SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE
HBEF 2103
PSIKOLOGI PENDIDIKAN
ASSIGNMENT TITLE
Bincangkan faktor-faktor yang telah mempengaruhi aspek pencapaian akademik kedua-dua
orang murid berpencapaian baik dan berpencapaian akademik yang lemah. Perbincangan
seharusnya berpandukan teori-teori Psikologi Pendidikan dan disokong dengan kajian-kajian
lepas. Seterusnya, cadangkan langkah-langkah bernas yang boleh diambil oleh seseorang guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid dengan pencapaian
akademik yang berbeza.
Name: SUKINAH BINTI HASHIM
Matric number: 650516025626001
NRIC: 650516-02-5626
Telephone number: 01114735140
E-mail address: SUKINAH.HASHIM65@GMAIL.COM
Tutor’s name:
ENCIK SHAHROM BIN SHARIFF
Learning Centre:
PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH SUNGAI PETANI
SEMESTER SEPTEMBER 2013
2
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Tujuan Kajian 3
2.1 Latar Belakang Murid Berpencapaian Baik 3
2.2 Latar Belakang Murid Berpencapaian Lemah 4
3.0 Faktor-Faktor Yang Telah Mempengaruhi Pencapaian Murid 4
3.1 Personaliti 4
3.2 Persekitaran 5
3.3 Kesediaan Belajar dan Gaya Belajar 6
3.4 Jantina 7
3.5 Kesihatan 8
4.0 Langkah-Langkah Mengatasi Yang Boleh Diambil Oleh Guru 8
4.1 Kaedah Kumpulan 9
4.2 Pembelajaran Koperatif 9
4.3 Peneguhan Positif dan Negatif 10
4.4 Kepelbagaian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 10
4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar 10
4.6 Pengayaan dan Pemulihan 11
5.0 Kesimpulan 11
6.0 Rujukan 12
7.0 Lampiran 13
3
1.0 PENGENALAN
Setiap individu adalah berbeza daripada individu lain walaupun mempunyai ibu bapa
yang sama. Begitu juga dengan pencapaian akademik mereka. Mengikut Research
Center on Academic Succes [CRIRES](2005), pencapaian akedemik bermaksud
pencapaian pada tahap tertentu yang dicapai oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses
pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan aspek
pendidikan, kelayakan dan sosialiasasi.
Setiap individu adalah unik dan tidak ada individu seratus peratus sama dengannya,
walaupun mereka kembar seiras. Oleh itu sebagai seorang guru mereka harus memahami
perbezaan individu dalam kalangan pelajar. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza
daripada segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan, kesihatan, keupayaan,
dan ciri-ciri personaliti dan emosi. Pelajar juga dipengaruhi oleh faktor personaliti,
persekitarannya seperti gaya hidup keluarga, gaya belajar, jantina dan kesihatan
2.0 Tujuan Kajian
Satu kajian telah dibuat ke atas dua orang murid sekolah rendah Tahun 5, yang berbeza
pencapaian akademik. Seorang murid mempunyai tahap pencapaian baik dan seorang
lagi mempunyai pencapaian akedemik lemah.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti temubual dengan guru dan waris,
pentafsiran rekod prestasi, meneliti kertas ujian dan pemerhatian tingkah laku. Kedua-
dua orang murid tersebut adalah berbeza jantina iaitu murid yang mempunyai tahap
pencapaian akedemik baik adalah murid perempuan dan murid yang mempunyai tahap
pencapaian akaedemik lemah adalah murid lelaki.
2.1 Latar belakang murid yang mempunyai tahap pencapaian akaedemik baik.
Najla Farhana Bt Mad Asri
Murid ini adalah murid perempuan. Nama murid ialah Najla Farhana Bt Mad Asri.
Belajar dalam kelas Tahun 5A di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah.
Berumur 11 tahun. Anak ke tiga dalam keluarga. Tidak mempunyai sebarang penyakit
Mempunyai 6 orang adik beradik. Ayah dan ibu bekerja sebagai seorang guru.
4
Pendapatan ayahnya sebanyak RM 5000.00 sebulan. Pendapatan ibunya juga sebanyak
RM5000.00 sebulan. Datang ke sekolah dengan menaiki kereta. Tempat tinggal di
kawasan perumahan. Jenis rumah ialah rumah banglo. Sentiasa mendapat tempat terbaik
dalam pencapaian akedemik di sekolah Mempunyai ramai kawan dan sentiasa gembira.
Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
Zamarul Hisham bin Azek
2.2 Latar belakang murid yang mempunyai pencapaian akaedemik lemah
Murid ini adalah murid lelaki. Nama murid ialah Zamarul Hisham bin Azek. Belajar
dalam Tahun 5C di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah. Mengikuti Kelas
Pemulihan. Anak sulung dalam keluarga. Mempunyai 5 orang adik beradik. Mempunyai
penyakit lelah. Ibu tidak bekerja. Pekerjaan ayah sebagai penoreh getah. Pendapatan
ayah kurang dari RM500.00. Tempat tinggal di kawasan perkampungan Melayu. Datang
ke sekolah dengan motosikal. Kurang bergaul dengan rakan-rakan tetapi mempunyai
beberapa orang kawan baik. Pemalu dan suka merajuk.
3.0 Faktor-faktor Yang Telah Mempengaruhi Aspek Pencapaian Akedemik Murid.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid yang dikaji.
Antaranya ialah faktor personaliti pelajar, persekitaran pelajar, gaya belajar, jantina dan
kesihatan pelajar.
3.1 Personaliti
Perkataan “personaliti” berasal daripada perkataan “pesona” yang bermaksud
“topeng muka”. Tafsiran kepada topeng muka ialah kebanyakan manusia ingin
menonjolkan perlakuan yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk.
(Mohd Saleh Lebar, 1994). Seterusnya Adler (1948) menyatakan personaliti
adalah gaya atau stail hidup seseorang manusia.
Setiap pelajar mempunyai personaliti tersendiri yang mempengaruhi pencapaian
akademik mereka. Mengikut Freud, minda manusia boleh dibahagikan kepada
tiga kompenan yang signifikan iaitu id, ego dan superego. Kompenan ini
bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu. Sementara itu,
5
aspek psikoanalisis memberi penekanan kepada motivasi yang berlaku tanpa
disedari dan konflik antara dorongan kendiri dan sistem sosial sendiri.
Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert,
introvert dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert suka bergaul,
cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih terbuka, bersifat
mengembara (adventurous), meminati aktiviti luar, tahan lasak dan mempunyai
pencapaian akaedemik yang lebih baik. Ciri-ciri pelajar introvert pula ialah
pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam aktiviti penulisan, sensitif dan
berhati-hati di dalam sesuatu tindakan. Ciri-ciri pelajar ambivert pula adalah
