Gurindam ini memberi petua untuk mencapai kesejahteraan hidup dengan menghindari sikap malas, mematuhi janji, dan menjauhi maksiat, serta menekankan nilai tanggungjawab dan keadilan.
2. Maksud rangkap
Rangkap Gurindam Maksud
1 Orang malas jatuh sengsara,
Orang rajin banyak saudara.
Orang yang bersikap malas sudah
pasti akan hidup menderita
manakala orang yang rajin
berusaha akan disenangi oleh
orang lain
2 Barang siapa mungkir janji,
Namanya tentu menjadi keji.
Orang yang tidak menepati janji
sudah pasti akan dikeji
3. Maksud rangkap
Rangkap Gurindam Maksud
3 Kalau diri kena angkara,
Turutlah susah sanak saudara.
Sekiranya seseorang itu dilanda
musibah sudah pasti akan
menyusahkan keluarga
4 Segala maksiat ada di dunia,
Ikhtiarkan diri menjauhi dia.
Kehidupan di dunia ini penuh
dengan maksiat elakkan diri
daripada terjebak dengan
maksiat
4. Maksud rangkap
Rangkap Gurindam Maksud
5 Hukuman bagi orang berdosa,
Dengan tiada memandang bangsa.
Sekiranya kita hendak menghukum
seseorang hukumlah dengan adil tanpa
mengira bangsa
6 Orang perempuan manusia juga,
Kehormatan dirinya wajib dijaga.
Kaum wanita adalan seperii manusia
lain juga maruah diri mereka haruslah
dipelihara.
7 Kalau tiada emas dipinggang,
Sanak saudara menjadi renggang.
Sekiranya kita miskin, ahli keluarga pun
akan menjauhi kita
5. TEMA
• Kesejahteraan hidup yang diperoleh jika kita menghindarkan
diri daripada melakukan perkara-perkara yang negatif.
• Huraian: Gurindam ini memberikan panduan kepada manusia
untuk memperoleh kesejahteraan dalam kehidupan/Segala
maksiat ada di dunia,Ikhtiarkan diri menjauhi dia
6. PERSOALAN
1. Kesengsaraan hidup akibat sikap malas. Contoh: Orang malas jatuh sengsara
2. Sikap rajin disenangi orang ramai. Contoh: Orang rajin banyak saudara
3. Sikap tidak menepati janji yang dibenci oleh masyarakat. Contoh: Barang siapa
mungkir janji,Namanya tentu menjadi keji
4. Keperluan untuk berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu. Contoh:
Kalau diri kena angkara, Turutlah susah sanak saudara
5. Kewajipan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat. Contoh: Segala maksiat
ada di dunia,Ikhtiarkan diri menjauhi dia.
7. PERSOALAN
5. Sikap berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman. Contoh:Hukuman bagi
orang berdosa,Dengan tidak memandang bangsa.
6. Kepentingan menjaga maruah diri kaum wanita. Contoh:Orang
perempuan manusia juga,Kehormatan dirinya wajib dijaga
7. Sikap mementingkan wang dalam hubungan kekeluargaan
Contoh:Kalau tiada emas di pinggang,Sanak saudara menjadi renggang.
8. NILAI
• 1) Nilai kerajinan.Contoh: Orang rajin banyak saudara
• 2) Nilai rasional. Contoh:Segala maksiat ada di dunia, Ikhtiarkan diri
menjauhi dia
• 3) Nilai keadilan. Contoh:Hukuman bagi orang berdosa Dengan tiada
memandang bangsa
• 4) Nilai tanggungjawab. Contoh Orang perempuan manusia juga,
Kehormatan dirinya wajib dijaga
9. PENGAJARAN
• 1) Kita hendaklah rajin berusaha agar disenangi orang lain. Contoh.Orang rajin
banyak saudara.
• 2) Kita hendaklah menepati janji supaya tidak dipandang hina.Contoh:Barang siapa
mungkir janji,Namanya tentu menjadi keji
• 3) Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu supaya tidak
menyusahkan kepada keluarga.Contoh: Kalau diri kena angkara, Turutlah susah
sanak saudara
• 4) Kita hendaklah menjauhkan diri daripada maksiat.Contoh,Segala maksiat ada di
dunia, Ikhtiarkan diri menjauhi dia
10. PENGAJARAN
• 5) Kita hendaklah bersikap adil semasa menghukum seseorang yang
melakukan kesalahan.Contoh:Hukuman bagi orang berdosa,Dengan tidak
memandang bangsa
• 6) Kita hendaklah menjaga maruah diri kaum wanita.Contoh:Orang
perempuan manusia juga,Kehormatan dirinya wajib dijaga
• 7) Kita janganlah mementingkan wang ringgit dalam persaudaraan.
Contoh:Kalau tiada emas di pinggang, Sanak saudara menjadi renggang
• 8) Kita hendaklah menjaga kesihatan diri. Contoh Ada wang badan tak
sihat, Tidak bernikmat apa dibuat