SlideShare a Scribd company logo
1 of 41
CAPACITY (KEUPAYAAN)
Kebolehan mengetahui dan memahami implikasi/kesan kontrak ke atas mereka.
Section 10(1): all agreements are contract if they are made by the free consent of parties
competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not
hereby expressly declared to be void
Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak2 yg layak
membuat kontrak utk sesuatu balasan yg sah dan dgn sesuatu tujuan yg sah dan tidak
ditetapkan dgn nyata di bawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal.
Section 11: every person is competent to contract who is of the age of majority
according to the law to which he is subject and who is of sound mind, and is not
disqualified from contracting by any law to which he is subject.
Setiap org adalah layak buat kontrak sekiranya dewasa menurut undang2 yg mana dia
tertakluk dan sekiranya dia berakal sempurna dan tdk hilang kelayakan utk buat kontrak
menurut mana2 undang2 yg mana dia tertakluk.
1) Minor or infants
Age of majority act 1971 (akta umur dewasa)- seseorg mencapai dewasa apabila
berumur 18 thn dan ke atas.
General rule:
s.10 & s.11 : a contract by minor (person below age 18) is void because minors are not
competent to contract.
Kanak2 buat kontrak / masuk kontrak = batal
Mohori Bibee v Dhurmodas Ghouse
Appellant memberikan pinjaman wang sejumlah Rs20 000 kpd responden (minor).
Pinjaman itu dilindungi dgn gadaian beberapa rumah milik responden. Appellant tahu
yg responden adalah minor. Kemudian, responden declare yg agreement itu batal sbb
dia masih minor dan kurang keupayaan.
3 categories of
people who do
not havethe
capacity or are
not competent
to contract
1) minor or
infants (kanak-
kanak)
2) An insane
person / person
of unsound
mind/intoxicated
person
3) a person
disqualified by
the law
(ex:bankrupt /
alien enemy)
Keputusan mahkamah: agreement tu batal dan tiada ikatan dgn responden.)
Tan Hee Juan v Teh Boon Keat
Plaintif (minor) contracted transfer tanah kepunyaan dirinya kpd defendan.kemudian,
plaintif memohon arahan mahkamah mebatalkan pindah milik tersebut.
exceptions
a) contracts for
necessaries
b) beneficial
contracts
c) contracts for
scholarship
d) contracts for
insurance
e) contract
made under
Aga of majority
act 1971
f) contract of
agency
a) Contract for necessaries (kontrak keperluan hidup)
Section 69: if a person , incapable of entering into a contract or anyone whom is he
legally bound to support is supplied by another person with necessaries suited to his
condition in life, the person who has furnished such supplies is entitled to be
reimbursed from the property of such incapable person.
(jika seorg tidak berdaya buat kontrak atau sesiapa yg dia nya terikat di sisi2 undang2
utk menanggung, dibekalkan oleh org lain dgn keperluan2 yg sesuai dgn keadaan
hidupnya, maka org yg membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta org
yg tidak berdaya itu.
Beban utk membuktikan bahawa barangan yg dibekalkan adalah suatu keperluan
hidup , terletak pd pihak penjual.
kontrakmesti dibuat oleh kanak2
kanak2dibekalkandgn keperluan hidup
keperluan mesti yg sesuai dgn keadaan hidup kanak2
kanak2akan bertanggungan hanyasekiranya mempunyaiharta
keperluan yg dibekalkan kpd kanak2/tanggungan kanak2hanya
boleh dikenakan harga ygmunasabah
Government of Malaysia v Gurcharan Singh
Plaintif telah dakwa yg defendan dan memungkiri kontrak. Tuntutan adalah berjumlah
$11 500 yg dibelanjakan utk tujuan pendidikan defendan. Pada masa kontrak itu dibuat,
defendan adalah seorg minor.
Keputusan mahkamah: kontrak adalah batal. Tetapi sejak pendidikan adalah 1
keperluan, defendan bertanggungjawab utk bayar jumlah yg telah dibelanjakan atau
jumlah yg munasabah. Kontrak jd sah disebabkan oleh pendidikan adalah 1 keperluan.
Nash v Inman
Plaintif ada bekalkan baju bernilai £145 kpd defendan dan masa tu defendan adalah
seorg student di Cambridge. 11 baju telah dibekalkan. Plaintif minta claim pembayaran
tu dr defendan. Masa baju dibekalkan, dia still minor dan baju tu bkn keperluan.
Lagipun ayah defendan telah bekalkan baju mengikut keadaan mereka.
Keputusan mahkamah : pakaian yg dibekalkan kpd defendan bkn keperluan defendan
kerana ayah defendan mampu bekalkan pakaian yg sesuai. so, defendan x ada ikatan
kontrak.
b) Beneficial contract
Kontrak terikat & sah walaupun minor.
Beneficial contract : kontrak di bawah minor dimana utk pendidikan atau training utk
pertukaran atau profession
Doyle v White City Stadium
D ialah pro boxer dan minor. Sebagai balasan dia terima lesen drpd British Boxing
Board of control, D setuju mengikat kontrak dgn Board tu mengikut professional. Dlm
kontrak tu, rulenya jika D disqualified drpd tournament, duit menangnya boleh hilang.
Lepastu D disqualified dan dia tdk dpt duit. Tetapi D claim sbb as a minor kontrak x
terikat dgn dia dan still boleh claim duit tu walaupun disqualified.
Keputusan mahkamah: kontrak tu terikat dengan D( Dia boleh hilang duit tu kalau
disqualified walaupun dia minor). Sbb keputusan ialah lesen tu adalah praktikal utk
membolehkan D menjadi proficient dlm kerjayanya. Semasa rules tu attached dgn isu
lesen were incorporated dlm particular kontrak yg bermanfaat/ berfaedah. Both
contract menjadi terikat dan dua2 dpt benefit.
De Francesco v Barnum
Plaintif masuk kontrak dgn minor umur 14 tahun. Minor tu pulak jadi apprentice /
pelapis utk plaintif selama 7 tahun. Terdapat beberapa syarat dlm kontrak:
- Dia x boleh kahwin
- Dia x boleh terima apa2 payment
- Dia x boleh menari professional utk org lain tanpa pengetahuan plaintif
Minor buat kontrak menari utk defendan. Plaintif dakwa defendan bg kerosakan.
Keputusan mahkamah: terma2 dlm kontrak antara plaintif dgn minor adalah
unreasonably harsh dan contract x boleh dipaksa utk tentang minor. Effect kontrak ialah
the place the minor entirely at the disposal plaintif.
c) Contracts for scholarships
Kontrak/perjanjian antara authority dgn sesiapa with respect to any
biasiswa,award,bursary,loan,sponsorship, appointment to course of study.
d) Contracts for insurance
Minor lebih 10 tahun boleh masuk kontrak insurans. Tetapi minor bwh 16, kena ada
lisan oleh parents/penjaga.
e) Contracts made under the age of majority act 1971
Section 4(a)
Exceptions:
- Keupayaan oleh sesiapa dlm kaitan marriage,cerai,angkat,
- Religion /religious rites and usages sesiapa dlm Malaysia
- Apa2 written law fixing the age of majority/
Rajeswary & Anor v Balakrishnan & Ors.
Kedua2 pihak agam hindu Ceylon. Ikut adat. Perjanjian utk kahwin mesti diserta dgn
dgn pembayaran dowry by pihak perempuan kpd pihak lelaki dan telah dilaksanakan
semasa bertunang. Kemudian pihak lelaki putuskan tuning kerana terpikat dgn
perempuan lain. Pihak perempuan buat tuntutan dowry dan loses lain dibayar oleh
defendan. Defendan x nak buat alasannya semasa bertunang perempuan umur 16
tahun dan kontrak batal.
Km: even plaintif kanak2, kontrak tunang sah dan boleh dikuatkuasakan.
f) Contracts of agency
Section 137: As between the principal and third persons, any person may become an
agent; but no person who is not of the age of majority and of sound mind can become
an agent, so as to be responsible to his principal according to the provisions in that
behalf herein contained.
(antara 2 org dan org ke 3, seseorg boleh jadi ejen tetapi tiada seorg pun yg bukan dari
umur dewasa dan berfikiran waras boleh menjadi ejen utk bertanggungjawab kpd
prinsipil nya mengikut peruntukan bagi maksud yg terkandung)
2. contracts by insane or drunken person
Section 11 requires that a person must be of sound mind to be competent to contract.
Section 12(1): a person is said to be of sound mind for the purpose of making a
contract if, at the time when he makes it, he is capable of understanding it and forming
a rational judgment as to its effect upon his interests.
(seseorang adalah dikatakan berakal sempurna utk maksud membuat kontrak jika, pada
masa dia membuat kontrak itu, dia berkeupayaan memahami kontrak yang
diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yg rasional terhadap kesan
atas kepentingannya.)
Section 12(2): A person who is usually of unsound mind, but occasionally of sound mind,
may make a contract when he is of sound mind.
(seseorang yg lazimnya tidak berakal sempurna tetapi sekali sekala berakal sempurna
boleh membuat kontrak apabila dia berakal sempurna.)
Section 12(3): A person who is usually of sound mind, but occasionally of unsound mind,
may not make a contract when he is of unsound mind.
(seseorang yg lazimnya berakal sempurna tetapi sekali sekala tidak berakal sempurna
tidak boleh membuat kontrak apabila dia tidak berakal sempurna.)
INTENTION TO CREATE LEGAL RELATION(Niat mewujudkan hubungan di sisi undang2)
ICLR : Kesediaan setiap pihak utk menerima kesan dari segi undang2 sekiranya mana2
pihak gagal utk melaksanakan kontraknya.
Commercial or business agreement
Law anggap niat wujud apabila pihak mewujudkan hubungan di sisi undang2.. sebaik
sahaja pihak masuk dlm agreement cth; sale dgn pembelian, law anggap kedua pihak
ada niat utk mewujudkan hubungan di sisi undang2.
Winn v Bull
Perjanjian telah dibuat antara plaintif dgn defendan utk pajakan rumah tertakluk pd
persiapan dan kelulusan kontrak rasmi. Kes ini tiada kontrak formal lagi dimasukkan ke
dalam mahkamah, court held tidak ada kontrak boleh dikuatkuasakan.
Low Kar Yit v Mohd Isa
Pihak defendan memberikan pilihan kpd plaintif bg membeli sebidang tanah tertakluk
kepada a) kontrak rasmi dibuat dan dipersetujui oleh kedua2 pihak dan b) kelulusan
penjualan itu drpd mahkamah tinggi. Defendan bertindak memilih opsyen it tetapi
plaintif enggan sign perjanjian jual beli itu. Defendan mendakwa opsyen itu adalah 1
kontrak yg sah walaupun tertakluk kpd kontrak rasmi. Mahkamah menolak dakwaan itu
dan memutuskan ug opsyen itu bukan 1 kontrak kerana ia masih tertakluk kpd
perjanjian rasmi yg perlu digubal dan ditandantangani.
Lim Keng Siong v Yeo Ah Tee
Responden mendakwa terdapatnya completed contract kenaikan jumlah surat2 yg
bertukar antara mereka. Walaubagaimana pun, appellant defend yg penjualan itu
tertakluk kpd kontrak rasmi dan appellant inform peguam cara responden yg tak nak
teruskan penjualan. Mahkamah putuskan mengikut keadaan sekeliling, terdapat niat
utk mewujudkan perhubungan utk dtg kpd perjanjian lengkap on the subject of the
sale. Jumlah pertukaran surat di antara pihak menunjukkan terdapat niat utk
mewujudkan perhubungan di sisi undang2.
Daiman development sdn bhd v Matthew Lui Chin Teck
Responden (pembeli) telah booking “pro forma” di bwh pihak persetujuan utk membeli
rumah yg dibuat oleh appellant (housing developer). Selepas tandatangan “pro forma”
and payment deposit, appellant inform responden yg harga rumah dah naik.
Responden tak setuju dgn kenaikan harga rumah tu. Kemudian, appellant menolak utk
meneruskan kontrak. Responden dakwa appellant kerana memungkiri kontrak tapi
appellant bgtau tak ada contract lagi disebabkan “pro forma”, yg telah di sign oleh
responden, hanya tertakluk kepada kontrak. Mahkamah putuskan menolak hujah ini
dan appellant telah terikat dgn “pro forma” dan tak boleh argue yg “pro forma” tidak
mewujudkan perhubungan di sisi undang2 di bawah kontrak.
Social, domestic or family agreement
Perjanjian yg dibuat antara kawan dan ahli keluarga atau social arrangements.
Agreement yg mcm ni, law aggap yg tak ada niat utk mewujudkan perhubungan di sisi2
undang dgn kedua pihak.
Sebagai contoh : jika seorg bapa berjanji akan bayar rm200 sebulan kpd anak lelakinya
yg menolong basuh kereta , tidak akan ada pelanggaran kontrak jika bapanya gagal
membayar anaknya as such semata mata perjanjian keluarga atau domestic.
Kontrak tak terikat oleh pihak yg telah dianggap oleh law bahawa ia tidak bertujuan utk
mempunyai tindakan undang2 sekiranya mana2 pihak gagal memenuhi tanggungjawab
masing2.
Balfour v Balfour
Defendan(suami) ialah pekerja kakitangan awam yg bertugas di sri lanka. Dia telah
berjanji nak bayar isterinya duit saraan setiap bulan. Isterinya terpaksa tinggal di
England dan tak dapat mengikut suaminya ke sri lanka kerana tidak sihat. Kemudian, si
suami gagal utk tunaikan janji dan isterinya telah dakwa suaminya kerana telah
memungkiri atau melanggar kontrak. Mahkamah putuskan janji yg dibuat oleh si suami
tidak wujudnya ikatan dan kuatkuasa undang2 sebab perjanjian antara keluarga dan
domestic serta dianggap pihak itu tidak berniat utk berjanji utk dpt kontrak yg
mengikat secara undang2.
Jones v Padavatton
Mengikut prinsip kes balfour yg telah diapply dalam kes perjanjian di antara emak dan
anak perempuannya. Dalam kes ini, si emak berjanji utk memberi elaun kpd anaknya
jika dia berputus asa bekerja sebagai secretary di united states and read for the bar in
England. Kemudian, anaknya tinggalkan kerja lamanya dan dtg ke England to read for
the Bar. Emaknya juga bersetuju utk memberikan rumah kpd anak perempuannya.
Kemudian pada tuntutan ibu memiliki rumah , mahkamah putuskan bahawa perjanjian
itu tidak bertujuan utk menjadi undang2 yg mengikat. Oleh itu ibu berhak kepada
pemilikan.
Merrit v Merrit
Suami dan isteri bercerai. Si suami tinggalkan rumah yg dibeli bersama-sama isterinya
utk tinggal bersama wanita lain. Rumah itu masih dlm gadaian kpd syarikat gadaian
harta. Selepas hasil perbincangan, si suami bersetuju membayar £40 sebulan kpd isteri.
Sebahagian wang hendaklah diguna utk menjelaskan baki bayaran ansuran gadaian. Si
suami bersetuju utk menyerahkan rumah tersebut kepada isterinya sebagai pemilik
tunggal sebaik sahaja semua ansuran gadaian diselesaikan. Janji suami ini telah ditulis
di atas keeping kertas dan telah dintandatangani oleh suami. Walaubagaimanapun,
setelah semua ansuran diselesaikan, si suami enggan menepati janji.
Keputusan mahkamah: putuskan perjanjian yg dimasuki di antara suami dan isteri boleh
dikuatkuasakan memandangkan semasa perjanjian itu dibuat kedua2 nya sudah tidak
sehaluan dan tinggal berasingan. Tambahan pula perjanjian tersebut telah ditulis.
Ternyata sekali, kedua pihak berniat utk menghasilkan satu perjanjian yg mengikat.
CERTAINTY OF CONTRACT (ketentuan)
Section 30: agreements the meaning of which is not certain or capable of being made
certain are void.
Perjanjian2 yg mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal.
Karuppan chetty v Suah Thian
Pihak yg berkenaan bersetuju memberi pajakan sebanyak rm35 sebulan seberapa lama
yg disukai oleh org yg membuat pajakan.
Keputusan mahkamah: keperluan ketentuan tidak dipenuhi dan kontrak tidak sah.
FREE CONSENT (KERELAAN BERKONTRAK)
Kontrak batal: perjanjian yg dibuat tanpa memenuhi ciri2 / kehendak sesuatu kontrak.
KERELAAN BERKONTRAK
Pengenalan
Kontrak batal = Perjanjian yang dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri / kehendak sesuatu kontrak.
Contoh:
Veloo seorang kanak-kanak telah membuat kontrak dengan Moin dalam jual beli sebuah kereta.
Veloo telah membayar RM10,000 bagi pembelian kereta itu. Kontrak tersebut adalah kontrak batal
kerana kanak-kanak tidak layak berkontrak.
Kontrak boleh batal
S.2(i) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang atas opsyen
satu pihak atau lebih daripada pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas opsyen pihak
atau pihak yang lain, adalah suatu kontrak boleh batal.
Kontrak boleh batal adalah sah sehingga ia dibatalkan atas opsyen satu pihak dan tidak pihak yang
lain.
Contoh:
Riko mahu Bilal membeli rumahnya dengan harga RM300,000. Riko mengugut, jika Bilal enggan
membeli rumah itu, dia akan dipukul. Oleh kerana takut dipukul, Bilal membeli rumah itu menurut
harga yang dikehendaki. Kontrak ini adalah boleh batal kerana ada unsur paksaan
Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang
= Satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undang-
undang kerana gagal memenuhi keperluan atau formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut /
undang-undang.
Contoh:
Akta Sewa Beli 1967: Perjanjian sewa-beli mestilah dibuat secara bertulis.
Sekiranya pihak yang berkenaan membuat perjanjian secara lisan, perjanjian itu sah di antara pihak
berkenaan. Tetapi sekiranya berlaku apa-apa pertelingkahan daripada perjanjian lisan tersebut,
sebarang tuntutan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang disebabkan pihak yang
berkenaan membuat perjanjian tersebut tanpa mematuhi kehendak undang-undang.
S.10 (1) AK 1950: Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak
yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang
sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal.
S.13 AK 1950: Dua orang atau lebih boleh dikatakan berkerelaan apabila mereka bersetuju
mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama.
S.14 AK 1950: Kerelaan adalah dikatakan bebas apabila tidak disebabkan oleh
(a) paksaan
(b) pengaruh tak berpatutan
(c) tipuan
(d) salah nyata
(e) khilaf
Fakta-fakta yang boleh menjadikan sesuatu kontrak boleh batal ialah paksaan, pengaruh tak
berpatutan, tipuan dan salah nyata.
Pihak yang telah memberikan persetujuan disebabkan oleh paksaan, pengaruh tak berpatutan,
tipuan atau salah nyata, diberi pilihan sama ada mahu menerima kontrak berkenaan atau
menolaknya.
Sekiranya pihak itu menerima kontrak tersebut, kontrak yang sah diteruskan dan hak-hak dan
tanggungjawab boleh timbul daripadanya.
Sekiranya pihak berkenaan menolak, kontrak itu bolehlah dibatalkan.
Fakta khilaf boleh menjadikan sesuatu kontrak itu batal.
1. Paksaan
S.15 AK 1950: Paksaan ialah melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam untuk melakukan
apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara tidak sah atau
mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat
menyebabkan seseorang untuk membuat suatu perjanjian.
Paksaan = Apa jua perbuatan yang melibatkan kekerasan atau ancaman untuk melakukan
kekerasan yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan ke atas sesuatu pihak, keluarganya atau
hartanya, dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan pihak itu untuk memasuki sesuatu kontrak.
S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod
atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang
kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh
frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah
dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika
nyataan yang telah dibuat itu adalah benar.
Sesuatu kontrak yang dimasuki kerana paksaan boleh dibatalkan atas pilihan pihak yang dipaksa
Kes: Kesarmal a/l Letchman Das lwn Valiappa Chettiar
Ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia dahulu, satu pindah milik harta telah
dilaksanakan atas perintah Sultan. Perintah Sultan itu dilakukan atas paksaan dua orang pegawai
tentera Jepun.
KM: Memandangkan persetujuan tidak diberikan secara sukarela, perjanjian itu menjadi boleh batal
atas kehendak atau opsyen pihak yang persetujuannya diperolehi sedemikian.
Kes: Kaufman lwn Gerson
Gerson telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh Kaufman. Kaufman
kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Gerson, kecuali isteri
Gerson sanggup membayar semula wang yang telah disalahgunakan itu. Isteri Gerson telah
bersetuju untuk membayar semula wang itu demi untuk menjaga nama baik suaminya.
KM: Kontrak yang dibuat oleh isteri Gerson dengan Kaufman merupakan kontrak boleh batal.
2. Pengaruh tak berpatutan
S.16(1) AK 1950: Suatu kontrak adalah dikatakan didorong oleh ‘pengaruh tak berpatutan’, di mana
pertalian di antara kedua belah pihak adalah sedemikian rupa hingga satu pihak adalah dalam
kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang lain dan menggunakan kedudukan itu untuk
memperolehi faedah tak saksama ke atas pihak yang lain.
Sesuatu kontrak yang telah dibuat dikatakan didorong oleh pengaruh tak berpatutan jika didapati
satu pihak berkeupayaan untuk menguasai kemahuan pihak yang lain dan menggunakan
kedudukannya itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak yang lain.
S.16(2) AK 1950: Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut di atas (S.16(1)),
seseorang boleh dianggap berada dalam kedudukan menguasai kemahuan seorang yang lain
(a) di mana dia memegang kuasa benar atau kuasa zahir ke atas orang lain itu, atau di mana
dia berada dalam perkaitan amanah dengan orang lain itu; atau
(b) di mana dia membuat suatu kontrak dengan seseorang yang keupayaan akalnya adalah
terjejas oleh sebab usia, penyakit, atau penderitaan akal atau jasmani, sama ada sementara atau
berkekalan.
S.16(3)(a) AK 1950: Di mana seorang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan
seorang yang lain, membuat kontrak dengannya, dan ternyata bahawa urusan itu adalah tidak patut,
sama ada pada zahirnya atau atas keterangan yang dibuktikan, maka beban membuktikan bahawa
kontrak sedemikian itu tidak didorong oleh pengaruh tak berpatutan hendaklah diletakkan ke atas
orang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan orang lain itu.
Beban untuk membuktikan bahawa kontrak sedemikian tidak didorong oleh pengaruh tak berpatutan
terletak ke atas orang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan orang lain itu.
S.20 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat sesuatu perjanjian adalah disebabkan oleh
pengaruh tak berpatutan, maka perjanjian itu adalah suatu kontrak boleh batal atas opsyen pihak
yang kerelaannya disebabkan sedemikian.
Apabila sesuatu kontrak itu dimasuki disebabkan pengaruh tak berpatutan, kontrak sedemikian
boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang telah dipengaruhi itu.
Kes: Chait Singh lwn Budin bin Abdullah
Seorang pemberi pinjaman wang (ceti) telah mengeluarkan satu pinjaman dengan kadar bunga 36%
setahun kepada seorang peminjam yang buta huruf. Si peminjam telah menyerahkan dokumen hak
milik tanahnya kepada ceti tersebut untuk simpanan dan sebagai jaminan ke atas hutang itu.
KM: Disebabkan jaminan yang baik telah diberi, kadar faedah yang melebihi 18% setahun terhadap
seorang yang buta huruf telah menimbulkan andaian bahawa pengaruh tak berpatutan telah
berlaku.
Kes: Tate lwn Williamson
Tate seorang pelajar, berhasrat menjual sebahagian hartanya bagi menjelaskan yuran pengajiannya.
Dia telah menemui defendan yang merupakan seorang peguam untuk mendapatkan nasihat
mengenai penjualan tersebut. Defendan kemudiannya telah membeli harta Tate pada harga £7,000
tanpa memaklumkan kepada Tate bahawa nilai sebenar harta tersebut ialah £20,000.
KM: Kontrak tersebut mesti diketepikan kerana terdapat perkaitan amanah antara defendan dengan
Tate. Ini kerana Tate telah merujuk kepada defendan untuk mendapatkan nasihat dan oleh itu
defendan tidak berhak membeli harta tersebut tanpa membuat pendedahan berkenaan.
Kes: Letchemy Arumugan lwn Annamalay
Plaintif yang merupakan seorang penoreh getah wanita yang buta huruf memohon untuk
mambatalkan perjanjian jual beli yang telah dimasukinya dengan pihak defendan yang merupakan
seorang pemaju perumahan. Menurut plaintif, defendan dengan bantuan peguamnya telah
mengambil kesempatan atas kejahilannya dengan memintanya menandatangani beberapa
dokumen dalam bahasa Inggeris. Plaintif menandatangani dokumen-dokumen tersebut tanpa
mengetahui dan menyedari bahawa hakikatnya beliau menandatangani suatu perjanjian menjual
tanahnya di Port Dickson. Defendan walau bagaimanapun mendakwa bahawa perjanjian tersebut
telah ditandatangani dengan disaksikan oleh seorang peguam yang telah menjelaskan segala-
galanya kepada plaintif.
KM: Defendan gagal membuktikan bahawa plaintif telah bertindak secara bebas dan memahami
surat perjanjian itu. Selain daripada wujudnya elemen tipuan, terdapat juga elemen pengaruh tak
berpatutan dikenakan oleh defendan ke atas plaintif. Plaintif berhak membatalkan perjanjian
berkenaan.
3. Tipuan
S.17 AK 1950: Frod termasuklah mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan oleh suatu
pihak yang membuat kontrak, atau dengan pembiarannya, atau oleh agennya, dengan niat untuk
memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya, atau mendorong pihak yang lain itu
untuk membuat kontrak:
(a) mengenai suatu fakta, menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang tidak
mempercayai bahawa sesuatu itu benar;
(b) menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau
mempercayai fakta itu;
(c) membuat janji tanpa apa-apa niat untuk menepati janji itu;
(d) mana-mana perbuatan lain yang padan untuk memperdaya;
(e) mana-mana perbuatan atau ketinggalan sedemikian yang khususnya ditetapkan oleh
undang-undang sebagai frod.
Tipuan mestilah suatu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau mendorong
pihak lain membuat kontrak dengannya.
S.17 telah menyenaraikan lima jenis perbuatan yang boleh disifatkan sebagai tipuan.
Kes: Letchemy Arumugan lwn Annamalay
Plaintif yang merupakan seorang penoreh getah wanita yang buta huruf memohon untuk
mambatalkan perjanjian jual beli yang telah dimasukinya dengan pihak defendan yang merupakan
seorang pemaju perumahan. Menurut plaintif, defendan dengan bantuan peguamnya telah
mengambil kesempatan atas kejahilannya dengan memintanya menandatangani beberapa
dokumen dalam bahasa Inggeris. Plaintif menandatangani dokumen-dokumen tersebut tanpa
mengetahui dan menyedari bahawa hakikatnya beliau menandatangani suatu perjanjian menjual