kombinasi ciri-ciri personaliti ekstrovert dan introvert.
Berpandukan teori-teori psikologi pendidikan dari kajian-kajian lepas yang
dinyatakan di atas didapati perbezaan personaliti juga telah mempengaruhi kedua-
dua orang murid dalam pencapaian akademik mereka. Didapati Najla Farhana
seorang murid yang pandai dan memiliki ciri-ciri ambivert. Beliau seorang murid
yang suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, meminati
aktiviti kokurikulum dan dapat menyiapkan latihan dan kerja sekolah dengan baik
dan cepat. Beliau tidak akan membuang masa untuk perkara-perkara yang tidak
berfaedah.
Manakala Zamrul Hisham merupakan murid yang mempunyai pencapaian
akademik lemah lebih menunjukkan memiliki ciri-ciri introvert. Zamarul adalah
seorang murid yang pendiam dan suka merajuk. Beliau juga kurang sabar jika
ditegur oleh rakan dan guru jika tidak dapat menyiapkan latihan yang diberi.
Zamarul seorang murid yang kurang bergaul dan tidak mahu mengeluarkan
pendapat . Beliau juga tidak akan menyoal guru jika memahami perkara yang
telah dia belajar.
3.2 Persekitaran
Menurut (Papalia, 2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik
yang mempengaruhi seseorang individu. Hubungan rapat dengan ibu bapa, adik
beradik, rakan-rakan, bahan media cetak, media elektronik komputer, tempat
tinggal dan sekolah merupakan persekitaran yang mempengaruhi tahap
pencapaian akademik seseorang murid.
Persekitaran tempat tinggal dan lain-lain amat mempengaruhi personaliti dan
pecapaian akedemik seseorang murid. Menurut Urie Bronfenbrenner (1917)
berpandukan teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner terdapat lima sistem
yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem
makro dam sistem krono.Sistem mikro adalah di mana seseorang menghabiskan
masa bersama-sama keluarga, rakan-rakan sebaya, dipersekitaran kediaman atau
persekolahan. Di dalam sistem ini individu mempunyai hubungan rapat dengan
ahli keluarga, jiran tetangga,rakan sekampung dan rakan-rakan di sekolah.
6
Cara ibu bapa mengasuh anak-anak adalah berbeza daripada satu keluarga dengan
keluarga yang lain. Manakala menurut Baumrind ( Santrock, 2001), terdapat
empat bentuk asuhan keluarga iaitu autoritarian(peraturan dan hukuman),
autoritatif(kebebasab terbatas), abaikan (tiada penglibatan), indulgent(penglibatan
tanpa disiplin. Asuhan autoritatif adalah menggalakkan anak-anak mereka
berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka.
Anak-anak dibenarkan berkomunikasi dan ibu bapa bersifat menyokong dan
membantu perkembangan anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan cara
autoritatif akan menunjukkan tingkah laku dan bersosial dengan baik. Kanak-
kanak tersebut dapat berdikari dan belajar dengan baik.
Berdasarkan faktor persekitaran telah menunjukkan perbezaan antara dua murid
yang dikaji dengan jelas. Najla Farhana anak seorang guru dengan pendapatan
yang banyak. Tempat tinggalnya di kawasan perumahan mewah. Beliau
mendapat cukup sokongan dari segi kewangan dan masa dari ibu bapanya. Najla
juga mempunyai kemudahan asas yang cukup untuk belajar seperti tempat belajar,
buku-buku rujukan, kelas tambahan dan komputer peribadi. Najla Farhana dapat
bertukar-tukar pendapat dengan kawan-kawan menggunakan internet. Ini dapat
membantunya untuk mendapat pencapaian yang baik dalam akademinya.
Manakala Zamarul Hisham dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Pendapatan
ayahnya yang sedikit tidak mampu menyediakan kemudahan tambahan seperti
buku-buku rujukan, kelas tambahan ataupun komputer untuknya. Zamarul tinggal
di kawasan perkampungan yang kurang kemudahan seperti perpustakaan awam.
Beliau juga kurang bergaul dengan rakan-rakan disebabkan perlu membantu
ayahnya di kebun getah. Walaupun pergaulan antara adik beradiknya baik tetapi
keluarganya tidak mempunyai wang yang banyak bagi membantu mereka untuk
ke kelas komputer atau tambahan.
3.3 Kesediaan Belajar dan Gaya Belajar
Kesediaan pembelajaran dan memilih gaya pembelajaran sangat penting untuk
memasti murid-murid mendapat ilmu yang dipelajari. Menurut Piaget kesediaan
pembelajaran adalah “the level of mental development necessary to benefit from
experiences” yang bermakna setiap kanak-kanak tidak akan dapat memahami
sesuatu konsep jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap tersebut. Selain
daripada kesediaan mental, kanak-kanak juga perlu mempunyai kesediaan
fizikal(psikomotor) dan afektif (emosi dan sikap) sebelum berupaya menerima
pembelajaran yang berkesan.
Manakala Woolfolk (1998) menyatakan gaya kognitif ialah cara individu
mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya, sementara gaya
pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Borich &
Tombori (1997) mengaikan gaya pembelajaran dengan gaya kognitif. Ia
7
menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu memproses dan berfikir
mengenai perkara yang dipelajarinya. Beberapa gaya kognitif telah dikemukakan
seperti gaya bebas medan dan lawannya bersandarkan medan serta impulsif dan
lawannya reflektif.
Kajian telah dibuat oleh Witkin & Goodenough (1977) menyatakan ciri-ciri
pelajar gaya bebas medan ialah suka berinteraksi secara formal dengan guru,
bermotivasi dalaman dan dapat merancang sendiri cara pembelajaran. Manakala
pelajar bersandarkan medan pula suka berinteraksi secara informal dengan guru,
perlukan motivasi luaran. Pelajar yang mempunyai gaya bebas lebih berjaya.
Dari pemerhatian Najla Farhana lebih mempunyai gaya belajar bebas medan
berbanding Zamarul Hisham. Beliau akan membuat latihan tambahan
menggunakan buku-buku rujukan tanpa di arah oleh ibu bapa atau guru.
Manakala Zamarul Hisham pula latihan yang diberi oleh guru juga kerap kali
tidak diselesaikan.
Perbezaan pencapaian juga boleh dipengaruhi oleh gaya kognitif impulsif dan
reflektif. Mengikut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar
memberi respon secara tepat dan kurang menitikberatkan ketepatan. Pelajar
impulsif suka belajar mengikut mood. Pelajar reflektif pula lambat menyiapkan
kerja yang diberi. Mereka mementingkan kekemasan. Mereka tidak yakin pada
diri dan sentiasa bimbang kerja mereka tidak betul. Dalam hal ini jika diteliti
