Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Komunikasi berkesan (edit)

3,680 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Komunikasi berkesan (edit)

  1. 1. AHLI KUMPULAN :MOHAMAD FAHRUDDIN BIN MOHD FAZAIN SYAFIQ BIN ZAINAL
  2. 2.  Artikel ini adalah merupakan kajian ke atas kemahiran komunikasi guru-guru teknikal di Sekolah Menengah Teknik di negeri Melaka. Kajian ini dilakukan oleh Mohd Safiee Hj. Idrisa, Hj. Ashari Sikorb, Siti Zahara Binti Mohd Ariff, Mohd Zaid Mustafac, Ahmad Rizal Madard dan Latifah Md. Ariffine daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Responden yang dipilih adalah seramai 80 orang. Kajian ini menfokuskan kepada kemahiran guru dari segi : ◦ Kemahiran interpersonal ◦ Komunikasi lisan ◦ Komunikasi bukan lisan
  3. 3.  Sejauh manakah penguasaan komunikasi lisan dalam pengajaran di kalangan guru- guru. Apakah wujud perbezaan yang signifikan dalam penguasaan komunikasi berdasarkan kelulusan akademik di kalangan guru-guru. Apakah wujud perbezaan yang signifikan dalam penguasaan komunikasi berdasarkan jantina di kalangan guru-guru.
  4. 4.  Soal selidik menyoalkan mengenai masalah komunikasi lisan di mana guru menghadapi masalah sebutan (seperti gagap, pelat atau sengau) Seramai 67.5% atau 54 orang sangat bersetuju, 26.3% atau 21 orang setuju dan 6.3% atau 5 orang kurang bersetuju. Guru yang mempunyai masalah lisan akan mengakibatkan proses penyampaian maklumat tidak sampai.
  5. 5.  Guru kurang latihan bercakap secara terbuka dalam apa-apa juga situasi. Guru tidak mahu menunjukkan bakat sebenar kerana malu dengan kakurangan yang ada pada diri. Tidak dapat mengatasi kelemahan diri sedangkan terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
  6. 6.  Berlaku gelaja pelajar mengejek guru. Pelajar tidak menghormati apa yang diperkatakan oleh guru di dalam kelas. Penerimaan murid terhadap guru dipandang serong. Guru akan menjadi kurang berkeyakinan untuk mengajar di dalam kelas.
  7. 7.  Guru yang tidak mempunyai kemahiran lisan akan menyebabkan profesionalisme keguruan dipandang serong oleh ibu bapa. Guru adalah merupakan role model kepada semua murid. Oleh itu guru mestilah menunjukkan cara berkomunikasi dengan baik dan betul. Pandangan menuduh guru-guru adalah punca kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan anak mereka.
  8. 8.  Mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid sukar untuk memahami apakah yang diinginkan oleh guru. Maklumat yang diberikan tidak akan dapat diterima oleh murid secara sepenuhnya. Menyebabkan murid akan mentertawakan guru ataupun tidak berminat dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
  9. 9.  Menurut pengkaji, tidak terdapat sebarang perbezaan antara guru siswazah ataupun bukan siswazah. Penguasaan komunikasi boleh dilihat dari segi kaedah guru itu gunakan sewaktu berkomunikasi sesama mereka ataupun dengan pelajar. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa guru siswazah mampu berkomunikasi dengan lebih baik kerana mendapat pendedahan yang baik sewaktu dalam proses pembelajaran.
  10. 10.  Manakala pendapat lain menyatakan bahawa guru bukan siswazah juga mampu berkomunikasi dengan baik walaupun tidak mendapat latihan yang secukupnya. Sering kita dengar bahawa kebanyakan guru siswazah lebih cenderung untuk menggunakan lebih banyak kaedah komunikasi yang cenderung ke arah mencapai matlamat P&P. Kepelbagaian kaedah komunikasi yang dipelajari oleh guru siswazah lebih membantu dalam menguruskan komunikasi antara guru dan pelajar.