tanahnya di Port Dickson. Defendan walau bagaimanapun mendakwa bahawa perjanjian tersebut
telah ditandatangani dengan disaksikan oleh seorang peguam yang telah menjelaskan segala-
galanya kepada plaintif.
KM: Defendan gagal membuktikan bahawa plaintif telah bertindak secara bebas dan memahami
surat perjanjian itu. Selain daripada wujudnya elemen tipuan, terdapat juga elemen pengaruh tak
berpatutan dikenakan oleh defendan ke atas plaintif. Plaintif berhak membatalkan perjanjian
berkenaan.
Bolehkah berdiam diri dianggap wujud satu penipuan?
Huraian S.17 AK 1950: Semata-mata membisu mengenai fakta-fakta yang boleh jadi melibatkan
kesediaan seseorang untuk membuat kontrak bukanlah frod melainkan jika kedudukan perkara itu
adalah sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itu dipertimbangkan, adalah menjadi kewajipan
bagi orang yang membisu itu untuk berkata-kata, atau melainkan jika pembisuannya itu dengan
sendirinya adalah sama dengan kata-kata.
Kaedah am: Semata-mata berdiam diri / membisu mengenai sesuatu fakta yang boleh menjejaskan
kesediaan seseorang untuk membuat kontrak bukanlah satu tipuan.
Kes: Keates lwn Lord Cadogan
Defendan yang mengetahui plaintif amat memerlukan rumah, telah menyewakan kepada plaintif
sebuah rumah yang hampir musnah tanpa memberitahu keadaan tersebut kepada plaintif.
KM: Tuntutan plaintif untuk suatu gantirugi ditolak kerana pihak defendan tidak melakukan tipuan.
Kes: Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering Sdn Bhd & Anor
Perayu telah mendakwa bahawa satu salah nyataan tipu muslihat telah dikenakan terhadapnya
semasa dia memasuki perjanjian sewa beli dan dia berhasrat untuk membatalkan perjanjian
tersebut.
KM: Tidak timbul apa-apa kewajipan di pihak responden pertama (peniaga) untuk memaklumkan
kepada perayu tahun mesin tersebut dibuat dan hakikat bahawa mesin tersebut telah terbabit dalam
kemalangan kecil sebelum ini. Tindakan responden pertama tidak memberitahu perayu tidak
dianggap sebagai cuba menipu perayu ataupun mengakibatkan perayu memasuki perjanjian sewa
beli tersebut.
Kes: Vyramuttu lwn State of Pahang
Defendan menjual tanah secara lelong kepada plaintif. Defendan menyangkakan bahawa tanah itu
belum dimajukan, dan harganya jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Sebenarnya
tanah tersebut telah dimajukan dan nilainya juga telah meningkat. Apabila sedar akan kesilapan ini,
defendan enggan meneruskan transaksi jual beli tersebut dan mendakwa plaintif gagal memberitahu
maklumat tersebut kepadanya dan plaintif akan mendapat faedah atas fakta itu.
KM: Plaintif tidak terikat untuk memberitahu defendan tentang tanah itu dan berhak mendapat ganti
rugi kerana dia mengalami kerugian di atas keengganan defendan untuk meneruskan jual beli itu.
Pengecualian:
Terdapat 2 keadaan di mana perbuatan membisu itu boleh menjadi satu tipuan:
i. Apabila wujud tanggungjawab untuk berkata-kata dalam keadaan tertentu.
Apabila perkaitan amanah wujud antara kedua-dua pihak yang berkontrak, adalah menjadi
kewajipan pihak yang memikul amanah itu untuk mendedahkan segala fakta penting yang
diketahuinya kepada pihak yang satu lagi.
Contoh-contoh mereka yang mempunyai perkaitan amanah adalah seperti peguam dengan anak
guam dan doktor dengan pesakit.
Misalan (b) S.17 AK 1950: B ialah anak perempuan A dan dia baharu saja dewasa. Di sini, ada
hubungan antara kedua belah pihak yang mewajibkan A untuk memberitahu B jika kuda yang
hendak dijual itu tidak sihat.
ii. Apabila pembisuan itu dianggap sama dengan kata-kata.
Misalan (c) S.17 AK 1950: B berkata kepada A, “Jika kamu tidak menyangkal, maka saya
menganggap kuda itu sihat”. A membisu. Di sini, pembisuan A itu adalah sama dengan A berkata-
kata.
S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod
atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang
kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh
frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah
dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika
nyataan yang telah dibuat itu adalah benar.
Apabila wujud unsur tipuan dalam sesuatu kontrak, kontrak sedemikian boleh dibatalkan atas pilihan
pihak yang kena tipu.
Kecualian S.19 AK 1950: Jika kerelaan itu disebabkan oleh salah nyata atau oleh pembisuan yang
menjadi frod dalam pengertian S.17, maka kontrak itu, meskipun begitu, tidak boleh dibatalkan, jika
pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada jalan untuk mengetahui kebenarannya dengan
menggunakan ketekunan yang lazim.
Sekiranya pihak yang telah ditipu itu berupaya menyiasat kebenaran fakta yang disebutkan oleh
pihak yang lain, maka kenyataan yang dibuat secara tipuan itu tidak boleh membatalkan kontrak
berkenaan.
Huraian S.19 AK 1950: Sesuatu frod atau salah nyata yang telah tidak menyebabkan kerelaan
pada suatu kontrak oleh pihak kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kepada siapa frod telah
dilakukan atau kepada siapa salah nyata telah dibuat tidak menjadikan sesuatu kontrak itu boleh
batal.
Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya tipuan tersebut tidak menyebabkan kerelaan pihak yang
kepada siapa tipuan itu dikenakan.
Beban untuk membuktikan kewujudan tipuan terletak pada pihak yang mendakwa dirinya ditipu.
4. Salah nyata
Salah nyata = Kenyataan-kenyataan yang tidak benar / mengelirukan tentang suatu fakta yang
dibuat oleh seseorang dan ditujukan kepada seseorang yang lain, yang dibuat sebelum kontrak
dimasuki yang telah mendorong seseorang yang lain untuk memasuki kontrak.
S.18: Salah nyata termasuklah:
(a) pernyataan positif oleh seseorang tentang sesuatu maklumat yang tidak benar tetapi
orang itu percaya ia adalah benar.
Contoh:
Lana mendapat maklumat bahawa kereta Protiga Maivi akan dinaikkan harga dua kali
ganda daripada harga sekarang dalam tempoh dua tahun lagi. Lana yakin dengan maklumat
tersebut dan memujuk Tira supaya menjual kereta Protiga Maivi kepunyaannya kepada Lana.
Maklumat tersebut ternyata tidak benar kerana selepas setahun, harga kereta Protiga Maivi telah
jatuh harganya
(b) pelanggaran kewajipan yang dilakukan tanpa niat untuk menipu dan memberi kelebihan
kepada pihak yang melakukan pelanggaran itu.
Contoh:
Pada hari Ahad, Jiha telah bersetuju untuk menyewakan keretanya kepada Zain dengan kadar
RM70 sehari dan akan menyerahkan kereta tersebut kepada Zain pada hari Rabu. Walau
bagaimanapun, pada hari Isnin, Wana telah menemui Jiha dan ingin menyewa kereta Jiha atas
urusan kecemasan sehingga hari Rabu. Wana kemudiannya gagal memulangkan kereta seperti
yang dijanjikan. Ini menyebabkan Jiha tidak dapat melaksanakan kewajipan kontraknya dengan Zain
iaitu untuk menyerahkan keretanya kepada Zain pada hari Rabu. Di sini, ternyata Jiha telah
melanggar kewajipannya dengan tiadanya niat untuk menipu Zain tetapi pada waktu yang sama Jiha
tetap menerima bayaran sewaan lebihan daripada Wana.
(c) menyebabkan, meskipun dengan suci hati, satu pihak perjanjian membuat kesilapan
mengenai perkara pokok perjanjian.
Contoh:
Vivi hendak menjual kereta terpakainya kepada Aqim. Vivi memberitahu Aqim bahawa kereta
tersebut tidak pernah terlibat dalam kemalangan sedangkan tanpa pengetahuan Vivi, kereta
tersebut sebenarnya pernah mengalami kemalangan sewaktu dalam milikan orang lain. Oleh itu,
salah nyataan yang dilakukan oleh Vivi telah mendorong Aqim memasuki kontrak dengan membeli
kereta tersebut.
Kes: With lwn O’Flanagan
Seorang doktor berhasrat untuk menjual kliniknya kepada seorang lain dengan menyatakan bahawa
pendapatan bulanan kliniknya adalah £2,000. Lima bulan kemudian, pendapatan klinik tersebut
merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli firma tersebut.
KM: Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan pembeli membatalkan kontrak tersebut
disebabkan kegagalan penjual memberitahu pembeli pendapatannya yang sebenar.
Kenyataan yang disalah nyatakan mestilah berbentuk satu kenyataan fakta. Semata-mata memberi
pendapat dan buah fikiran tidak boleh digolongkan sebagai satu salah nyata.
Kes: Bisset lwn Wilkinson
Bisset yang berhasrat untuk menjual ladangnya kepada Wilkinson, telah menyatakan bahawa
ladangnya itu mampu menampung biri-biri sehingga 2,000 ekor. Kedua-duanya tahu bahawa ladang
itu tidak pernah digunakan untuk menternak kambing biri-biri. Wilkinson membeli ladang tersebut
tetapi kemudiannya mendapati ladang itu tidak boleh menampung sebanyak 2,000 ekor biri-biri
seperti yang telah dinyatakan oleh Bisset.
KM: Kenyataan Bisset itu hanyalah pendapat beliau sahaja dan ia tidak boleh menjadi salah nyata
walaupun pendapat yang diberikan itu adalah salah.
S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod
atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang
kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh
frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah
dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika
nyataan yang telah dibuat itu adalah benar.
Kesan salah nyata ialah, kontrak boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang terkilan.
Kecualian S.19 AK 1950: Jika kerelaan itu disebabkan oleh salah nyata atau oleh pembisuan yang
menjadi frod dalam pengertian S.17, maka kontrak itu, meskipun begitu, tidak boleh dibatalkan, jika
pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada jalan untuk mengetahui kebenarannya dengan
menggunakan ketekunan yang lazim.
Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya pihak yang dikelirukan berpeluang memeriksa
kebenarannya dengan usaha yang sewajarnya tetapi dia gagal berbuat demikian.
Huraian S.19 AK 1950: Sesuatu frod atau salah nyata yang telah tidak menyebabkan kerelaan
pada suatu kontrak oleh pihak kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kepada siapa frod telah
dilakukan atau kepada siapa salah nyata telah dibuat tidak menjadikan sesuatu kontrak itu boleh
batal.
Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya salah nyata tersebut tidak menyebabkan kerelaan pihak
yang kepada siapa salah nyata itu dikenakan.
5. Khilaf (silap fakta)
S.21 AK 1950: Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara fakta
yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.
Sesuatu perjanjian adalah batal sekiranya kedua-dua pihak telah khilaf mengenai satu perkara yang
mustahak dalam perjanjian itu.
Kes: Raffles lwn Wichelhaus
Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut akan
dibawa oleh kapal ‘Peerless’. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama ‘Peerless’
yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala yang satu lagi
akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli kapas yang
dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan kapas yang
dibawa dalam pelayaran bulan Disember.
KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal
berkenaan.
Kes: Couturier lwn Hastie
Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada masa
membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke England.
Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung tersebut
telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula rosak
akibat disimpan di tempat yang panas.
KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu
S.23 AK 1950: Sesuatu kontrak bukan boleh batal semata-mata kerana ianya disebabkan oleh
salah satu pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara fakta.
Khilaf fakta yang hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja mengakibatkan kontrak bukan boleh batal.
Kes: Tamplin lwn James
B membuat tawaran untuk membeli sebuah kedai minuman keras yang dilelong dengan membuat
kekhilafan bahawa sebuah padang termasuk dalam lot yang dilelongkan, sedangkan hakikatnya
tidak. Dia berjaya dalam lelongan. Menyedari kekhilafan yang telah wujud, dia ingin membatalkan
kontrak.
KM: Kontrak itu adalah sah dan permohonan untuk membatalkan kontrak ditolak.
KONTRAK BATAL
1. Khilaf dua pihak.
S.21 AK 1950: Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara fakta
yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal.
Sesuatu perjanjian adalah batal sekiranya kedua-dua pihak telah khilaf mengenai satu perkara yang
mustahak dalam perjanjian itu.
Kes: Raffles lwn Wichelhaus
Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut akan
dibawa oleh kapal ‘Peerless’. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama ‘Peerless’
yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala yang satu lagi
akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli kapas yang
dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan kapas yang
dibawa dalam pelayaran bulan Disember.
KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal
berkenaan.
Kes: Couturier lwn Hastie
Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada masa
membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke England.
Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung tersebut
telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula rosak
akibat disimpan di tempat yang panas.
KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu.
2. Balasan / tujuan tidak sah.
S.24 AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah sah di sisi undang-undang, kecuali
(a) ianya dilarang oleh undang-undang
(b) ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan, maka ianya akan mengecewakan
peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang;atau
(c) ianya merupakan frod; atau
(d) ianya mendatang atau melibatkan bencana kepada diri atau harta harta orang lain; atau
(e) mahkamah menganggapnya tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam.
S.24 menyenaraikan apakah balasan / tujuan-tujuan dalam kontrak yang boleh menjadikan suatu
kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
i. S.24(a) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
dilarang oleh undang-undang.
Contoh:
S.26(1) Akta Undang-undang Sivil, 1956: Semua kontrak, sama ada secara lisan atau bertulis,
melalui perjudian atau pertaruhan adalah batal dan tidak sah.
S.26(2) Akta Undang-undang Sivil, 1956: Tuntutan untuk mendapatkan wang atau barang hasil
pertaruhan tidak boleh dibuat.
ii. S.24(b) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
bersifat mengecewakan peruntukan undang-undang.
Kes: Hee Cheng lwn Krishnan
Plaintif telah memasuki kontrak dengan defendan untuk membeli rumah yang dibina oleh defendan
atas tanah lesen pendudukan sementara. Defendan mungkir janji dan plaintif menuntut pelaksanaan
spesifik.
KM: Menurut Peraturan 41, Peraturan Tanah 1930, tidak ada lesen pendudukan sementara boleh
dipindah milik. Kontrak itu adalah tidak sah di bawah S.24 di mana jika dibenarkan, ianya akan
mengecewakan peruntukan undang-undang yang berkaitan.
iii. S.24(c) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
merupakan frod
Misalan (e) S.24: Jika A, B dan C membuat satu perjanjian untuk membahagikan antara mereka
hasil yang mereka perolehi secara tipuan. Perjanjian ini adalah batal di bawah S.24(c).
Contoh: Kimi berjanji akan membayar RM2,000 kepada Emma jika Emma setuju untuk memperdaya
pihak kastam di Pelabuhan Klang bahawa barangan yang diimport itu bebas cukai. Perjanjian ini
adalah batal di bawah S.24(c).
iv. S.24(d) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya
melibatkan bencana kepada diri dan harta orang lain
Contoh: Lola berjanji akan membayar RM1,000 kepada Dido jika Dido setuju untuk membelasah
Riko. Perjanjian tersebut batal di bawah S.24(d).
Kes: Syed Ahmad b. Mohamed Al-Habsyee lwn Puteh bt. Sabtu
Defendan yang merupakan pemegang amanah bagi tanah milik seorang kanak-kanak telah
bersetuju menjual tanah tersebut kepada plaintif.
KM: Perjanjian yang dibuat oleh defendan adalah batal kerana perjanjian seumpama ini boleh
memudaratkan kepentingan kanak-kanak tersebut.
v. S.24(e) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya tidak
bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam.
Kes: Aroomoogam Chitty lwn Lim Ah Hang
Plaintif telah meminjamkan sejumlah wang kepada defendan bagi tujuan mengusahakan
perniagaan pelacuran. Defendan mengatakan bahawa wang itu dipinjam olehnya untuk membeli
barang kemas dan pakaian untuk pelacur di bawah jagaannya. Defendan juga mendakwa bahawa
plaintif telahpun diberitahu mengenai tujuan pinjaman itu. Plaintif menafikan dakwaan defendan dan
mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya, defendan menjalankan perniagaan beca. Setelah
defendan gagal menjelaskan jumlah yang dipinjam, plaintif telah mendakwa defendan.
KM: Perjanjian antara plaintif dan defendan adalah tidak sah dan batal keran ia dibuat untuk maksud
yang tidak bermoral. Tuntutan balik wang oleh plaintif telah ditolak.
Misalan (f) S.24: A berjanji untuk mendapatkan B satu pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan B
berjanji akan membayar RM1000 kepada A. Perjanjian ini adalah batal kerana balasannya tidak sah
di sisi undang-undang dan memudaratkan perkhidmatan awam. Ia hanya akan menggalakkan
amalan rasuah di negara kita.
Kes: Foster lwn Driscoll
KM: Perjanjian untuk menyeludup arak ‘Whisky’ ke United States adalah tidak sah kerana ianya
bertentangan dengan kepentingan negara.
Kes: Regazzoni lwn K.C. Sethia
Defendan bersetuju untuk menjual jut India kepada plaintif dan berkomplot untuk membawanya
dengan kapal ke Genoa untuk dijual di Afrika Selatan. Undang-undang India pada masa itu
melarang pengeksportan barang-barang dari India ke Afrika Selatan. Plaintif telah menuntut ganti
rugi atas kegagalan defendan membuat penghantaran sebagaimana yang dijanjikan.
KM: Kontrak batal kerana bertentangan dengan polisi awam.
Kes: Parkinson lwn College of Ambulance Ltd
Setiausaha kepada persatuan kebajikan defendan berjanji dan memberi jaminan akan mendapatkan
pangkat kesatria bagi plaintif sekiranya plaintif mendermakan wang yang cukup kepada tabung
persatuan kebajikan defendan. Plaintif telah menderma sebanyak £1000, tetapi tidak menerima
pangkat kesatria yang dijanjikan pada hari anugerah yang diadakan. Plaintif mendakwa untuk
mendapatkan kembali wang tersebut.
KM: Transaksi tersebut jelas menyalahi undang-undang dan tuntutan plaintif ditolak.
3. Sebahagian daripada balasan / tujuan tidak sah.
S.25 AK 1950: Jika mana-mana bahagian sesuatu balasan untuk satu atau lebih tujuan, atau satu
atau sebahagian dari satu dari beberapa balasan untuk satu tujuan, adalah tidak sah di sisi undang -
undang, maka perjanjian itu adalah batal.
4. Perjanjian tanpa balasan.
S.26 AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal.
5. Perjanjian yang menghalang perkahwinan.
S.27 AK 1950: Setiap perjanjian yang menghalang perkahwinan seseorang, selain dari seorang
yang belum dewasa pada masa remajanya adalah batal.
6. Perjanjian yang menghalang perdagangan.
S.28 AK 1950: Setiap perjanjian dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesion atau
tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah batal setakat itu.
Kes: Wrigglesworth lwn Anthony Wilson
Defendan seorang peguam telah berjanji kepada majikannya bahawa dia tidak akan menjadi
pengamal undang-undang dalam kawasan 5 batu dari Kota Bharu untuk tempoh 2 tahun selepas
tamat berkhidmat dengan firma majikannya itu. Selepas tamat perkhidmatan, defendan terus
membuka firmanya di Kota Bharu. Bekas majikannya memohon injunksi daripada pihak mahkamah
bagi menghalang defendan daripada berbuat demikian. KM: Perjanjian tersebut adalah batal di
bawan S.28. Permohonan untuk mendapatkan injunksi ditolak.
7. Perjanjian yang menghalang tindakan undang-undang.
S.29 AK 1950: Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian itu dihalang dari
menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak di bawah atau mengenai mana-mana kontrak, dengan
tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang mengehadkan masa
dalam mana ia boleh menguatkuasakan hak-haknya, adalah batal setakat itu.
Kes: Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan
Responden telah mengambil polisi insurans dengan syarikat perayu untuk melindungi kedainya di
Ampang. Pada 25 November 1911, kedai responden musnah dalam satu kebakaran. Responden
membuat tuntutan pada 8 Disember tetapi tuntutannya ditolak oleh syarikat perayu pada 5 Januari
1912. Responden memulakan tindakan undang-undang pada 6 Mei 1912. Tindakan responden ini
tidak menepati syarat yang terkandung dalam polisi insurans yang menyatakan, “jika suatu tuntutan
dibuat dan ditolak dan tindakan guaman tidak dimulakan dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan
tersebut…maka semua faedah di bawah polisi ini akan terhapus.”
KM: Syarat tersebut adalah batal kerana bertentangan dengan S.28 Enakmen Kontrak pada masa
itu (sama dengan S.29 AK sekarang).
8. Perjanjian yang mengandungiketaktentuan
S.30 AK 1950: Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan
adalah batal.
Kes: Karuppan Chetty lwn Suah Thian
Pihak yang berkenaan bersetuju memberi pajakan sebanyak RM35 sebulan ‘seberapa lama yang
disukai’ oleh orang yang membuat pajakan.
KM: Keperluan ketentuan tidak dipenuhi. Kontrak tidak sah.
9. Perjanjian pertaruhan.
S.31(1) AK 1950: Perjanjian-perjanjian secara bertaruh adalah batal, dan guaman tidak boleh
dibawa untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan dimenangi daripada mana-mana pertaruhan
atau sesuatu yang diamanahkan kepada sesiapa untuk mematuhi keputusan mana-mana perjudian
atau mana-mana peristiwa lain yang tak tentu di mana apa-apa pertaruhan dibuat.
PELEPASAN KONTRAK
Pelepasan kontrak = Penamatan kontrak / penamatan obligasi kontraktual.
Suatu kontrak itu dianggap ‘dilepaskan’ apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak lagi dikehendaki
untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka dalam kontrak tersebut.
Bagaimana kontrak dilepaskan?
1. Pelepasan dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak.
Pelaksanaan = Penyempurnaan penuh atau penyempurnaan lengkap kewajipan seseorang itu di
bawah kontrak.
Kaedah am: Kontrak hanya akan dilepaskan jika kewajipan di bawah kontrak itu dilaksanakan
sepenuhnya secara menyeluruh, tepat dan jitu.
S.38(1) AK 1950: Pihak-pihak suatu kontrak wajib melaksanakan atau wajib menawar untuk
melaksanakan janji mereka masing-masing, melainkan jika pelaksanaan sedemikian itu telah
dilepaskan atau dimaafkan oleh peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang
lain.
S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tidak
membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji
bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata atau
kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Kes: Bolton lwn Mahadeva
Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang,
defendan mendapati alat tersebut tidak boleh digunakan dan enggan membuat pembayaran.
KM: Plaintif tidak berhak mendapat apa-apa bahagian daripada pembayaran yang dipersetujui
antara mereka.
Kes: Cutter lwn Powell
Defendan telah berjanji untuk membayar Cutter 30 guineas jika dia sanggup berkhidmat dengannya
belayar dari Kingston, Jamaica ke Liverpool. Sebelum pelayaran berakhir, Cutter telah meninggal
dunia dan isterinya (plaintif) telah menuntut bayaran yang dijanjikan.
KM: Pelaksanaan penuh kontrak adalah syarat yang mesti dipenuhi dahulu sebelum bayaran boleh
dibuat. Plaintif tidak berhak mendapatkan bayaran yang telah dijanjikan daripada pihak defendan.
Pengecualian:
Dalam keadaan-keadaan berikut, plaintif / pihak yang teraniaya dalam kontrak berhak membuat
tuntutan bayaran walaupun kontrak itu tidak dilaksanakan secara menyeluruh.
a) Kontrak boleh bahagi
b) Pelaksanaan sebahagian besar
c) Pelaksanaan dihalang
d) Pelanggaran yang bukan perkara asas kontrak
2. Pelepasan menerusi persetujuan pihak-pihak yang berkontrak / pelepasan melalui
perjanjian.
Suatu kontrak boleh dilepaskan melalui perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak
dalam kontrak.
Persetujuan kedua-dua pihak boleh dibuat dengan apa cara sekalipun selagi kedua-duanya
mengetahui bahawa persetujuan telah dicapai untuk melepaskan obligasi masing-masing menurut
kontrak.
S.63 AK 1950: Jika pihak-pihak suatu kontrak bersetuju untuk menggantikannya dengan suatu
kontrak yang baharu, atau untuk membatal atau memindanya, maka kontrak asal itu tidak perlu
dilaksanakan.
S.63 menerangkan kesan novasi, pembatalan & pengubahan.
i. Novasi = Penggantian kontrak asal dengan satu kontrak baru.
Kesan novasi: Melepaskan pihak berkenaan daripada pelaksanaan kewajipannya dalam kontrak
asal.
Persetujuan kedua-dua pihak yang berkontrak adalah perlu untuk novasi.
ii. Pembatalan
Kontrak boleh dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua pihak pada bila-bila masa sebelum ianya
dilaksanakan.
iii. Pengubahan
Mana-mana satu atau lebih syarat-syarat yang terkandung dalam sesuatu kontrak boleh diubah
sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berkontrak.
S.64 AK 1950: Tiap-tiap penerima janji boleh membebas atau mengurangkan sebahagian atau
keseluruhan daripada pelaksanaan janji yang telah dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan masa
untuk pelaksanaan sedemikian itu, atau boleh menerima sebagai gantinya sebarang pemenuhan
janji yang dia fikir berpatutan.
S.64 menerangkan pelaksanaan secara remitan.
Remitan = Penerima janji boleh mengurang, meringankan / melepaskan sama ada keseluruhan /
sebahagian daripada pelaksanaan janji yang dibuat kepadanya. Penerima janji boleh melanjutkan