Zamarul Hisham mempunyai gaya impulsif. Beliau membuat latihan yang diberi
oleh guru dengan cepat dan tidak peduli samada betul atau salah. Manakala Najla
Farhana walaupun dapat menyiapkan latihan dengan cepat tetapi dia sangat
berhati-hati supaya kerjanya betul dan kemas.
3.3 Jantina
Persepsi masyarakat terhadap jantina lelaki dan perempuan adalah berbeza di
dalam sesetengah masyarakat Asia. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi
dan sosial kanak-kanak lelaki biasanya lambat dua tahun daripada kanak-kanak
perempuan sebelum akil baligh. Setelah akil baligh pertumbuhan mereka akan
menjadi hampir sama.
Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) menyatakan pelajar perempuan lebih baik
daripada segi kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih
baik daripada segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik
di dalam bacaan ayat. Manakala pelajar lelaki lebih baik dalam bacaan peta, teka
silang kata, teka teki atau tugasan yang berkaitan ruang. Pelajar lelaki juga lebih
baik dalam matematik seperti dalam tugasan geometri.
Faktor ini turut disokong oleh teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard
Gardner(1983). Beliau menyatakan pencapaian akademik murid perempuan lebih
8
baok daripada murid lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan
verbal linguistik yang lebih baik. Seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal
linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai bahasa dan mampu
menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.
Berdasarkan faktor jantina di atas menunjukkan bahawa Najla Farhana sebagai
murid perempuan lebih berjaya dalam pencapaian akedemiknya berbanding
Zamarul Hisham sebagai murid lelaki. Najla Farhana seorang murid yang suka
membaca buku selain daripada buku pelajaran untuk menambah ilmu seperti
majalah pelajar, buku-buku cerita dan lain-lain. Ini sukar dilakukan oleh Zamarul
kerana dia belum lancar dalam bacaan.
3.5 Kesihatan dan Pemakanan
Badan yang sihat akan mempengaruhi otak dan emosi seseorang manusia.
Menurut Shryock (1991) ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan
memakan makanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula dan
garam bagi mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ini
sudah tentu satu usaha bagi menjamin kesihatan bayi dalam kadungan.
Pelajar yang sihat dan normal akan kelihatan cergas, riang, suka bertanya, dan
dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran. Pelajar yang tidak sihat akan
kelihatan lemah, kurang bertenaga untuk belajar, lemah dalam pencapaian
akedemik dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Pelajar juga
ada kalanya kurang sihat jika mereka mempunyai penyakit seperti asthma atau
lelah, talssemia, hepatitis B, hemofilia, anemia, alahan dan lain-lain. Kadangkala
jika murid demam, ini juga akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran
dalam jangkamasa pendek.
Bagi memastikan tubuh badan sihat faktor pemakanan juga perlu diambil kira.
Bagi mengatasi masalah pemakanan di sekolah rendah kerajaan telah
menyediakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Projek Susu untuk
murid-murid sekolah rendah. Dengan ini semua murid miskin dapat bersarapan
sebelum memulakan pembelajaran.
Faktor kesihatan dan cara pemakanan juga mempengaruhi pencapaian akedemik
antara Najla Farhana dan Zamarul Hisham. Ibu bapa Najla yang mempunyai
wang dapat menyediakan makanan seimbang dan vitamin tambahan bagi
menjamin anak mereka sihat. Zamarul Hisham sebagai pelajar miskin mendapat
makanan RMT setiap pagi. Bagaimanapun kedua-dua murid ini kelihatan sihat
dan dapat mengikuti pelajaran dengan baik.
4.0 Langkah-Langkah Mengatasi Perbezaan Murid Dalam Pembelajaran
Di antara beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menghadapi perbezaan
murid ialah seperti kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, pengajaran masteri,
9
peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran,
mempelbagaikan bahan bantu belajar dan mengajar.
4.1 Kaedah Kumpulan
Dalam sesebuah kelas terdapat murid yang berbeza daripada segi keupayaan.
Pendekatan kumpulan bermaksud murid belajar dalam kumpulan. Walaupun
dalam kumpulan murid masih mengekalkan individulalitinya dan dibantu untuk
menyumbang idea kepada kumpulan. Kaedah kumpulan membantu murid menjadi
yakin Guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid . Ini dapat
membantu guru menyediakan bahan murid mengikut tahap pencapaian murid.
Pengajaran kumpulan pada kebiasaannya dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan
mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kumpulan mengikut
kebolehan adalah terdiri daripada kumpulan murid cerdas, murid-murid sederhana
dan murid-murid lemah. Murid-murid cerdas akan mendapat bahan yang lebih
mencabar, murid sederhana menerima bahan yang biasa dan murid lemah
menerima bahan yang mudah. Guru akan menyediakan bahan yang berbeza aras
bagi setiap kumpulan yang berbeza.
Kumpulan pelbagai kebolehan pula merupakan kumpulan yang terdiri daripada
murid-murid yang mempunyai pelbagi kebolehan. Dalam setiap kumpulan ada
murid cerdas, sederhana dan lemah. Melantik seorang ketua adalah perlu dalam
kumpulan ini. Murid yang lebih pandai dapat membantu rakan yang lemah.
Kaedah kumpulan ini akan memupuk kerjasama antara murid. Guru perlu
menyediakan bahan yang berbeza aras bagi setiap murid.
4.2 Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran koperatif juga dapat membantu guru menghadapi perbezaan murid
dalam kelas. Dalam kumpulan pembelajaran koperatif, pelajar di beri dua
tanggungjawab iaitu mempelajari bahan diberikan dan memastikan ahli-ahli
kumpulan mempelajari bahan tersebut.Seseorang pelajar dalam pembelajaran
koperatif akan berusaha untuk mencapai faedah bagi dirinya dan ahli
kumpulannya. Mereka sedar dalam pembelajaran koperatif mereka hanya akan
mencapai matlamat pembelajaran jika ahli kumpulan belajar bersama-
sama.Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogen
yang mana terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat. Di dalam aktiviti