  11. 11.  Guru bukan siswazah tidak mendapat pendidikan yang mendalam mengenai kaedah komunikasi yang berkesan. Guru siswazah pula kurang pendedahan terhadap suasana persekitaran sekolah yang memerlukan komunikasi yang baik antara guru-guru dan guru- murid. Berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan guru di mana guru bukan siswazah tidak berpuas hati dengan golongan guru yang bersiswazah.
  12. 12.  Berlaku perselisihan faham antara guru bukan siswazah dan guru siswazah. Tidak dapat mengeluarkan pendapat masing- masing untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan murid-murid. Mengakibatkan pembentukan puak-puak dalam kalangan guru di sekolah yang membentuk kepada perbezaan pandangan antara guru.
  13. 13.  Berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan guru. Penindasan berlaku ke atas guru-guru baharu terutamanya lepasan Ijazah. Sukar untuk mendapatkan khidmat pertolongan dan bimbingan daripada guru-guru bukan siswazah. Menyebabkan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran terganggu.
  14. 14.  Kajian bahasa badan menunjukkan komunikasi berhadapan dan isyarat tanpa bunyi memberi 60-80% kesan ke atas mesej itu. Manakala bunyi pula memberi kesan sebanyak 20-30% dan baki untuk 10% adalah kata-kata. Justeru itu, penguasaan komunikasi amat mempengaruhi murid berdasarkan cara guru itu berkomunikasi.
  15. 15.  Terdapat pendapat menyatakan guru lelaki mudah terganggu fokus ketika sesi pengajaran berlaku berbanding guru wanita. Namun, terdapat pendapat menyatakan bahawa komunikasi wanita terlalu dipengaruhi oleh emosi mereka. Ini dinyatakan kerana faktor kajian fizikal jantina seseorang itu oleh pengkaji.
  16. 16.  Alat deria wanita berkemampuan menghantar maklumat dengan cepat daripada 1 hemisfera ke hemisfera yang lain menjadikan mereka lebih cekap memahami isyarat lisan, visual dan isyarat lain. Namun begitu, perempuan cepat mengalami masalah emosi kerana ketidak stabilan hormon wanita yang mempengaruhi emosi dan menjurus kepada berlakunya masalah komunikasi.
  17. 17.  Kaum lelaki hanya menggunakan otak kiri bagi mendengar manakala wanita menggunakan kedua-dua belah otaknya. Otak wanita mampu mengasing, mengkategorikan bunyi dan seterusnya bertindak mengikut setiap bunyi yang mereka dengar. Justeru itu, guru lelaki mudah hilang fokus ketika mengajar dan menyebabkan proses komunikasi ataupun penyampaian maklumat terjejas.
  18. 18.  Berlakunya prejudis dalam kalangan murid ataupun mana-mana pihak sama ada terhadap guru lelaki mahupun guru perempuan. Guru yang tidak mampu mengatasi kelemahan diri akan menyebabkan penguasaan komunikasi terjejas lantas menjejaskan keharmonian budaya di sekolah. Pembawakan diri guru lelaki dan perempuan akan membawa pembawakan kepada identiti pelajar.
  19. 19.  Berlakunya masalah guru menyalahkan antara jantina jika berlaku sebarang masalah. Guru tidak dapat penyelesaian yang sepakat untuk menyelesaikan masalah murid. Sukar untuk mendapatkan bantuan berdasarkan kelebihan guru lelaki dan guru perempuan.
  20. 20.  shahril@charil Marzuki&Habib Mat Som.(1999). Isu-isu dalam Pendidikan. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur. Ee Ah Meng.(1997). Komunikasi dalam Bilik Darjah. Pedagogi 1. Kurikulum dan pengurusan Bilik Darjah. Shah Alam, selangor. Abdullah Hassan & Ainon Mohd.(2000). Komunikasi. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru. Kuala Lumpur.

×