Dokumen tersebut membahas tentang pentingnya memahami masalah bahasa dan komunikasi dalam menilai perkembangan bahasa anak. Teknik pengambilan sejarah kes diperlukan untuk mengetahui latar belakang anak dan faktor-faktor yang berpotensi menyebabkan gangguan bahasa, sehingga intervensi yang tepat dapat dirancang.
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
1
1. 1.PENGENALAN
Perkembangan bahasa dan komunikasi sentiasa berhubung kait antara satu sama lain.
Kanak-kanak yang sentiasa mempunyai keinginan untuk mengetahui objek di sekitarnya
akan mencari nama bagi berbagai-bagai objek yang dilihatnya serta mencari dan
mempelajari istilah baru untuk berkomunikasi. Perbendaharaan kata cepat meningkat dan
kanak-kanak dengan pantas akan menyedari kegunaan bahasa dalam kehidupan
sehariannya.
Memahami masalah bahasa dan komunikasi merupakan peringkat asas dalam membuat
penilaian perkembangan bahasa dan pertuturan bagi kanak-kanak. Kemahiran ini akan
banyak membantu guru ataupun penilai dalam menjalankan proses penilaian dan
seterusnya usaha mengatasi atau mengurangkan masalah bahasa dan pertuturan yang
dihadapi oleh kanak-kanak.
Dalam usaha untuk mengenalpasti masalah ini, seseorang penilai khususnya pakar serta
guru terlatih perlu mengetahui dan memahami cara dalam melaksanakan sesuatu
penilaian. Proses penambilan sejarah kes, jenis penilaian yang digunakan dan kriteria
penilaian bahasa dan pertuturan adalah sangat penting dalam usaha mengenalpasti dan
menganalisis masalah bahasa dan pertuturan yang wujud pada setiap kanak-kanak
seerusnya dapat merujuk kepada pihak yang berkenaan dan merancang program
intervensi yang bersesuaian.
2. 2. TEKNIK PENGAMBILAN SEJARAH KES
Sejarah kes merupakan salah satu komponen ataupun maklumat terkumpul yang penting
untuk mengetahui latar belakang mengenai seorang kanak-kanak. Sehubungan dengan
itu, sejarah kes ini dapat memberi gambaran awal tentang faktor-faktor yang mungkin
menyebabkan wujudnya sesuatu ketidakupayaan itu berlaku dan seterusnya pihak yang
terlibat akan dapat merancang dan memberikan intervensi yang bersesuaian untuk
mengatasi atau menurangkan ketidakupayaan kanak-kanak tersebut dengan lebih
berkesan.
Dalam usaha melaksanakan pengambilan sejarah kes bagi kanak-kanak, terdapat pelbagai
teknik yang boleh digunakan. Teknik-teknik pengambilan sejarah ini adalah bertujuan
untuk mengetahui latar belakang serta maklumat mengenai kanak-kanak. Selain itu juga
sejarah kelahiran, sejarah keluarga, aras perkembangan bahasa dan mental, kesihatan
umum, kemahiran komunikasi dan sosial, latar belakang persekolahan dan sebagainya.
Antara teknik-teknik yang digunakan adalah seperti;