pembelajaran murid cerdas dikehendaki membantu murid yang lambat. Murid
akan saling berusaha membantu antara satu sama lain kerana markah individu akan
menjadi markah kumpulan.
Setiap ahli kumpulan akan dipastikan mencapai objektif pembelajaran dari guru
dan rakan yang telah menguasai kemahiran. Semangat kerjasama adalah tinggi
ditambah lagi apabila mereka bersaing dengan kumpulan lain. Kaedah pengajaran
10
Vygostsky. Ia menekankan pelajar cerdas akan membimbing pelajar yang lambat
di dalam zon perkembangan proksimal. Kadangkala pengajaran oleh rakan sebaya
lebih berkesan daripada guru, kerana mereka lebih bebas dan tiada sempadan
sosial antara mereka.
4.3 Peneguhan Positif dan Negatif
Kebanyakan murid akangembira apabila mendapat maklumbalas positif dan pujian
apabila usaha mereka di hargai. Peneguhanpositif ialah ganjaran akan diberi
setelah perlakuan baik dilakukan dan perlakuan tersebut akan diulangi. Didalam
bilik darjah peneguhan positif diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi kepada
pelajar apabila pelajar dapat menjawab atau menyiapkan latihan mereka.
Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah
seperti kata-kata pujian, memberikan tepukan, memberikan senyuman, memberi
hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan akan mendorong murid
menghasilkan kerja yang lebih baik. Tingakah laku yang baik sahaja diberikan
peneguhan positif dengan penuh ikhlas oleh guru.
Peneguhan negatif merujuk kepada ransangan serta merta yang tidak selesa atau
menyakitkan diberikan selepas sesuatu tingkah laku. Pelajar yang tidak
menyiapkan kerja sekolah akan didenda oleh guru. Bagi mengelakkan denda
pelajar tersebut akan membuat kerja sekolahnya.
4.4 Kepelbagaian Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan penentuan pelaksanaan yang
akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan. Menurut Mok Soon Sang
(2010) strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga
kategori iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan
pelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid yang memainkan
peranan penting dan guru merupakan pembimbing kepada mereka.
Guru harus mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti
mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan, percambahan fikiran,
lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Guru perlu memulakan
pelajaran dengan menyediakan induksi set yang menarik. Guru bolehlah
menggunakan kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakan pita,
projektor atau komputer bagi menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah,
lebih menarik serta lebih berkesan. Ini akan membuatkan murid-murid boleh
memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran secara kendiri atau berkumpulan.
4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Penggunaan ABM dan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran amat membantu
guru dalam mengatasi perbezaan murid dalam kelas. Guru perlu merancang
11
penyediaan dan penggunaan ABM dan BBM dalam sesi Pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Menurut Mok Soon Sang (1991) ABM merupakan
intipati dalam membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan
akan membantu murid memahami konsep serta isi pelajaran.
Guru perlu menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar murid seperti kad-kad
bacaan, kad gambar, peta minda dan sebagainya. Guru juga boleh menggunakan
akhbar sebagai ABM dan telah terbukti ia dapat menarik minat murid. Guru juga
boleh menyediakan bahan bantu mengajar dalam bentuk media elektronik seperti
video dan televisyen. Penyampaian maklumat melalui web atau pencarian internet
akan lebih menarik minat terhadap topik yang di ajar. Ini adalah sesuai kerana
dalam sebuah bilik darjah terdapat murid yang peka kepada audio, visual dan ada
murid yang kinestetik.
4.6 Pengayaan dan Pemulihan
Program pengayaan bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar ketahap yang
sebenar dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk
meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka. Pengayaan dalam
bilik darjah boleh dibuat untuk kumpulan cerdas, sederhana dan lemah.
Dalam setiap kelas murid diagihkan mengikut tahap keupayaan. Setelah murid
menyiapkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru
bolehlah mengesan samada kemahiran telah dikuasai atau belum. Guru bolehlah
menyediakan bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas dan bahan pemulihan
untuk murid lambat.
5.0 Kesimpulan
Guru mempunyai peranan penting di dalam mengatasi perbezaan individu bagi membantu
setiap murid dalam pencapaian akedemik mereka. Murid mempunyai perbezaan tingkah
laku. Sesetengah pelajar peramah dan ada yang pendiam. Murid juga dilahirkan dalam
keluarga yang mempunyai perbezaan persekitaran. Ada juga pelajar yang nakal dan
gemar mengganggu kawan-kawan. Setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang
berbeza. Ada pelajar lebih cenderung dengan pembelajaran secara kinestetik, visual atau
audio. Kadangkala guru juga berhadapan dengan murid yang sakit.
Kesimpulannya guru perlu memahami dan mengenalpasti setiap masalah yang dialami
murid-muridnya. Guru merupakan seorang pendidik, pengasuh, penasihat malah
kadangkala menjadi seperti ayah dan ibu kepada muridnya. Keperihatinan guru
diharapkan dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada negara di masa hadapan.
12
Rujukan
1. Abd. Halim Hj. Hassan (1994), Komunikasi Dlam Pengurusan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Delmu (Malaysia) Sdn Bhd.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), Buku Panduan Am ( KBSR), Dewan
Bahasa & Pustaka K.L.
3. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2006)
HBEF2103 Psikologi Pendidikan, Opn University Malaysia.
4. Mok Soon Sang (2010), Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
5. Ahmad Mohd Salleh(2011) , Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
6. Husin.K(1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi Dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya,
Longman Malaysia.
7. Wan Zah Ali(2000) Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur, Utusan Publications.
13