masa pelaksanaan / menerima apa-apa pelaksanaan lain sebagai gantian meskipun pelaksanaan
yang tidak lengkap.
Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh
Perayu telah mendapatkan penghakiman sebanyak RM8,650 terhadap responden. Anak responden
telah mengirimkan sekeping cek bernilai RM4,000 kepada perayu sebagai melangsaikan
sepenuhnya hutang bapanya terhadap perayu dan jika perayu enggan menerimanya supaya
memulangkannya kembali kepada si anak. Cek berkenaan telah ditunaikan dan disimpan oleh
peguam perayu.
KM: Memandangkan cek itu telah diterima dan ditunaikan oleh perayu, perayu telah bersetuju
menerima bayaran itu sebagai melangsaikan keseluruhan hutang responden kepadanya.
Suatu kontrak dilepaskan daripada pelaksanaannya jika terdapat mana-mana pihak di bawah
kontrak itu gagal memenuhi obligasinya seperti yang telah dipersetujui menurut terma-terma dan
syarat-syarat kontrak tersebut.
Pihak yang gagal ini dianggap telah memungkiri kontrak itu. Justeru memberikan hak kepada pihak
yang teraniaya untuk membatalkan kontrak yang telah dimungkiri dengan menuntut ganti rugi
daripada pihak yang telah memungkiri kontrak.
Keadaan-keadaan yang membolehkan pihak yang teraniaya membatalkan kontrak
i. Penolakan kontrak.
Penolakan kontrak berlaku apabila salah satu pihak dalam kontrak memilih dan menyatakan kepada
pihak yang lain, sama ada dengan perkataan atau perbuatan bahawa dia tidak mahu meneruskan
kontrak tersebut.
S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tidak
membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji
bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata atau
kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Kes: Chen Chuan Development Sdn Bhd lwn Ng Ah Hock
Perayu (pemaju perumahan) telah bersetuju untuk menjual sebuah rumah kedai kepada responden
dengan harga RM49,500. Responden telahpun menjelaskan wang tempahan kepada perayu.
Perayu kemudiannya cuba menaikkan harga rumah kedai tersebut kepada RM85,000. Perayu
seterusnya memulangkan cek dan wang tempahan pembeli. Peguam responden merupakan salah
seorang penerima cek tersebut dan dia telah menunaikannya.
KM: Satu penolakan kontrak telah berlaku apabila perayu menulis surat kepada responden
memaklumkan tentang kenaikan harga serta tindakannya memulangkan wang tempahan. Tindakan
peguam responden menunaikan cek yang diterima itu jelas menunjukkan penerimaannya terhadap
kemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan kontrak tersebut tamat atas
kemungkiran kontrak oleh perayu.
ii. Kemungkiran asas kontrak.
Jika perkara yang menjadi asas kepada kontrak telah dimungkiri, ini jelas menyebabkan
kemusnahan kontrak tersebut secara keseluruhannya.
Kes: Upali (Malaysia) Sdn Bhd lwn Kontrak Manufacturing Services Sdn Bhd
Dalam perjanjian antara plaintif dan defendan, telah dipersetujui bahawa defendan hendaklah
menyimpan coklat-coklat milik plaintif dalam kilang defendan mengikut suhu tidak melebihi 20°C.
Plaintif kemudiannya mendakwa bahawa coklat-coklat tersebut tidak disimpan oleh defendan
mengikut suhu yang telah dipersetujui di dalam kontrak tersebut.
KM: Penyimpanan barang mengikut suhu yang telah ditetapkan dalam kontrak adalah menjadi satu
syarat penting dalam kontrak yang membentuk keseluruhan kontrak tersebut. Maka, kemungkiran
defendan dalam mematuhi syarat berkenaan telah menyebabkan plaintif berhak untuk menamatkan
kontrak tersebut.
Kesan pecah kontrak
Akibat daripada kemungkiran kontrak yang dilakukan oleh salah satu pihak dalam kontrak, ia
memberi beberapa hak kepada pihak yang telah dimungkiri itu, iaitu:
i. Hak untuk menganggap kontrak sebagai masih berjalan (S.40 AK 1950).
ii. Hak untuk menganggap kontrak sebagai tamat (S.40 AK 1950).
Kes: Ban Hong Joo Mines Ltd lwn Chen & Yap Ltd
Pihak perayu meminta responden untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan sebagai
balasan, perayu akan membayar responden setiap 2 minggu. Responden kemudiannya diminta
memberhentikan kerjanya kerana perayu gagal membayar. Responden membuat tuntutan kerana
menganggap tindakan perayu itu sebagai suatu tindakan menamatkan kontrak.
KM: Tindakan perayu sememangnya suatu penolakan dan responden berhak membuat tuntutan
sama ada ganti rugi kerana pecah kontrak atau quantum meruit untuk kerja yang telah dilaksanakan
oleh responden.
iii. Hak di bawah S.65 AK 1950.
S.65 AK 1950: Apabila seorang yang mempunyai opsyen untuk membatalkan sesuatu
kontrak membatalkannya, pihak yang lain dalam kontrak itu tidak perlu melaksanakan
sebarang janji yang terkandung di dalam kontrak di mana ianya adalah pembuat janji. Pihak
yang membatalkan suatu kontrak boleh batal hendaklah, jika dia telah mendapat
sebarang faedah darinya daripada suatu pihak lain dalam kontrak itu, memulangkan
faedah sedemikian, setakat mana yang boleh, kepada orang dari siapa yang dia menerimanya.
Apabila pihak teraniaya memilih untuk menamatkan kontrak yang telah dimungkiri, maka pihak yang
telah membuat kemungkiran tidak perlu lagi melaksanakan sebarang janji yang telah dibuatnya di
bawah kontrak tersebut. Pihak teraniaya dikehendaki memulangkan sebarang faedah yang telah
diterimanya daripada kontrak tersebut kepada pihak yang telah memungkiri kontrak berkenaan.
4. Pelepasan disebabkan kekecewaan.
S.57(1) AK 1950: Suatu perjanjian untuk melakukan suatu perbuatan yang sendirinya adalah
mustahil adalah batal.
S.57(2) AK 1950: Suatu kontrak untuk melakukan suatu perbuatan yang, selepas kontrak itu dibuat,
menjadi mustahil, atau oleh sebab suatu kejadian yang pembuat janji itu tidak dapat mencegah,
menjadi tidak sah, maka kontrak itu menjadi mustahil atau tidak sah.
Apabila kekecewaan berlaku, kedua-dua pihak dilepaskan daripada melaksanakan kewajipan
masing-masing di bawah kontrak berkenaan.
Keadaan-keadaan yang boleh mengecewakan kontrak:
i. Apabila perkara utama kepada pelaksanaan kontrak itu musnah.
Kes: Taylor lwn Caldwell
Defendan telah bersetuju membenarkan plaintif menyewa dan menggunakan dewan muzik dan
perkarangannya bagi tujuan membuat persembahan. Sebelum tiba hari persembahan, kebakaran
berlaku dan memusnahkan dewan muzik tersebut. Plaintif menuntut ganti rugi daripada defendan
atas kemungkiran kontrak yang didakwa berlaku di pihak defendan, walaupun pada hakikatnya,
tidak melakukan sebarang kesalahan dan kemungkiran.
KM: Kontrak tersebut adalah tertakluk kepada syarat tersirat bahawa kedua-dua pihak haruslah
dilepaskan apabila pelaksanaan kontrak itu menjadi mustahil untuk diteruskan disebabkan kejadian
yang berlaku tanpa kesilapan mana-mana pihak. Defendan tidak bersalah.
ii. Apabila sesuatu kejadian itu yang menjadi asas sesuatu kontrak tidak berlaku.
Kes: Krell lwn Henry
Plaintif telah bersetuju untuk menyewakan defendan sebuah bilik di flatnya bagi menyaksikan
upacara pertabalan Raja Edward VII. Plaintif memberi jaminan bahawa ruang yang disewa itu dapat
memberi penglihatan yang jelas akan upacara itu nanti. Defendan bersetuju untuk menyewa ruang
tersebut pada kadar £75 pada 26 dan 27 Jun 1902. Kontrak tidak menyebut tentang aturcara
upacara selain hanya menyatakan ianya akan berlangsung pada dua tarikh tersebut dan akan
melintasi flat yang disewa itu. Semasa kontrak itu dimasuki, defendan telah menjelaskan £25
kepada plaintif dan telah dipersetujui bahawa baki bayaran berjumlah £50 akan dijelaskan pada 24
Jun 1902. Upacara tersebut telah dibatalkan atas sebab Raja itu diserang sakit yang tenat. Atas
sebab ini, plaintif telah menuntut baki £50 tersebut daripada defendan.
KM: Kontrak tersebut adalah batal. Ini kerana upacara pertabalan dan posisi flat yang disewa
merupakan perkara asas yang membentuk kontrak antara kedua-dua pihak. Upacara yang akan
diadakan itu pada hakikatnya merupakan perkara asas di dalam kontrak yang telah dibuat.
Defendan menyewa flat tersebut dengan tujuan untuk menyaksikan upacara berkenaan dan
walaupun kegagalan defendan untuk menyaksikannya bukanlah disebabkan oleh kemungkiran di
pihak plaintif, defendan akhirnya dilepaskan daripada kewajipannya menjelaskan baki sewaan
tersebut.
iii. Apabila kematian / ketidakupayaan telah menghalang satu pihak daripada
melaksanakan kewajipan berbentuk peribadi.
Kes: Robinson lwn Davison
Isteri defendan (pemain piano terkemuka) telah membuat perjanjian untuk membuat
persembahan dalam satu konsert. Beliau kemudian jatuh sakit dan gagal untuk mengotakan janjinya.
Plaintif telah mendakwa defendan dan menuntut ganti rugi atas kemungkiran kontrak.
KM: Keadaan kesihatan isteri defendan adalah satu syarat yang utama dalam perjanjian
itu. Kontrak tersebut telah dilepaskan walaupun ia tidak dimungkiri oleh beliau dengan tidak
mengadakan persembahan konsert tetapi kegagalannya itu adalah disebabkan oleh kesihatannya
yang tidak berupaya untuk meneruskan persembahan yang dijanjikan.
Kes: Condor lwn The Baron Knights
A digaji untuk bermain dram selama 7 malam berturut-turut, selama 5 tahun. A jatuh sakit
dan doktor menasihatkannya supaya bermain dram hanya 4 malam sahaja. Kontrak A telah
ditamatkan.
KM: Disebabkan A sakit, dia tidak mungkin dapat meneruskan kontraknya.
iv. Apabila perubahan undang-undang / campur tangan kerajaan dengan tiba-tiba
menjadikan sebarang percubaan untuk melaksanakan kontrak itu sebagai menyalahi undang-
undang.
Kes: Lee Kin lwn Chan Suan Eng
KM: Satu pajakan yang boleh diperbaharui untuk 5 tahun sekali dikatakan kecewa
apabila satu enakmen baru digubal memperuntukkan agar pajakan tersebut perlu diperbaharui
setahun sekali.
v. Berlakunya peperangan.
Kes: Berney lwn Tronoh Mines
KM: Satu kontrak perkhidmatan menjadi kecewa akibat peperangan yang dilancarkan
oleh tentera Jepun di Malaya ketika itu.
REMEDI BAGI KEMUNGKIRAN KONTRAK
Remedi = Hak yang boleh dituntut oleh satu pihak terhadap pihak lain yang telah melakukan
pelanggaran kontrak.
Terdapat beberapa tuntutan remedi yang boleh dikemukakan oleh pihak yang terkilan iaitu:
1. Menamatkan / membatalkan kontrak
S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tidak
membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji
bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata atau
kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
Sekiranya pihak yang terkilan itu memilih untuk menamatkan kontrak, maka tuntutan ganti rugi
bolehlah dibuat.
Kes: Muralindhar Chatterjee lwn International Film Co. Ltd
KM: Sekiranya pihak yang tidak bersalah yang membatalkan kontrak itu, telah menerima sebarang
faedah atau manfaat, dia perlu memulangkan semula kepada pihak yang memberikannya, setakat
yang wajar
2. Ganti rugi / pampasan
Akta Kontrak 1950:
S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian akibat
daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak
itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang
sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui
oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat
daripada pemecahan itu.
Common law:
Kes: Hadley lwn Baxendale
KM: Jika dua pihak telah berkontrak dan salah seorang daripada mereka telah memungkirinya,
maka ganti rugi yang patut diterima oleh pihak yang lain, mestilah jumlah yang dipertimbangkan
dengan adil dan munasabah sama ada:
(a) yang wujud sendiri menurut perjalanan biasa terbit dari kemungkiran itu, atau
(b) yang boleh dijangkakan dengan munasabah sebagai telah diduga oleh kedua-dua pihak
sewaktu kontrak dibuat sebagai akibat yang mungkin timbul dari kemungkiran kontrak itu.
Prinsip-prinsip yang terkandung dalam S.74 (1) AK 1950 mengesahkan kaedah common law yang
ditegaskan dalam kes Hadley lwn Baxendale iaitu:
i. Pihak yang terkilan berhak menuntut sebarang ganti rugi yang timbul dengan sendirinya,
mengikut keadaan biasa, ekoran daripada kemungkiran kontrak.
S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian akibat
daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak
itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang
sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui
oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat
daripada pemecahan itu.
Kerugian langsung = Kerugian yang timbul secara semula jadi mengikut perjalanan biasa,
sebagai satu akibat yang mungkin daripada pelanggaran.
Kes: East Asiatic Co Ltd lwn Othman
Defendan bersetuju untuk membeli kereta plaintif dengan harga RM6,390. Walau
bagaimanapun, defendan mungkir janji dan plaintif terpaksa menjualkan kereta tersebut kepada
syarikat lain tetapi pada harga yang lebih murah iaitu RM4,477.69. Plaintif menuntut ganti rugi
sebanyak RM1,912.31 yang merupakan perbezaan harga antara harga jualan yang boleh diperolehi
daripada defendan dengan harga jualan sebenar yang diperolehi daripada syarikat lain itu.
KM: Plaintif berhak mendapatkan jumlah tersebut
Kes: Bee Chuan Rubber Factory lwn Loo Sam Mui
Pihak responden menyaman perayu untuk kerugian yang dialaminya akibat kelengahan perayu
menyiapkan rumah responden selama lebih kurang 4½ tahun. Kelengahan ini mengakibatkan
responden terpaksa mencari penginapan alternatif pada kadar RM100 sebulan.
KM: Wujudnya pelanggaran kontrak akibat kelengahan perayu menyiapkan rumah responden. Ganti
rugi yang boleh dituntut termasuklah kos penginapan yang munasabah di tempat lain dan
penyimpanan perabot jika perbelanjaan tersebut sebenarnya berlaku.
ii. Pihak yang terkilan boleh menuntut ganti rugi khas.
S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian akibat
daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak
itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang
sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui
oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat
daripada pemecahan itu.
Kerugian boleh ramal = Kerugian yang ada dalam pemikiran kedua-dua pihak, semasa membuat
kontrak, sebagai yang mungkin berbangkit daripada pelanggaran kontrak itu.
Ganti rugi khas = Ganti rugi yang melebihi kerugian biasa yang ditanggung oleh pihak yang terkilan.
Sekiranya pihak yang terkilan hendak menuntut ganti rugi khas, dia hendaklah membuktikan
bahawa pihak yang memungkiri itu mengetahui, pada saat kontrak dimasuki, kerugian tersebut
berkemungkinan timbul akibat kemungkirannya.
Kes: Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelters
Defendan telah bersetuju menjualkan sebuah dapur pelebur logam kepada plaintif dan
telah memberi jaminan bahawa dapur itu bersuhu tidak kurang daripada 2,600°F. Spesifikasi ini
tidak dipenuhi. Plaintif mengambil tindakan dan mendakwa berlakunya kemungkiran kontrak, serta
menuntut ganti rugi khas kerana telah hilang keuntungan.
KM: Defendan tidak akan dikenakan bayaran ganti rugi kerana kehilangan keuntungan
tersebut melainkan ada bukti yang menunjukkan bahawa tujuan khusus dapur itu telahpun
diterangkan kepada mereka, dan mereka berkontrak atas dasar bahawa sekiranya mereka lewat
menghantar dapur tersebut, mereka terpaksa membayar ganti rugi kerana hilang keuntungan.
Dalam kes ini, defendan tahu betapa pentingnya dia menghantar dapur itu secepat mungkin dan
dapur itu mestilah berupaya mengeluarkan suhu 2,600°F. Oleh itu, mereka dikehendaki membayar
ganti rugi berjumlah RM7,501.38 kepada plaintif kerana kehilangan keuntungan berkenaan.
· Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut apa-apa kehilangan atau kerugian yang jauh
dan tidak langsung yang dialami akibat daripada kemungkiran kontrak itu.
S.74 (2) AK 1950: Pampasan sedemikian itu tidaklah boleh diberi kepada sebarang kerugian yang
terpencil dan tidak langsung atau kerosakan yang dialami oleh sebab pemecahan itu.
3. Pelaksanaan spesifik
Pelaksanaan spesifik = Suatu dekri mahkamah kepada defendan mengarahkan defendan
menjalankan akujanjinya secara spesifik, iaitu berdasarkan terma-terma kontrak yang telah
dipersetujui di bawah kontrak.
S.11(1) & S.21(1) Akta Relief Spesifik 1950 (ARS 1950): Perintah pelaksanaan spesifik adalah
satu remedi yang bergantung pada budi bicara mahkamah.
Keadaan-keadaan yang membenarkan pemberian pelaksanaan spesifik
1. S.11(1)(a) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila obligasi yang
dipersetujui untuk dilaksanakan adalah suatu amanah yang mesti dilaksanakan.
Misalan
A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok
itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang
sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini.
2. S.11(1)(b) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila tiada standard
yang wujud bagi menentukan ganti rugi sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaan perbuatan
yang dipersetujui untuk dilakukan.
Misalan
A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis oleh seorang
pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negara China. A boleh memaksa B
secara spesifik untuk melaksanakan kontrak ini, kerana tiada standard untuk menentukan kerosakan
sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaannya.
3. S.11(1)(c) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila pembayaran
ganti rugi tidak merupakan remedi yang mencukupi.
Kes: Gan Realty Sdn Bhd & Ors lwn Nicholas & Ors
KM: Perintah pelaksanaan spesifik boleh diberikan dalam kontrak jualan yang melibatkan saham
bank yang tidak diniagakan di pasaran. Sekiranya saham itu boleh didapati dengan mudah di
pasaran terbuka, pembayaran ganti rugi adalah remedi yang mencukupi.
4. S.11(1)(c) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila kemungkinan
bahawa pampasan kewangan tidak boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang
dipersetujui untuk dilakukan itu.
5. S.11(2) ARS 1950: Sehingga dan kecuali sebaliknya dibuktikan, mahkamah akan
mengandaikan bahawa pecah kontrak sesuatu kontrak untuk memindah milik harta tak alih tidak
boleh dipulihkan dengan memadai melalui pampasan dalam bentuk wang.
Kes: Mustapha bin Mohamed Noh lwn Osman bin Shahidah &Ors
Defendan bersetuju menjual tanah kepada plaintif dengan harga RM8,000. Wang pendahuluan
sebanyak RM2,000 telah dibayar kepada defendan. Apabila defendan enggan meneruskan kontrak,
wang deposit itu dikembalikan sebagai memenuhi kehendak perjanjian mereka yang menyatakan
bahawa sekiranya penjual gagal melaksanakan penjualan tanah tersebut, wang pendahuluan
hendaklah dikembalikan. Plaintif memohon arahan pelaksanaan spesifik.
KM: Plaintif berhak mendapat arahan tersebut.
Keadaan-keadaan yang mana pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan
S.20(1) ARS 1950: Mahkamah tidak akan memerintahkan pelaksanaan spesifik
(a) sekiranya pembayaran ganti rugi adalah remedi yang memadai apabila berlaku
pelanggaran kontrak.
(b) jika sesuatu kontrak itu begitu terperinci butirannya atau melibatkan pengawasan rapi oleh
mahkamah atau apabila sesuatu kontrak itu bergantung kepada kelayakan peribadi / khidmat pihak-
pihak yang berkenaan.
(c) apabila terma-terma kontrak tidak jelas dan tiada kepastian yang munasabah.
(d) sekiranya sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak.
(e) jika sesuatu kontrak itu dibuat oleh pemegang amanah, pemegang amanah itu telah
bertindak melampaui kuasa yang dimilikinya.
(f) jika sesuatu kontrak itu dibuat bagi pihak sesuatu perbadanan / oleh penganjur syarikat,
kontrak itu dibuat secara ultra vires.
(g) sekiranya kontrak itu melibatkan pelaksanaan yang berterusan tempohnya sehingga
melebihi 3 tahun dari tarikh ia dibuat.
(h) apabila bahagian penting yang menjadi pokok perjanjian yang difikirkan wujud oleh pihak-
pihak yang berkontrak, hakikatnya tidak lagi wujud sebelum kontrak itu dibuat.
S.21(2) ARS 1950: Mahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya untuk tidak memerintahkan
pelaksanaan spesifik dalam keadaan-keadaan berikut:
(a) Apabila kontrak itu dibuat dalam keadaan yang mana ia akan memberi plaintif suatu
faedah yang tidak adil ke atas defendan, walaupun tidak melibatkan sebarang tipuan / salah nyata di
pihak plaintif.
(b) Jika perintah pelaksanaan spesifik boleh menyebabkan kesusahan tak wajar kepada
defendan sedangkan jika ia tidak diperintahkan, tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan di
pihak plaintif.
Contoh:
A berjanji akan menjualkan tanah yang diamanahkan kepadanya untuk kepentingan C kepada B.
Jika kontrak diteruskan, ini akan menyebabkan A dihadapkan ke mahkamah atas pecah amanah.
4. Injunksi
Injunksi = Suatu arahan mahkamah memerintahkan pihak defendan supaya membetulkan salah
lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak itu.
S.50 ARS 1950: Injunksi diberi mengikut budi bicara mahkamah.
Injunksi boleh berbentuk positif dan negatif.
i. Injunksi mandatori = Injunksi yang mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan.
Kes: Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang
KM: Mahkamah telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan (pemilik rumah)
meneruskan bekalan air kepada plaintif (penyewa rumah). Defendan perlu mematuhi segala
peraturan Jabatan Kerja Air supaya bekalan air tidak lagi terputus.
ii. Injunksi prohibitori = Injunksi yang melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan.
Contoh:
Misalan (a) S.52 ARS 1950: Jika A menyewakan tanah tertentu kepada B, dan B berkontrak
bahawa beliau tidak akan mengorek pasir atau batu kerikil di situ, A boleh membawa tindakan
injunksi bagi menahan B daripada mengorek bertentangan dengan kontraknya.
Kes: Polygrams Records Sdn Bhd lwn Hilary Ang & Ors
Plaintif dan defendan telah memasuki kontrak di mana defendan pertama hingga
defendan kelima bersetuju mempersembahkan karya muzik hanya kepada plaintif selama dua tahun.
Plaintif memohon injunksi sementara untuk menghalang defendan pertama hingga kelima daripada
berkhidmat dengan defendan keenam.
KM: Plaintif berjaya mendapat perintah injunksi.
Injunksi sementara (injunksi interim) dan injunksi berkekalan (injunksi mandatori).
i. S.51(1) ARS 1950: Injunksi sementara adalah yang berterusan sehingga suatu masa
yang ditetapkan, atau sehingga perintah selanjutnya oleh mahkamah. Injunksi sementara boleh
diberi pada mana-mana tempoh sesuatu guaman dan dikawal selia oleh undang-undang yang
berhubungan dengan tatacara sivil. Injuksi sementara boleh diberi pada bila-bila masa setelah
tindakan undang-undang dimulakan dan tertakluk pada atur cara mahkamah sivil.
Injunksi sementara diberikan oleh mahkamah untuk mengekalkan kedudukan (status quo)
kedua-dua pihak sehingga selesai perbicaraan atau tindakan undang-undang itu.
ii. S.51(2) ARS 1950: Injunksi berkekalan hanya boleh dberi melalui dekri yang dibuat pada
masa perbicaraan dan atas merit guaman itu. Dengan itu, defendan dihalang secara berkekalan
daripada menuntut sesuatu hak atau daripada melakukan sesatu perbuatan yang akan
bertentangan dengan hak plaintif.
Injunksi kekal hanya boleh diberikan oleh mahkamah di akhir perbicaraan apabila
mahkamah telahpun menimbangkan keadaan sesuatu kes.
Apabila injunksi kekal diberikan oleh mahkamah di akhir perbicaraan, defendan adalah
disekat buat selama-lamanya daripada meneruskan / melakukan tindakan tertentu.
Kes: Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang
KM: Mahkamah telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan (pemilik rumah)
meneruskan bekalan air kepada plaintif (penyewa rumah). Defendan perlu mematuhi segala
peraturan Jabatan Kerja Air supaya bekalan air tidak lagi terputus.
5. Quantum meruit
Quantum meruit = Sebanyak yang patut diterima
Quantum meruit boleh dituntut apabila pihak yang terkilan memohon kepada mahkamah sejumlah
bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam sesuatu kontrak.
Tuntutan bayaran berasaskan quantum meruit adalah tuntutan ganti rugi untuk satu jumlah yang
munasabah.
Quantum meruit boleh dituntut dalam keadaan-keadaan berikut:
i. Apabila satu pihak dalam sesuatu kontrak itu menahan pihak yang satu lagi daripada
melaksanakan keseluruhan kontrak. Pihak yang terkilan berhak menuntut bayaran munasabah
berasaskan quantum meruit untuk kerja-kerja yang beliau telah lakukan berdasarkan kontrak itu.
Kes: Planche lwn Colburn
Plaintif bersetuju menulis dalam majalah terbitan defendan. Setelah plaintif menulis sebahagian
daripadanya, defendan memberhentikan penerbitan majalah.
KM: Plaintif berhak membuat tuntutan quantum meruit.
Kes: De Bernady lwn Harding
Seorang prinsipal secara salah telah menamatkan kuasa agennya sebelum agen itu menyelesaikan
tugasnya.
KM: Agen itu boleh membuat tuntutan berdasarkan quantum meruit bagi kerja-kerja yang telah
dilakukannya dan perbelanjaan yang telah dikeluarkannya semasa menjalankan tugas-tugas
tersebut.
ii. Tuntutan quantum meruit boleh dipohon sekiranya pihak yang terkilan itu membuat kerja
atau berkhidmat di bawah suatu kontrak yang batal.
Kes: Craven and Ellis lwn Canons Ltd
Seorang pengarah urusan telah dilantik berdasarkan kontrak yang pada hakikatnya
adalah batal. Beliau telah menjalankan beberapa perkhidmatan kepada syarikat.
KM: Walaupun tidak dapat membuat tuntutan di bawah kontrak itu, beliau boleh mendapat bayaran
yang munasabah berdasarkan quantum meruit untuk perkhidmatan yang telah diberikan.
iii. Jika terdapat kontrak yang nyata atau tersirat bagi menyediakan perkhidmatan, tetapi
ganjaran yang dibayar tidak ditetapkan dalam kontrak itu, maka jumlah yang kena dibayar ialah
jumlah yang munasabah.
Kes: Upton RDC lwn Powell
KM: Powell dikehendaki membayar sejumlah yang munasabah bagi perkhidmatan-perkhidmatan
yang telah diterimanya daripada Upton Fire Brigade.

