yang dilakukan oleh Hanim. 2. Apa peduli pada kukuran, Nyiur juga yang akan habis.Maknanya : Memang mudah menyuruh seseorang melakukan sesuatu kerja tetapi orang yang melakukan kerja itu yang akan menghadapi kesukaran.Ayat : Memang mudah bagi Sani mengarahkan rakan-rakannya membersihkan kawasan hutan itu tetapi dia sendiri tidak turut serta. Sikap Sani itu ibarat apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis.
  3. 3. 3. Ayam ditambat disambar helang, Padi di tangan tumbuh lalang. Maknanya : Nasib yang malang Ayat : Nasib Ismail umpama ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang apabila kereta yang baru dibelinya telah dicuri orang. Bb4. Berakit-rakit ke hulu, Berenang-renang ke tepian, Bersakit- sakit dahulu, Bersenang-senang kemudian.Maknanya : Menempah kesusahan dahulu sebelum mendapat kesenanganAyat : Dahulu Mak Cik Hasnah hanya menjual kuih di sebuah gerai tetapi kini dia mempunyai restoran di pecan itu. Mak Cik Hasnah sentiasa mengamalkan prinsip berakit- rakit ke hulu, berenang- renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
  4. 4. 5. Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul.Maknanya : Berapa susah kita melihat seseorang itu menanggung kesusahan, susah lagi orang yang mengalaminya. Ayat : Penduduk Kampung Berembang bersimpati terhadap keluarga Yaacob yang kehilangan harta benda dalam kebakaran itu tetapi bagi Yaacob dan keluarganya , berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.6. Berat sama dipikul, Ringan sama dijinjing.Maknanya : Bermuafakat dalam melakukan sesuatu kerja sama ada susah atau senang. Ayat : “Perniagaan ayah menghadapi masalah kewangan. Serbagai anak kita harus berusaha untuk membantu ayah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” kata Chandran kepada adik- adiknya.
  5. 5. 6. Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat.Maknanya : Kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah hasil persefahaman dan kerjasama yang erat.Ayat : Rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup dengan aman dan damai kerana mereka mengamalkan sikap bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Cc7. Condong yang akan menongkat, Rebah yang akan menegakkkanMaknanya : Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya.Ayat : Selepas pilihan raya itu, rakyat berharap pemimpin yang terpilih akan berpegang pada kata-kata yang dilaungkan mereka dahulu kerana condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkkan.
  6. 6. Dd8. Dengar cakap enggang, Makan buah beluluk; Dengar cakap orang, Terjun masuk lubuk. Maknanya : Sesuatu pekerjaan yang hendak dilakukan mestilah diusahakan dengan sungguh-sungguh dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang kerana diri sendiri yang akan menerima padahnya. Ayat : Shahrul mudah mendengar cakap kawan-kawannya dan akhirnya perniagaan yang diusahakannya itu menerima kerugian yang besar . Perbuatannya itu ibarat dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. 9. Dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus. Maknanya : Tidak dapat dibuat apa-apa lagi terhadap seseorang yang keras Ayat : Puas sudah ibu Kamil menasihatinya tetapi dia tetap berdegil. Sudah beberapa kali Kamil ditangkap polis tetapi apabila dibebaskan, dia mengulangi perbuatan jahatnya itu. Kamil memang dibakar tidak hangus, dijemur tidak kering, direndam tidak basah, ditetak tidak putus.
  7. 7. Ee10. Elok kata dalam muafakat, Buruk kata di luar muafakat, Maknanya : Sesuatu yang hendak dilakukan , elok dibicarakan dahulu dengan kaum keluarga dan sebagainyasupaya pekerjaan itu selamat. Ayat : Jais meminta pendapat ahli keluarganya tentang pilihan hatinya, Aini yang akan dinikahinya. Dia gembira kerana mereka menyetujui pilihan hatinya itu. Tindakannya itu tidak ubah seperti elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. 11. Enak lauk dikunyah-kunyah, Enak kata diulang-ulang. Maknanya : Nasihat untuk kebaikan perlu diulang berkali-kali. Ayat : Mak Siah selalu menasihati anak-anaknya supaya rajin belajar kerana pelajaran itu merupakan bekalan untuk masa hadapan. ,Mak Siah akan terus menasihati anak-anaknya kerana baginya, enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang.