More Related Content

What's hot

Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Marina Masdar
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Suhaidah Ismail
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
Rosida Ida
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
jejakakunak
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Hasmah Hamid
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
Adilah Said
 

What's hot (20)

Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
 
Mini tesis
Mini tesisMini tesis
Mini tesis
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a1
 
Laporan kritikal
Laporan kritikalLaporan kritikal
Laporan kritikal
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
Hbef3503 pendidikan inklusif t1 a2
 
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5Assg pra 3109 c.rusini sem 5
Assg pra 3109 c.rusini sem 5
 
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolahFaktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
Faktor faktor yang mempengaruhi kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Definisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khasDefinisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khas
 
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai UpayaSlide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
Slide Power Point - Pengurusan Murid Pelbagai Upaya
 
Buli 5
Buli 5Buli 5
Buli 5
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Laporan isu-kps
Laporan isu-kpsLaporan isu-kps
Laporan isu-kps
 

Similar to Psikohbef2103

Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
Rosida Ida
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Cikgu Nurol
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
Azura Aziz
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
MUHAMADAIZATBINMDYUS
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
Izny Atikah
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
guest410d715
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
L Adul Lalut Adul
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
Nur Fateha
 

Similar to Psikohbef2103 (20)

Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantinaJurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
Jurang pencapaian matematik pelajar mengikut jantina
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Nota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan KaunselingNota Bimbingan dan Kaunseling
Nota Bimbingan dan Kaunseling
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
Nota
NotaNota
Nota
 
Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdftoaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
toaz.info-pjms-refleksi-pr_31df916b10b4c560ea1d60d7f2f30424.pdf
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
Implikasi perbezaan individu terhadap p&p
Implikasi perbezaan individu terhadap p&pImplikasi perbezaan individu terhadap p&p
Implikasi perbezaan individu terhadap p&p
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
2064597 Corak Dan Gaya Pembelajarankajian Tindakan
 
Bagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahariBagaimanakah prinsip islam hahari
Bagaimanakah prinsip islam hahari
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Komunikasi berkesan (edit)
Komunikasi berkesan (edit)Komunikasi berkesan (edit)
Komunikasi berkesan (edit)
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 

Recently uploaded (7)

Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 1.3
 
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptxPERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
PERKONGSIAN_JU_SR_UNTUK_TAKLIMAT_HEM_AWAL_TAHUN_SEKOLAH_RENDAH_14.pptx
 
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptxPELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI PSV 2021.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
NOTA ULANGKAJI KEJURUTERAAN AWAM TINGKATAN 4
 