More Related Content

What's hot

Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)NaimAlmashoori
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKCkg Nizam
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.jimoh370
 
Constitutional Law - Course Outline
Constitutional Law - Course OutlineConstitutional Law - Course Outline
Constitutional Law - Course Outlinesurrenderyourthrone
 
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]Qaseh Amani
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyatdr2200s
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negerimus_bmi
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatShahidan Aziz
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undangFAROUQ
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.jimoh370
 
Surat Cara Boleh Niaga
Surat Cara Boleh NiagaSurat Cara Boleh Niaga
Surat Cara Boleh NiagaWanBK Leo
 
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan BerpersatuanKebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuansurrenderyourthrone
 
Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Tinta Pena
 
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia surrenderyourthrone
 
Etika Tatacara Makan Orang Barat
Etika Tatacara Makan Orang BaratEtika Tatacara Makan Orang Barat
Etika Tatacara Makan Orang BaratQhayrun Q
 

What's hot (20)

Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)Kanun Keseksaan(Akta 574)
Kanun Keseksaan(Akta 574)
 
PERJANJIAN TANPA BALASAN
PERJANJIAN TANPA BALASANPERJANJIAN TANPA BALASAN
PERJANJIAN TANPA BALASAN
 
UNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAKUNDANG-UNDANG KONTRAK
UNDANG-UNDANG KONTRAK
 
Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
Business Law
Business Law Business Law
Business Law
 
Constitutional Law - Course Outline
Constitutional Law - Course OutlineConstitutional Law - Course Outline
Constitutional Law - Course Outline
 
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
 
Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Perkongsian
PerkongsianPerkongsian
Perkongsian
 
Fiqh Awlawiyyat
Fiqh AwlawiyyatFiqh Awlawiyyat
Fiqh Awlawiyyat
 
Kebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di MalaysiaKebebasan Beragama di Malaysia
Kebebasan Beragama di Malaysia
 
Perlembagaan Negeri
Perlembagaan NegeriPerlembagaan Negeri
Perlembagaan Negeri
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalat
 
Undang undang
Undang undangUndang undang
Undang undang
 
Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.Muamalat, al wadi'ah.
Muamalat, al wadi'ah.
 
Surat Cara Boleh Niaga
Surat Cara Boleh NiagaSurat Cara Boleh Niaga
Surat Cara Boleh Niaga
 
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan BerpersatuanKebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan
 
Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah Majlis penasihat syariah
Majlis penasihat syariah
 
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
Pengenalan Kepada Hak Asasi Manusia
 
Etika Tatacara Makan Orang Barat
Etika Tatacara Makan Orang BaratEtika Tatacara Makan Orang Barat
Etika Tatacara Makan Orang Barat
 

Similar to NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW

Syarahan 6 Keupayaan, Niat & Ketentuan
Syarahan 6 Keupayaan, Niat & KetentuanSyarahan 6 Keupayaan, Niat & Ketentuan
Syarahan 6 Keupayaan, Niat & KetentuanWanBK Leo
 
Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)shareShare
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanNorazul89
 
Pelajaran 2
Pelajaran 2Pelajaran 2
Pelajaran 2Cg Zue
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaanFred Srk
 
Muamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahMuamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahStudious Season
 
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs RepresentasiNota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs Representasisurrenderyourthrone
 
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaanNota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaansurrenderyourthrone
 

Similar to NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW (9)

Syarahan 6 Keupayaan, Niat & Ketentuan
Syarahan 6 Keupayaan, Niat & KetentuanSyarahan 6 Keupayaan, Niat & Ketentuan
Syarahan 6 Keupayaan, Niat & Ketentuan
 
Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)Pengajian perniagaan [p2](bab2)
Pengajian perniagaan [p2](bab2)
 
Aspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaanAspek perundangan perniagaan
Aspek perundangan perniagaan
 
Pelajaran 2
Pelajaran 2Pelajaran 2
Pelajaran 2
 
Pengajian perniagaan
Pengajian perniagaanPengajian perniagaan
Pengajian perniagaan
 
Muamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak IjarahMuamalat - Kontrak Ijarah
Muamalat - Kontrak Ijarah
 
Pengakuan (Admission)
Pengakuan (Admission)Pengakuan (Admission)
Pengakuan (Admission)
 
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs RepresentasiNota Kontrak - Terma vs Representasi
Nota Kontrak - Terma vs Representasi
 
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaanNota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
Nota kontrak – Pelepasan secara pelaksanaan
 

More from Shadina Shah

GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGYGBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGYShadina Shah
 
SM NOTES ALL CHAPTERS
SM NOTES ALL CHAPTERSSM NOTES ALL CHAPTERS
SM NOTES ALL CHAPTERSShadina Shah
 
SM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITY
SM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITYSM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITY
SM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITYShadina Shah
 
SM CH 9 STRATEGY MONITORING
SM CH 9 STRATEGY MONITORINGSM CH 9 STRATEGY MONITORING
SM CH 9 STRATEGY MONITORINGShadina Shah
 
SM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATION
SM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATIONSM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATION
SM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATIONShadina Shah
 
SM CH 7 STRATEGY EXECUTION
SM CH 7 STRATEGY EXECUTIONSM CH 7 STRATEGY EXECUTION
SM CH 7 STRATEGY EXECUTIONShadina Shah
 
SM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTION
SM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTIONSM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTION
SM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTIONShadina Shah
 
SM CH 5 TYPES OF STRATEGIES
SM CH 5 TYPES OF STRATEGIESSM CH 5 TYPES OF STRATEGIES
SM CH 5 TYPES OF STRATEGIESShadina Shah
 
SM CH 4 THE INTERNAL AUDIT
SM CH 4 THE INTERNAL AUDITSM CH 4 THE INTERNAL AUDIT
SM CH 4 THE INTERNAL AUDITShadina Shah
 
SM CH 3 THE EXTERNAL AUDIT
SM CH 3 THE EXTERNAL AUDITSM CH 3 THE EXTERNAL AUDIT
SM CH 3 THE EXTERNAL AUDITShadina Shah
 
SM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSIS
SM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSISSM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSIS
SM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSISShadina Shah
 
SM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALS
SM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALSSM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALS
SM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALSShadina Shah
 
Why Should The Company Implement Green Business?
Why Should The Company Implement Green Business?Why Should The Company Implement Green Business?
Why Should The Company Implement Green Business?Shadina Shah
 
GBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIES
GBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIESGBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIES
GBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIESShadina Shah
 
Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10
Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10
Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10Shadina Shah
 
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGYGBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGYShadina Shah
 
GBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIP
GBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIPGBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIP
GBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIPShadina Shah
 
GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY Shadina Shah
 
GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY Shadina Shah
 
GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION
GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION
GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION Shadina Shah
 

More from Shadina Shah (20)

GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGYGBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
 
SM NOTES ALL CHAPTERS
SM NOTES ALL CHAPTERSSM NOTES ALL CHAPTERS
SM NOTES ALL CHAPTERS
 
SM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITY
SM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITYSM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITY
SM CH 10 ETHICS/SOCIAL RESPONSIBILITY/SUSTAINABILITY
 
SM CH 9 STRATEGY MONITORING
SM CH 9 STRATEGY MONITORINGSM CH 9 STRATEGY MONITORING
SM CH 9 STRATEGY MONITORING
 
SM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATION
SM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATIONSM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATION
SM CH 8 STRATEGY IMPLEMENTATION
 
SM CH 7 STRATEGY EXECUTION
SM CH 7 STRATEGY EXECUTIONSM CH 7 STRATEGY EXECUTION
SM CH 7 STRATEGY EXECUTION
 
SM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTION
SM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTIONSM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTION
SM CH 6 STRATEGY GENERATION AND SELECTION
 
SM CH 5 TYPES OF STRATEGIES
SM CH 5 TYPES OF STRATEGIESSM CH 5 TYPES OF STRATEGIES
SM CH 5 TYPES OF STRATEGIES
 
SM CH 4 THE INTERNAL AUDIT
SM CH 4 THE INTERNAL AUDITSM CH 4 THE INTERNAL AUDIT
SM CH 4 THE INTERNAL AUDIT
 
SM CH 3 THE EXTERNAL AUDIT
SM CH 3 THE EXTERNAL AUDITSM CH 3 THE EXTERNAL AUDIT
SM CH 3 THE EXTERNAL AUDIT
 
SM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSIS
SM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSISSM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSIS
SM CH 2 VISION AND MISSION ANALYSIS
 
SM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALS
SM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALSSM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALS
SM CH 1 STRATEGIC MANAGEMENT ESSENTIALS
 
Why Should The Company Implement Green Business?
Why Should The Company Implement Green Business?Why Should The Company Implement Green Business?
Why Should The Company Implement Green Business?
 
GBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIES
GBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIESGBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIES
GBS CH 3 LEVERAGING RESOURCES AND CAPABILITIES
 
Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10
Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10
Notes GBS CH 1,2,3,4,5,6,7,9,8 and 10
 
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGYGBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
GBS CH 1 FOUNDATIONS OF GLOBAL STRATEGY
 
GBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIP
GBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIPGBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIP
GBS CH 9 SMALL BUSINESS AND INTERNATIONAL ENTREPRENEURSHIP
 
GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 8 FDI RELATED ENTRY MODE STRATEGY
 
GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY
GBS CH 7 ENTRY MODE STRATEGY
 
GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION
GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION
GBS CH 6 COUNTRY EVALUATION AND SELECTION
 

NOTE (CHAPTER CAPACITY) LAW

  • 1. CAPACITY (KEUPAYAAN) Kebolehan mengetahui dan memahami implikasi/kesan kontrak ke atas mereka. Section 10(1): all agreements are contract if they are made by the free consent of parties competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not hereby expressly declared to be void Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak2 yg layak membuat kontrak utk sesuatu balasan yg sah dan dgn sesuatu tujuan yg sah dan tidak ditetapkan dgn nyata di bawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal. Section 11: every person is competent to contract who is of the age of majority according to the law to which he is subject and who is of sound mind, and is not disqualified from contracting by any law to which he is subject. Setiap org adalah layak buat kontrak sekiranya dewasa menurut undang2 yg mana dia tertakluk dan sekiranya dia berakal sempurna dan tdk hilang kelayakan utk buat kontrak menurut mana2 undang2 yg mana dia tertakluk.
  • 2. 1) Minor or infants Age of majority act 1971 (akta umur dewasa)- seseorg mencapai dewasa apabila berumur 18 thn dan ke atas. General rule: s.10 & s.11 : a contract by minor (person below age 18) is void because minors are not competent to contract. Kanak2 buat kontrak / masuk kontrak = batal Mohori Bibee v Dhurmodas Ghouse Appellant memberikan pinjaman wang sejumlah Rs20 000 kpd responden (minor). Pinjaman itu dilindungi dgn gadaian beberapa rumah milik responden. Appellant tahu yg responden adalah minor. Kemudian, responden declare yg agreement itu batal sbb dia masih minor dan kurang keupayaan. 3 categories of people who do not havethe capacity or are not competent to contract 1) minor or infants (kanak- kanak) 2) An insane person / person of unsound mind/intoxicated person 3) a person disqualified by the law (ex:bankrupt / alien enemy)
  • 3. Keputusan mahkamah: agreement tu batal dan tiada ikatan dgn responden.) Tan Hee Juan v Teh Boon Keat Plaintif (minor) contracted transfer tanah kepunyaan dirinya kpd defendan.kemudian, plaintif memohon arahan mahkamah mebatalkan pindah milik tersebut. exceptions a) contracts for necessaries b) beneficial contracts c) contracts for scholarship d) contracts for insurance e) contract made under Aga of majority act 1971 f) contract of agency
  • 4. a) Contract for necessaries (kontrak keperluan hidup) Section 69: if a person , incapable of entering into a contract or anyone whom is he legally bound to support is supplied by another person with necessaries suited to his condition in life, the person who has furnished such supplies is entitled to be reimbursed from the property of such incapable person. (jika seorg tidak berdaya buat kontrak atau sesiapa yg dia nya terikat di sisi2 undang2 utk menanggung, dibekalkan oleh org lain dgn keperluan2 yg sesuai dgn keadaan hidupnya, maka org yg membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta org yg tidak berdaya itu. Beban utk membuktikan bahawa barangan yg dibekalkan adalah suatu keperluan hidup , terletak pd pihak penjual. kontrakmesti dibuat oleh kanak2 kanak2dibekalkandgn keperluan hidup keperluan mesti yg sesuai dgn keadaan hidup kanak2 kanak2akan bertanggungan hanyasekiranya mempunyaiharta keperluan yg dibekalkan kpd kanak2/tanggungan kanak2hanya boleh dikenakan harga ygmunasabah
  • 5. Government of Malaysia v Gurcharan Singh Plaintif telah dakwa yg defendan dan memungkiri kontrak. Tuntutan adalah berjumlah $11 500 yg dibelanjakan utk tujuan pendidikan defendan. Pada masa kontrak itu dibuat, defendan adalah seorg minor. Keputusan mahkamah: kontrak adalah batal. Tetapi sejak pendidikan adalah 1 keperluan, defendan bertanggungjawab utk bayar jumlah yg telah dibelanjakan atau jumlah yg munasabah. Kontrak jd sah disebabkan oleh pendidikan adalah 1 keperluan. Nash v Inman Plaintif ada bekalkan baju bernilai £145 kpd defendan dan masa tu defendan adalah seorg student di Cambridge. 11 baju telah dibekalkan. Plaintif minta claim pembayaran tu dr defendan. Masa baju dibekalkan, dia still minor dan baju tu bkn keperluan. Lagipun ayah defendan telah bekalkan baju mengikut keadaan mereka. Keputusan mahkamah : pakaian yg dibekalkan kpd defendan bkn keperluan defendan kerana ayah defendan mampu bekalkan pakaian yg sesuai. so, defendan x ada ikatan kontrak. b) Beneficial contract
  • 6. Kontrak terikat & sah walaupun minor. Beneficial contract : kontrak di bawah minor dimana utk pendidikan atau training utk pertukaran atau profession Doyle v White City Stadium D ialah pro boxer dan minor. Sebagai balasan dia terima lesen drpd British Boxing Board of control, D setuju mengikat kontrak dgn Board tu mengikut professional. Dlm kontrak tu, rulenya jika D disqualified drpd tournament, duit menangnya boleh hilang. Lepastu D disqualified dan dia tdk dpt duit. Tetapi D claim sbb as a minor kontrak x terikat dgn dia dan still boleh claim duit tu walaupun disqualified. Keputusan mahkamah: kontrak tu terikat dengan D( Dia boleh hilang duit tu kalau disqualified walaupun dia minor). Sbb keputusan ialah lesen tu adalah praktikal utk membolehkan D menjadi proficient dlm kerjayanya. Semasa rules tu attached dgn isu lesen were incorporated dlm particular kontrak yg bermanfaat/ berfaedah. Both contract menjadi terikat dan dua2 dpt benefit. De Francesco v Barnum Plaintif masuk kontrak dgn minor umur 14 tahun. Minor tu pulak jadi apprentice / pelapis utk plaintif selama 7 tahun. Terdapat beberapa syarat dlm kontrak: - Dia x boleh kahwin - Dia x boleh terima apa2 payment - Dia x boleh menari professional utk org lain tanpa pengetahuan plaintif Minor buat kontrak menari utk defendan. Plaintif dakwa defendan bg kerosakan.
  • 7. Keputusan mahkamah: terma2 dlm kontrak antara plaintif dgn minor adalah unreasonably harsh dan contract x boleh dipaksa utk tentang minor. Effect kontrak ialah the place the minor entirely at the disposal plaintif. c) Contracts for scholarships Kontrak/perjanjian antara authority dgn sesiapa with respect to any biasiswa,award,bursary,loan,sponsorship, appointment to course of study. d) Contracts for insurance Minor lebih 10 tahun boleh masuk kontrak insurans. Tetapi minor bwh 16, kena ada lisan oleh parents/penjaga. e) Contracts made under the age of majority act 1971 Section 4(a) Exceptions: - Keupayaan oleh sesiapa dlm kaitan marriage,cerai,angkat, - Religion /religious rites and usages sesiapa dlm Malaysia - Apa2 written law fixing the age of majority/ Rajeswary & Anor v Balakrishnan & Ors. Kedua2 pihak agam hindu Ceylon. Ikut adat. Perjanjian utk kahwin mesti diserta dgn dgn pembayaran dowry by pihak perempuan kpd pihak lelaki dan telah dilaksanakan semasa bertunang. Kemudian pihak lelaki putuskan tuning kerana terpikat dgn perempuan lain. Pihak perempuan buat tuntutan dowry dan loses lain dibayar oleh defendan. Defendan x nak buat alasannya semasa bertunang perempuan umur 16
  • 8. tahun dan kontrak batal. Km: even plaintif kanak2, kontrak tunang sah dan boleh dikuatkuasakan. f) Contracts of agency Section 137: As between the principal and third persons, any person may become an agent; but no person who is not of the age of majority and of sound mind can become an agent, so as to be responsible to his principal according to the provisions in that behalf herein contained. (antara 2 org dan org ke 3, seseorg boleh jadi ejen tetapi tiada seorg pun yg bukan dari umur dewasa dan berfikiran waras boleh menjadi ejen utk bertanggungjawab kpd prinsipil nya mengikut peruntukan bagi maksud yg terkandung) 2. contracts by insane or drunken person Section 11 requires that a person must be of sound mind to be competent to contract. Section 12(1): a person is said to be of sound mind for the purpose of making a contract if, at the time when he makes it, he is capable of understanding it and forming a rational judgment as to its effect upon his interests. (seseorang adalah dikatakan berakal sempurna utk maksud membuat kontrak jika, pada masa dia membuat kontrak itu, dia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yg rasional terhadap kesan atas kepentingannya.) Section 12(2): A person who is usually of unsound mind, but occasionally of sound mind, may make a contract when he is of sound mind.
  • 9. (seseorang yg lazimnya tidak berakal sempurna tetapi sekali sekala berakal sempurna boleh membuat kontrak apabila dia berakal sempurna.) Section 12(3): A person who is usually of sound mind, but occasionally of unsound mind, may not make a contract when he is of unsound mind. (seseorang yg lazimnya berakal sempurna tetapi sekali sekala tidak berakal sempurna tidak boleh membuat kontrak apabila dia tidak berakal sempurna.) INTENTION TO CREATE LEGAL RELATION(Niat mewujudkan hubungan di sisi undang2) ICLR : Kesediaan setiap pihak utk menerima kesan dari segi undang2 sekiranya mana2 pihak gagal utk melaksanakan kontraknya. Commercial or business agreement Law anggap niat wujud apabila pihak mewujudkan hubungan di sisi undang2.. sebaik sahaja pihak masuk dlm agreement cth; sale dgn pembelian, law anggap kedua pihak ada niat utk mewujudkan hubungan di sisi undang2.
  • 10. Winn v Bull Perjanjian telah dibuat antara plaintif dgn defendan utk pajakan rumah tertakluk pd persiapan dan kelulusan kontrak rasmi. Kes ini tiada kontrak formal lagi dimasukkan ke dalam mahkamah, court held tidak ada kontrak boleh dikuatkuasakan. Low Kar Yit v Mohd Isa Pihak defendan memberikan pilihan kpd plaintif bg membeli sebidang tanah tertakluk
  • 11. kepada a) kontrak rasmi dibuat dan dipersetujui oleh kedua2 pihak dan b) kelulusan penjualan itu drpd mahkamah tinggi. Defendan bertindak memilih opsyen it tetapi plaintif enggan sign perjanjian jual beli itu. Defendan mendakwa opsyen itu adalah 1 kontrak yg sah walaupun tertakluk kpd kontrak rasmi. Mahkamah menolak dakwaan itu dan memutuskan ug opsyen itu bukan 1 kontrak kerana ia masih tertakluk kpd perjanjian rasmi yg perlu digubal dan ditandantangani. Lim Keng Siong v Yeo Ah Tee Responden mendakwa terdapatnya completed contract kenaikan jumlah surat2 yg bertukar antara mereka. Walaubagaimana pun, appellant defend yg penjualan itu tertakluk kpd kontrak rasmi dan appellant inform peguam cara responden yg tak nak teruskan penjualan. Mahkamah putuskan mengikut keadaan sekeliling, terdapat niat utk mewujudkan perhubungan utk dtg kpd perjanjian lengkap on the subject of the sale. Jumlah pertukaran surat di antara pihak menunjukkan terdapat niat utk mewujudkan perhubungan di sisi undang2. Daiman development sdn bhd v Matthew Lui Chin Teck Responden (pembeli) telah booking “pro forma” di bwh pihak persetujuan utk membeli rumah yg dibuat oleh appellant (housing developer). Selepas tandatangan “pro forma” and payment deposit, appellant inform responden yg harga rumah dah naik. Responden tak setuju dgn kenaikan harga rumah tu. Kemudian, appellant menolak utk meneruskan kontrak. Responden dakwa appellant kerana memungkiri kontrak tapi appellant bgtau tak ada contract lagi disebabkan “pro forma”, yg telah di sign oleh responden, hanya tertakluk kepada kontrak. Mahkamah putuskan menolak hujah ini
  • 12. dan appellant telah terikat dgn “pro forma” dan tak boleh argue yg “pro forma” tidak mewujudkan perhubungan di sisi undang2 di bawah kontrak. Social, domestic or family agreement Perjanjian yg dibuat antara kawan dan ahli keluarga atau social arrangements. Agreement yg mcm ni, law aggap yg tak ada niat utk mewujudkan perhubungan di sisi2 undang dgn kedua pihak. Sebagai contoh : jika seorg bapa berjanji akan bayar rm200 sebulan kpd anak lelakinya yg menolong basuh kereta , tidak akan ada pelanggaran kontrak jika bapanya gagal membayar anaknya as such semata mata perjanjian keluarga atau domestic. Kontrak tak terikat oleh pihak yg telah dianggap oleh law bahawa ia tidak bertujuan utk mempunyai tindakan undang2 sekiranya mana2 pihak gagal memenuhi tanggungjawab masing2. Balfour v Balfour Defendan(suami) ialah pekerja kakitangan awam yg bertugas di sri lanka. Dia telah berjanji nak bayar isterinya duit saraan setiap bulan. Isterinya terpaksa tinggal di England dan tak dapat mengikut suaminya ke sri lanka kerana tidak sihat. Kemudian, si suami gagal utk tunaikan janji dan isterinya telah dakwa suaminya kerana telah memungkiri atau melanggar kontrak. Mahkamah putuskan janji yg dibuat oleh si suami tidak wujudnya ikatan dan kuatkuasa undang2 sebab perjanjian antara keluarga dan domestic serta dianggap pihak itu tidak berniat utk berjanji utk dpt kontrak yg mengikat secara undang2.
  • 13. Jones v Padavatton Mengikut prinsip kes balfour yg telah diapply dalam kes perjanjian di antara emak dan anak perempuannya. Dalam kes ini, si emak berjanji utk memberi elaun kpd anaknya jika dia berputus asa bekerja sebagai secretary di united states and read for the bar in England. Kemudian, anaknya tinggalkan kerja lamanya dan dtg ke England to read for the Bar. Emaknya juga bersetuju utk memberikan rumah kpd anak perempuannya. Kemudian pada tuntutan ibu memiliki rumah , mahkamah putuskan bahawa perjanjian itu tidak bertujuan utk menjadi undang2 yg mengikat. Oleh itu ibu berhak kepada pemilikan. Merrit v Merrit Suami dan isteri bercerai. Si suami tinggalkan rumah yg dibeli bersama-sama isterinya utk tinggal bersama wanita lain. Rumah itu masih dlm gadaian kpd syarikat gadaian harta. Selepas hasil perbincangan, si suami bersetuju membayar £40 sebulan kpd isteri. Sebahagian wang hendaklah diguna utk menjelaskan baki bayaran ansuran gadaian. Si suami bersetuju utk menyerahkan rumah tersebut kepada isterinya sebagai pemilik tunggal sebaik sahaja semua ansuran gadaian diselesaikan. Janji suami ini telah ditulis di atas keeping kertas dan telah dintandatangani oleh suami. Walaubagaimanapun, setelah semua ansuran diselesaikan, si suami enggan menepati janji. Keputusan mahkamah: putuskan perjanjian yg dimasuki di antara suami dan isteri boleh dikuatkuasakan memandangkan semasa perjanjian itu dibuat kedua2 nya sudah tidak sehaluan dan tinggal berasingan. Tambahan pula perjanjian tersebut telah ditulis. Ternyata sekali, kedua pihak berniat utk menghasilkan satu perjanjian yg mengikat.
  • 14. CERTAINTY OF CONTRACT (ketentuan) Section 30: agreements the meaning of which is not certain or capable of being made certain are void. Perjanjian2 yg mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan, adalah batal. Karuppan chetty v Suah Thian Pihak yg berkenaan bersetuju memberi pajakan sebanyak rm35 sebulan seberapa lama yg disukai oleh org yg membuat pajakan. Keputusan mahkamah: keperluan ketentuan tidak dipenuhi dan kontrak tidak sah.
  • 15. FREE CONSENT (KERELAAN BERKONTRAK) Kontrak batal: perjanjian yg dibuat tanpa memenuhi ciri2 / kehendak sesuatu kontrak. KERELAAN BERKONTRAK Pengenalan Kontrak batal = Perjanjian yang dibuat tanpa memenuhi ciri-ciri / kehendak sesuatu kontrak. Contoh: Veloo seorang kanak-kanak telah membuat kontrak dengan Moin dalam jual beli sebuah kereta. Veloo telah membayar RM10,000 bagi pembelian kereta itu. Kontrak tersebut adalah kontrak batal kerana kanak-kanak tidak layak berkontrak.
  • 16. Kontrak boleh batal S.2(i) AK 1950: Sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang atas opsyen satu pihak atau lebih daripada pihak-pihak perjanjian itu, tetapi tidak berdasarkan atas opsyen pihak atau pihak yang lain, adalah suatu kontrak boleh batal. Kontrak boleh batal adalah sah sehingga ia dibatalkan atas opsyen satu pihak dan tidak pihak yang lain. Contoh: Riko mahu Bilal membeli rumahnya dengan harga RM300,000. Riko mengugut, jika Bilal enggan membeli rumah itu, dia akan dipukul. Oleh kerana takut dipukul, Bilal membeli rumah itu menurut harga yang dikehendaki. Kontrak ini adalah boleh batal kerana ada unsur paksaan Kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang = Satu perjanjian yang sah tetapi tidak dapat dikuatkuasakan dengan tindakan di sisi undang- undang kerana gagal memenuhi keperluan atau formaliti yang diperlukan oleh sesuatu statut / undang-undang. Contoh: Akta Sewa Beli 1967: Perjanjian sewa-beli mestilah dibuat secara bertulis. Sekiranya pihak yang berkenaan membuat perjanjian secara lisan, perjanjian itu sah di antara pihak berkenaan. Tetapi sekiranya berlaku apa-apa pertelingkahan daripada perjanjian lisan tersebut, sebarang tuntutan tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang disebabkan pihak yang berkenaan membuat perjanjian tersebut tanpa mematuhi kehendak undang-undang. S.10 (1) AK 1950: Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah, dan dengan sesuatu tujuan yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan Akta ini bahawa ianya batal. S.13 AK 1950: Dua orang atau lebih boleh dikatakan berkerelaan apabila mereka bersetuju mengenai satu perkara yang sama dalam pengertian yang sama. S.14 AK 1950: Kerelaan adalah dikatakan bebas apabila tidak disebabkan oleh (a) paksaan (b) pengaruh tak berpatutan (c) tipuan (d) salah nyata (e) khilaf Fakta-fakta yang boleh menjadikan sesuatu kontrak boleh batal ialah paksaan, pengaruh tak berpatutan, tipuan dan salah nyata. Pihak yang telah memberikan persetujuan disebabkan oleh paksaan, pengaruh tak berpatutan, tipuan atau salah nyata, diberi pilihan sama ada mahu menerima kontrak berkenaan atau menolaknya. Sekiranya pihak itu menerima kontrak tersebut, kontrak yang sah diteruskan dan hak-hak dan