  8. 8. Gg12. Gajah mati meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama.Maknanya : Orang yang berjasa akan dikenang selama-lamanya setelah meninggal dunia.Ayat : Almarhum Tunku Abdul Rahman tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa dan bakti beliau kepada negara seperti gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.13. Gantung tak bertali, Salai tak berapi. Maknanya : Seorang suami yang meninggalkan isteri tanpa memberi nafkah atau menceraikannya. Ayat : Oleh sebab isterinya tidak setia kepadanya, Amir telah meninggalkan isterinya itu dengan gantung tak bertali, salai tak berapi.
  9. 9. Hh14. Hati gajah sama dilapah, Hati kuman sama dicecah. Maknanya : Pembahagian yang sama rata, beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-samamendapat sedikit Ayat : Pelabur-pelabur saham itu mendapat keuntungan yang banyak pada tahun lalu tetapi pada tahun ini mereka mendapat keuntungan yang sedikit. Walaubagaimanapun mereka berpuas hati kerana hati gajah sama dilapah,hati kuman sama dicecah. 15. Hidup dikandung adat, Mati dikandung tanah. Maknanya : Semasa hidup kita hendaklah mengikut peraturan atau adat yang ditetapkan, apabila sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan Ayat : Walaupun kadangkala Ramli tidak bersetuju dengan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu dan bapanya tetapi sebagai anak dia terpaksa mematuhinya kerana hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
  10. 10. Hujan emas di negeri orang, 16. hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri Maknanya : Walau lebih baik negera orang dengan negara sendiri, lebih baik berada di negara sendiri. Ayat : Selama empat tahun Amri berada di Jepun yang terkenal sebagai sebuah negara maju tetapi dia tetap merindui negara Malaysia. Bagi Rosli hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri.17. Hutang darah dibayar darah, . Hutang nyawa dibalas nyawa. Maknanya : Tiap-tiap hukuman itu mestilah bersesuaian dengan kesalahannya. Ayat : Penjahat yang telah banyak melakukan rompakan dan pembunuhan itu telah dihukum gantung sampai mati keranah hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa.
  11. 11. Jj18. Jauh perjalanan banyak pemandangan, Lama hidup banyak dirasa. Maknanya : Jika kita banyak merantau banyaklah perkara yang dapat kita lihat, begitu juga orang yang telah lama hidup banyaklah pengalamannya. Ayat : Pemuda yang telah lama merantau itu mempunyai pelbagai pengalaman hidup. Begitulah, jika jauh perjalanan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. 19. Kasihkan anak tangan-tangankan, Kk kasihkan isteri tinggal- tinggalkan Maknanya : Jangan terlampau memanjakan orang yang disayangi. Ayat : Puan Normah amat menyayangi anak tunggalnya tetapi dia juga tahu bahawa kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan. Oleh itu, dia tidak teragak-agak memarahi anaknya jika dia melakukan kesalahan
  12. 12. 20. Kata seorang dibulati, Kata bersama diperiakan. Maknanya : Urusan peribadi boleh diputuskan sendiri, tetapi urusan orang ramai perlu dirundingkan bersama-sama Ayat : Pak Dolah memang setuju dengan segelintir penduduk kampunya yang ingin merobohkan surau lama itu. Walau bagaimanapun, sebagai ketua kampung dia perlu membincangkan hal itu kerana kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. 21. Ke bukit sama didaki, Ke lurah sama dituruni. Maknanya : Sama-sama menikmati kesenangan atau menghadapi kesusahan. Ayat : Amin dan Ali sentiasa bersama-sama dalam hal syarikatnya kerana baginya ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. 22. Kerbau dipegang pada talinya, Manusia dipegang pada janjinya. Maknanya : Segala janji yang telah dilafaz mestilah ditepati. Ayat : Setelah memenangi pilihan raya di kawasannya, wakil rakyat itu telah menunaikan janjinya kepada penduduk kampong tersebut kerana dia sedar bahawa kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.