Psikohbef2103

  • 1. 1 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE HBEF 2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN ASSIGNMENT TITLE Bincangkan faktor-faktor yang telah mempengaruhi aspek pencapaian akademik kedua-dua orang murid berpencapaian baik dan berpencapaian akademik yang lemah. Perbincangan seharusnya berpandukan teori-teori Psikologi Pendidikan dan disokong dengan kajian-kajian lepas. Seterusnya, cadangkan langkah-langkah bernas yang boleh diambil oleh seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid-murid dengan pencapaian akademik yang berbeza. Name: SUKINAH BINTI HASHIM Matric number: 650516025626001 NRIC: 650516-02-5626 Telephone number: 01114735140 E-mail address: SUKINAH.HASHIM65@GMAIL.COM Tutor’s name: ENCIK SHAHROM BIN SHARIFF Learning Centre: PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH SUNGAI PETANI SEMESTER SEPTEMBER 2013
  • 2. 2 KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Pengenalan 3 2.0 Tujuan Kajian 3 2.1 Latar Belakang Murid Berpencapaian Baik 3 2.2 Latar Belakang Murid Berpencapaian Lemah 4 3.0 Faktor-Faktor Yang Telah Mempengaruhi Pencapaian Murid 4 3.1 Personaliti 4 3.2 Persekitaran 5 3.3 Kesediaan Belajar dan Gaya Belajar 6 3.4 Jantina 7 3.5 Kesihatan 8 4.0 Langkah-Langkah Mengatasi Yang Boleh Diambil Oleh Guru 8 4.1 Kaedah Kumpulan 9 4.2 Pembelajaran Koperatif 9 4.3 Peneguhan Positif dan Negatif 10 4.4 Kepelbagaian Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 10 4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar 10 4.6 Pengayaan dan Pemulihan 11 5.0 Kesimpulan 11 6.0 Rujukan 12 7.0 Lampiran 13
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Setiap individu adalah berbeza daripada individu lain walaupun mempunyai ibu bapa yang sama. Begitu juga dengan pencapaian akademik mereka. Mengikut Research Center on Academic Succes [CRIRES](2005), pencapaian akedemik bermaksud pencapaian pada tahap tertentu yang dicapai oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan dengan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialiasasi. Setiap individu adalah unik dan tidak ada individu seratus peratus sama dengannya, walaupun mereka kembar seiras. Oleh itu sebagai seorang guru mereka harus memahami perbezaan individu dalam kalangan pelajar. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza daripada segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan, kesihatan, keupayaan, dan ciri-ciri personaliti dan emosi. Pelajar juga dipengaruhi oleh faktor personaliti, persekitarannya seperti gaya hidup keluarga, gaya belajar, jantina dan kesihatan 2.0 Tujuan Kajian Satu kajian telah dibuat ke atas dua orang murid sekolah rendah Tahun 5, yang berbeza pencapaian akademik. Seorang murid mempunyai tahap pencapaian baik dan seorang lagi mempunyai pencapaian akedemik lemah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti temubual dengan guru dan waris, pentafsiran rekod prestasi, meneliti kertas ujian dan pemerhatian tingkah laku. Kedua- dua orang murid tersebut adalah berbeza jantina iaitu murid yang mempunyai tahap pencapaian akedemik baik adalah murid perempuan dan murid yang mempunyai tahap pencapaian akaedemik lemah adalah murid lelaki. 2.1 Latar belakang murid yang mempunyai tahap pencapaian akaedemik baik. Najla Farhana Bt Mad Asri Murid ini adalah murid perempuan. Nama murid ialah Najla Farhana Bt Mad Asri. Belajar dalam kelas Tahun 5A di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah. Berumur 11 tahun. Anak ke tiga dalam keluarga. Tidak mempunyai sebarang penyakit Mempunyai 6 orang adik beradik. Ayah dan ibu bekerja sebagai seorang guru.
  • 4. 4 Pendapatan ayahnya sebanyak RM 5000.00 sebulan. Pendapatan ibunya juga sebanyak RM5000.00 sebulan. Datang ke sekolah dengan menaiki kereta. Tempat tinggal di kawasan perumahan. Jenis rumah ialah rumah banglo. Sentiasa mendapat tempat terbaik dalam pencapaian akedemik di sekolah Mempunyai ramai kawan dan sentiasa gembira. Sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Zamarul Hisham bin Azek 2.2 Latar belakang murid yang mempunyai pencapaian akaedemik lemah Murid ini adalah murid lelaki. Nama murid ialah Zamarul Hisham bin Azek. Belajar dalam Tahun 5C di Sekolah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah. Mengikuti Kelas Pemulihan. Anak sulung dalam keluarga. Mempunyai 5 orang adik beradik. Mempunyai penyakit lelah. Ibu tidak bekerja. Pekerjaan ayah sebagai penoreh getah. Pendapatan ayah kurang dari RM500.00. Tempat tinggal di kawasan perkampungan Melayu. Datang ke sekolah dengan motosikal. Kurang bergaul dengan rakan-rakan tetapi mempunyai beberapa orang kawan baik. Pemalu dan suka merajuk. 3.0 Faktor-faktor Yang Telah Mempengaruhi Aspek Pencapaian Akedemik Murid. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid yang dikaji. Antaranya ialah faktor personaliti pelajar, persekitaran pelajar, gaya belajar, jantina dan kesihatan pelajar. 3.1 Personaliti Perkataan “personaliti” berasal daripada perkataan “pesona” yang bermaksud “topeng muka”. Tafsiran kepada topeng muka ialah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perlakuan yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk. (Mohd Saleh Lebar, 1994). Seterusnya Adler (1948) menyatakan personaliti adalah gaya atau stail hidup seseorang manusia. Setiap pelajar mempunyai personaliti tersendiri yang mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Mengikut Freud, minda manusia boleh dibahagikan kepada tiga kompenan yang signifikan iaitu id, ego dan superego. Kompenan ini bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu. Sementara itu,
  • 5. 5 aspek psikoanalisis memberi penekanan kepada motivasi yang berlaku tanpa disedari dan konflik antara dorongan kendiri dan sistem sosial sendiri. Menurut Carl Jung personaliti terbahagi kepada tiga jenis iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Murid yang memiliki ciri-ciri ekstrovert suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, kreatif dan lebih terbuka, bersifat mengembara (adventurous), meminati aktiviti luar, tahan lasak dan mempunyai pencapaian akaedemik yang lebih baik. Ciri-ciri pelajar introvert pula ialah pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam aktiviti penulisan, sensitif dan berhati-hati di dalam sesuatu tindakan. Ciri-ciri pelajar ambivert pula adalah kombinasi ciri-ciri personaliti ekstrovert dan introvert. Berpandukan teori-teori psikologi pendidikan dari kajian-kajian lepas yang dinyatakan di atas didapati perbezaan personaliti juga telah mempengaruhi kedua- dua orang murid dalam pencapaian akademik mereka. Didapati Najla Farhana seorang murid yang pandai dan memiliki ciri-ciri ambivert. Beliau seorang murid yang suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah mesra, meminati aktiviti kokurikulum dan dapat menyiapkan latihan dan kerja sekolah dengan baik dan cepat. Beliau tidak akan membuang masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah. Manakala Zamrul Hisham merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik lemah lebih menunjukkan memiliki ciri-ciri introvert. Zamarul adalah seorang murid yang pendiam dan suka merajuk. Beliau juga kurang sabar jika ditegur oleh rakan dan guru jika tidak dapat menyiapkan latihan yang diberi. Zamarul seorang murid yang kurang bergaul dan tidak mahu mengeluarkan pendapat . Beliau juga tidak akan menyoal guru jika memahami perkara yang telah dia belajar. 3.2 Persekitaran Menurut (Papalia, 2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Hubungan rapat dengan ibu bapa, adik beradik, rakan-rakan, bahan media cetak, media elektronik komputer, tempat tinggal dan sekolah merupakan persekitaran yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang murid. Persekitaran tempat tinggal dan lain-lain amat mempengaruhi personaliti dan pecapaian akedemik seseorang murid. Menurut Urie Bronfenbrenner (1917) berpandukan teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dam sistem krono.Sistem mikro adalah di mana seseorang menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan-rakan sebaya, dipersekitaran kediaman atau persekolahan. Di dalam sistem ini individu mempunyai hubungan rapat dengan ahli keluarga, jiran tetangga,rakan sekampung dan rakan-rakan di sekolah.