  • 17. tanggungjawab boleh timbul daripadanya. Sekiranya pihak berkenaan menolak, kontrak itu bolehlah dibatalkan. Fakta khilaf boleh menjadikan sesuatu kontrak itu batal. 1. Paksaan S.15 AK 1950: Paksaan ialah melakukan apa-apa perbuatan, atau mengancam untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dilarang oleh Kanun Keseksaan, atau menahan secara tidak sah atau mengancam untuk menahan, apa-apa harta, dengan memudaratkan sesiapa jua, dengan niat menyebabkan seseorang untuk membuat suatu perjanjian. Paksaan = Apa jua perbuatan yang melibatkan kekerasan atau ancaman untuk melakukan kekerasan yang bertentangan dengan Kanun Keseksaan ke atas sesuatu pihak, keluarganya atau hartanya, dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan pihak itu untuk memasuki sesuatu kontrak. S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar. Sesuatu kontrak yang dimasuki kerana paksaan boleh dibatalkan atas pilihan pihak yang dipaksa Kes: Kesarmal a/l Letchman Das lwn Valiappa Chettiar Ketika pendudukan Jepun di Semenanjung Malaysia dahulu, satu pindah milik harta telah dilaksanakan atas perintah Sultan. Perintah Sultan itu dilakukan atas paksaan dua orang pegawai tentera Jepun. KM: Memandangkan persetujuan tidak diberikan secara sukarela, perjanjian itu menjadi boleh batal atas kehendak atau opsyen pihak yang persetujuannya diperolehi sedemikian. Kes: Kaufman lwn Gerson Gerson telah menyalahgunakan wang yang telah diamanahkan kepadanya oleh Kaufman. Kaufman kemudian mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Gerson, kecuali isteri Gerson sanggup membayar semula wang yang telah disalahgunakan itu. Isteri Gerson telah bersetuju untuk membayar semula wang itu demi untuk menjaga nama baik suaminya. KM: Kontrak yang dibuat oleh isteri Gerson dengan Kaufman merupakan kontrak boleh batal. 2. Pengaruh tak berpatutan S.16(1) AK 1950: Suatu kontrak adalah dikatakan didorong oleh ‘pengaruh tak berpatutan’, di mana pertalian di antara kedua belah pihak adalah sedemikian rupa hingga satu pihak adalah dalam kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang lain dan menggunakan kedudukan itu untuk memperolehi faedah tak saksama ke atas pihak yang lain. Sesuatu kontrak yang telah dibuat dikatakan didorong oleh pengaruh tak berpatutan jika didapati satu pihak berkeupayaan untuk menguasai kemahuan pihak yang lain dan menggunakan
  • 18. kedudukannya itu untuk memperolehi kelebihan yang tidak adil ke atas pihak yang lain. S.16(2) AK 1950: Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan makna yang tersebut di atas (S.16(1)), seseorang boleh dianggap berada dalam kedudukan menguasai kemahuan seorang yang lain (a) di mana dia memegang kuasa benar atau kuasa zahir ke atas orang lain itu, atau di mana dia berada dalam perkaitan amanah dengan orang lain itu; atau (b) di mana dia membuat suatu kontrak dengan seseorang yang keupayaan akalnya adalah terjejas oleh sebab usia, penyakit, atau penderitaan akal atau jasmani, sama ada sementara atau berkekalan. S.16(3)(a) AK 1950: Di mana seorang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan seorang yang lain, membuat kontrak dengannya, dan ternyata bahawa urusan itu adalah tidak patut, sama ada pada zahirnya atau atas keterangan yang dibuktikan, maka beban membuktikan bahawa kontrak sedemikian itu tidak didorong oleh pengaruh tak berpatutan hendaklah diletakkan ke atas orang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan orang lain itu. Beban untuk membuktikan bahawa kontrak sedemikian tidak didorong oleh pengaruh tak berpatutan terletak ke atas orang yang berada dalam kedudukan untuk menguasai kemahuan orang lain itu. S.20 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat sesuatu perjanjian adalah disebabkan oleh pengaruh tak berpatutan, maka perjanjian itu adalah suatu kontrak boleh batal atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Apabila sesuatu kontrak itu dimasuki disebabkan pengaruh tak berpatutan, kontrak sedemikian boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang telah dipengaruhi itu. Kes: Chait Singh lwn Budin bin Abdullah Seorang pemberi pinjaman wang (ceti) telah mengeluarkan satu pinjaman dengan kadar bunga 36% setahun kepada seorang peminjam yang buta huruf. Si peminjam telah menyerahkan dokumen hak milik tanahnya kepada ceti tersebut untuk simpanan dan sebagai jaminan ke atas hutang itu. KM: Disebabkan jaminan yang baik telah diberi, kadar faedah yang melebihi 18% setahun terhadap seorang yang buta huruf telah menimbulkan andaian bahawa pengaruh tak berpatutan telah berlaku. Kes: Tate lwn Williamson Tate seorang pelajar, berhasrat menjual sebahagian hartanya bagi menjelaskan yuran pengajiannya. Dia telah menemui defendan yang merupakan seorang peguam untuk mendapatkan nasihat mengenai penjualan tersebut. Defendan kemudiannya telah membeli harta Tate pada harga £7,000 tanpa memaklumkan kepada Tate bahawa nilai sebenar harta tersebut ialah £20,000. KM: Kontrak tersebut mesti diketepikan kerana terdapat perkaitan amanah antara defendan dengan Tate. Ini kerana Tate telah merujuk kepada defendan untuk mendapatkan nasihat dan oleh itu defendan tidak berhak membeli harta tersebut tanpa membuat pendedahan berkenaan. Kes: Letchemy Arumugan lwn Annamalay Plaintif yang merupakan seorang penoreh getah wanita yang buta huruf memohon untuk mambatalkan perjanjian jual beli yang telah dimasukinya dengan pihak defendan yang merupakan
  • 19. seorang pemaju perumahan. Menurut plaintif, defendan dengan bantuan peguamnya telah mengambil kesempatan atas kejahilannya dengan memintanya menandatangani beberapa dokumen dalam bahasa Inggeris. Plaintif menandatangani dokumen-dokumen tersebut tanpa mengetahui dan menyedari bahawa hakikatnya beliau menandatangani suatu perjanjian menjual tanahnya di Port Dickson. Defendan walau bagaimanapun mendakwa bahawa perjanjian tersebut telah ditandatangani dengan disaksikan oleh seorang peguam yang telah menjelaskan segala- galanya kepada plaintif. KM: Defendan gagal membuktikan bahawa plaintif telah bertindak secara bebas dan memahami surat perjanjian itu. Selain daripada wujudnya elemen tipuan, terdapat juga elemen pengaruh tak berpatutan dikenakan oleh defendan ke atas plaintif. Plaintif berhak membatalkan perjanjian berkenaan. 3. Tipuan S.17 AK 1950: Frod termasuklah mana-mana perbuatan yang berikut yang dilakukan oleh suatu pihak yang membuat kontrak, atau dengan pembiarannya, atau oleh agennya, dengan niat untuk memperdayakan pihak lain yang berkontrak atau agennya, atau mendorong pihak yang lain itu untuk membuat kontrak: (a) mengenai suatu fakta, menyarankan sesuatu yang tidak benar oleh seseorang yang tidak mempercayai bahawa sesuatu itu benar; (b) menyembunyikan secara aktif sesuatu fakta oleh seseorang yang mengetahui atau mempercayai fakta itu; (c) membuat janji tanpa apa-apa niat untuk menepati janji itu; (d) mana-mana perbuatan lain yang padan untuk memperdaya; (e) mana-mana perbuatan atau ketinggalan sedemikian yang khususnya ditetapkan oleh undang-undang sebagai frod. Tipuan mestilah suatu perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk memperdaya atau mendorong pihak lain membuat kontrak dengannya. S.17 telah menyenaraikan lima jenis perbuatan yang boleh disifatkan sebagai tipuan. Kes: Letchemy Arumugan lwn Annamalay Plaintif yang merupakan seorang penoreh getah wanita yang buta huruf memohon untuk mambatalkan perjanjian jual beli yang telah dimasukinya dengan pihak defendan yang merupakan seorang pemaju perumahan. Menurut plaintif, defendan dengan bantuan peguamnya telah mengambil kesempatan atas kejahilannya dengan memintanya menandatangani beberapa dokumen dalam bahasa Inggeris. Plaintif menandatangani dokumen-dokumen tersebut tanpa mengetahui dan menyedari bahawa hakikatnya beliau menandatangani suatu perjanjian menjual tanahnya di Port Dickson. Defendan walau bagaimanapun mendakwa bahawa perjanjian tersebut telah ditandatangani dengan disaksikan oleh seorang peguam yang telah menjelaskan segala- galanya kepada plaintif. KM: Defendan gagal membuktikan bahawa plaintif telah bertindak secara bebas dan memahami surat perjanjian itu. Selain daripada wujudnya elemen tipuan, terdapat juga elemen pengaruh tak berpatutan dikenakan oleh defendan ke atas plaintif. Plaintif berhak membatalkan perjanjian berkenaan.
  • 20. Bolehkah berdiam diri dianggap wujud satu penipuan? Huraian S.17 AK 1950: Semata-mata membisu mengenai fakta-fakta yang boleh jadi melibatkan kesediaan seseorang untuk membuat kontrak bukanlah frod melainkan jika kedudukan perkara itu adalah sedemikian hingga, jika kedudukan perkara itu dipertimbangkan, adalah menjadi kewajipan bagi orang yang membisu itu untuk berkata-kata, atau melainkan jika pembisuannya itu dengan sendirinya adalah sama dengan kata-kata. Kaedah am: Semata-mata berdiam diri / membisu mengenai sesuatu fakta yang boleh menjejaskan kesediaan seseorang untuk membuat kontrak bukanlah satu tipuan. Kes: Keates lwn Lord Cadogan Defendan yang mengetahui plaintif amat memerlukan rumah, telah menyewakan kepada plaintif sebuah rumah yang hampir musnah tanpa memberitahu keadaan tersebut kepada plaintif. KM: Tuntutan plaintif untuk suatu gantirugi ditolak kerana pihak defendan tidak melakukan tipuan. Kes: Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering Sdn Bhd & Anor Perayu telah mendakwa bahawa satu salah nyataan tipu muslihat telah dikenakan terhadapnya semasa dia memasuki perjanjian sewa beli dan dia berhasrat untuk membatalkan perjanjian tersebut. KM: Tidak timbul apa-apa kewajipan di pihak responden pertama (peniaga) untuk memaklumkan kepada perayu tahun mesin tersebut dibuat dan hakikat bahawa mesin tersebut telah terbabit dalam kemalangan kecil sebelum ini. Tindakan responden pertama tidak memberitahu perayu tidak dianggap sebagai cuba menipu perayu ataupun mengakibatkan perayu memasuki perjanjian sewa beli tersebut. Kes: Vyramuttu lwn State of Pahang Defendan menjual tanah secara lelong kepada plaintif. Defendan menyangkakan bahawa tanah itu belum dimajukan, dan harganya jauh lebih rendah daripada harga yang sepatutnya. Sebenarnya tanah tersebut telah dimajukan dan nilainya juga telah meningkat. Apabila sedar akan kesilapan ini, defendan enggan meneruskan transaksi jual beli tersebut dan mendakwa plaintif gagal memberitahu maklumat tersebut kepadanya dan plaintif akan mendapat faedah atas fakta itu. KM: Plaintif tidak terikat untuk memberitahu defendan tentang tanah itu dan berhak mendapat ganti rugi kerana dia mengalami kerugian di atas keengganan defendan untuk meneruskan jual beli itu. Pengecualian: Terdapat 2 keadaan di mana perbuatan membisu itu boleh menjadi satu tipuan:
  • 21. i. Apabila wujud tanggungjawab untuk berkata-kata dalam keadaan tertentu. Apabila perkaitan amanah wujud antara kedua-dua pihak yang berkontrak, adalah menjadi kewajipan pihak yang memikul amanah itu untuk mendedahkan segala fakta penting yang diketahuinya kepada pihak yang satu lagi. Contoh-contoh mereka yang mempunyai perkaitan amanah adalah seperti peguam dengan anak guam dan doktor dengan pesakit. Misalan (b) S.17 AK 1950: B ialah anak perempuan A dan dia baharu saja dewasa. Di sini, ada hubungan antara kedua belah pihak yang mewajibkan A untuk memberitahu B jika kuda yang hendak dijual itu tidak sihat. ii. Apabila pembisuan itu dianggap sama dengan kata-kata. Misalan (c) S.17 AK 1950: B berkata kepada A, “Jika kamu tidak menyangkal, maka saya menganggap kuda itu sihat”. A membisu. Di sini, pembisuan A itu adalah sama dengan A berkata- kata. S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar. Apabila wujud unsur tipuan dalam sesuatu kontrak, kontrak sedemikian boleh dibatalkan atas pilihan pihak yang kena tipu. Kecualian S.19 AK 1950: Jika kerelaan itu disebabkan oleh salah nyata atau oleh pembisuan yang menjadi frod dalam pengertian S.17, maka kontrak itu, meskipun begitu, tidak boleh dibatalkan, jika pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada jalan untuk mengetahui kebenarannya dengan menggunakan ketekunan yang lazim. Sekiranya pihak yang telah ditipu itu berupaya menyiasat kebenaran fakta yang disebutkan oleh pihak yang lain, maka kenyataan yang dibuat secara tipuan itu tidak boleh membatalkan kontrak berkenaan. Huraian S.19 AK 1950: Sesuatu frod atau salah nyata yang telah tidak menyebabkan kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kepada siapa frod telah dilakukan atau kepada siapa salah nyata telah dibuat tidak menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal. Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya tipuan tersebut tidak menyebabkan kerelaan pihak yang kepada siapa tipuan itu dikenakan. Beban untuk membuktikan kewujudan tipuan terletak pada pihak yang mendakwa dirinya ditipu. 4. Salah nyata
  • 22. Salah nyata = Kenyataan-kenyataan yang tidak benar / mengelirukan tentang suatu fakta yang dibuat oleh seseorang dan ditujukan kepada seseorang yang lain, yang dibuat sebelum kontrak dimasuki yang telah mendorong seseorang yang lain untuk memasuki kontrak. S.18: Salah nyata termasuklah: (a) pernyataan positif oleh seseorang tentang sesuatu maklumat yang tidak benar tetapi orang itu percaya ia adalah benar. Contoh: Lana mendapat maklumat bahawa kereta Protiga Maivi akan dinaikkan harga dua kali ganda daripada harga sekarang dalam tempoh dua tahun lagi. Lana yakin dengan maklumat tersebut dan memujuk Tira supaya menjual kereta Protiga Maivi kepunyaannya kepada Lana. Maklumat tersebut ternyata tidak benar kerana selepas setahun, harga kereta Protiga Maivi telah jatuh harganya (b) pelanggaran kewajipan yang dilakukan tanpa niat untuk menipu dan memberi kelebihan kepada pihak yang melakukan pelanggaran itu. Contoh: Pada hari Ahad, Jiha telah bersetuju untuk menyewakan keretanya kepada Zain dengan kadar RM70 sehari dan akan menyerahkan kereta tersebut kepada Zain pada hari Rabu. Walau bagaimanapun, pada hari Isnin, Wana telah menemui Jiha dan ingin menyewa kereta Jiha atas urusan kecemasan sehingga hari Rabu. Wana kemudiannya gagal memulangkan kereta seperti yang dijanjikan. Ini menyebabkan Jiha tidak dapat melaksanakan kewajipan kontraknya dengan Zain iaitu untuk menyerahkan keretanya kepada Zain pada hari Rabu. Di sini, ternyata Jiha telah melanggar kewajipannya dengan tiadanya niat untuk menipu Zain tetapi pada waktu yang sama Jiha tetap menerima bayaran sewaan lebihan daripada Wana. (c) menyebabkan, meskipun dengan suci hati, satu pihak perjanjian membuat kesilapan mengenai perkara pokok perjanjian. Contoh: Vivi hendak menjual kereta terpakainya kepada Aqim. Vivi memberitahu Aqim bahawa kereta tersebut tidak pernah terlibat dalam kemalangan sedangkan tanpa pengetahuan Vivi, kereta tersebut sebenarnya pernah mengalami kemalangan sewaktu dalam milikan orang lain. Oleh itu, salah nyataan yang dilakukan oleh Vivi telah mendorong Aqim memasuki kontrak dengan membeli kereta tersebut. Kes: With lwn O’Flanagan Seorang doktor berhasrat untuk menjual kliniknya kepada seorang lain dengan menyatakan bahawa pendapatan bulanan kliniknya adalah £2,000. Lima bulan kemudian, pendapatan klinik tersebut merosot tetapi maklumat ini tidak disampaikan kepada pembeli firma tersebut. KM: Wujud salah nyataan ikhlas yang membolehkan pembeli membatalkan kontrak tersebut disebabkan kegagalan penjual memberitahu pembeli pendapatannya yang sebenar.
  • 23. Kenyataan yang disalah nyatakan mestilah berbentuk satu kenyataan fakta. Semata-mata memberi pendapat dan buah fikiran tidak boleh digolongkan sebagai satu salah nyata. Kes: Bisset lwn Wilkinson Bisset yang berhasrat untuk menjual ladangnya kepada Wilkinson, telah menyatakan bahawa ladangnya itu mampu menampung biri-biri sehingga 2,000 ekor. Kedua-duanya tahu bahawa ladang itu tidak pernah digunakan untuk menternak kambing biri-biri. Wilkinson membeli ladang tersebut tetapi kemudiannya mendapati ladang itu tidak boleh menampung sebanyak 2,000 ekor biri-biri seperti yang telah dinyatakan oleh Bisset. KM: Kenyataan Bisset itu hanyalah pendapat beliau sahaja dan ia tidak boleh menjadi salah nyata walaupun pendapat yang diberikan itu adalah salah. S.19 AK 1950: Di mana kerelaan untuk membuat perjanjian adalah disebabkan oleh paksaan, frod atau salah nyata, maka perjanjian itu adalah kontrak yang boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian. Sesuatu pihak kontrak, yang kerelaannya disebabkan oleh frod atau salah nyata, jika dia fakir patut, berbuat demikian supaya kontrak itu hendaklah dilaksanakan juga, dan mendesak supaya ia ditempatkan dalam kedudukan yang seharusnya jika nyataan yang telah dibuat itu adalah benar. Kesan salah nyata ialah, kontrak boleh dibatalkan atas opsyen pihak yang terkilan. Kecualian S.19 AK 1950: Jika kerelaan itu disebabkan oleh salah nyata atau oleh pembisuan yang menjadi frod dalam pengertian S.17, maka kontrak itu, meskipun begitu, tidak boleh dibatalkan, jika pihak yang kerelaannya disebabkan sedemikian ada jalan untuk mengetahui kebenarannya dengan menggunakan ketekunan yang lazim. Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya pihak yang dikelirukan berpeluang memeriksa kebenarannya dengan usaha yang sewajarnya tetapi dia gagal berbuat demikian. Huraian S.19 AK 1950: Sesuatu frod atau salah nyata yang telah tidak menyebabkan kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kerelaan pada suatu kontrak oleh pihak kepada siapa frod telah dilakukan atau kepada siapa salah nyata telah dibuat tidak menjadikan sesuatu kontrak itu boleh batal. Kontrak tidak boleh dibatalkan sekiranya salah nyata tersebut tidak menyebabkan kerelaan pihak yang kepada siapa salah nyata itu dikenakan. 5. Khilaf (silap fakta) S.21 AK 1950: Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara fakta yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal. Sesuatu perjanjian adalah batal sekiranya kedua-dua pihak telah khilaf mengenai satu perkara yang mustahak dalam perjanjian itu. Kes: Raffles lwn Wichelhaus Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut akan dibawa oleh kapal ‘Peerless’. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama ‘Peerless’ yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala yang satu lagi
  • 24. akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli kapas yang dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan Disember. KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal berkenaan. Kes: Couturier lwn Hastie Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada masa membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula rosak akibat disimpan di tempat yang panas. KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu S.23 AK 1950: Sesuatu kontrak bukan boleh batal semata-mata kerana ianya disebabkan oleh salah satu pihaknya yang khilaf mengenai suatu perkara fakta. Khilaf fakta yang hanya dilakukan oleh satu pihak sahaja mengakibatkan kontrak bukan boleh batal. Kes: Tamplin lwn James B membuat tawaran untuk membeli sebuah kedai minuman keras yang dilelong dengan membuat kekhilafan bahawa sebuah padang termasuk dalam lot yang dilelongkan, sedangkan hakikatnya tidak. Dia berjaya dalam lelongan. Menyedari kekhilafan yang telah wujud, dia ingin membatalkan kontrak. KM: Kontrak itu adalah sah dan permohonan untuk membatalkan kontrak ditolak. KONTRAK BATAL 1. Khilaf dua pihak. S.21 AK 1950: Di mana kedua-dua pihak perjanjian adalah khilaf mengenai sesuatu perkara fakta yang mustahak untuk perjanjian itu, maka perjanjian itu adalah batal. Sesuatu perjanjian adalah batal sekiranya kedua-dua pihak telah khilaf mengenai satu perkara yang mustahak dalam perjanjian itu. Kes: Raffles lwn Wichelhaus Plaintif dan defendan memasuki kontrak jual beli muatan kapas dari Bombay. Muatan tersebut akan dibawa oleh kapal ‘Peerless’. Tanpa pengetahuan kedua-dua pihak, ada 2 kapal bernama ‘Peerless’ yang akan belayar dari Bombay. Satu akan belayar pada bulan Oktober manakala yang satu lagi akan belayar pada bulan Disember. Defendan menyangka Plaintif mahu membeli kapas yang dibawa oleh kapal yang belayar pada bulan Oktober, sedangkan plaintif mahukan kapas yang dibawa dalam pelayaran bulan Disember. KM: Kontrak antara mereka adalah batal kerana kedua-duanya telah silap fakta tentang kapal berkenaan.