  13. 13. 23. Kuman di seberang laut nampak, Gajah di bibir mata tak kelihatan. Maknanya : Kesalahan orang walaupun kecil Nampak tetapi kesalahan sendiri yang besar tidak disedari. Ayat : Dia nampak akan kesalahan yang dilakukan oleh jirannya sedangkan kesalahannya mengumpat orang tidak disedari, seperti kuman di seberang laut Nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan.24. Ll Lain dulang lain kakinya, lain orang lain hati.Maknanya : Manusia mempunyai kehendak dan kemahuan yang berbeza.Ayat : Kok Liong dan Kok Siang adik-beradik kembar tetapi mereka meminati sukan dan hobi yang berlainan kerana lain dulang lain kaki, lain orang laian hati.
  14. 14. 25. Laut mana yang tidak berombak, Bumi mana yang tak ditimpa hujan.Maknanya : Setiap orang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Ayat : Kita tidak harus mudah berputus asa apabila menghadapi masalah dalam perniagaan kerana laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan.26. Lengkuas di tepi kandang, Tegak puas badan menyandang. Makna : Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya. Ayat : “Tindakan yang bakal kamu ambil itu menyalahi undang-undang. Oleh itu, berfikir dengan teliti sebelum bertindak kerana lengkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang,” kata Leman kepada kawannya.
  15. 15. 27. Mn Masuk kandang kambing mengembek, Masuk kandang kerbau menguak. Maknanya: Apabila kiata berada di tempat orang, kita hendaklah mengikut adat resam masyarakat di situ. Ayat : Kalau kita berada di negara asing, kita hendaklah patut menyesuaikan diri dengan adat resam negara itu kerana masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.28. Nn Nasi sama ditanak, Kerak dimakan seorang. Maknanya : Sama-sama melakukan sesuatu pekerjaan tetapi keuntungannya diambil seorang. Ayat : Khairuddin berkongsi perniagaan dengan Fauzan. Malangnya Khairuddin mengaut keuntungan perniagaan itu seorang diri. Perbuatan Khairuddin umpama nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.
  16. 16. Oo 29 Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Maknanya : Kalau orang telah berbudi kepada kita, kita harus membalasnya dengan baik. Ayat : Segala jasa dan pertolongan yang kita terima daripada seseorang hendaklah dibalas dengan menolongnya apabila dia memerlukannya kerana orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Pp30. Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali. Maknanya : Bercerai hidup masih ada peluang berjumpa, tetapi berserai mati bercerai selama-lamanya. Ayat : “Janganlah kamu merajuk dengan suamimu, Intan. Putus tali boleh disambung, patah arang patah sekali,” kata kakak kepada Intan yang merajuk kerana perbuatan suaminya itu.
  17. 17. 31. Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati. Maknanya : Apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja akan tergendala. Ayat : Kerja Pak Ali untuk membaiki pondok tersebut tergendala apabila beberapa alatan kerjanya telah hilang umpama patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati. 32. Rr Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Makananya: Raja atau pemerintah yang adil dan saksama akan disayangi rakyat tetapi jika zalim, akan dibenci rakyatnya. Ayat : Rakyat negeri ini amat menyanjung raja mereka kerana pemerintahan baginda yang adil lagi saksama, bak kata pepatah raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
  18. 18. 33. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul. Maknanya : Melakukan sesuatu pekerjaan bersama-sama Ayat : Masyarakat kampong itu hidup bermuafakat. Mereka akan bergotong-royong untuk membuat sesuatu pekerjaan kerana mereka berpegang teguh pada prinsip ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.34. Ss Sedangkan bah kapal tak hanyut, Inikan pula kemarau panjang. Maknanya : Pada masa ada mata pencarian tidak boleh hidup senang, inikan Sama-sama ikut pula tanpa pekerjaan. bertanggungjawab. Ayat : Semasa Pak Tabrani bekerja dahulu, hidupnya tidak pernah senang kerana banyak hutang. Inikan pula selepas bersara kerana sedangkan bah kapal tak hanyut. Inikan pula kemarau panjang.