  • 6. 6 Cara ibu bapa mengasuh anak-anak adalah berbeza daripada satu keluarga dengan keluarga yang lain. Manakala menurut Baumrind ( Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga iaitu autoritarian(peraturan dan hukuman), autoritatif(kebebasab terbatas), abaikan (tiada penglibatan), indulgent(penglibatan tanpa disiplin. Asuhan autoritatif adalah menggalakkan anak-anak mereka berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka. Anak-anak dibenarkan berkomunikasi dan ibu bapa bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan cara autoritatif akan menunjukkan tingkah laku dan bersosial dengan baik. Kanak- kanak tersebut dapat berdikari dan belajar dengan baik. Berdasarkan faktor persekitaran telah menunjukkan perbezaan antara dua murid yang dikaji dengan jelas. Najla Farhana anak seorang guru dengan pendapatan yang banyak. Tempat tinggalnya di kawasan perumahan mewah. Beliau mendapat cukup sokongan dari segi kewangan dan masa dari ibu bapanya. Najla juga mempunyai kemudahan asas yang cukup untuk belajar seperti tempat belajar, buku-buku rujukan, kelas tambahan dan komputer peribadi. Najla Farhana dapat bertukar-tukar pendapat dengan kawan-kawan menggunakan internet. Ini dapat membantunya untuk mendapat pencapaian yang baik dalam akademinya. Manakala Zamarul Hisham dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Pendapatan ayahnya yang sedikit tidak mampu menyediakan kemudahan tambahan seperti buku-buku rujukan, kelas tambahan ataupun komputer untuknya. Zamarul tinggal di kawasan perkampungan yang kurang kemudahan seperti perpustakaan awam. Beliau juga kurang bergaul dengan rakan-rakan disebabkan perlu membantu ayahnya di kebun getah. Walaupun pergaulan antara adik beradiknya baik tetapi keluarganya tidak mempunyai wang yang banyak bagi membantu mereka untuk ke kelas komputer atau tambahan. 3.3 Kesediaan Belajar dan Gaya Belajar Kesediaan pembelajaran dan memilih gaya pembelajaran sangat penting untuk memasti murid-murid mendapat ilmu yang dipelajari. Menurut Piaget kesediaan pembelajaran adalah “the level of mental development necessary to benefit from experiences” yang bermakna setiap kanak-kanak tidak akan dapat memahami sesuatu konsep jika tahap pemikirannya belum sampai ke tahap tersebut. Selain daripada kesediaan mental, kanak-kanak juga perlu mempunyai kesediaan fizikal(psikomotor) dan afektif (emosi dan sikap) sebelum berupaya menerima pembelajaran yang berkesan. Manakala Woolfolk (1998) menyatakan gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi dan menyusun maklumat mengenai persekitarannya, sementara gaya pembelajaran pula ialah pendekatan individu kepada cara belajar. Borich & Tombori (1997) mengaikan gaya pembelajaran dengan gaya kognitif. Ia
  • 7. 7 menjelaskan bahawa gaya kognitif ialah cara individu memproses dan berfikir mengenai perkara yang dipelajarinya. Beberapa gaya kognitif telah dikemukakan seperti gaya bebas medan dan lawannya bersandarkan medan serta impulsif dan lawannya reflektif. Kajian telah dibuat oleh Witkin & Goodenough (1977) menyatakan ciri-ciri pelajar gaya bebas medan ialah suka berinteraksi secara formal dengan guru, bermotivasi dalaman dan dapat merancang sendiri cara pembelajaran. Manakala pelajar bersandarkan medan pula suka berinteraksi secara informal dengan guru, perlukan motivasi luaran. Pelajar yang mempunyai gaya bebas lebih berjaya. Dari pemerhatian Najla Farhana lebih mempunyai gaya belajar bebas medan berbanding Zamarul Hisham. Beliau akan membuat latihan tambahan menggunakan buku-buku rujukan tanpa di arah oleh ibu bapa atau guru. Manakala Zamarul Hisham pula latihan yang diberi oleh guru juga kerap kali tidak diselesaikan. Perbezaan pencapaian juga boleh dipengaruhi oleh gaya kognitif impulsif dan reflektif. Mengikut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang gemar memberi respon secara tepat dan kurang menitikberatkan ketepatan. Pelajar impulsif suka belajar mengikut mood. Pelajar reflektif pula lambat menyiapkan kerja yang diberi. Mereka mementingkan kekemasan. Mereka tidak yakin pada diri dan sentiasa bimbang kerja mereka tidak betul. Dalam hal ini jika diteliti Zamarul Hisham mempunyai gaya impulsif. Beliau membuat latihan yang diberi oleh guru dengan cepat dan tidak peduli samada betul atau salah. Manakala Najla Farhana walaupun dapat menyiapkan latihan dengan cepat tetapi dia sangat berhati-hati supaya kerjanya betul dan kemas. 3.3 Jantina Persepsi masyarakat terhadap jantina lelaki dan perempuan adalah berbeza di dalam sesetengah masyarakat Asia. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki biasanya lambat dua tahun daripada kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh. Setelah akil baligh pertumbuhan mereka akan menjadi hampir sama. Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) menyatakan pelajar perempuan lebih baik daripada segi kecerdasan lisan atau bahasa, sementara pelajar lelaki pula lebih baik daripada segi kecerdasan ruang. Ini bermakna pelajar perempuan lebih baik di dalam bacaan ayat. Manakala pelajar lelaki lebih baik dalam bacaan peta, teka silang kata, teka teki atau tugasan yang berkaitan ruang. Pelajar lelaki juga lebih baik dalam matematik seperti dalam tugasan geometri. Faktor ini turut disokong oleh teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner(1983). Beliau menyatakan pencapaian akademik murid perempuan lebih
  • 8. 8 baok daripada murid lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik yang lebih baik. Seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Berdasarkan faktor jantina di atas menunjukkan bahawa Najla Farhana sebagai murid perempuan lebih berjaya dalam pencapaian akedemiknya berbanding Zamarul Hisham sebagai murid lelaki. Najla Farhana seorang murid yang suka membaca buku selain daripada buku pelajaran untuk menambah ilmu seperti majalah pelajar, buku-buku cerita dan lain-lain. Ini sukar dilakukan oleh Zamarul kerana dia belum lancar dalam bacaan. 3.5 Kesihatan dan Pemakanan Badan yang sihat akan mempengaruhi otak dan emosi seseorang manusia. Menurut Shryock (1991) ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan makanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula dan garam bagi mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi. Ini sudah tentu satu usaha bagi menjamin kesihatan bayi dalam kadungan. Pelajar yang sihat dan normal akan kelihatan cergas, riang, suka bertanya, dan dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran. Pelajar yang tidak sihat akan kelihatan lemah, kurang bertenaga untuk belajar, lemah dalam pencapaian akedemik dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Pelajar juga ada kalanya kurang sihat jika mereka mempunyai penyakit seperti asthma atau lelah, talssemia, hepatitis B, hemofilia, anemia, alahan dan lain-lain. Kadangkala jika murid demam, ini juga akan mempengaruhi keberkesanan pembelajaran dalam jangkamasa pendek. Bagi memastikan tubuh badan sihat faktor pemakanan juga perlu diambil kira. Bagi mengatasi masalah pemakanan di sekolah rendah kerajaan telah menyediakan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Projek Susu untuk murid-murid sekolah rendah. Dengan ini semua murid miskin dapat bersarapan sebelum memulakan pembelajaran. Faktor kesihatan dan cara pemakanan juga mempengaruhi pencapaian akedemik antara Najla Farhana dan Zamarul Hisham. Ibu bapa Najla yang mempunyai wang dapat menyediakan makanan seimbang dan vitamin tambahan bagi menjamin anak mereka sihat. Zamarul Hisham sebagai pelajar miskin mendapat makanan RMT setiap pagi. Bagaimanapun kedua-dua murid ini kelihatan sihat dan dapat mengikuti pelajaran dengan baik. 4.0 Langkah-Langkah Mengatasi Perbezaan Murid Dalam Pembelajaran Di antara beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru dalam menghadapi perbezaan murid ialah seperti kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, pengajaran masteri,