  • 25. Kes: Couturier lwn Hastie Dua pihak telah mengikat kontrak penjualan jagung. Kedua-dua pihak menyangkakan pada masa membuat kontrak itu, jagung-jagung tersebut berada dalam pelayaran dari Salonica ke England. Tanpa diketahui oleh mereka, beberapa hari sebelum kontrak terbentuk, jagung-jagung tersebut telah dijual oleh ketua kapal di Pelabuhan Tunis memandangkan jagung-jagung itu mula rosak akibat disimpan di tempat yang panas. KM: Kontrak tersebut tidak sah kerana mereka telah khilaf tentang kewujudan perkara kontrak itu. 2. Balasan / tujuan tidak sah. S.24 AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah sah di sisi undang-undang, kecuali (a) ianya dilarang oleh undang-undang (b) ianya bersifat sedemikian rupa jika dibenarkan, maka ianya akan mengecewakan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang;atau (c) ianya merupakan frod; atau (d) ianya mendatang atau melibatkan bencana kepada diri atau harta harta orang lain; atau (e) mahkamah menganggapnya tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam. S.24 menyenaraikan apakah balasan / tujuan-tujuan dalam kontrak yang boleh menjadikan suatu kontrak itu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan. i. S.24(a) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya dilarang oleh undang-undang. Contoh: S.26(1) Akta Undang-undang Sivil, 1956: Semua kontrak, sama ada secara lisan atau bertulis, melalui perjudian atau pertaruhan adalah batal dan tidak sah. S.26(2) Akta Undang-undang Sivil, 1956: Tuntutan untuk mendapatkan wang atau barang hasil pertaruhan tidak boleh dibuat. ii. S.24(b) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya bersifat mengecewakan peruntukan undang-undang. Kes: Hee Cheng lwn Krishnan Plaintif telah memasuki kontrak dengan defendan untuk membeli rumah yang dibina oleh defendan atas tanah lesen pendudukan sementara. Defendan mungkir janji dan plaintif menuntut pelaksanaan spesifik. KM: Menurut Peraturan 41, Peraturan Tanah 1930, tidak ada lesen pendudukan sementara boleh dipindah milik. Kontrak itu adalah tidak sah di bawah S.24 di mana jika dibenarkan, ianya akan mengecewakan peruntukan undang-undang yang berkaitan. iii. S.24(c) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya merupakan frod
  • 26. Misalan (e) S.24: Jika A, B dan C membuat satu perjanjian untuk membahagikan antara mereka hasil yang mereka perolehi secara tipuan. Perjanjian ini adalah batal di bawah S.24(c). Contoh: Kimi berjanji akan membayar RM2,000 kepada Emma jika Emma setuju untuk memperdaya pihak kastam di Pelabuhan Klang bahawa barangan yang diimport itu bebas cukai. Perjanjian ini adalah batal di bawah S.24(c). iv. S.24(d) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya melibatkan bencana kepada diri dan harta orang lain Contoh: Lola berjanji akan membayar RM1,000 kepada Dido jika Dido setuju untuk membelasah Riko. Perjanjian tersebut batal di bawah S.24(d). Kes: Syed Ahmad b. Mohamed Al-Habsyee lwn Puteh bt. Sabtu Defendan yang merupakan pemegang amanah bagi tanah milik seorang kanak-kanak telah bersetuju menjual tanah tersebut kepada plaintif. KM: Perjanjian yang dibuat oleh defendan adalah batal kerana perjanjian seumpama ini boleh memudaratkan kepentingan kanak-kanak tersebut. v. S.24(e) AK 1950: Balasan atau tujuan sesuatu perjanjian adalah tidak sah jika ianya tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam. Kes: Aroomoogam Chitty lwn Lim Ah Hang Plaintif telah meminjamkan sejumlah wang kepada defendan bagi tujuan mengusahakan perniagaan pelacuran. Defendan mengatakan bahawa wang itu dipinjam olehnya untuk membeli barang kemas dan pakaian untuk pelacur di bawah jagaannya. Defendan juga mendakwa bahawa plaintif telahpun diberitahu mengenai tujuan pinjaman itu. Plaintif menafikan dakwaan defendan dan mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya, defendan menjalankan perniagaan beca. Setelah defendan gagal menjelaskan jumlah yang dipinjam, plaintif telah mendakwa defendan. KM: Perjanjian antara plaintif dan defendan adalah tidak sah dan batal keran ia dibuat untuk maksud yang tidak bermoral. Tuntutan balik wang oleh plaintif telah ditolak. Misalan (f) S.24: A berjanji untuk mendapatkan B satu pekerjaan dalam perkhidmatan awam dan B berjanji akan membayar RM1000 kepada A. Perjanjian ini adalah batal kerana balasannya tidak sah di sisi undang-undang dan memudaratkan perkhidmatan awam. Ia hanya akan menggalakkan amalan rasuah di negara kita. Kes: Foster lwn Driscoll KM: Perjanjian untuk menyeludup arak ‘Whisky’ ke United States adalah tidak sah kerana ianya bertentangan dengan kepentingan negara. Kes: Regazzoni lwn K.C. Sethia Defendan bersetuju untuk menjual jut India kepada plaintif dan berkomplot untuk membawanya dengan kapal ke Genoa untuk dijual di Afrika Selatan. Undang-undang India pada masa itu melarang pengeksportan barang-barang dari India ke Afrika Selatan. Plaintif telah menuntut ganti rugi atas kegagalan defendan membuat penghantaran sebagaimana yang dijanjikan.
  • 27. KM: Kontrak batal kerana bertentangan dengan polisi awam. Kes: Parkinson lwn College of Ambulance Ltd Setiausaha kepada persatuan kebajikan defendan berjanji dan memberi jaminan akan mendapatkan pangkat kesatria bagi plaintif sekiranya plaintif mendermakan wang yang cukup kepada tabung persatuan kebajikan defendan. Plaintif telah menderma sebanyak £1000, tetapi tidak menerima pangkat kesatria yang dijanjikan pada hari anugerah yang diadakan. Plaintif mendakwa untuk mendapatkan kembali wang tersebut. KM: Transaksi tersebut jelas menyalahi undang-undang dan tuntutan plaintif ditolak. 3. Sebahagian daripada balasan / tujuan tidak sah. S.25 AK 1950: Jika mana-mana bahagian sesuatu balasan untuk satu atau lebih tujuan, atau satu atau sebahagian dari satu dari beberapa balasan untuk satu tujuan, adalah tidak sah di sisi undang - undang, maka perjanjian itu adalah batal. 4. Perjanjian tanpa balasan. S.26 AK 1950: Sesuatu perjanjian yang dibuat tanpa balasan adalah batal. 5. Perjanjian yang menghalang perkahwinan. S.27 AK 1950: Setiap perjanjian yang menghalang perkahwinan seseorang, selain dari seorang yang belum dewasa pada masa remajanya adalah batal. 6. Perjanjian yang menghalang perdagangan. S.28 AK 1950: Setiap perjanjian dengan mana seseorang dihalang dari menjalankan profesion atau tred atau apa-apa perniagaan yang sah adalah batal setakat itu. Kes: Wrigglesworth lwn Anthony Wilson Defendan seorang peguam telah berjanji kepada majikannya bahawa dia tidak akan menjadi pengamal undang-undang dalam kawasan 5 batu dari Kota Bharu untuk tempoh 2 tahun selepas tamat berkhidmat dengan firma majikannya itu. Selepas tamat perkhidmatan, defendan terus membuka firmanya di Kota Bharu. Bekas majikannya memohon injunksi daripada pihak mahkamah bagi menghalang defendan daripada berbuat demikian. KM: Perjanjian tersebut adalah batal di bawan S.28. Permohonan untuk mendapatkan injunksi ditolak. 7. Perjanjian yang menghalang tindakan undang-undang. S.29 AK 1950: Setiap perjanjian, dengan mana sesuatu pihak perjanjian itu dihalang dari menguatkuasakan hak-haknya secara mutlak di bawah atau mengenai mana-mana kontrak, dengan tindakan lazim di sisi undang-undang di hadapan tribunal biasa, atau yang mengehadkan masa
  • 28. dalam mana ia boleh menguatkuasakan hak-haknya, adalah batal setakat itu. Kes: Corporation Royal Exchange lwn Teck Guan Responden telah mengambil polisi insurans dengan syarikat perayu untuk melindungi kedainya di Ampang. Pada 25 November 1911, kedai responden musnah dalam satu kebakaran. Responden membuat tuntutan pada 8 Disember tetapi tuntutannya ditolak oleh syarikat perayu pada 5 Januari 1912. Responden memulakan tindakan undang-undang pada 6 Mei 1912. Tindakan responden ini tidak menepati syarat yang terkandung dalam polisi insurans yang menyatakan, “jika suatu tuntutan dibuat dan ditolak dan tindakan guaman tidak dimulakan dalam tempoh 3 bulan selepas penolakan tersebut…maka semua faedah di bawah polisi ini akan terhapus.” KM: Syarat tersebut adalah batal kerana bertentangan dengan S.28 Enakmen Kontrak pada masa itu (sama dengan S.29 AK sekarang). 8. Perjanjian yang mengandungiketaktentuan S.30 AK 1950: Perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal. Kes: Karuppan Chetty lwn Suah Thian Pihak yang berkenaan bersetuju memberi pajakan sebanyak RM35 sebulan ‘seberapa lama yang disukai’ oleh orang yang membuat pajakan. KM: Keperluan ketentuan tidak dipenuhi. Kontrak tidak sah. 9. Perjanjian pertaruhan. S.31(1) AK 1950: Perjanjian-perjanjian secara bertaruh adalah batal, dan guaman tidak boleh dibawa untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan dimenangi daripada mana-mana pertaruhan atau sesuatu yang diamanahkan kepada sesiapa untuk mematuhi keputusan mana-mana perjudian atau mana-mana peristiwa lain yang tak tentu di mana apa-apa pertaruhan dibuat. PELEPASAN KONTRAK Pelepasan kontrak = Penamatan kontrak / penamatan obligasi kontraktual. Suatu kontrak itu dianggap ‘dilepaskan’ apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak lagi dikehendaki untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan mereka dalam kontrak tersebut. Bagaimana kontrak dilepaskan? 1. Pelepasan dengan pelaksanaan syarat-syarat kontrak. Pelaksanaan = Penyempurnaan penuh atau penyempurnaan lengkap kewajipan seseorang itu di bawah kontrak. Kaedah am: Kontrak hanya akan dilepaskan jika kewajipan di bawah kontrak itu dilaksanakan sepenuhnya secara menyeluruh, tepat dan jitu.
  • 29. S.38(1) AK 1950: Pihak-pihak suatu kontrak wajib melaksanakan atau wajib menawar untuk melaksanakan janji mereka masing-masing, melainkan jika pelaksanaan sedemikian itu telah dilepaskan atau dimaafkan oleh peruntukan-peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang lain. S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tidak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu. Kes: Bolton lwn Mahadeva Plaintif telah bersetuju memasang alat pemanas di rumah defendan. Setelah siap dipasang, defendan mendapati alat tersebut tidak boleh digunakan dan enggan membuat pembayaran. KM: Plaintif tidak berhak mendapat apa-apa bahagian daripada pembayaran yang dipersetujui antara mereka. Kes: Cutter lwn Powell Defendan telah berjanji untuk membayar Cutter 30 guineas jika dia sanggup berkhidmat dengannya belayar dari Kingston, Jamaica ke Liverpool. Sebelum pelayaran berakhir, Cutter telah meninggal dunia dan isterinya (plaintif) telah menuntut bayaran yang dijanjikan. KM: Pelaksanaan penuh kontrak adalah syarat yang mesti dipenuhi dahulu sebelum bayaran boleh dibuat. Plaintif tidak berhak mendapatkan bayaran yang telah dijanjikan daripada pihak defendan. Pengecualian: Dalam keadaan-keadaan berikut, plaintif / pihak yang teraniaya dalam kontrak berhak membuat tuntutan bayaran walaupun kontrak itu tidak dilaksanakan secara menyeluruh. a) Kontrak boleh bahagi b) Pelaksanaan sebahagian besar c) Pelaksanaan dihalang d) Pelanggaran yang bukan perkara asas kontrak 2. Pelepasan menerusi persetujuan pihak-pihak yang berkontrak / pelepasan melalui perjanjian. Suatu kontrak boleh dilepaskan melalui perjanjian yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dalam kontrak. Persetujuan kedua-dua pihak boleh dibuat dengan apa cara sekalipun selagi kedua-duanya mengetahui bahawa persetujuan telah dicapai untuk melepaskan obligasi masing-masing menurut kontrak. S.63 AK 1950: Jika pihak-pihak suatu kontrak bersetuju untuk menggantikannya dengan suatu kontrak yang baharu, atau untuk membatal atau memindanya, maka kontrak asal itu tidak perlu dilaksanakan. S.63 menerangkan kesan novasi, pembatalan & pengubahan.
  • 30. i. Novasi = Penggantian kontrak asal dengan satu kontrak baru. Kesan novasi: Melepaskan pihak berkenaan daripada pelaksanaan kewajipannya dalam kontrak asal. Persetujuan kedua-dua pihak yang berkontrak adalah perlu untuk novasi. ii. Pembatalan Kontrak boleh dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua pihak pada bila-bila masa sebelum ianya dilaksanakan. iii. Pengubahan Mana-mana satu atau lebih syarat-syarat yang terkandung dalam sesuatu kontrak boleh diubah sekiranya mendapat kebenaran daripada pihak-pihak yang berkontrak. S.64 AK 1950: Tiap-tiap penerima janji boleh membebas atau mengurangkan sebahagian atau keseluruhan daripada pelaksanaan janji yang telah dibuat kepadanya, atau boleh melanjutkan masa untuk pelaksanaan sedemikian itu, atau boleh menerima sebagai gantinya sebarang pemenuhan janji yang dia fikir berpatutan. S.64 menerangkan pelaksanaan secara remitan. Remitan = Penerima janji boleh mengurang, meringankan / melepaskan sama ada keseluruhan / sebahagian daripada pelaksanaan janji yang dibuat kepadanya. Penerima janji boleh melanjutkan masa pelaksanaan / menerima apa-apa pelaksanaan lain sebagai gantian meskipun pelaksanaan yang tidak lengkap. Kes: Kerpa Singh lwn Bariam Singh Perayu telah mendapatkan penghakiman sebanyak RM8,650 terhadap responden. Anak responden telah mengirimkan sekeping cek bernilai RM4,000 kepada perayu sebagai melangsaikan sepenuhnya hutang bapanya terhadap perayu dan jika perayu enggan menerimanya supaya memulangkannya kembali kepada si anak. Cek berkenaan telah ditunaikan dan disimpan oleh peguam perayu. KM: Memandangkan cek itu telah diterima dan ditunaikan oleh perayu, perayu telah bersetuju menerima bayaran itu sebagai melangsaikan keseluruhan hutang responden kepadanya.
  • 31. Suatu kontrak dilepaskan daripada pelaksanaannya jika terdapat mana-mana pihak di bawah kontrak itu gagal memenuhi obligasinya seperti yang telah dipersetujui menurut terma-terma dan syarat-syarat kontrak tersebut. Pihak yang gagal ini dianggap telah memungkiri kontrak itu. Justeru memberikan hak kepada pihak yang teraniaya untuk membatalkan kontrak yang telah dimungkiri dengan menuntut ganti rugi daripada pihak yang telah memungkiri kontrak. Keadaan-keadaan yang membolehkan pihak yang teraniaya membatalkan kontrak i. Penolakan kontrak. Penolakan kontrak berlaku apabila salah satu pihak dalam kontrak memilih dan menyatakan kepada pihak yang lain, sama ada dengan perkataan atau perbuatan bahawa dia tidak mahu meneruskan kontrak tersebut. S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tidak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu. Kes: Chen Chuan Development Sdn Bhd lwn Ng Ah Hock Perayu (pemaju perumahan) telah bersetuju untuk menjual sebuah rumah kedai kepada responden
  • 32. dengan harga RM49,500. Responden telahpun menjelaskan wang tempahan kepada perayu. Perayu kemudiannya cuba menaikkan harga rumah kedai tersebut kepada RM85,000. Perayu seterusnya memulangkan cek dan wang tempahan pembeli. Peguam responden merupakan salah seorang penerima cek tersebut dan dia telah menunaikannya. KM: Satu penolakan kontrak telah berlaku apabila perayu menulis surat kepada responden memaklumkan tentang kenaikan harga serta tindakannya memulangkan wang tempahan. Tindakan peguam responden menunaikan cek yang diterima itu jelas menunjukkan penerimaannya terhadap kemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan kontrak tersebut tamat atas kemungkiran kontrak oleh perayu. ii. Kemungkiran asas kontrak. Jika perkara yang menjadi asas kepada kontrak telah dimungkiri, ini jelas menyebabkan kemusnahan kontrak tersebut secara keseluruhannya. Kes: Upali (Malaysia) Sdn Bhd lwn Kontrak Manufacturing Services Sdn Bhd Dalam perjanjian antara plaintif dan defendan, telah dipersetujui bahawa defendan hendaklah menyimpan coklat-coklat milik plaintif dalam kilang defendan mengikut suhu tidak melebihi 20°C. Plaintif kemudiannya mendakwa bahawa coklat-coklat tersebut tidak disimpan oleh defendan mengikut suhu yang telah dipersetujui di dalam kontrak tersebut. KM: Penyimpanan barang mengikut suhu yang telah ditetapkan dalam kontrak adalah menjadi satu syarat penting dalam kontrak yang membentuk keseluruhan kontrak tersebut. Maka, kemungkiran defendan dalam mematuhi syarat berkenaan telah menyebabkan plaintif berhak untuk menamatkan kontrak tersebut. Kesan pecah kontrak Akibat daripada kemungkiran kontrak yang dilakukan oleh salah satu pihak dalam kontrak, ia memberi beberapa hak kepada pihak yang telah dimungkiri itu, iaitu: i. Hak untuk menganggap kontrak sebagai masih berjalan (S.40 AK 1950). ii. Hak untuk menganggap kontrak sebagai tamat (S.40 AK 1950). Kes: Ban Hong Joo Mines Ltd lwn Chen & Yap Ltd Pihak perayu meminta responden untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan sebagai balasan, perayu akan membayar responden setiap 2 minggu. Responden kemudiannya diminta memberhentikan kerjanya kerana perayu gagal membayar. Responden membuat tuntutan kerana menganggap tindakan perayu itu sebagai suatu tindakan menamatkan kontrak. KM: Tindakan perayu sememangnya suatu penolakan dan responden berhak membuat tuntutan sama ada ganti rugi kerana pecah kontrak atau quantum meruit untuk kerja yang telah dilaksanakan oleh responden. iii. Hak di bawah S.65 AK 1950. S.65 AK 1950: Apabila seorang yang mempunyai opsyen untuk membatalkan sesuatu
  • 33. kontrak membatalkannya, pihak yang lain dalam kontrak itu tidak perlu melaksanakan sebarang janji yang terkandung di dalam kontrak di mana ianya adalah pembuat janji. Pihak yang membatalkan suatu kontrak boleh batal hendaklah, jika dia telah mendapat sebarang faedah darinya daripada suatu pihak lain dalam kontrak itu, memulangkan faedah sedemikian, setakat mana yang boleh, kepada orang dari siapa yang dia menerimanya. Apabila pihak teraniaya memilih untuk menamatkan kontrak yang telah dimungkiri, maka pihak yang telah membuat kemungkiran tidak perlu lagi melaksanakan sebarang janji yang telah dibuatnya di bawah kontrak tersebut. Pihak teraniaya dikehendaki memulangkan sebarang faedah yang telah diterimanya daripada kontrak tersebut kepada pihak yang telah memungkiri kontrak berkenaan. 4. Pelepasan disebabkan kekecewaan. S.57(1) AK 1950: Suatu perjanjian untuk melakukan suatu perbuatan yang sendirinya adalah mustahil adalah batal. S.57(2) AK 1950: Suatu kontrak untuk melakukan suatu perbuatan yang, selepas kontrak itu dibuat, menjadi mustahil, atau oleh sebab suatu kejadian yang pembuat janji itu tidak dapat mencegah, menjadi tidak sah, maka kontrak itu menjadi mustahil atau tidak sah. Apabila kekecewaan berlaku, kedua-dua pihak dilepaskan daripada melaksanakan kewajipan masing-masing di bawah kontrak berkenaan. Keadaan-keadaan yang boleh mengecewakan kontrak: i. Apabila perkara utama kepada pelaksanaan kontrak itu musnah. Kes: Taylor lwn Caldwell Defendan telah bersetuju membenarkan plaintif menyewa dan menggunakan dewan muzik dan perkarangannya bagi tujuan membuat persembahan. Sebelum tiba hari persembahan, kebakaran berlaku dan memusnahkan dewan muzik tersebut. Plaintif menuntut ganti rugi daripada defendan atas kemungkiran kontrak yang didakwa berlaku di pihak defendan, walaupun pada hakikatnya, tidak melakukan sebarang kesalahan dan kemungkiran. KM: Kontrak tersebut adalah tertakluk kepada syarat tersirat bahawa kedua-dua pihak haruslah dilepaskan apabila pelaksanaan kontrak itu menjadi mustahil untuk diteruskan disebabkan kejadian yang berlaku tanpa kesilapan mana-mana pihak. Defendan tidak bersalah. ii. Apabila sesuatu kejadian itu yang menjadi asas sesuatu kontrak tidak berlaku. Kes: Krell lwn Henry Plaintif telah bersetuju untuk menyewakan defendan sebuah bilik di flatnya bagi menyaksikan upacara pertabalan Raja Edward VII. Plaintif memberi jaminan bahawa ruang yang disewa itu dapat memberi penglihatan yang jelas akan upacara itu nanti. Defendan bersetuju untuk menyewa ruang tersebut pada kadar £75 pada 26 dan 27 Jun 1902. Kontrak tidak menyebut tentang aturcara upacara selain hanya menyatakan ianya akan berlangsung pada dua tarikh tersebut dan akan melintasi flat yang disewa itu. Semasa kontrak itu dimasuki, defendan telah menjelaskan £25 kepada plaintif dan telah dipersetujui bahawa baki bayaran berjumlah £50 akan dijelaskan pada 24 Jun 1902. Upacara tersebut telah dibatalkan atas sebab Raja itu diserang sakit yang tenat. Atas