  19. 19. 35. Syarak yang mengata, Adat yang memaksaMaknanya : Hukum agama dan adat tidak dapat dipisahkkan. Sama-sama ikut Ayat bertanggungjawab. : Keluarga Azim berpegang teguh kepada ajaran agama namun adat resam yang tidak bertentangan tetap dipelihara kerana syarak yang mengata, adat yang memaksa. Tt36. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan.Maknanya : Sesuatu yang baik dan mulia akan kekal sepanjang masa.Ayat : Batik merupakan seni warisan orang Melayu sejak zaman dahulu lagi dan masih diminati oleh ramai orang kerana buatannya yang Sama-sama ikut halus seperti peribahasa tak lekang dek panas tak lapuk dek bertanggungjawab. hujan.
  20. 20. 37. Tembak yang beralamat, Tujuan yang bermaksud.Maknanya : Segala perbuatan dan kata-kata tertentu ada tujuan dan maksud sebaliknya.Ayat : Pagi-pagi lagi Amin mengucapkan salam dan menolong ibunya mengemas rumah. Amin ingin meminta kebenaran daripada Sama-sama ikut bertanggungjawab. ibunya untuk menyertai perkhemahan bersama keluarganya.Tingkah lakunya umpama tembak yang beralamat, tujuan yang bermaksud.38 Tutup lutut terbuka pusat, Lepas kaki leher terjerat. Makananya :Terlalu banyak melakukan kesilapan atau kesalahan, lepas satu tapi tertangkap pada yang lain. Ayat : Walaupun Azli terlepas daripada tuduhan memberi rasuah, Sama-sama ikut namaun dia tidak terlepas daripada tuduhan pecah bertanggungjawab. amanah yang dilakaukan di pejabatnya.
  21. 21. Uu39. Usahlah aku aku tak endah, Ada aku dipandang hadap, Tiada aku dipandang belakangMaknanya : Jangan pura-pura kasih. Ayat : Aminah sudah meluat melihat perangai suaminya yang buat-buat sayang Sama-sama sedangkan dia suka bermain kayu tiga ibarat kepadanya ikut bertanggungjawab. pepatah usahlah aku aku tak endah,ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang40. Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang. Makananya : Apabila membuat sesuatu pekerjaan biarlah dengan cermat, bijak, dan berhati-hati. Ayat Sama-sama ikut : Usah kamu hendak mendamaikan dua kumpulan yang bertanggungjawab. berlainan pendapat dan fahaman. Jalan penyelesaiannnya hendaklah dilakukan dengan bijaksana ibarat Ular dipalu biarlah mati, pemalu janganlah patah, tanah janganlah lembang.
  22. 22. 41. Usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa.Maknanya : Dengan memerhatikan perangai seseorang dapatlah kita menilai asal keturunannya sama ada daripada baka yang baik atau daripada baka yang tidak baik. Sama-sama ikut bertanggungjawab.Ayat : Daripada percakapan dan budi bahasanya yang halus itu, dapatlah kita mengagak bahawa dia berasal daripada baka yang baik atau daripada keluarga yang baik-baik kerana sesungguhnya usul menunjukkan asal, bahasa menunjukkan bangsa. Ww42. Walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga. Maknanya : Bagaimana diajar sekalipun, orang yang biadab itu kelihatan juga perangainya yang kurang baik. Sama-sama ikut bertanggungjawab. Ayat : Sudah puas Cikgu Hanim menasihati Ali yang nakal itu agar berhenti bercakap semasa guru mengajar di hadapan kelas, tetapi dia tetap tidak berub ah kerana walau disepuh emas lancang, kilat tembaga tampak juga.
  23. 23. Zz43. Zaman beralih, Musim bertukar. Sama-sama ikut bertanggungjawab. Maknanya : Sesuatu itu hendaklah disesuaikan dengan peralihan masa. Ayat : Pendapat kebanyakan generasi tua tidak selaras dengan kemajuan semasa dan kehendak generasi muda kerana zaman beralih, musim bertukar.

×