  • 9. 9 peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran, mempelbagaikan bahan bantu belajar dan mengajar. 4.1 Kaedah Kumpulan Dalam sesebuah kelas terdapat murid yang berbeza daripada segi keupayaan. Pendekatan kumpulan bermaksud murid belajar dalam kumpulan. Walaupun dalam kumpulan murid masih mengekalkan individulalitinya dan dibantu untuk menyumbang idea kepada kumpulan. Kaedah kumpulan membantu murid menjadi yakin Guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan murid . Ini dapat membantu guru menyediakan bahan murid mengikut tahap pencapaian murid. Pengajaran kumpulan pada kebiasaannya dibahagikan kepada dua, iaitu kumpulan mengikut kebolehan dan kumpulan pelbagai kebolehan. Kumpulan mengikut kebolehan adalah terdiri daripada kumpulan murid cerdas, murid-murid sederhana dan murid-murid lemah. Murid-murid cerdas akan mendapat bahan yang lebih mencabar, murid sederhana menerima bahan yang biasa dan murid lemah menerima bahan yang mudah. Guru akan menyediakan bahan yang berbeza aras bagi setiap kumpulan yang berbeza. Kumpulan pelbagai kebolehan pula merupakan kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagi kebolehan. Dalam setiap kumpulan ada murid cerdas, sederhana dan lemah. Melantik seorang ketua adalah perlu dalam kumpulan ini. Murid yang lebih pandai dapat membantu rakan yang lemah. Kaedah kumpulan ini akan memupuk kerjasama antara murid. Guru perlu menyediakan bahan yang berbeza aras bagi setiap murid. 4.2 Pembelajaran Koperatif Pembelajaran koperatif juga dapat membantu guru menghadapi perbezaan murid dalam kelas. Dalam kumpulan pembelajaran koperatif, pelajar di beri dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan diberikan dan memastikan ahli-ahli kumpulan mempelajari bahan tersebut.Seseorang pelajar dalam pembelajaran koperatif akan berusaha untuk mencapai faedah bagi dirinya dan ahli kumpulannya. Mereka sedar dalam pembelajaran koperatif mereka hanya akan mencapai matlamat pembelajaran jika ahli kumpulan belajar bersama- sama.Pembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogen yang mana terdapat pelajar cerdas dan pelajar lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran murid cerdas dikehendaki membantu murid yang lambat. Murid akan saling berusaha membantu antara satu sama lain kerana markah individu akan menjadi markah kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan dipastikan mencapai objektif pembelajaran dari guru dan rakan yang telah menguasai kemahiran. Semangat kerjasama adalah tinggi ditambah lagi apabila mereka bersaing dengan kumpulan lain. Kaedah pengajaran
  • 10. 10 Vygostsky. Ia menekankan pelajar cerdas akan membimbing pelajar yang lambat di dalam zon perkembangan proksimal. Kadangkala pengajaran oleh rakan sebaya lebih berkesan daripada guru, kerana mereka lebih bebas dan tiada sempadan sosial antara mereka. 4.3 Peneguhan Positif dan Negatif Kebanyakan murid akangembira apabila mendapat maklumbalas positif dan pujian apabila usaha mereka di hargai. Peneguhanpositif ialah ganjaran akan diberi setelah perlakuan baik dilakukan dan perlakuan tersebut akan diulangi. Didalam bilik darjah peneguhan positif diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi kepada pelajar apabila pelajar dapat menjawab atau menyiapkan latihan mereka. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah adalah seperti kata-kata pujian, memberikan tepukan, memberikan senyuman, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang diberikan akan mendorong murid menghasilkan kerja yang lebih baik. Tingakah laku yang baik sahaja diberikan peneguhan positif dengan penuh ikhlas oleh guru. Peneguhan negatif merujuk kepada ransangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan diberikan selepas sesuatu tingkah laku. Pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah akan didenda oleh guru. Bagi mengelakkan denda pelajar tersebut akan membuat kerja sekolahnya. 4.4 Kepelbagaian Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran merupakan penentuan pelaksanaan yang akan menghasilkan pencapaian objektif yang berkesan. Menurut Mok Soon Sang (2010) strategi pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu strategi pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan pelajaran. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid yang memainkan peranan penting dan guru merupakan pembimbing kepada mereka. Guru harus mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengadakan kuiz, aktiviti perbincangan di dalam kumpulan, percambahan fikiran, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan. Guru perlu memulakan pelajaran dengan menyediakan induksi set yang menarik. Guru bolehlah menggunakan kaedah audio-visual dengan penggunaan televisyen, perakan pita, projektor atau komputer bagi menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih berkesan. Ini akan membuatkan murid-murid boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara kendiri atau berkumpulan. 4.5 Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar Penggunaan ABM dan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran amat membantu guru dalam mengatasi perbezaan murid dalam kelas. Guru perlu merancang
  • 11. 11 penyediaan dan penggunaan ABM dan BBM dalam sesi Pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Menurut Mok Soon Sang (1991) ABM merupakan intipati dalam membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan akan membantu murid memahami konsep serta isi pelajaran. Guru perlu menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar murid seperti kad-kad bacaan, kad gambar, peta minda dan sebagainya. Guru juga boleh menggunakan akhbar sebagai ABM dan telah terbukti ia dapat menarik minat murid. Guru juga boleh menyediakan bahan bantu mengajar dalam bentuk media elektronik seperti video dan televisyen. Penyampaian maklumat melalui web atau pencarian internet akan lebih menarik minat terhadap topik yang di ajar. Ini adalah sesuai kerana dalam sebuah bilik darjah terdapat murid yang peka kepada audio, visual dan ada murid yang kinestetik. 4.6 Pengayaan dan Pemulihan Program pengayaan bertujuan untuk mengembangkan potensi pelajar ketahap yang sebenar dan membolehkan mereka mencuba sesuatu yang baru untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kebolehan intelek mereka. Pengayaan dalam bilik darjah boleh dibuat untuk kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Dalam setiap kelas murid diagihkan mengikut tahap keupayaan. Setelah murid menyiapkan latihan untuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut, guru bolehlah mengesan samada kemahiran telah dikuasai atau belum. Guru bolehlah menyediakan bahan pengayaan untuk kumpulan cerdas dan bahan pemulihan untuk murid lambat. 5.0 Kesimpulan Guru mempunyai peranan penting di dalam mengatasi perbezaan individu bagi membantu setiap murid dalam pencapaian akedemik mereka. Murid mempunyai perbezaan tingkah laku. Sesetengah pelajar peramah dan ada yang pendiam. Murid juga dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai perbezaan persekitaran. Ada juga pelajar yang nakal dan gemar mengganggu kawan-kawan. Setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Ada pelajar lebih cenderung dengan pembelajaran secara kinestetik, visual atau audio. Kadangkala guru juga berhadapan dengan murid yang sakit. Kesimpulannya guru perlu memahami dan mengenalpasti setiap masalah yang dialami murid-muridnya. Guru merupakan seorang pendidik, pengasuh, penasihat malah kadangkala menjadi seperti ayah dan ibu kepada muridnya. Keperihatinan guru diharapkan dapat melahirkan modal insan yang berguna kepada negara di masa hadapan.
  • 12. 12 Rujukan 1. Abd. Halim Hj. Hassan (1994), Komunikasi Dlam Pengurusan Pendidikan. Kuala Lumpur: Delmu (Malaysia) Sdn Bhd. 2. Kementerian Pendidikan Malaysia (1992), Buku Panduan Am ( KBSR), Dewan Bahasa & Pustaka K.L. 3. Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, Ramlah Jantan (2006) HBEF2103 Psikologi Pendidikan, Opn University Malaysia. 4. Mok Soon Sang (2010), Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 5. Ahmad Mohd Salleh(2011) , Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam, Oxford Fajar Sdn. Bhd. 6. Husin.K(1993). Pedagogi 3. Penggunaan Psikologi Dalam Bilik Darjah. Petaling Jaya, Longman Malaysia. 7. Wan Zah Ali(2000) Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur, Utusan Publications.
  • 13. 13