  • 34. sebab ini, plaintif telah menuntut baki £50 tersebut daripada defendan. KM: Kontrak tersebut adalah batal. Ini kerana upacara pertabalan dan posisi flat yang disewa merupakan perkara asas yang membentuk kontrak antara kedua-dua pihak. Upacara yang akan diadakan itu pada hakikatnya merupakan perkara asas di dalam kontrak yang telah dibuat. Defendan menyewa flat tersebut dengan tujuan untuk menyaksikan upacara berkenaan dan walaupun kegagalan defendan untuk menyaksikannya bukanlah disebabkan oleh kemungkiran di pihak plaintif, defendan akhirnya dilepaskan daripada kewajipannya menjelaskan baki sewaan tersebut. iii. Apabila kematian / ketidakupayaan telah menghalang satu pihak daripada melaksanakan kewajipan berbentuk peribadi. Kes: Robinson lwn Davison Isteri defendan (pemain piano terkemuka) telah membuat perjanjian untuk membuat persembahan dalam satu konsert. Beliau kemudian jatuh sakit dan gagal untuk mengotakan janjinya. Plaintif telah mendakwa defendan dan menuntut ganti rugi atas kemungkiran kontrak. KM: Keadaan kesihatan isteri defendan adalah satu syarat yang utama dalam perjanjian itu. Kontrak tersebut telah dilepaskan walaupun ia tidak dimungkiri oleh beliau dengan tidak mengadakan persembahan konsert tetapi kegagalannya itu adalah disebabkan oleh kesihatannya yang tidak berupaya untuk meneruskan persembahan yang dijanjikan. Kes: Condor lwn The Baron Knights A digaji untuk bermain dram selama 7 malam berturut-turut, selama 5 tahun. A jatuh sakit dan doktor menasihatkannya supaya bermain dram hanya 4 malam sahaja. Kontrak A telah ditamatkan. KM: Disebabkan A sakit, dia tidak mungkin dapat meneruskan kontraknya. iv. Apabila perubahan undang-undang / campur tangan kerajaan dengan tiba-tiba menjadikan sebarang percubaan untuk melaksanakan kontrak itu sebagai menyalahi undang- undang. Kes: Lee Kin lwn Chan Suan Eng KM: Satu pajakan yang boleh diperbaharui untuk 5 tahun sekali dikatakan kecewa apabila satu enakmen baru digubal memperuntukkan agar pajakan tersebut perlu diperbaharui setahun sekali. v. Berlakunya peperangan. Kes: Berney lwn Tronoh Mines KM: Satu kontrak perkhidmatan menjadi kecewa akibat peperangan yang dilancarkan oleh tentera Jepun di Malaya ketika itu.
  • 35. REMEDI BAGI KEMUNGKIRAN KONTRAK Remedi = Hak yang boleh dituntut oleh satu pihak terhadap pihak lain yang telah melakukan pelanggaran kontrak. Terdapat beberapa tuntutan remedi yang boleh dikemukakan oleh pihak yang terkilan iaitu: 1. Menamatkan / membatalkan kontrak S.40 AK 1950: Apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tidak membolehkan dirinya dari melaksanakan janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika dia telah menunjukkan, dengan kata-kata atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu. Sekiranya pihak yang terkilan itu memilih untuk menamatkan kontrak, maka tuntutan ganti rugi bolehlah dibuat. Kes: Muralindhar Chatterjee lwn International Film Co. Ltd KM: Sekiranya pihak yang tidak bersalah yang membatalkan kontrak itu, telah menerima sebarang faedah atau manfaat, dia perlu memulangkan semula kepada pihak yang memberikannya, setakat yang wajar 2. Ganti rugi / pampasan Akta Kontrak 1950: S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian akibat daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu. Common law: Kes: Hadley lwn Baxendale KM: Jika dua pihak telah berkontrak dan salah seorang daripada mereka telah memungkirinya, maka ganti rugi yang patut diterima oleh pihak yang lain, mestilah jumlah yang dipertimbangkan dengan adil dan munasabah sama ada: (a) yang wujud sendiri menurut perjalanan biasa terbit dari kemungkiran itu, atau (b) yang boleh dijangkakan dengan munasabah sebagai telah diduga oleh kedua-dua pihak sewaktu kontrak dibuat sebagai akibat yang mungkin timbul dari kemungkiran kontrak itu. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam S.74 (1) AK 1950 mengesahkan kaedah common law yang ditegaskan dalam kes Hadley lwn Baxendale iaitu:
  • 36. i. Pihak yang terkilan berhak menuntut sebarang ganti rugi yang timbul dengan sendirinya, mengikut keadaan biasa, ekoran daripada kemungkiran kontrak. S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian akibat daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu. Kerugian langsung = Kerugian yang timbul secara semula jadi mengikut perjalanan biasa, sebagai satu akibat yang mungkin daripada pelanggaran. Kes: East Asiatic Co Ltd lwn Othman Defendan bersetuju untuk membeli kereta plaintif dengan harga RM6,390. Walau bagaimanapun, defendan mungkir janji dan plaintif terpaksa menjualkan kereta tersebut kepada syarikat lain tetapi pada harga yang lebih murah iaitu RM4,477.69. Plaintif menuntut ganti rugi sebanyak RM1,912.31 yang merupakan perbezaan harga antara harga jualan yang boleh diperolehi daripada defendan dengan harga jualan sebenar yang diperolehi daripada syarikat lain itu. KM: Plaintif berhak mendapatkan jumlah tersebut Kes: Bee Chuan Rubber Factory lwn Loo Sam Mui Pihak responden menyaman perayu untuk kerugian yang dialaminya akibat kelengahan perayu menyiapkan rumah responden selama lebih kurang 4½ tahun. Kelengahan ini mengakibatkan responden terpaksa mencari penginapan alternatif pada kadar RM100 sebulan. KM: Wujudnya pelanggaran kontrak akibat kelengahan perayu menyiapkan rumah responden. Ganti rugi yang boleh dituntut termasuklah kos penginapan yang munasabah di tempat lain dan penyimpanan perabot jika perbelanjaan tersebut sebenarnya berlaku. ii. Pihak yang terkilan boleh menuntut ganti rugi khas. S.74 (1) AK 1950: Apabila sesuatu kontrak telah dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian akibat daripada pemecahan itu adalah berhak mendapat, daripada pihak yang telah memecahkan kontrak itu, pampasan kerana kerugian atau kerosakan yang dialaminya oleh sebab demikian, yang sendirinya timbul dalam keadaan biasa daripada pemecahan sedemikian itu, atau yang diketahui oleh pihak-pihaknya, apabila mereka membuat kontrak itu, bahawa mungkin akan berakibat daripada pemecahan itu. Kerugian boleh ramal = Kerugian yang ada dalam pemikiran kedua-dua pihak, semasa membuat kontrak, sebagai yang mungkin berbangkit daripada pelanggaran kontrak itu. Ganti rugi khas = Ganti rugi yang melebihi kerugian biasa yang ditanggung oleh pihak yang terkilan. Sekiranya pihak yang terkilan hendak menuntut ganti rugi khas, dia hendaklah membuktikan bahawa pihak yang memungkiri itu mengetahui, pada saat kontrak dimasuki, kerugian tersebut berkemungkinan timbul akibat kemungkirannya.
  • 37. Kes: Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelters Defendan telah bersetuju menjualkan sebuah dapur pelebur logam kepada plaintif dan telah memberi jaminan bahawa dapur itu bersuhu tidak kurang daripada 2,600°F. Spesifikasi ini tidak dipenuhi. Plaintif mengambil tindakan dan mendakwa berlakunya kemungkiran kontrak, serta menuntut ganti rugi khas kerana telah hilang keuntungan. KM: Defendan tidak akan dikenakan bayaran ganti rugi kerana kehilangan keuntungan tersebut melainkan ada bukti yang menunjukkan bahawa tujuan khusus dapur itu telahpun diterangkan kepada mereka, dan mereka berkontrak atas dasar bahawa sekiranya mereka lewat menghantar dapur tersebut, mereka terpaksa membayar ganti rugi kerana hilang keuntungan. Dalam kes ini, defendan tahu betapa pentingnya dia menghantar dapur itu secepat mungkin dan dapur itu mestilah berupaya mengeluarkan suhu 2,600°F. Oleh itu, mereka dikehendaki membayar ganti rugi berjumlah RM7,501.38 kepada plaintif kerana kehilangan keuntungan berkenaan. · Pihak yang terkilan tidak berhak menuntut apa-apa kehilangan atau kerugian yang jauh dan tidak langsung yang dialami akibat daripada kemungkiran kontrak itu. S.74 (2) AK 1950: Pampasan sedemikian itu tidaklah boleh diberi kepada sebarang kerugian yang terpencil dan tidak langsung atau kerosakan yang dialami oleh sebab pemecahan itu. 3. Pelaksanaan spesifik Pelaksanaan spesifik = Suatu dekri mahkamah kepada defendan mengarahkan defendan menjalankan akujanjinya secara spesifik, iaitu berdasarkan terma-terma kontrak yang telah dipersetujui di bawah kontrak. S.11(1) & S.21(1) Akta Relief Spesifik 1950 (ARS 1950): Perintah pelaksanaan spesifik adalah satu remedi yang bergantung pada budi bicara mahkamah. Keadaan-keadaan yang membenarkan pemberian pelaksanaan spesifik 1. S.11(1)(a) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila obligasi yang dipersetujui untuk dilaksanakan adalah suatu amanah yang mesti dilaksanakan. Misalan A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu. Undang-undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B, dan B boleh menguatkuasakan pelaksanaan spesifik kewajipan ini. 2. S.11(1)(b) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila tiada standard yang wujud bagi menentukan ganti rugi sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui untuk dilakukan. Misalan A bersetuju membeli, dan B bersetuju menjual, suatu gambar yang dilukis oleh seorang
  • 38. pelukis yang telah mati dan dua buah pasu yang luar biasa dari negara China. A boleh memaksa B secara spesifik untuk melaksanakan kontrak ini, kerana tiada standard untuk menentukan kerosakan sebenar yang disebabkan oleh ketidaklaksanaannya. 3. S.11(1)(c) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila pembayaran ganti rugi tidak merupakan remedi yang mencukupi. Kes: Gan Realty Sdn Bhd & Ors lwn Nicholas & Ors KM: Perintah pelaksanaan spesifik boleh diberikan dalam kontrak jualan yang melibatkan saham bank yang tidak diniagakan di pasaran. Sekiranya saham itu boleh didapati dengan mudah di pasaran terbuka, pembayaran ganti rugi adalah remedi yang mencukupi. 4. S.11(1)(c) ARS 1950: Pelaksanaan spesifik boleh diperintahkan apabila kemungkinan bahawa pampasan kewangan tidak boleh didapati bagi ketidaklaksanaan perbuatan yang dipersetujui untuk dilakukan itu. 5. S.11(2) ARS 1950: Sehingga dan kecuali sebaliknya dibuktikan, mahkamah akan mengandaikan bahawa pecah kontrak sesuatu kontrak untuk memindah milik harta tak alih tidak boleh dipulihkan dengan memadai melalui pampasan dalam bentuk wang. Kes: Mustapha bin Mohamed Noh lwn Osman bin Shahidah &Ors Defendan bersetuju menjual tanah kepada plaintif dengan harga RM8,000. Wang pendahuluan sebanyak RM2,000 telah dibayar kepada defendan. Apabila defendan enggan meneruskan kontrak, wang deposit itu dikembalikan sebagai memenuhi kehendak perjanjian mereka yang menyatakan bahawa sekiranya penjual gagal melaksanakan penjualan tanah tersebut, wang pendahuluan hendaklah dikembalikan. Plaintif memohon arahan pelaksanaan spesifik. KM: Plaintif berhak mendapat arahan tersebut. Keadaan-keadaan yang mana pelaksanaan spesifik tidak akan diberikan S.20(1) ARS 1950: Mahkamah tidak akan memerintahkan pelaksanaan spesifik (a) sekiranya pembayaran ganti rugi adalah remedi yang memadai apabila berlaku pelanggaran kontrak. (b) jika sesuatu kontrak itu begitu terperinci butirannya atau melibatkan pengawasan rapi oleh mahkamah atau apabila sesuatu kontrak itu bergantung kepada kelayakan peribadi / khidmat pihak- pihak yang berkenaan. (c) apabila terma-terma kontrak tidak jelas dan tiada kepastian yang munasabah. (d) sekiranya sesuatu kontrak itu boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak. (e) jika sesuatu kontrak itu dibuat oleh pemegang amanah, pemegang amanah itu telah bertindak melampaui kuasa yang dimilikinya. (f) jika sesuatu kontrak itu dibuat bagi pihak sesuatu perbadanan / oleh penganjur syarikat, kontrak itu dibuat secara ultra vires.
  • 39. (g) sekiranya kontrak itu melibatkan pelaksanaan yang berterusan tempohnya sehingga melebihi 3 tahun dari tarikh ia dibuat. (h) apabila bahagian penting yang menjadi pokok perjanjian yang difikirkan wujud oleh pihak- pihak yang berkontrak, hakikatnya tidak lagi wujud sebelum kontrak itu dibuat. S.21(2) ARS 1950: Mahkamah boleh melaksanakan budi bicaranya untuk tidak memerintahkan pelaksanaan spesifik dalam keadaan-keadaan berikut: (a) Apabila kontrak itu dibuat dalam keadaan yang mana ia akan memberi plaintif suatu faedah yang tidak adil ke atas defendan, walaupun tidak melibatkan sebarang tipuan / salah nyata di pihak plaintif. (b) Jika perintah pelaksanaan spesifik boleh menyebabkan kesusahan tak wajar kepada defendan sedangkan jika ia tidak diperintahkan, tidak akan menimbulkan sebarang kesulitan di pihak plaintif. Contoh: A berjanji akan menjualkan tanah yang diamanahkan kepadanya untuk kepentingan C kepada B. Jika kontrak diteruskan, ini akan menyebabkan A dihadapkan ke mahkamah atas pecah amanah. 4. Injunksi Injunksi = Suatu arahan mahkamah memerintahkan pihak defendan supaya membetulkan salah lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak itu. S.50 ARS 1950: Injunksi diberi mengikut budi bicara mahkamah. Injunksi boleh berbentuk positif dan negatif. i. Injunksi mandatori = Injunksi yang mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan. Kes: Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang KM: Mahkamah telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan (pemilik rumah) meneruskan bekalan air kepada plaintif (penyewa rumah). Defendan perlu mematuhi segala peraturan Jabatan Kerja Air supaya bekalan air tidak lagi terputus. ii. Injunksi prohibitori = Injunksi yang melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan. Contoh: Misalan (a) S.52 ARS 1950: Jika A menyewakan tanah tertentu kepada B, dan B berkontrak bahawa beliau tidak akan mengorek pasir atau batu kerikil di situ, A boleh membawa tindakan injunksi bagi menahan B daripada mengorek bertentangan dengan kontraknya. Kes: Polygrams Records Sdn Bhd lwn Hilary Ang & Ors Plaintif dan defendan telah memasuki kontrak di mana defendan pertama hingga
  • 40. defendan kelima bersetuju mempersembahkan karya muzik hanya kepada plaintif selama dua tahun. Plaintif memohon injunksi sementara untuk menghalang defendan pertama hingga kelima daripada berkhidmat dengan defendan keenam. KM: Plaintif berjaya mendapat perintah injunksi. Injunksi sementara (injunksi interim) dan injunksi berkekalan (injunksi mandatori). i. S.51(1) ARS 1950: Injunksi sementara adalah yang berterusan sehingga suatu masa yang ditetapkan, atau sehingga perintah selanjutnya oleh mahkamah. Injunksi sementara boleh diberi pada mana-mana tempoh sesuatu guaman dan dikawal selia oleh undang-undang yang berhubungan dengan tatacara sivil. Injuksi sementara boleh diberi pada bila-bila masa setelah tindakan undang-undang dimulakan dan tertakluk pada atur cara mahkamah sivil. Injunksi sementara diberikan oleh mahkamah untuk mengekalkan kedudukan (status quo) kedua-dua pihak sehingga selesai perbicaraan atau tindakan undang-undang itu. ii. S.51(2) ARS 1950: Injunksi berkekalan hanya boleh dberi melalui dekri yang dibuat pada masa perbicaraan dan atas merit guaman itu. Dengan itu, defendan dihalang secara berkekalan daripada menuntut sesuatu hak atau daripada melakukan sesatu perbuatan yang akan bertentangan dengan hak plaintif. Injunksi kekal hanya boleh diberikan oleh mahkamah di akhir perbicaraan apabila mahkamah telahpun menimbangkan keadaan sesuatu kes. Apabila injunksi kekal diberikan oleh mahkamah di akhir perbicaraan, defendan adalah disekat buat selama-lamanya daripada meneruskan / melakukan tindakan tertentu. Kes: Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang KM: Mahkamah telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan (pemilik rumah) meneruskan bekalan air kepada plaintif (penyewa rumah). Defendan perlu mematuhi segala peraturan Jabatan Kerja Air supaya bekalan air tidak lagi terputus. 5. Quantum meruit Quantum meruit = Sebanyak yang patut diterima Quantum meruit boleh dituntut apabila pihak yang terkilan memohon kepada mahkamah sejumlah bayaran terhadap apa yang telah dilakukannya dalam sesuatu kontrak. Tuntutan bayaran berasaskan quantum meruit adalah tuntutan ganti rugi untuk satu jumlah yang munasabah. Quantum meruit boleh dituntut dalam keadaan-keadaan berikut: i. Apabila satu pihak dalam sesuatu kontrak itu menahan pihak yang satu lagi daripada melaksanakan keseluruhan kontrak. Pihak yang terkilan berhak menuntut bayaran munasabah berasaskan quantum meruit untuk kerja-kerja yang beliau telah lakukan berdasarkan kontrak itu. Kes: Planche lwn Colburn Plaintif bersetuju menulis dalam majalah terbitan defendan. Setelah plaintif menulis sebahagian
  • 41. daripadanya, defendan memberhentikan penerbitan majalah. KM: Plaintif berhak membuat tuntutan quantum meruit. Kes: De Bernady lwn Harding Seorang prinsipal secara salah telah menamatkan kuasa agennya sebelum agen itu menyelesaikan tugasnya. KM: Agen itu boleh membuat tuntutan berdasarkan quantum meruit bagi kerja-kerja yang telah dilakukannya dan perbelanjaan yang telah dikeluarkannya semasa menjalankan tugas-tugas tersebut. ii. Tuntutan quantum meruit boleh dipohon sekiranya pihak yang terkilan itu membuat kerja atau berkhidmat di bawah suatu kontrak yang batal. Kes: Craven and Ellis lwn Canons Ltd Seorang pengarah urusan telah dilantik berdasarkan kontrak yang pada hakikatnya adalah batal. Beliau telah menjalankan beberapa perkhidmatan kepada syarikat. KM: Walaupun tidak dapat membuat tuntutan di bawah kontrak itu, beliau boleh mendapat bayaran yang munasabah berdasarkan quantum meruit untuk perkhidmatan yang telah diberikan. iii. Jika terdapat kontrak yang nyata atau tersirat bagi menyediakan perkhidmatan, tetapi ganjaran yang dibayar tidak ditetapkan dalam kontrak itu, maka jumlah yang kena dibayar ialah jumlah yang munasabah. Kes: Upton RDC lwn Powell KM: Powell dikehendaki membayar sejumlah yang munasabah bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah diterimanya daripada Upton Fire Brigade.